Ketika fajar
menyinsing, kelihatan cahaya matahari kemerahan mula untuk menerangi alam.
Suasana yang begitu damai dan nyaman sekali untuk manusia memulakan aktiviti
harian.
Tatkala pagi sedang
menyinarkan cahayanya, Nur Adriana masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk
didalam kereta mewah milik Zeril Iskandar. Tidur dan tidur! Orang yang ke hulu
ke hilir datang ke tempat parking
kereta tidak diendahkan.
Sementara itu, di luar
bilik kecemasan...Wan Zubair kelam-kabut mencari kelibat Nur Adriana yang tidak
kelihatan di tempat duduknya semalam. Adakah tunangnya sudah pulang ke rumah?
‘Sayang…where are you?’Hatinya merintih
sayu. Dia kecewa. Kecewa kerana
tunangnya tiada disitu.
Selepas beberapa jam
dibilik kecemasan yang menempatkan pesakit lelaki yang masih tidak diketahui
nama penuhnya, akhirnya dia keluar menghirup udara segar pada waktu pagi.
Prof.Dr.Azmi awal-awal lagi sudah keluar berjumpa dengan Pakar Radiologi untuk
mendapatkan kepastian tentang penyakit sebenar lelaki itu. Nasib baik pakar
radiologi itu tidak pulang ke rumah lagi.
Walaupun hatinya resah
dan gelisah. Dia tidak mahu pesakitnya mati. Apa gunanya menjadi doktor jika
tidak dapat menyelamatkan pesakit? Itu sudah menjadi tugasnya. Dan dia tidak
mahu melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
Setiap masa, jam dan
minit…ada sahaja yang datang dan masuk ke dalam wad kecemasan ini. Orang awam
yang lalu-lalang tidak dihiraukan, setiap pelosok wad kecemasan & trauma
itu dipandang sebelah mata sahaja. Yang penting kini adalah tunangnya! Biarlah
dia bekerja lebih masa hari ini, asalkan lelaki itu membuka mata dan dapat melihat
persekitaran seperti biasa.
Secara jujurnya, dia
langsung tidak mengetahui nama pesakit lelaki itu. Dia terlupa untuk bertanya
kepada Nur Adriana. Tunangnya hanya menyebut ‘dia’ sahaja. Nama penuh lelaki
itu langsung tidak disebut.
Apabila dia bertanya
pula kepada Fatyn, perempuan itu hanya mengelengkan kepala. Information berkenaan lelaki itu memang
tidak lengkap! Mungkin dia perlu berjumpa tunangnya semula untuk mendapatkan
maklumat tentang pesakit lelaki itu. Tapi mana pulak sayangku ini? Dia berehat
ke? Kalau berehat, dia berehat kat mana? Soalan itu bermain difikirannya.
Dia duduk dikerusi lobi
utama, tempat dimana pelawat dan pesakit datang. Dia meraup wajahnya penuh
kekesalan. Dia tidak mahu lelaki itu mati. Jika Prof.Dr.Azmi berkata inilah
pertama kali dalam kerjayanya dia berjumpa dengan pesakit sebegini, dia pun
turut begitu juga. Kebiasaannya, bila dia merawat atau memeriksa pesakit yang
sudah sedar, pesakit itu akan kembali seperti biasa.
“Manalah sayang
ni…”keluhnya. Matanya masih mencari seraut wajah Nur Adriana.
****
Prof.Dr.Azmi berjumpa dengan pakar radiologi,
doktor Mohd Arif di klinik tumpangan yang terletak di tingkat bawah bangunan
poliklinik untuk mengkaji jantung pesakit lelaki yang dalam keadaan kritikal
tadi.
Ternyata, jantung pesakit itu memang bermasalah. Strok yang diperkatakan
tengah malam semalam kepada doktor Wan Zubairsebenarnya hanyalah jangkaan
sahaja.Penyakit sebenar pesakit lelaki itu adalah penyakit jantung!
Kadang-kadang dia khuatir dengan keadaan pesakit
lelaki itu. Sekejap sedar, sekejap pejam
mata kembali. Dia rasa pelik sangat. Ada sesuatu yang tersirat kah
dihati pesakit lelaki itu yang dia tidak tahu? Selama ini, jarang dia berjumpa
orang yang berkelakuan sebegitu. Apa yang dikatakan oleh doktorMuhd Arif tadi
perlu dimaklumkan kepada doktor Wan Zubair agar tidak berlaku sebarang
kekeliruan.
Selesai berbincang dengan doktor Muhd Arif, dia
mencari doktor Wan Zubair didalam bilik kecemasan yang mereka melakukan rawatan
terhadap pesakit lelaki tadi. Ditangannya pula memegang kukuh x-ray yang
diberikan doktor Muhd Arif. X-ray itulah
menjadi bukti untuk diberikan kepada doktor Wan Zubair dan tunang doktor
tersebut.
Namun sayang, doktor Wan Zubair tiada di bilik itu.
Yang ada hanyalah pesakit yang masih terbaring diatas katil serta Fikri Johari
yang sedang mengelap tubuh badan Zeril Iskandar. Dia keluar semula dari bilik
itu. ‘Mungkin doktor Wan Zubair ada diluar mencari tunangnya kut.’desis
hatinya.
****
Akhirnya, pencarian Prof.Dr.Azmi berakhir juga. Dia
melihat doktor Wan Zubair sedang duduk di kerusi hijau bersebelahan dengan
pintu lobi utama. Dihampiri doktor muda itu. Kelihatan doktor Wan Zubair
berkeadaan resah. Pasti sebab pesakit lelaki itu!
“Doktor…”katanya perlahan.
Wan Zubair mengangkat
muka. Prof! Wajah mendungnya hanya mampu tersenyum nipis. Dia tunduk kembali
memandang bawah. Terserlah kekecewaannya.
Prof.Dr.Azmi faham
perasaan yang dialami doktor itu. Dia duduk di sebelah Wan Zubair sambil tangan
kasarnya menyentuh lembut bahu lelaki itu. Mententeramkan hati doktor yang bersama-sama membantunya memulihkan
pesakit lelaki tadi.
“Awak dah jumpa tunang
awak?”
Wan Zubair hanya
mengelengkan kepala. Dia bermain dengan jemarinya.
“Dia dah balik ke?”Soal
Prof.Dr.Azmi lagi. Wan Zubair mengangkat bahu. Tanda tidak tahu. Sememangnya
dia tidak tahu sama ada Nur Adriana sudah pulang atau masih berada dikawasan
ini.
“Saya
nak beritahu awak sesuatu.”katanya dengan riak tegas. Perkara sebegini memang
tidak boleh dibawa main. Sememangnya ia perkara yang serius. Prof.Dr.Azmi
melepaskan tangannya dari bahu Wan Zubair. Dia memandang tepat wajah sisi
doktorWan Zubair yang masih menunduk. Tidak mengangkat wajah.
“Apa dia?”tanya Wan
Zubair. Dia mengangkat wajah. Matanya membalas pandangan mata Prof.Dr.Azmi. Adakah
Prof.Dr.Azmi telah menerima keputusan dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi
berkenaan x-ray didada pesakit lelaki itu?
“Sebenarnya…saya baru
sahaja berjumpa dengan pakar radiologi, Doktor Muhd Arif. Dia melaporkan kepada
saya bahawa jantung lelaki ini perlu dibedah segera, tetapi memerlukan
seseorang untuk memberikannya semangat supaya dia terus berjuang melawan
kesakitan didada.
“What do you mean, Prof? I don’t understand,”
“I mean, dia perlukan semangat untuk teruskan hidup. Pakar Radiologi
mendapati pesakit lelaki itu menelan hampir separuh pil ekstasi dan arak.
Wan Zubair terkejut.
Subhanallah…pil ekstasi dan arak? Dia sebagai seorang islam tidak berani
menyentuh mahu pun memegang arak dan pil-pil yang memudaratkan.
“Bila due untuk pembedahan itu?”
“Kita perlu jalankan
pembedahanas soon as possible. Saya
harap tunang awak boleh dapatkan maklumat berkaitan keluarga pesakit lelaki
itu.”jelasnya lagi.
“Prof…my
fiancée doesn’t know about her family. This is the first time she saw him. I
didn't think that she can find her profile.”ujar Wan Zubair
tegas. Dia tidak mahu Nur Adriana terlalu mengambil tahu akan perihal keluarga
lelaki itu.
“Jangan begitu, Doktor
Wan Zubair. Manalah tahu…jika kita sampaikan pada family dia, mereka akan
datang dan berikan sokongan pada pesakit itu. Sekarang ini, dia dalam keadaan
kritikal. Awak kena faham! Kita tak boleh teruskan operation selagi family dia
tak sign surat perjanjian.”
“Macam mana sekiranya
lelaki itu tiada ahli keluarga atau orang terdekat? Takkan kita nak biarkan dia
terbaring tanpa sedar?”
“Come on, Doktor Wan Zubair. Semua orang ada family masing-masing. Lelaki itu juga tidak terkecuali. Saya faham
mungkin awak tidak berpuas hati jika your
fiancée diminta untuk mencari maklumat lelaki itu. Tapi ini tak boleh dibiarkan
berlarutan, doktor.”
“Sejujurnya, saya
memang tak satisfied bila tunang saya
terlibat dalam hal ini. Dia hanya membantu lelaki itu datang ke sini sahaja.No more than that!”jawabnya dengan
tegas.
“Saya harap awak tolong
saya sekali ini sahaja. Ini antara hidup dan mati. Kita tak boleh biarkan dia
terdampar begitu sahaja diatas katil. Sekarang ini jantungnya bergerak
perlahan. Hanya tunang awak yang saya harapkan.”rayu Prof.Dr.Azmi.
Wan Zubair mendiamkan
diri seketika.Dia menongkat dagu. Memikirkan secara logik kata-kata
Prof.Dr.Azmi. Hati lelakinya memang tidak suka tunangnya terlalu mengambil
berat akan hal lelaki lain. Tapi takkan nak biarkan lelaki itu mati kan? Betul
jugak cakap Prof itu. Ada baiknya dia memberi kebenaran kepada Nur Adriana
untuk mencari maklumat berkaitan lelaki itu.
Prof.Dr.Azmi dapat
merasakan doktor Wan Zubair dalam keadaan berbelah-bagi.Dia tahu doktor Wan
Zubair sukar untuk melepaskan tunangnya kepada orang lain. Kalau hati dah
sayangkan seorang perempuan itu, dia akan sayang sepenuh hatinya dan tidak akan
sekali-kali memberi peluang lelaki lain untuk mendekati.
“Saya harap awak
fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk.. Jangan pentingkan diri
sendiri!”pesan Prof.Dr.Azmi selamba seraya bangun berlalu dari situ. Hendak memberi
nasihat lebih-lebih, dia bukannya pakar dalam bab itu! Dia hanyalah seorang Proffesor! Lantas, dia masuk kembali ke
dalam lobi utama tanpa memandang muka doktor Wan Zubair. Selepas ini, dia perlu
melihat keadaan pesakit lelaki itu.
Wan Zubair mengeluh
perlahan. Kata-kata dari Prof.Dr.Azmi sedikit merobekkan hatinya. Adakah dia
seorang yang mementingkan diri? Tidak! Dia hanya mahu menegakkan kebenaran
sahaja. Cukuplah tunangnya menghantar lelaki itu ke hospital ini. Tidak
perlulah Nur Adriana membantu berlebih-lebihan. Apa? Tidak ada orang lain lagi
kah yang boleh membantu mencari maklumat lelaki itu?
Harapannya, biarlah
sampai di sini sahaja!
***
Suara yang riuh-rendah
diluar kereta Lamborghini Aventador
milik Zeril Iskandar menenggelamkan bayangan indah didalam tidur Nur Adriana.
Dia terkejut! Jam kereta sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi.
Aduhai…terlupa nak
set jam. Akibatnya, solat subuh tertinggal! Dalam terpaksa, dia bangun untuk
mengetahui siapakah yang mengacaunya.Dia belum puas tidur, ada pula yang datang
menganggu. Bencilah!
Kedua belah matanya
digosok-gosok supaya nampak terang persekitaran sekelilingnya. Cermin tingkap
kereta disisinya dibuka. Terdapat 6 orang lelaki ditepi kereta ini. Tetapi
siapa mereka? Takkan perompak kut?
Dengan teragak-agak,
Nur Adriana memulakan kata. “Maaf. Kamu semua ini siapa?
Salah seorang pemuda
yang memakai cermin mata coklat membalas senyuman kearahnya. “Ini kereta awak
ke cik adik manis?”
Terkebil-kebil mata Nur
Adriana tatkala lelaki itu menuturkan kata. Erk! Dia panggil aku cik adik
manis? Gelilah wei!
Nur Adriana tidak
membalas senyuman lelaki itu sebaliknya mengerutkan dahi. Soalan apakah
ini?. Buat apa dia nak tahu tentang
kereta ini. Kalau nak rompak, tak ada maknanya nak tanya kereta ini kereta
siapa.“Ini kereta saya, kenapa? Ada yang tak kena ke?Sengaja dia berkata inilah
kereta dia, padahal hanya penumpang sahaja! Jika Zeril Iskandar tahu aku tidur
kat dalam kereta dia, mesti dia mengamuk sakan. Tak pun menjerit macam gorilla!
“Kereta awak cunlah.
Awak mesti anak orang kaya kan?Pakai kereta mewah macam ini. First time saya jumpa perempuan macam
awak pakai kereta mewah seperti ini. Lamborghini
Aventador pulak tu.”kata salah seorang kawannya lagi. 3 orang kawannya yang
lain hanya tersenyum.
Tergeleng-geleng kepala
Nur Adriana melihat 4 orang pemuda dihadapannya. Pagi-pagi macam inilah ada
orang yang nak bergurau senda dengannya. Dahlah dia tidak puas berehat lagi,
ada pulak mamat mamat yang datang mengacau.
“Memang kereta saya
pun.Jadi apa yang boleh saya bantu kamu semua?”Nur Adriana mengangkat kening.
“Ala, cik adik manis
ni…kita orang nak tengok kereta ni pun tak boleh ke? Lagipun kami datang sini
sekadar nak tengok kereta edisi terhad ini sahaja.”sambungnya lagi.
“So, korang dah tengok
kan kereta ni secara depan-depan kan? Hah! Apalagi..korang blah lah dari sini.”Ini sudah kali kedua dia dipanggil adik manis,
dia mula rasa bengang. Rasanya umur aku lagi tua daripada mereka.
“Wah, wah, wah!! Cik
adik manis ni dah pandai nak tunjuk lagak lah pulak.Minah ni tak sedar yang dia
bercakap dengan siapa sekarang, kita orang lelaki, awak seorang aje
perempuan…jadi jangan nak perasan diri tu bagus sangat sebab ada kereta limited edition!”
Kemarahan Nur Adriana
naik mendadak. “Aku ni ada tahap kesabaran jugak, kau ingat aku seorang aje
perempuan kat sini, aku takutlah? Sorry
naik lori lah, bro. Sikit pun aku tak
takutlah.”Lantas, dia keluar tanpa berpakaian kasut. Dihempas pintu kereta
Zeril Iskandar dengan kasar sehingga tergerak mereka ke belakang. Dia bersandar
dengan selamba dipintu kereta itu.
“Woii, apa ni? Main
kasar pulak dia.”jerkah lelaki yang berkata cik adik manis itu.
“Dah tengok kereta ni
kan? Pergilah berambus. Cari kereta lain yang lebih cantik dari kereta ni.
Mengacau aje. Orang nak tidur pun susah. Get
lost!”balas Nur Adriana dengan jeritan nyaring.
Lelaki itu membeliakkan
mata. Mulut perempuan ini memang tak ada
insurans betullah! Dia mula mengepal penumbuk. Kalau kena tumbuk, baru
perempuan ini diam kut. Dia mahu melayangkan tangannya kearah perempuan itu.
Baru sahaja tangannya diangkat ke langit, untuk memberi penampar sulung kepada
perempuan itu, tidak semena-mena tangan kasarnya ditarik kuat. Dia mengaduh
kesakitan.
Nur Adriana yang
memejamkan matanya, takut dari ditampar lelaki itu terbuka luas apabila lelaki
didepannya menghentikan aksi penampar. Rupa-rupanya, Wan Zubairmenyelamatkan
dia!
“Kau
orang buat apa ni?Dah tak ada kerja lain ke nak mengacau tunang orang?”
Wan
Zubair berkata kasar.Mencerlung matanya melihat lelaki itu ingin melayangkan penampar
kepada tunang tersayang.Tangan lelaki itu ditolak kebawah dengan kasar.
Menandakan dia tidak suka dengan perbuatan lelaki itu yang berani-berani hendak
tampar muka tunangnya.
Nur Adriana melarikan
diri ke belakang badan Wan Zubair. Melindungi dirinya agar tidak ditampar
lelaki itu. Dia hanya bergantung harap pada tunangnya sahaja.
“Errr…tunang?”Tergagap-gagap
lelaki itu berkata. Lelaki itu memandang kawan-kawannya yang lain.
“Ya. Tunang aku. Yang
kau nak kacau tunang aku pagi-pagi buta ni kenapa? Dah tak ada kerja lain nak
buat?”kata Wan Zubair dengan matanya yang masih terbeliak. Dia mencekak
pinggang.
“Woi, beb! Jomlah kita
blah dari sini. Tunang dia tu.”ajak lelaki itu sambil memandang kawan-kawannya
yang lain. Mereka yang lain hanya mengangguk dan meninggalkan perkarangan itu
dengan segera dengan keadaan kelam-kabut.
Setelah mereka beredar
dari situ, Nur Adriana mengeluh kelegaan. Nasib baik Wan Zubair datang tepat
pada masanya. Jika tidak, pipinya sudah menjadi kemerah-merahan akibat
ditampar. Wan Zubair yang masih lagi dalam mood marahnya, berpaling ke
belakang. Matanya tajam memandang Nur Adriana. Dia menanti jawapan dari tunang
tersayang.
Erk! Wan Zubair marah
ke? Aku tak buat salah apa-apa pun, mereka yang datang kat kereta Zeril
Iskandar. “Abang jangan salah anggap ya. Dia orang yang datang kat sini nak
tengok kereta ini. Bukan nak mengorat sayang.”jelasnya dengan nada takut-takut.
“Kenapa sayang ada kat
sini?Abang cari sayang merata-rata tempat. Nasib baik abang terpandangkan
sayang bila abang kat kerusi lobi utama tadi.”masam muka Wan Zubair.
Nur Adriana tersenyum
nipis.“Maafkan sayang, abang. Mereka yang mulakan dulu. Sayang tidur kat sini
tadi. Dalam kereta ni.”Ditunjukkan kereta yang menjadi tempat tidur
sementaranya. Wan Zubair menoleh kearah Lamborghini
Aventador itu.
“Kereta ini milik
pesakit lelaki yang sakit itu ke?”Matanya memerhatikan keseluruhan kereta mewah
itu. Ini antara kereta idamannya! Limited
edition pulak tu. Berani pula tunangnya tidur didalam kereta ini.
“Aah, bang. Sayang
tidur dalam kereta ni sebab tak ada tempat yang selesa untuk sayang baring.
Jadi sayang tidur sini sajalah.”kata Nur Adriana dengan jujur. Dia berasa tidak
selesa tidur dengan tempat yang kotor.
“Sayang ada minta
kebenaran dia tak nak tidur dalam kereta ni?”soal Wan Zubair. Mukanya masih
masam. Tiada senyuman meniti dibibirnya.
Nur Adriana
menggelengkan kepala. Macam mana nak minta kebenaran kalau Zeril Iskandar dah
masuk wad kecemasan? Kunci kereta ada ditangannya, lebih baik dia tidur dalam
kereta itu. Senang! Tak payah nak pergi singgah mini hotel.
“Lain kali sayang
jangan memandai nak tidur dalam kereta orang lain. Kan ada banyak tempat lain
boleh tidur, kenapa pulak kereta ini yang dipilih sebagai tempat istirehat?
Surau kat belakang kan ada?Rehat aje kat situ.”balas Wan Zubair dengan nada
tidak berpuas hati. Nur Adriana sudah menarik muka. Muncung bibirnya mendengar
‘ceramah’ pendek tunangnya.
“Haa..buat bibir macam
itu selalu. Abang gigit nanti.”ugut Wan Zubair. Makin muncung bibir Nur Adriana
dibuatnya. Wan Zubair geram. Ditolak perlahan badan tunangnya sehingga
bersandar disisi kereta. Mukanya dirapatkan ke wajah Nur Adriana. Nur Adriana
tergamam!
“Orang tak ramai
sekarang ni, nak kena cium ke?”kata Wan Zubair dengan penuh perasaan. Bibirnya
hanya tinggal sesipi sahaja dengan bibir Nur Adriana. Dia sengaja berbuat
begitu. Ingin menghilangkan debaran didada. Mata Nur Adriana tidak berkelip
memandang tunang tersayang. Terpaku tanpa kata melihat aksi Wan Zubair yang
sukar dijangka.
Untuk tidak mengelakkan
orang yang lalu-lalang memandang serong terhadap mereka, dia menolak kasar
tubuh badan Wan Zubair. Terdorong Wan Zubair ke belakang. Kasar jugak Nur
Adriana ini.
“Apalah abang ni, malu
tau orang lain tengok kita berdua begini.”berkerut muka Nur Adriana.
“Haa..dah tu, kenapa
muncung aje bibir tu. Abang membebel sikit, dah tarik muka. Kalau kita dah
kahwin nanti, sayang mesti banyak merajuk ni.”kata Wan Zubair selamba.
“Mana ada.”Ada nada
rajuk dalam diri Nur Adriana. Tidak suka apabila Wan Zubair berkata sedemikian.
Dia bukan tidak suka dengar orang membebel, tapi dia tidak suka orang bersuara
tanpa tahu apa kisah disebaliknya. Dia tidur didalam kereta Zeril Iskandar
kerana lebih selesa serta tidak terlalu kotor dan berdebu.
Wan Zubair ketawa
berdekah-dekah. Dia suka apabila melihat Nur Adriana merajuk. Sifat itulah yang
membuatkan dia berasa sayang pada tunangnya.
“Ala…ala…merajuk pulak.
Nak kena cium lagi ke?”sakat Wan Zubair. Nur Adriana mencebikkan bibir. Nakal
betullah tunang dia ni.
“Abang buat macam tadi
lagi, sayang lari.”jawab Nur Adriana sambil mengugut. Jika Wan Zubair boleh
mengugut, dia pun boleh. Suka sangat menyakat dia. Sebelum dia dimasukkan ke
penjara pun, Wan Zubair kerap kali mengusiknya sampai dia menangis.
“Amboi, sayang dah
pandai main ugut-mengugut ni. Tadi abang ugut, sekarang sayang pulak. Abang
tahu sayang takkan lari jauh dari abang sebab…”kata Wan Zubair terhenti disitu.
Ingin melihat reaksi Nur Adriana seterusnya.
Nur Adriana
mencebik.“Sebab apa? Abang ingat sayang tak boleh jauhkan diri dari abang ke?Sorry sikit. Sayang boleh tau.”balasnya
dengan nada berlagak.
Wan Zubair mendekati
tunangnya semula. Dirapatkan dirinya pada Nur Adriana lalu diucapkan kata-kata
romantik ditelinga tunangnya. “ Sebab…abang sayang tunang abang sangat-sangat.
Perempuan lain takkan dapat kalahkan juwita abang ini kerana sayang adalah perempuan
terakhir dalam hidup abang.
Forever.”sambungnya
dengan penuh perasaan.
Terkaku Nur Adriana
disitu. Dibisikkan dengan kata-kata indah dan romantik, dirinya terasa berada
diawang-awangan. Begitu indah percintaan diantara dia dan Wan Zubair.
Prof.Dr.Azmi yang
melilau mencari doktor Wan Zubair terpana seketika melihat drama sebabak yang
berlaku tidak jauh dari lobi utama ini. Segera dia berlari anak ke arah
pasangan itu. Dia perlu berjumpa mereka berdua. Ada hal yang perlu dilaksanakan
dengan segera!
“Doktor Wan
Zubair…”tanpa bertangguh lagi, dia memulakan perbualan. Tersentak Wan Zubair
dan Nur Adriana. Mereka saling berpandangan diantara satu sama lain.
Prof.Dr.Azmi datang ke sini. Apa yang perlu diperkatakan lagi dari Pengurus
Jabatan Kecemasan ini?
“Dan awak
juga…”kata-kata itu ditujukan kepada Nur Adriana.
“Saya?”Nur Adriana
hairan.
Prof.Dr.Azmi
mengangguk.”Ya, awak. Kebetulan kamu semua ada disini, saya perlu katakan
sesuatu pada kamu berdua.”jawabnya dengan sedikit gelabah.
Wan Zubair dan Nur Adriana
kembali berpandangan sesama sendiri. Ternyata, ini mesti ada kaitan dengan
Zeril Iskandar!
BERSAMBUNG .... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan