Khamis, 6 Jun 2013

BAB 44 PULANGLAH PADAKU



“Lepas ni kau hantar aku kat Palace Hotel. Aku nak tidur sana.”
Selamba sahaja Rayyan Zikri berkata setelah keluar dari kawasan Bandar Tun Razak. Menambahkan rasa jengkel dihati Dhia.
Tadi, mereka sempat singgah di tanah perkuburan Allahyarham Muzaffar Ikram dan Allahyarhamah ibu Halimah usai mengambil ubat di kaunter. Rayyan Zikri mendesaknya untuk berjumpa sekali lagi dengan dua mayat tersebut. Dia terpaksa akur.
Tidak sangka sahabatnya sudi meluangkan masa untuk menyedekahkan al-fatihah kepada dua mayat itu. Dalam hati dia berasa kagum.
Walaupun sahabatnya kurang mendalami ilmu agama tetapi dia yakin suatu hari nanti lelaki ini pasti akan berubah menjadi lebih baik.
“Kau ingat aku drebar kau nak hantar pergi tempat yang kau nak?”sindir Dhia pedas.
Rayyan Zikri langsung tidak terasa. “Tempat mana lagi aku nak tidur selain hotel? Aku nak balik jumpa nenek tapi nenek sampai ke hari ni tak call aku. Marah lagilah tu.”dia mengerling tajam kearah Dhia yang sedang fokus memandu.
“Nenek tak marah kau lagilah.”Mendatar sahaja suara Dhia.
Memang benar, nenek tidak memarahi sahabatnya lagi cuma nenek masih kesal dengan sikap sahabatnya yang masih degil dan tidak mendengar kata.
“Kalau tak marah, kenapa nenek tak call aku? Busy sangat ke nenek sampai tak ada peluang nak call cucu dia ni?”
“Eheh, kenapa pula nenek yang kena call kau dulu? Sepatutnya kau yang call nenek. Dia yang buat salah, orang lain pula yang kena call dulu.”Dhia menjeling.
Rayyan Zikri diam. Betul juga cakap sahabatnya. Ada benarnya dia menelefon nenek dulu. Tunggulah bila dia tiba di Palace Hotel nanti, dia akan bersungguh-sungguh meminta maaf kepada nenek didalam telefon.
“Bila dah sampai hotel, aku call nenek. Kau jangan risau.”kata Rayyan Zikri dengan yakin.
“Buat apa kau nak pergi hotel? Kau balik ajelah rumah nenek.”
“Kau ni…aku seganlah. Lebih baik aku duduk hotel dulu. Bila nenek rindukan aku, baru aku balik kat rumah tu semula.”
“Segan?”Dhia tergelak kecil. “Lelaki macam kau ni nak segan buat apa? Kata lelaki tak takut pada sebarang halangan. Takkan jumpa nenek sendiri pun nak segan? Apalah…”
“Eleh…kau cakap senanglah. Aku yang alami situasi ni. Bukannya kau. Cuba kau ada kat tempat aku mesti kau rasa segan yang amat sangat.”
Dhia mencemik. Ingat dia seoranglah itu yang pernah alami.“Aku pun pernah alamilah. Kau dah lupa ke masa kat wedding bekas suami aku yang aku pergi depan meja makan pengantin tu? Takkan dah lupa kut?”
“Ya tak ya juga. Berani betul kau pergi kat dia orang. Kalau perempuan lainlah…aku rasa bila dah tamat majlis kahwin baru pergi jumpa kut.”
“Haa…dah tu? Jangan cakap aku tak pernah alamilah kan?”kata Dhia dengan riak bangga.
Rayyan tersenyum mengejek. “Yalah, cik Adriana dah mengalaminya.”
“So, where are we? Nak terus ke hotel ke ataupun nak balik rumah nenek?”Tanya Dhia sewaktu mereka berdua melalui kawasan Taman Sungai Besi.
Rayyan Zikri berfikir sebentar sebelum meneruskan bicara. “Aku rasa aku kena balik rumah nenek. Aku dah bertaubat tak nak hancurkan hati nenek lagi.”janjinya penuh yakin.
Dhia terasa mahu menghentikan kereta di tengah jalan raya ini. Stereng kereta dipegang kuat.‘Ray nak balik rumah nenek? Biar betul?!’bisik hatinya.
“Kau dengar ke tak apa aku cakap ni? Kau buat-buat tak dengar, aku tidur kat hotel ajelah malam ni.”gertak Rayyan Zikri. Dia mahu menduga sejauh mana telinga Dhia mendengar apa yang dikatakannya.
“Err…betul kau nak balik ni? Kau tak tipu kan?”kata Dhia dengan nada teruja. Dia memandang sejenak wajah sahabatnya.
“Betullah.”ujar Rayyan Zikri selamba.
“Happynya aku bila kau cakap nak balik. Nenek mesti terkejut tengok kau kejap lagi. Sukanya aku…,”ucap Dhia dengan senyuman melebar.
“Ewah…dia yang teruja pula. Macam dia yang duduk rumah nenek.”perli Rayyan Zikri.
“ Salah ke aku teruja? Tak kacau hidup kau kan?” Dhia menjeling sekilas sambil menyindir.
Rayyan Zikri mencebirkan bibir. Ada saja ayat Dhia yang tidak dapat dibalas olehnya.
“Yalah…kau menang.”Rayyan Zikri menjelirkan lidah. Seronok rasanya dapat berbual dengan Dhia. Tidaklah dia kesunyian dan kebosanan. Sudahlah dalam beberapa hari ini dia kurang bercakap dengan orang sekeliling.
Dhia mendabik dada. Dia kalau membalas ayat, memang dialah juara!
Masuk sahaja di kawasan Alam Damai, Dhia merenung sahabatnya yang asyik memerhatikan panorama di luar tingkap.
 “Kau dah bersedia nak jumpa nenek?”tanya Dhia dengan bersungguh-sungguh.
Rayyan Zikri tersentak. Lantas dia berpaling ke kanan. “Kau tanya aku?”
“Mestilah, mana ada orang lain dalam kereta ni selain kau.”Dhia mencebik.
Mata mereka bertembung. Rayyan Zikri mengambil peluang untuk mengherot sedikit mendekati Dhia. Dhia terpana.
 “Aku akan bersedia asalkan kau ada di sisi aku…disamping aku.”luahnya dengan nada berbisik. Terkedu Dhia mendengar ayat ‘belaian jiwa’ itu. Terdetik satu rasa di hatinya tatkala ini. Adakah perasaan gundah-gelana ataupun perasaan cinta?
Tidak! Dia tidak memerlukan perasaan cinta ketika ini. Cukuplah rasa gundah-gelana yang menikam di kalbu. Biarlah dia setia pada yang satu. Setia pada Mohd Razree.
Menghilangkan rasa gundah-gulana di hati, dia meluku kepala sahabatnya.
Rayyan Zikri mengaduh sakit. “Apa ni Dhia? Kau ni…aku cakap jiwang sikit, kau mulalah buat benda tak senonoh.”sengaja  Rayyan Zikri memarahi sahabatnya walhal dia marah-marah sayang sebenarnya!
“Bila pulak aku nak buat benda tak senonoh? Kau jangan merepek ye. Aku luku kepala kau sekali lagi baru kau tahu! Ke, kau nak rasa tak cubitan ‘pedas’ yang dari tangan aku ni…hmm?”duga Dhia dengan nada marah.
Rayyan Zikri menjuihkan bibir. Sahabatnya marah memang dia tidak pernah ambil kesah. Kemarahan Dhia ibarat angin yang bersepoi-sepoi pergi tanpa kembali.
“ Ada aku kesah? Aku lelaki. Lelaki lagi kuat daripada perempuan.”katanya dengan riak bangga.
“Alah, lelaki memang kuat tapi tetap tak boleh lawan kasih sayang perempuan. Sekali perempuan memujuk, sekali itu jugalah lelaki akan cair dengan pujukan perempuan.”dia juga tidak mahu mengalah.
“Haa…kalau macam tu, kasih sayang kau pada aku bertambah ke dah berkurang sikit sejak kau couple dengan abang aku? Cuba jawab.”
Lidah Dhia terus kelu untuk menjawabnya!
****
Tepat pukul enam setengah petang, mereka berdua memasuki kawasan rumah nenek yang tersergam indah itu set. Beberapa pengawal keselamatan sedang berdiri tegak di bahagian depan rumah nenek.
Fuh! Kat rumah dia, mana nak ada pengawal keselamatan macam kat rumah nenek ini. Kalau ada pun, peronda satu kawasan kampung itu sajalah yang ada!.
Dhia keluar mendahului Rayyan Zikri bagi membukakan pintu sahabatnya.
“Kau jalan perlahan-lahan. Jatuh nanti.”kata Dhia setelah sahabatnya keluar dari kereta. Sempat lagi dia membetulkan selendang yang dipakainya.
“Kau tak nak papah aku ke?”duga Rayyan Zikri. Dia tahu Dhia amat menitik beratkan hukum agama, jadi dia mahu menduga samada sahabatnya mahu memapah dirinya lagi atau tidak.
“Tak payah nak mengada-ngada sangatlah kan? Itulah…siapa suruh tak nak ambil tongkat tadi, kan dah kena jalan terjingkit-jingkit. Padan muka!”gelak Dhia sambil mencekak pinggang. Dah tahu tongkat banyak kegunaan untuk pesakit macam sahabatnya, lagi lelaki itu tidak mahu menggunakannya.
            Rayyan Zikri memuncungkan bibir. Merajuk! Walhah dia mahu ketawa dengan tingkah Dhia yang mencekak pinggang. Lagak sahabatnya seakan seorang ibu memarahi anaknya yang tidak mahu mendengar kata.
            “Aku masuk dululah. Kau pergilah letak kereta aku kat side belakang.”
            “Pergilah. Pujuk nenek sungguh-sungguh tau!”kata Dhia dengan semangat sekali. Terserlah kecomalan Dhia disitu.
            Hati Rayyan Zikri terasa berdebar-debar. ‘Kenapalah Dhia bukan isteri aku. Comelnya dia…’bisik hatinya.
Lantaran itu, dia meninggalkan Dhia di depan kereta miliknya. Dia masuk ke dalam rumah setelah memberi salam kepada beberapa pengawal keselamatan di situ.
Dhia memerhatikan Rayyan Zikri masuk ke dalam rumah sebelum dia memarkirkan kereta sahabatnya di belakang rumah nenek.
*****
“Eh, abang tak balik lagi?”Dhia terkejut melihat Abang Razree di ruang tamu utama kediaman rumah nenek. Ketika ini, kekasihnya sedang menyelak helaian surat khabar di sofa yang mempunyai satu tempat duduk. Dia duduk bersebelahan di perabot yang tersedia.
“Dhia pergi mana tadi?” balas Razree dengan nada mendatar, tanpa melihat wajah kekasih hatinya. Hatinya sakit.
“Err…kenapa abang tanya macam tu? Dhia kan pergi tanah perkuburan…,”jawab Dhia dengan nada takut-takut. ‘Apahal dengan mamat ni? Marah dengan aku ke sebab bawa Rayyan Zikri ke rumah nenek?’soalnya dalam hati. Dia duduk menegak.
Nafas Razree tercungap-cungap. Lantas, dia menutup surat khabar itu dengan kasar sekali dan mencampaknya di atas lantai. Dhia terpinga-pinga.
“Err…Abang macam marah aje. Dhia ada buat salah ke?”soalnya lambat-lambat.
“Maunya abang tak marah! Abang ingatkan Dhia pergi tanah perkuburan terus balik ke rumah. Ini tidak, terus datang sini bawa Ray pergi rumah nenek. Dhia tipu abang ke sebenarnya?”tempik Razree kuat.
Terkedu Dhia di situ. “Dhia bukan sengaja bawa Ray balik sini, abang. Dhia bawa dia balik sini ada sebab…,”perlahan suaranya menjawab.
“Sebab apa?” Razree mencekak pinggang. “ Sebab kesian dia sakit? Begitu?!”tempik Razree lagi. Marahnya memuncak ketika ini.
“Abang…memanglah Ray sakit tapi abang kena faham. Ray kan cucu nenek. Salah ke dia balik sini?”
“Memang salah! Dhia terkedu lagi. “Untuk apa dia balik semula ke sini? Nak sakitkan hati nenek lagi?”tempik Razree lagi.
Dhia tidak boleh bersabar lagi. Kesabarannya makin menipis. Ada ke patut dia dia dimarahi sebegitu sekali? Ini tak boleh jadi!
“Abang!!”Dhia bangkit seraya mencekak pinggang.
Razree membulatkan mata. ‘Dhia marah aku?’monolongnya dalam hati.
“Yang Abang terlampau marahkan sangat si Ray tu kenapa? Dia kan adik abang. Biarlah dia balik sini. Kalau tak suka dia, cakap aje terus-terang. Biar Dhia bawa dia balik rumah Dhia lagi bagus!”tempik Dhia dengan semangat sekali.

Razree membulatkan mata tatkala mendengar ayat terakhir kekasihnya. “Dhia nak ajak Dhia tinggal sekali dengan Dhia?”
“Yalah. Daripada orang tak suka dia duduk sini, baik dia tinggal dengan Dhia. Huh!”dengus Dhia dengan kemarahan berapi.
“Apa kecoh-kecoh ni hah? Bergaduh laki bini ke?”sampuk satu suara yang bernada sindiran dari puncak tangga. Mereka berdua segera berpaling ke belakang.
“Nenek!”kata mereka berdua serentak.
Puan Hadijah turun satu persatu anak tangga diikuti cucunya, Rayyan Zikri yang sedang memaut lengannya erat.
“Hati-hati Ray.”ujar Puan Hadijah penuh berhemah.
Didalam hati, Dhia bersorak kegembiraan melihat dua insan yang disayanginya berbaik semula. ‘Alhamdulilah…’bisik hatinya.
Tatkala itu, Razree segera menarik lengan Dhia mendekatinya.
Dhia tergamam. Hembusan nafas Abang Razree dapat hidunya dengan jarak dekat.
Rayyan Zikri yang berada diatas berdetak rasa cemburu yang menggila. Berani abangnya memegang Dhia?!
“Dah jadi suami isteri ke kamu berdua ni sampai nak dekat-dekat? Dah tak tahu hukum agama lagi?”sindir Puan Hadijah lagi. Kali ini lebih pedas.
Rayyan Zikri yang masih lagi berada disebelah nenek tersenyum sumbing.
Dhia segera meleraikan pautan dari kekasihnya. “Maafkan Dhia, nenek.”lekas-lekas Dhia menunduk manakala Razree kaku seperti tugu tidak bergerak.
“Nenek nak cakap dengan kamu berdua.”Mereka berdua terperanjat.
Rayyan Zikri menarik nafas lega kerana nenek tidak menyebut namanya. Tak adalah dia mendengar ceramah dari nenek lagi selepas ini. Cukuplah dekat bilik tadi. Berdesing-desing telinganya menahan kata-kata nenek yang agak pedas itu.
“Termasuk kamu juga, Ray.”
“Hah?”mulut Rayyan Zikri terlopong. “Ray pun kena juga ke?!”
‘Aduhai…apalagi nenek nak ‘ceramah’ kan ni? Geramnya!!


1 ulasan:

Nana Mohd Yasin berkata...

omg...omg...
adakah cinta sudah berputik???

Cinta dtg bersama angin sepoi2 bahasa
lidah kelu utk berbicara
adakah rayyan dan dhira akan bercinta
eya, pe agik, samunglah cerita....

kah3......