Jumaat, 12 April 2013

BAB 1 Kasihku Buatmu...



Pulau Tioman yang terletak di Pahang menjadi destinasi kepada dua merpati sejoli ini untuk menjarakkan diri daripada dapat dihidu keluarga Mohd Haffizat. Sengaja mereka pergi ke pantai ini untuk merehat dan memenangkan diri di pantai yang indah itu dan menjauhkan diri daripada keluarga teman lelakinya.
“Abang jangan bergerak kemana-mana tau. Sayang nak pergi beli minuman untuk kita berdua. Abang nak air apa?”soalnya dengan nada manja. Dia terpaksa menunduk kepala sedikit untuk bercakap dengan teman lelakinya. Maklumlah, teman lelakinya hanya berkerusi roda. 
Setelah berlaku kemalangan beberapa bulan yang lalu, teman lelakinya hanya duduk dikerusi itu sahaja. Kakinya belum lagi pulih daripada kecederaan.
Teman lelakinya dapat keluar dari rumah pun atas bantuan doktor yang sering merawat dia di hospital. Doktor itu bijak menyakinkan kedua ibu bapa kekasih hatinya supaya tinggal dihospital dalam masa beberapa hari untuk memeriksa kecederaan di kaki kekasihnya.
“Sayang belikan abang air soya ye. Hah, jangan lupa belikan keropok sekali! Dari tadi abang tak makan. Lapar lah perut ni.”ujar Mohd Haffizat dengan suara yang sengaja dilunakkan.
“Abang tak makan lagi? Dekat chalet tadi abang tak makan ke nasi goreng tu? Sayang beli tadi abang tak nak makan pulak.”
“Bukan abang tak nak makan nasi goreng tu tapi dah jatuh terburai kat atas lantai bilik abang. Nak buat macam mana kan?”
Mulut Aimi Husna ternganga sedikit. “Jatuh? Laa…kenapa tak call sayang tadi? Boleh sayang suapkan abang makan.”keluh Aimi Husna. Patutlah teman lelakinya asyik memegang perut sedari tadi. Lapar rupanya.
Chalet yang diduduki Mohd Haffizat bersebelahan dengan chalet yang didudukinya. Sudah berapa malam mereka menetap di chalet itu. Kerana cinta, mereka sanggup berjauhan dari keluarga.
“Okey. Kalau macam tu, sayang pergi beli makanan untuk abang ye. Sayang takkan belikan abang keropok tapi sayang akan belikan abang nasi goreng. Abang duduk aje sini. Jangan bergerak kemana-mana. Nanti pergi jauh-jauh risau pulak sayang. Sayang pergi dulu tau.”kata Aimi Husna sebelum dia berlalu meninggalkan Mohd Haffizat.
Mohd Haffizat senyum melebar. Senang hatinya dengan sikap prihatin teman wanitanya. Keputusannya tidak salah kali ini. Melarikan diri dari keluarga tercinta memberikan kebahagiaan kepada dirinya. Dia tidak sanggup untuk berjauhan dengan teman wanitanya.
Selang dua puluh minit selepas itu, Aimi Husna datang dengan membawa makanan dan minuman yang telah dibeli tidak jauh dari pantai yang mereka berdua tinggal. Terkejut Mohd Haffizat dibuatnya. Teman wanitanya datang menyergah dia dari belakang. Mujur dia tiada penyakit jantung.
Aimi Husna tersengih apabila melihat kedua-dua bahu teman lelakinya terangkat. Terkejut nampaknya melihat kedatangan dia yang tanpa memberi salam itu.
“Abang menungkan apa tu? Khusyuk betul abang tengok pantai.” Ujarnya sambil duduk mencangkung dihadapan teman lelakinya. Dua botol minuman diletakkan ditepi. Bekas polisterin yang berada ditangannya dibuka lalu ditarik sudu yang berada didalamnya. Nasi pattaya yang dibeli tadi dikacau perlahan agar nasi itu mendapat rasa yang lebih sedap. Setelah dikacau, nasi yang berada disudu itu dihembus berkali-kali agar nasi itu kurang panas.
“Nah, sayang suapkan. Nganga mulut tu.”arah Aimi Husna. Mohd Haffizat ketawa kecil sebelum mulutnya dibuka seluasnya. Aimi Husna memasukkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Best jugak dapat layanan bagai putera diraja ni. Main suap-suap, hubungan menjadi erat!desisnya.
“Sedap tak bang?”tanya Aimi Husna. Dia menepis sisa-sia nasi ditepi mulut teman lelakinya.
“Mestilah sedap. Sayang yang suapkan.”gurau Mohd Haffizat.
Aimi Husna meneruskan suapan ke mulut teman lelakinya hingga nasi goreng itu licin didalam bekas polisterin itu.
“Abang minum air pulak. Sayang beli mineral water aje.”kali ini dia tidak mahu membantu teman lelakinya. Dia mahu teman lelakinya meneguk sendiri air minuman yang dibeli.
“Kenapa tak nak tegukkan air untuk abang?”
“Ala, abang cubalah teguk sendiri. Sayang kan dah suapkan abang makan tadi.”sengaja dia berkata begitu. ‘Amboi…!! Dia ni makin ligat nak bermanja-manja. Aku ni bukannya isteri dia lagi pun.’gerutunya dalam diam.
“Ala, baru nak bermanja-manja dengan sayang abang ni.”mulutnya dicebirkan.
“Eeii…mengada-ngadanya!!”pantas Aimi Husna mencubit manja pipi teman lelakinya. Geram betul dia dengan orang yang terlebih mengada-ngada macam Mohd Haffizat ni.
Mohd Haffizat mengaduh. “Sakitlah! Main cubit aje pipi abang. Abang cium pipi sayang karang.”ugutnya dengan suara sedikit marah. Marah-marah manjalah katakan…
Aimi Husna segera bangun dari duduk mencangkung. Dia terasa penat duduk sebegitu lantas dia bangun dan berdiri menghadap pantai yang membiru. Angin sepoi-sepoi mengibarkan rambutnya yang panjang sampai ke pinggang itu.
Mohd Haffizat meletakkan botol minuman yang dibeli kekasih hatinya diatas pasir lalu menggerakan sendiri kerusi rodanya menuju ke Aimi Husna.
“Sayang fikirkan apa tu?”dia mencuit pinggang Aimi Husna yang macam kerengga itu. Bau rambut teman wanitanya terasa mendamaikan jiwanya. Wangi sekali baunya.
Aimi Husna terkejut sedikit lalu menoleh sepintas ke belakang sebelum memandang semula keindahan pantai. “Tak ada apa-apalah, bang. Sayang tengah menikmati keindahan Yang Maha Pencipta. Tercapai jugak hasrat sayang nak melancong kat sini.”sudah lama dia tidak melancong bersama-sama Mohd Haffizat setelah teman lelakinya kemalangan jalan raya. Kali ini barulah hajatnya ditunaikan. Itupun atas desakannya setelah melihat kekasih hati sudah semakin pulih.
“Sayang gembira tak datang sini?”
“Of course I’m happy! Siapa yang tak gembira dapat berdua-duaan dengan orang tersayang kan?”
“Tapi abang nampak sayang macam tak gembira aje. Sayang ada sesuatu nak bagi tahu abang ke?”dia tidak suka teman wanitanya berduka. Jika boleh, dia mahu teman wanitanya tersenyum tatkala bersama dia.
“Eh, abang ni mengarutlah. Sayang okey apa! Happy lagi tau.”sengaja Aimi Husna menunjukkan wajah ceria walaupun hakikatnya dia terluka dihati.
Mohd Haffizat duduk ditepi teman wanitanya. “Sayang tipu. Abang bukan kenal sayang sehari dua tau. Abang dah kenal sayang dah dua tahun tau. Sayang cakap dengan abang, apa sebenarnya yang tersirat dihati sayang?”dia memegang erat tangan Aimi Husna. Kasihnya mengalir di setiap urat yang tersimpul di dalam badan Aimi Husna.
Aimi Husna merenung dalam wajah sang kekasih hati. Kasihnya buat lelaki dihadapannya terlalu mengunung tinggi. Setinggi gunung Everest!
“Kalau macam tu, sayang tak dapat menipu abanglah maknanya. Sayang mengaku sayang ada pendamkan sesuatu dari abang.”katanya jujur. Lebih baik mengaku daripada mendiamkan diri.
“Hah, kan betul apa yang abang cakap! Tell me, apa yang menganggu sayang abang ni?”
“Abang…bila kita nak kahwin?”akhirnya soalan cepumas yang telah lama dipendamkan telah muncul keluar di mulutnya.
Mohd Haffizat terdiam membisu. Soalan itu agak sukar untuk dijawab. Kahwin? Memang dia ingin berkahwin tetapi keluarga menghalangnya daripada berkahwin dengan gadis ini. Kisahnya seperti filem Antara Dua Darjat. Ibu bapanya terlalu memandang hina kepada golongan kebanyakan.
“Tengok, abang memang susah kan nak jawab soalan tu? Soalan punya senang abang tak dapat nak jawab. Abang kalau tak nak kahwin dengan sayang, baik kita putuskan saja hubungan yang dah lama terjalin ni.”sebak nada Aimi Husna menuturkannya. Dia pasrah jika itu sudah takdirnya.
“Abang bukan tak nak jawab sayang. Abang buntu nak mencari jawapan itu.”kata Mohd Haffizat dengan meraup wajahnya.
“Buat apa abang nak buntu? Macam yang sayang cakap tadi, lebih baik berpisah kalau dihari kemudian akan melukakan hati kita berdua.”
“Please, sayang. Abang tak nak berpisah dengan sayang. Sayang milik abang. Abang sayang sangat dekat sayang.”
Aimi Husna mengambil peluang duduk mencangkung semula ditepi kekasih hati. “Kalau abang sayangkan sayang, abang takkan takut berkata jujur pada keluarga abang yang kita dah bercinta. Tapi sekarang, apa dah jadi pada kita? Kalau parents abang dah setuju, dah lama kita kahwin dan takkan lari sejauh ini.”
Sebagai anak yatim piatu, Aimi Husna tidak ada masalah untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapapun. Dia anak yatim sejak dari kecil lagi. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia duduk di asrama anak yatim Darul Kifayah dan keluar dari situ. Setelah habis belajar di MARA yang ditanggung pihak Darul Kifayah, dia mula hidup berdikari.
Kini, dia sudah bekerjaya dan boleh berkahwin dengan pilihan hati cuma kekasihnya sahaja yang berada didalam kemelut keluarga.
“Abang nak sangat kahwin dengan sayang. Nak sangat…”balasnya dengan nada romantik.
“Kalau abang nak, abang bagi tahu parents abang cepat-cepat. Sayang tak nak hubungan kita ni terus macam ini sahaja. Sayang tak mahu tanggung dosa diakhirat kelak.”
“Kalau macam itu, abang ada cadangan supaya kita boleh berkahwin.”
“Apa dia?”
“Kita kahwin lari, sayang. Abang tak sanggup nak berpisah dengan sayang lagi.”soal Mohd Haffizat sambil mengelus rambut Aimi Husna.
Ternganga mulut Aimi Husna mendengarnya. “Kita kahwin lari? Abang sanggup tinggalkan keluarga demi sayang?”terharu Aimi Husna dengan kata-kata teman lelakinya. Ternyata sayang teman lelaki kepadanya amat menggunung tinggi terhadapnya.
“Ya. Abang sanggup tinggalkan semuanya. Asalkan sayang ada disamping abang. Kahwin lari adalah langkah terbaik untuk menghalalkan hubungan kita darpada berlakunya maksiat. Lagipun sayang takde ibu bapa dan saudara-mara terdekat yang boleh jadi wali kan? Kita kahwin ajelah dipejabat agama. Lagi senang. Lepas dah berkahwin, abang akan cuba slow talk dengan parents abang dan cuba bagi tahu hubungan sebenar kita pada parents abang, okey?”putus Mohd Haffizat.
Jika itu sahaja cara yang ada, dia sanggup ketepikan keluarga buat sementara waktu. Kalau boleh, hari ini jugak dia mahu berkahwin dengan Aimi Husna.
So sweet, abang. I love you too much.”ucap Aimi Husna penuh perasaan. Tak sangka teman lelakinya sanggup membelakangkan keluarga deminya. Kasihnya makin mekar pada lelaki yang bernama Mohd Haffizat Bin Azizul ini.
           “I love you more than that…”balas Mohd Haffizat diiringi dengan kucupan didahi.

3 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

bestnyaaaaaa... hero hensem gilaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaa best best best
jgan konflik bnyak nyeeeee.. haha
nak lagi?

Unknown berkata...

tq adik syg..insyallah akk x bykkan sgt konflik tu..

Yazreina berkata...

Klu kawen lari, sbg pompuan, takde rasa sweet kot.. Kecewa sbb tpaksa kawen lari...