Selasa, 26 Mac 2013

BAB 29 Berilah Sayang Peluang



“Masya Allah! Datin!”terkejut Wan Zubair apabila Datin Zafiah terduduk di atas lantai. Pantas dia meluru kearah wanita berusia itu lalu dipapahnya.
“Datin? Are you alright?” kata Wan Zubair dengan lembut. Dia memahami keadaan seorang ibu yang akan berasa sedih sekirannya anak yang disayangi dalam keadaan tenat.
“Saya sedih, Doktor. Anak saya sakit.”tersedu-sedan Datin Zafiah menangis. “Zeril mewarisi penyakit papanya dan saya tak sanggup nak melihat anak saya menderita penyakit itu. Saya sanggup gadaikan nyawa saya asalkan Zeril sihat seperti biasa.”naluri seorang ibu tidak akan membiarkan anaknya sakit.
“Maksud Datin, Zeril Iskandar mewarisi penyakit papanya? Saya tak rasa sebab keturunan, Datin. Zeril Iskandar sakit sebab lain.”
Datin Zafiah terkedu. “Kalau bukan sebab keturunan, sebab apa Doktor?”
“Sewaktu kami melakukan pembedahan, kami dapati jantung Zeril Iskandar mengalami masalah Cardiomypothy iaitu masalah otot jantung. Ini tidak ada kaitan dengan penyakit keturunan. Semuanya berpunca dari Zeril sendiri, Datin.”
Datin Zafiah mengesat airmatanya. “Saya tak faham maksud Doktor. Boleh Doktor terangkan apa puncanya?”soalnya ingin tahu.
“Sebenarnya Datin, anak Datin mengambil alkohol dan pil ekstasi secara berlebihan.”
Mata Datin Zafiah terbeliak. “Doktor cakap anak saya minum arak dan makan dadah? Anak saya tak pernah buat perkara yang bertentangan dengan syariat islam. Doktor jangan cakap yang bukan-bukan!”katanya dengan nada marah. Dia cukup pantang kalau ada ahli keluarganya melakukan sesuatu yang tidak elok di belakangnya. Tambah-tambah kalau anaknya meminum minuman keras tanpa pengetahuannya.
Wan Zubair tersentak. “ Datin kena jugak percaya cakap saya. Saya cakap berdasarkan pemerhatian yang kami jalankan sebelum pembedahan ini berlaku. Sebagai seorang doktor, tugasnya kena merawat dan memeriksa apa yang berlaku pada pesakit. Saya berharap Datin dapat menerima apa yang saya katakan.”dalam diam dia kesal dengan apa yang Zeril Iskandar lakukan. Sanggup dia membuat perkara yang tidak elok di belakang mamanya.
Datin Zafiah tertunduk. Sebaknya mengamit semula. “Saya tak sangka, doktor. Anak yang saya sayang sanggup lakukan perkara tak elok dibelakang saya.”
“Sabar, Datin.”Wan Zubair memegang lembut bahu Datin Zafiah. Memberinya kekuatan.
“Saya kesal dengan anak saya. Kenapalah dia buat semua tu? Makan pakai dia saya jaga dia dengan elok, dia buat macam ni pada saya? Selama ni, kasih sayang saya pada dia tak cukup ke?”airmatanya mengalir kembali.
“Saya pun turut kesal dengan apa yang berlaku. Saya ingatkan Zeril Iskandar mempunyai penyakit jantung yang biasa tetapi tanggapan saya silap. Dahlah, Datin. What is past is past. Maafkanlah Zeril Iskandar. Mungkin ada hikmah ini semua terjadi.”pujuk Wan Zubair.
“Entahlah, Doktor. Macam-macam yang dah berlaku sejak dua menjak ini. Saya nak terangkan pada doktor, saya tak mampu sebab ini melibatkan hal keluarga. Tak mengapalah, doktor. Terima kasih atas penjelasan itu tadi.”katanya dengan suara yang mendatar. Hendak memarahi anaknya, waktu ini bukan waktu yang sesuai. Anaknya masih lagi terlantar di atas katil bedah. Apa yang perlu dia buat? Tabahkan saja hatinya. Sesudah Zeril Iskandar sihat walafiat sepenuhnya, tahulah apa yang dia akan lakukan pada anaknya nanti!
“Sama-sama, Datin. Sekarang ni saya nak bersihkan tangan saya dulu. Banyak darah ni. Takut Datin Zafiah geli pulak dengan darah ni.”
“Saya takkan geli kerana saya tahu darah itu milik anak saya.”
“Kalau ada apa-apa kemusykilan berkaitan Zeril Iskandar, Datin boleh tanyakan kepada Prof.Dr.Azmi, salah seorang doktor yang bekerjasama merawat dan memeriksa Zeril Iskandar.
“Insyallah. Terima kasih sekali lagi, doktor. Dulu saya ingatkan Zeril kena jalani pembedahan disebabkan seorang perempuan. Tapi bukan ye doktor?”
Wan Zubair tersentak. Mujur dia tidak melangkah ke bilik air lagi.
“Seorang perempuan? Maksud Datin?”dia mula hairan. Adakah Datin Zafiah memaksudkan Nur Adriana?detik hatinya.
“Namanya Nur Adriana. Dia pernah datang ke sini tapi mungkin doktor tak nampak dia kut? Perempuan itulah yang membantu anak saya sampai boleh bernafas semula. Pagi tadi, pembantu peribadi saya ada mengatakan yang perempuan itu ada datang ke sini tapi bila saya masuk dalam bilik Zeril Iskandar, perempuan itu dah menghilangkan diri. Mungkin dia takut saya marah dia.”
Wan Zubair mula rasa tidak sedap hati. “Nur Adriana? Saya rasa pernah jumpa dia. Tapi saya dah lupa macam mana wajah dia.”sengaja dia berkata begitu walhal dia amat mengenali wajah dan karakter tunangnya.
“Awak pernah jumpa Nur Adriana? Kat mana?”bersinar-sinar mata Datin Zafiah.
“Kat sini-sini aje. Tapi tak pernah bertemu empat mata. Saya tengok dia pun sekilas aje. Masa tu saya tengah cakap-cakap dengan nurse kat depan bilik Zeril Iskandar dan saya tengok dia masuk dalam bilik Zeril.”Wan Zubair mereka cerita.
Datin Zafiah mengeluh. “Ala, patut saya cakap dengan doktor awal-awal bagi Nur Adriana tak balik rumah. Saya dahlah susah nak jumpa dia.”
“Penting sangat ke Datin sampai nak kena jumpa perempuan itu?”tanya dia ingin tahu.
“Penting. Saya nak bagi wang pada dia tapi dia takde.”
“Wang?”Wan Zubair menjongket kening. Banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Dhia setelah tunangnya keluar dari penjara.
“Doktor Wan tak tengok ke kat tv10? Dah nak dekat seminggu saya siarkan iklan tentang kehilangan Zeril Iskandar.”
Wan Zubair mengelengkan kepala. Manalah dia ada masa nak tengok tv? Sibuk memanjang. “Sorry, saya sibuk. Dah lama saya tak menonton televisyen.”katanya jujur.
Datin Zafiah tersenyum. “Haa, Nur Adriana lah perempuan yang berjumpa dengan anak saya tu.”
Darah Wan Zubair menyirap. Jika boleh, sekarang ini dia mahu berjumpa Nur Adriana. Hesy! Kenapalah aku tak tahu semua ni dari awal?katanya dalam hati.
“Datin, saya pergi dululah ye? Kalau tak basuh ni, banyak bacteria pulak di lengan saya.”dia tidak mahu berdiri di sini lama-lama. Sebenarnya dia ingin tahu lebih lanjut apa yang berlaku pada tunangnya sebelum mereka berdua bertemu di hospital ini.
Tanpa mengucap salam, dia terus beredar dari situ. Datin Zafiah mengangkat kening. Apa kena dengan doktor tu? Tak bagi salam terus aje pergi. Ya pun salamlah dulu!
Dia kembali duduk di kerusi dengan mengesat bekas airmata yang mengalir tadi.
Tak sangka dalam diam anaknya melakukan perbuatan di luar batasan. Selepas Zeril Iskandar sembuh nanti, tahulah dia nak ajar anaknya!
Tunggulah mama nak ajar Zeril!
****
“Kau tak bosan ke berfikir lama-lama pasal perkara tu, hmm?”soal Madz Hazrul setelah lama mereka berdua membisu tanpa sebarang kata. Mujur dia masih boleh bersabar lagi kalau tak memang kaki ni dah lama bergerak nak balik!
Dhia tersentak. Fikiran yang jauh melayang hilang begitu sahaja tatkala suara lelaki itu meluahkan rasa. “Abang bosan ke tunggu saya bagi jawapan?”
“Sejujurnya aku bosan. Yelah, bukan main lama aku nak tunggu kau bagi jawapan. Nasib baik penyambut tetamu tadi bagi aku port paling belakang kalau tidak memang aku dah angkat kaki tinggalkan kau kat sini sorang-sorang.”
            Nur Adriana menjongketkan kening. “Kenapa tak balik sekarang? Kan senang?”soalnya selamba. Dia dah dapat apa yang diimpikan. Tidak perlulah dia bersusah payah untuk meminjam duit dari orang lain.
            Madz Hazrul mengacip gigi. Selamba aje mulut perempuan ni bercakap. Sumbat cili api baru tahu! “ Amboi…sedapnya kau bercakap. Kalau ikutkan memang aku nak balik, tapi punyalah lama nak tunggu jawapan daripada kau. Kalau aku tak dapat keputusan dari kau, Datin Zafiah marah aku tau tak?”tinggi sikit nada suaranya.
            Nur Adriana menghela nafas sebelum dia berdiri untuk beredar dari sini. Surat bersaiz A4 yang disertakan dalam sampul yang lelaki ini berikan padanya tadi dipulangkan kembali. Hanya duit yand diambil“ Saya nak balik dululah, abang. Rasa-rasanya tak dapatlah nak buat keputusan sekarang.”hatinya berbelah-bagi untuk menerima tawaran itu. Lagipun, dia takut Datin Zafiah akan bertanyakan tentang kehidupannya sebelum mendapat kerja itu. Dia seboleh mungkin ingin menyembunyikan identity sebagai perempuan banduan.
            Madz Hazrul mula serabut. Punyalah lama dia tunggu jawapan perempuan itu, senang-senang aje dia bagi jawapan ‘tak dapat nak buat keputusan sekarang’. Sabar ajelah wahai hati…
            “Kenapalah kau susah sangat nak bagi jawapan? Aku cuma nak tahu dari mulut kau  yes or no aje. Dua perkataan tu susah nak pilih ke? Apa laa…”Madz Hazrul menepuk dahinya sendiri.
            Nur Adriana menarik nafas kemudian dihembuskan. “Okay lah. Kalau abang nak tahu sangat. Saya tak berminat dengan tawaran ni. Abang carilah orang yang sesuai dan boleh jaga Zeril Iskandar dengan baik. Diri saya tak mampu nak menjaga dengan baik, ada hati nak jaga orang lain pulak.”dia mahu tinggalkan tempat ini. Duit dah berada di genggaman, bolehlah dia gunakan sebaiknya.
            Tubuhnya dipalingkan ke belakang. Dia mahu beredar sekarang.
            Madz Hazrul bengang. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Nur Adriana. Dengan pantas lengan perempuan itu ditarik dan dipegang kejap.
            Terdorong Nur Adriana ke belakang. Badannya bersentuhan dengan tubuh badan lelaki itu. Sampul surat yang berisi duit jatuh bertaburan. Terlopong mulutnya melihat. Cepat-cepat dia menolak kasar tubuh lelaki itu lalu diangkat kesemua duit yang jatuh.
Setelah semua duit diangkat, dia memandang Madz Hazrul tajam.
            “Abang ni kenapa hah? Orang dah cakap tak nak, tak naklah. Tak reti bahasa ke apa ni?”pekiknya.
“Aku tak puas hati dengan jawapan kau. Kenapa kau mesti cakap tak nak? Berduyun-duyun perempuan yang datang nak jadi pembantu rumah pada Tuan Zeril Iskandar. Memang kau tolak tuah la!”
Nur Adriana lantas berdiri tegak. “Bila masa pulak saya nak jadi pembantu rumah Zeril Iskandar? Saya tak cakap apa-apa pun. Abang cari ajelah yang lain. Lagipun saya dah bekerja. Tak boleh nak berhenti macam tu aje.”dia terpaksa berbohong untuk mengelakkan pertembungan dengan Zeril Iskandar.
“Kau dah kerja? Kenapa tak bagi tahu awal-awal? Cakap secara direct kan senang?”keluh Madz Hazrul. “ Tapi aku tengok kau macam tak kerja aje?”
Jantung Nur Adriana berdebar. “Abang ni memandai aje. Saya kerjalah. Bos bagi cuti lama sikit sebab saya selalu kerja malam.”itu sahajalah alasan yang terbaik untuk diberikan kepada lelaki ini.
Madz Hazrul mengeluh lagi. “Hesy! Susahlah macam ni.” Dia mencekak pinggang. “Datin Zafiah memang berharap kau jadi penjaga khas Zeril Iskandar. Orang lain susahlah nak kawal dia. Dah berpuluh pembantu dicari, tapi semua berhenti awal.”rungutnya perlahan.
“Teruk sangat ke sikap Zeril Iskandar sampai semua yang kerja berhenti?”
“Hmm…takdelah teruk sangat. Cuma sejak dua menjak ni, sikap dia berubah hundred percent. Apa yang pembantu rumah buat, semuanya tak kena pada Tuan Zeril Iskandar.”
“Dia dengan saya okey aje. Siap bergurau senda lagi tu.”
“Hah! Yang tulah aku suka pasal kau! Kalau kau jadi penjaga khas dia, dia akan kawal kemarahan dia.”puji Madz Hazrul.
Nur Adriana mengetap bibir. ‘Lelaki ni terlalu excited sangat aku kerja dengan si Zeril tu.gumamnya.
“Nanti balik saya fikirkan balik ye! Bagi saya sedikit masa.”akhirnya Nur Adriana membuat keputusan. “Abang tahu kan rumah saya? Nanti saya call abang bila saya dah buat keputusan. Zeril Iskandar kan masih dalam wad lagi so lebih baik bagi saya masa untuk buat keputusan ye.”
Madz Hazrul tersenyum. “Noted! Kau bagilah nombor telefon rumah kau. Nanti aku senang nak call kau.”dalam hati dia menjerit kegembiraan. Ada peluang aku nak kenal dia ni.gumamnya.
Nur Adriana hanya memberikan nombor telefon rumahnya.
Madz Hazrul mencatat nombor telefon rumah perempuan itu di dalam telefonnya. “Kenapa kau bagi nombor rumah, nombor telefon kau tak ada ke?”soalnya ingin tahu.
Sekali lagi Dhia terpaksa menipu. “Dah tamat talian. Nanti saya beli sim card baru.”ujarnya.
“Hmm…baru nak cakap lama dengan kau.”katanya perlahan.
“Apa dia?”Nur Adriana mengangkat kening.
Madz Hazrul mengeta bibir. “Eh, takde apa-apalah.”dia menafikan. “Jomlah, kita balik. Datin Zafiah nak jumpa aku tu.”dia melangkah laju meninggalkan perempuan itu.
Nur Adriana tergamam. Aik? Kenapa dengan lelaki ni? Biul agaknya.
“Eh, abang. Janganlah cepat sangat. Hesy!”dia berlari anak mengejar lelaki itu.
Setelah berada di sisi Madz Hazrul, Nur Adriana merungut. “Abang ni kenapa hah? Laju betul berjalan. Tak tunggu orang langsung!”cebiknya. “Abang tak bayar lagi bil makanan tu. Saya takde duit nak bayar semua tu.”dia tidak mahu menggunakan duit yang diikat kemas di dalam sampul surat itu. Biarlah madz hazrul yang membayarnya. Lelaki ini yang mengajaknya datang ke sini, takkan dia nak kena bayar pulak kan?
“Tak payah bayar. Kat sini semua free sebab Datin Zafiah shareholders terbesar kat sini.”Madz Hazrul terus berlari meninggalkan Nur Adriana.
Patutlah bukan main beria-ria lelaki ni cakap dengan penyambut tetamu tadi. Rupa-rupanya mereka dah kenal lama!Ooo…tak sangka Datin Zafiah pemegang saham terbesar kat hotel mewah ni.
Bertuah Zeril Iskandar. Dia? Apa ada? Bekas banduan aje…hmm…
Dia membiarkan lelaki itu pergi dahulu. Selamat tinggal Abang Madz Hazrul!katanya dalam hati.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

err tak faham cerita nie

Nur Daeya berkata...

x faham citer ni?hehe
minta maaflah klao citer ni x best..
eya msih mncuba..
klao Tanpa nama nak thu, eya boleh ceritakan dr awal bab hingga ke bab sekarang.. ;)

lee jee joong berkata...

Hmm agak2 dr wan cr adriana sbb ape ye nanti pasal duit ke?? Hehe eya , adriana tak takut ke pgg dui byk2 siap jatuh2 lg hahaha bahaya

Nur Daeya berkata...

d cari sbb nak thu smua psal nur adriana sebelum tunang d kuar dr penjara..
kn hri 2 d x smpat nk ckp ap2 sbb wan zubair nmpk tunang d main tarik rmbut ngn ibu tiri d?

Ruunna Qizbal berkata...

bestnyaaaaaa... smbng lgiiio
sya suka semua watak2 lelaki dlm cita nih.. sweet je
and cute skali.. hahahahaha

Nur Daeya berkata...

haha..cute kn lelaki2 dlm ni?
akk cbe smbung secepat mungkin