Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 2





Bibirnya menguntum senyuman ketika melihat banner yang berada dipintu pagar masuk syarikat yang berwarna kuning itu.Dipandang banner itu lalu diamati perkataan yang ditulis disitu.

Peluang Pekerjaan sebagai Admin Asisstant di syarikat percetakan!

Berminat? Sila hubungi Pn.Faridah (Admin) di talian : 016-3372691

“Wah!Ini peluang baik.”detik hati kecilnya. Segera nombor telefon perempuan itu di ingatinya.Lagi cepat lagi bagus dia bekerja dan lagi cepat dia memperolehi wang untuk membiayai keperluan hidupnya setelah dia keluar dari penjara.

Beg galasnya dilepaskan dari genggaman. Segera dikeluarkan dompetnya di dalam beg tangan berwarna kelabu  yang berada di pergelangan tangannya. Diperhatikan lama wang yang berada di dalam dompetnya.Bibirnya diketap kuat.“Hanya tinggal seratus!Macamana nak teruskan hidup kalau duit tinggal ni aje?”keluhnya sendirian.Kad kredit pun awal-awal lagi dah kena tarik dengan polis.Disebabkan kegiatannya mencuri duit syarikat, semua kad kreditnya dirampas oleh pihak polis. Tidak lain tidak bukan, si bos pendendam tulah yang arahkan pihak polis agar semua kad kreditnya dirampas. Memang dasar pendendam tahap kritikal!

Nasib baik telefon bimbitnya tidak dirampas.Kalau tidak, terpaksalah kena beli baru.

Biasanya jika duitnya kurang dari RM1000, dia akan bergegas ke bank yang berhampiran dengan office dan mengeluarkannya tanpa berfikir panjang. Mana cukup kalau orang bekerjaya seperti dia mempunyai duit bawah RM100?Paling tidak pun, RM1000 dalam genggaman.

Pandangannya mendongak ke langit.Cuaca sudah berubah menjadi mendung. Kemungkinan besar sebentar lagi akan hujan. Habislah aku!Baru nak call Mana aku nak berteduh ni?

Mukanya memandang ke kiri dan ke kanan.Mencari tempat yang sesuai untuk melindungi diri.

Hujan renyai tiba-tiba.Adriana terkejut.Lantas kot hitam yang dipakai dibuka.Ditutup kawasan mukanya.Menjadi pelindung kepada dirinya agar tidak dibasahi dengan air hujan.Tak pasal-pasal hujan turun waktu pagi.Teringat pula yang dia memakai kasut tumit tinggi yang agak runcing.Kalau lari laju-laju, memang tersadunglah jawabnya.

Nur Adriana terlihat ada satu lorong sunyi yang tiada penghuni.Terus dia ke berlari ke situ.Hujan makin turun dengan lebat.Dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya, membuatkan kakinya sedikit sakit ketika berlari.
Dengan tidak semena-mena, dia jatuh tertiarap dia di atas jalan tar yang mempunyai banyak batu-batu kecil.Terlepas beg galas dan kotnya. Air hujan membasahi tubuhnya.

Nur Adriana mengerang kesakitan.Dia cuba untuk bangun. Tapi dia tidak cukup kuat untuk berdiri. Sakitnya, hanya Allah yang tahu!

Namun, dia tidak patah semangat.Perlahan-lahan diacuba untuk bangkit. Apabila dia hendak bangun, baru dia perasan yang lututnya berdarah! Ya Allah, pedihnya!Terduduk dia disitu, menahan kesakitan.

Airmatanya menitik buat kesekian kalinya.Sakitnya hanya tuhan yang tahu.Tidak pernah dia terjatuh sebegini rupa. Kalau diketahui ibu tirinya, Puan Farzana, pasti dia akan bersorak kegembiraan bersama adik-adik tirinya yang lain. Tak pun bertepuk tangan.

Puan Farzana, dari dulu lagi dia tidak suka dengan sikap mengada-gada yang ditonjolkan ibu tiriya. Didepan ayah, bolehlah dia berlakon sebagai perempuan yang mengada-gada tapi tidak bagi dia. Kalau ayah tiada dirumah, mulalah ibu tirinya menunjukkan perangai yang sebenarnya.Ada satu hari, dia ditampar sehingga berdarah di mulutnya akibat tidak mendengar kata.  Sesungguhnya perempuan itu boleh diklasifikasikan sebagai perempuan yang mempunyai wajah talam dua muka! Depan baik, belakang..Masyallah!

Nur Adriana mengeluarkan kedua-dua kasut tumit tingginyalalu dicampak ke tepi. Tidak guna lagi dia pakai kasut bertumit tinggi . Lagi bertambah sakit adalah!Terpaksalah dia berkaki ayam.Matanya melihat ke kiri dan kanan.Nasib baik tiada orang yang melihatnya jatuh disitu. Jika tidak, mana dia nak letak muka ni?

Dia bangun perlahan-lahan.Sedaya mungkin dia sabarkan diri supaya kuat melawan kesakitan yang baru dialaminya.Nak tak nak, terpaksalah dia berjalan dalam keadaan berjingkit.Biarlah badannya dibasahi hujan.Dia tidak kisah.Janji dia dapat duduk disatu tempat yang membolehkan dirinya merehatkan diri buat sementara hujan masih lagi tidak berhenti.

Dengan izin Allah, dia ternampak kerusi bangku yang masih elok di sebalik laluan kecil yang pada pengamatannya adalah jalan short-cut, dimana orang yang ingin cepat ke sesuatu tempat yang ingin dituju, itulah jalan yang paling sesuai sekali untuk dilaluinya . Terus dia masuk ke laluan kecil itu dalam keadaan basah.

Perlahan-lahan Nur Adriana duduk disitu. Kotdan beg galasnya yang sudah basah ditimpa hujan diletakkan ke tepi kerusi.Disertai dengan beg galas yang dibimbit tadi. Alhamdulillah, dapat juga tempat untuk dia berteduh.

Matanya dipejam seketika bagi mendapat sedikit ketenangan.Namun, ketenangan itu hanyalah sementara.Jeritan dari arah kanan tempat dimana dia duduk menyedarkannya dari terus dibuai mimpi indah.
Mata Nur Adriana terbuka luas.Jantungnya mula berdengup kencang.‘Suara siapa pulak tu?’

“Jangan!”Tiba-tiba ada satu jeritan menganggu ketenangannya.

“Siapa tu?”dia mula rasa takut. Takkanlah waktu pagi hantu dah muncul?Jangan-jangan perogol bersiri tak?
Nur Adriana resah.Sudahlah kakinya sakit.Mahu lari sekarang, tidak mampu rasanya.

“Siapa tu?”ulangnya lagi. Rasa takutnya makin memuncak.Tangannya terasa kebas semacam.Dia betul-betul ingin tahu siapakah yang menjerit itu.

Dia menarik nafas.Kekuatannya semakin menipis. Senjata yang dia ada sekarang hanyalah beg tangannya. Kalau ada yang ingin merosakkan dirinya, cepat-cepat dia membaling beg galasnya ke muka penjahat itu.

“Pergi!Jangan ganggu aku!”Akhirnya suara yang dicari-cari kedengaran juga.Suara itu dapat didengarinya di bawah tangga putih yang mempunyai ruang kosong.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, dibawa beg galas dan kotnya tadi ke bawah tangga itu.

Terkejut Nur Adriana tatkala melihat seorang pemuda yang sedang bersandar didinding sambil memejamkan mata.Pakaian yang dipakai pemuda itu menarik perhatiannya.Selalunya, pakaian pengunjung lorong gelap dan kecil agak lusuh dan tidak mementingkan penampilan.Lain pulak pada pemuda dihadapannya. 

Pakaiannya up-to-date!

Tumpuannya beralih pula ke tin-tin minuman yang berselerakan di situ. Arak! Ya Allah, mamat ni minum arak. Bukan satu tin, hampir 10 tin! Astagfirullahalazim.Sempat juga dia mengira berapa tin arak yang diminum pemuda itu.Patutlah pemuda itu bersandar didinding. Mabuk rupanya!

Ditepi tempat pemuda itu bersandar pula, Nur Adriana melihat terdapat satu paket yang mengandungi pil yang berwarna-warni.Dia berasa pelik. Sakit ke mamat ni sampai makan pil banyak sangat. Nampak macam sihat walafiat aje. Tapi tak tahulah pulak dalam diam mamat ni mengalami kesakitan yang agak teruk.

Pemuda itu masih memejamkan mata.Takkan dia tak sedar ada orang didepannya?

Nur Adriana perlahan-lahan mengambil paket yang mengandungi pil itu tanpa menganggu pemuda yang masih terpejam itu.

Tergamam dia melihat nama yang tertera di paket itu. Pil ekstasi? Astagfirullahazim…

Mengucap panjang Nur Adriana tatkala melihat nama pil di atas paket itu. ‘Mamat ni gila ke apa sampai makan pil macam ni. Harap aje hensem. Tapi perangai macam orang kafir! Senang-senang je makan pil ni tanpa fikirkan pasal halal dan haram. Memang bodoh betul mamat ni.’kutuknya dalam diam.

Dikeluarkan pil ekstasi didalam paket itu. Masyallah! Hampir separuh daripada pil ekstasi ni dia makan? Gila ke apa?Mamat ni tak tahu ke banyak kesan yang akan muncul kalau makan banyak-banyak pil ni.

Semasa di penjara, salah seorang pegawai penjara telah menunjukkan jenis-jenis pil yang membahayakan kesihatan.Dari situ, dia sedar bahawa ada pil yang baik dan ada pil yang memudaratkan sehingga membawa kematian.

‘Mungkin pemuda ni tak dapat informasi lagi kot tentang pil ekstasi, so dia main ngap aje tanpa rasa bersalah.’fikirnya.

Dia perlu mengenal pasti apa yang membuatkan pemuda ini menjadi sebegini rupa. Tidak terurus dan bermaya.Adakah masalah keluarga?Atau teman wanita mungkin?

Harap-harap tiadalah jeritan yang akan kedengaran selepas ini. Dengan tangan yang terketar-ketar, Nur Adriana menyentuh lengan pemuda yang masih lagi dalam keadaan mamai.

“Encik, encik okay ke?”soalnya dengan lembut. Kepalanya ditundukkan sikit.

Zeril Iskandar yang dari tadi memejamkan mata dengan serta-merta matanya terbuka luas.Bulat matanya tatkala melihat seorang perempuan dihadapannya. ‘Perempuan mana pulak ni? Aku baru je nak release tension, ada pulak yang mengacau!’katanya sendirian. 

Dia masih lagi dalam keadaan mamai.Setelah makan pil dan minum arak dalam kuantiti yang agak banyak, dia terus tidak sedarkan diri.

“Jangan pedulikan aku.Pergi!”jerit Zeril Iskandar sepuas-puasnya.

Tersentak Nur Adriana disitu.Tangannya ditarik kembali dari memegang lengan pemuda itu.‘Aduh!Dia menjerit balik. Geram betul la dia dengan pemuda tak kenang budi ni. Orang nak tolong dia, dia tak nak.’

“Tapi encik, keadaan encik dah teruk ni.”Nur Adriana risau jika ada sesuatu yang berlaku pada pemuda itu.Pemuda ini perlu segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan.

“Aku kata pergi!Pergilah!Tak faham bahasa ke perempuan!”tersentak Nur Adriana dibuatnya. Zeril Iskandar masih lagi menjerit.Sakit telinga dia mendengarnya.Dia mula menjauhkan diri.

“Err..faham,faham.” Kakinya mengundur ke belakang.Dia harus keluar dari situ. Nanti pemuda itu akan menjerit-jerit lagi ke arahnya. Orang nak tolong pun susah!

Terjongket-jongket dia berjalan keluar dari situ sambil menjinjit beg galas dan kotnya. Mungkin dia perlu mencari tempat yang lagi sesuai untuk berteduh. ‘Hmm..mandi hujanlah aku macam ni. Baru nak rehat, dah kena halau.’keluhnya.

Terus dia berlalu keluar dari situ dengan kaki berjingkit.

******
Hujan sudah tidak terlalu lebat.Dia berteduh di bawah bumbung gerai makan yang kelihatan ramai orang yang sedang menjamu selera. Nampaknya sudah tengah hari! Perutnya disentuh.Lapar pula rasanya.Nasib baik dia berteduh di bawah gerai makan.Boleh dia makan sekali disitu.

Duit RM50 diambil di dompetnya.Tak kisahlah duit makin sikit.Janji perut dapat diisi.Baru boleh meneruskan perjalanan dengan tenang.

Nur Adriana beratur panjang menunggu giliran untuk mengambil pinggan kosong.Setelah pinggan kosong itu berada ditangannya, segera dia menyeduk nasi di dalam tray yang disediakan.Maklumlah, gerai ini mengamalkan self-service kepada pelanggannya. Ambil apa yang dikehendaki dan bayar di depan kaunter. Kebanyakkan kedai memang mengamalkan perkhidmatan sebegini.

“Wah, banyaknya lauk!”katanya sendirian. Dia jadi teruja.Setelah sekian lama tidak dijamu dengan makanan sebegini, dia rasa rindu. Masa dipenjara dulu, hanya makan apa yang disediakan pihak penjara saja. Bila lama-lama makan benda yang sama, mulut pun rasanya tidak terdaya nak menelannya.

Banyak juga lauk yang diambilnya.Termasuk masak lemak ikan masin yang menjadi kegemarannya sewaktu ibunya masih hidup.’ Aduh! waktu macam ni pulak nak fikir pasal ibu. Jangan layan jiwang sekarang Nur Adriana! Baik makan sekarang, jiwang kemudian.

Selesai membayar dikaunter, dia mencari tempat kosong untuk diduduk.Tak sangka ada juga tempat kosong di hadapan televisyen.Ingatkan dah full tadi.Baik dia duduk disitu sebelum ada yang mencelah masuk.
Dia duduk di hadapan televisyen yang tergantung di dinding itu. Alamak! Lupa pulak nak order air!Dia menepuk dahinya perlahan. Sia-sia saja dia bayar di kaunter tadi tanpa memesan air. Baru sahaja dia hendak bangun, tiba-tiba suara pembaca berita itu membuatkan dia terduduk semula.

“ Jika anda bertembung dengan pemuda ini, sila hubungi Datin Zafiah ditalian 013-1243567.

Habuan akan diberikan sekiranya anda berjumpa dengan pemuda ini.”

Gambar yang ditunjukkan dikaca televisyen itu membuatkan dia tergamam.‘Takkanlah dia kot?Biar betul?’


BERSAMBUNG.... ;D

1 ulasan:

Unknown berkata...

hehe dh tentu Zeril iskandar...so ank mk datin rupa2 nyer.... makn best plak.....