Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 17




Dulang yang dibawa ke biliknya semalam diletakkan ke dalam singki. Terlupa pulak Nur Adriana untuk letak dulang itu ke singki tengah malam tadi selepas dia sudah selesai menjamu selera.

Makanan yang dimakan semalam pun tidak berapa mengenyangkan. Hanya biskut oat crunch dan air fresh orange sahaja belum cukup untuk menghadam perutnya yang kempis itu.

Usai membasuh dulang dan diletakkan disebelah singki, dia mengelap tangannya pada kain putih bersih yang tergantung di tingkap.

“Lapar pulak perut ni.”Seperti biasa, perutnya yang kempis itu disentuh. “Nak makan apa kat dapur ni?”ditoleh ke kiri, kanan dan belakang.

 Mencari-cari makanan yang boleh dijamah namun satu makanan pun dia tak jumpa. Hmm…rasanya ada makanan kat depan cuma makanan tu dia tak berapa minat nak makan sebab hasil tangan perempuan tak guna tu.

Tapi perut dah lapar sangat ni! Nak makan ke tak kuih tu?fikirnya sendiri. Matanya tertumpu pada meja makan yang masih mempunyai kuih talam berserta teh susu panas. Tertelan air liurnya apabila melihat kuih yang berwarna putih dibawah dan hijau diatas itu. Kakinya bagaikan tidak sabar-sabar untuk melangkah ke ruang tamu. Patut ke dia merasa kuih buatan tangan ibu tirinya? Bukankah dia sudah maklumkan pada ayah dan ibu tirinya yang dia memang tak suka kuih talam itu?

Namun, apa boleh buat. Rezeki yang terhidang diatas meja tidak sanggup ditolak. Perut yang lapar tak boleh dibiarkan kosong. 

Dilihat ayah dan perempuan tak guna tu tiada diruang tamu, dia segera menjejakkan kakinya ke ruang tamu.
Cepat-cepat dia mengambil piring kecil di bawah cawan yang tertangkup itu lalu diletakkan tiga kuih talam itu. Air teh susu di tepi kuih talam itu dituang ke dalam satu cawan yang kosong tanpa piring.

Tanpa membuang masa lagi, dia membawa makanan dan minuman naik keatas. Perut dah lapar sangat ni!
Puan Farzana yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat anak tirinya mengambil kuih talam yang dibuat pagi tadi. Aik?Kata tak suka kuih talam dia. Memang sah-sah dasar pembohong! Depan kata lain, belakang bukan main. Kata kuih talam dia ibarat kuih talam mukalah tapi makan jugak! Maknanya perempuan tu talam dua muka jugaklah kan?Dia tersengih sendirian. 

Idea tiba-tiba datang di fikiran. Ada baiknya dia kenakan perempuan bermulut kurang ajar tu! Cakap kuih dia macam-macam kan?Nah!Rasakan.

Usai sahaja dia masuk ke bilik dan menutup pintu, makanan dan minuman itu diletakkan diatas meja solek. Dia duduk di meja solek itu dan menikmati makanan kuih talam buatan ibu tirinya.

Hmm...sedap jugak ye kuih talam dia ni. Patutlah ada je orang tempah dekat dia.
Sedang asyik dia menikmati kuih talam itu, pintu bilik diketuk kuat.

Hesy! Sapa pulak yang kacau dia ni?Orang nak makan pun tak senanglah. Ada aje orang menganggu! Dia bangun dari kerusi itu dengan hentakkan kaki. Mesti perempuan tu yang ketuk bilik dia ni.

Pintu dibuka. Seperti yang diketahui, ibu tirinya  datang mengetuk biliknya. Dia melihat perempuan itu tersengih-sengih sambil mulutnya dicebikkan. Apahal pulak dengan perempuan ni?Datang-datang terus nak buat muka ayam berak kapur aje.

“Kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?Dah buang tebiat?”tanya Nur Adriana dengan selamba. Dipeluk tubuhnya sambil matanya menjeling perempuan tak guna itu. Rimas betul bila ada orang datang bilik dia lagi-lagi perempuan ni.

Puan Farzana masih tidak mematikan sengihannya malah makin lebar apabila anak tirinya memandang jelik kearahnya. Inilah masanya untuk mengenakan perempuan tu!

“Kau makan kuih talam aku ke?”

Nur Adriana terkejut apabila ditanya soalan itu. Aduhai…manalah perempuan ni boleh tahu dia makan kuih talam dia ni?Rasanya takde orang kat ruang tamu tadi. Dia buat-buat selamba dengan pertanyaan itu.

“Eheh, bila masa pulak aku makan kuih talam kau? Aku ada kat bilik je tau. Kau jangan nak tuduh-tuduh pulak.”Nur Adriana sengaja menegakkan kebenaran padahal dia yang makan kuih tu.

“Ala, kau tak payah nak tunjuk lagak kaulah, cik Nur Adriana oii! Kau ingat mata aku buta ke sampai tak boleh nak tengok keadaan sekeliling?Aku keluar dari bilik air lepas tu aku nampak kau tengah ambik kuih talam aku. Jadi, kau tak payah nak bohong akulah kan?”Puan Farzana mencekak pinggang. 

Nur Adriana terdiam. Laa..dia ada kat bilik air ke masa dia tengah ambik kuih tu? Macam mana dia nak buat ni? Perempuan tua ni sound dia pulak dah. Nasib kaulah Nur Adriana…

“Kau diam tu maknanya betullah kan?Huh! Kalau dah dasar pembohong, pembohong jugaklah kan?”bentak Puan Farzana dengan selamba badaknya. Hati dia puas dapat mendiamkan perempuan ini. Semalam dia yang kena ‘belasah’ hebat dengan kata-kata perempuan tu, sekarang ni dia pulak yang membalasnya. Baru adil kan, tak gitu?

“Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau nak kenakan aku ke? Apehal kau tiba-tiba cakap kasar dengan aku?”Nur Adriana naik berang.

“Huh! Semalam kau kenakan aku anak beranak, sekarang aku kenakan kau pulak! Ooo…dah sedap-sedap makan kuih aku lepas tu cakap tak makanlah apalah. Kau pun sebenarnya talam dua muka jugak kan?”balas Puan Farzan tidak mahu mengalah.

Nur Adriana mengetap bibir menahan marah yang makin memuncak disaat ini. Rasa nak tengelamkan kepala perempuan ni dalam kolam renang. Biar dia strok lepas tu. Tak payah nak cakap banyak-banyak lagi.

“Kau nak aku cakap dengan ayah ke pasal apa yang kau buat selama ni dibelakang ayah aku? Tak pasal-pasal kau kena halau dari rumah ni dan diceraikan serta-merta. Bukan talak satu aje ayah aku jatuhkan dekat kau. Talak tiga! Talak tiga tau tak?!”Ditunjuk tiga jarinya tepat-tepat didepan muka perempun itu dengan aksi lagaknya.

Bergetar bibir Puan Farzana ketika ini. Perempuan ini sudah melampau! Tak nak mengalah jugak perempuan ni. Dia menyinsing lengan bajunya hingga naik ke atas. Geramnya pada perempuan yang bertaraf bekas banduan ini tidak dapat disangkal lagi.

Akhirnya, kegeramannya terbalas jua dengan menarik rambut anak tirinya yang kurang diajar tu. Ditarik sekuat hati hingga perempuan itu menjerit kesakitan.

“Sakitlah, bongok!.”jeritnya kuat.Rambut Nur Adriana bagaikan hendak putus apabila perempuan itu menarik rambutnya dengan kuat. Hebat jugak perempuan ni bila tarik rambut.

“Hah, rasakan! Baru puas hati aku. Dendam aku terbalas jugak akhirnya. Kau sedarlah diri tu perempuan banduan. Jangan kau ingat bila balik rumah ni kau boleh tunjuk bagus sangat depan aku.  Aku lagi bagus daripada kau tau tak?”

Nur Adriana mendapat sedikit kekuatan. Dia memusingkan badannya yang terbongkok ke bawah lalu dibawa tangannya ke rambut perempuan itu. Dia menarik rambut perempuan yang dibiarkan lepas itu sekuat hatinya.

Terlepas tangan Puan Farzana dari menarik rambut Nur Adriana tatkala anak tirinya merentap rambutnya pula.

“Lepaskan aku perempuan.Sakit rambut aku lah.”tempiknya kuat.

Nur Adriana tetap tidak mahu melepaskan rambut ibu tirinya. Dia ketawa besar. Geramnya masih menebal.
“Ehem…ehem…assalamuaikum!”

Terlepas cengkaman tangan Nur Adriana yang berbisa itu. Puan Farzana yang mengerang kesakitan itu tergamam apabila ada suara selain mereka berdua. Dia mengeluh kelegaan. Orang yang muncul memang tepat pada masanya! Memang kenalah perempuan banduan ni!gelaknya dalam hati.

****
“Dahsyat betul kan ‘pertarungan’ tadi?sindir Wan Zubair tanpa mempedulikan raut wajah Nur Adriana yang sudah berubah. Tempat parking yang kosong tanpa kereta Myvi Nur Adriana.

Puan Farzana leka melihat adegan berlaku di tepi tingkap yang dilitupi langsir. Baginya, ia sesuatu yang mengujakan. Biarlah perempuan tu dimarahi tunang sendiri. Eh, bukan. Bekas tunang.

Rancangan yang diatur rapi oleh dia dan bakal mertua tak jadinya berjaya dilaksanakan. Mungkin Wan Zubair masih menganggap perempuan banduan itu tunangnya namun sebenarnya dia dan perempuan banduan itu telah berpisah sebelum perempuan banduan itu dimasukkan ke penjara lagi.

Sengaja bakal mertua tak jadinya, Puan Kamariah Adnan ‘menyeksa’ perempuan banduan itu dengan menyuruhnya balik lewat malam agar tidak bertemu dengan Wan Zubair.

Wan Zubair dan suaminya tidak tahu akan hal ini. Hanya dia dan Puan Kamariah Adnan sahaja yang tahu. Fida dan Farah tahu jugak akan pertunangan cuma mereka berdua tidak ambil pusing pasal hal itu.
Yang perempuan banduan tu tak payah tahu pun takpe pasal pertunangan diaorang dah terputus. Diam-diam sudah.

“Ibu!Terkejut dia tatkala Farah menepuk bahunya dari belakang. Dia yang sedang asyik melihat adegan diluar rumah tidak perasan pulak anaknya yang bongsu itu keluar dari bilik.”

“Shh!!Farah jangan cakap apa-apa, ibu nak dengar diaorang cakap ni.”arahnya. Farah yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut kata ibunya.

Kesan tamparan kakak tirinya semalam sudah tiada lagi dipipi. Dia ingat nak pergi kerja dengan Fida tadi sebab bos nak datang kat kilang tapi dia rasa malas pulak. Takut pekerja lelaki yang bekerja dikilang itu mengusiknya dan mengatakan dia dicium kerana pipinya merah.

Dia baring disofa dengan kakinya melunjur. Bosan mahu mendengar perbualan diantara kakak tiri dan bakal abang ipar tiri tak jadinya itu. Lebih baik dia tidur. Bukan senang nak dapat cuti kerja ni. Asyik sibuk memanjang.

Puan Farzana menoleh ke belakang melihat anaknya tidur semula. Dia mengelengkan kepala namun hanya sementara sebelum meneruskan mendengar perbualan secara lansung di luar rumah. Suaminya agaknya balik lambat kut. Maklumlah majlis didewan muafakat tu 

“Abang kenapa bila dengan sayang asyik bad mood aje? Sayang tak sukalah.”

“Aku lagi tak suka kalau kau buat ibu tiri kau macam tu.”kasar nada suara Wan Zubair.

Nur Adriana kaku tidak bersuara diatas simen itu. Dia tak salah dengar kan apa yang tunangnya cakap? Kau?!

Wan Zubair menyeluk poket baju doktornya. Dia tidak memandang wajah tunangnya. Hatinya sakit. Sudah dua perkara yang membuatnya tiada mood dengan Nur Adriana. Disebabkan  Zeril Iskandar yang mengatakan dia tahu nama Nur Adriana, dia sanggup tinggalkan kerja dihospital dan datang ke sini.Tapi bila dah sampai ke sini, perkara lain pulak yang berlaku. Adakah dia sudah benar-benar kenal dengan perempuan yang bernama Nur Adriana Binti Jamil? Benarkah selama ini panggilan antara ibu tiri dan tunangnya hanya kau dan aku?

Fikirannya kusut, jiwanya buntu dengan sikap yang baru dia nampak dalam diri Nur Adriana. Tidak pernah dia mendengar lagi panggilan ‘kau untuk’ ibu dan anak.

Puan Farzana sudah terkekeh-kekeh ketawa.Wan Zubair dah marah perempuan banduan tu. Sukanya!!
“Abang! What’s wrong with you? Did I did something wrong?”katanya dengan suara yang sudah mula bergetar. Dia tak sukalah Wan Zubair cakap ‘kau’.

“Kau perempuan kurang ajar! Aku tak suka pada perempuan yang kurang ajar dengan ibu sendiri. Kau talam dua muka!”bentak Wan Zubair bagai manusia yang tiada perasaan.

Airmata Nur Adriana jatuh buat kesekian kalinya. Berani Wan Zubair berkata dia talam dua muka.Kenapalah semua orang yang berada disekelilingnya terlalu kejam pada dirinya? Satu persatu nama yang tidak elok diberikan padanya.

Semalam perempuan sundal, perempuan banduan sekarang ni perempuan kurang ajar.

Kepalanya kusut. Dia tidak mahu bersedih didepan tunangnya. Lebih baik dia masuk dalam menenangkan fikiran. Jika Wan Zubair hendak memutuskan pertunangan pun, apa dia peduli. Sejak dia keluar dari penjara lagi dia sudah memasrahkan segala-galanya. Biarlah orang yang bukan ahli keluarganya hendak mencaci atau memaki hamun berkaitan dirinya namun dengan perempuan tua tak sedar diri dan anak-anaknya  dia tidak akan sekali-kali membiarkannya.

Nur Adriana mengetap bibir. Dia mengesat airmatanya.“Kau tak nak pandang muka aku kan? Baik kau berambus dari sini. Kita putus tunang. Aku benci kau!!”pekik Nur Adriana dengan kuat sekali. Dia pantas berlari masuk ke dalam tanpa memandang muka Wan Zubair lagi.

Cukuplah sampai disini hubungan mereka berdua.

Wan Zubair berpaling ke belakang. Nur Adriana benci dia? Putus tunang? Ya Allah! Apa yang dia dah buat ni? Perasaan bersalah mula terbit didalam hati. Dia ingin memujuk tunangnya. Harap tunangnya tidak akan memutuskan pertunangan mereka. Dia sayang Nur Adriana.  Hanya Nur Adriana yang layak menjadi isterinya hingga ke akhir hayat.

Dia keluar dari rumah itu dengan macam-macam perasaan. Kesal dengan apa yang dikatakan pada Nur Adriana tadi. Nanti dia akan pujuk tunangnya. Biarlah hati Nur Adriana tenang dulu.

***
Nur Adriana merenung tajam perempuan tak sedar diri itu yang sedang berdiri ditepi tingkap bersebelahan dengan pintu depan rumahnya, Perempuan ni memang tak pernah serik dengan apa yang  dia dah buat tadi. Nasib baik ayahnya tidak melihat adegan tarik menarik rambut didepan biliknya.

“Puas hati kau tengok adegan kat luar tu?Puas?!” tempiknya kepada Puan Farzana. Dia terus berlari naik ke biliknya. Malas dia hendak mendengar jawapan perempuan tak guna itu. Sakitnya hati!!

Farah yang terbaring lena diatas sofa itu terus terjaga apabila mendengar suara kakak tirinya. Tak habis-habis lagi ke pertengkaran semalam?

“Ibu. Apahal pulak tu? Asyik nak marah-marah je. Orang nak tidur pun tak senanglah.”rungut Farah. Dia tidak boleh menjawab kata-kata Nur Adriana. Dia tidak mahu ditampar buat kali kedua. Cukuplah sekali!.
Puan Farzana tersenyum riang. “Ibu tak kisah pun dia marah ibu. Sekarang ibu gembira sangat-sangat! 

Pertunangan yang baru terputus diantara Nur Adriana dan Wan Zubair akan dimaklumkan pada ibu kandung Wan Zubair sendiri dan yang paling penting suaminya!

‘Mereng jugak ibu aku ni.’omel Farah dalam hati. Tiba-tiba aje nak gembira sakan. Macam budak kecik!
Dia baring semula setelah suara kemarahan kakak tirinya tidak lagi didengar.
***
Airmatanya berjujuran diatas bantal yang seringkali menjadi peneman tidurnya. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Dia tidak redha dengan apa yang dikatakan Wan Zubair. 

Pasrah adalah jalan yang terbaik untuknya. Mungkin tiada jodoh buatnya dan Wan Zubair.
Ayahnya? Insya-allah dia akan beritahu nanti.

Beg sandang yang dibawa sejak keluar dari penjara diambil ditepi katil. Sengaja dia sangkut dibesi katilnya supaya perempuan tak guna dan anak beranaknya tidak menyelongkar barang didalamnya.

Cincin yang ada didalam beg itu akan dipulangkan semula ke pemilik tuannya. Setelah dia masuk penjara, semua barang kemasnya yang dipakai semasa hari dia ditangkap mencuri duit syarikat dirampas dan tidak dipulangkan semula. Nasib baik cincin yang diberi tunangnya…erk?bekas tunang! Masih tersimpan kemas didalam dompet. Bila dia berjumpa Wan Zubair semula, dia kan pulangkan.

Begnya dibuka dengan malas. Dia mahu melihat cincin pertunangannya sebelum dikembalikan semula kepada tuannya.

Sebaik sahaja dia membuka beg itu, dia terkesima. Ada dompet yang berada disebelah dompetnyaAgak lama jugak dia tidak membuka beg sandangnya. Kali terakhir pun sewaktu dia menelefon Datin Zafiah di public phone.

“Beg dompet? Dompet siapa pulak ni?”katanya perlahan. 

Apabila dia membuka sahaja beg dompet itu, matanya terbeliak.

“Ini Zeril Iskandar punya beg dompet ni!”katanya lagi. Aduh, masalah…masalah!



BERSAMBUNG... :D





Tiada ulasan: