Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 4





Nur Adriana berdiri tegak dihadapan telefon awam yang bewarna biru itu.Matanya mengerling ke kiri dan kanan.Agak ramai juga orang yang berada dikawasan perhentian bas ini.Maklumlah, hari sudah lewat petang.Kebanyakannya pekerja yang baru balik dari tempat kerja.Sama seperti dia dulu. Tepat pukul 5.30 petang sahaja, dia pasti akan terpacak di perhentian bas.

Sebelum petang melabuhkan tirai, Nur Adriana sudah membuat keputusan. Dan keputusannya  adalah muktamad!Dia perlu menelefon Datin Zafiah seberapa segera.Biar pemuda tak sedar diri itu tahu jalan pulang ke rumah.  Dah besar pun masih menyusahkan ibu bapa!

Beg dompetnya dikeluarkan dari beg galas yang setia di bahu kirinya. Gangang telefon dicapai.Sekali lagi dia mengerling ke kiri dan kanan. Takut apa yang diperkatakan pada Datin Zafiah nanti akan diketahui  umum. Melepasah dia nanti untuk mendapatkan habuan tersebut.


Dilekapkan gangang itu dengan rapat sehingga mengena pipinya. Dia mahu bercakap secara perlahan-lahan agar orang lain tidak mendengarnya.




Sambil memegang gangang, dia membuka dompet dan mengambil duit syiling yang ada.Duit syiling itu dimasukkan ke dalam lubang yang telah disediakan.Setelah Berjaya memasukkan duit syiling itu, ditekan pula nombor Datin Zafiah yang masih diingatinya.Syukurlah, kerana Allah masih memberikan kekuatan pada dirinya untruk mengingati sesuatu walaupun dengan pantas.

Tut..tut…

Nur Adriana menanti dengan penuh sabar. Jika sudah berbunyi tut..tut, maknanya panggilan dari sana sememangnya akan terjawab juga nanti.Dia berharap Datin Zafiah seorang yang cool dan selamba sahaja.Tidak terlalu formal dalam percakapannya. Waktu dia bekerja dulu pun, seringkali dia berjumpa dengan client yang bersatatus VIP terutamanya Datin-datin yang ingin menempah banner atau buntings untuk majlis yang seangkatan dengannya.

Ada juga Datin yang berlagak bagus sehinggakan ada yang tidak mahu bercakap dengannya langsung. Diserahkan pula kepada pengawal peribadi.Hina sangatkah dirinya sampai perlu menyerahkan segala percakapan itu kepada pengawal peribadi?

******
Terdetik dihati Datin Zafiah untuk menenangkan dirinya dengan membaca Al-quran dibilik bacaan.Selain memohon kepada Allah s.w.t didalam solat agar diberikan petunjuk supaya anaknya kembali ke sisinya, dia tidak lupa untuk mengalunkan sendiri ayat-ayat al quran supaya ketenangan dapat diperolehi ketika membacanya.

Tidak membenarkan sesiapapun menganggunya di bilik bacaan kecuali pengawal peribadinya, Muhd Hazdrul.Dia takut ada panggilan yang tidak terduga pada waktu-waktu begini.Manalah tahu, dengan kuasa Allah, anaknya sudah dijumpai.

Datin Zafiah memberi telefon bimbitnya kepada Hazdrul.Dia tidak mahu diganggu dengan panggilan telefon sekarang ini.Apa yang penting, dia perlu membaca ayat-ayat suci al-quran untuk memenangkan dirinya.
Pengawal peribadinya sudah memaklumkan bahawa pengumuman berkaitan kehilangan anaknya akan diumumkan sekali lagi pada pukul 8 malam di tv10 dan tidak lupa juga pencarian penjaga khas untuk anaknya, Zeril Iskandar. Dia tahu tentang itu dan dia takkan terlepas peluang untuk melihatnya.

Tiada seorang pun yang masih menelefonnya lagi untuk menyampaikan berita yang anaknya telah dijumpai. Dia akan tetap tunggu dan sabar menantinya. Mungkin hari ini ???

“Hadzrul, saya nak baca Al-quran dulu.Awak tunggu diluar. Ada orang call, just inform me.”ujar Datin Zafiah lembut.

“Baik, Datin. Saya keluar dulu.”Muhd Hazrul keluar dan menutup pintu.Datin Zafiah mengangguk.
Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, dia membuka al-quran perlahan-lahan.Alunan ayat-ayat suci Al-quran bergema jua memenuhi bilik bacaan itu.

Hadzrul membetulkan kot hitam panjang yang dipakainya.Nampak agak berserabut.Sebagai seorang pegawal peribadi khas kepada Datin Zafiah, Tidak kira dimana sahaja dia harus berpenampilan kemas.
Diseluk poket kot kanannya.Diambil handphonemilikDatin Zafiah, diubah menjadi silent agar tidak menganggu Datin Zafiah yang sedang khusyuk mengalunkan ayat suci al-quran.Diletakkan telefon itu diatas meja bulat disebelahnya.

Sudah empat tahun dia bekerja sebagai pengawal peribadi kepada Datin Zafiah.Alhamdulilah.Dia rasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Datin Zafiah.Orangnya baik dan sentiasa mengambil berat.Tidak pernah pun dia memarahi atau menengking pekerjanya.Lain pula dengan Zeril Iskandar, anak lelaki tunggal Datin Zafiah.Sikapnya memang sukar dijangka.

Beberapa minit kemudian, telefon diatas meja itu bergetar.Hadzrul yang masih setia berdiri tegak di sebelah pintu bilik terkejut.Diambil semula telefon itu dan dia melihat dicermin telefon itu bermula dengan nombor 03.
 03? 

Telefon bimbit itu dilekapkan ke pipinya.Lantas, suaranya kedengaran.Menyentakkan Nur Adriana yang agak lama menanti jawapan dari Datin Zafiah.

“Hello, Hadzrul Affendi bercakap. Siapa ditalian?”soalnya dengan hormat.

“Err..Assalamualaikum.Saya Nur Adriana.” jawabnya lembut.‘Siapa pulak Hadzrul Affendi ni?Pengawal peribadi ke?’katanya dalam hati.

“Waalaikumsalam.Cik ni siapa?”soalnya lagi.Hatinya entah kenapa berdebar bila mendengar suara perempuan itu.Lain macam pulak rasanya.Suara perempuan ini mengingatkannya pada bekas teman wanitanya dahulu. Tapi mungkin orang lain kot. 

“Dan awak pulak siapa?”soalannya berbalas soalan.

“Saya Hadzrul Affendi, pengawal peribadi Datin Zafiah. Ada apa yang boleh saya bantu cik Nur Adriana?ucapnya penuh hormat dan tertib.

‘Hadzrul Affendi? Nama lelaki ini seakan-akan sama dengan bekas teman lelakinya dulu. Takkanlah orang 
 yang sama kot?’

“ Ohh, pengawal peribadi Datin rupanya. Tadi saya tengok di tv10, ada pengumuman mengenai kehilangan seorang pemuda. Itu sebab saya call nombor ni.”

“Pasal pengumuman itu, memang Datin Zafiah yang arahkan tv10 supaya menyiarkan pengumuman itu.Baru hari pertama kami membuat pengumuman sebegitu.Kenapa ya, cik?”soal Hadzrul.
Aduh! Hormat betulcara percakapan dia. Segan pulak aku bila bercakap dengan mamat ini.”Maaf, Encik Hadzrul. Saya tak banyak syiling nak bercakap panjang lebar dengan encik.So, boleh saya bercakap dengan Datin Zafiah?”

Hadzrul tersenyum.Jujur betul perempuan ini bila bercakap.

“Baiklah..Saya panggil Datin sekarang.Tapi, tunggu sekejap.Datin kini berada didalam bilik bacaan. Boleh awak call dalam masa 5 minit lagi?”

Sure. Saya tunggu.Tapi cepat sikit ya.Saya ada banyak benda nak buat lagi lepas ini.”kata Nur Adriana tanpa rasa bersalah.

Tanpa mengucapkan salam, Nur Adriana pantas menutup telefon. Baki duit syiling didalam telefon awam itu dikeluarkan.

Dia hanya tunggu sahaja disitu.Hari sudah semakin gelap.

****
Pintu bilik bilik bacaan itu diketuk secara perlahan-lahan. Takut akan menganggu bacaan bosnya pula. Dalam diam dia gembira Nampaknya idea Datin Zafiah berhasil juga. Tidak sangka baru sahaja berapa jam disiarkan pengumuman itu, sudah ada yang menelefon. 

Datin Zafiah yang masih lagi mengalunkan ayat suci al-quran itu tersentak dengan ketukan diluar.Hadrul ke?

“Masuk!”arah Datin Zafiah dari dalam.

 Hadzrul masuk sambil tangannya mengenggam telefon bimbit bosnya.

  “Ada apa Hadzrul?”soal Datin Zafiah sambil memandang muka pengawal peribadinya.

“Maafkan saya kerana menganggu, Datin.Baru sahaja sebentar tadi ada seorang perempuan call.Dia mahu bercakap dengan Datin.”Hadzrul berterus-terang.

“Siapa?”Datin Zafiah pelik.

“Namanya Nur Adriana. Katanya, dia tahu dimana Zeril Iskandar berada.”

Datin Zafiah menutup al-quran dengan cermat.Pantas dia bangun dari tempat yang didudukinya dan menuju kearah pengawal peribadinya.Gembira dengan berita yang baru diterimanya. Syukur alhamdulilah..

“Beri telefon saya.Saya mahu bercakap dengan dia.”Datin Zafiah menghulurkan tangan.Menyuruh Hadzrul meletakkan telefon bimbitnya di tangannya. Namun, Hadzrul 

“Maaf, Datin. Saya akan bagi Datin setelah dia call semula. Katanya, dia akan call dalam berapa minit lagi.”

“Kenapa pulak? Awak tak minta nombor telefon dia ke supaya senang saya call balik.”

“Maaf  sekali lagi, Datin.Perempuan ini hanya menggunakan nombor telefon awam sahaja.”

Datin mengeluh hampa. Harap perempuan itu akan menghubunginya semula.

Tiba-tiba, bunyi telefon kedengaran.Datin Zafiah tersentak. “Bagi saya telefon tu. Awak keluar dulu.Nanti saya panggil awak.”Hadzrul menganggukkan kepalanya.Faham yang bosnya memerlukan privacy, dia keluar dengan segera.

Datin Zafiah memerhatikan nombor yang tertera dicermin telefon bimbitnya. 03?Dia pasti Nur Adriana yang menelefon.Kata Hadzrul, perempuan ini hanya menggunakan telefon awam sahaja. Tanpa menunggu lagi, segera dia menekan butang panggilan masuk.

“Assalamualaikum..Nur Adriana.”Ucap Datin Zafiah dengan lembut.


“Waalaikumsalam, Datin. Maaf menganggu. Saya dapat nombor Datin ni dalam tv10 tadi. ”



“Jadi, memang benarlah apa yang dikatakan Hadzrul pada saya tadi?”

“Pasal apa, Datin? Pengawal peribadi itu cakap apa?” tanya Nur Adriana. Dia sudah blurr sekejap. Manalah dia tahu apa yang encik Hadzrul Affendi katakana pada Datin Zafiah.

“Hmm..pasal anak saya, Zeril Iskandar. Awak ada jumpa dia kan? Betul ke?”

 Oh! Tak sangka nama mamat ego tu Zeril Iskandar. Nama sedap tapi perangai hampeh! Dalam diam Dhia memuji mamat ego itu, pada masa yang sama sempat mengkritik.

  “Benar, Datin.”kata Nur Adriana dengan tergagap-gagap. Aduh! Tak pasal-pasal ayat kena formal.Enam bulan dipenjara, tidak pernah sekalipun dia bercakap formal begini.Ada pun, dengan pegawai penjara ataupun warden. Yang lain, semuanya ayat-ayat selamba aje.

“Are you alright, dear?”

“Err..saya okay. Saya memang jumpa Zeril tu. Dia ada berhampiran dengan saya.”

“Awak berada dimana sekarang?Sekejap lagi, saya akan arahkan pekerja saya pergi mengambil Zeril.”

“Eh, tak mengapalah Datin.Saya akan suruh dia balik sendiri.”Sebenarnya, dia tidak mahu Datin Zafiah tahu yang Zeril Iskandar telah melakukan sesuatu diluar jangkaan sebagai orang islam dan dia tidak mahu membuat Datin Zafiah menangis melihat keadaan anaknya yang tidak tentu arah itu. Dia faham perasaan seorang ibu yang akan menangis jika anaknya tidak seperti dahulu lagi.

“Zeril ada berdekatan dengan awak ke?”

“Benar, Datin. Dekat sangat-sangat.Datin jangan risau. Zeril Iskandar akan pulang semula ke rumah dengan selamat. Datin tak perlu hantar pekerja Datin untuk mengambil Zeril.Saya akan uruskannya.”janji Nur Adriana kepada Datin Zafiah.

Datin Zafiah berasa lega.Bagus juga perempuan ini.Ada bakat jadi penjaga khas secara tidak rasmi.Penjaga khas?

Rasanya, sudah sampai masanya Zeril diberikan penjaga khas yang baru dan dia dapat rasakan yang perempuan ini sesuai untuk menjadi penjaga khas anaknya.

“Boleh berikan saya nombor telefon awak? Nanti boleh saya call awak kembali.Sebenarnya ada hal yang saya nak katakan pada awak.Berkenaan Zeril Iskandar.Tapi sebelum itu.”pantas ayat itu memotong percakapan Datin Zafiah.

“Maaf ya, Datin.Saya memang tidak pernah menggunakan telefon bimbit semenjak kebelakangan ini.Tidak perlulah saya beritahu kenapa.Asalkan nombor telefon Datin saya sudah tahu, itu sudah cukup.Lagipun masa telefon hampir tamat.Duit syiling saya memang tidak mencukupi untuk membuat panggilan selanjutnya.Saya minta diri dulu, Datin. Esok, saya akan maklumkan pada Datin tentang Zeril Iskandar ya. 

Assalamualaikum…”ujar Nur Adriana.

Tanpa sempat Datin Zafiah berkata apa-apa, talian sudah mati.Seketika, Datin Zafiah mengeluh.Baru nak berbual lebih lanjut, telefon sudah dimatikan.Sepatutnya, Nur Adriana memberikannya nombor telefon.Senang dia telefon semula.

Nur Adriana berasa lega.Nasib baik masa berbual telah tamat tempoh. Jika tidak, memang habislah duit syiling aku ni. Tak pasal-pasal kena korbankan duit.Gagang berwarna merah itu diletakkan semula ke tempat asal.Tadi, dia sudah berjanji pada Datin Zafiah agar Zeril Iskandar dapat pulang dengan selamat.Harap-harap mamat ego itu masih lagi berada di lorong sunyi.Dia dapat rasakan mamat ego itu pasti berada didalam kereta lagi.Masa mamai mana boleh bawa kereta.Tak pasal-pasal kena accident. Siapa yang susah? Aku juga.Eh? Kenapa pula aku yang susah? 

Entah kenapa hatinya tidak tenang selagi mamat ego itu tidak pulang ke rumah.Adakah dia risau? Bila difikir semula, apa kena mengena aku dengan dia sampai buat hati ini tidak tenang? Bukannya aku ada tali persaudaraan dengan mamat ego itu. Setakat saudara sesama islam, adalah.

Ataupun , disebabkan habuan dari Datin Zafiah yang menjadikan dirinya tidak tenang? Ada benarnya juga. Takut orang lain yang akan mendapat habuan tersebut. 

Esok masih ada. Dan peluang itu akan digunakan sebaiknya. Tunggu ajelah Zeril Iskandar. Kita bakal bertemu kembali!

*****
Zeril Iskandar merasakan dia tidak terdaya mahu meneruskan perjalanan ke tempat lain. Kepalanya terasa pening dan tidak terdaya untuk bangun semula.Nasib baik dia sudah masuk ke dalam kereta.Enjin keretanya hanya dipanaskan.Membiarkan air-cond menyejukkan keretanya yang sejak dari semalam tidak berusik.
‘Mama..mana mama, Zeril nak mama…’rengeknya sendiri Dia bersandar dan memejamkan mata sebentar.. Rasa rindu kepada mamanya mula mengasak dada.Kini, dia baru merasakan penyesalan akibat meninggalkan mamanya secara tiba-tiba.

Detak jantungnya seakan berdenyut-denyut dengan pantas.Badannya terasa menggigil tidak terkawal.  Zeril Iskandar mula merasakan akan ada sesuatu yang akan berlaku padanya. Dadanya terasa sempit. Dia cuba menarik nafas berkali-kali, namun kesakitannya tidak juga berkurangan. Mungkin kerana dia  mengambil pil ekstasi yang terlalu banyak. Itu sebab jantungnya tidak dapat berfungsi dengan normal.

Tanpa membuang masa, dia mengambil first aid di bawah peti dashboard.  Didalam peti inilah dia meletakkan ubat-ubatan jika  terjadi sesuatu pada tubuh badannya. 

Kotak ubat Panadol dibuka dengan agak rakus.Salah satu pek pil didalamnya dicapai.Dibuka dan terus dia menelan tanpa meminum air.

Tekaknya terasa perit.Patutnya dia mengambil ubat dan menelannya bersama air.Ini tidak, terus sahaja menelan ubat itu tanpa memikirkan apa-apa.

Bila-bila masa sahaja dia akan muntah. Tapi Zeril Iskandar cuba juga untuk bertahan. Dia tidak mahu muntah didalam kereta mewah ini.

Pintu kereta terkuak, dan dia bangun dan berlari ke longkang berdekatan.

‘Uwek..uwek..’ akhirnya dia muntah juga. Banyak juga isi yang terkeluar dari anak tekaknya hingga terkena kemejanya.

Zeril Iskandar yang tidak larat untuk bangun terbaring disitu juga. Di atas atas jalan tar itu. Dibuka butang kemejanya yang sudah terkena muntah.Dia puas.Puas kerana dapat memuntahkan kesemua isinya.

‘Mama..mama..’rengeknya sekali lagi. Tiada siapa pun yang mendengar suaranya ketika ini.Hanya dia seorang sahaja. Hanya Zeril Iskandar..


BERSAMBUNG... ;D










2 ulasan:

Violet Sofia Official berkata...

faster sambung ye baby... hehehe...

Unknown berkata...

hehe.....mama zeril nk mama,zeril nk mama...cam baby jer...hihi cute sngt...