Isnin, 17 Februari 2014

BAB 5 TETAP SETIA


Selepas Zaim Irsyad menunaikan solat zohor, dia memberanikan diri  keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan mak ayahnya dengan bantuan Farhan. Motorsikal Yamaha Farhan dipinjam buat seketika bagi meneruskan rancangannya bertemu dengan Marina di rumah gadis itu.

Sejak Marina mematikan talian tadi, fikirannya betul-betul runsing. Entah apa yang membuatkan Marina bertindak memutuskan hubungan dengannyapun dia tak tahu. Sudah lebih tiga tahun mereka bercinta dan menyemai kasih takkan macam itu sahaja Marina memutuskan hubungan?

Zaim Irsyad takkan biarkan perkara ini terjadi. Marina tetap akan menjadi miliknya!

***
Marina memandang side mirror kanan kereta Myvinya setelah lampu isyarat berwarna merah.Air matanya mengalir lagi. Ternyata Muhd Zafril masih setia mengikutinya dari belakang keretanya. Sampai hati lelaki itu membuatnya begini! Salahkah dia memperolehi kebahagiaan sendiri? Mengapa lelaki itu mengugutnya begitu sekali? Apa salah dia pada lelaki itu? Ya Allah, aku tak kuat menghadapi dugaanMu ini.Tubir matanya mengalir dan terus mengalir.

Mahu sahaja dia menelefon kedua ibu dan ayahnya dirumah tetapi bila difikirkan balik, telefon bimbitnya sudah diambil Muhd Zafril. Memang dasar lelaki tak guna! Marina mengenggam erat stereng kereta.

Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Marina kembali memfokuskan pada pemanduan. Side mirror kanan dipandang sekilas sebelum dia meneruskan perjalanan.

Marina resah apabila motor Kawasaki berwarna hijau Muhd Zafril berdiri megah di sebelah keretanya. Ikutkan hatinya, dia mahu memandu selaju yang mungkin namun dia sukar untuk berbuat begitu. Jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan awam mematikan hasratnya untuk memandu laju. Marina pasrah. Biarlah Muhd Zafril mahu mengikutnya pulang ke rumah janji lelaki jahat itu tidak mengapa-apakan dirinya.Marina cuba menenangkan diri.

Ketika masih memandu, wajah Zaim Irsyad terbayang-bayang di fikirannya. Ah, ini semua salah Muhd Zafril. Lelaki itu memang tak guna! Marina memandang sinis ke arah side mirror kanannya. Muhd Zafril memang tidak puas mengikutnya dari belakang. Kenapalah kau muncul Zafril disaat hubungan aku dan Zaim dalam keadaan tegang? Aku benci dengan apa yang kau buat ni. Aku benci! Marina mengenggam stereng keretanya dengan erat.Lirih jiwanya saat ini.

Masuk sahaja di kawasan Bukit Antarabangsa, cermin kereta ditatap sekilas. Ya Allah, dah bengkak mata aku sebab banyak menangis. Bila balik nanti tak pasal-pasal mama dan papa tanya pasal apa mata aku bengkak. Tisu di atas dashboard ditarik lalu segera dilap bekas air matanya. Apabila dia tengok matanya sudah berkeadaan seperti biasa, dia menghembuskan nafas perlahan. Timbul rasa lega kerana dia tidak perlu menunjukkan air matanya di hadapan kedua mama dan papanya.

Saat keretanya menghampiri kawasan perumahannya, dia melihat Muhd Zafril terlebih dahulu
kembali berdamping disebelah keretanya. Jantungnya mula berdengup kencang. Jika lelaki itu
sudah berada di sisinya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Balik ke rumah nanti dia terpaksa
membohongi kedua mama dan papanya yang dia bersetuju untuk bertunang dengan lelaki tak guna itu.

Kawasan perumahannya agak lengang pada waktu ini. Kebanyakan jiran-jiran yang tinggal disini pergi bekerja dan sekolah. Selepas pukul 5.30 petang sahaja kawasan ini akan kembali riuh dengan suara budak-budak dan orang dewasa.

Motor Kawasaki Muhd Zafril memecut laju meninggalkan Marina sehingga dia bertindak memberhentikkan
motornya selang tiga buah rumah kedua ibu bapa gadis itu.Terus dia mendepakan tangan, memaksa
Marina memberhentikkan keretanya disitu.

Marina apalagi, terus membrekkan keretanya sehingga dia terdorong ke depan.Marina mengucap nafas
panjang. Lelaki ini memang dah gila!Dia keluar apabila melihat tidak ada seorang pun yang lalu di kawasan itu. Dia mendekati Muhd Zafril dengan renungan tajam. Ikutkan hatinya memang dia dah langgar mamat gila ini tadi. Buat menyakitkan hati sahaja!

" Kau memang suka mampus awal kan? Huh,patut aku tolak saja 'lamaran' kau tadi. Buang masa aku aje takut dengan kau." Matanya dijengilkan.Memang dia benci betul dengan lelaki yang bernama Muhd Zafril ini.

Muhd Zafril menurunkan kedua-dua tangannya sambil tersenyum sinis memandang Marina. Gadis ini bila marah makin bertambah comel. Makin berkobar-kobar semangatnya untuk mendapatkan Marina.Segera dia mendekatkan wajahnya didepan Marina.

Marina cepat-cepat menutup mata. Ah, mamat ni nak buat apa kat aku ni? Janganlah dia nak cium aku kat tengah jalan ni sudah. Aku tak mahu! jeritnya dalam hati.

Muhd Zafril sudah mengeluarkan pistol mainannya di dalam poket seluar belakangnya. Nampaknya Marina masih mempunyai rasa takut terhadapnya. Dia cepat-cepat mengacukan pistol mainan itu ke perut Marina.

Bibir Marina bergetar. Ya Allah, kenapa lelaki ini sanggup buat aku begini? Aku benci dia. Aku benci dia! jeritnya lagi walaupun hanya dalam hati.

" Jangan kau cakap sebarangan ya, Marina sayang... kau cakap aje kata-kata yang menguriskan hati aku, aku tak teragak-agak tembak kau.Aku betul-betul ni."ugut Muhd Zafril walaupun dalam hati dia mahu tergelak melihat wajah Marina yang begitu pucat itu.

" Kau jangan sentuh dia, setan!" Dush! Satu tamparan hinggap di muka Muhd Zafril hingga lelaki itu terjelepok jatuh diatas jalan tar itu.

Marina membuka mata. Jantungnya berdegup kencang. Zaim?

" Awak!!" Tanpa sedar Marina memeluk Zaim Irsyad dengan erat.

Zaim Irsyad terkedu disitu.

****

“Tolong selamatkan Marina, Zaim. Marina takut!” Marina menangis semahu-mahunya di dada bidang Zaim Irsyad. Makin bertambah sayang dia pada lelaki ini. Kedatangan Zaim Irsyad memang tepat pada masanya.
“ Sabar sayang. Zaim ada kat sini. Jangan takut ya. Dia tak boleh buat apa-apa pada awak lepas ni. ” Zaim Irsyad menepuk perlahan belakang Marina dengan selamba. Sepanjang perhubungan mereka selama ini, tidak pernah mereka terlalu dekat seperti ini. Jantungnya berdegup kuat. Jiwanya lemah apabila berdepan dengan situasi sebegini.
Marina rasa damai di pelukan Zaim Irsyad. Bertuah siapa yang menjadi isteri kepada lelaki ini.
Muhd Zafril menyentuh seluar jeansnya yang dipenuhi dengan batu-betul kecil berwarna hitam. Sakit punggungnya apabila ditolak dengan kasar oleh lelaki yang menumbuknya tadi. Pistol mainan yang agak jauh dari tempat dia jatuh membuatkan dia penasaran. Habislah kalau mereka berdua tahu itu pistol mainan. Pasti Marina akan membatalkan pertunangan mereka yang bakal berlangsung Dia harus mendapatkan semula pistol itu.
Walaupun dia tidak berdaya berdiri seperti biasa namun dia gagahkan diri untuk mengheret tubuhnya mendekati pistol mainan itu. Biarlah mereka berdua mahu gelakan dirinya, dia tidak kisah. Janji mereka berdua tidak tahu pistol itu adalah pistol mainan!
Saat Marina leka di dalam pelukan Zaim Irsyad, lelaki itu tiba-tiba meleraikannya dan terus menghampiri Muhd Zafril yang sedang mengambil sesuatu di atas jalan tar yang penuh dengan batu-batu kecil itu. Marina tergamam. Segera dia mengesat air matanya.
“ Kau nak buat apa dengan benda ni? Nak bunuh kekasih aku ke?” Zaim Irsyad memijak pistol kecil milik Muhd Zafril tanpa perasaan bersalah. Selamba sahaja dia memijak pistol kecil itu.
Muhd Zafril langsung terkedu. Argh, mamat ni dah dapat dulu pistol mainan tu. Apa yang perlu aku buat ni? Ah! “ Bagi pistol aku balik.”
Marina menyorok di belakang badan Zaim Irsyad. Dia tidak mahu bertembung mata dengan lelaki kejam seperti Muhd Zafril.
Zaim Irsyad mencebik. Dia menundukkan badannya sedikit lalu mengambil pistol kecil berwarna hitam itu dan dibelek-belek dengan senyuman sinis.
“ Pistol mainan ni? Dah tak ada cara lain ke kau nak mempermainkan kekasih aku, hah?” kasar sungguh nada Zaim Irsyad. Muhd Zafril mengetap bibir. Akhirnya, terbongkar juga rahsia pistol itu.
Marina terkejut. Tidak sangka Muhd Zafril menipunya dengan cara ini. Mengunakan pistol mainan yang seakan-akan pistol sebenar memperdayakan dirinya agar dia terlibat dengan pertunangan yang tidak diduga itu?
Dengan sedikit keberanian, dia menampar Muhd Zafril dengan sekuat hatinya. Dia mahu lelaki itu tahu yang dia bukan gadis yang boleh diperdayakan!
“ Aku benci kau, Zafril. Aku benci kau sampai bila-bila! Jangan harap aku akan bertunang dengan kau.” tempik Marina. Laju langkahnya memasuki keretanya yang berada di tengah-tengah kawasan perumahan rumahnya sebelum dia meninggalkan Zaim Irsyad dan Muhd Zafril disitu tanpa sebarang kata.
Zaim Irsyad terpinga-pinga. Dia yang selamatkan Marina, senang-senang pula gadis itu meninggalkan dirinya? Takkan gadis itu marahkan dirinya? Kalau ya, apa yang dia telah lakukan?
“ Jangan kau muncul depan aku dan Marina lagi, faham? Kalau aku nampak muka kau lagi, aku tak teragak-agak laporkan pada polis.” Zaim Irsyad mencekak pinggang sambil jari telunjuknya menghala ke wajah Muhd Zafril yang sudah pucat lesi. “
“Kau balik sekarang. Balik!” Kali ini Zaim Irsyad pula yang menempik Muhd Zafril. Lelaki itu nampak gayanya agak takut dengan ugutannya. Selepas ini pasti lelaki ini tidak berani mahu menganggu Marina lagi.
Muhd Zafril terkial-kial bangun dari atas jalan tar itu. Dia memandang wajah lelaki yang telah menyelamatkan Marina daripada diganggu olehnya. Tak adalah hensem mana pun, tapi macam mana Marina boleh terpikat dengan lelaki ini? Dia rasa dia lagi hensem daripada lelaki ini.
“ Sempat lagi kau pandang muka aku ya? Kau ada niat jahat terhadap aku pulak ke?” Mata Zaim Irsyad terjengil.
Muhd Zafril mengeleng-gelengkan kepala. Takut penumbuk kali ketiga akan hinggap di wajahnya lagi. Segera dia berlalu dari tempat itu dengan hati yang kecewa.
Zaim Irsyad lega. Nampaknya lelaki itu mendengar katanya. Selepas ini kehidupan Marina akan kembali tenang dan dia boleh meneruskan hajatnya untuk memperisterikan Marina.
Tapi kenapa Marina tiba-tiba meninggalkannya tadi? Dia benar-benar tidak faham. Apa salahnya pada gadis itu?


Ahad, 9 Februari 2014

BAB 4 TETAP SETIA...


Bosan duduk di rumah, Zaim Irsyad melepak seketika bersama teman rapatnya, Farhan di taman permainan Kampung Malaysia Raya. Sengaja dia mengajak rakannya itu ke sini ketika kawasan ini dalam keadaan sunyi sepi. Maklumlah, waktu pagi yang segar ini, budak-budak sedang belajar di sekolah. Senanglah mereka berbual dalam keadaan tenang sahaja.
 “ Kau dah berapa bulan duduk rumah, Zaim. Tak nak cari kerja ke?” tanya Farhan selepas dia melihat skrin telefonnya. Mana tahu ada mesej yang masuk. Dia sudah memaklumkan pada pihak pengurusan di tempat kerjanya yang dia akan mengambil cuti sehari.
Zaim Irsyad bangun dan mundar-mandir didepan Farhan. “ Kau sama aje macam ayah aku. Asyik cakap bila nak kerja, bila nak kerja. Aku bosanlah dengar.”
Farhan turut sama bangun. “ Kalau aku jadi ayah kau pun, aku pun akan ungkap perkara yang sama juga. Kau tu, malas sangat. asyik duduk terperap aje kat rumah menghabiskan duit mak ayah kau.”
“ Baik aku tak payah jumpa kau kalau kau nak cakap pasal ni.” Zaim Irsyad mendengus. Kakinya sudah bersedia untuk bergerak balik ke rumah. Ingatkan dia datang sini mahu menghilangkan bosan dan bebelan ayahnya dirumah.
“ Ala mamat ni merajuk pulak dah. Okey lah, aku tak cakap pasal tu lagi. Kau nak cakap apa? Kalau kau ada masalah, aku ada untuk selesaikan masalah kau.” Kebiasaannya jika mereka berdua, pasti Zaim Irsyad mahu meluahkan masalah peribadinya.
“ Macam tulah aku nak dengar. Kau memang kawan yang baik.” Zaim Irsyad lega. Mujur Farhan memahaminya. Dia tahu dalam keadaan yang tertekan ini, dia rasa Farhan lah orang yang dirasakan sesuai untuk mendengar masalahnya. Jika dia meluahkan masalah kepada ibunya, dia pasti ibu akan berbincang dengan ayah untuk menyelesaikan masalahnya.
“ Cakaplah. Aku tak boleh lama ni. Mak ayah aku tak kasi keluar lama-lama. Nanti kena potong duit untuk sebulan. Aku dahlah tak ada duit nak pergi kerja.”
“ Kau dah kerja, Aan? Aku tak tahu pun.” Zaim Irsyad teruja. Dia kembali duduk disebelah Farhan. Baguslah Farhan sudah bekerja. Dapatlah dia meringankan beban ibu bapanya. Tapi dia? Bila nak bekerja pun dia tak pasti lagi. Sudah berapa bulan kena membebel dengan ayah dia tetap berkeras mahu duduk dirumah. Dah orang tak minat nak bekerja buat masa sekarang, mana boleh paksa-paksa!
“ Tulah, asyik terperap aje kat rumah. Nak suruh kau telefon aku pun bukan main payah. Dah besar-besar pun nak duduk bawah ketiak mak ayah kau lagi. Kerjalah beb, best! Aku baru berapa hari kerja, banyak pengalaman yang aku dapat. Kau duduk aje kat kampung ni tanpa buat apa-apa manalah ayah kau tak susah hati.” ujar Farhan panjang lebar.
Zaim Irsyad diam. Kerja memang best untuk orang yang baru pertama kali merasa pengalaman baru itu. Memang dia teringin untuk bekerja tapi entah kenapa dia susah untuk bekerja buat masa sekarang. Dia lebih suka menghabiskan masa duduk dirumah.
“ Woi, macam mana kau dengan Marina? Hubungan korang okey tak setakat ni?” Farhan menyiku lengan Zaim Irsyad. Dia menukar topik. Nampaknya lelaki itu tidak berapa gemar bercakap pasal kerja.
“ Okey? Huh, tak ada maknanya nak okey. Aku ajak kau datang sini sebab nak bagi tahu pasal minah tulah.”
“ Apasal dengan minah tu? Dia dah ada pakwe baru ke?” sakat Farhan.
Zaim Irsyad renung Farhan dengan tajam. Serius sahaja wajahnya. “ Langkah mayat aku dululah kalau dia nak ada pakwe lain. Aku sayang dia beb.” Memang diakui dia sayangkan Marina.
“ Wowo…kawan aku cemburu beb. Haa, apasal dengan minah tu? Ceritalah.” Farhan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut pasal Marina.
“ Dia proposed aku dua hari lepas. Jadi suami dia.” Perlahan sahaja nada Zaim Irsyad.
Farhan terkebil-kebil mendengarnya. Dia rasa tidak percaya pula Marina melamar Zaim Irsyad. Kagum dia dengan Marina. Sanggup menebalkan muka untuk melamar Zaim Irsyad. “ Dahsyat gila minah tu. Tabik lah aku dengan dia. Dia betul-betul sayangkan kaulah tu. Itu sebab dia melamar kau. Nak harapkan kau mula dulu, memang taklah.”
“ Kau rasa aku patut terima lamaran dia ke tak? Dah dua hari aku fkir pasal ni. Aku memang cintakan dia tapi bila fikir balik aku manalah ada kerja. Lepas kahwin, suami kena tanggung isteri. Dia anak orang kaya. Aku orang biasa aje. Mana nak cari duit tanggung diri dia.”
“ Aku rasa better kau terima aje lamaran dia.” Farhan bagi cadangan.
“ Cuba kau bagi sebab yang munasabah sikit sebab apa aku perlu terima lamaran dia.”
“ Sebab pertama, dia anak orang kaya. Kalau kau kahwin dengan dia, aku yakin dia takkan biarkan kau hidup macam ni. Dia akan bagi kau segala-galanya. Apa yang kau nak aku gerenti kau akan dapat. Sebab kedua pula, kerana kau cintakan dia. Haa, logik tak jawapan aku?” Farhan tersengih.
“ Ceh, jawapan tak menarik langsung.” Zaim Irsyad mencebik. “ Bagilah jawapan logik sikit.” Ada benarnya kata-kata Farhan itu namun jawapan itu masih lagi tidak memuaskan hatinya.
Farhan ketawa. “ Bagi aku itu jawapan yang logik. Terpulang pada kau nak cakap jawapan itu menarik atau tak. Kalau aku jadi kau, aku dah terima lamaran minah tu. Sebab apa? Sebab aku tahu dia betul-betul sayang dan cinta kat kau. Bukan senang wei perempuan proposed lelaki. Patutnya kau terharu dia buat macam tu.  Terima ajelah dia. Aku yakin dia akan bahagiakan kau.”
“ Kau dah cakap macam tu, aku terima ajelah.” kata Zaim Irsyad. Betul kata Farhan. Baik dia terima sahaja lamaran Marina. Dia yakin gadis itu akan membahagiakan dirinya selepas berkahwin nanti. Dia yakin akan itu.
***
Marina menangis sepuas hatinya setelah dia duduk di tempat tersorok Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Tidak ada sesiapa di tempat yang dia duduk ini memudahkan dirinya menangis sepuas hatinya.
            “ Zaim… Zaim, aku nak kahwin dengan kau. Terimalah aku, Zaim!” Marina menjerit sedikit sambil menekup muka.
            “ Oh, sebab Zaim lah kau tak nak terima lamaran aku ya Marina.” Marina sepantas kilat berpaling ke belakang. Zafril? Marina menelan air liur. Apa mamat ni buat kat sini? Takkan dia ikut aku dari belakang kereta kau kut. Ini tak boleh jadi ni.
            “ Apa kau buat kat sini hah setan? Dah tahu aku benci kau, kenapa kau masih menganggu hidup aku?” jerkah Marina. Sejak dari sekolah menengah lagi dia memang tak sukakan Muhd Zafril. Lelaki itu kerap kali membulinya di sekolah sewaktu rehat. Bila dia makan bersama teman-temannya di kantin sekolah, lelaki itu dengan selamba sahaja mengambil makanan yang dibeli itu.
            “ Aku nak kau setuju jadi isteri aku. Aku dah lama minat kat kau, Marina.” Muhd Zafril tersengih-sengih. Macam orang gila lagaknya.
            “ Kau ingat aku nak setuju? Jangan harap, setan!” Marina pantas mengangkat kaki dan mahu pergi dari situ. Ingatkan bila ke sini Taman Tasik Permaisuri ini dia akan mendapat sedikit ketenangan, rupanya tidak. Makin tertekan adalah!
            “ Jangan membantah cakap aku, Marina sayang…” Muhd Zafril menarik kasar lengan Marina sehingga rapat ke tubuhnya. Pistol yang berada ditangannya diacukan ke perut kempis Marina. Sudah sampai masanya dia mengugut Marina.
            Marina terkedu. Matanya terbeliak besar. Pistol? Ya Allah, apa yang Zafril cuba buat pada aku ni? Aku tak mahu mati sekarang. Aku nak kahwin dengan Zaim! Jerit Marina.
            “ Kenapa pistol ada kat tangan kau ni? Mana kau dapat benda ni?!” Marina menjerit.
            “ Suka hati akulah pistol ni aku dapat kat mana. Aku tak nak buang masa lagi. Kau tak setuju dengan lamaran aku, aku akan bunuh kau.” ugut Muhd Zafril. Sengaja dia membawa pistol mainan yang seakan-akan pistol sebenar semata-mata mahu mengugut Marina setuju kahwin dengannya.
            “ Aku setuju! Err… Tolong jangan bunuh aku. Aku tak nak mati sekarang.” Terketar-ketar suara Marina. Dia begitu takut dengan keadaan sekarang. Muhd Zafril memang sudah gila!
Muhd Zafril puas. Akhirnya, Marina setuju juga berkahwin dengannya. Pandai betul minah ni kena tipu dengan aku! Dari dulu lagi dia memang sukakan gadis bertudung ini. Itulah sebab masa di sekolah menengah dulu, dia kerap kali menyakat Marina.
Pistol mainan itu disimpan semula ke poket seluar jeansnya. “ Aku nak kau telefon pakwe kau tu dan cakap kau nak putus. Kau tak cakap, aku betul-betul bunuh kau. Aku tak main-main dalam hal ni.” ugut Muhd Zafril lagi.
Serta-merta air mata Marina jatuh. Muhd Zafril terkedu didepan gadis itu. Tak sangka gadis itu akan menangis. Timbul simpati dalam dirinya namun tidak diluahkan. Dia takut Marina akan menarik balik keputusannya untuk tidak mengahwini dirinya.
“ Cakaplah cepat. Tak payah nak buat drama sedih kat sini.” Muhd Zafril buat suara seperti gangster. Marina bertambah takut.
Beg tangan yang disandang dibuka zipnya. Telefon bimbit kesayangannya diambil dengan teragak-agak. Nombor telefon Zaim Irsyad dicari. Apabila nombor kekasihnya dijumpa, cepat-cepat dia melekapkan telefon bimbitnya ke telinga.
Muhd Zafril tersenyum lebar. Nampaknya Marina tidak membantah kata-katanya. Dia berpeluk tubuh sambil merenung tajam wajah Marina yang sudah kecut itu.
Marina mengetap bibir. Air matanya ditepis cepat-cepat. Dia tidak mahu Zaim Irsyad perasan yang dia sedang bersedih. Air mata ditahan semahu-mahunya.
***
Zaim Irsyad yang baru sahaja menjejakkan kaki ke perkarangan rumahnya setelah berjumpa Farhan sebentar tadi terkejut apabila Marina menelefonnya. Dia mengerutkan dahi sebelum dia menjawab panggilan kekasihnya itu.
Apa kata aku kenakan Marina? Aku nak tengok apa reaksi dia bila aku marahkan dia pasal lamaran hari tu. Zaim Irsyad sengih. “ Assalamualaikum, Marina… Apa yang awak nak lagi? Saya kan dah cakap saya tak nak kahwin dengan awak buat masa ni. Awak memang suka kan naikkan kemarahan saya.” Zaim Irsyad buat suara marah.
Marina mengelengkan kepalanya.“ Bukan. Bukan itu yang saya mahu katakan.” Dada Marina dihimpit rasa sebak. Marina bingkas berdiri dan berpeluk tubuh tanpa memandang wajah kekasihnya. “ Saya dah buat keputusan untuk berpisah dengan awak. Saya tak nak teruskan perhubungan ni lagi. Dulu, awak tempat untuk saya mengungkapkan kata cinta dan menitipkan rasa rindu setiap hari tetapi sayang… rasa rindu dan cinta itu hanya saya saja yang luahkan pada awak.”
Mulut Zaim Irsyad terlopong mendengarnya. Berpisah?
Muhd Zafril yang berdiri didepan Marina sudah tersenyum puas. Dia menunjukkan tanda bagus pada gadis itu kerana telah mengikut arahannya. Makin bertambah sedih Marina disitu.
“ Saya dah fikir perkara ni masak-masak dan saya rasa tak guna nak tunggu awak lagi kalau awak tak sudi nak terima lamaran saya.” Perlahan sahaja nada suara Marina ketika di ayat akhirnya. Dia tidak mahu Muhd Zafril tahu yang dia yang memulakan dulu melamar Zaim Irsyad untuk dijadikan suami.
Zaim Irsyad dihujung talian sudah mendengus. “ Apa yang awak cakap ni? Selama kita bercinta ni awak tak pernah mengalah untuk terus sayangkan saya tapi kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni? Saya baru bercadang nak terima lamaran awak tu. Awak tak boleh buat saya macam ni Marina. Awak tak sayang saya lagi ke?”
Marina memejam mata sambil mengetap bibir. Ya Allah, ini memang dugaan terbesar buatku. Walaupun dalam hati dia memang gembira sekali apabila Zaim Irsyad bersetuju untuk menerimanya sebagai isteri namun sekarang ini tidak mampu berbuat apa-apa. Muhd Zafril ada didepan matanya. “ Sudahlah awak. Tak payah sayangkan saya lagi. Selamat tinggal Zaim.”
“ Marina!” Zaim Irsyad mengamuk. Baru hendak menjernihkan suasana, Marina kembali mengeruhkan keadaan.
Enough, Marina!” Muhd Zafril menarik telefon bimbit Marina lalu dimatikan talian sebelum dia menutup telefon gadis itu dengan selamba. Marina terkejut. Dia kembali menitiskan air mata dengan menunduk ke bawah.
Zaim Irsyad tergamam dihujung talian. Siapa lelaki yang menyebut nama Marina tadi? Yang peliknya, suara lelaki itu kedengaran amat tegas dan lantang. Setahu dia, Marina tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki selain dirinya.
“ Takkan Marina curang dengan aku kut? Tak mungkin!” Zaim Irsyad menjerit tidak puas hati.