Sampainya kereta Wan
Zubair dibelakang kereta Mercedes Brabus yang dinaiki Datin Zafiah tadi, Nur
Adriana lekas-lekas masuk ke dalam perut kereta tunangnya. Dia tidak betah
untuk terus berada di lobi utama Hospital Serdang ini.
Wan Zubair yang duduk
di tempat pemandu terkejut apabila melihat tingkah Nur Adriana yang agak
gelabah itu.
“Sayang kenapa ni? Muka
tu macam nampak hantu je.”Dia merenung wajah tunangnya yang sedang memakai seat belt itu.
“Abang jangan banyak
tanya buat masa sekarang. Abang jalan je. Nanti kat pertengahan jalan sayang
cerita.”balasnya pantas. Wan Zubair terdiam. Dia memegang stereng kereta, lalu
membelokkannya ke kanan dan terus meninggalkan tempat itu tanpa banyak soal.
Nur Adriana menarik
nafas panjang. Lega kerana tunangnya tidak menjawab apa-apa. Dia bersandar di
tempat duduk dengan hati yang tenang. Dipandang side mirror, masih lagi ada dua wajah yang setia berdiri di luar
lobi utama itu.
Datin Zafiah yang
perasan perempuan yang berada didepan keretanya tadi agak kelam-kabut menaiki
kereta bertanya kepada pembantu peribadinya, Madz Hazrul.
“Kenapa perempuan tu
macam takut je bila nampak saya? Something wrong with her?
Madz Hazrul
mengeleng-gelengkan kepalanya. “ Entahlah, Datin. Saya pun pelik tengok dia.
Apapun…mari masuk dulu, Datin.”Kepala ditundukkan sedikit sambil tangan
kanannya dihalakan ke arah pintu masuk lobi utama.
“Hmm…baiklah.”Datin
Zafiah bergerak perlahan memasuki Unit Kecemasan itu diiringi Madz Hazrul
dibelakangnya. Perempuan yang kelam-kabut tadi tidak diingati lagi. Apa yang
penting dia perlu melihat anaknya, Zeril Iskandar terlebih dahulu baru
memikirkan hal lain.
******
Dia sudah maklumkan
kepada Wan Zubair sebentar tadi mengenai kehadiran Datin Zafiah yang memakai
kereta Mercedes Brabus tadi. Tunangnya agak terperanjat jugak namun dia faham
yang tunangnya tak mahu wajahnya dilihat mama Zeril Iskandar. Biarlah ia
berakhir disitu sahaja.
Semasa di Hotel Palace
Golden Horses tadi, dia makan pun ala
kadar sahaja. Dia tahu hotel yang dia sedang makan bersama Wan Zubair
berhampiran dengan kawasan perumahannya. Terkejut jugak dia apabila Wan Zubair
mempelawanya makan di hotel mewah yang memenangi World Luxury Hotel Awards itu.
Kedua-dua tangannya
diramas lembut bagi mengurangkan rasa gelabah yang makin menghimpit diri. Uh!
Rumah aku semakin hampir. Macam manalah reaksi ayah kalau aku datang secara
tiba-tiba. Mesti ayah terkejut beruk punyalah. Sepatutnya semalam dia dah
sampai dirumah. Tup…tup, dia kena tolong hantarkan Zeril Iskandar masuk
hospital. Hmm..apa boleh buat. Orang sakit kenalah dahulukan.
Wan Zubair mengerling
sekilas wajah tunang sebelum dia memfokuskan dirinya memandang ke hadapan.
“Sayang janganlah
gemuruh sangat. Abang kan ada kat sisi sayang. Abang rasa ayah lagi suka kalau
sayang balik kat rumah tu. Ayah kan sayangkan sayang. Mesti takkan ada apa-apa
punya. Percayalah cakap abang.”katanya dengan yakin. Memberikan semangat untuk
orang yang sedang bergemuruh agak sukar kerana difikiran sudah terbit pelbagai
andaian.
“Dah lama sayang tak
jejak kat sini. Masih tak berubah persekitarannya.Hmm…sayang harap ayah pun
takkan berubah sikap bila sayang masuk rumah tu nanti.”jawabnya sambil
memandang Wan Zubair.
Tunangnya tersenyum. “Ayah takkan berubah sikap. Think positive okay?”
Nur Adriana mengganguk.
Dihalakan pandangannya ke luar. Rindunya dia pada kawasan ini. Baginya, kawasan
perumahan yang didudukinya adalah kawasan perumahan yang paling aman sekali di
Kuala Lumpur. Tiada kekecohan dan penduduk disekitarnya sentiasa mengamalkan
sikap bekerjasama. Itu yang membuatkan dirinya berasa tenang apabila sampai
dikawasan ini.
Cuma yang tidak
tenangnya, apabila dia sampai di rumah…kelibat manusia yang bernama Farzana
Hussain a.k.a ibu tirinya yang bertalamkan dua muka itu tidak habis-habis ingin
membebel di telinganya. Ada sahaja yang tidak kena dimata orang tua itu. Dia
tidak membuat kerja rumah, mulalah mulut pedasnya membebel. Cakap dia perempuan
tak guna, anak dara duduk goyang kaki dan macam-macam lagi yang membuatkannya
sakit hati.
Sampai satu masa, dia
tidak tahan. Dia membidas balik apa yang perempuan busuk hati itu katakan
padanya sampai perempuan itu tidak berani berkata apa-apa dengannya.
Balik ini, dia kena
bersiap sedia dari segi psikologi dan ketahanan dirinya untuk berdepan dengan
segala tomahan yang diberikan. Dia tidak akan takut lagi pada perempuan itu.
“Sayang…kita dah
sampai.”lamunan Nur Adriana terhenti apabila Wan Zubair bersuara. Dia terkesima
seketika apabila kereta Wan Zubair sudah sampai didepan rumahnya. Rumah satu
tingkat itu tetap seperti enam bulan yang lalu.
Wan Zubair mengajaknya
keluar. Nur Adriana menarik nafas panjang sebelum tangannya membuka pintu
kereta. Setelah itu, kakinya turun menjejakkah jalan tar. Jantungnya bertambah
kencang sebagaimana kencangnya jantung Zeril Iskandar ketika didalam kereta
mewah lelaki itu.
“Sayang…buat macam
biasa.“Wan Zubair menghampiri tunangnya. Nur Adriana hanya tersenyum kecil.
“Biar abang bagi salam
dulu. Sayang tunggu kat sini.”pohon Wan Zubair sekaligus melenyapkan
kegelisahan dalam dirinya. Wan Zubair segera membuka pintu pagar berwarna hitam
itu lalu dia terus masuk ke dalam. Nur Adriana memerhatikan tingkah tunangnya
yang sedang mengetuk pintu rumah.
“Assalamualaikum…”jerit
Wan Zubair sambil tangannya mengetuk pintu rumah.
Puan Farzana yang
sedang memotong kuih talam didalam loyang tersentak apabila rumahnya diketuk
kuat. Dia merengus geram. Baru nak fokus memotong ni, ada pulak yang datang
mengacau.Hmm…”Dilap tangannya di apron yang dipakainya dan segera menuju ke
depan. Scarf yang dipakai di kepala dibetulkan. Nak suruh dua orang anaknya
buka pintu, mereka kerja. Suami sendiri belum balik dari surau lagi.
Terpaksalah dia buka pintu.
“Waalaikum…salam”salam
dibalas dan dia membuka pintu utamanya. Alangkah terkejutnya dia, lelaki yang
bakal menjadi suami tak guna itu datang.
Wan Zubair mengela
nafas panjang. Ada pun penghuni rumah yang buka pintu. “Maaf mengejutkan mak
cik. Mak cik apa khabar?”soalnya diiringi dengan senyuman lebar di bibir. Puan
Farzana membalas senyumannya. Tak sangka anak Puan Kamariah Adnan ini sanggup
datang ke rumahnya untuk bertanyakan khabar. “ Alhamdulilah, mak cik sihat je
kat sini. Walaupun mak cik sibuk membuat kuih kat dapur, mak cik tetap ingatkan
tunang kamu tu.”keluh Puan Farzana. Dibuat-buat muka sedih supaya Wan Zubair
yakin yang dia rindukan anak tirinya. Padahal dalam hati tak payah cakaplah!
Benci gila!!
“Mak cik…ayah mana?
Saya tak nampak pun ayah? Ayah keluar ye?tanyanya hormat. Nak jadi bakal
menantu kenalah cakap dengan sopan. Barulah ibu mertua tak cari lelaki lain
utnuk dijadikan menantu.
“Ayah pergi surau. Dah
pukul 3 petang ni, masih tak balik-balik lagi. Agaknya dia tengah berzikir kut.”jawab
Puan Farzana. Tiba-tiba, matanya tertunak pada sekujur tubuh yang sedang
berdiri tegak di sisi kereta.
Matanya yang rabun itu dikecilkan supaya dapat
diperhatikan siapakah gerangannya. Wan Zubair yang sedar wanita dihadapannya
memandang tunangnya segera berpaling ke belakang dan memanggil Nur Adriana ke
sini. Tangannya dilambai-lambai.
Nur Adriana yang sejak
tadi memerhatikan mereka berdua berbual terkaku apabila Wan Zubair
memanggilnya. Dengan langkah bersedia, dia bergerak masuk ke dalam rumah. Puan
Farzana tergamam apabila melihat perempuan yang menuju ke arah mereka berdua
ialah Nur Adriana, perempuan yang paling dibenci!
“Mak cik…sebelum saya
terlupa. Sayang…meh, dekat sini. Salam ibu sayang…”tuturnya dengan senyuman
manis dibibir.
Bergetar suara Puan
Farzana tatkala melihat wajah anak tiri yang tidak diiktiraf itu datang
menghampirinya. Hilang senyuman di bibirnya. “ Kau…”
Wan Zubair kaget. Bakal
ibu mertuanya kelihatan terkaku melihat wajah Nur Adriana sehinggakan perkataan
Kau muncul di bibir wanita itu. Aik? Takkan ibu tiri Nur Adriana panggil kau
dan aku selama ini?
“Ya, mak cik. Saya
balik.”sinis sekali suara Nur Adriana. Buat pertama kalinya, dia menjadi kuat
untuk berlawan kata dengan ibu tirinya. Biar dia tahu, perempuan yang keluar dari
penjara ini adalah perempuan yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran.
“Apa khabar, mak cik.
Lama kita tak jumpa. Rasanya dah enam bulan tiga hari kan?”sambungnya dengan
sinis sekali lagi. Tangannya dihulurkan untuk bersalam. Walaupun dirinya tidak
suka tangannya menyentuh wanita tua bertalam dua muka ini.
Muka Puan Farzana
berubah kemerah-merahan. Tahu yang Nur Adriana sedang menyindirnya.
“Kha...kha..bar..baik…”suara
Puan Farzana berubah menjadi tergagap-gagap. Dia membalas huluran salam Nur
Adriana. Sebenarnya, dia mahu berlawan kata dengan perempuan itu namun bakal
menantunya ada di sini, tidak elok pulak dia menunjukkan sikap yang tidak elok.
Nanti lain pulak jadinya.
Wan Zubair pelik.
Dirasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara dua perempuan dihadapannya.
Muka kedua-duanya tampak bengis. Ada sesuatu ke yang dia tidak tahu selama ini?
Adakah selama ini dua beranak ini selalu bergaduh dibelakangnya?
“Ayah mana? Tak nampak
pun muka dia?”mendatar suara Nur Adriana. Wan Zubair bertambah pelik. Tepat
sangkaannya tadi. Ada sesuatu di antara dia yang dia tidak tahu. Sebagai bakal
suami Nur Adriana dan bakal menantu Puan Farzana, dia perlu siasat perkara ini.
“Ayah ada kat surau.
Kejap lagi dia baliklah tu.”perlahan suara Puan Farzana. Haish! Bilalah Wan
Zubair ni nak berambus pergi dari rumah aku ni? Aku dahlah tak tahan tengok
perempuan penjara ni senang-senang sindir aku depan bakal suami dia. Ini tak
boleh jadi ni.”desisnya.
“Abang, sayang rasa
abang baliklah dulu ye. Kalau nak jumpa ayah rasanya lambat lagi kut ayah nak
balik. Better abang balik dulu.”kata
Nur Adriana dengan manja. Panas hati Puan Farzana mendengarnya. Abang-sayang
konon! Nak muntah aku dengar!
“Amboi!! Macam
menghalau abang nampak? Sayang tak suka ke abang berlama-lama kat sini?”direnung
wajah tunangnya.
“Eh! Bukan sayang
menghalau cuma sayang tak nak abang jammed
kat jalan raya nanti. Malam karang abang kan kena masuk hospital, jadi sayang
tak naklah bagi abang penat sangat. Abang dari semalam tak rehat kan? Asyik
uruskan Zeril aje.”sambungnya lagi.
Puan Farzana yang
mendengar mereka berdua berbual tersentak mendengar nama Zeril disebutkan.
Siapakah Zeril itu? Apa kaitan Wan Zubair dan perempuan ini dengan nama Zeril?
Pasti selepas keluar
dari penjara, perempuan ini ada buat sesuatu yang diluar jangkaan. Oh! Patutlah
semalam warden Penjara Wanita Kajang itu menelefonnya. Rupanya ada cerita
disebalik dia keluar penjara rupanya. Selepas ini dia akan paksa perempuan ini
ceritakan segala-galanya sesudah Wan Zubair mengangkat kaki untuk beredar dari
rumah ini. Dia mengalihkan perhatiannya ke pagar pintu buat kali kedua. Bunyi
motor menderum di luar pagar membuatkan dia sudah tahu siapakah gerangan yang
pulang. Semestinya Abang?? Dah balik!
“Abang!!” Puan Farzana
memakai selipar dan berlari anak membuka pintu yang sedikit tertutup itu. Dia
buka seluas-luasnya supaya motor milik suaminya dapat masuk ke perkarangan
rumah.
Wan Zubair dan Nur
Adriana menghentikan perbualan mereka. Mereka mengalihkan pandangan mereka
tepat kearah motosikal Honda itu.
Pak Jamilmasuk dan
berhentikan motornya di tepi ampaian. Bersebelahan dengan pagar besi yang
jarang.
“Haa…Zana. Ambik pisang
ni bawa masuk dalam. Baha bagi tadi.”Ahmad Jamil menyerahkan satu bungkusan
plastik berwarna oren kepada isterinya. Sebetulnya, dia pergi ke rumah pembantu
surau tadi. Ada majlis kesyukuran yang dibuat.
Dia dijemput untuk memeriahkan sekali majlis itu.
“Ayah…”
Terkaku Pak Jamil di
tepi motosikalnya. Nasib baik tongkat motor sudah mencecah ke tanah. Jika
tidak, rebahlah ia jatuh menyembah bumi. Betulkah perkataan ayah itu datangnya
dari mulut Nur Adriana?Dia tidak bermimpi kan?
“Ayah…”Nur Adriana
bergegas menghampiri ayahnya. Dipeluk seerat mungkin ayahnya yang masih kaku
berdiri ditepi motosikal itu. Puan Farzana yang memegang erat bungkusan plastik
berisi pisang itu geram dengan tindakan melulu anak tiri tak gunanya itu pantas
masuk ke dalam rumah. Sakit hati dia melihat Nur Adriana memeluk suaminya. Wan
Zubair gembira tunangnya dapat menunaikan impian untuk memeluk ayah kandung
sendiri.
“Nur Adri…ana, anak
ayah?”bergetar suara Pak Jamil.
Nur Adriana
merungkaikan pelukannya. Airmatanya jatuh secara tiba-tiba. Sebak rasanya
apabila mendengar suara ayahnya yang bergetar itu. Mata ayahnya mula kemerahan.
“Ayah, Adriana dah
pulang. Ayah rindukan Adriana tak?”katanya dengan tangisan yang mula berirama.
Kedua-dua tangannya melekat kemas diatas bahu
ayahnya. Memberikan kekuatan terhadap ayahnya yang bila-bila masa sahaja
akan mengeluarkan airmata lelakinya. Kali terakhir dia melihat ayah menangis
ketika majlis menyiram air diatas kubur ibunya, Puan Khadijah.
“Ayah tak dapat nak
ungkap dengan kata-kata bila jumpa Adriana selepas enam bulan duduk kat dalam
penjara. Ayah rindukan anak ayah. Bukan rindu sikit tapi rindu
banyak-banyak!”Akhirnya tumpah juga airmata lelakinya. Dia menunduk ke bawah
tanah. Malu untuk menunjukkan tangisannya didepan Wan Zubair dan anaknya.
Nur Adriana mengetap
bibir rapat. Ayahnya masih rindukan dirinya. Bersyukur dia mendapat ayah yang
masih boleh menerima dirinya. Tidak semua ibu bapa di dunia ini dapat menerima
kesalahan anaknya.
Biarlah Puan Farzana
tidak dapat menerimanya sebagai anak tiri, dia tidak kisah. Baginya, ayah
adalah segala-galanya. Dialah ibu…dialah bapa.
“Dahlah ayah, Adriana
tak mau tengok ayah menangis. Nanti Adriana menangis lagi kuat dari ayah, baru
tahu.”guraunya.
“Mana ada ayah nangis.
Mata ayah masuk pasir ni.”Pak Jamil mengelap airmatanya. Sengaja dia memberi
alasan begitu. Walhal dia terharu apabila mengatakan Nur Adriana merindui
dirinya.
“Ayah tipu. Mana ada
pasir kat sini. Semuanya dah bersimen. Sajalah tu nak bagi alasan tak
logik.”usiknya sambil mengangkat wajah ayah tersayang dari terus menunduk.
“Ayah…ayah…”Rasanya Pak
Jamil tidak mampu meneruskan kata. Hatinya masih lagi sebak.
Nur
Adriana yang mengerti ayahnya tidak dapat meneruskan kata segera menukar topik.
“Okay, okay. Sekarang ni kita masuk rumah ye, ayah.”sambungnya dengan nada
riang.
“
Abang tak nak salam bakal ayah mertua ke?”Nur Adriana menoleh ke belakang lalu
mengenyit mata kanannya kearah Wan Zubair.
Wan
Zubair yang terpinggir sejak dari tadi di depan pintu masuk rumah tersentak
apabila Nur Adriana memanggilnya. Dia menghampiri Nur Adriana dan bakal ayah
mertuanya.
“Ayah…”Wan
Zubair mengambil tangan bakal ayah mertuanya lalu dicium penuh kasih. Dia tidak
perlu menunggu huluran salam dari Pak Jamil, dia yang akan memulakan dulu.
“Mari
kita masuk dulu, nak. Dah petang ni. Berdiri lama-lama kat luar, boleh sakit
kaki ayah.”ajak Pak Jamil diselangi dengan gurauan. Mereka berdua ketawa
serentak.
Nur
Adriana memaut mesra bahu ayahnya dan mereka bertiga bergerak menuju masuk ke
dalam rumah.
Selang
dua langkah lagi untuk masuk ke rumah, tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit
milik Wan Zubair kedengaran.
“Kejap
lagi saya masuk ye ayah… sayang. Ada someone
call.”Kata Wan Zubair dengan senyuman. Nur Adriana dan Pak Jamil akur lalu
mereka berdua masuk meninggalkan Wan Zubair keseorangan disitu.
****
“Ada
apa awak call saya ni Fatyn? Anything
wrong?”Katanya sewaktu diluar pagar hitam. Dia menjarakkan diri agar orang lain tidak mendengar perbualannya
bersama.
“Doktor
Wan sibuk ke sekarang ni?”soalnya lembut.
“Tak
adalah busy sangat. Saya ada dengan tunang saya sekarang ni. Ada apa yang
penting ke awak nak beritahu? Kalau bukan perkara penting, awak boleh
tinggalkan nota kat dalam bilik saya.”
“Bagi doktor mungkin apa yang saya cakapkan
ini tak penting. Tapi bagi orang itu, ia amat-amat penting.”
“Apa
maksud awak ni, Fatyn? Siapa orang itu? Saya kenal ke?”
“Doktor
Wan tak kenal dia, tapi dia ingin mengenali doktor.”
“Boleh
awak straight to the point?Saya tak
faham apa yang awak maksudkan.”
“Ada
seorang Datin ni, dia nak tahu siapa doktor yang merawat anaknya yang sakit
jantung. Saya beritahulah yang Prof.Dr.Azmi dan doktor Wan Zubair rawat lelaki
itu.Tetapi dia ingin berjumpa dengan salah seorang darinya. Saya pilihlah
doktor Wan sebab tadi masa kat lobi utama tadi, saya nampak doktor Wan tengah
ambil tunang doktor. Saya rasa doktor Wan akan patah balik semula ke hospital
ini setelah menghantar tunang doktor Wan balik. Itu yang saya main seru aje
nama doktor.”
“Bila
Datin tu nak jumpa saya?
“Kalau
boleh, sekarang juga sebab dia baru je sampai kat sini.”
“Hmm..baiklah.
Saya akan datang dalam setengah jam lagi. Kalau boleh, awak tolong periksa
kadar nadi dan jantung pesakit itu ye. Kalau boleh tolong catatkan dan letak
atas meja saya macam biasa.”
“Baik,
doktor Wan. Saya tutup telefon dulu. Assalamualaikum…”ujar Fatyn sebelum
menamatkan talian.
“Waalaikumsalam…”Wan
Zubair menutup telefon bimbitnya dengan perasaan hampa. Baru hendak
bersama-sama meriuhkan keadaan bersama bakal ayah mertua dan tunangnya, dah
kena panggil pihak hospital. Dia perlu meminta keizinan dari Nur Adriana dan
ayah untuk beredar dari sini.
“Ayah…sayang.”
katanya sewaktu sampai ke pintu rumah. Nur Adriana dan Ahmad? yang sedang
bergelak ketawa di ruang tamu tersentak apabila Wan Zubair memanggil mereka
berdua. Nur Adriana yang perasan tunangnya masih berada diluar rumah
mengajaknya masuk namaun ditolak baik oleh Wan Zubair.
“Maafkan
saya sebab tak dapat berlama kat sini. Ada kes emergency kat hospital jadi saya nak mintak izin beredar dululah
ayah…sayang.”pohon Wan Zubair hormat.
Nur
Adriana segera bangun dari sofa itu. Dia menghampiri tunangnya yang agak
gelisah itu. “Cepatnya abang nak balik?”ujarnya manja.
“Abang
kena pergi sekarang, sayang. Kes emergency tu memang tak boleh lambat walaupun
sesaat. Abang ingat abang dapat luangkan banyak masa dengan sayang tapi
nampaknya tak boleh. Maafkan abang ye, sayang.”balasnya dengan riak muka yang
sedikit sedih.
“It’s
okay, abang. Doktor kenalah utamakan pesakit. Sayang tak kisah. Lain hari abang
boleh datang jenguk sayang kat sini. Abang pergilah. Nanti lambat, tak
pasal-pasal kena marah.”
“Abang
pergi dulu ye. Sayang jaga diri. Kalau ada masa, abang datang lagi okay?”Wan
Zubair mempamerkan senyuman manisnya. Dia merenung tepat wajah Nur Adriana
dalam-dalam. Sesungguhnya, dia bertuah mendapat tunang seperti Nur Adriana yang
jenis memahami dan bertolak ansur. Dia menjengukkan kepalanya sedikit memandang
ayahnya yang masih setia melekat diatas sofa. “Ayah, saya gerak dulu ye. Ayah
pun jaga diri baik-baik.”pesannya. Ahmad tersenyum tanpa bersuara. Membenarkan
sahaja bakal menantunya beredar.
Dia
kembali merenung dalam wajah Nur Adriana.
“Bye,sayang.Jumpa
lagi.” Hidung Nur Adriana dicuit sayang lalu tanpa membuang masa, dia keluar
dari rumah itu.
Nur
Adriana mengeluh panjang. Dia melihat kereta Wan Zubair meninggalkan kawasan
perumahannya.
Di
sebalik dinding dapur, Puan Farzana memandang jelik anak tirinya yang berada di
pintu rumah.
‘Huh!
Gedik betul. Menyampah aku!’cebiknya secara perlahan lalu menghabiskan memotong
kuih talamnya.
BERSAMBUNG... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan