“ Berani Kyra tampar Fat depan Khuzairi dan
Betty?” mencerlung mata Abdul Fatah setelah Kyra menampar mukanya. “ Fat marah
Khuzairi tapi Fat pula yang kena tampar?” Abdul Fatah memegang pipinya yang
terasa perit.
Kyra merengus kuat. “ Aku dah lama pendam sejak
dari dalam bilik kau tadi. Kau lelaki tak guna, Fat. Aku benci kau.” Kyra
dengan selambanya menolak tubuh Abdul Fatah. Dari sinar matanya dapat dilihat
dengan jelas kemarahan yang membuak-buak terhadap lelaki itu.
Khuzairi terpinga-pinga di ruang kaunter
pertanyaan itu. Tidak sangka bekas isterinya itu membenci Abdul Fatah. Tapi
sebab apa Kyra jadi begitu? Dia mula berfikir.
“ Tolonglah berikan Fat peluang. Fat sayang
Kyra.” rayu Abdul Fatah.
Khuzairi tergamam dengan ayat yang terluah
dibibir lelaki itu. Nampaknya dia sudah ada persaingan dan persaingannya tidak
lain tidak bukan Abdul Fatah! Ah, aku tak boleh biarkan Kyra bersama dia. getus
hatinya.
“ Ah!” tiba-tiba Kyra menjerit kuat. Kepalanya
berpinar-pinar. Pandangannya kabur sahaja. “ Kenapa kepala aku rasa pening ni?”
keadaan sekelilingnya seperti berputar tiga ratus enam puluh darjah.
“ Kyra.” Khuzairi sudah mula risau. Begitu juga
dengan Abdul Fatah yang sudah tidak tentu arah melihat Kyra. Riak risaunya
terserlah.
“ Hurm…” Kyra jatuh tersembam di dada Abdul
Fatah.
Abdul Fatah apa lagi, terus memeluk Kyra dengan
erat. Dia membawa Kyra bersandar dibahunya. Khuzairi tercengang. Betty yang
berada di kaunter receptionist terpegun
melihat duta Slim World itu pengsan
di depan lobi utama.
“ Kyra.” panggil Khuzairi lagi. Dia menuju ke
arah Abdul Fatah untuk mengambil Kyra daripada dipapah Abdul Fatah namun lelaki
itu bertindak pantas dengan mencempung tubuh Kyra
“ Kau jangan sibuk. Biar aku yang papah dia.”
Abdul Fatah menolak sedikit tubuh Khuzairi. “ Betty, jangan benarkan Encik ni
masuk bilik saya. Kalau dia masuk juga, saya akan call polis, faham!” Tajam sahaja jelingan Abdul Fatah. Berubah riak
wajah Khuzairi. Betty hanya mengangguk sahaja.
Selepas itu dia membawa Kyra masuk ke dalam
biliknya dan membaringkan Kyra di atas sofa tiga berangkai yang Kyra duduk
tadi.
***
“ Kyra, bangun sayang.” Abdul Fatah
menepuk perlahan pipi mulus Kyra. Sudah hampir setengah jam dia duduk di atas
cadar dan hampir setengah jam jugaklah dia
Dia rasa bersalah yang amat sangat
pada Kyra. Mungkin Kyra pengsan akibat desakan dan tekanan yang diberikan
olehnya sehingga dia jadi begini.
“ Kyra, bangunlah. Fat susah hatilah
kalau Kyra tak bangun-bangun lagi.” Suara Abdul Fatah seakan mahu menangis.
Kyra mula mengelat. Suara Abdul
Fatah kedengaran di telinganya. Dia mula membuka matanya. Memang betul suara
Abdul Fatah. “ Fat…” ucapnya dengan nada tersekat-sekat.
“ Ya sayang. Fat kat sini.” Abdul
Fatah bersyukur Kyra masih bersuara lembut dengannya. Dia merenung Kyra penuh
kasih.
“ Aku tak nak kahwin dengan kau. Kau
tolong jangan buat aku macam ni.” rintih Kyra. Dia harus luahkan apa yang
terbuku dihatinya dan dia harap Abdul Fatah dapat memahaminya.
Abdul Fatah mengerutkan dahi. Baru tadi dia
terbuai dengan panggilan Fat di bibir Kyra tetapi kenapa Kyra masih menyebut
kau dan aku apabila berbicara? Dia mula rasa sedih.
“ Kyra tak boleh buat Fat macam ni. Kyra dah signed agreement tu dan Kyra kena jadi juga isteri Fat.”
“ Kau boleh tak jangan cakap pasal agreement lagi? Kau suka kan buat aku
tertekan dengan sikap kau. Aku pengsan ni sebab kau tahu tak?! Kau tolonglah
jangan nak buat aku pengsan lagi.” Kyra bangkit perlahan-lahan. Kepalanya masih
terasa berat namun dia gagahkan juga untuk bangun.
Abdul Fatah terdiam membisu. Sukarnya hendak
lembutkan hati Kyra. Sudah pelbagai kata dan cara dia gunakan untuk menambat
hati Kyra namun semuanya tidak menjadi. Ya Allah… berikanlah aku peluang untuk
menjadi suami dia. doanya dalam hati.
Apabila Kyra lihat Abdul Fatah membisu selepas
mendengar kata-katanya, dia bertindak untuk meneruskan bicaranya. “ Aku dah nekad.
Aku tak nak jadi duta Slim World
lagi. Nah, ambil cek ni balik. Cakap dengan Puan Faridah, mulai hari ini aku
tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan syarikat ni. Aku dah letih dengan semua
ni.”
“ Kyra buat semua ni sebab nak jauhkan diri
daripada Fat kan?”
“ Kalau dah tahu, kenapa mesti tanya lagi? Aku
dah tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Pasal kau kepala aku jadi pusing!”
tempelak Kyra.
Abdul Fatah terasa mahu meraung di dalam bilik
ini. Sampai hati Kyra mahu meninggalkan dirinya setelah dia membuat perancangan
dengan Kyra untuk berkahwin minggu depan. Tidak layakkah untuk dia mendapat
cinta dari duta Slim World itu? Sudah
terang lagi bersuluh dia sayangkan Kyra.
“ Mungkin Kyra nak jauhkan diri daripada Fat
sekarang tapi minggu depan Fat tetap berkahwin dengan Kyra. Bila Fat dah
berjanji untuk mengahwini Kyra, Fat takkan sesekali memungkiri janji itu.
Cubalah Kyra jauh daripada Fat. Fat akan tetap mencari Kyra sehingga ke lubang
cacing!” memang bersungguh-sungguh betul kata Abdul Fatah.
Kyra bertambah bingung. Apabila Abdul Fatah
mengungkapkan kata-kata yang bisa mendebarkan jantungnya, Kyra rasa sangat
takut. Entah mengapa dia jadi gementar dan tidak tentu arah apabila lelaki itu
berkata dengan penuh kesungguhan.
***
***
Kyra menangkup muka di atas sofa tiga
berangkai itu setelah kasut tingginya diletak di atas carpet. Tanpa mempedulikan Abdul Fatah yang duduk bersila
didepannya, Kyra menangis sepuas hatinya. Dia cukup tertekan dengan lelaki ini.
Makin dibantah, makin dipaksanya juga untuk berkahwin dengannya. Dia
betul-betul bingung. Bagaimanalah agaknya penerimaan ibu yang kini berada di
kampung jika Abdul Fatah menjadi suaminya. Dia pasti ibu akan terkejut.
“ Kyra, tolonglah jangan menangis. Fat
janji Fat akan berusaha untuk membahagiakan Kyra lepas kahwin nanti. Please, Kyra. Percaya cakap Fat.” Mohon
Abdul Fatah berkali-kali.
Kyra masih tidak memandang wajah Abdul
Fatah. Dia tidak sanggup hendak memandang wajah yang tembam itu. Lelaki ini
betul-betul mencabar nalurinya sebagai seorang wanita yang bergelar janda.
Diakui memang ramai wanita akan tersentuh hati jika dilamar oleh seorang
lelaki. Begitu juga dirinya.
“ Kyra, Fat tak suka kalau Kyra berdiam
macam ni. Kita perlu berbincang.”
“ Aku tak nak berbincang dengan kau pun.
Aku tak nak! Kau lelaki yang suka memaksa aku. Aku benci kau!” kepala Kyra
masih tidak diangkat. Dia tetap begitu.
“ Kyra, when I say I love you, please believe it’s true.”
Kyra makin tertekan mendengarnya. Abdul
Fatah seperti sengaja mahu menambahkan tekanannya. Dia cukup muak. Dulu sebelum
kahwin, dia juga seringkali mendengar ayat-ayat romantis daripada Khuzairi
namun setelah mereka bercerai, dia seakan fobia untuk mendengarnya lagi.
“ Aku nak keluar. Everything’s over! I don’t want to see your faced again.” Kyra
bertindak menurunkan kakinya dari sofa tiga berangkai itu. Kasut tingginya
dipakai dengan tergesa-gesa lalu dia mula menapak ke muka pintu.
Abdul Fatah sudah mula kelam-kabut. Cek
yang terdampar di atas carpet diambil
semula lalu dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya.
“ Kenapa tak boleh buka ni?” Kyra cuba
menolak pintu berkaca itu sekuat hatinya namun
“ Kyra tak boleh keluar dari sini,
sayang. Pintu ni ada security system.
Fat baru aje locked system tu lepas
Fat angkat Kyra masuk dalam bilik ni.” Abdul Fatah tersenyum puas hati.
Nampaknya dia berjaya mengawal kyra daripada keluar dari biliknya.
Kyra berpaling ke arah Abdul Fatah dengan
wajah tidak puas hati. Apa?! Kenapa kau pasang benda ni? Kau buka pintu ni
sekarang. Aku nak keluar!” nyaring suara Kyra berkumandang. Tahap tekanannya
sudah mencapai tahap kronik.
Abdul Fatah mengelengkan kepala. “ Tak
boleh Kyra. Kyra tak boleh keluar dari bilik ni selagi Kyra tak bersetuju
kahwin dengan Fat minggu depan.”
“ Aku takkan kahwin dengan kau, kau faham
ke tidak hah?!” jerit Kyra buat sekian kalinya.
Abdul Fatah tekup telinga. “ Tak nak! Fat
tak nak dengar jawapan tu. Fat tak nak dengar!” dia bagaikan orang hilang
siuman. Kyra menggeletar di depan pintu.
Dum! Dum! Dum!
Kyra mengetuk cermin pintu kaca itu
dengan kuat sekali. Berharap akan ada pekerja yang datang ke bilik Abdul Fatah.
Khuzairi yang berjalan mundar-mandir di
depan kaunter receptionist itu terperanjat
besar apabila mendengar bunyi ketukan dari bilik Abdul Fatah. Segera dia berlari
anak ke bilik Abdul Fatah. Sudah hampir setengah jam dia duduk dan berdiri di
sekitar kaunter yang diduduki Betty dan dia rasa betul-betul risau jika berlaku
sesuatu pada Kyra di dalam bilik lelaki itu.
Tidak jauh daripada bilik Abdul Fatah,
Khuzairi menyembunyikan diri di tepi dinding. Dia mengarahkan Betty agar tidak
bersuara supaya rancangannya untuk mendapatkan Kyra berjaya.
Kyra pula di dalam masih tidak
henti-henti mengetuk pintu cermin kaca itu. Abdul Fatah dibelakangnya sudah
cemas tidak menentu. Dia takut ibunya akan muncul jika terdengar bunyi jeritan
Kyra.
Cepat-cepat dia menarik tubuh badan Kyra
supaya mengadapnya. Kyra tersentak hebat! “ Tolong, tolong keluarkan aku dari
bilik ni. Tolong!” Kyra memekik pula ditelinga Abdul Fatah. Dia cuba melepaskan
diri dari dipegang lelaki itu namun tubuh badan Abdul Fatah yang sedikit gempal
menyukarkan dirinya untuk melepaskan diri.
“ Fat akan lepaskan Kyra tapi Kyra kena
ingat! Kyra tetap akan jadi milik Fat. Selama-lamanya.” Bisik Abdul Fatah penuh
syahdu.
Terbeliak mata Kyra apabila mendengarnya.
Sungguh, emosi Abdul Fatah memang sukar dikawal ketika ini. Sebelum ini, Abdul
Fatah tidak pernah membuat aksi romantik dengannya. Tapi kenapa lelaki ini
berlainan sikapnya? Adakah Abdul Fatah begitu terdesak untuk
memperisterikannya?
Untuk melepaskan diri. Kyra berani
membalas kata-kata Abdul Fatah. Biarlah! Asalkan dia dapat keluar dari bilik
ini!
“ Kyra janji… Kyra akan kahwin dengan
err… Fat.” Terketar-ketar mulutnya menjawab.
Abdul Fatah mula mengukirkan senyuman.
Akhirnya, dapat juga dia mendengar jawapan yang diperolehi dari mulut mungil
Kyra.
“ Silakan sayang.” Abdul Fatah mula
menekan password security system itu
sebelum pintu itu terbuka selepas ditolak. Tidak henti-henti tersenyum dari
tadi.
Kyra berasa lega yang amat sangat.
Akhirnya dapat juga dia keluar dari bilik ini.
“ Err… terima kasih.”
“ Sama-sama sayang. Jangan lupa minggu
depan kita kahwin ya. Fat akan suruh ibu sediakan segala-galanya.” pesan Abdul
Fatah.
Kyra terasa ingin menangis di situ juga.
Ya Allah, apakah benar diriku akan berkahwin dengan lelaki yang kurang siuman
ini? Ah, aku tak mahu!
Tatkala kakinya menapak keluar dari bilik
Abdul Fatah, tubuh badannya ditarik ke tepi dinding. Kyra tergamam! Khuzairi?
“ Khuzairi, tolong Kyra.” pinta Kyra
sepuas hati. Airmatanya mengalir deras.
“ Abang dah nampak apa yang Abdul Fatah
buat kat Kyra tadi. Kyra jangan takut. Abang ada di sisi Kyra.” pujuk Khuzairi.
“ Tolong kahwin dengan Kyra semula. Kyra tak
nak kahwin dengan Abdul Fatah. Kyra takut.”
Khuzairi terlopong besar. Kahwin dengan
Kyra? Bekas isterinya semula? Ya Allah. Akhirnya doaku dimakbulkan juga.
Terima kasih Allah!
7 ulasan:
Amboi Fat ! Relax laa , lau da jdoh xkmna .. Bg Kyra msa .. ;)
hehe...FAT tu mcm x d mse aje!! x sabo2 sgt nk kahwin! haha
Fat,,awat jadi lagu tu? Alahai...
Setia betul Kucai tunggu Kyra..
What ! Kawin balik dgn DAUN KUCAI ?? Owhh ! Nooooo ! Hahahahaha .. P lau da tercatat diluh mahfuz .. Ap2 kemungkin psti akn brlaku .. ;)
best....haha..law sy pon baik kawen bekas suami blik hahahaa...
adoyaiiiiii
apa pasal Kayra minta kawen
balik dgn pencacai???????
kenapa si patah gelojoh sgt???
kenapa Kayra takut sgt???
adakah Kayra mcm pencacai
pandang paras rupa???
jgn biakan hidup anda
diselubungi misteriiii...
jawab tuan tanah...
ngeh3....... :)
kenapa kena kawin semula dgn daun kuca?!Aduhhhh ni yg ai susah hati nih....Eya plzzzz
Catat Ulasan