Puan Faridah
membesarkan matanya sambil mencekak pinggang. Renungannya masih tidak beralih
arah pada Kyra yang berdiri di hadapannya. Marahnya membuak-buak ketika ini.
Dia cukup pantang apabila orang marah dan mengutuk berat badan anaknya yang
agak tembam itu.
Disebelahnya kini peguam syarikatnya yang datang
bersama-sama dengannya untuk memerangkan kepada Kyra tentang situasi sebenar
yang berlaku didalam surat perjanjian yang telah ditandatangai duta Slim World
itu. Mereka bernasib baik kerana Kyra ada pada hari ini setelah beberapa hari
wanita itu tidak ada dirumah.
“ Ini rupanya sikap awak, Cik Amylia Nur Kyra. Bila
datang syarikat saya untuk terima tawaran sebagai duta Slim World bukan main
lagi suara awak lemah-lembut macam perempuan melayu terakhir tapi bila Cik Kyra
bercakap dengan anak saya, macam harimau yang sedang mengaum dalam hutan!”
pekik Puan Faridah dengan suara yang lantang sekali. Bila marah, orang yang
berada disekelilingnya pun tidak sedar!
Kyra jadi tidak tentu arah. Mukannya ditundukkan tanda
malu kerana Puan Faridah memarahinya di depan Abdul Fatah dan lelaki yang
berada disebelah pengarah syarikat Slim World itu. Wanita cantik sepertinya
kena marah? Nasib kaulah, Kyra!
Abdul Fatah disebelah Puan Faridah menjongketkan kening
tanda kagum dengan kata-kata ibunya. Bukan main marah lagi ibunya bila dia
dimarahi Kyra. Ibu memang terbaiklah! pujinya dalam hati.
“ Tadi dengan anak saya Cik Kyra pandai pula nak
menjawab. Bila dengan saya, kenapa Cik Kyra diam? Tak berani nak lawan kata
dengan saya?” sinis sekali kata-kata Puan Faridah.
“ Maafkan saya, Puan. Saya bersalah.” Mukanya makin
ditundukkan. Perasaan bersalah menghimpit dirinya.
“ Memang awak bersalah pun, Cik Kyra! Sudah dua kesalahan
Cik Kyra buat pada anak saya sehingga hati dia terluka dengan sikap Cik Kyra.”
Kyra segera mengangkat wajahnya lalu dia memandang tajam
kearah Puan Faridah sebelum matanya merenung dalam anak mata Abdul Fatah. Dia
sedikit terkejut dengan kenyataan wanita yang berusia lima puluh an itu. “ Apa
maksud Puan? Kesalahan apa yang saya telah buat pada anak Puan?”
“ Encik Kadir, tolong jelaskan pada Cik Kyra ni apa
kesalahan yang dia telah lakukan?” Puan Faridah menjeling Kyra dengan tajam
sebelum matanya beralih arah ke peguamnya itu.
Abdul
Fatah tidak sabar untuk mendengar kata-kata peguam itu. Sememangnya ibu memang
bijak membawa peguam lelaki itu ke mari. Senanglah Kyra memberi persetujuan
untuk mengahwininya nanti. Dia mula teruja namun keterujaannya itu dipendamkan
sahaja di dalam hati. Takut keterujaannya itu akan menambahkan benci Kyra
padanya.
Satu
fail yang dikepitkan di celah lengan Encik Kadir dihulurkan kepada Kyra. Kyra terkejut besar. “ Apa ni?”
“
Mungkin Cik Kyra dah lupa pasal surat perjanjian yang Cik Kyra dah tandatangani
semasa datang ke syarikat Slim World minggu lepas. Apabila Cik Kyra dah
tandatangani surat perjanjian tersebut maknanya Cik Kyra tidak boleh membantah
sekaligus menolak syarat itu. Sekirannya Cik Kyra masih membantah dengan
syarat-syarat yang telah ditandatangani sendiri oleh Cik Kyra dan bersaksikan
Encik Abdul Fatah, Cik Kyra akan didenda sebanyak satu juta ringgit. Satu juta
ringgit itu Cik Kyra kena bayar dalam masa dua minggu.” Encik Kadir menjelaskan
secara ringkas apa yang terkandung di sebalik surat perjanjian tersebut.
Kyra
tersentap. Satu juta ringgit kalau membantah syarat-syarat tu? Macam manalah
dia nak cekau duit tu? Dia bukannya banyak duit pun. Ya Allah… kenapalah aku
tak baca betul-betul isi kandungan tu. Kyra mula menyalahkan diri sendiri.
Manalah dia ada duit untuk membayar wang tersebut? Sepanjang hidupnya, dia
tidak pernah ada duit sebanyak itu.
Abdul
Fatah dan Puan Faridah masing-masing tersenyum manis. Nampaknya muka Kyra
berubah kelat. Ada peluanglah mereka mendengar jawapan yang menyenangkan hati
mereka hari ini.
“
Jadi, apa keputusan Cik Kyra sekarang? Sama ada nak kena denda satu juta
ringgit atau teruskan sahaja syarat-syarat yang ada dalam agreement tu?” Encik Kadir bertanya formal. Dia mahu duta Slim World itu tahu yang dia sebagai
peguam tidak akan main-main dalam hal ini.
“
Tak boleh ke bagi saya masa dan peluang untuk berfikir, Encik Kadir? Saya
sebenarnya menyesal tandatangan agreement
ni.” Abdul Fatah dan Puan Faridah berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum
manis.
“
Minta maaf Cik Kyra. Agreement ini
tidak memerlukan masa untuk berfikir lagi. Just
say yes or no sahaja.” Tegas
Encik Kadir. Perkara seperti ini tidak boleh dilengahkan lagi. Puan Faridah ada
menjelaskan kepadanya tentang Abdul Fatah yang ingin mengahwini wanita
dihadapannya ini.
Abdul
Fatah dan Puan Faridah berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum manis.
Kyra
terdiam. Bukan main tegas kata-kata Encik Kadir. Dia pula yang rasa takut.
“
Jawab ajelah Cik Kyra. Kalau dah mampu sangat bayar sejuta, kami akan arahkan
pekerja-pekerja kami turunkan semula khemah tu dan Cik Kyra takkan berjumpa
dengan kami bertiga lagi. Kontrak setahun menjadi duta Slim World akan terhapus
serta-merta jika Cik Kyra mampu bayar duit sejuta tu.” kata Puan Faridah
sedikit angkuh.
Abdul
Fatah sudah mula risau. Harapannya, janganlah Kyra memilih untuk membayar duit
itu daripada mengahwininya. Dia betul-betul sukakan Kyra.
Puan
Faridah dapat mengesan riak wajah anaknya yang kelihatan resah dan risau itu.
Dia faham, anaknya sukakan Kyra. Dia pun berharap agar Kyra bersetuju untuk
berkahwin dengan anaknya.
“
Saya masih menunggu jawapan awak, Cik Kyra.”
Kyra
mengetap bibir. Apa aku nak jawab ni? Dadanya sudah mula berdebar. Patut ke
tidak dia kahwin dengan lelaki tembam tak sedar diri tu atau bayar sahaja duit
sejuta tu? Tapi mana pula aku nak cekau duit? Duit aku dahlah tengah pokai
sekarang. Nak minta Khuzairi, lelaki tu bukannya kaya-raya pun. Nak minta ibu,
lagilah tak dapat. omelnya dalam hati.
Setelah
dia berfikir sejenak, akhirnya dia membuat keputusan.“ Macam inilah, Encik
Kadir, Puan Faridah.” Kyra merenung kedua-dua insan dihadapannya. Suaranya
dikawal agar tidak bercakap terlalu kasar. “ Saya setuju dengan syarat
ditetapkan.”
“
Alhamdulilah.” Tiba-tiba Abdul Fatah mengangkat tangan. Mengucap syukur ke
hadrat ilahi kerana Kyra sudi memilihnya sebagai suami. Membuak-buak nalurinya
untuk memilik Kyra secara sah. Tak apa, Fatah. Lagi tiga hari aje. kata Abdul
Fatah dalam hati.
Kyra
menjeling Abdul Fatah dengan ekor matanya. Bencinya makin berlipat kali ganda
terhadap lelaki tembam itu.
“
Kan bagus macam tu kalau setuju aje. Tak adalah timbul masalah. Terima kasih ya
Cik Kyra kerana sudi menerima anak saya. Saya alu-alukan kehadiran Cik Kyra
dalam keluarga saya.” Suara Puan Faridah bertukar lembut.
Kyra
mengukir senyuman terpaksa. “ Sama-sama, Puan Faridah. Hurm… bila saya dah
setuju ni, boleh tak Puan dan Encik Kadir beri peluang untuk saya berbual
seketika dengan Encik Abdul Fatah? Saya ada hal sikit nak cakap dengan dia.
Yalah, kami kan dah nak kahwin dalam berapa hari lagi.” Kahwin? Mulut aje cakap
nak kahwin tapi dalam hati tak ingin aku nak kahwin dengan kau, gemuk!
Abdul
Fatah terkejut. Mata mereka bersabung. “ Nak jumpa Fat?” dadanya bergetar
hebat.
“
Baguslah tu. Saya dan Encik Kadir nak balik syarikat dulu. Tak boleh nak
berlama kat sini. Tapi ingat ya Cik Kyra, saya tak nak awak marah anak saya lagi.
Kalau saya dapat tahu Cik Kyra marah anak saya, tahulah apa saya nak buat kat
awak ya Cik Kyra.” Tekan Puan Faridah dihujung ayatnya. Kyra mengetap bibir.
“
Ibu nak balik? Ingatkan nak temankan Fatah sampai pekerja siap semua ni.” Abdul
Fatah terasa sedih pula bila ibu mahu berangkat pergi dari sini. Bukan apa, dia
tidak betah sebenarnya untuk mendengar kata-kata cacian dari mulut Kyra lagi.
Jika ibunya ada disini, dapatlah dia berbual dengan Kyra dengan selesa.
“
Taklah, sayang. Ibu datang sekejap aje dengan Encik Kadir ni. Kyra kan boleh
teman kamu.” Puan Faridah menepuk lembut bahu anaknya. “ Ibu dengan Encik Kadir
balik ofis dululah ya. Malam nanti kita jumpa kat rumah.” Pesannya.
Abdul
Fatah menyalami ibu lalu dia memeluk erat ibunya. Sempat lagi dia menyambung
bicara tatkala dia memeluk ibunya. “ Ibu, thanks
a lot.” Katanya dengan suara yang cukup perlahan.
Kyra
berpaling ke arah lain sambil mencebikkan mulutnya. Huh, nak berkasih sayang
pula kat sini. Kau tunggu Abdul Fatah, lepas ibu kau tak ada ni memang aku
kritik kau cukup-cukup. Biar kau tahu yang aku memang benci kau dari pertama
kali kita berjumpa. Katanya dalam hati.
Biarkan
dia senyum dan berwajah ceria dengan ibunya dulu, kejap lagi kau tunggulah aku
akan maki kau cukup-cukup!
*****
Kini,
mereka berdua sahaja yang ada di depan rumah. Tiada sesiapa pun di antara
mereka. Abdul Fatah mengarahkan kesemua pekerja yang bertungkus-lumus memasang
khemah ini balik ke tempat kerja mereka. Kyra dengar dan lihat sahaja apa yang
dikatakan Abdul Fatah pada pekerja itu semua.
“ Semua pekerja dah balik. Apa yang Kyra nak cakapkan
pada Fat? Kyra kata dengan ibu Fat yang Kyra nak bincang pasal persandingan tu
nanti kan? Ke Kyra nak bincang pasal lain?” soal Abdul Fatah lambat-lambat
setelah pekerja-pekerja yang terdiri daripada pekerja Indonesia dan Bangladesh itu
menaiki van.
Kyra meluat dengan suara Abdul Fatah yang lembut. Dia
ingat bila dia buat suara lembut macam tu, aku akan terpikat dengan kau? Sorry lah, Fatah. Sedikit pun aku tak interested dengan kau!
“ Hello? Aku nak bincang dengan kau pasal wedding tu? Sorry sikit ya. Itu hanya penyedap ayat aje. Kau ingat aku teringin sangat nak kahwin
dengan lelaki gemuk macam kau ni? Bagi duit berjuta pun aku tak naklah!” Kyra
sudah mula berkata kasar. Jika dalam novel, ayat ini seringkali ditujukan pada
perempuan yang tidak berpenampilan menarik atau hodoh, kali ini dia pula yang
tujukan ayat itu pada lelaki ini pula.
“ Kyra, kenapa cakap macam tu, tak baiklah. Kita kan dah
nak kahwin. Kyra terimalah kekurangan yang ada pada Fat. Fat mengaku Fat bukan
lelaki idaman Fat tapi Fat akan cuba kuruskan badan macam Kyra.” Dia rasa mahu
tampar sahaja wajah Kyra namun dia tahu kalau dia tampar wajah mulus itu, Kyra
akan lebih membencinya. Dia tidak mahu Kyra membencinya.
Kyra tiba-tiba ketawa kuat. Rasa ingin menangis di situ
kerana ayat yang diucapkan Abdul Fatah agak kelakar. “ Kau memang tak berputus
asa kan? Aku marah kau, aku kutuk kau, kau langsung tak rasa nak marah aku
balik.”
“ Fat terima apa yang Kyra katakan tentang tubuh badan
Fat. Fat tak kisah sebab Fat sayang dan cintakan Kyra.” Jujur sungguh ucapan
Abdul Fatah.
Dah nak berjiwanglah pula. Kyra mencebik bibir.
“ Okaylah. Straight to the point. Aku tak nak bercakap
lama kat sini dengan kau. Aku dah meluat nak pandang muka kau yang tembam tu
lama-lama. Aku sebenarnya nak cakap yang aku ni janda yang baru bercerai tiga
bulan yang lepas dengan Khuzairi. Kau masih ingat kan Khuzairi yang berbadan
tembam macam kau juga? Dia tu bekas suami aku.” Selamba sahaja Kyra
menjelaskan.
Abdul Fatah terpaku tanpa kata. Airliurnya bagaikan
tersekat dikerongkong. Kyra sebenarnya seorang janda? Kenapa selama ni dia tak
pernah beritahu aku? Mukanya merah padam menahan marah. Kenapalah aku tak
siasat latar belakang dia selama ini!
"
Aku dah agak dah. Riak wajah kau pasti berubah bila kau tahu aku janda. So aku harap lepas kahwin ni, kau
cubalah cari gadis yang masih suci lagi. Kalau dah jumpa gadis yang kau cari
tu, ceraikan ajelah aku. Aku tak kesah pun. Sebab yalah, aku kan janda dah lama.
Aku kahwin dengan kau ni pun sebab tak nak bayar duit sejuta tu. Sorry ya Encik
Abdul Fatah. You’re not my taste."
Kyra berkata selamba. Hari ini dia mahu menyakitkan hati Abdul Fatah sepuas
hatinya. Biar lelaki itu bertekad untuk menceraikannya selepas kahwin nanti.
Abdul
Fatah menarik nafas panjang kemudian dia mengelengkan kepala. Masih tidak
percaya dengan apa yang dikatakan Kyra. " Tidak, ini semua tidak benar!
Dalam maklumat peribadi Kyra, status Kyra masih bujang. Fat tak percaya."
"
Kau kena percaya. Aku memang seorang janda dan aku sengaja tak nak tulis ‘sudah
berkahwin’ dalam borang tu. Nanti Slim
World tolak pula aku nak jadi duta kan."
Rambutnya yang dilepaskan ditolak lembut.
Abdul
Fatah menekup telinganya lalu menjerit. " Tidak! Kyra bukan janda!"
Dia masih tidak percaya dengan kenyataan Kyra. Maknanya selama ini Khuzairi adalah
bekas suami Kyra? Ya Allah, aku betul-betul menyesal mencintai wanita janda
ini.
“ Terima ajelah kenyataan yang kau akan berkahwin dengan
janda. Hai… orang bujang macam kau ni dah dapat kahwin dengan janda. Tulah nak
sangat kahwin dengan aku kan? Jadi terimalah hakikat ya.” Kyra masih berkata
dengan nada selamba.
Abdul
Fatah sakit hati namun dia pendam sahaja dalam hati. Hakikatnya dia memang tidak
suka berkahwin dengan janda.
“ Dah puas Kyra jelaskan pada Fat pasal status janda tu?
Kyra kata pasal status tu supaya Fat bencikan Kyra kan? Hurm… Fat tak kesah
sedikit pun pasal status Kyra tu. Kalau Fat kata Fat nak kahwin dengan Kyra,
Fat akan tetap kahwin dengan Kyra. Jangan harap Fat akan lepaskan janda cantik
macam Kyra ni kat tangan orang lain” Kyra tercengang disitu. Ya Allah, tinggi
betul sifat sabar lelaki ni. Tapi yalah, kalau Abdul Fatah ni kurus, dah lama
aku sukakan dia tapi tulah, badan dia gemuk, tak serasi dengan aku.gumamnya dalam
hati.
Abdul Fatah menyambung lagi. “ Jangan ingat badan gemuk
macam Fat ni tak boleh kurus. Kalau badan Kyra boleh kurus dalam masa tiga
bulan lepas guna rawatan yang Slim World
buat, Fat pun akan gunakan kaedah yang sama. Fat pun tak nak cakap banyak dengan
Kyra. Fat akan cakap banyak lepas kita kahwin nanti.”
Abdul
Fatah mula meninggalkan Kyra yang terpinga-pinga di situ. Jika Kyra mahukan
lelaki yang kurus, fine! Dia akan
buktikan yang dia akan kurus dalam masa tiga bulan ini. Esok dia akan mulakan
rawatan Reshape programmer yang
ditawarkan syarikat ibunya.
Tidak
sabarnya nak jadi kurus!!
1 ulasan:
Go Fat go .. Xsbr tggu Fat krus n hnsem .. Jgnpengsan lak Kyra bila tgk Fat da macho ... Huahuahua ;)
Catat Ulasan