Rabu, 13 Mac 2013

BAB 15 PULANGLAH PADAKU




Perasaan gelisah Dhia begitu menebal ketika ini. Dia seboleh mungkin ingin keluar dari bilik itu namun kakinya berat untuk melangkah. Lama jugak perbualan ibu dan nenek.
Pintu biliknya dibuka sedikit. Jika dibuka terlalu luas, ibunya pasti akan menjengilkan mata kerana mendengar perbualan mereka berdua. Dia memerhatikan ibunya masih lagi setia digagang telefon. Apa yang mereka bualkan lama sangat tu? Berkisar tentang dia ke?
“Harap-harap ibu kasilah aku pergi rumah bekas suami aku.“Katanya sendiri.
Dia mula tutup pintu bilik. “Hmm…bilalah nak habis berbual tu. Aku tak sabar nak tahu keputusan ibu ni.” Resahnya kian menjadi tidak menentu. Dia dengan langkah lemah menuju ke katil lalu merebahkan dirinya di tilam empuk itu. Dia perlu sabarkan diri. Ibunya pasti akan datang ke biliknya nanti. Dia perlu tunggu sahaja.
Matanya dipejamkan seketika bagi menenangkan jiwanya yang resah.
Tidak semena-mena, pintu diketuk kuat dari luar. Mata Dhia terbuka luas. Ibu! Cepat-cepat dia bangkit dari pembaringan dan terus berlari anak ke pintu bilik.
“Ada apa, ibu?”sengaja dia menyoal ibu. Buat-buat tak tahu apa yang berlaku kat bawah tadi padahal dia dapat tangkap perbualan ibu dan nenek tadi.
“Ibu rasa Dhia pergilah rumah Muz tu.”kata Puan Suria dengan suara yang mendatar. Eheh…kenapa dengan ibu aku ni?gumamnya dalam hati.
Tanpa meneruskan kata, Puan Suria berpaling dan ingin masuk ke bilik. Dhia terkedu. Terus tangan ibunya ditarik. Puan Suria tersentak.
“Ibu kan dah kasi kamu pergi rumah Muz tu, kamu pergi ajelah.”katanya perlahan. Dia mahu berlalu pergi dari situ, tapi tetap ditahan anaknya. “Nak apalagi, Dhia?”
“Ibu buat muka. Dhia tak suka.”
“Hmm…”keluhan mula terbit di bibir Puan Suria.
“Ibu!! Cakaplah kenapa ni? Ibu buat Dhia serba salah tau. Kalau ibu memang tak suka Dhia pergi rumah Muz, fine! Dhia takkan pergi.”melihat muka kelat ibunya membuatkan dia bertambah gelisah tidak menentu.
“Ibu kasi anak ibu pergi cuma ibu takut sesuatu.”
“Ibu takut sesuatu? Ibu jangan khuatir. Dhia pergi sana dengan Rayyan. Rayyan ada, Dhia takkan takut. Dhia lagi kuat adalah.”katanya dengan penuh yakin.
“Nenek ada bagi tahu Dhia tak yang nenek bawak orang-orang dia pergi pukul si Muz tu?” Dhia mengangguk. “Ada. Dhia tabik kat nenek sebab sanggup dia bawak orang-orang dia pergi pukul Muz. Bagi Dhia, lagi bagus orang-orang nenek pukul Muz tu sebab Dhia nak dia rasa kesakitan yang Dhia alami masa diceraikan hari itu.
“Itu yang ibu takutkan sekarang ni.”
“Ibu, please? Dhia tak nak ibu sakit sebab perkara kecik macam ni. Dhia tahu apa yang Dhia lakukan dan Dhia janji Dhia takkan bersatu kembali dengan Muzaffar lagi. Apa yang berlaku pada Dhia dulu, Dhia takkan ingat lagi sebab Dhia tahu hidup perlu diteruskan dengan sebaik mungkin.”ulasnya panjang lebar sambil memegang erat tangan ibunya.
“Ibu bukan apa, Dhia. Ibu cuma takut kamu dituduh memukul Muz bila kamu dah sampai sana nanti.”mukanya ditundukkan dengan wajah kesal. Janganlah Muzaffar menuduh anaknya. Dia tak nak anaknya ditangkap polis. Bukan dia tidak kenal Puan Halimah sekeluarga. Sudah kenal lama pun. Tapi sikap Puan Halimah yang suka menuduh orang tanpa usul periksa menakutkan dirinya.
“Ala, ibu. Jangan takutlah. Rayyan ada untuk bantu Dhia.”tanpa lelaki itu, dia tidak akan menjadi perempuan yang tabah seperti sekarang. “ Ibu jangan khuatirlah. Kejap lagi Rayyan nak datang. Dhia nak siap dulu. Lagipun, Dhia tak beritahu Dhia pun yang Dhia nak pergi ambik resume kat rumah Muz. Saja nak bagi tahu dia lepas dia datang rumah ni nanti.”
Puan Suria kembali tersenyum. Amboi, anak ibu. Tak bagi tahu Rayyan lagi dah awal-awal? Kalau Rayyan tak nak pergi macam mana?”Dia menguji anaknya.
“Rayyan mesti pergi punya. Rayyan kan ikut cakap Dhia. Don’t worry be happy, ibu.”balasnya dengan suara yang riang. Puan Suria mengeleng-gelengkan kepala. Telatah anak tunggalnya ini mencuit nalurinya sebagai seorang ibu.
“Dah, cepat pergi siap. Nanti Rayyan datang, kamu tak sempat ambik resume. Ibu doakan Dhia dan Rayyan selamat pergi dan selamat balik ye. Baca ayat kursi banyak-banyak sebelum masuk rumah Muzaffar.”Puan Suria menekankan ayat doa dalamnya. Sungguh, dia takut anaknya pergi ke rumah itu. Dalam fikirannya, terbit pelbagai fikiran yang  negatif.
Dhia pelik dengan ayat ibunya. Macam ada sesuatu dalam ayat yang ibu ucapkan padanya.
“Dhia siap-siap dululah ye. Ibu pergilah masuk bilik, rehat. Tak payah masak pun tak apa. Kalau Dhia singgah kat warung nanti, Dhia pergi belikan lauk untuk kita makan.”katanya dengan senyuman manis.
“Yelah…yelah. Dhia pergi siap okay? Ibu masuk bilik dulu, nak rehat.”pohon Puan Suria meminta diri.
“Okay!”Dhia membenarkan ibunya masuk ke dalam bilik. Dia masuk semula ke dalam bilik dan menutup pintu dengan lega yang teramat. “Akhirnya, Aku dapat pergi jugak rumah tu. Argh…rindu pulak kat rumah tu.”monolognya sendiri.
 Puan Suria masih lagi diluar bilik. Dia merenung bilik Dhia yang tertutup rapat.
“Dhia…semoga kau tabah, nak!”katanya dengan suara yang sayu. Dia kembali ke bilik dengan kesedihan yang menyelubungi dirinya.
****
Rayyan sudah tiba di rumah sahabatnya. Segera dia mendail nombor Dhia. Apabila suara daripada dhia sudah berkumandang ditalian, terus dia bercakap tanpa memberikan salam.
“Dhia! Aku dah ada depan rumah kau ni. Kau keluarlah cepat.”suruh Rayyan Zikri pantas.
Rayyan dah ada depan rumah? Mata ni pejam celik pejam celik kejap. Dahsyat betul mamat ni bawak kereta. Cepat aje nak sampai.
“Kau masuk ajelah rumah aku. Kau duduk kat sofa dulu. Aku tak kunci pintu pun.”
“Ibu kau ada kat rumah tak?”Rayyan segera mematikan enjin. Dia menapak keluar dari kereta. Ingatkan dia boleh berbual dengan Dhia dalam kereta ni, rupanya tidak. Tak pasal-pasal kena masuk rumah sahabatnya itu.
“Ibu aku ada kat dalam bilik. Kau masuk aje.”arah Dhia cepat-cepat.
Rayyan Zikri pantas mematikan talian. Dia masuk ke dalam rumah Dhia. Pintu rumah tak berkunci, apalagi…masuk ajelah.
Setelah dia menanggalkan kasutnya di luar, dia terus masuk ke dalam dan duduk di sofa tiga berangkai yang ada diruang tamu itu.
“Hmm…”Rayyan Zikri mengeluh. Dia menatap telefon bimbitnya buat sementara waktu. Di sebalik cermin telefon blackberrynya, kelihatan wajah Nur Imani berada di ruangan utama. Sungguh manis gadis ini. Hatinya semakin kuat untuk memiliki gadis itu.
“Manalah kau sekarang, Imani? Aku rindukan kau…,”Rayyan Zikri mula berjiwang.
“Imani? Siapa tu?”sampuk Dhia dari belakang.
Rayyan Zikri tersentak sekaligus terkesima dengan kedatangan dan penampilan sahabatnya. “Haa…turun pun kau. Lama tau aku tunggu. Patutlah kau tak keluar tadi. Bersiap rupanya.”Pakaian yang tersarung ditubuh Dhia ditatap puas. Sahabatnya nampak elegan dengan berpakaian sebegitu.
“Argh, Ray. Kau jangan simpan perasaan pada sahabat kau. Nur Imani tu nak letak mana?”kata satu suara yang muncul di telinganya.
“Hesy! Mamat ni. Aku cakap, dia boleh berangan pulak.”Dhia membaling bantal kecil kearah sahabatnya. “Tahulah aku cantik.”pujinya sendiri.
“Eleh, perasan diri tu cantik. Ibu kau lagi cantik daripada kau.”kutuk Rayyan Zikri.
“Ibu aku cantik maknanya aku pun cantik jugaklah. Aku kan mewarisi kecantikan ibu aku?”balas Dhia balik. Dia membiarkan rambut paras bahunya dibiar lepas.
“Nak menang aje dia tu.”cebik Rayyan. “Aku datang jumpa kau sebab aku ada hal nak cakap dengan kau. Tahu-tahu kau dah bersiap-siap. Kau nak keluar pergi mana? Aku ingat nak cakap dengan kau aje kat sini.”
“Kau ikut aku keluar, jom? Kau bawa aku pergi satu tempat ni? Aku ada banyak benda nak cakap dengan kau.”
Cadangan yang baik. “ Bagus jugak tu. Kita cakap kat luar bagus pun okey jugak. Lagipun aku tak nak ibu kau dengar perbualan aku dengan kau kat sini.”Rayyan Zikri menyentuh dagunya seraya telefon bimbitnya dismpan balik ke dalam kocek baju. “Jomlah. Sambil bincang, sambil minum air the tarik kaw-kaw. Apa macam?”
Dhia menunjukkan tanda thumbs up. “Bagus jugak idea kau tu. Tapi kau ajelah belanja aku. Aku takde duit nak bayar kau ni.”jawabnya sedikit tersengih.
No problem punyo. Dengan kau, aku tak kisah pun keluarkan duit aku. Small matter, dear.”Dhia mengetap bibir. Dia panggil aku dear? Rasa macam nak naik ke langit bila dia panggil macam tu. Hati perempuannya terusik. Dia seakan-akan terbuai diawang-awangan apabila sahabatnya memanggil dear.
“Hoi! Kau pun berangan jugak cakap orang. Dahlah, jom kita gerak. Lagipun lepas ni aku nak jumpa someone special.”
“Someone special? Siapa?”perasaan Dhia membuak-buak ingin tahu. Rayyan dah ada perempuan lain ke yang dia tak tahu?
“Adalah. Nanti aku cerita kat kau. Jom, gerak sekarang.”Rayyan Zikri mula bangkit dari sofa itu.
“Hmm…”Dhia mengeluh panjang. Dia dapat merasakan sahabatnya sukakan seseorang. Dirinya jadi cemburu tiba-tiba. Bertuah siapa yang dapat Rayyan Zikri.
****
Sewaktu di dalam kereta, masing-masing senyap. Tiada topik langsung dibualkan. Hati Dha begitu meronta-ronta ingin tahu siapa ‘someone special’ sahabatnya.
“Kau tak nak bagi tahu aku sekarang ke siapa someone special kau tu?”Soal Dhia ingin tahu.
Rayyan Zikri yang sedang fokus pada pemanduan tersentak apa bila ditanya soalan itu. “Kenapa kau nak tahu? Kau cemburu ye…”jawabnya sambil tersengih-sengih.
Dhia menjeling dengan ekor matanya seraya dia menumbuk kuat bahu sahabatnya. “Cakap macam tu lagi. Aku mana ada cemburulah. Kau memandai aje.”dengusnya geram. Padahal hatinya gelisah apabila ditanya begitu. Salahkah dia cemburu? Selama ini, Rayyan Zikri yang paling rapat dengannya. Dia cemburu bersebab. Takut jika sahabatnya mempunyai teman wanita, dia akan dipinggirkan. Dia tak mahu dipinggirkan Rayyan Zikri. Sekirannya boleh, dia ingin lelaki itu sentiasa didekatinya.
Rayyan Zikri merungut. “Sakitlah. Janganlah pukul kuat sangat. Nanti aku sakit. Imani tak nak dengan aku pulak.”
Cemburu Dhia naik hingga ke kepala. “Siapa Imani tu?”marahnya dengan tiba-tiba. Dia merenung dalam wajah Rayyan Zikri yang sedang fokus pada pemanduan.
Rayyan Zikri mengetap bibir. Rahsia dah terbongkar. Terpaksalah dia berterus-terang dengan sahabatnya.
“Kenapa kau tak nak cakap? Maknanya betullah Imani tu someone special kan?Huh! Ada awek tak nak cakap dengan aku.”dengus Dhia geram. Rayyan Zikri merenung sekilas wajah sahabatnya yang masam mencuka itu.
“Eh? Yang kau nak buat muka toya kenapa? Salahkah aku suka kat dia?”soalnya hairan. Dhia ni tiba-tiba aje nak marah dia. Salah ke aku nak suka kat Imani?Bukannya Imani tu lelaki sampai nak marah-marah. Hmm…Dhia…Dhia.
“Memang salah! Salah sebab kau tak maklumkan pada aku. Aku sahabat kau kan?!”lantang Dhia bersuara.
Rayyan Zikri terkedu. “Dhia, kau cemburu ke?”
“Yes, Memang aku cemburu! So, what?”dengan bengang Dhia menjawab.
Rayyan Zikri terkedu sekali lagi. Dhia cemburu? Apa maksud Dhia dengan cemburu itu? Adakah Dhia menyukainya?

2 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

aaaaaaaaa best2... nak lagi ♥

Unknown berkata...

tq dik..nnt akk smbung lg ye..