Tepat pukul 9malam, Nur
Adriana mempercepatkan langkah memasuki semula lorong sunyi lagi gelap yang
dirasakan sudah dipenuhi penagih dadah. Hatinya berdebar-debar juga ingin
melangkahkan kaki ke situ. Takut ada penagih yang membuat sesuatu yang tidak
elok pada dirinya. Namun, untuk mencari seorang lelaki yang bernama Zeril
Iskandar itu, dia sanggup!
Asalkan habuan itu digenggamnya. Bolehlah dia
meneruskan kehidupan seterusnya tanpa mengharapkan pertolongan daripada orang
lain seperti ayahnya.
Sengaja dia keluar
masjid pukul 9 malam, dapatlah dia meneruskan solat isyak di masjid
itu.Tidaklah berulang-alik dari lorong sunyi ke masjid.Jarak dari masjid ke
lorong ini pun sudah mengambil masa 1 kilometer.Memang penatlah kaki dia nak
ulang-alik.
Aku kena kuat demi
RM10,000! Jangan mengaku kalah Nur Adriana! Itu janjinya. Sesal pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna! Dia tidak mahu usahanyalupus begitu sahaja. Tadi dia sudah berjanji kepada Datin Zafiah
bahawa anaknya akan diawasi sebaik mungkin. Takkanlah janji itu mahu diingkari
kan?Bukankah manusia selalunya berpegang pada janji? Dan Nur Adriana tidak akan
mengingkari janji itu.
Biarlah dia berpenat
untuk satu hari ini. Esok lusa dia akan kembali memulakan perjalanan hidupnya
tanpa berfikir hal-hal yang berat.
Harap mamat itu masih
ada lagi.Janganlah kau pergi dari situ lagi.Hilang kau…hilang habuan itu. Tidak
kira apa dugaan yang datang apabila memasuki lorong sunyi ini, dia akan tempuhi
walau apa jua yang berlaku. Ilmu persilatan yang dipelajari sewaktu dia masih
tingkatan 5 akan dipraktikkan sebaik mungkin.
Apa yang Nur Adriana
perlu lakukan sekarang adalah membuka kasut tumit tingginya. Dia takut kasut
tingginya akan menganggu penagih-penagih tegar yang sedang khusyuk menghisap
dadah. Dia tidak mahu diganggu sesiapa pun buat masa ini.Biarlah
penagih-penagih itu menghisap dengan tenang.Bukan dia tidak mahu menelefon
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberikan maklumat tentang ada
golongan penagih tegar dikawasan ini.Dia mahu, cuma masa tidak mengizinkannya
untuk menelefon.Dia mana ada duit syiling yang banyak untuk menelefon orang
sekarang ini.Tadi dia menelefon Datin Zafiah ditelefon awam sudah menelan dua
ringgit.Baru berapa minit aje pun. Bayangkan jika AADK ingin mendapatkan lebih
lanjut tentang kawasan ini, tidakkah ia sesuatu yang menyusahkan bagi dirinya
sehingga terpaksa melaburkan sebahagian wangnya semata-mata untuk AADK?
Beg galas dan kasut
tumit tinggi dipaut seerat mungkin. Nur Adriana memerhati penuh asyik
sekeliling lorong sunyi ini yang lebih gelap daripada biasa.Hanya ada cahaya
yang samar-samar sahaja. Nur Adriana ingatkan ada cahaya yang akan menerangi
lorong ini. Tidaklah dia merasa terlalu takut.
Nur Adriana mengetap
bibir.Janganlah ada penagih dadah yang perasan kehadirannya.Biarlah dia
berjalan dengan tenang didalam lorong ini. Bolehlah dia bertemu Zeril Iskandar
secepat mungkin.Matanya dikecilkan sedikit supaya dapat melihat apa yang berada
dihadapan. Dapat melihat sedikit pun tidak mengapalah.
Tatkala dia menderapkan
langkah yang seterusnya, bunyi yang agak kuat kedengaran ditelinganya.Nur
Adriana tersentak. Bunyi kuat itu datang dari mana ya?fikirnya sejenak.Dia cuba
menangkap bunyi tersebut. Dia merasa bunyi itu seperti bunyi eksoz yang sedang
mengaum hebat.
Bunyi ekzos? Maknanya
bunyi dari kereta lah kan? Haa..ini tak lain tak bukan mesti bunyi kereta Zril
Iskandar! Nur Adriana hairan.
Kenapa mesti mamat ego
itu menguatkan bunyi eksoz pada kereta sendiri? Adakah pemuda itu sengaja
menguatkan volumeLamborghini
Aventador nya supaya penghuni disini dapat mengetahui bahawa eksoznya lebih hebat daripada orang
lain? Kalau Zeril Iskandar berfikiran sebegitu, dia memang pemuda yang tiada
akal fikiran! Mana ada penagih kat sini akan dengar jika benda yang sedap sudah
masuk ke dalam tubuh? Sudah semestinya penagih disitu akan leka dengan dunia
masing-masing.
Nur Adriana tersenyum
lebar.Hari ini adalah hari yang mengembirakan untuknya. Lagi gembira dari apa
yang pegawai penjara katakan padanya semasa dia boleh keluar dari penjara.
Sikit masa lagi dia akancall Datin
Zafiah dan memberitahu anaknya akan pulang sebentar lagi. Nasib kaulah Zeril
Iskandar! Kakinya mempercepatkan langkah. Dia akan senyap-senyap lalu dari
belakang kereta Zeril Iskandar supaya pemuda itu tidak mengecam dirinya.
Sampai sahaja di kereta
Zeril Iskandar, bunyi eksoz masih lagi mengaum hebat.Menyakitkan telinga Nur
Adriana sewaktu menghampiri kereta milik pemuda itu.
“Apa bendalah mamat
ni.Malam-malam macam ini pun masih nak tunjuk hebat.Ingat kereta dia paling
mahal kat dunia? Sorry sikit! Ada
banyak lagi kereta yang mewah dan lagi hebat dari dia.
Baru dia hendak menuju kearah pintu kereta yang diduduki
Zeril Iskandar, tiba-tiba bunyi ngauman itu terhenti. Aik? Apasal pulak ni?
Tadi bukan main nak mengaum, kenapa pulak dihentikan secara tiba-tiba?Pelik
betullah.Mamat ego itu tahu ke yang dia berada disini?Harap janganlah.Dia tidak
mahu Zeril Iskandar tahu kemunculannya semula ditempat ini.
****
Zeril Iskandar
menghentikan bunyi eksoz yang sengaja dikuatkan.Dirinya tidak larat untuk
meneruskan. Memang sengaja dia berbuat begitu kerana itulah satu-satunya cara
untuk mendapatkan perhatian daripada orang-orang disini.
Tangannya lincah
mengurut dada yang terasa sakit itu menggunakan minyak cap kapak. Kerusi
pemandu diangkat tinggi sedikit supaya dapat melihat siapakah gerangan yang
akan datang menolongnya disebalik side
mirroritu.
Memang ada orang yang
datang menghampiri keretanya.Tetapi siapa?Nampak macam seorang perempuan yang
berambut panjang.Takkan perempuan itu datang balik semula ke sini semata-mata
untuk bertemu dengannya?Zeril Iskandar tidak puas hati.Apa sebenarnya yang
perempuan ini mahukan? Adakah dia mahu membalas dendam semula setelah apa yang
dibuatnya petang tadi?
Jantungnya mula
berdegup kencang.Rasa sakit menghantui dirinya.Diramas-ramas dadanya dengan
kuat.Aduhai… masa inilah dia nak sakit balik. Ingatkan bila letak minyak cap
kapak disekitar dadanya, kesakitannya akan berkurangan. Ini tidak, makin
bertambah teruk jadinya.Dia rasa mahu pergi ke hospital sekarang ini.Tetapi dia
tidak mampu membawa kereta saat ini. Kesakitannya bertambah teruk dan dia
memerlukan pertolongan daripada perempuan itu untuk membawanya ke hospital
sekarang juga! Biarlah perempuan itu nampak tubuhnya yang tidak berbaju.Asalkan
perempuan itu sanggup menolongnya.
Tangan kanannya
mengetuk kuat pintu cermin kereta.Dicuba juga untuk menguatkan dirinya walhal
dirinya tidak terdaya untuk mengetuk cermin sekuat itu.Harap perempuan itu
dapat mendengar dan seterusnya datang ke tempatnya.Nur Adriana yang masih lagi
di belakang tersentak mendengar ketukan bertalu-talu di pintu kereta Zeril
Iskandar.
‘Mamat ego itu tahu ke
aku ada kat belakang kereta dia?’Nur Adriana mengetap bibir.
Kalau mamat itu tahu
aku pegang kereta mewah dia, habislah! Tak pasal-pasal kena marah sekali
lagi.Bukan dia tidak tahu perangai mamat ego itu.Marah macam tak ingat dunia.
Walaupun dia kenal pemuda itu baru beberapa jam yang lepas, tapi dia sudah
dapat tangkap perangai Zeril Iskandar yang agak melampaui batas. Asal ada yang
tidak kena sahaja, pasti nak marah-marah.
Zeril Iskandar berasa
penat.Tangannya sudah naik lenguh.Kenapalah perempuan itu masih tidak faham
ketukan yang kuat di pintu keretanya.Aku nak suruh dia tolong aku, dia buat
selamba badak saja.Masih jugak nak tercongok kat belakang kereta aku. Datang
ajelah kat sini perempuan!! Dia hanya berkata didalam hati.Suaranya sukar untuk
meluahkan ketika waktu sedang tenat ini.
Dadanya berombak
kencang.Nafasnya turun naik.Zeril Iskandar merasakan kehidupannya bakal
berakhir malam ini.
‘Cepatlah
perempuan…datang sini. Aku dah tak tahan sangat ni.”matanya terpejam.
Nur Adriana menggaru kepalanya
yang tidak gatal.‘Aik?Tadi ketuk punyalah kuat, tiba-tiba aje mamat ego itu
tidak mahu teruskan.Dia nak suruh aku jumpa dia ke?’ Hatinya mula
berdebar-debar. Masa sekarang sudah menginjak ke pukul 10 malam.Dia tidak boleh
membuang masa lagi.Lantas, dia pergi ke pintu kereta pemandu yang diduduki
Zeril Iskandar.Terkedu dia tatkala berdiri dihadapan pintu kereta pemandu. Badan Zeril Iskandar tidak berbaju!
Gulp! Nur Adriana
menelan air liur.Matanya membulat.Seksi betul badan dia… ada six peck lagi.
Dilihat Zeril Iskandar
sedang membaringkan diri sambil memejamkan mata dikerusi pemandu.Aik?Dia sakit
ke?Hatinya mula risau.
Pintu kereta cuba
dibuka namun tidak berjaya. Zeril Iskandar telah mengunci dari dalam! Nur
Adriana gelisah. Macamana ni?
Wajahnya didekatkan ke
cermin kereta mewah itu.Zeril Iskandar bertarung nyawa, menyelamatkan diri.Mana
dia nak cari kunci?Dirinya semakin gelisah dan risau melihat keadaan Zeril
Iskandar yang agak lemah itu. Kalau Datin Zafiah tahu yang anaknya sedang sakit
ketika ini, nahas dia! Bukankah awal-awal tadi Datin Zafiah telah memesan
padanya supaya menjaga keselamatan anaknya dan awasi Zeril isakndar dimana
sahaja dia berada?
Sekarang ini, dia yang
menggalas tanggungjawab itu.Dan, apabila Zeril Iskandar sakit, dirinya pulak
dalam keadaan serba salah.
Akalnya berfikir
bagaimana mahu membuka pintu kereta ini tanpa menggunakan alat yang tajam.
Kalau menggunakan alat-alat yang tajam, pasti akan mencacatkan kereta mewah
ini.
‘Hmm..apa yang perlu
aku buat ya?’detik hatinya. Masalah…masalah..
Ke hulu ke hilir dia
berjalan memikirkannya, namun satu jawapan tidak ditemui.‘Perlu ke aku suruh
Zeril Iskandar yang membukanya sendiri?Ataupun aku cari dawai halus supaya
senang buka?Tapi nak cari dimana?’Dirinya buntu.Sudahlah gelap lorong sunyi
ini, nak cari dikedai berhampiran, malas pulak rasanya.Ada baiknya dia suruh
sahaja si mamat ego itu yang membukanya.
Tanpa melengahkan masa,
dia mengetuk cermin kereta mewah itu dengan sekuat hatinya.
“Zeril Iskandar…Please, open the door!!”
Biar pemuda itu sedar akan kehadirannya
disini. Zeril Iskandar yang masih bertarung nyawa melawan kesakitannya, cuba
untuk bangun walaupun tatkala ini dia dalam keadaan lemah.
“Kau datang
pun..Sekejap, aku cuba buka pintu ni.” Namun, bila Zeril Iskandar bangun,
kesakitannya makin kuat menyerang.Dia terbaring semula.
Argh!! Nyaring
suaranya.Nur Adriana terkejut.
“Ya Allah!! Zeril
Iskandar, wake up!!jeritnya kuat.Nur
Adriana sudah mula gelabah.Airmatanya jatuh tiba-tiba.Janganlah Zeril Iskandar
menghembuskan nafas terakhir didalam kereta ini. Dia tidak mahu Zeril Iskandar
mati sekarang!
“Zeril Iskandar, please!! Saya harap sangat awak bangun!
Jangan begini!Cuba bertahan.”jeritnya
sekali lagi. Zeril Iskandar membuka
matanya perlahan-lahan. Perempuan itu masih disini! Tangannya mengigil-gigil
membuka pintu kereta.Sedaya upaya dia membuka pintu itu.
Nur Adriana tergamam!
Zeril Iskandar masih bernafas.Dia bangga dengan usaha yang dilakukan Zeril
Iskandar semata-mata untuk membuka pintu ini.Memang payah hendak menggapai
sesuatu benda jika kesakitan berlaku.
Zeril Iskandar..what’s wrong with you? Are you okay?
Tangannya menyentuh badan Zeril Iskandar tanpa rasa malu dihati.Jiwanya
sekarang ini hanyalah memikirkan keadaan Zeril Iskandar yang sarat sahaja.Tidak
memikirkan apa-apa yang tiada kaitan.
Zeril Iskandar
mengangguk perlahan.Tangannya mencengkam tangan perempuan itu dan dibawa ke
dadanya.Dia tidak mampu berkata-kata, hanya perilakunya sahaja yang dapat
membuat perempuan disebelahnya faham dengan situasinya.
Nur Adriana
terkejut.Tangannya dibawa ke dada mamat ego itu.Dia hanya membiarkan sahaja
kelakuan Zeril iskandar walaupun hatinya meronta-ronta untuk dilepaskan.Rasa
berdosa dengan apa yang dilakukannya sekarang.
“Awak sakit dada ke?”
Zeril Iskandar tidak menjawab.Matanya
terpejam.Nur Adriana mengetap bibir.Mungkin Zeril Iskandar membawa tangannya ke
dada supaya dia dapat meneka kesakitan pemuda itu.Adakah kerana pengambilan pil
ekstasi dan arak yang menyebabkan Zeril Iskandar menjadi seteruk ini?
“Awak, saya tak boleh
tunggu lagi.Awak kena buat rawatan sekarang jugak.Harap awak benarkan saya
membawa kereta awak.”Nur Adriana tidak boleh berlengah lagi.Tangannya
dilepaskan. Kunci kereta sudah ada ditempat yang terletak elok disebelah
stereng kereta, maka dia perlu mengarahkan Zeril Iskandar agar duduk disebelah
pemandu dan dia akan membawa kereta.
Zeril Iskandar hanya
menurut perintah perempuan itu. Demi menyelamatkan dirinya, dia sanggup berbuat
apa sahaja untuk selamat. Biarlah hari ini sahaja dia menurut perintah orang,
esok lusa bila dia sihat semula, dia akan menyuruh orang mentaati perintahnya.
Dialihkan dirinya ke
tempat duduk sebelah.Nur Adriana tersenyum. Ikut jugak katanya! Dia terus
melabuhkan diri didalam kereta mewah itu. Dengan lesen kereta yang masih lagi
berada didompetnya, dia akan membawa kereta ini dengan sebaik mungkin.Hospital
yang dia rasakan paling dekat setakat ini hanyalah Hospital Serdang.Hospital
itulah yang kerap kali dia pergi.Ada sebab dia pergi ke situ.
Sebabnya..lelaki yang
berada dihospital itu pernah menjalinkan hubungan istimewa dengannya…
Ah! Tidak patut dia
memikirkan pasal lelaki itu! Lelaki yang disebelahnya lagi penting buat masa
ini.
Pandangannya melekat
pada wajah mamat ego yang masih memejamkan mata.“Dah sedia, Zeril Iskandar?Kita
bergerak sekarang. Awak jangan takut, saya ada lesen kereta.”ujarnya lembut.
Nur Adriana hanya menjelaskan kepada Zeril Iskandar walaupun dia tidak mahu
mendengar apa yang diperkatakan.
We will start now,
Zeril Iskandar!” Denagan lafaz bismillahirahmanirahim…kereta mewah itu
meninggalkan lorong sunyi ini.
***
Setengah jam
kemudian, Nur Adriana tiba di Wad
Kecemasan Hospital Serdang. Diberhentikan betul-betul kereta Zeril Iskandar
ditengah lobi utama.Terdapat juga tiga van kecemasan yang berwarna merah
putihZeril Iskandar dipandang dengan penuh belas kasihan.Mata lelaki ini dari
tadi tidak dibuka.Hanya mendengar hembusan nafas sahaja.
Dada Zeril Iskandar
disentuh.Alhamdulilah..nampaknya kesakitan Zeril Iskandar tidaklah teruk
seperti tadi yang agak membimbangkannya.
“Awak tunggu sini, saya
pergi panggil nurse sekejap.”katanya
seorang diri tanpa menanti jawapan Zeril Iskandar.Tanpa memakai kasut tinggi,
Nur Adriana pantas keluar dari kereta itu dengan tergesa-gesa.Orang yang
lalu-lalang disitu agak pelik melihatnya berkaki ayam. Tapi, dia peduli apa? Dia tidak ganggu pun hidup
orang.
Sampai di kaunter
pertanyaan, Nur Adriana menegur salah seorang pekerja yang berada dikaunter
itu.
“Nurse, bantu saya.”termengah-mengah suara Nur Adriana bersuara.
Pekerja yang bernama Nur Aisyah itu bangun dari tempat duduknya.
“Ada apa, cik?”soal Nur
Aisyah lembut.
“Kawan saya, dia sakit
tenat sekarang ini.Boleh panggilkan doktor secepat mungkin?”
“Dia berada dimana
sekarang?Nur Aisyah mula kelam kabut. Patutlah perempuan ini termengah-mengah
bila bercakap.Rupa-rupanya kawan sakit.
“Dia ada didalam
kereta.Panggilkan doktor cepat ya.”
“Cik bertenang dulu ya,
kami akan panggil penolong pegawai perubatan untuk rawatan seterusnya.”
“Cepat sikit. Kawan
saya sakit sangat tu.” Nur Adriana memang tidak boleh bersabar lagi.Jika boleh
dia mahu Zeril Iskandar kembali seperti sediakala.
“Sabar ya, saya panggil
kawan saya kejap.”
“Fikri Johari, meh sini
jap.”
Fikri Johari yang
sedang membetulkan katil pesakit terhenti perbuatannya.Terus dituju ke arah
pekerja dikaunter itu.
“Ada apa kak?”Matanya
bertembung dengan mata Nur Aisyah.
“Ada pesakit sedang
tenat diluar sana, tolong sediakan apa-apa yang patut.Panggilkan sekali
penolong pegawai perubatan.Secepat mungkin ya, adik.”jelas Nur Aisyah.
Nur Adriana hanya
mendiamkan diri sahaja.Malas mahu menyampuk.
“Baik kak”.Fikri Johari
hanya mengangguk kepala.Pandangannya tertumpu pada susuk tubuh yang tidak
memakai kasut disebelahnya.Nampak agak kalut.Biasalah, bila ada yang sakit,
semuanya serba tidak kena hingga pakaian pun tidak lagi mencerminkan
keterampilan seseorang itu.
“Cik, pergi sedarkan
kawan cik dulu, saya akan menyusul kemudian membawa katil.
“Baiklah.Cepat sikit
ya.”katanya dengan sedikit kelam-kabut. Nur Adriana berpatah semula ke kereta.Pintu
kereta belah kiri dibuka.Kelihatan Zeril Iskandar masih memejamkan mata.Dada
lelaki itu disentuh.Masih berdenyut dengan kuat.
“Kuatnya jantung dia
berdenyut. “Nur Adriana mula risau.
Harap-harap janganlah ada apa-apa yang berlaku pada mamat ego ini.
“Tepi cik, Saya nak
angkat dia diatas sini.Nur Adriana pantas memberi laluan kepada 4 orang yang
bakal memapah Zeril Iskandar diatas katil yang disediakan tanpa memikirkan
apa-apa lagi. Nyawa Zeril Iskandar perlu diselamatkan sekarang juga!
Bantuan pernafasan
telah diberikan.Selimut putih menutupi sebahagian badan Zeril Iskandar yang
terdedah.
Nur Adriana
lega.Hatinya sedikit demi sedikit menjadi lebih tenang apabila Zeril Iskandar
sudah mendapatkan rawatan selanjutnya.
Alhamdulilah…
***
“Nur Aisyah, awak ada
nampak perempuan yang bawa seorang lelaki tadi?”kata doktor lelaki yang bernama
Wan Zubair itu.Ketika ini, Nur Aisyah dan rakannya sedang asyik berbual.Terpana
Nur Aisyah mendengar suara itu.Lantas dia berdiri tegak. Matanya bersatu dengan
mata doktor itu. Suara doktor ini yang boleh membuatkan jiwanya resah dan
gelisah.Bertembung dengan doktor ini seakan-akan memberi semangat untuknya
bekerja keras di unit ini.Sudah hampir 2 tahun dia bekerja disini, siang malam
asyik terkenangkan lelaki ini sahaja.Beruntung siapa yang dapat menakluki hati
lelaki ini.
“Nur Aisyah..saya tanya
awak ni..”suara doktor ini membuatkannya terpukau sekali lagi. Ternyata aura
doktor ini sememangnya kuat.Tidak terpejam matanya dari memandang doktor
ini.Fatyn yang berada disebelah mula rasa seram sejuk dengan tingkah kawannya
yang kurang siuman apabila bertemu doktor ini.Bawah baju Nur Aisyah ditarik
kuat.Memberi amaran agar tidak bersikap mengada-ngada didepan doktor Wan
Zubair.
“Dia ada diluar doktor
Wan.Katanya, jika doktor sudah memberi keputusan tentang masalah kesihatan yang
berlaku pada kawannya, cepat-cepat maklumkan pada dia.”
“Dia tak mahu temankan
kawan dia?”
Nur Aisyah
menggeleng-geleng.“Dia kata lebih baik tunggu diluar kerana didalam ini agak
kelam-kabut dan dipenuhi dengan pesakit yang sedang bertarung nyawa.”kata Nur
Aisyah dengan hormat. Namun, matanya masih lagi tidak mampu menepis wajah
doktor Wan Zubair yang nampak berseri-seri dimatanya.
“Ooo..kalau macam itu,
saya cari dia di luar dulu. Ada perkara yang saya mahu katakan padanya.”Muncung
mulut Nur Aisyah apabila doktor Wan Zubair berkata begitu.Didalam kepala terbit
rasa cemburu yang amat sangat. Dia memang tak suka jika doktor ini bercakap
dengan perempuan lain yang jauh lebih cantik darinya. Tapi, rasanya doktor Wan
Zubair takkan pandang perempuan itu kot.Sebab masa perempuan yang menyelamatkan
lelaki itu datang menerjah ke kaunter ini, mulutnya sedikit ternganga melihat
kelakuan perempuan itu yang tidak berpenampilan langsung.Kasut pun tidak
dipakai, apatah lagi rambut yang berserabut macam Pontianak harum sundal malam
ditambah lagi dengan sikap kalutnya yang tidak tentu arah itu menjadikan
perempuan itu bukan saingannya.
Selepas doktor Wan
Zubair berlalu dari situ, Fatyn terus menyiku lengan Nur Aisyah sehingga
mengaduh kesakitan.“Kau ni kenapa hah? Tergedik-gedik dengan doktor Wan tu.
Eei..geli aku tau tak!”
“Ala..macam kau tak
biasa pulak.”Nur Aisyah menjeling kawannya.Digosok-gosok lengannya yang dipukul
Fatyn.
“Janganlah terlampau
gedik sangat mak cik oii! Kau mesti ingat..kau tu dah bertunang, tak lama lagi
nak kahwin. Karang tak pasal-pasal aku call si Amar tu. Cakap yang kau main
kayu tiga belakang dia.”Fatyn mula mengugut.
“Aku minat pun tak
boleh ke?”Terjengil mata Nur Aisyah membuatkan Fatyn mencebik bibir.Kalau
boleh, semua lelaki hensem dia nak kebas dulu.Macamanalah jika Amar tahu yang
tunangnya ini mengedik dengan doktor kat unit ini. Pasti Nur Aisyah akan
menangis tak berlagu..
“Dah..dah.Tukar topik.
Sekarang ini settlekan apa yang
penting dulu. Bawa cawan yang kau minum ni pergi singki kat belakang. Aku nak
kemas kaunter. Menyemak aje fail atas ni. Dari tadi bersepah-sepah.Macam
tongkang pecah!”Rungut Fatyn geram.
“Saja lah tu nak tukar
topik.Benci betul!”Nur Aisyah mengambil cawan yang dihiasi dengan mawar merah.
Terus dia pergi ke belakang tanpa memandang kawannya yang tersengih-sengih!
***
“Ehem..ehem”satu suara
yang memberi teguran dari belakang mengejutkan Nur Adriana yang sedang duduk
memerhatikan langit yang berkelipan diatas. Kereta Zeril Iskandar ditinggalkan
ditempat parking kereta.
Suara siapa pulak yang menganggu aku ni?Baru nak tenangkan
diri, dah ada orang datang menganggu.Nur Adriana berpaling ke belakang.Terkejut
bukan kepalang apabila melihat lelaki dihadapannya.
Doktor Wan Zubair
terkedu! Perempuan ini! Dia kenal perempuan ini!
Matanya terkebil-kebil
memandang jejaka didepannya ini.Rasa macam pernah tengok lelaki ini, tapi di
mana erk?
“Nur Adriana?”
Memang sah lelaki ini mengenalinya!
BERSAMBUNG.... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan