Kesemua barang pemberian
Abdul Fatah sudah tiada dirumahnya. Walaupun Kyra agak sedih kerana
barang-barang itu bukan miliknya lagi namun dia pasrah. Tidak semua barang yang
diingini bakal menjadi kita.
Selepas dua hari Abdul Fatah
memutuskan untuk kahwin di makhamah, pagi ini Kyra bersiap sedia bersama lelaki
itu pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Dipastikan penampilannya hari
ini seringkas yang mungkin. Cuma baju kurung dan selendang yang tidak menutupi
keseluruhan rambutnya sahaja yang menghiasi tubuh badannya yang langsing itu.
Kyra menunggu Abdul Fatah di
luar perkarangan rumahnya. Pintu pagar sudah ditutup rapi. Dia menanti
kemunculan lelaki itu dengan penuh sabar. Tekadnya pada hari ini dia tidak mahu
menunjukkan sikap marahnya pada lelaki itu. Sudah beberapa hari selepas Abdul
Fatah bertemu dengannya, dia rasa betul-betul menyesal kerana membuat lelaki
itu kecewa.
Disebabkan ego yang menebal,
dia mengecewakan Abdul Fatah. Sudahlah penat lelaki itu menghabiskan duit
dengan membeli brang-barang perkahwinan mereka. Dia pula sedap-sedap sahaja
letak semua barang itu di bilik belakang.
Tidak sampai lima minit dia
menunggu di luar garaj, sebuah kereta kancil muncul ddidepannya. Dia tahu itu
pasti Abdul Fatah. Kyra mengeluh. Bukan dia tidak suka naik kereta murah tapi
bila difikirkan semula, Abdul Fatah sebenarnya kaya orangnya. Takkanlah
pengurus Slim World pakai kereta murah? Selalu dia tengok orang yang penting
dalam sesebuah syarikat akan menaiki sebuah kereta mewah. Hmm… entahlah,
mungkin Abdul Fatah lebih senang memakai kereta murah kut. Tekanya dalam diam.
“ Masuklah.” Abdul Fatah
membuka tingkap sebelah pemandu. Mengajak Kyra masuk ke dalam kereta. Hari ini
dia terpaksa meminjam lagi kereta kancil milik Syawal. Dia tidak kesah samada
Kyra suka atau tidak. Dia malas mahu menunjukkan kekayaan yang dimilik
keluarganya pada Kyra. Disebabkan rasa kecewanya yang menebal terhadap Kyra
semenjak dua hari yang lepas, hatinya mula goyah untuk terus mencintai dan
menyayangi wanita itu.
Kyra menghela nafas sebelum dia masuk ke dalam perut
kereta. Tali pinggang dipakai untuk keselamatannya. Langsung tidak dipandang
wajah Kyra yang masam itu. Tahulah dia yang Kyra kecewa apabila dia membawa
kereta ini. Sebelum ini pun, Kyra sakit hati dengannya kerana membawa kereta
ini di Grand Hotel sehingga mendapat
malu di lobi utama hotel itu.
Abdul Fatah meneruskan
perjalanan dengan tenang. Kyra langsung tidak mahu berbual dengannya. Dia hanya
biarkan wanita itu berdiam diri sahaja. Biarlah jika Kyra tidak mahu bercakap
dengannya pun, dia pasrah. Jika bercakap pun, pasti akan menimbulkan
pergaduhan. Dia seboleh mungkin tidak mahu mewujudkan pergaduhan dengan Kyra.
Dia sudah letih!
Dalam berapa minit lagi
mereka akan sampai ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Abdul Fatah
memulakan bicara.
“ Kyra dah siap sedia untuk
jadi isteri Fat?” baik-baik sahaja soalan yang ditanya. Dia tidak mahu
menyinggung perasaan wanita itu.
“ Hurm…” Hanya itu yang
dijawab Kyra. Abdul Fatah merasa kecewa. Bibirnya diketap kuar bagi
menghilangkan rasa kecewanya.
“ Kyra kecewa kita akan
kahwin kat mahkamah?” mendatar sahaja suara Abdul Fatah. Wajahnya langsung
tidak dikalihkan kearah Kyra.
“ Kecewalah. Ingatkan majlis
persandingan kat rumah aku akan jadi wedding
of the year tapi nampaknya hajat tu tak kesampaian. Baru nak dapat
perhatian media massa. Mana tahu dapat masuk surat khabar sebab duta Slim World kahwin dengan lelaki tembam
macam kau.” Kyra mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Perasaan bersalah mula
menghimpit diri. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya sendiri kerana
keceluparannya berkata sebegitu pada Abdul Fatah.
Abdul Fatah mengenggam
stereng kereta dengan penuh emosi. Dia memang terasa dengan kata-kata Kyra.
Tidak mengapalah. Hari ini Kyra boleh bercakap perkara yang tidak elok tentang
dirinya. Tunggulah bila dia kurus nanti. Dia akan pastikan saat itu Kyra akan
tarik balik cemuhan dan kritikan yang dilemparkan padanya.
Kedua-duanya diam kembali.
Kyra sempat memandang wajah lelaki itu yang tenang memandu tanpa sedikit pun
memandang kearahnya. Kecewa lagikan Abdul Fatah dengan kata-kataku?
“ Err… Abdul Fatah.” Kyra
menyebut nama penuh lelaki itu. Dia tidak berani menyebut nama panggilan manja
lelaki itu. Bukan apa, agak sukar untuknya terima cinta lelaki ini. Mulutnya
rasa tidak selesa apabila mengungkapkan nama mesra itu. Dia janggal. Jika suatu
hari dia mula mencintai Abdul Fatah, dia akan pastikan nama Fat disebut setiap
hari.
“ Kita dah nak sampai. Kyra
duduklah diam-diam.” Mendatar lagi suara Abdul Fatah. Kyra terasa hati. Baru
sahaja ingin dilayan lelaki itu dengan mesra, lelaki itu sudah tunjukkan wajah
masamnya. Yalah, dia tidak mahu selepas perkahwinan mereka, pergaduhan akan
berlaku sepanjang mereka duduk bersama. Dia inginkan hubungan yang harmoni
seperti mana hubungannya dengan bekas suaminya, Muhd Khuzairi.
Sebaik sahaja mereka sampai
di pejabat tersebut, Abdul Fatah dan Kyra keluar dari kereta. Abdul Fatah
membawa Kyra ke kaunter permohonan perkahwinan.
“ Assalamualaikum… boleh saya tahu nak ambil borang perkahwinan
dimana ya?” tanya Abdul Fatah dengan lembut sewaktu bercakap dengan seorang
perempuan didalam bilik kecil. Kyra dibelakangnya memandang kearah lain.
“ Oh, borang tu ya. Encik
sebenarnya boleh print borang
permohonan itu di online sahaja.
Sebab kami memang sudah buat pengumuman tentang borang online itu sejak dari dulu lagi.”
“ Oh, maaf ya. Saya tak tahu
pula. Tapi kat sini masih ada lagi tak borang tu? Kalau tak ada saya print-out kat rumah ajelah.” Abdul Fatah
ketawa kecil. Perempuan yang duduk di dalam kaunter kecil itu hanya membalas
dengan senyuman sahaja.
“ Boleh saja. Sekejap ya.”
Perempuan yang berjubah hitam bertudung labuh itu meninggalkan sebentar Abdul
Fatah dan Kyra untuk mengambil borang kedua-duanya.
“ Baik tak payah datang sini
tadi. Print kat rumah pun boleh.”
Kyra berpeluk tubuh sambil memandang awan-awan yang berarak.
“ Rumah Kyra ada mesin printer ke nak print-out borang tu?” Abdul Fatah menjongketkan kening. “ Kalau
ada, memang kita tak datang sini tadi.”
“ Tak ada.” Kyra mengeluh
perlahan. Line internet rumahnya pun tidak ada lagi semenjak dia berpisah
dengan Muhd Khuzairi apatah lagi mesin printer.
“ Dah tu ambil borang ni, isi
sekarang. Jangan banyak songeh.” Suara Abdul Fatah sedikit keras. Kyra menjongketkan kening. Dah pandai marah
pula mamat ni. Kyra kembali bengang.
Kyra mengambil borang yang
diberi Abdul Fatah dengan rasa terpaksa. Dia beransur ke tempat lain. Tempat
yang sedikit tenang untuk dia mengisi borang permohonan tersebut. Dibiarkan lelaki
itu keseorangan bersama perempuan yang berjubah hitam dalam kaunter tadi. Nak
ngorat perempuan itu pun dia tidak kesah! Ingat dia kahwin dengan lelaki itu
ikhlas ke? Langsung tidak!
Abdul Fatah mengangkat bahu.
Biarkan Kyra bersendirian. Dia malas mahu menganggu wanita itu. Dia tahu Kyra
marah disebabkan suaranya yang sedikit tinggi tadi. Biar ajelah. Asalkan dia
kahwin dengan aku minggu depan.
***
Beberapa hari kemudian,
selepas mereka menghantar dan menyediakan dokumen yang diperlukan Pejabat Agama
Islam Daerah Timur (PAIDT), masing-masing buat hal sendiri. Kata pihak PAIDT,
dalam beberapa hari selepas borang permohonan diisi dan disediakan dokumen yang
lengkap, barulah mereka akan berkahwin seminggu selepas itu.
Yang peliknya, selepas Abdul
Fatah menghantarnya pulang ke rumah lelaki itu tidak pernah datang ke rumahnya
apatah lagi bercakap tentang perkahwinan mereka. Jika sebelum ini, lelaki itu
suka membuat kejutan. Ada sahaja perkara yang mengejutkan dirinya. Tapi
sekarang, kenapa susah benar lelaki itu mahu ke rumahnya lagi? Apakah benar
Abdul Fatah tidak sukakan dirinya? Kyra jadi pening.
“ Assalamualaikum!” salam
diberi dari luar pagar rumah. Siapa lagi kalau bukan Abdul Fatah. Kunci pagar
yang diletakkan di tengah-tengah pagar digoyangkan agar Kyra perasan akan
kehadirannya.
Kyra menonong ke depan setelah
dia perasan ada seseorang datang ke rumahnya. Badannya yang terasa penat terasa
segar-bugar kembali. Dia membuka pintu lalu menjengah ke luar. Pagar rumah yang
dikunci dari dalam membuatkan Kyra malas mahu membukanya. Selama ini, pintu
pagar itu dibuka sahaja tetapi tidak kali ini. Sudah beberapa hari tiada orang
yang datang ke rumahnya, jadi dia kunci sahajalah termasuk pagar luar.
“ Siapa tu?” matanya
dikecilkan. Yalah, baru bangun dari
tidur.
“ Tak nampak muka saya ke?”
Abdul Fatah melambai-lambai tangannya.
Mata Kyra membulat. Dia tidak
sangka Abdul Fatah datang ketika dia sedang enak dibuai mimpi. Dia tidak
membuka pintu pagar rumahnya sebaliknya dia membiarkan lelaki itu
terkapai-kapai di luar pagar tersebut. Biarlah mereka bercakap dalam cara
begini.
“ Hai, dah berapa hari kau tak jumpa aku untuk bincang pasal kahwin
kita. Tiba-tiba kau datang pula hari ni. Kau sebenarnya nak kahwin dengan aku
ke tak ni? ” Dalam beberapa hari ini, susah benar mahu melihat wajah Abdul
Fatah. Kalau tak ikhlas nak kahwin, baik putus aje lagi bagus. Bayaran sejuta dalam perjanjian itu pun aku boleh bayar
ansur-ansur. Bentak Kyra dalam hati.
“ Bukan Fat tak nak jumpa Kyra tapi Fat sikit sibuk uruskan perkara
penting sebelum kita kahwin.” Dia tidak mahu Kyra salah sangka terhadapnya. Dia
sayangkan Kyra sepenuh hati.
“ Sibuk uruskan hal apa?
Kau jangan cakap kau dah cari pengganti lain sebelum kita kahwin ni. Aku tak
suka dimadukan!” Kyra sedikit marah.
Abdul Fatah menggeleng pantas lalu tersenyum. “ Bukanlah Kyra
sayang. Fat kan sayang Kyra. Buat apa Fat nak cari lain. Badan Fat yang gemuk
ni tak ada orang nak pun.”
“ Jangan nak mengayat akulah!” Kyra menjerit sehingga dapat Abdul
Fatah terdiam. “ Kau baliklah. Kita
jumpa kat makhamah aje nanti. Kau dah tak sabar nak kahwin kan? Fine! Aku akan
kahwin dengan kau.” sambungnya lagi dengan jeritan.
Abdul Fatah senang hati mendengarnya.
“ Tapi aku tak ikhlas nak kahwin dengan kau. Kau ingat tu!” Kyra
pantas menutup pintu rumahnya dengan kuat!
Abdul Fatah terkedu disitu.
2 ulasan:
Kesian Fatah .. Nape laa Kyra uat cm nie at Fat .. Elak kan akk tampor laju2 je at muka Kyra y kononya cantik to .... Sakit pulakk aty akk nie ... :) Hehehehehe
SIAN FATAH TAPI X APA BIAR AJE LAH DENGAN PERASAN DIVA TU FAT.
Catat Ulasan