Kyra berdiri di depan meja Abdul Fatah dengan
rasa bersalah yang amat sangat. Dia tahu lelaki itu marahkannya. Jika dapat
diputarkan masa setengah jam yang lalu, dia akan berbual dengan Abdul Fatah
dengan nada yang lembut sahaja.
Bukan mudah untuk memujuk lelaki serius seperti
Abdul Fatah. Rakannya, Asmah yang sudah berapa bulan tidak berjumpa turut sama
mengalami sikap yang serius seperti lelaki itu tetapi sikap serius rakannya itu
hanya ditunjukkan pada lelaki yang berada disekelilingnya. Itulah sebab Asmah sampai
sekarang tidak berkahwin lagi.
“ Fat… dengarlah Kyra cakap ni.” suara Kyra
berubah nada. Suaranya sedikit manja. Kali ini dia memanggil nama manja Abdul
Fatah supaya lelaki itu tidak lagi memarahinya seperti tadi.
“ Baca ajelah agreement tu. Yang kau sibuk nak minta maaf pada aku buat apa?”
Abdul Fatah tidak memandang Kyra sebaliknya dia leka dengan komputer MACnya.
Suara Abdul Fatah tetap kasar seperti tadi. Dia sengaja menduga kesabaran Kyra.
Dalam hati, Abdul Fatah mula terbuai dengan
suara menggoda Kyra. Nama Fat yang meniti di bibir mungil Kyra terasa
mendayu-dayu sahaja ditelinganya.
Muncung mulut Kyra apabila mendengar kata-kata
kasar itu. Nampaknya Abdul Fatah tidak terbuai dengan suara mengodanya. “ Kalau
Fat tak nak terima maaf Kyra, Kyra balik dululah. Saya dah signed agreement tu. Apa
yang pihak Slim World tu dah tetapkan
syarat untuk saya, saya setuju untuk lakukannya.” ucap Kyra. Dia sudah lelah
dengan lelaki ini. Apa yang diucapkan dibibirnya, semua tidak diambil peduli.
Lebih baik dia balik dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Setelah dia berjaya meletakkan agreement yang perlu dia tandangani
berserta salinan yang diberikan Abdul Fatah setengah jam yang tadi betul-betul
di tengah meja lelaki itu, Kyra berpaling ke muka pintu dengan rasa sakit hati
yang amat sangat. Jika Abdul Fatah tidak suka untuk berbicara dengannya, lagi
bagus dia keluar dari bilik ini.
“ Selamat tinggal, Fat.”
Abdul Fatah di kerusi ofisnya sudah tidak
keruan melihat Kyra sudah mula mengatur gerak ke muka pintu. Dia jadi resah.
Takkan Kyra sudah mengalah dalam memujuknya? Agreement yang berada di atas mejanya di pegang kemas manakala
salinan yang dibuat untuk diberikan pada peguam ibu petang ini.
“ Do not
get out of this room, Kyra. We need
to talk!” Abdul Fatah mula bersuara setelah dia bangun dari tempat duduknya.
Kyra menghentikan langkah. Matanya mengerling
ke kanan. “ There is nothing that needs
to discussed again, Encik Abdul Fatah.” Sinis sahaja kata-katanya.
“ Look at
me, Kyra.” Serius nada Abdul Fatah.
“ Looked
at you for what? For breaking my heart?!” Masih lagi
sinis kata-kata Kyra. Tubuhnya langsung tidak dialihkan ke wajah Abdul Fatah.
Abdul Fatah mengetap bibir sebelum dia mengutum
senyuman manis. Walaupun dia sedikit terasa dengan kata-kata Kyra tapi itu
tidak mematahkan semangat untuk memilik Kyra.
Hampir sahaja agreement ditangannya
direnyukkan. “ Fat takkan hancurkan hati Kyra lagi setelah Kyra signed agreement ni. Kyra pandanglah
muka Fat. Fat rasa susah hati kalau Kyra bermasam muka dengan Fat.” Luahnya
dengan penuh perasaan.
“ Saya dah cakap tadi, tak ada apa yang perlu
dibincangkan lagi. Awak tak faham ke, Encik Abdul Fatah?” Kyra menekan nama
penuh lelaki itu.
“ Fat tak faham.” Suara Abdul Fatah kedengaran
serius. “ Kyra dah baca betul-betul agreement
yang pihak Slim World sediakan?”
Kyra kembali mengadap Abdul Fatah dengan muka
yang cemberut. “ Saya takkan signed
kalau saya tak baca betul-betul, Encik Abdul Fatah.” Kyra berpeluk tubuh.
Mendatar sahaja suaranya. Malas nak bercakaplah katakan.
“ Berlagaknya kata-kata Kyra tu.” Abdul Fatah
tersenyum sinis. Dia menunjukkan agreement
itu di depan mata Kyra. “ Kyra mesti tak perasan ada syarat tambahan yang Fat
buat untuk Kyra.” Dia mula mengendurkan suara.
Kyra mengerutkan dahi. “ Syarat apa yang awak
buat ni, Encik Abdul Fatah? Tunjukkan pada saya.”
Abdul Fatah mengutum senyuman. Inilah
peluangnya untuk meluahkan perasaan pada Kyra. Biarlah Kyra marah sekalipun,
janji syarat yang dibuat khas untuk Kyra sudah pun ditandangani oleh duta Slim World itu.
Kyra jadi seram. Syarat apa yang lelaki ini
buat? Jangan syarat yang mengarut sudah.
Abdul Fatah mula mempamerkan surat perjanjian
itu di muka surat dua. “ Dekat ayat paling bawah sekali, Fat ada tulis ‘please note’.”
“ Saya tak perasan pulak ada ayat tu.” Kyra
mula berdebar-debar.
“ Itu sebablah Fat cakap Kyra tak baca
betul-betul.” Abdul Fatah menegur Kyra.
“ Apa yang awak taip kat situ?” Dada Kyra mula
berdebar.
Abdul Fatah menelan air liur sebelum meneruskan
bicara. “ We are getting married next
week.” Sedikit kuat suaranya. Dia mahu Kyra dengar dan fahami betul-betul
apa yang diungkapkannya.
“ What?!”
Kyra menjerit. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. “ Jangan nak buat lawak bodoh kat sini,
Encik Abdul Fatah.” Dia cuba untuk tidak mempercayainya.
“ Percayalah, sayangku Kyra.” Bergetar bibir
Kyra mendengarnya. Abdul Fatah tidak henti-henti mempamerkan senyumannya. Dia
rasa sungguh gembira saat ini. “ Fat dah fikir masak-masak dan Fat dah buat
keputusan untuk jadikan Kyra isteri Fat. Fat rasa…”
“ Stop it,
Abdul Fatah!” lantang Kyra bersuara. Abdul Fatah terkejut. Nampaknya Kyra
begitu beremosi apabila mendapat tahu yang dia bakal berkahwin minggu depan.
Sesuatu perkara yang tidak terjangka olehnya! Jika ibunya tahu, pasti ibu akan
terkejut sepertinya juga.
“ Jangan harap saya akan mengahwini awak.
Nampaknya silap saya sebab tak teliti ayat yang ada dalam agreement tu. Saya akan maklumkan pada Puan Faridah nanti untuk
buatkan agreement baru. Agreement yang saya signed tu akan terbatal serta-merta.” Nadanya masih lagi marah.
Mukanya merah membahang.
Abdul Fatah tetap tidak mahu mengaku kalah. Dia
akan cuba untuk memujuk Kyra bersetuju untuk berkahwin dengannya minggu depan
walau apapun yang terjadi. “ Salah ke Fat buat macam tu? Kyra dah tandatangan agreement tu jadi Kyra dah tak boleh
buat apa lagi. Minggu depan Fat nak Kyra bersiap sedia untuk menjadi isteri Fat.”
“ Kepala otak kau! Kau ingat bila aku dah signed agreement ni, aku akan turuti
kemahuan kau? Jangan nak beranganlah, Encik Abdul Fatah!” bidas Kyra dengan
suara yang masih lagi lantang. Tiada lagi perkataan sopan yang meniti di bibir
mungil Kyra.
“ Kalau Kyra tak setuju, Fat akan ambil cek
lima puluh ribu yang ibu bagi tadi.” Abdul Fatah mula menghampiri Kyra untuk
mengambil semula cek yang diberikan ibunya. Jika Kyra tidak mahu bersetuju
dengan agreement yang dibuatnya, baik
dia ambil semula cek itu.
“ Cek
ini hak aku bukan hak kau!” Kyra mengorak langkah ke belakang. Abdul Fatah
semakin mendekat, dia jadi tidak tentu arah. Dia pantas menolak tubuh badan
lelaki itu sedaya yang mampu hingga terdorong lelaki itu hingga ke meja
kerjanya.
“ Ini duit aku sebagai duta Slim World! Tak ada kaitan dengan kau
langsung. Kau jangan berkhayal lebih untuk semua itu!” Kyra bertindak
memasukkan cek lima puluh ribu itu ke dalam bajunya. Itu langkah selamat
untuknya agar Abdul Fatah tidak mengambil cek itu darinya.
Abdul
Fatah menahan nafas. Tidak sangka Kyra akan bertindak sebegitu. “ Hidup tak selalunya indah, Kyra sayang dan
apa yang Fat lakukan ini bukan khayalan. Khayalan yang Fat buat inilah yang
akan menjadi realiti. Fat harap Kyra akan faham maksud Fat. Fat yakin Kyra
memang jodoh Fat.” Bersungguh-sungguh Abdul Fatah berkata. Dia mahu Kyra
percaya yang dia memang cintakan perempuan itu sepenuh hatinya.
“ Aku nak balik. Aku dah tak nak dengar semua
ni!” Kyra tidak betah untuk terus berada di sini. Dia berlari anak meninggalkan
Abdul Fatah yang termangu-mangu di situ.
****
“ Betty, saya nak balik dulu. Awak cakap dengan
Puan Faridah, nanti saya akan call
dia pasal agreement yang management sediakan untuk saya.” laju
sahaja Kyra berbicara pada salah seorang receptionist
yang berada di lobi utama syarikat Slim
World.
“ Cik Kyra, ada seorang pelanggan Slim World yang baru mendaftar hari ini
nak jumpa Cik Kyra.” Terang Betty.
“ Pelanggan baru? Mana dia? Saya tak nampak
pun.” Mata Kyra memandang sekeliling. Nampaknya dia tidak jadi balik. Sebagai
duta baru Slim World, dia bertanggungjawab untuk menceritakan pengalamannya
sewaktu dia mempunyai badan yang besar dulu. Baru pelanggan akan bertambah
yakin untuk membuat rawatan kuruskan badan di syarikat Slim World.
“ Dia pergi toilet
sekejap. Kejap lagi dia akan datang balik.” ujar Betty sambil memandang jam
di dinding. Rasanya sudah berapa minit pelanggan baru itu berada di tandas.
Takkan pelanggan baru itu sakit perut kut?
“ Oh ya ke? Hurm… tak apalah. Saya duduk kat
sana dulu. Kalau Encik Abdul Fatah cari saya. Cakap saya dah balik ya.”
“ My dear
Kyra…” Khuzairi terpukau melihat Kyra dihadapannya. Kyra begitu cantik
sekali dengan pakaian ringkas berwarna coklat itu. Memang dia sangat bertuah
kerana dapat melihat kecantikan Kyra pada pagi yang indah ini.
“ Khuzairi?” terkedip-kedip mata Kyra melihat
batang tubuh Khuzairi. Macam mana pula Khuzairi tahu dia datang ke syarikat
ini? Rasanya dia tidak maklumkan pada sesiapa yang dia akan datang ke sini.
“ Cik Kyra, inilah pelanggan baru yang saya
cakapkan tu.” Betty menerangkan
“ Apa?!” Kyra terlopong besar. Sudah kali kedua
dia terkejut sebegini.
Khuzairi tersengih-sengih di situ. Dia tahu
Kyra pasti terkejut dia menjadi pelanggan Slim World. Dia buat begitu pun
kerana Kyra juga. Dia mahu menjadi kurus sama seperti bekas isterinya itu.
Manalah tahu Kyra berminat untuk menjadi isterinya semula.
Mujur Abdul Fatah tidak ada bersama mereka.
Jika tidak, pasti mukanya akan dilayangkan penumbuk buat kali kedua. Sengaja
dia katakan pada receptionist yang
bernama Betty itu supaya tidak memberitahu tentang permohonanya sebagai ahli
baru Slim World.
“ Saya tak percaya awak jadi ahli baru Slim World. Saya tak percaya.” Kyra
mengelengkan kepala, tanda tidak percaya.
“ Kyra kena percaya, sayang. Abang buat semua
ini kerana abang nak buktikan yang abang mampu bergandingan dengan Kyra. Itu
sebab abang nak kuruskan badan abang.” kata Khuzairi dengan jujur.
Abang lagi? Sayang? Aduhai… rasanya lelaki ni
tak malu lagi untuk memanggilnya sayang. Malu dia pada Betty yang sudah
tersenyum-senyum memandang mereka berdua.
“ Jangan sebab saya awak buat semua ni,
Khuzairi. Just be yourself.” Kyra
sedaya upaya memujuk Khuzairi agar tidak memaksa diri untuk menguruskan badan.
“ Abang tetap nak kurus juga. “ Because of you, I didn’t give up, Kyra.”
Khuzairi sudah memulakan ayat romantiknya. Makin malu dia pada Betty.
“ Please Khuzairi,
ini bukan tempat untuk berjiwang.”
“ Apa abang-abang ni?!” Abdul Fatah muncul dari
belakang Kyra. Kyra terasa denyutan jantungnya bagai terhenti apabila mendengar
suara lelaki itu muncul dari belakangnya. Fat, kenapalah kau masih muncul di
dalam hati aku. Kyra mengeluh berat.
“ Apa kau buat kat sini, Encik Khuzairi? Aku
kan dah cakap jangan jumpa dia lagi.” Abdul Fatah mencekak pinggang. Marah
sungguh dia ketika ini.
Betty di kaunter pertanyaan sudah kelam-kabut
menyambung kembali tugasnya apabila anak kepada Chairman Slim World datang menjengah lobi utama.
“ Pergilah sambung kerja awak, Encik Abdul
Fatah. Ini perbualan di antara kami berdua. Encik Abdul Fatah tak ada kaitan
dalam hal ini.” Kyra sudah muak untuk memandang Abdul Fatah lagi. Kerana sebuah
agreement, dia semakin menyampah dan
benci pada lagi itu.
Khuzairi gembira kerana Kyra menyebelahinya.
Makin dia bersemangat untuk menawan hati Kyra.
“ Kau dengar sini Khuzairi… selangkah kau
mendekati dia, selangkah itulah tumbukan aku akan hinggap di pipi kau, Encik
Khuzairi.” Abdul Fatah betul-betul mengamuk. Cemburunya bukan kepalang melihat
Kyra berbual dengan Khuzairi.
Pap!
Kyra terus menampar pipi Abdul Fatah yang
tembam itu tanpa berfikir lagi.
Abdul Fatah terkedu di situ. Kyra menamparnya
di depan Khuzairi?
8 ulasan:
nak lagi... siapa pilihan kyra? fatah or khuzairi...
hehe...siapa pilihan kyra?
smuanya ad kt grup eya...hehe
aduhhhhhh...
sakitnya.....
kontroversi betullah Kayra ni
kejutan 1,
patah nk kawen ngan Kyra?
mmg terkejzutt..
biar betul ni....??????
hahahaha...
kejutan 2,
pencacai nk kuruskan badan???
alahai....sian org yg x berapa
nk kurus, x de yg nk....
(eya.....ni perli dlm senyap ke
apa ni....masih aku terasa ni.)
kejutan 3,
alamak patah kena lempang....
tambah berangin lah dia ngan Kyra
bertambah2 lg lah dendamnya...
OMG OMG OMG
ish3....
sape agaknya best man win..
tuan tanah,
jgn bagi saspen bnyk sgt ye
migrain ni...
sila2.... sambung....
kak nana syg!!!
aduhai...pnjangnya komenmu!! hahaha...tp terbaiik!!!
kejutan 1
akk kne percaya yg patah mmg nk kahwin ngn KYRA
kejutan 2
akk jnglah terasa...ini hanyalah cerita...sorry sangat2 klao akk terasa!ini hanyalah imaginasi eya sahaja ;)
kejutan 3
hehe...bkn bertambah berangin Fatah, tp bertambah semangat PATAH nk kahwin ngn KYRA...HEHE
**eya CIK TANAH ya...hahaha
Eya, jgn bg Kyra hanyut ngan Kucai ye. =)
haha...
insyallah KYRA x kn hnyut ngn kata2 CINTA daun KUCAI! kehkeh
Ouch ! Ksian Fatah .. Taak baik tw Kyra .. Eeeee .. Jgn benci sgt .. Nati jtuh cinta .. Hahahahaha ..
hehe..skrg ni rmai yg kesiankan FATAH kak...eya pn sme jgk kesiankan dia tp x pe...INSYALLAH KYRA akn BERSATU jugak dgn FATAH
Catat Ulasan