Jumaat, 30 Januari 2015

BAB 27 (Tajuk?Biarlah Rahsia) FULL ENTRY


Kesan daripada tikaman yang dilakukan Muhd Razree menyukarkan Puan untuk mengandung lagi selepas ini.
Terngiang-ngiang kata-kata yang terbit di mulut Dr. Najwa malam tadi. Ya Allah, memang besar dugaan yang telah KAU berikan kepadaku. Baru hendak mengecapi bahagia, ada dugaan lain yang menjengah dalam hidupku.
Semalam tidurnya tidak lena seperti hari-hari biasanya. Bila nak tidur, kepalanya tiba-tiba memikirkan kata-kata Dr. Najwa.
Dhia mengiring sedikit ke tepi sambil memandang luar tingkap. Dirinya yang kecewa dengan tikaman daripada Muhd Razree bertambah kecewa dengan kenyataan yang diterimanya daripada Dr. Najwa.
Entah apalah reaksi abang bila tahu semua ini. Patut ke tidak aku beritahu suamiku tentang perkara ini selepas dia pulang dari Dubai bersama nenek hari ini? Soalnya dalam hati.
Tidak! Perkara ini perlu dirahsiakan daripada semua orang. Biarlah dia dan doktor sahaja yang tahu hal ini. Dia tidak mahu orang yang disayangi kecewa.
Berapa kali dia menangis dalam beberapa hari ini. Hampir bengkak matanya.
“Abang, baliklah cepat. Dhia rindu.” ujarnya dengan nada tersedu-sedan.
“Assalamualaikum puan…Maaf masuk tanpa mengetuk pintu. Saya masuk bilik  bukan nak menganggu puan tapi saya nak maklumkan puan tentang sesuatu.” Ucapnya setelah dia masuk ke bilik isteri Raymi Zikri. Pintu yang tertutup rapat sebelum dia masuk direnggangkan.
Jamil? Dhia tersentak. Tubuh Dhia kembali lurus. Matanya merenung Jamil yang nampak agak kelam-kabut itu. Walaupun begitu dia agak bersyukur kerana pembantu Puan Khadijah sudi menjaganya disini.
“Waalaikumsalam Jamil. Tak apa. Penting sangat ke hal tu dengan saya?”
“Mungkin perkara tu tidak penting bagi puan tapi bagi pihak hospital memang sangat penting. Hanya puan yang boleh selesaikannya.” suara Jamil berubah serius.
Berkerut dahi Dhia mendengarnya. “Cakaplah apa dia.”
“Semalam Encik Razree jerit nama puan sampai semua pegawai polis dikeliling Encik Razree tak tahu nak buat apa dah.”
Dhia terdiam. Abang Raz jerit nama aku? Huh, menyesallah tu sebab tikam perut aku. Padan muka dia! bibirnya dicemikkan tanda meluat.
“Saya tak nak ada kaitan dengan dia lagi. Awak keluarlah. Saya nak berehat.”
“Tapi puan…” Jamil jadi gelisah. Pihak hospital sudah berapa kali berpesan kepadanya supaya memujuk Dhia bercakap dengan Muhd Razree. Tapi apa yang dia terima saat ini? Hurm…apa yang aku patut buat ya? Fikirnya dalam hati.
“Jangan buat saya bertambah tertekan, Jamil. Tolong berikan saya peluang untuk berehat. Apa yang berkaitan dengan dia saya takkan ambik kesah lagi. Cukuplah dia jadikan saya begini.”
“Dhia…”
Tubuh Dhia terkaku saat itu. Jamil berpaling ke belakang. Tidak sangka lelaki yang dibenci isteri majikannya sanggup datang ke bilik ini dengan berkerusi roda!
Muhd Razree ditemani beberapa orang pegawai dan seorang jururawat lelaki bagi menjaga lelaki itu agar tidak melarikan diri. Muhd Razree sekarang dibawah tahanan polis jadi apa yang lelaki itu buat atau lakukan, pihak polis akan mengawasi tingkah laku Muhd Razree.
“Aku nak kau keluar dari bilik ini sekarang Jamil. Jangan ganggu perbualan aku.” bergetar suara Muhd Razree selepas pegawai polis dan jururawat diarahkan menunggu diluar dengan arahannya. Sejenak dia merenung wajah Dhia yang pucat. Bekas kekasihnya itu tampak murung dan bersedih. Tapi sebab apa? Takkan disebabkan dia kot?
Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh tetapi dia datang ke sini untuk meminta maaf. Sejak malam tadi jiwanya tidak tenang selagi tidak mendapat kemaafan daripada Dhia. Dia tahu salahnya menikam adik iparnya itu.
“Kau tak ada hak nak suruh dia keluar dari bilik ini tanpa arahan aku. Jamil, awak stay di sini. Jangan ke mana-mana selagi dia ada kat sini.”
Jamil keliru. Mana satu yang dia harus ikut. Puan Dhia atau Muhd Razree?
“Jamil…” Bergetar suara Muhd Razree sekali lagi.
“Jamil, awak penjaga saya jadi awak kena ikut cakap saya!” tegas dan serius sahaja riak wajah Dhia tatkala menuturkan kata. Dia sengaja menyuruh Jamil menjaganya disini. Dia bimbang Muhd Razree akan mengapa-apakan dirinya. Sudahlah emosi dan mental lelaki itu tidak berapa stabil.
Jamil menunduk. Akhirnya dia memilih untuk mengikut kata-kata Puan Dhia. Betul juga kata Dhia. Raymi Zikri telah mengarahkannya menjaga Dhia dengan sebaik mungkin jadi dia tidak boleh sewenang-wenangnya menurut arahan yang diberikan Muhd Razree. Tak pasal-pasal gajinya kena potong nanti!
“Kau nak apa datang sini? Nak tikam aku lagi?” bentak Dhia kasar. Ada nada sindiran di situ.
Muhd Razree menundukkan wajahnya. Tidak sangka Dhia akan berkata begitu kepadanya. Terpaksalah dia menadah telinga mendengar apa yang gadis itu katakan padanya.
“Tak nak jawab? Huh, memang baguslah pegawai polis ada dengan kau sekarang. Tak payahlah aku takut apa kau nak buat pada aku lepas ni.” ejeknya.
“Dhia, Abang Raz mintak maaf atas apa yang berlaku dua hari lepas. Abang tak ada niat nak...”
Belum sempat Muhd Razree menghabiskan kata-katanya, Dhia pantas mencelah.
"Kau tak ada niat nak tikam aku? Macam tu? Habis tu ayat yang kau luahkan pada aku sebelun kau tikam perut aku bukan niat kaulah ya? Dasar lelaki penipu! Tolol, bodoh!” jeritnya kuat. Jamil yang berada disisinya tersentak.
Muhd Razree yang tidak jauh daripada Dhia terpana dengan jeritan itu. Kesatnya kata-kata Dhia terhadapnya. Terhiris jiwanya.
“Abang Raz mintak maaf Dhia. Abang buat semua itu sebab Abang Raz tak dapat terima hakikat yang Dhia dah kahwin dengan Ray.”
Dhia mencemuh. “Maaf kau tak dapat mengubah perut aku kepada asal. Ucapkanlah berapa kali kata maaf pada aku jangan harap aku akan terima kemaafan kau!”
Dhia tarik nafas panjang sebelum air matanya bergenang. “Disebabkan kau tikam perut aku, aku tak dapat lahirkan zuriat untuk suami aku. Tahniah sebab berjaya buat kebahagiaan aku punah dalam sekelip mata. Tahniah Muhd Razree. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau berambus dari sini. Berambus!” Teriaknya bagai orang hilang akal.
Terangkat bahu Muhd Razree apabila mendengar kata-kata Dhia. Semakin tertekan jiwanya sekarang ini.
“Abang Raz akan keluar dari bilik Dhia tapi Abang Raz nak Dhia tahu Abang Raz takkan berhenti berdoa untuk mendapat kemaafan daripada Dhia walaupun Abang Raz akan berada di penjara selepas ini untuk jangka masa yang lama.”
“Aku kata berambus, berambus!!”jerkah Dhia. Tiba-tiba perutnya berasa senak.
“Ya Allah…sakitnya…” Dhia mula merintih. Air matanya kembali mengenang. Jururawat lelaki yang ditugaskan menjaga Muhd Razree keluar dari bilik Dhia dan bergegas memanggil doktor pakar yang selama ini menjaga Dhia.
“Puan…” Jamil mula beriak risau.
“Dhia…” Muhd Razree sekali lagi terpana. Kepalanya didongakkan.
What the hell is going on?!!”
Jamil dan Muhd Razree sama-sama berpaling ke belakang. Terkejut barangkali kerana suara yang tidak terduga itu. Siapa pulak tu?

“Puan ni siapa?” teragak-agak Muhd Razree bertanya tatkala seorang wanita yang bertubuh sedikit gempal melalui depannya dan menuju kearah Dhia yang sedang sakit. Macam pernah ku jumpa mak cik ni tapi kat mana erk? Muhd Razree mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aku mak sedara Dhia. Kau jangan buat-buat lupa pulak Raz.” sinis Mak Lang Rafika berkata.
Muhd Razree menelan air liur. Mak sedara Dhia? Patutlah dia pernah jumpa wanita ini. Ketika dia mahu mengambil Dhia keluar berjalan-jalan di rumah Puan Suria, wanita ini sedang mengambil daun pandan di tepi rumah Puan Suria. Mukanya yang bengis menyukarkan dia untuk beramah mesra dengan wanita di hadapannya ini.
“Mak Lang apa khabar?” Muhd Razree cuba beramah mesra dengan Mak Lang Rafika namun sayang seribu kali sayang wanita itu langsung tidak memandang mukanya jauh sekali untuk tersenyum.
Look I care.”cebirnya.
“Polis, bawak budak ni keluar. Mata saya sakit tengok dia ada kat sini.” sambung Mak Lang Rafika selamba. Dari dulu lagi dia memang tidak berkenan dengan Muhd Razree. Dia sebenarnya cukup pantang kalau seorang lelaki bawa janda keluar jalan-jalan. Yang Dhia pula ikut aje apa yang lelaki itu nak.
Muhd Razree rasa terhina. Jika tadi Dhia mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya kali ini Mak Lang Rafika pula menghinanya.
Apalah nasibku ini. katanya dalam hati.
Muhd Razree menolak kerusi rodanya. Dengan patah hati dia keluar dari bilik itu ditemani pegawai polis yang selama ini mengawalnya sejak dia dimasukkan ke dalam hospital.
Mak Lang Rafika mencebik. Bagus pun kau keluar dari sini. Buat sakit hati aje aku tengok muka kau. rengusnya dalam hati.
“Dhia, bersabar ya sayang. Kejap lagi doktor datang.” Mak Lang Rafika melembutkan suaranya. Dia membantu Dhia berbaring. Melihat balutan di keliling perut Dhia membuatkan dia merasa sebak. Dashyat betul dugaan yang berlaku pada anak saudaranya ini selepas berkahwin.
“Mak Lang, ibu mana?” terketar-ketar Dhia bertanya. Rindunya dia pada ibu! Mujur kesakitan diperutnya sudah mula berkurangan tatkala dia baring dalam keadaan menegak.
“Assalamualaikum…” Baru Dhia bertanya, Puan Suria sudah memberikan salam. Panjang umur ibunya. Di sisi Puan Suria kelihatan seorang doktor perempuan. Yang peliknya, Puan Suria membawa kerusi roda.
“Waalaikumsalam ibu…kenapa lambat sampai? Dhia rindu ibu,” ucapnya perlahan.
“Maaf lambat sayang. Ibu bukan sengaja tak nak datang sekali dengan Mak Lang jumpa kamu. Ibu jumpa Doktor Najwa sekejap tanya tentang keadaan kamu.” Puan Suria menerangkan situasi sebenar kepada anaknya. Kerusi roda diberikan kepada Jamil yang berdiri tegak tidak jauh dari sisi Dhia sebelum dia menuju kearah Dhia lalu mengucup ubun-ubun anaknya itu sebelum memeluknya erat.
“Sayang anak ibu.”
Dhia terharu sambil tersenyum nipis. Terharu kerana mempunyai ibu seperti Puan Suria. Walau apa pun yang berlaku terhadapnya tidak kira yang buruk ataupun negatif, wanita ini tenang dan bersabar sahaja menghadapinya. Bukan tenang itu bermaksud ibunya tidak mengambil endah dengan apa yang berlaku padanya tetapi tenang dalam apa jua yang berlaku. Yalah, kejadian yang tidak terduga sepertinya Allah yang tentukan.
Mak Lang Rafika tersenyum melihat keadaan itu. Gembira melihat perubahan pada raut wajah Dhia setelah Puan Suria datang ke sini. Tadi anak sedaranya berkerut menahan sakit kini tersenyum dengan kedatangan kakaknya itu.
“Ibu, boleh Dhia tahu mengapa ibu bawak kerusi roda ke mari?”
Puan Suria melepaskan pelukan pelahan-lahan. Dia berpaling kearah Doktor Najwa yang berdiam diri sejak dari tadi.
“Sebelum ibu bagi tahu kenapa ibu bawak kerusi roda ke mari, biar doktor terangkan keadaan kamu setakat ini.”
Doktor Najwa berdehem sebelum berkata. “Keadaan kamu masih belum sembuh seratus peratus Puan Dhia tapi kamu boleh pulang hari ini.”
Dhia terkejut. “Saya boleh balik rumah hari ini? Ya Allah, biar betul?” Dhia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Betul, Puan Dhia tapi lepas tiga hari kemudian kamu kena ada kat sini balik.”
Dhia mengerutkan dahi. Pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan Doktor Najwa. “Saya tak faham mengapa saya harus balik semula ke hospital? Baik saya duduk aje kat sini sampai saya sembuh.”
“Tak boleh sayang.” celah Puan Suria. Dia memandang adiknya sebelum dia kembali memandang Dhia yang nampak keliru.
“Tapi kenapa ibu? Bukannya ada perkara penting pun Dhia nak kena buat kat rumah hari ini. Abang Ray pun bukannya ada kat rumah nak temankan Dhia.” Meleret-leret ayat Dhia dihujung. Teringatkan Raymi Zikri yang berada di Dubai sekarang ini, dia jadi rindu teramat sangat kepada suaminya itu.
Abang, cepatlah balik. Dhia rindu sangat ni. rintihnya dalam hati.
“Lagi dua hari majlis perkahwinan Dhia akan berlangsung. Itu sebablah Dhia kena balik rumah. Kerusi roda itu pun ibu mintak dari pihak pengurusan hospital supaya kamu boleh pulang hari ini.”
“Tapi ibu…” Dhia tidak berpuas hati.
No more excuse ya, Dhia.” Hari ini orang yang bertanggungjawab ke atas majlis perkahwinan Dhia dan Raymi Zikri telah pun datang ke rumah Puan Khadijah untuk mempersiapkan apa yang patut. Pada asalnya dia dan adiknya datang ke rumah mewah Puan Khadijah kerana ingin berjumpa dengan anak dan menantunya tetapi niatnya itu terpaksa dibatalkan dek kerana Puan Khadijah dan Raymi Zikri tiada dirumah. Hanya pembantu rumah Puan Khadijah sahaja yang berada disitu.
Dhia terdiam. Ibunya tahu yang dia sakit tetapi mengapa ibunya itu nampak beria-ria sangat dengan majlis perkahwinan itu?
“Ibu, Dhia kan sakit…hari lain kan boleh…” Baru Dhia hendak menghabiskan ayatnya, ada seseorang mencelah kata-katanya.
“Tak nak duduk atas pelamin dengan abang ya sayang?”
Dhia tergamam.

Rabu, 28 Januari 2015

BAB 27 (Tajuk?Biarlah Rahsia) - PART 1



Kesan daripada tikaman yang dilakukan Muhd Razree menyukarkan Puan untuk mengandung lagi selepas ini.
Terngiang-ngiang kata-kata yang terbit di mulut Dr. Najwa malam tadi. Ya Allah, memang besar dugaan yang telah KAU berikan kepadaku. Baru hendak mengecapi bahagia, ada dugaan lain yang menjengah dalam hidupku.
Semalam tidurnya tidak lena seperti hari-hari biasanya. Bila nak tidur, kepalanya tiba-tiba memikirkan kata-kata Dr. Najwa.
Dhia mengiring sedikit ke tepi sambil memandang luar tingkap. Dirinya yang kecewa dengan tikaman daripada Muhd Razree bertambah kecewa dengan kenyataan yang diterimanya daripada Dr. Najwa.
Entah apalah reaksi abang bila tahu semua ini. Patut ke tidak aku beritahu suamiku tentang perkara ini selepas dia pulang dari Dubai bersama nenek hari ini? Soalnya dalam hati.
Tidak! Perkara ini perlu dirahsiakan daripada semua orang. Biarlah dia dan doktor sahaja yang tahu hal ini. Dia tidak mahu orang yang disayangi kecewa.
Berapa kali dia menangis dalam beberapa hari ini. Hampir bengkak matanya.
“Abang, baliklah cepat. Dhia rindu.”ujarnya dengan nada tersedu-sedan.
“Assalamualaikum puan…Maaf masuk tanpa mengetuk pintu. Saya masuk bilik  bukan nak menganggu puan tapi saya nak maklumkan puan tentang sesuatu.” Ucapnya setelah dia masuk ke bilik isteri Raymi Zikri. Pintu yang tertutup rapat sebelum dia masuk direnggangkan.
Jamil? Dhia tersentak. Tubuh Dhia kembali lurus. Matanya merenung Jamil yang nampak agak kelam-kabut itu. Walaupun begitu dia agak bersyukur kerana pembantu Puan Khadijah sudi menjaganya disini.
“Waalaikumsalam Jamil. Tak apa. Penting sangat ke hal tu dengan saya?”
“Mungkin perkara tu tidak penting bagi puan tapi bagi pihak hospital memang sangat penting. Hanya puan yang boleh selesaikannya.” suara Jamil berubah serius.
Berkerut dahi Dhia mendengarnya. “Cakaplah apa dia.”
“Semalam Encik Razree jerit nama puan sampai semua pegawai polis dikeliling Encik Razree tak tahu nak buat apa dah.”
Dhia terdiam. Abang Raz jerit nama aku? Huh, menyesallah tu sebab tikam perut aku. Padan muka dia! bibirnya dicemikkan tanda meluat.
“Saya tak nak ada kaitan dengan dia lagi. Awak keluarlah. Saya nak berehat.”
“Tapi puan…” Jamil jadi gelisah. Pihak hospital sudah berapa kali berpesan kepadanya supaya memujuk Dhia bercakap dengan Muhd Razree. Tapi apa yang dia terima saat ini? Hurm…apa yang aku patut buat ya? Fikirnya dalam hati.
“Jangan buat saya bertambah tertekan, Jamil. Tolong berikan saya peluang untuk berehat. Apa yang berkaitan dengan dia saya takkan ambik kesah lagi. Cukuplah dia jadikan saya begini.”
“Dhia…”
Tubuh Dhia terkaku saat itu. Jamil berpaling ke belakang. Tidak sangka lelaki yang dibenci isteri majikannya sanggup datang ke bilik ini dengan berkerusi roda!
Muhd Razree ditemani beberapa orang pegawai dan seorang jururawat lelaki bagi menjaga lelaki itu agar tidak melarikan diri. Muhd Razree sekarang dibawah tahanan polis jadi apa yang lelaki itu buat atau lakukan, pihak polis akan mengawasi tingkah laku Muhd Razree.
“Aku nak kau keluar dari bilik ini sekarang Jamil. Jangan ganggu perbualan aku.” bergetar suara Muhd Razree selepas pegawai polis dan jururawat diarahkan menunggu diluar dengan arahannya. Sejenak dia merenung wajah Dhia yang pucat. Bekas kekasihnya itu tampak murung dan bersedih. Tapi sebab apa? Takkan disebabkan dia kot?
Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh tetapi dia datang ke sini untuk meminta maaf. Sejak malam tadi jiwanya tidak tenang selagi tidak mendapat kemaafan daripada Dhia. Dia tahu salahnya menikam adik iparnya itu.
“Kau tak ada hak nak suruh dia keluar dari bilik ini tanpa arahan aku. Jamil, awak stay di sini. Jangan ke mana-mana selagi dia ada kat sini.”
Jamil keliru. Mana satu yang dia harus ikut. Puan Dhia atau Muhd Razree?
“Jamil…” Bergetar suara Muhd Razree sekali lagi.
“Jamil, awak penjaga saya jadi awak kena ikut cakap saya!” tegas dan serius sahaja riak wajah Dhia tatkala menuturkan kata. Dia sengaja menyuruh Jamil menjaganya disini. Dia bimbang Muhd Razree akan mengapa-apakan dirinya. Sudahlah emosi dan mental lelaki itu tidak berapa stabil.
Jamil menunduk. Akhirnya dia memilih untuk mengikut kata-kata Puan Dhia. Betul juga kata Dhia. Raymi Zikri telah mengarahkannya menjaga Dhia dengan sebaik mungkin jadi dia tidak boleh sewenang-wenangnya menurut arahan yang diberikan Muhd Razree. Tak pasal-pasal gajinya kena potong nanti!
“Kau nak apa datang sini? Nak tikam aku lagi?” bentak Dhia kasar. Ada nada sindiran di situ.
Muhd Razree menundukkan wajahnya. Tidak sangka Dhia akan berkata begitu kepadanya. Terpaksalah dia menadah telinga mendengar apa yang gadis itu katakan padanya.
“Tak nak jawab? Huh, memang baguslah pegawai polis ada dengan kau sekarang. Tak payahlah aku takut apa kau nak buat pada aku lepas ni.” ejeknya.
“Dhia, Abang Raz mintak maaf atas apa yang berlaku dua hari lepas. Abang tak ada niat nak...”
Belum sempat Muhd Razree menghabiskan kata-katanya, Dhia pantas mencelah.
"Kau tak ada niat nak tikam aku? Macam tu? Habis tu ayat yang kau luahkan pada aku sebelun kau tikam perut aku bukan niat kaulah ya? Dasar lelaki penipu! Tolol, bodoh!” jeritnya kuat. Jamil yang berada disisinya tersentak.
Muhd Razree yang tidak jauh daripada Dhia terpana dengan jeritan itu. Kesatnya kata-kata Dhia terhadapnya. Terhiris jiwanya.
“Abang Raz mintak maaf Dhia. Abang buat semua itu sebab Abang Raz tak dapat terima hakikat yang Dhia dah kahwin dengan Ray.”
Dhia mencemuh. “Maaf kau tak dapat mengubah perut aku kepada asal. Ucapkanlah berapa kali kata maaf pada aku jangan harap aku akan terima kemaafan kau!”
Dhia tarik nafas panjang sebelum air matanya bergenang. “Disebabkan kau tikam perut aku, aku tak dapat lahirkan zuriat untuk suami aku. Tahniah sebab berjaya buat kebahagiaan aku punah dalam sekelip mata. Tahniah Muhd Razree. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau berambus dari sini. Berambus!” Teriaknya bagai orang hilang akal.
Terangkat bahu Muhd Razree apabila mendengar kata-kata Dhia. Semakin tertekan jiwanya sekarang ini.
“Abang Raz akan keluar dari bilik Dhia tapi Abang Raz nak Dhia tahu Abang Raz takkan berhenti berdoa untuk mendapat kemaafan daripada Dhia walaupun Abang Raz akan berada di penjara selepas ini untuk jangka masa yang lama.”
“Aku kata berambus, berambus!!”jerkah Dhia. Tiba-tiba perutnya berasa senak.
“Ya Allah…sakitnya…” Dhia mula merintih. Air matanya kembali mengenang. Jururawat lelaki yang ditugaskan menjaga Muhd Razree keluar dari bilik Dhia dan bergegas memanggil doktor pakar yang selama ini menjaga Dhia.
“Puan…” Jamil mula beriak risau.
“Dhia…” Muhd Razree sekali lagi terpana. Kepalanya didongakkan.
What the hell is this?!!”
Jamil dan Muhd Razree sama-sama berpaling ke belakang. Terkejut barangkali kerana suara yang tidak terduga itu.

Selasa, 27 Januari 2015

BAB 26 (Tajuk? Biarlah Rahsia) - PART 2





Puan Khadijah berusaha keras membuka ikatan tali yang diikat Muhd Razree namun siapalah dia untuk berbuat demikian. Dia tiada kekuatan untuk membuka ikatan tersebut. Sampai hati Muhd Razree membuatnya begini.
            Salahnya juga kerana bercakap dengan Raymi Zikri tentang perkahwinan diantara dia dan Dhia di depan pintu bilik hotel yang dia menginap sekarang ini jika tidak pasti Muhd Razree tidak akan melakukan perkara sebegini terhadapnya.
            Jam dinding sudah menunjukkan pukul lapan malam. Mujur dia boleh membuka lampu bilik yang berada di tepi katil dengan mulutnya yang ditutup dengan kain telekung miliknya.
            ‘Laparnya Ya Allah. Siapalah yang boleh bantu aku sekarang ni? Jamil dahlah balik Malaysia dengan cucu tak guna tu. Aku sorang-sorang aje dekat sini. Bantulah hambaMu ini mengisi perutku yang sudah berapa jam kosong tanpa sebarang makanan dan minuman.’doanya.
            Dia bersandar lemah di belakang katil. Pintu utama dipandang sayu. Tak ada siapa pun yang ketuk bilik aku ni. katanya dalam hati.
            Telefon bimbit yang berada di dalam begnya
            Matanya beralih pandang keseluruhan bilik yang dia tinggal tiba-tiba matanya tajam kearah telefon hotel yang tidak jauh dari sisinya. Dia mula berfikir. Ada baiknya dia telefon Raymi Zikri di Malaysia. Mana tahu cucu bongsunya itu akan menolongnya keluar dari hotel ini dan pulang ke Malaysia esok?
            Tapi macam mana nak telefon kalau tangan berikat?
            Puan Khadijah mengeluh panjang sebelum dia mendapat satu akal. Walaupun cara ini boleh mengotorkan telefon hotel tapi itu sahajalah cara terbaik yang dia ada setakat ini. Kakinya mula menghampiri telefon tersebut. Mulutnya dibuka besar sebelum dia mengigit bahagian tengah telefon itu dan perlahan-lahan dia meletakkan ke tepi.
            Alhamdulilah, boleh jugak. Puan Khadijah bersyukur. Cepat-cepat dia menundukkan mukanya. Ditekan nombor telefon Raymi Zikri satu persatu menggunakan hidungnya. Memang agak payah namun ini sajalah yang dia mampu setakat ini.
            Tut… tut…Tut…
Puan Khadijah tersenyum lebar.
            Tahulah nasib kau Raz kalau aku balik Malaysia nanti. Dasar cucu tak guna! Rengusnya dalam hati.
            Raymi Zikri yang sudah keluar dari hospital mengerutkan dahi tatkala telefonnya berdering nyaring. Dia berhenti di tepi jalan. Telefon bimbitnya diperhatikan lama. Nombor siapa pulak ni? Kod number lain macam aje. soalnya dalam hati.
            “Hello…” Mendatar sahaja suara Raymi Zikri memulakan perbualan. Baru bangun dari tidur
            “Ray, datang ke sini tolong nenek. Tangan nenek diikat Abang Raz. Nenek tak terdaya nak makan dan minum. Tak ada sesiapapun yang tolong nenek kat sini.”
            Nenek? Astagfirullahalazim…mengucap panjang Raymi Zikri mendengar keluhan neneknya. Patutlah dia tak nampak pun kelibat nenek dalam kereta waktu Muhd Razree balik. Kesian nenek.
            “Nenek, bawak bersabar ya. Ray akan datang ke sana secepat yang boleh. Nenek bagi nombor telefon pihak pengurusan hotel nanti Ray telefon mereka.”
            Puan Khadijah menyebut satu persatu nombor telefon hotel yang dia menginap ini walaupun tekaknya agak perit.
            “Terima kasih, Ray. Hanya kamu yang boleh bantu nenek. Kalau tak ada kamu, susah nenek nak balik Malaysia.” Puan Khadijah menangis. Itu yang dia dapat zahirkan kepada Raymi Zikri sekarang apa yang berlaku pada dirinya.
            “Sama-sama, nenek. Nenek berehat dulu. Ray nak telefon pihak pengurusan hotel supaya nenek dapat makan dan minum seperti biasa. Assalamualaikum…”
            “Waalaikumsalam.” Bergetar suara Puan Khadijah menjawab. Bersyukur dia mempunyai cucu seperti Raymi Zikri. Walaupun cucu bongsunya itu agak nakal dan ego tetapi dia mempunyai sikap ambil berat yang luar biasa. Memang tidak salah dia menjodohkan cucu lelakinya itu dengan Dhia yang kurang kasih sayang sebelum ini. Dapatlah gadis itu merasai bagaimana caringnya Raymi Zikri.

Malam itu, Raymi Zikri datang semula ke hospital sambil ditemani Jamil. Pembantu neneknya itu akan menghantarnya ke KLIA selepas ini. Terpaksalah dia bergerak ke Dubai malam ini. Yalah, lambat ke sana merajuk pulak nenek dengannya nanti.
            Mujur pihak hospital membenarkannya masuk menziarahi Dhia kalau tidak memang kempunan dia hendak melihat wajah cantik Dhia.
            Petang tadi nasib baik dia telefon pihak pengurusan hotel yang nenek tinggal sekarang ini jika tidak memang dia akan menyesal seumur hidup! Kenapalah Abang Raz sanggup mengikat nenek tanpa berfikir panjang? Tak hormat orang tua langsung!
            Patutlah bila balik Malaysia Abang Raz macam orang gila! Tak pasa-pasal Dhia yang kena ‘habuannya’. Janjinya selepas ini dia tidak akan membiarkan Muhd Razree mendekati isterinya lagi.
            “Saya harap sepanjang ketiadaan saya ni, Jamil boleh tolong jagakan isteri saya. Jangan bagi sesiapapun datang mendekat terutama sekali Muhd Razree dan Salina.”
            “Baik, Encik Raymi. Insyallah saya cuba yang terbaik menjaga keselamatan Dhia.”
            Raymi Zikri mengusap kepala Dhia dengan kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi. Sampai sekarang isterinya itu tidak membuka mata. Dia mengalih pandangan ke perut Dhia yang dibalut dengan kaki putih. Makin simpati dirinya dengan keadaan isterinya.
            “Jamil, awak keluar dulu. Saya nak bersama-sama dengan isteri saya sekejap.” Raymi Zikri memegang tangan isterinya sambil m
            Jamil mengangguk. “Baik, Encik Raymi.” Dia terus keluar dari bilik tanpa sebarang bantahan.
            Sebaik pintu bilik wad ditutup, Raymi Zikri duduk di bangku yang disediakan pihak hospital. Tangannya tidal lekang memegang tangan mulus Dhia.
            “Sayang, sebelum abang berangkat ke Dubai sayang bukalah mata. Abang nak sangat tengok sayang membalas pandangan mata abang macam sebelum-sebelum ini. Abang rindu nak dengar suara Dhia, sayang.” Dikucup tangan Dhia dengan penuh kasih sayang.
            “Abang…err…” suara Dhia bergema jugak akhirnya. Tubuhnya bergerak sedikit.
            Raymi Zikri terpana bercampur teruja. “Sayang…” meleret suaranya memanggil isteri tercinta. “Sayang dah bangun.”
            Dhia tersenyum nipis. “Dhia dah bangun tadi cuma tertidur balik. Rindunya Dhia pada abang.” Dhia memberanikan diri memegang pipi Raymi Zikri.
            “Abang pun rindu pada sayang. Rindu abang pada sayang melebihi segala-galanya.”
            “Boleh bangunkan Dhia? Dhia bosanlah asyik berbaring aje.” sungutnya.
            “Sayang tak boleh bangun lagi. Perut sayang kan masih sakit lagi. Abang lagi suka sayang baring aje. Ini untuk kesihatan sayang jugak.”
            “Tak boleh bangun ya. Hurm…bosannya. Abang meh dekatkan sikit muka abang. Dhia nak cium muka abang sepuas-puas hatinya.” Dhia berubah manja.
            “Ciumlah abang sepuas-puasnya. Abang tak kesah pun sebab kejap lagi abang nak berangkat ke Dubai.”
            “Abang nak ke Dubai? Abang nak tinggalkan Dhia?” Dhia buat muka sedih.
            “Hesy, ada pulak cakap macam tu. Abang pergi ke Dubai nak ambik neneklah sayang. Sian nenek sorang-sorang kat sana. Itu yang abang datang nak jumpa sayang ni. Nasib baik sayang bangun kalau tidak termimpi-mimpi abang dalam kapal terbang nanti.”
            Dhia ketawa kecil namun ketawanya itu tidak lama. Perutnya kembali sakit. “Auch, abang…perut Dhia sakit.”
            Raymi Zikri berasa simpati dengan keadaan isterinya itu. “Sayang rehat ajelah. Abang tak dapat cakap lama dengan sayang. Flight abang pukul 10. Lambat nanti terlepas penerbangan abang.”
            “Abang nak pergi dah ni. Jamil dah tunggu kat luar tu. Sayang jaga diri baik-baik ya. Insyallah esok malam kita jumpa balik ya.”
            “Sekali aje bang. Dhia nak peluk abang.”rengeknya
            “Okey, okey, Peluklah abang puas-puas tapi jangan kuat sangat nanti perut sayang sakit lagi.” Raymi Zikri mengangkat sedikit tubuh badan Dhia lalu dia memeluk isterinya itu.
            “Dhia sayang abang sangat-sangat.” Dhia tidak rasa malu lagi. Biarlah, mereka kan suami isteri. Apa nak dimalukan lagi.
            Raymi Zikri tersentuh hati. Segera dia meleraikan pelukan dan mengucup dahi Dhia. “Abang pergi dulu ya. Jangan nakal-nakal and behave yourself.” Tekannya dengan nada serius.
            Air matanya jatuh bergenang sebelum dia menganggukkan kepala. Sedihnya dia apabila suami tercinta bakal meninggalkan dirinya walaupun tidak sampai 24 jam. Bukan apa, dia takut kalau-kalau Muhd Razree datang menganggu dirinya dalam beberapa jam ini. Sudahlah bilik Muhd Razree tidak jauh dari biliknya.
            “Bye abang…” ujar Dhia dengan nada kecewa.
            “Bye sayang…”
            Raymi Zikri melangkah keluar dari bilik setelah semuanya selesai. Dapatlah dia menaiki kapal terbang dengan senang hati selepas ini.
            Dhia melemparkan pandangan di muka pintu bilik wad dengan hati yang kecewa yang dia duduki sebelum dia berbaring semula. Baru matanya hendak dipejamkan, salah seorang doktor pakar di hospital ini datang bertemunya.
            “Puan, sebelum Puan berehat semula ada sesuatu yang Puan perlu tahu.” Kata doktor pakar yang bernama Dr. Najwa itu. Dia tahu nama doktor itu pun menerusi tag nama yang dipakainya.
            “Adakah ‘sesuatu’ itu berkaitan dengan sesuatu yang baik?” Dadanya berdebar. Mintak-mintalah jangan ada sesuatu yang buruk berlaku dengan diriku ini. desisnya dalam hati.
            “Memang sesuatu yang baik, Puan dan ada jugak yang boleh mengecewakan hati Puan.”
            “Mengecewakan hati saya? Aaa…apa dia doktor?” bergetar Dhia bertanya.
“Kesan daripada tikaman yang dilakukan Encik Muhd Razree terhadap Puan telah menyebabkan Puan sukar untuk mengandung selepas ini.”
“Aaa… apa?” Nada suara Dhia bertukar rentak. Serta-merta air matanya jatuh lagi.


Jumaat, 23 Januari 2015

BAB 26 (Tajuk? Biarlah Rahsia) PART 1




Abang… Dhia mintak maaf atas segala-galanya. Mungkin perkahwinan kita tak seperti orang lain tapi Dhia err...bahagia.” Terketar-ketar mulutnya berkata. Dia memejam mata menahan sakit yang amat perit di perutnya.
Raymi Zikri bertindak mengenggam tangan Dhia lalu dikucup berapa kali. “Sayang, tolong jangan tinggalkan abang. Abang tak mampu kalau sayang tinggalkan abang sekarang. Abang sayangkan sayang. Sangat sayang. Tolonglah bertahan demi abang, please...” Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Deras air matanya sehingga menjadi merah.
“Abang…Dhia cinta abang dari dunia sampai…aaa akhirat.” Dia tidak dapat tahan lagi. Mungkinkah ini kali terakhir dia melihat dunia dan suami tercinta? Matanya tidak larat untuk terus menatap sebening mata Raymi Zikri yang sedang menangis di hadapannya.
“Abang, selamat err… tinggal.” Itu ucapannya yang terakhir sebelum dia menutup mata.
“Sayang!!!” sekali lagi dia menjerit dengan sekuat hati. Dia bagai hilang arah sehingga matanya turut sama terpejam.
 “Abang Ray, Abang Ray!”
Raymi Zikri tersentak apabila tubuhnya digoncang. Matanya yang terpejam sejak Dhia dimasukkan ke wad mula terbuka luas. Dia bermimpi rupanya. Tidak sangka dia tidur terlalu lama di hospital ini.
Alhamdulilah, dengan izin Allah SWT, Dhia masih hidup walaupun ditikam abang kandungnya. Itu kata salah seorang doktor pakar yang merawat isterinya tadi. Jika isterinya meninggalkan dirinya di dunia ini, entah apa yang akan jadi pada dirinya.
Abang Raz pula sekarang ini turut berada di dalam wad cuma abang kandungnya itu dikelilingi dengan beberapa pegawai polis disebabkan cubaan membunuh Dhia. Nasib baik Amira cepat-cepat bertindak telefon polis.
“Abang Ray, apa Abang Ray buat kat sini?” tanya Sally dengan suara yang teragak-agak. Sejujurnya dia berdebar-debar bertemu lelaki ini semula setelah Raymi Zikri menghalaunya keluar dari rumah.
Wajahnya diraup perlahan sebelum dia mengerling ke tepi. Suara yang memanggil namanya seperti suara seseorang yang pernah dikenalinya sebelum ini.
Salina?
“Apa tujuan kau datang ke sini?” marahnya. Dia bangun dari tempat duduk bersebelahan dengan bilik yang menempatkan bilik isterinya.
Mata Salina terkebil-kebil apabila Raymi Zikri memarahinya di depan orang awam. Dalam hati rasa nak ketawa kerana Raymi Zikri bertanya soalan sebegitu kepadanya. Rasanya tidak salah dia datang ke hospital ini menemani rakan karibnya, Damia menderma darah. Bukannya Raymi Zikri owner hospital ini pun sampai dia tak boleh datang sini!
“Sally rasa tak salah pun Sally datang ke sini. Abang Ray jangan ingat Sally datang sebab nak jumpa Abang Ray. Ini pun Sally terpaksa gerakan Abang Ray dari tidur sebab abang tidur berdengkur!”
Raymi Zikri jadi malu sendiri. Dia berdengkur ya? Dia tersenyum dalam hati. Ingatkan gadis di hadapannya ini mahu berjumpa dengannya. Rupanya dia salah tafsir tapi dia takkan tunjukkan malunya di depan gadis ini. Dia pun ada maruah jugak!
“Terima kasihlah sebab kejutkan aku dari tidur. So, apa tunggu lagi? Sila pergi dari sini ya.” Sinis nada suaranya sehingga Salina jadi teragak-agak untuk meneruskan apa yang ingin dikatakan pada Raymi Zikri.
“Boleh Sally tahu apa abang buat kat sini?” Takut-takut dia bertanya.
“Aku temankan isteri tersayang aku kenapa?” Raymi Zikri membalas kasar. Malas sebenarnya mahu berbuat baik dengan Salina.
Salina terkaku. Matanya sekali lagi terkebil-kebil. “Abang err…dah kahwin? Tapi mengapa err… Sally tak tahu langsung?” Argh, sudah. Baru hendak memujuk Raymi Zikri supaya menjadi kekasihnya semula tup tup lelaki ini sudah pun berkahwin.
Kahwin dengan siapa jangan cakaplah. Semestinya Dhia kan?
“Rasanya kau tak perlu tahu apa yang terjadi dalam kehidupan aku sekarang ini. Kau dan aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Dahlah, duduk berlama kat sini buat hati aku panas aje. Baik aku balik lagi bagus dari tengok muka kau huh.” Raymi Zikri merengus. Memang dia tidak boleh duduk disini terlalu lama jika Salina ada di sini. Bikin hatinya panas sahaja.
Raymi Zikri tanpa menunggu lagi terus meninggalkan Salina disitu keseorangan.
“Sampai hati abang kahwin dengan Dhia tanpa beritahu Sally. Sally sayangkan Abang Ray tapi kenapa Abang Ray tak pernah nak hargai rasa sayang Sally pada Abang Ray?” Dia menangis. Kecewanya dia dengan sikap Raymi Zikri. Hebat sangatkah Dhia sampai dirinya langsung tidak dipandang?
“Sally, siapa tadi tu?”
Salina tersentak apabila mendengar suara teman karibnya di belakang. Dia cepat-cepat menepis airmatanya kemudian berpaling ke belakang.
“Dia tulah yang bagi aku lima ribu ringgit hari tu.”
“OMG…lelaki tu ke yang bagi duit ribu-ribu kat kau? Maknanya dia tergolong dalam lelaki kayalah ni? Wah, best lah kau dapat kenal dengan dia. Kalau dapat kat aku memang aku takkan lepaskan mamat tu.”
“Dia dah kahwin, Mia dan aku dah tak ada peluang lagi untuk tambat hati dia.” keluhnya.
“Ayat macam sedih aje. Tak apa, tak apa. Kat kelab kan banyak lelaki yang kaya. Kau jangan risau. Nanti aku carikan untuk kau. Mana tahu lelaki yang aku cari tu lagi hebat daripada mamat tadi tu. Jangan sedih-sedih okey? Malam ni kita enjoy kat kelab. Aku tak sabar nak tengok kau menyanyi kat pentas malam karang. Mesti gempak punya.”
Mengingatkan tanggungjawabnya sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, Salina tersenyum senang. Betul jugak cakap Damia. Buat apa dia perlu bersedih Raymi Zikri meninggalkannya. Banyak lelaki lain yang lebih macho dan maskulin boleh didapati di kelab yang dia kerja sekarang.
“Jomlah, kita gerak sekarang. Dah pukul 4 petang ni. Nanti bos marah pulak kalau lambat check in.” Dia kerling telefon bimbitnya.
“Jom!”

Puan Khadijah berusaha keras membuka ikatan tali yang diikat Muhd Razree namun siapalah dia untuk berbuat demikian. Dia tiada kekuatan untuk membuka ikatan tersebut. Sampai hati Muhd Razree membuatnya begini.
            Salahnya juga kerana bercakap dengan Raymi Zikri tentang perkahwinan diantara dia dan Dhia di depan pintu bilik hotel yang dia menginap sekarang ini jika tidak pasti Muhd Razree tidak akan melakukan perkara sebegini terhadapnya.
            Jam dinding sudah menunjukkan pukul lapan malam. Mujur dia boleh membuka lampu bilik yang berada di tepi katil dengan mulutnya yang ditutup dengan kain telekung miliknya.
            ‘Laparnya Ya Allah. Siapalah yang boleh bantu aku sekarang ni? Jamil dahlah balik Malaysia dengan cucu tak guna tu. Aku sorang-sorang aje dekat sini. Bantulah hambaMu ini mengisi perutku yang sudah berapa jam kosong tanpa sebarang makanan dan minuman.’doanya.
            Dia bersandar lemah di belakang katil. Pintu utama dipandang sayu. Tak ada siapa pun yang ketuk bilik aku ni. katanya dalam hati.
            Telefon bimbit yang berada di dalam begnya
            Matanya beralih pandang keseluruhan bilik yang dia tinggal tiba-tiba matanya tajam kearah telefon hotel yang tidak jauh dari sisinya. Dia mula berfikir. Ada baiknya dia telefon Raymi Zikri di Malaysia. Mana tahu cucu bongsunya itu akan menolongnya keluar dari hotel ini dan pulang ke Malaysia esok?
            Tapi macam mana nak telefon kalau tangan berikat?
            Puan Khadijah mengeluh panjang sebelum dia mendapat satu akal. Walaupun cara ini boleh mengotorkan telefon hotel tapi itu sahajalah cara terbaik yang dia ada setakat ini. Kakinya mula menghampiri telefon tersebut. Mulutnya dibuka besar sebelum dia mengigit bahagian tengah telefon itu dan perlahan-lahan dia meletakkan ke tepi.
            Alhamdulilah, boleh jugak. Puan Khadijah bersyukur. Cepat-cepat dia menundukkan mukanya. Ditekan nombor telefon Raymi Zikri satu persatu menggunakan hidungnya. Memang agak payah namun ini sajalah yang dia mampu setakat ini.
            Tut… tut…Tut…
Puan Khadijah tersenyum lebar.
            Tahulah nasib kau Raz kalau aku balik Malaysia nanti. Dasar cucu tak guna! Rengusnya dalam hati.
           

Rabu, 21 Januari 2015

BAB 25 (Tajuk? Biarlah Rahsia)




Makanan yang dihidang Dhia langsung tidak berusik. Apa yang menjadi perhatiannya sekarang adalah isterinya itu. Setiap suapan yang masuk ke mulut Dhia menjadi santapannya sehingga isterinya itu pelik dengan tingkah lakunya.
“Abang kenapa tak makan?” Terhenti suapan di mulut Dhia tatkala dia melihat nasi dan lauk-pauk di pinggan Raymi Zikri tidak berusik.
Raymi Zikri menongkat dagu dengan mata yang tidak berkelip memandang Dhia. “Abang rasa perut abang tiba-tiba kenyang tengok sayang makan. Berselera betul abang tengok sayang suap nasi tu.”
Dhia mengeluh perlahan. Seleranya tiba-tiba merundum apabila suaminya berkata begitu. Susah payah dia menyiapkan hidangan malam untuk suami tercinta namun suaminya itu langsung tidak mahu makan.
“Dhia suapkan abang makan ya.” Dhia mengambil sedikit nasi dan sambal ikan lalu disuap ke mulut suaminya. Dia tidak boleh membiarkan suaminya tidak makan.
Tidak berkalih anak mata Raymi Zikri memandang Dhia tatkala nasi masuk ke dalam mulutnya. Malu-malu Dhia apabila dipandang begitu.
“Sedap?”soalnya.
Raymi Zikri merasa masakan pertama yang dibuat isterinya. Hurm, boleh tahan walaupun ada rasa manis kat sambal itu. “Sedap…pandai isteri abang masak.” Dia mengambil peluang dengan mengusap pipi Dhia dengan manja.
Dhia terkaku. Dadanya jadi berdebar-debar apabila diusap begitu. Tambah-tambah lagi yang mengusap pipinya adalah suaminya sendiri, makin berdebar-debarlah hatinya.
“Abang, nanti pembantu rumah tengoklah.” gelisah suaranya. Dia berusaha menepis namun tangan suaminya makin ligat memegang keseluruhan mukanya dan bibirnya! Ah, sudah! Apa yang suaminya perlukan darinya sekarang ini? Dia menelan air liur.
Takkan nak buat malam pertama kot? Eei…fikiran aku dahlah bercelaru sekarang ni. Janganlah dia mintak aku jalankan tanggungjawab seorang isteri malam ni. Aku tak bersedia lagi.desis hatinya.
“Dia orang faham kita baru berkahwin. Mestilah nak bermanja.” Raymi Zikri makin ligat. Dia mula menarik kerusi dan mendekati Dhia yang sudah berubah cemas. Tangannya mengusap sekali lagi bibir Dhia yang dicalit dengan lip ice.
“Sayang cantik sangat malam ni.”pujinya dengan nada romantis.
“Abang…janganlah.” Dhia pantas menepis. Dia menyuap kembali nasi yang terbiar beberapa minit tadi. Dia tidak boleh biarkan dirinya terbuai dengan sikap romantis Raymi Zikri.
“Abang nak cium bibir sayang. Sekali aje. Dalam bilik abang cium lagi.” Tiada rasa malu Raymi Zikri pada malam ini. Selamba sahaja dia menuturkan ayat yang berunsur sensual itu.
“Mintak maaf, bang. Dhia tak dapat tunaikan permintaan abang tu. Dhia ke dapur dulu.” Dhia bangun meninggalkan suaminya dan bergegas ke dapur membasuh pinggan. Lama di sini bersama Raymi Zikri, jiwanya boleh rapuh.
Raymi Zikri kecewa. Nampaknya pelakuan romantisnya terhadap Dhia tidak menjadi. Dia memegang poket kirinya yang mengandungi sejenis cecair. Cecair tersebut diletakkan di dalam gelas isterinya lalu dikacau dengan sudu supaya cecair tersebut tidak kelihatan.
“Hanya kau yang boleh bantu aku untuk dapatkan Dhia malam ini, cecair.” katanya seorang diri sebelum dia tergelak kecil.
Setelah itu dia bangun dan mengangkat pinggan dan gelas milik isterinya lalu di bawa ke dapur. Dhia yang perasan kelibat suaminya buat-buat sibuk membasuh pinggan.
“Sayang, sayang lupa nak bawak gelas sayang ke dapur.” Dia unjurkan gelas tyang penuh dengan air sirap itu kepada isterinya.
“Hurm…Dhia lupa. Sorry.” Dhia teragak-agak mengambil gelas itu dari suaminya. Tanpa berfikir panjang, Dhia terus menghirup air sirap itu sebelum membasuh gelasnya.
Raymi Zikri tersenyum panjang. Nampaknya berhasil juga tindakannya memasukkan cecair ke dalam gelas Dhia.
Malam ini akan jadi malam pertama kita sayang. katanya dalam hati dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.


Raymi Zikri membuka mata apabila terasa cahaya menyinari tingkap biliknya. Dia berpaling ke kiri dengan senyuman lebar. Nampaknya Dhia tidak memberontak dengan apa yang dia lakukan semalam.
“Sayang, terima kasih untuk semalam. Abang bahagia sangat.” Dahi Dhia dikucup hangat. Dia benar-benar bahagia dengan apa yang berlaku semalam. Selimut putih yang menutup sebahagian tubuh Dhia dibetulkan.
“Sayang, bangun…” Dia mengusap rambut Dhia.
Dhia membuka mata. Wajah Raymi Zikri hampir mengena mukanya. Tiba-tiba dia menangis. Dalam pukul tiga pagi tadi dia sedar-sedar dirinya tidak berbaju. Mahu sahaja dia menjerit saat pada Raymi Zikri yang dia tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab yang satu itu namun apabila dia melihat wajah Raymi Zikri yang sedang enak dibuai mimpi, dia jadi tidak sampai hati untuk memarahi suaminya. Tak ada guna untuk dia berterusan memarahi suaminya kalau perkara itu sudah pun terjadi.
“Abang bahagia? Dhia tak bahagia langsung.” Dhia pantas bangun dari pembaringan dan turun dari katil bersama selimut yang membaluti tubuhnya semalam. Air matanya tiba-tiba mengalir deras.
“Sayang, maafkan abang sebab buat Dhia macam tu. Abang bukan sengaja nak pengsankan Dhia. Abang terpaksa sayang.”
“Abang tak boleh tanya Dhia dulu ke? Kita bukan kahwin dengan terpaksa tau. Kita kahwin atas dasar suka sama suka. Tak salah kan mintak dengan cara baik?”marahnya tanpa sedikit pun berpaling pada Raymi Zikri yang termangu di atas katil.
Raymi Zikri mengeluh perlahan. Dia turun dari katil dan menghampiri Dhia yang berada di depan tingkap lalu memeluknya erat. “Abang mintak maaf sayang. Abang tahu abang salah. Abang buat semua ini sebab abang nak Abang Raz tahu yang Dhia adalah milik abang luar dan dalam. Sayang ingat abang tak tahu Abang Raz ada call dan mesej Dhia semalam?”
“Abang tahu?” Dhia memandang tajam suaminya. Dadanya berdebar. Takut jika dia akan dimarahi dengan teruk.
“Abang wajib tahu sayang. Nasib baik abang kelar tangan abang semalam. Kalau tidak dah lama Dhia jadi janda.”sempat lagi dia membuat gurauan.
“Abang…please jangan sebut pasal kelar tangan tu. Dhia tak nak abang mati awal. Dhia sayang abang.” Dhia membalas pelukan suaminya.
Raymi Zikri tersenyum lebar. Akhirnya dia berjaya meruntun perasaan Dhia.
“Abang pun sayang Dhia. Sayang sangat-sangat. Sayang abang lebih hebat daripada Abang Raz. Dah, jangan menangis ya. Nanti abang pun akan sedih jugak.”
Dhia mengangguk.

Lewat petang itu, kereta Mercedes Benz milik Puan Khadijah tiba di perkarangan rumah. Dada Dhia bergetar hebat. Jika kereta itu muncul di rumah ini maknanya Muhd Razree sudah pulang ke rumah.
“Abang, Dhia rasa Dhia tak bersedia untuk semua ini. Dhia betul-betul tak mampu nak bertemu Abang Raz. Izinkan Dhia masuk dalam bilik dulu.” pinta Dhia perlahan. Dia berpaling ke belakang, berkira-kira untuk naik ke bilik.
Dhia nak masuk bilik? Takkanlah dia sorang-sorang aje kat sini? Raymi Zikri sudah jadi tidak tentu arah. Baru dia bercadang untuk memperkenalkan Dhia sebagai isterinya di depan Muhd Razree.
Habislah. Apa yang patut aku buat ni? bisik hatinya bimbang.
Kereta Puan Khadijah berhenti di hadapannya. Raymi Zikri berpaling ke belakang dengan muka yang berkerut risau.
“Ehem, ehem…Assalamualaikum…” ucapan salam diberikan sebaik sahaja Muhd Razree keluar dari kereta. Sempat juga dia mengerling tajam ke belakang memandang Jamil yang berdiri tegak di belakangnya dengan wajah takut-takut.
Jamil yang perasan anak mata Muhd Razree memandangnya tergesa-gesa mengeluarkan barang milik Muhd Razree dari dalam bonet kereta. Dia tidak berani menatap anak mata lelaki itu walauapun sesaat cuma.
Raymi Zikri tidak boleh bersabar lagi. Dia mesti mendapatkan Dhia dan menunjukkan pada abang kandungnya itu Dhia adalah miliknya, haknya!
Muhd Razree terkedu apabila salamnya tidak dijawab. Dia berdehem seketika sebelum wajahnya diseriuskan semula.
“Sayang…” Raymi Zikri berlari anak mendapatkan Dhia yang sudah meniti anak tangga kedua.
Dhia tersentak. “Abang kan Dhia dah cakap Dhia tak mampu nak bertemu Abang Raz.”
“Ikut abang.” Raymi Zikri tidak mempedulikan kata-kata Dhia sebaliknya dia menarik lengan Dhia dan bersatu dengan lengannya. “Abang ada, jangan takut.” Serius sahaja suaranya.
“Abang…” bergetar suara Dhia menjawab. Hampir menangis dia disitu.
Raymi Zikri tidak menjawab sebaliknya dia memeluk bahu Dhia dengan erat. Dia mahu tunjukkan pada Muhd Razree yang Dhia sudah menjadi miliknya yang sah.
“Abang, macam mana dekat Dubai. Best?” tanya Raymi Zikri saat mereka bertemu empat mata dengan Muhd Razree. Suaranya sengaja diceriakan bagi memberi gambaran yang sedang bahagia menjalani kehidupan rumahtangga bersama Dhia.
Soalan Raymi Zikri dibiarkan sepi. Mata Muhd Razree tajam memandang tangan Raymi Zikri yang erat memeluk bahu Dhia. Cemburunya datang berganda-ganda.
Dhia yang perasan dirinya diperhatikan cepat-cepat menundukkan wajah. Tidak berani dia bertentang mata dengan insan yang pernah menjadi kekasih hatinya.
“Abang nak ke dapur.” Hambar sahaja kata-kata Muhd Razree. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu olehnya. Rasa sakit hatinya akan terbalas selepas ini.
Raymi Zikri dan Dhia sama-sama tercengang. Kenapa dengan Abang Raz? Tiba-tiba saja nak ke dapur.
Tolong!!”teriak Amira dari dapur.
Raymi Zikri dan Dhia yang duduk di meja sama-sama terkejut dengan jeritan Amira. Apa yang tak kena kali ini? Mereka bingkas bangun dan bergegas ke dapur.
“Kenapa Amira?” tanya Raymi Zikri setelah dia menghampiri pembantu rumahnya yang terduduk di depan pintu dapur. Riak wajahnya penuh bimbang dan risau.
Amira tidak menjawab sebaliknya dia menekupkan wajahnya.
Dhia disisi suaminya meliarkan matanya memandang sekeliling. Rasanya tak ada apa yang berlaku di dapur ini. Tapi dia hairan, mana pula Abang Raz pergi? Tadi kata nak pergi dapur. Takkan Abang Raz keluar dari pintu belakang kot?
“Amira, Encik Raz mana?” Kali ini Dhia pula yang menyoal.
“Aah, Amira. Abang saya mana? Tadi dia kata dengan saya dia masuk dapur tapi saya tak nampak pun kelibat dia.”
Amira tetap diam. Bibirnya mengeletar sahaja.
“Amira, saya tanya ni jawablah.” Sengaja Raymi Zikri mengeraskan suaranya.
“Abang Raz kat sini.” jawab Muhd Razree tersekat-sekat. Tangannya yang berdarah disandarkan di tepi pintu. Dibiarkan darah itu mengalir jatuh ke atas jubin berwarna krim.
“Ya Allah Abang Raz apa dah jadi ni?” Raymi Zikri bangun mendekati Muhd Razree.
Amira yang terdiam sejak dari tadi terus bangun dan berlari masuk ke biliknya. Dia tidak betah berada di sini walaupun seminit. Kehadiran Muhd Razree begitu menakutkan dirinya. Sanggup lelaki itu mengelar tangan sendiri tanpa berfikir kesan buruk. Muhd Razree benar-benar sudah gila!
“Jangan dekat dengan aku! Aku benci kau!” Muhd Razree menolak kasar tubuh Raymi Zikri hingga lelaki itu jatuh tersembam ke atas jubin.
“Abang bawak bertenang. Kita selesaikan dengan cara baik”ujar Dhia takut-takut.
“Masalah aku boleh selesai kalau aku cucuk pisau ni dekat perut kau. Nah, rasakan!” Tanpa membuang masa lagi dia terus menikam perut Dhia. Tiada langsung belas kasihan dalam dirinya.
“Allah...” Dhia terus jatuh terduduk.
“Sayang!!!” Teriak Raymi Zikri kuat.