Jumaat, 27 Disember 2013

BAB 22 JANGAN TINGGALKAN AKU


Muhd Khuzairi datang ke syarikat Slim World bagi memulakan program kuruskan badan setelah seminggu dia tidak hadir. Dia sudah berfikir masak-masak. Kali ini dia mahu kurus dan mahu menambat hati Kyra.
Tengah hari ini dia masuk ke dalam satu bilik kecil dan memulakan rawatan BCS Program yang memang disediakan buat ahli-ahli Slim World bagi membakar lemak yang ada didalam badan. Mujur yang merawat badannya adalah seorang lelaki.
 Di dalam bilik itulah dia dapat menenangkan fikirannya yang kusut dengan berbaring. Sambil berbaring, sambil itu jugalah dia terfikirkan Kyra.
Setengah jam kemudian, pekerja yang bertungkus-lumus membakar lemak dalam badannya mengarahkan dia bangun. Mata Muhd Khuzairi terkebil-kebil. Terlalu asyik melelapkan mata hingga tidak sedar masa yang diberikan pihak Slim World sudah pun sampai ke penghujungnya. Dia bangun lalu menukar baju asalnya.
“ Encik Khuzairi, jika ada peluang eloklah Encik ke gym supaya berat badan Encik akan turun sedikit demi sedikit. Disamping Encik ke Slim World menggunakan alatan teknolongi yang kami tawarkan, Encik juga boleh lakukan senaman setiap hari agar lemak dalam badan Encik akan berkurangan sedikit demi sedikit.” terang pekerja Slim World itu panjang lebar.
Muhd Khuzairi mengangguk. Dia faham apa yang diterangkan pekerja itu sebelum dia keluar dari bilik itu. Sebelum ini, ada juga yang menasihatkannya tentang kesihatan diri di Slim World ini. Mungkin pekerja itu sekadar mengingatkan dirinya sahaja.
Sewaktu dia sampai di kaunter pertanyaan, Betty sudah berdiri tegak mengadapnya. Dia tersenyum nipis. “ Saya nak pergi dulu. Mungkin hari Sabtu nanti saya datang lagi untuk buat rawatan.”
Betty mengangguk sebelum dia membalas senyuman pelanggannya. “ Terima kasih Encik Khuzairi kerana sudi membuat rawatan di syarikat kami. Kami menanti kedatangan Encik Khuzairi ke syarikat kami nanti.”
Ketika Betty mahu duduk semula ditempatnya, Muhd Khuzairi memanggilnya semula. Dia mengerutkan dahi sebelum dia bangun dan tersenyum seperti biasa. “ Ada apa yang boleh saya bantu, Encik Khuzairi?”
“ Boleh saya tahu duta Slim World ada kat mana sekarang?”
Betty terkedu. Lain yang ditanya, lain soalan pula yang keluar. “ Maksud Encik, Cik Kyra?”
“ Ya. Cik Kyra yang cantik jelita tu.” Muhd Khuzairi senyum lebar. “ Awak mesti tahu dia kat mana kan?”
“ Dia tak datang hari ni. Dia tak sihat.” Itu sahajalah jawapan selamat yang boleh diberi. Majikannya, Abdul Fatah dari awal-awal lagi sudah memaklumkan padanya supaya tidak memberitahu orang ramai tentang perkahwinannya di pejabat agama.
“ Tak sihat? Ya Allah! Kenapa tak maklumkan pada saya awal-awal?!” Muhd Khuzairi sedikit marah hingga Betty jadi tidak tentu arah. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia meninggalkan Betty keseorangan dan keluar dari syarikat Slim World. Risaunya pada Kyra hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia pasti Kyra sedang berehat dirumahnya. Telefon Kyra cuba didail banyak kali namun bekas isterinya tidak juga diangkat. Kerisauannya makin bertambah-tambah.
Hanya satu rumah sahaja yang berlegar difikirannya kini. Rumah Kyra!
****
 Kyra menelefon ibunya yang kini sedang berada di rumah Atuk belah bapanya di Teluk Intan, Perak. Dia harus segera memaklumkan pada ibunya tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam sehari lagi setelah diluluskan Pejabat Agama. Dia tidak boleh berlengah masa lagi. Perkahwinan harus dipercepatkan.
“ Ibu tak halang Kyra kahwin lagi?” kata Kyra dengan suara tersekat-sekat.
“ Apa pula ibu nak halangnya. Kahwin ajelah.” Puan Azlina langsung tidak marahkan anaknya sebaliknya dia sukakan lagi adalah. Dia harap Kyra akan berbahagia dengan suami barunya nanti.
Dia agak terkejut Kyra mahu berkahwin lagi selepas diceraikan bekas menantunya namun mungkin itu sudah jodoh anaknya dan dia tidak akan menghalang sekalipun Kyra berkahwin lagi. Asalkan lelaki itu mampu membimbing Kyra ke jalan yang benar dan boleh jadi suami yang baik.
“ Betul ni?” Kyra inginkan kepastian daripada ibunya. Dia sedikit lega. Mana tahu ibunya menentang keputusannya berkahwin dalam masa terdekat.
“ Ibu tak halang pun. Kahwin ajelah. Harap bakal suami kamu tu tak mengongkong macam Khuzairi dulu. Kamu dah telefon atuk ke pasal perkahwinan kamu tu? Kang tak nikah pula kamu kalau tak ada wali. Janda macam kamu ni pun kena ada wali juga tau.”
Kyra tepuk dahi. Dia lupa! Semasa dia kahwin dengan Muhd Khuzairi dulu, Atuk sebelah bapanya menjadi wali bagi pernikahan mereka. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Kini dia telah menjadi janda dan dia masih perlukan wali untuk menjadi saksi kepada perkahwinannya dan Abdul Fatah.
“ Ibu, nanti ibu bawa Atuk pergi rumah Kyra ya. Tak pun bakal suami Kyra bawa ibu dengan Atuk datang sini. Nak tak?” Dihujung talian Kyra sudah jelir lidah apabila menyebut panggilan ‘bakal suami’. Rasa nak termuntah pun ada.
“ Tak payahlah. Esok kami datang sana dengan Pak Ngah Harun. Anak ibu mesti tak sabar nak kahwin dengan lelaki tercinta kan? Lagi cepat ibu dan Atuk datang, lagi cepatlah korang kahwin.” Puan Azlina sudah tergelak dihujung talian. Kyra mengetap bibir.
‘ Sabar, Kyra. Kau kena buat selamba aje bila cakap depan ibu. Jangan tunjukkan yang kau tak suka pada Abdul Fatah.’ Kyra cuba buat muka manis walaupun hatinya terpaksa berbuat begitu.
“ Okey, ibu. Jangan lupa bawa Atuk dengan Pak Ngah Harun datang ya. Lagi cepat Atuk datang, lagi cepat perkahwinan ini berlangsung.” Kyra cuba buat-buat gembira.
“ Tapi Kyra, bakal suami kamu tak kesah ke kamu ada title janda?”
Kyra menelan airliur sedalam-dalamnya. “ Tak kesah pun. Sebab dia cintakan Kyra sepenuh hati.” Cinta sepenuh hati? Entahlah. Dia tidak memahami sepenuhnya isi hati Abdul Fatah, jadi dia sukar untuk mengetahui samada lelaki itu cintakannya atau cuma kesiankan dirinya.
“ Kalau macam tu baguslah.  Tak adalah ibu susah hati sangat. Jangan dia kahwin dengan kamu sebab kamu cantik aje. Bakal suami kamu tu kaya tak macam Khuzairi tu?”
“ Entahlah, ibu. Kyra tak tahu sangat pasal latar belakang keluarga dia.” Itu sahaja yang mampu Kyra jawab. Dia jika boleh tidak mahu tahu langsung tentang kekayaan lelaki itu. Dia kahwin dengan lelaki itu pun sebab tidak mahu membayar duit sejuta.
“ Assalamualaikum Kyra, buka pagar ni!” jerit Muhd Khuzairi sambil mengoyangkan pagar itu sedikit kuat agar Kyra yang berada didalam rumah dapat mendengarnya.
Kyra bangun dari sofa dan tergesa-gesa tutup telefon bimbitnya. Dia terkejut. Suara itu seperti suara Muhd Khuzairi. Dia ke belakang muka pintu dengan tubuh badan yang mengiggil. Muhd Khuzairi datang ke sini buat apa? Takkan mahu mengajaknya kahwin semula kut? Dia tiba-tiba jadi seram sejuk.
“ Aku kata buka pintu ni, buka!” jerit Muhd Khuzairi dengan lantang. Suasana yang harmoni tadi menjadi bising dengan suara pekikan lelaki itu.
“ Tolong perlahankan suara, Encik Khuzairi.” Abdul Fatah menepuk bahu kanan Muhd Khuzairi namun lelaki itu pantas menepis tangannya. Muhd Khuzairi tersentak lalu berpaling ke belakang.
“ Kau buat apa datang sini?” Muhd Khuzairi memandang Abdul Fatah dari atas ke bawah.  “ Kalau kau nak kacau Kyra lagi, langkah mayat aku dulu.” Dia membulatkan mata supaya Abdul Fatah takut dengannya.
Abdul Fatah ketawa kecil sebelum dia membuat muka serius. “ Kyra isteri aku. Jadi tak salah kan aku datang sini?” Dia memulakan lakonannya.
Dada Muhd Khuzairi berombak ganas. Isteri? Tidak, ini tidak boleh berlaku! Kyra tidak boleh menjadi isteri Abdul Fatah. Dirinya mula tertekan. “Aku takkan percaya dari mulut kau. Aku takkan percaya!” Dia menekup kedua-dua telinganya lalu menjerit sekuat hatinya bagai orang gila.
Kyra didalam rumah cepat-cepat meluru keluar dan membuka pagar yang dikunci rapat itu. Dia tidak mahu rumahnya menjadi perhatian umum. “ Balik Khuzairi. Jangan ganggu rumahtangga kami yang baru mula.” Arah Kyra dalam keadaan marah. Biarlah dia berkeadaan begitu agar Muhd Khuzairi sedar yang dia tidak lagi diperlukan lagi dalam hidupnya.
Abdul Fatah sudah mula tersenyum gembira. Rasa gembira menyelinap dihatinya kerana Kyra sudi menyebut ‘rumahtangga kami’. Makin tidak sabar untuknya menjadi suami kepada Kyra.
Muhd Khuzairi berlari anak masuk ke dalam keretadan bergerak meninggalkan Kyra dan Abdul Fatah didepan pagar yang berwarna maroon itu. Airmata yang tidak pernah keluar selepas dia bercerai dengan Kyra akhirnya tumpah jua. Dia tidak sanggup untuk terus berada disitu. Hatinya sakit.
Abdul Fatah pula tidak lekang dengan senyumannya. Sejak Muhd Khuzairi meninggalkan dirinya, wajah Kyra ditatap tanpa jemu. Kyra jadi tidak tentu arah. Dia penasaran apabila dipandang begitu. Dia mula kembali pada sikap asalnya, yang suka marah.
“ Tadi tu hanya lakonan. Aku cuma tak nak terlalu menaruh harapan kat aku.”
Abdul Fatah tetap tersenyum. “ Tapi Fat suka ayat ‘’rumahtangga kita’’ tu. Rasa macam kita dah kahwin sekarang.”
“ Jangan nak berangan, Encik Abdul Fatah. Kita tak kahwin lagi. Wali saya ada kat Perak. Esok atau dua hari lagi baru wali saya tu sampai.”
“ Kalau macam tu, jomlah.” Abdul Fatah mula mengajak.
“ Jom apa?” Kyra berpeluk tubuh. Dadanya berombak besar.
“ Kita pergi Perak . Ambil wali awak dan kita kahwin hari ni.” sungguh-sungguh Abdul Fatah berbicara.
“ Apa?!” Kyra tercengang.


Khamis, 26 Disember 2013

BAB 21 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kesemua barang pemberian Abdul Fatah sudah tiada dirumahnya. Walaupun Kyra agak sedih kerana barang-barang itu bukan miliknya lagi namun dia pasrah. Tidak semua barang yang diingini bakal menjadi kita.
Selepas dua hari Abdul Fatah memutuskan untuk kahwin di makhamah, pagi ini Kyra bersiap sedia bersama lelaki itu pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Dipastikan penampilannya hari ini seringkas yang mungkin. Cuma baju kurung dan selendang yang tidak menutupi keseluruhan rambutnya sahaja yang menghiasi tubuh badannya yang langsing itu.
Kyra menunggu Abdul Fatah di luar perkarangan rumahnya. Pintu pagar sudah ditutup rapi. Dia menanti kemunculan lelaki itu dengan penuh sabar. Tekadnya pada hari ini dia tidak mahu menunjukkan sikap marahnya pada lelaki itu. Sudah beberapa hari selepas Abdul Fatah bertemu dengannya, dia rasa betul-betul menyesal kerana membuat lelaki itu kecewa.
Disebabkan ego yang menebal, dia mengecewakan Abdul Fatah. Sudahlah penat lelaki itu menghabiskan duit dengan membeli brang-barang perkahwinan mereka. Dia pula sedap-sedap sahaja letak semua barang itu di bilik belakang.
Tidak sampai lima minit dia menunggu di luar garaj, sebuah kereta kancil muncul ddidepannya. Dia tahu itu pasti Abdul Fatah. Kyra mengeluh. Bukan dia tidak suka naik kereta murah tapi bila difikirkan semula, Abdul Fatah sebenarnya kaya orangnya. Takkanlah pengurus Slim World pakai kereta murah? Selalu dia tengok orang yang penting dalam sesebuah syarikat akan menaiki sebuah kereta mewah. Hmm… entahlah, mungkin Abdul Fatah lebih senang memakai kereta murah kut. Tekanya dalam diam.
“ Masuklah.” Abdul Fatah membuka tingkap sebelah pemandu. Mengajak Kyra masuk ke dalam kereta. Hari ini dia terpaksa meminjam lagi kereta kancil milik Syawal. Dia tidak kesah samada Kyra suka atau tidak. Dia malas mahu menunjukkan kekayaan yang dimilik keluarganya pada Kyra. Disebabkan rasa kecewanya yang menebal terhadap Kyra semenjak dua hari yang lepas, hatinya mula goyah untuk terus mencintai dan menyayangi wanita itu.
            Kyra menghela nafas sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang dipakai untuk keselamatannya. Langsung tidak dipandang wajah Kyra yang masam itu. Tahulah dia yang Kyra kecewa apabila dia membawa kereta ini. Sebelum ini pun, Kyra sakit hati dengannya kerana membawa kereta ini di Grand Hotel sehingga mendapat malu di lobi utama hotel itu.
Abdul Fatah meneruskan perjalanan dengan tenang. Kyra langsung tidak mahu berbual dengannya. Dia hanya biarkan wanita itu berdiam diri sahaja. Biarlah jika Kyra tidak mahu bercakap dengannya pun, dia pasrah. Jika bercakap pun, pasti akan menimbulkan pergaduhan. Dia seboleh mungkin tidak mahu mewujudkan pergaduhan dengan Kyra. Dia sudah letih!
Dalam berapa minit lagi mereka akan sampai ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Abdul Fatah memulakan bicara.
“ Kyra dah siap sedia untuk jadi isteri Fat?” baik-baik sahaja soalan yang ditanya. Dia tidak mahu menyinggung perasaan wanita itu.
“ Hurm…” Hanya itu yang dijawab Kyra. Abdul Fatah merasa kecewa. Bibirnya diketap kuar bagi menghilangkan rasa kecewanya.
“ Kyra kecewa kita akan kahwin kat mahkamah?” mendatar sahaja suara Abdul Fatah. Wajahnya langsung tidak dikalihkan kearah Kyra.
“ Kecewalah. Ingatkan majlis persandingan kat rumah aku akan jadi wedding of the year tapi nampaknya hajat tu tak kesampaian. Baru nak dapat perhatian media massa. Mana tahu dapat masuk surat khabar sebab duta Slim World kahwin dengan lelaki tembam macam kau.” Kyra mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Perasaan bersalah mula menghimpit diri. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya sendiri kerana keceluparannya berkata sebegitu pada Abdul Fatah.
Abdul Fatah mengenggam stereng kereta dengan penuh emosi. Dia memang terasa dengan kata-kata Kyra. Tidak mengapalah. Hari ini Kyra boleh bercakap perkara yang tidak elok tentang dirinya. Tunggulah bila dia kurus nanti. Dia akan pastikan saat itu Kyra akan tarik balik cemuhan dan kritikan yang dilemparkan padanya.
Kedua-duanya diam kembali. Kyra sempat memandang wajah lelaki itu yang tenang memandu tanpa sedikit pun memandang kearahnya. Kecewa lagikan Abdul Fatah dengan kata-kataku?
“ Err… Abdul Fatah.” Kyra menyebut nama penuh lelaki itu. Dia tidak berani menyebut nama panggilan manja lelaki itu. Bukan apa, agak sukar untuknya terima cinta lelaki ini. Mulutnya rasa tidak selesa apabila mengungkapkan nama mesra itu. Dia janggal. Jika suatu hari dia mula mencintai Abdul Fatah, dia akan pastikan nama Fat disebut setiap hari.
“ Kita dah nak sampai. Kyra duduklah diam-diam.” Mendatar lagi suara Abdul Fatah. Kyra terasa hati. Baru sahaja ingin dilayan lelaki itu dengan mesra, lelaki itu sudah tunjukkan wajah masamnya. Yalah, dia tidak mahu selepas perkahwinan mereka, pergaduhan akan berlaku sepanjang mereka duduk bersama. Dia inginkan hubungan yang harmoni seperti mana hubungannya dengan bekas suaminya, Muhd Khuzairi.
Sebaik sahaja mereka sampai di pejabat tersebut, Abdul Fatah dan Kyra keluar dari kereta. Abdul Fatah membawa Kyra ke kaunter permohonan perkahwinan.
“ Assalamualaikum…  boleh saya tahu nak ambil borang perkahwinan dimana ya?” tanya Abdul Fatah dengan lembut sewaktu bercakap dengan seorang perempuan didalam bilik kecil. Kyra dibelakangnya memandang kearah lain.
“ Oh, borang tu ya. Encik sebenarnya boleh print borang permohonan itu di online sahaja. Sebab kami memang sudah buat pengumuman tentang borang online itu sejak  dari dulu lagi.”
“ Oh, maaf ya. Saya tak tahu pula. Tapi kat sini masih ada lagi tak borang tu? Kalau tak ada saya print-out kat rumah ajelah.” Abdul Fatah ketawa kecil. Perempuan yang duduk di dalam kaunter kecil itu hanya membalas dengan senyuman sahaja.
“ Boleh saja. Sekejap ya.” Perempuan yang berjubah hitam bertudung labuh itu meninggalkan sebentar Abdul Fatah dan Kyra untuk mengambil borang kedua-duanya.
“ Baik tak payah datang sini tadi. Print kat rumah pun boleh.” Kyra berpeluk tubuh sambil memandang awan-awan yang berarak.
“ Rumah Kyra ada mesin printer ke nak print-out borang tu?” Abdul Fatah menjongketkan kening. “ Kalau ada, memang kita tak datang sini tadi.”
“ Tak ada.” Kyra mengeluh perlahan. Line internet rumahnya pun tidak ada lagi semenjak dia berpisah dengan Muhd Khuzairi apatah lagi mesin printer.
“ Dah tu ambil borang ni, isi sekarang. Jangan banyak songeh.” Suara Abdul Fatah sedikit keras.  Kyra menjongketkan kening. Dah pandai marah pula mamat ni. Kyra kembali bengang.
Kyra mengambil borang yang diberi Abdul Fatah dengan rasa terpaksa. Dia beransur ke tempat lain. Tempat yang sedikit tenang untuk dia mengisi borang permohonan tersebut. Dibiarkan lelaki itu keseorangan bersama perempuan yang berjubah hitam dalam kaunter tadi. Nak ngorat perempuan itu pun dia tidak kesah! Ingat dia kahwin dengan lelaki itu ikhlas ke? Langsung tidak!
Abdul Fatah mengangkat bahu. Biarkan Kyra bersendirian. Dia malas mahu menganggu wanita itu. Dia tahu Kyra marah disebabkan suaranya yang sedikit tinggi tadi. Biar ajelah. Asalkan dia kahwin dengan aku minggu depan.
***
Beberapa hari kemudian, selepas mereka menghantar dan menyediakan dokumen yang diperlukan Pejabat Agama Islam Daerah Timur (PAIDT), masing-masing buat hal sendiri. Kata pihak PAIDT, dalam beberapa hari selepas borang permohonan diisi dan disediakan dokumen yang lengkap, barulah mereka akan berkahwin seminggu selepas itu.
Yang peliknya, selepas Abdul Fatah menghantarnya pulang ke rumah lelaki itu tidak pernah datang ke rumahnya apatah lagi bercakap tentang perkahwinan mereka. Jika sebelum ini, lelaki itu suka membuat kejutan. Ada sahaja perkara yang mengejutkan dirinya. Tapi sekarang, kenapa susah benar lelaki itu mahu ke rumahnya lagi? Apakah benar Abdul Fatah tidak sukakan dirinya? Kyra jadi pening.
“ Assalamualaikum!” salam diberi dari luar pagar rumah. Siapa lagi kalau bukan Abdul Fatah. Kunci pagar yang diletakkan di tengah-tengah pagar digoyangkan agar Kyra perasan akan kehadirannya.
Kyra menonong ke depan setelah dia perasan ada seseorang datang ke rumahnya. Badannya yang terasa penat terasa segar-bugar kembali. Dia membuka pintu lalu menjengah ke luar. Pagar rumah yang dikunci dari dalam membuatkan Kyra malas mahu membukanya. Selama ini, pintu pagar itu dibuka sahaja tetapi tidak kali ini. Sudah beberapa hari tiada orang yang datang ke rumahnya, jadi dia kunci sahajalah termasuk pagar luar.
“ Siapa tu?” matanya dikecilkan.  Yalah, baru bangun dari tidur.
“ Tak nampak muka saya ke?” Abdul Fatah melambai-lambai tangannya.
Mata Kyra membulat. Dia tidak sangka Abdul Fatah datang ketika dia sedang enak dibuai mimpi. Dia tidak membuka pintu pagar rumahnya sebaliknya dia membiarkan lelaki itu terkapai-kapai di luar pagar tersebut. Biarlah mereka bercakap dalam cara begini.
“ Hai, dah berapa hari kau tak jumpa aku untuk bincang pasal kahwin kita. Tiba-tiba kau datang pula hari ni. Kau sebenarnya nak kahwin dengan aku ke tak ni? ” Dalam beberapa hari ini, susah benar mahu melihat wajah Abdul Fatah. Kalau tak ikhlas nak kahwin, baik putus aje lagi bagus. Bayaran sejuta dalam perjanjian itu pun aku boleh bayar ansur-ansur. Bentak Kyra dalam hati.
“ Bukan Fat tak nak jumpa Kyra tapi Fat sikit sibuk uruskan perkara penting sebelum kita kahwin.” Dia tidak mahu Kyra salah sangka terhadapnya. Dia sayangkan Kyra sepenuh hati.   
   “ Sibuk uruskan hal apa? Kau jangan cakap kau dah cari pengganti lain sebelum kita kahwin ni. Aku tak suka dimadukan!” Kyra sedikit marah.
Abdul Fatah menggeleng pantas lalu tersenyum. “ Bukanlah Kyra sayang. Fat kan sayang Kyra. Buat apa Fat nak cari lain. Badan Fat yang gemuk ni tak ada orang nak pun.”
“ Jangan nak mengayat akulah!” Kyra menjerit sehingga dapat Abdul Fatah terdiam.       “ Kau baliklah. Kita jumpa kat makhamah aje nanti. Kau dah tak sabar nak kahwin kan? Fine! Aku akan kahwin dengan kau.” sambungnya lagi dengan jeritan.
Abdul Fatah senang hati mendengarnya.
“ Tapi aku tak ikhlas nak kahwin dengan kau. Kau ingat tu!” Kyra pantas menutup pintu rumahnya dengan kuat!

Abdul Fatah terkedu disitu. 

Selasa, 24 Disember 2013

BAB 20 JANGAN TINGGALKAN AKU


            Din dan Karim beserta beberapa pekerja lain datang ke rumah Cik Kyra. Hari ini kerja mereka bukan di pejabat sebaliknya di rumah duta Slim World itu. Terpaksalah mereka berkerja keras supaya tiada satu barang pemberian Abdul Fatah di rumah Kyra.
            Lori yang mereka naiki sudah sampai didepan rumah Kyra. Pekerja lain sudah bersiap sedia untuk menurunkan khemah. Kebanyakkannya pekerja asing yang membantu menurunkan khemah tersebut.
            “ Din, tugas kita angkat semua barang dalam rumah Cik Kyra. Pekerja lain kita turunkan khemah. Amacam? Bagus tak idea gua?” Karim bagi cadangan. Dalam dua hari ini, banyak pemberian Abdul Fatah pada Kyra adalah tugas mereka. Jadi sebaiknya tugas mereka mengangkat semula barang tersebut dan meletakkan di dalam lori yang disewa majikannya itu.
            “ Macam ni ar, bro !” Din tunjuk isyarat bagus. Setuju dengan cadangan Karim. Karim tersengih. Din yang duduk disebelah rakannya cepat-cepat keluar dari perut lori besar itu dan membuka pintu pagar rumah Kyra. Kali ini lori yang disewa itu lebih besar berbanding lori yang dibawa dua hari lepas. Barang pemberian majikannya agak banyak. Jadi lori inilah yang terbaik untuk mengangkut kesemua sekali barang itu.
            Kyra yang sedang melihat barang-barang pemberian Abdul Fatah di bilik belakang terkejut apabila mendengar bunyi kenderaan di luar rumahnya. Dia mengerutkan dahi. “ Siapa pula tu? Baru nak tengok barang-barang mamat tu, ada pula bunyi yang menganggu.” Dia berjalan ke ruang tamu dengan rasa malas. Tingkap yang samar-samar memang agak susah untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya. Dia ke pintu utama lalu dibuka. Sebuah lori besar yang berwarna putih masuk ke perkarangan rumahnya.
Paling dia terkejut dengan apa yang berlaku di luar perkarangan rumahnya. Khemah cantik yang dihiasi dengan bunga mawar putih di setiap meja untuk tetamu yang hadir mula dibuka satu persatu. Selipar yang berada di rak kasutnya dicapai lalu cepat-cepat dia berlari ke pintu pagar. Tidak diendahkan lori yang mula masuk ke dalam rumahnya. Nafasnya terasa sesak. Kenapa tiba-tiba semua ini berlaku?
Kyra pandang pula lori yang masuk ke rumahnya. Nampaknya Abdul Fatah menghantar pekerja yang sama untuk menghantar barang perkahwinan lagi. Dia mengetap bibir. Tak habis-habis lagi ke barang yang Abdul Fatah mahu berikan padanya?
            Lelaki yang mengarahkan pemandu lori masuk perlahan-lahan ke rumahnya dipanggil. Setelah beberapa hari lelaki itu berada di rumahnya, dia sudah tahu nama kedua-dua pekerja tersebut. Pekerja yang memasang khemah di luar agak ramai jadi dia agak sukar untuk mengenali kesemua pekerja yang datang ke rumahnya. Hanya dua lelaki itu sahaja yang dikenalinya.
            “ Din, awak mari sini kejap!” laung Kyra sambil tangannya melambai-lambai memaksa Din menghampirinya. Banyak perkara yang dia ingin tahu dari mulut lelaki itu.
            Din mengaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Minah tu nak apa dengan aku pula ni? Malas pula nak dengar dia marah.’Ingatkan dia nak jumpa Kyra dengan Karim sekali. Nak buat macam mana kalau dia dipanggil dulu. Terpaksalah dia jumpa perempuan itu.
            “ Nak apa Cik Kyra? Kami banyak kerja nak buat ni.” itu sahaja alasan terbaik yang dia boleh bagi untuk tidak terlalu banyak bercakap dengan Kyra. Mereka datang sini hanya untuk mengambil barang sahaja.
            “ Apasal khemah kat depan rumah saya ni diturunkan? Bukan main susah pasang sampai ke belakang sana, yang turunkan buat apa?!” Mencerlung mata Kyra apabila mula berbicara dengan Din. Sudahlah esok hari persandingan dia dan Abdul Fatah, khemah pula diturunkan. Memang boleh jadi dibuatnya!
Karim sudah turun dari lori dan dia ke berlari anak membuka pintu lori belakang seluas-luasnya. Dapatlah barang-barang yang Abdul Fatah berikan pada Kyra dimasukkan dengan senang.
Din tidak menjawab pertanyaan Kyra sebaliknya dia pergi kearah Karim.
            Kyra didepan Din sudah mencekak pinggang. Marahnya membuak-buak. Sanggup Din tak jawab pertanyaannya? Kurang asam betul mamat tu!
Dia melihat Karim sudah membuka pintu lori belakang itu pasti ada lagi benda yang mahu diberikan mamat tembam itu. Apa lagilah benda yang dia nak bagi tu? gumam Kyra dalam hati.
“ Karim. Gua malas ar nak layan minah ni punya pertanyaan. Lu cakap ar sama dia.” Din naik ke atas lori tersebut lalu dia duduk selamba di tepi pintu lori. Kyra mencebik. Berani Din kata dia malas nak layan pertanyaan aku? Eii… sabar ajelah wahai hati!
            “ Maaf Cik Kyra. Saya terpaksa ambil semua barang-barang yang bos kami berikan pada Cik Kyra. Buat apa nak simpan barang-barang ni dalam bilik belakang kalau hati Cik Kyra macam terpaksa aje terima barang yang bos kami bagi.” kata Karim. Dia menjawab bagi pihak Din. Gaya bahasanya formal sahaja.
“ Habis, macam mana dengan perkahwinan saya esok?” suara Kyra mula meninggi. Din didalam lori terkejut mendengar nada suara Kyra manakala Karim pula terkejut.
“ Tak tahu.” Karim mengangkat bahu. Din yang duduk di dalam lori mula turun ke bawa dan mula rapat pada Karim. Isyarat bagus mula ditunjukkan dengan mengangkat ibu jarinya. Karim membalas isyarat tersebut dengan mengangkat jari yang sama.
Kyra mula rasa tertekan. Apakah Abdul Fatah merasa kecewa dengannya? “ Tolong jangan angkat semua barang yang bos korang bagi. Biarkan ada kat sini. Korang angkat, saya takkan bersanding dengan bos korang nanti.” Dalam dia benci dengan pemberian Abdul Fatah, dia rasa sayang pula untuk memulangkan semua barang-barang itu. Dia pasti harga barang-barang itu agak mahal. Jika dijual dalam internet pasti dia dapat banyak duit.
 “ Ada gua kesah? Dah Cik Kyra tak suka, kita orang ambil ajelah. Betul tak Din?” Karim mula berbahasa tidak formal. Insan seperti Kyra tidak layak untuk bercakap baik. Din di sebelah sudah tersenyum lebar. Gembira kerana gaya bahasa Karim sempoi sahaja.
Din mengangguk. Mengiakan sahaja apa yang dikatakan Karim.
“ Gua rasa gua tak banyak masa untuk cakap dengan Cik Kyra lagi. Kami nak minta izin nak masuk rumah Cik Kyra. Ambil cepat barang tu lagi bagus. Tak adalah Cik Kyra rasa tak puas hati bila tengok barang-barang tu kan? Din, kita masuk ar. Dah lambat ni. Petang nanti banyak kerja lagi nak kena settle.” Karim selamba menarik tangan Din dan menonong masuk ke dalam rumah Kyra. Din apa lagi, ikut sajalah kata-kata Karim.
Kyra makin tertekan. Khemah luar rumahnya hampir separuh diturunkan. Din dan Karim pula makin bersemangat untuk mengambil barang-barang perkahwinannya. Ini tak boleh jadi ni! Dengan rasa tidak puas hati, Kyra masuk ke bilik belakang. Kolar baju t-shirt yang dipakai kedua-duanya ditarik dengan selamba ketika kedua-dua lelaki itu sedang sibuk mengangkat pasu plastik yang mengandungi bunga mawar merah di tepi dinding. Din dan Karim menjerit sedikit. Hampir tergolek pasu plastik yang dipegang mereka berdua.
“ Woi! Apa hal ni? Tiba-tiba ada tarik baju gua.” Karim sudah mengamuk, Badannya dipalingkan ke belakang. Wajah Din mempamerkan riak tidak puas hati.
“ Cik Kyra, tolonglah jangan nak buat kami marah. Kita orang tak ada masa lah nak layan karenah Cik Kyra yang suka mengamuk ni. Karim, kita teruskan buat kerja. Jangan layan sangat Cik Kyra ni.” Din malas nak pandang muka perempuan ini lagi. Makin dipandang makin menyakitkan hati!
Karim setuju. Dia dan Din mengambil semula pasu plastik tersebut lalu memaksa Kyra ketepi tetapi Kyra degil. Kedua tangannya menghalang perjalanan kedua lelaki tersebut.
“ Jangan harap korang dapat keluar dari bilik ni. Letak balik bunga mawar tu. Letak balik!” jerit Kyra. Dia harap dengan jeritannya ini akan membuatkan mereka berdua meletakkan semula pasu bunga mawar merah itu namun sayang jeritannya itu tidak diendahkan kedua-duanya.
“ Ketepilah!” tanpa menggunakan tangannya, Karim menolak tubuh badan Kyra yang langsing itu dengan bahunya yang agak sasa itu hingga perempuan itu terjatuh ke lantai. Din disitu sudah tergelak kecil. Padan muka! Orang nak bawa barang ni keluar pun tak kasi. Kan dah terima padahnya!
Din dan Karim mula keluar dari bilik itu. Tidak diendahkan langsung Kyra yang menjerit sakit diatas lantai.
Namun, saat mereka keluar dari bilik itu, dengan tidak disangka-sangka majikannya ada dihadapan mereka. Terlopong besar mereka berdua kerana terkejut akan kedatangan Abdul Fatah. Berubah riak wajah Karim dan Din apabila melihat wajah tegang majikannya. Mereka tunduk ke bawah, tanda bersalah.
“ Kenapa korang buat bakal isteri saya macam tu? Dah tak boleh cakap elok-elok ke?!” tengking Abdul Fatah. Serius betul wajah Abdul Fatah. Din dan Karim terdiam. Tidak menjawab.
“ Pergi letak barang-barang ni dalam lori. Cepat!” arah Abdul Fatah dengan nada menjerit. Din dan Karim mengangguk laju sebelum mereka bergegas masukkan pasu plastik yang dipegang mereka ke dalam lori.
“ Dah letak tu pergi tolong pekerja kat luar tu turunkan khemah. Jangan ambil barang dalam bilik ni sampai saya suruh.” Abdul Fatah menjerit kuat. Dia berharap Din dan Karim tidak menganggu perbualan diantara dia dan Kyra.
Selepas dua pekerjanya itu keluar, Abdul Fatah bertindak mendekati Kyra yang masih duduk di atas lantai. Dahi Kyra berkerut seribu apabila dia turut sama duduk disebelah perempuan itu.
“ Kyra, sakit ke?” dia cuba kuatkan diri untuk mengawal nadanya apabila didepan Kyra. Walaupun dia kecewa dengan sikap Kyra namun perasaan kecewanya itu hanya disimpan dalam hati sahaja.
“ Aku sakitlah! Dah dia tolak badan aku sampai aku jatuh. Mestilah sakit!” marah Kyra memeluk tubuh sambil mengusap lengannya yang terasa bengkak itu. Dalam marahnya pada Abdul Fatah, dia sempat melihat wajah lelaki itu yang agak cengkung di belah pipi. Sakitkah dia? Kyra tiba-tiba jadi tidak sedap hati.
Abdul Fatah diam seketika. Kyra masih marah padanya. Dia pula makin kecewa dengan Kyra. Sudah bermacam cara untuk dia menambat hati Kyra namun tiada satu pun yang mencuit hati wanita itu. Dia sudah nekad. Apa yang dibincangkan bersama ibunya tadi dipejabat harus diluahkan didepan Kyra saat ini. Dia tidak mahu menunggu lagi.
Abdul Fatah mula bangun dan berdiri tegak. Kyra terpaku. Kenapa dengan mamat ni? Tadi bukan main risau aku sakit. Takkan merajuk kut?
“ Kita tetap akan berkahwin esok, Kyra.” Serius kata-kata Abdul Fatah tanpa memandang Kyra.
Kyra mencebik. “ Nak kahwin? Kau dah gila ke, Abdul Fatah? Semua barang kau ambil balik, khemah yang panjang tu kau dah arahkan pekerja kau turunkan. Nak kahwin apa lagi?”
“ Kita tetap akan kahwin esok.” Tegas Abdul Fatah menjawab sehingga terkedu Kyra dibuatnya.
“ Kita kahwin di makhamah sahaja. Tapi bukan esok.” Kyra terkedu lagi. “ Buat masa ni tiada majlis persandingan untuk kita berdua. Tengah hari esok, Fat akan bawa Kyra ke Makhamah Syariah untuk buat pendaftaran perkahwinan. Pakai baju biasa sahaja.Fat akan tangguhkan perkahwinan kita sampai dapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar nikah. Fat harap Kyra faham kenapa Fat buat macam ni. Assalamualaikum.” Abdul Fatah dengan rasa kecewa yang begitu menebal keluar dari rumah Kyra.
Kyra mengetap bibir. Dia mula rasa menyesal. Terlalu kejamkah aku kerana membuat Abdul Fatah kecewa sampai lelaki itu bertekad untuk berkahwin di Makhamah Syariah?

Ya Allah, maafkan hambaMu ini kerana sakitkan hati lelaki yang tidak berputus asa menawan hatiku…

Isnin, 23 Disember 2013

BAB 19 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra berjalan mundar-mandir di belakang sofanya sambil memegang telefon bimbit. Geramnya dia pada lelaki yang bernama Abdul Fatah semakin membuak-buak. Sudahlah esok petang majlis persandingan mereka akan berlangsung, kelibat Abdul Fatah pula bukan main susah nak nampak. Sabar sajalah ada bakal suami yang pemalas ini!
“ Dahlah minggu ni nak kahwin tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Dahlah banyak barang perkahwinan kat rumah aku ni. Bukannya nak tolong mamat tu. Dasar lelaki pemalas. Macam manalah badan tu nak kurus kalau asyik suruh orang aje bawa barang-barang kat rumah aku ni.” Kyra mendengus geram.
Dalam dua hari berturut-turut, ada saja barang perkahwinan yang datang ke rumahnya. Sehinggakan kepalanya berserabut tak tahu nak letak barang kahwin kat mana lagi. Ikutkan hati, mahu dia luku sahaja kepala mamat tembam itu dengan batu simen, biar berdarah masuk hospital! Kejam kan?
Kyra tekad, dia harus telefon lelaki itu. Sudahnya, dia menelefon Betty, receptionist Slim World dan mengarahkan panggilannya di sambung kepada Abdul Fatah.
“ Hello, janda Slim World…” Abdul Fatah tersengih di hujung talian.
Kyra mengetap bibir menahan marah yang amat sangat. Lelaki itu benar-benar menaikkan kemarahannya di pagi yang indah ini. “ Assalamualaikum, Encik Fatah. Dah tak reti-reti nak tolong pekerja awak kat sini ke? Awak duduk relaks aje kat ofis tapi pekerja awak kat sini bukan main bersungguh-sungguh nak siapkan majlis perkahwinan kita.” Sinis kata-kata Kyra. Suaranya dikuatkan sedikit tanda dia benar-benar marah dan geram.
“ Opss… sorry, janda Slim World. Lupa nak ucap salam. Waalaikumsalam…” sengih Abdul Fatah lagi.
Makin berangin Kyra dibuatnya. “ Kau boleh tak jangan sebut gelaran tu? Aku sensitif tau tak?! Aku nak kau datang sini dan bantu apa yang patut. Selalunya pengantin tak payah bantu buat kerja-kerja persiapan ni, aku nak kau yang tolong. Biar kurus sikit badan kau tu. Aku tak nak rasa malu bila bersanding dengan kau esok.”
Abdul Fatah diam. Mengapalah saat dia sedang ceria, Kyra suka memberikan kata-kata yang tidak sedap didengar? Apa, salahkah orang seperti aku bersanding dengan orang yang kurus? Tidak kan? Kenapa Kyra mesti mengutuk dan mencemuh aku di saat aku ceria?
Dia bukan manusia pemalas. Bukan dia tidak mahu meringankan beban pekerjanya di rumah Kyra cuma dia tidak mahu bakal isterinya itu tertekan jika melihat wajahnya. Sebab itulah, dia duduk di pejabat sahaja. Tak pun pergi ke gym
“ Tak elok Kyra cakap macam tu. Sudah-sudahlah kritik tubuh badan Fat. Fat tengah cuba berusaha untuk kurus ni.” Dia cuba untuk menengking Kyra dalam keadaan begini. Hati Kyra harus dijaga. Wanita itu bakal isterinya.
“ Tak ada maknanya kau cuba kuruskan badan, Fat. Aku tak nampak pun kesungguhan kau nak kuruskan badan. Cubalah banyak bersenam untuk turunkan berat badan kau. Jangan asyik duduk aje!” kata-kata itu menghiris kalbu Abdul Fatah yang sedari tadi berwajah ceria.
Abdul Fatah menghela nafas panjang. Kyra dapat mendengar helaan nafas itu di hujung talian. Dia tahu lelaki itu kecewa dengan kata-katanya. Memang dia suka pun buat lelaki itu kecewa.
“ Datang cepat. Kalau nak berdampingan dengan aku, tunjukkan pada orang ramai yang kau tu rajin! Duduk jadi pengurus buat apa kalau badan tu tak kurus-kurus.” Tanpa menunggu balasan Abdul Fatah, Kyra cepat-cepat mematikan talian. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa berwarna merah biru gelap itu sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan. Dia benar-benar marah dengan lelaki itu.
Abdul Fatah terkedu apabila Kyra tiba-tiba mematikan panggilannya. Dia kecewa lagi. Kecewa kerana Kyra tidak pernah memberinya peluang untuk bercakap. Apa yang ditanya atau dikata, pasti wanita itu akan membalasnya dengan kata-kata kasar.
Dia menongkat dagu sambil memandang komputernya yang tidak berusik sejak dari tadi. Tetikusnya digerakkan agak cahaya komputer muncul semula. Latar belakang komputer direnung penuh khusyuk. Wajah Kyra yang diambil jurugambar ketika malam Annual Dinner Slim World ditenung dengan penuh rasa cinta yang membuak-buak. Tidak dapat bercakap secara berdepan, cakap depan komputer pun dah cukup.
“ Kyra, berilah Fat peluang untuk cintakan Kyra. Biarpun Fat bukan lelaki pilihan Kyra tapi yakinlah akan ketulusan Fat kerana mencintai Kyra adalah kebahagiaan Fat.” Sebak hatinya bila berkata begitu. Inilah dia sebenarnya, Abdul Fatah yang serius ketika bekerja namun jiwang di dalam hati.
Interkomnya berbunyi lagi. Abdul Fatah tersentak. Lemah sahaja dia menekan butang interkom tersebut. “ Kenapa Betty?” mendatar sahaja suaranya.
“ Encik Fatah, dua pekerja yang bawa katil ke rumah Cik Kyra nak jumpa. Encik Fatah benarkan mereka masuk tak?” Betty bertanya sambil matanya terarah pada dua lelaki bertubuh sasa dan tinggi itu di hadapannya. Kedua lelaki itu tersenyum sahaja ke arahnya.
Mata Abdul Fatah mula bersinar semula. Wajahnya kembali ceria. Dia duduk seperti biasa. Sebagai majikan dia perlu tampak smart di depan pekerjanya walaupun tubuh badannya tembam. “ Suruh mereka masuk, Betty.” Suaranya sengaja diseriuskan. Apabila berkaitan Kyra, dia jadi bersemangat. Butang interkom dimatikan.
“ Baik, Encik Fatah.” Betty akur sebelum dia membawa kedua-duanya ke bilik majikannya.
Din dan pemandu lori yang bernama Karim itu ikut sahaja. Mereka berdua datang ke sini kerana ingin menjelaskan tentang apa yang berlaku ketika mereka menghantar hadiah pemberian Abdul Fatah ke rumah Kyra.
Betty mengetuk pintu bilik Abdul Fatah sebelum dia mempelawa Din dan Karim masuk ke dalam. Setelah itu, dia menyambung semula kerjanya di kaunter pertanyaan.
Di dalam bilik Abdul Fatah, Din dan Karim berdiri di depan meja majikannya.
Abdul Fatah mencantumkan kedua tangannya sebelum merenung tajam kedua-dua pekerjanya itu. “ Dah bagi Kyra barang-barang kahwin? Reaksi dia macam mana?”
“ Dia marah kami, Tuan. Apa yang Tuan bagi semuanya tak kena kat mata dia. Barang-barang yang Tuan bagi Cik Kyra semuanya letak kat bilik belakang.” Karim mula meluahkan rasa.
“ Betul tu, Tuan. Apa yang Tuan bagi semuanya kat bilik belakang. Sampaikan almari dan katil king size tu pun ada kat situ.” Sampuk Din pula.
Abdul Fatah meraup rambutnya ke belakang.Dia kecewa lagi. Kesemua barang yang dia bagi ada di bilik belakang? Hina sangat ke pemberiannya itu di mata Kyra? Susah payah dia dan ibu menempah barang-barang itu. Apabila hantar ke rumah Kyra, lain pula jadinya.
Din dan Karim saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka simpati dengan majikannya itu. Kyra memang wanita tak hargai pemberian orang!
“ Minta maaf ya Tuan sebab bagi tahu pasal barang-barang yang Cik Kyra simpan kat bilik belakang. Kami terpaksa bagi tahu perkara sebenar pasal apa yang berlaku bila barang-barang tu sampai kat rumah Cik Kyra. Harap Tuan jangan marah kami berdua.” Din berkata jujur.
Tiba-tiba Abdul Fatah bangun. Dengan muka masamnya, dia mendekati dua lelaki bertubuh sasa itu. “ Saya nak kamu berdua pergi rumah Kyra semula.” Serius sahaja nada suaranya.
“ Tuan nak kami berdua pergi sana?” Din tidak puas hati. Karim di sebelahnya pula sudah mula mengeluh. “ Tuan, kami dah tak tahan dengan sikap Cik Kyra. Harapkan muka aje cantik tapi perangainya teruk!”
“ Saya kata pergi, pergi! Jangan banyak songeh boleh tak?” Din dan Karim tersentak bersama tatkala majikannya bersuara tegas. Terpaksalah mereka berdua pergi akur dengan arahan Abdul Fatah. Lelaki itu memberikan mereka gaji dua kali ganda setelah kerja mereka siap. Mana boleh mereka membantah! 
“ Esok saya dah nak kahwin, awak tolong ambil semua barang-barang perkahwinan, katil dan pulangkan semula khemah yang ada kat luar perkarangan rumah Cik Kyra. Saya harap semuanya selesai hari ini. Tolong keluar sekarang.” Abdul Fatah duduk semula ke kerusinya sambil meraup wajahnya yang kecewa.

Din dan Karim terlopong besar sekaligus terkejut dengan kata-kata Abdul Fatah. Ambil semua barang-barang yang ada kat rumah Kyra? Adakah majikannya sudah mula marahkan wanita cantik itu?

Jumaat, 20 Disember 2013

BAB 18 JANGAN TINGGALKAN AKU



Lagi dua hari majlis perkahwinannya, Kyra duduk sahaja di rumah menonton televisyen tanpa membuat apa-apa persiapan penting untuk perkahwinannya nanti. Bukannya dia seperti wanita lain yang terhegeh-hegeh untuk mencari persiapan perkahwinan. Dia kahwin dengan Abdul Fatah pun bukannya kerana cinta tapi kerana terpaksa… aku relakan! Hah, kan dah macam tajuk novel melayu pula.
Bosan duduk menegak di atas sofa yang didudukinya, dia berbaring pula. Rambutnya yang diikat ketat dibiarkan lepas. Rasa tidak selesa pula bila baring dalam dalam keadaan rambut berikat.
Dalam posisinya berbaring, matanya tertunak pada skrin televisyen yang sedang memaparkan iklan. Punyalah lama iklan TV sehingga dia sudah naik fed-up dengan iklan tersebut. Asyik-asyik iklan yang sama sahaja. Paling dia menyampah semestinya iklan dari syarikat Puan Faridah. Ah, tak pasal-pasal dia kena jadi menantu chairman pusat pelangsingan tu. Apalah nasib kau, Kyra. gumamnya dalam hati.
Kyra terkejut apabila sebuah lori masuk perlahan-lahan ke perkarangan rumahnya yang tidak berkunci itu. Dia yang sedang berbaring di sofa tiga berangkainya segera bangun dari situ lalu dia melihat ke luar tingkap rumah yang agak samar-samar. Lori tu bawa apa pula ni sampai tertutup dengan kain gelap. Kejutan apa lagi yang lelaki tembam tu nak buat kat aku?
Kyra merapikan rambutnya semula yang agak berserabut semasa dia berbaring tadi sebelum dia membuka pintu utama rumahnya. Seorang lelaki yang keluar dari tempat pemandu mendekatinya. Kyra tersenyum nipis sebelum mukanya bertukar masam apabila lori yang datang ini ada kaitan dengan Abdul Fatah. “ Encik Abdul Fatah bagi apa ni?”
“ Encik Abdul Fatah ada sediakan sesuatu untuk Cik Kyra. Kejap ya.” Pemandu itu memanggil kawannya yang sudah keluar dari lori itu. “ Din, lu ketepikan kain hitam tu. Buka perlahan-lahan tau. Rosak nanti, gua kena marah.” Kyra mengerutkan dahi. Rosak? Benda apa pula tu?
Lelaki yang diarahkan pemandu tersebut mula memanjat kayu penghadang lori itu di belakang dengan berhati-hati. Salah sikit rosak tak pasa-pasal mereka kena marah.“ Hati-hati tau Din. Gua tak nak kena marah dengan bos.”
Tatkala lelaki yang bernama Din itu mula menarik kain berwarna gelap itu perlahan-lahan, dada Kyra mula berdegup kencang. Matanya terkebil-kebil memandang apa yang berada di atas lori tersebut.
Biar betul Abdul Fatah bagi aku benda ni? Dah tak ada benda lain ke dia nak bagi? Dalam rumah aku dah ada benda ni, dia nak bagi juga?
Katil king size? Kyra mula mengelamun. Abdul Fatah ingat lepas kahwin ni, aku kena tidur dengan dia kat rumah ni? Eii… simpang malaikat empat puluh empatlah! Jangan haraplah lelaki tembam itu dapat tidur sebelah dia.
“ Cik Kyra, boleh tolong bukakan glass sliding door tu tak? Kami nak bawa katil dengan bunga mawar merah kat dalam bilik Cik Kyra.” kata pemandu lori itu.
“ Bunga mawar merah pun ada sekali? Dah gila ke Encik Fatah tu sampai nak bagi bunga mawar merah kat saya? Dah, dah. Saya tak nak ini semua. Katil saya yang ada kat dalam bilik tu masih elok lagi. Tak payah nak tukar-tukar.” Jawab Kyra sedikit marah.
“ Kami hanya ikut arahan aje, Cik Kyra. Katil yang cantik ni takkanlah Cik Kyra tak nak? Dahlah mahal katil ni. Betul tak Din?” pemandu itu bertanya pada kawannya yang senyap dari tadi.
“ Betul ar. Kalau Cik Kyra tak nak katil ni, kami tak boleh buat apa. Tapi Encik Fatah ada bagi sepucuk surat untuk Cik Kyra.” Din menyeluk poket seluar jeansnya. Surat yang berstaple itu dihulurkan kepada Kyra.
Kyra mengambil surat itu dengan muka yang masam. “ Ada-ada ajelah lelaki tembam tu. Korang tunggu kejap. Saya baca surat ni dulu baru saya decide nak letak ke tidak dalam bilik saya.” Masih tidak berubah nada suaranya. Kyra membuka surat itu lalu membacanya.
Assalamualaikum janda Slim World…” Kyra jawab salam dalam hati namun dia terkejut tatkala ayat seterusnya Abdul Fatah memanggilnya janda Slim World. Dia panggil aku janda Slim World? Kurang ajar betul! Kyra ketap bibir menahan geram. Dia membaca ayat seterusnya dengan rasa bengang yang amat sangat.
 Fat tahu Kyra mesti bengang saat ni bila tengok ada katil dengan bunga mawar merah. Jangan marah ya! Senyumlah sikit! Tapi Fat buat semua tu sebab Fat tak nak berkongsi katil dengan Khuzairi. Itu yang Fat beli katil baru. Katil yang Fat beli tu hanya untuk kita berdua. Fat tak nak masa kita berdua tidur nanti, Kyra akan teringatkan Khuzairi.
Terima ajelah ya katil dengan bunga tu ya. Kalau Kyra tak nak terima juga, Fat bagi tahu ibu Fat!
Salam sayang,
Abdul Fatah.
** Tak sabar nak kahwin dengan janda Slim World yang cantik jelita ni…
‘ Kau nak main ugut aku pula ya, Fatah?’ Tak apa, ada budi ada balas, lepas kahwin nanti aku balas!’ Surat itu Kyra gumpal lalu dibaling jauh hingga masuk ke dalam tong sampah hitam. Din dan pemandu lori tersebut agak terkejut dengan tingkah Kyra yang selamba membaling surat yang diberikan Abdul Fatah.
Korang tunggu sini, Saya masuk dalam ambil kunci gate sliding door tu. Hmm… menyusahkan betul!” marah Kyra sebelum dia ke rak yang mengandungi kunci rumah untuk membuka pintu itu.
Din dan pemandu tersebut mula meneruskan kerja mereka. Perlahan-lahan katil bersaiz king size itu diangkat lalu diturunkan. Bunga mawar merah yang berada di tepi katil tersebut dibiarkan terlebih dahulu di atas lori.
Apabila sliding door itu dibuka, kedua-dua lelaki berbadan sasa itu masuk ke dalam rumah dua tingkat itu sambil membawa katil yang agak berat itu. Muka Kyra masam sahaja.
“ Bilik Cik Kyra kat tingkat atas ke?”
“ Jangan haraplah korang nak letak kat bilik saya.” Kyra merengus sambil kakinya mengorak langkah ke bilik yang berada tidak jauh dari dapur. “ Letak kat dalam bilik ni. Kyra membuka pintu bilik itu selebar mungkin.
Kedua-dua lelaki itu terdiam. Apa hal dengan minah ni? Asyik marah-marah aje. Malang sungguh bos mereka dapat wanita cantik yang suka marah ini.
“ Tapi kan Encik Fatah suruh letak kat dalam bilik Cik Kyra?” tanya Din.
“ Ini rumah saya. Suka hati sayalah nak letak katil ni kat mana.” Selamba sahaja Kyra menjawab. “ Masuklah, apa lagi. Pnadai-pandailah nak letak katil tu ya.” Kyra mengorak langkah pergi ke depan semula dan duduk di sofa tadi. Matanya melekap ke skrin televisyen yang terpasang sejak dari tadi itu.
“ Ikut ajelah Din. Minah tu memang saja buat gua marah. Kalau Cik Kyra jadi isteri gua, memang gua cili mulut dia tu. Mulut tak ada insurans betul!” luah pemandu lori itu. Din menganggukkan kepala. Memang betul kata kawannya itu. Harapkan tubuh badan aje cantik tapi mulut macam puaka!
Tanpa menunggu lagi, mereka melakukan apa yang disuruh majikannya.
***
Kesungguhan Abdul Fatah dalam membakar lemak badan di Body Fitness mendapat pujian jurulatih peribadinya, Arif Tuah. Tidak sangka dalam dua hari dia melakukan senaman dan menjalani rawatan Reshape Programmer di syarikat ibunya itu akhirnya membuahkan hasil yang mengkagumkan.
Baru dua hari dia memulakan program kuruskan badan, berat badannya sudah menurun dua kilogram! Dia berbangga dengan dirinya sendiri. Selepas tiga bulan nanti, bolehlah dia memperolehi tubuh badan yang menarik. Abdul Fatah sudah mula berangan.
Hari ini, jurulatih peribadinya sekali lagi menyuruhnya mengunakan peralatan treadmill untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak yang terkumpul di dalam tubuhnya. Kali ini, dia kena berlari perlahan di mesin yang mempunyai monitor itu dengan masa 45-60 minit.
Fuh, memang penat tapi penatnya seakan hilang apabila diberikan kata-kata semangat dan nasihat daripada jurulatih itu.
“ Buat sungguh-sungguh ya. Awak mesti tak nak orang ejek awak badan tembam lagi kan?” Arif Tuah sudah tahu tentang kritikan yang dilemparkan kepada Abdul Fatah. Puan Faridah ada beritahunya beberapa hari sebelum dia menjadi jurulatih peribadi Abdul Fatah.
“ Ya, Arif. Saya akan buat sungguh-sungguh. Demi ibu dan orang yang saya cinta.” Ucap Abdul Fatah dengan yakin sekali sebelum dia naik ke atas mesin treadmill itu dan mula berlari dalam masa yang ditetapkan. Ipod menjadi pilihannya untuk menghilangkan rasa sunyi. Tuala kecil sudah tersedia di lehernya. Dapatlah dia mengesat peluh ketika berlari.
Arif tuah tersenyum. Nampaknya Abdul Fatah memang bersungguh-sungguh untuk kurus! “ Teruskan, Encik Fatah. Saya sokong awak dari belakang.” Dia tersenyum  sebelum dia meminta diri untuk ke tandas. Abdul Fatah hanya mengangguk.
Walaupun penat, akan ku cuba juga untuk bertahan. Go, Fatah, Go! Abdul Fatah  berkata dengan penuh semangat. Lagi dua hari dia akan berkahwin, dia mahu buktikan pada Kyra yang dia mampu kurus!
***