Lagi dua hari majlis perkahwinannya, Kyra
duduk sahaja di rumah menonton televisyen tanpa membuat apa-apa persiapan
penting untuk perkahwinannya nanti. Bukannya dia seperti wanita lain yang
terhegeh-hegeh untuk mencari persiapan perkahwinan. Dia kahwin dengan Abdul
Fatah pun bukannya kerana cinta tapi kerana terpaksa… aku relakan! Hah, kan dah
macam tajuk novel melayu pula.
Bosan duduk menegak di atas sofa yang
didudukinya, dia berbaring pula. Rambutnya yang diikat ketat dibiarkan lepas.
Rasa tidak selesa pula bila baring dalam dalam keadaan rambut berikat.
Dalam posisinya berbaring, matanya
tertunak pada skrin televisyen yang sedang memaparkan iklan. Punyalah lama
iklan TV sehingga dia sudah naik fed-up dengan iklan tersebut. Asyik-asyik
iklan yang sama sahaja. Paling dia menyampah semestinya iklan dari syarikat
Puan Faridah. Ah, tak pasal-pasal dia kena jadi menantu chairman pusat pelangsingan tu. Apalah nasib kau, Kyra. gumamnya
dalam hati.
Kyra terkejut apabila sebuah lori masuk
perlahan-lahan ke perkarangan rumahnya yang tidak berkunci itu. Dia yang sedang
berbaring di sofa tiga berangkainya segera bangun dari situ lalu dia melihat ke
luar tingkap rumah yang agak samar-samar. Lori tu bawa apa pula ni sampai
tertutup dengan kain gelap. Kejutan apa lagi yang lelaki tembam tu nak buat kat
aku?
Kyra
merapikan rambutnya semula yang agak berserabut semasa dia berbaring tadi
sebelum dia membuka pintu utama rumahnya. Seorang lelaki yang keluar dari
tempat pemandu mendekatinya. Kyra tersenyum nipis sebelum mukanya bertukar
masam apabila lori yang datang ini ada kaitan dengan Abdul Fatah. “ Encik Abdul
Fatah bagi apa ni?”
“ Encik Abdul
Fatah ada sediakan sesuatu untuk Cik Kyra. Kejap ya.” Pemandu itu memanggil
kawannya yang sudah keluar dari lori itu. “ Din, lu ketepikan kain hitam tu. Buka perlahan-lahan tau. Rosak nanti, gua kena marah.” Kyra mengerutkan dahi.
Rosak? Benda apa pula tu?
Lelaki yang
diarahkan pemandu tersebut mula memanjat kayu penghadang lori itu di belakang
dengan berhati-hati. Salah sikit rosak tak pasa-pasal mereka kena marah.“
Hati-hati tau Din. Gua tak nak kena marah dengan bos.”
Tatkala
lelaki yang bernama Din itu mula menarik kain berwarna gelap itu
perlahan-lahan, dada Kyra mula berdegup kencang. Matanya terkebil-kebil
memandang apa yang berada di atas lori tersebut.
Biar betul
Abdul Fatah bagi aku benda ni? Dah tak ada benda lain ke dia nak bagi? Dalam
rumah aku dah ada benda ni, dia nak bagi juga?
Katil king size? Kyra mula mengelamun. Abdul
Fatah ingat lepas kahwin ni, aku kena tidur dengan dia kat rumah ni? Eii…
simpang malaikat empat puluh empatlah! Jangan haraplah lelaki tembam itu dapat
tidur sebelah dia.
“ Cik Kyra,
boleh tolong bukakan glass sliding door
tu tak? Kami nak bawa katil dengan bunga mawar merah kat dalam bilik Cik Kyra.”
kata pemandu lori itu.
“ Bunga mawar
merah pun ada sekali? Dah gila ke Encik Fatah tu sampai nak bagi bunga mawar
merah kat saya? Dah, dah. Saya tak nak ini semua. Katil saya yang ada kat dalam
bilik tu masih elok lagi. Tak payah nak tukar-tukar.” Jawab Kyra sedikit marah.
“ Kami hanya
ikut arahan aje, Cik Kyra. Katil yang cantik ni takkanlah Cik Kyra tak nak?
Dahlah mahal katil ni. Betul tak Din?” pemandu itu bertanya pada kawannya yang
senyap dari tadi.
“ Betul ar. Kalau Cik Kyra tak nak katil ni,
kami tak boleh buat apa. Tapi Encik Fatah ada bagi sepucuk surat untuk Cik
Kyra.” Din menyeluk poket seluar jeansnya. Surat yang berstaple itu dihulurkan kepada Kyra.
Kyra
mengambil surat itu dengan muka yang masam. “ Ada-ada ajelah lelaki tembam tu. Korang tunggu kejap. Saya baca surat ni
dulu baru saya decide nak letak ke
tidak dalam bilik saya.” Masih tidak berubah nada suaranya. Kyra membuka surat
itu lalu membacanya.
“ Assalamualaikum janda Slim World…” Kyra
jawab salam dalam hati namun dia terkejut tatkala ayat seterusnya Abdul Fatah
memanggilnya janda Slim World. Dia
panggil aku janda Slim World? Kurang
ajar betul! Kyra ketap bibir menahan geram. Dia membaca ayat seterusnya dengan
rasa bengang yang amat sangat.
Fat tahu Kyra mesti bengang saat ni bila tengok ada katil
dengan bunga mawar merah. Jangan marah ya! Senyumlah sikit! Tapi Fat buat semua
tu sebab Fat tak nak berkongsi katil dengan Khuzairi. Itu yang Fat beli katil
baru. Katil yang Fat beli tu hanya untuk kita berdua. Fat tak nak masa kita
berdua tidur nanti, Kyra akan teringatkan Khuzairi.
Terima ajelah ya katil dengan bunga tu
ya. Kalau Kyra tak nak terima juga, Fat bagi tahu ibu Fat!
Salam sayang,
Abdul Fatah.
** Tak sabar nak kahwin dengan janda Slim
World yang cantik jelita ni…
‘ Kau nak
main ugut aku pula ya, Fatah?’ Tak apa, ada budi ada balas, lepas kahwin nanti
aku balas!’ Surat itu Kyra gumpal lalu dibaling jauh hingga masuk ke dalam tong
sampah hitam. Din dan pemandu lori tersebut agak terkejut dengan tingkah Kyra yang
selamba membaling surat yang diberikan Abdul Fatah.
“ Korang tunggu sini, Saya masuk dalam
ambil kunci gate sliding door tu.
Hmm… menyusahkan betul!” marah Kyra sebelum dia ke rak yang mengandungi kunci
rumah untuk membuka pintu itu.
Din dan
pemandu tersebut mula meneruskan kerja mereka. Perlahan-lahan katil bersaiz king size itu diangkat lalu diturunkan.
Bunga mawar merah yang berada di tepi katil tersebut dibiarkan terlebih dahulu
di atas lori.
Apabila sliding door itu dibuka, kedua-dua
lelaki berbadan sasa itu masuk ke dalam rumah dua tingkat itu sambil membawa
katil yang agak berat itu. Muka Kyra masam sahaja.
“ Bilik Cik
Kyra kat tingkat atas ke?”
“ Jangan
haraplah korang nak letak kat bilik
saya.” Kyra merengus sambil kakinya mengorak langkah ke bilik yang berada tidak
jauh dari dapur. “ Letak kat dalam bilik ni. Kyra membuka pintu bilik itu
selebar mungkin.
Kedua-dua
lelaki itu terdiam. Apa hal dengan minah ni? Asyik marah-marah aje. Malang
sungguh bos mereka dapat wanita cantik yang suka marah ini.
“ Tapi kan
Encik Fatah suruh letak kat dalam bilik Cik Kyra?” tanya Din.
“ Ini rumah
saya. Suka hati sayalah nak letak katil ni kat mana.” Selamba sahaja Kyra
menjawab. “ Masuklah, apa lagi. Pnadai-pandailah nak letak katil tu ya.” Kyra
mengorak langkah pergi ke depan semula dan duduk di sofa tadi. Matanya melekap
ke skrin televisyen yang terpasang sejak dari tadi itu.
“ Ikut ajelah
Din. Minah tu memang saja buat gua marah. Kalau Cik Kyra jadi isteri gua,
memang gua cili mulut dia tu. Mulut tak ada insurans betul!” luah pemandu lori
itu. Din menganggukkan kepala. Memang betul kata kawannya itu. Harapkan tubuh
badan aje cantik tapi mulut macam puaka!
Tanpa
menunggu lagi, mereka melakukan apa yang disuruh majikannya.
***
Kesungguhan
Abdul Fatah dalam membakar lemak badan di Body
Fitness mendapat pujian jurulatih
peribadinya, Arif Tuah. Tidak sangka dalam dua hari dia melakukan senaman dan
menjalani rawatan Reshape Programmer
di syarikat ibunya itu akhirnya membuahkan hasil yang mengkagumkan.
Baru dua hari
dia memulakan program kuruskan badan, berat badannya sudah menurun dua
kilogram! Dia berbangga dengan dirinya sendiri. Selepas tiga bulan nanti,
bolehlah dia memperolehi tubuh badan yang menarik. Abdul Fatah sudah mula
berangan.
Hari ini,
jurulatih peribadinya sekali lagi menyuruhnya mengunakan peralatan treadmill untuk menurunkan berat badan
dan membakar lemak yang terkumpul di dalam tubuhnya. Kali ini, dia kena berlari
perlahan di mesin yang mempunyai monitor itu
dengan masa 45-60 minit.
Fuh, memang
penat tapi penatnya seakan hilang apabila diberikan kata-kata semangat dan
nasihat daripada jurulatih itu.
“ Buat
sungguh-sungguh ya. Awak mesti tak nak orang ejek awak badan tembam lagi kan?”
Arif Tuah sudah tahu tentang kritikan yang dilemparkan kepada Abdul Fatah. Puan
Faridah ada beritahunya beberapa hari sebelum dia menjadi jurulatih peribadi
Abdul Fatah.
“ Ya, Arif.
Saya akan buat sungguh-sungguh. Demi ibu dan orang yang saya cinta.” Ucap Abdul
Fatah dengan yakin sekali sebelum dia naik ke atas mesin treadmill itu dan mula berlari dalam masa yang ditetapkan. Ipod
menjadi pilihannya untuk menghilangkan rasa sunyi. Tuala kecil sudah tersedia
di lehernya. Dapatlah dia mengesat peluh ketika berlari.
Arif tuah tersenyum.
Nampaknya Abdul Fatah memang bersungguh-sungguh untuk kurus! “ Teruskan, Encik
Fatah. Saya sokong awak dari belakang.” Dia tersenyum sebelum dia meminta diri untuk ke tandas. Abdul Fatah hanya
mengangguk.
Walaupun
penat, akan ku cuba juga untuk bertahan. Go,
Fatah, Go! Abdul Fatah berkata dengan penuh semangat. Lagi dua
hari dia akan berkahwin, dia mahu buktikan pada Kyra yang dia mampu kurus!
***
1 ulasan:
Caiyokk Fatah Caiyokk Fatah .. Heheheh .. Xsbar tggu Fatah da MACHO ..
Catat Ulasan