Selasa, 16 April 2013

Bab 25 Pulanglah Padaku



Duduk diatas pasir sambil merenung keindahan Pulau Besar memang  menenangkan hati Dhia yang dirundung keresahan semenjak beberapa hari ini. Menikmati udara segar dan berehat disini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.

Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Besar ini memberikan satu kepuasan kepada dirinya. Ada sumber yang dipercayai menyatakan bahawa Pulau Besar ini terdapat beberapa buah makam yang dianggap ‘keramat’ oleh masyarakat di Melaka ini.

Dari jauh dia sudah nampak satu bentuk yang agak istimewa. Ia kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang tidur.Dia tersenyum sambil melafazkan subhanallah kerana keindahan yang terdapat dipulau ini.

Sedang asyik menikmati keindahan pulau, dia dikejutkan dengan suara abang Razree.

“Abang…terkejut Dhia tau! Abang pergi mana tadi?”tanya Dhia dengan gembira sambil mengajak lelaki itu duduk disebelahnya.

Razree duduk disebelah Dhia. Cermin mata hitam yang dipakai dibuka lalu disangkutkan ke kolar baju. Sengaja dia memakai cermin mata hitam itu agar sinaran tidak terlampau terang dimatanya.

“Abang pergi telefon nenek kejap.”

Dhia termangu. “Abang call nenek?”

“A’ah. Nenek risaukan Dhia dan Mak cik Suria. Dah banyak kali nenek telefon Dhia tapi tak angkat pun.”

“Dhia saja off kan phone. “dia mengeluh. “Kalau on kan phone pun, mesti Ray telefon Dhia nak tahu Dhia kat mana.”jelasnya.

“Dhia, abang nak tanya soalan boleh?”

“Soalan  apa?”acuh tak acuh suaranya menjawab.

“Aik, Dhia. Macam tak suka aje abang tanya soalan?”

“Bukan tak suka tapi tak ada semangat untuk menjawabnya.”

“Okey, kalau macam tu abang tanya satu soalan aje. Lepas tu dah takde soalan lain.”

“Tanyalah…,”jawabnya sepatah. Dia kembali merenung keindahan Pulau Besar.

“Dhia kan dah berhenti kerja, resume pun dah dibuang kan? Apa kata Dhia kerja aje kat syarikat nenek? Abang sanggup bayar Dhia gaji lebih daripada tempat kerja Dhia yang dulu.”

Dhia terdiam. Lantas dia mula bangun. Dia tidak mampu menjawab soalan itu. Razree mendongakkan kepala.

“Dhia tak jawab soalan abang lagi.”

“Dua soalan abang bagi kat Dhia. Dua-dua soalan tu Dhia tak dapat jawab.”

“Tapi, Dhia…,”

“Maaf, bang. Dhia datang sini untuk kurangkan tekanan dan masalah Dhia. Bukan untuk menambah masalah. Dhia naik bilik dululah.”ujarnya dan terus berlalu meninggalkan abang Razree yang seakan termangu dengan jawapan yang diberikan.

“Dhia…”kepalanya digaru berkali-kali. Dia mahu menghalang Dhia pergi namun perempuan itu bijak melarikan diri.

Benar kata nenek. Susahnya nak pujuk Dhia…

*****

Rayyan Zikri datang pada tepat masanya dijejantas yang berhadapan dengan club Golden Sun. Kelihatan ditangga jejantas itu,kekasihnya sedang duduk menopang dagu.

“Kenapa awak lambat?”Dia bangun dari tempat yang didudukinya. Malam tadi dia ada show di club Golden Sun. Terpaksalah dia tidur di club itu semalaman kerana show yang melibatkan dirinya tamat tengah malam. Mujur dia ada bawak spare baju didalam beg sandangnya.

 “Ray peliklah tengok awak ni.”Rayyan Zikri memandang  sekujur tubuh Nur Imani dari atas ke bawah. Terdapat sedikit kemusykilan dalam dirinya terutama pada gaya rambut yang ditonjolkan kekasih hatinya.

“Kenapa? Ada yang tak kena pada diri saya ke?”Nur Imani meneliti dirinya sendiri.  Dia rasa tiada apa yang boleh membuatkan teman lelakinya berasa pelik dengannya. Didalam tandas di club Golden Sun tadi, dia sudah mengubah penampilan yang lebih sopan agar Rayyan Zikri tidak berfikir yang bukan-bukan.

“Saya pelik tengok rambut awak saya nampak agak kusut-masai berbanding sebelum ni. Awak memang makan dengan Natasha dengan gaya rambut macam ni ke?”

Nur Imani terasa airliurnya tersekat dikerongkong.  Aduhai…dia tak perasanlah rambut kusut-masai kat bilik air tadi. Macam mana ni? Janganlah lelaki ni tanya soalan lain yang boleh buat dia tergagap-gagap nak menjawab.katanya dalam hati.

******

Mariana mengajak kekasih gelapnya, Adam menemani dia dirumah setelah petang makin melabuhkan tirainya. Bukan kerana dia takut akan bersendirian pada waktu malam nanti tetapi dia rasa sunyi. Beberapa hari lepas, dia hanya keluar makan bersama Adam namun dia niat dihatinya teringin untuk memasak untuk kekasih gelapnya yang baru pulang dari luar negara. Hari ini merupakan hari bertuahnya. Dia menjadi tukang masak untuk kekasih gelapnya. Dapatlah Adam merasa masakannya. Sebelum ini hanya ibu mertuanya sahaja yang masak didapur.

“You tengoklah TV dulu. I nak masak ni.”ucapnya sambil menyentuh lembut bahu Adam.

“You nak masak?”tanya Adam seakan tidak percaya. Matanya terkebil-kebil.

“You jangan tak percaya pulak. I bukan tak pandai masak tapi I malas nak masak. You duduk sambil tengok TV dulu, kejap lagi kita makan sama-sama okey?”

“Okey. Masak masakan melayu ke western?”tanya Mariana senang hati.

“I masakan melayu I tak pandailah. Ibu mertua I yang selalu masak kat rumah ni. Kalau I, I pandai masak spaghetti aje.”

“You nak masak spaghetti lah ni?”Adam mengangkat kening. Sebenarnya tekak dia lebih kepada masakan melayu namun tekaknya terpaksa juga menelan spaghetti yang akan dibuat Mariana nanti.

“Yup. You tengok TV dulu ye. I nak pergi masak ni.” Remote TV dicapai diatas meja empat segi didepan lalu dihulurkan kepada Adam. Sesudah itu, dia segera pergi ke dapur.

“Okey, thanks.”Adam menerima remote itu.

Remote TV yang berada ditangannya diletakkan dimeja empat segi tu semula. Sudah agak lama dia tidak menonton TV, dia rasa malas mahu menonton.

‘Baik aku keliling tempat ni daripada tengok TV’.desisnya. Dia bangkit dari sofa tiga berangkai itu dan berjalan mengelilingi sekitar ruang tamu rumah dua tingkat ini. Tak sangka ruang dalam dalam rumah ini agak luas.

Adam berjalan lagi memerhatikan setiap bingkai gambar yang terletak elok diatas dinding. Tiba disatu bingkai gambar ini, hatinya dipaut cemburu. Terhidang wajah ceria Mariana dan Muzaffar yang sedang berpelukan. Bertuah Muzaffar dapat peluk Mariana. ‘Aku bilalah pulak ye.’bisiknya dalam hati.

Sekujur tubuh Mariana memang diidamkan dari dulu lagi namun dia tahu dan dia sedar siapa dirinya dimata perempuan itu. Dia hanya kekasih gelap bukannya suami yang boleh dipegang sesuka hati.

Setelah puas menatap gambar Mariana di bingkai itu, dia beralih pula ke tempat lain. Jika boleh, semua benda didalam ruang tamu itu mahu disentuh. Bosanlah katakan…

Peti surat yang berukiran kayu itu disentuh. Cantik! Siap ada tempat letak kunci lagi. Dia memandang ke arah dapur. ‘Janganlah Mariana perasan aku sentuh barang-barang dalam rumah ni.’kata hatinya. Sebenarnya dia nak tengok surat-surat didalam peti itu. Manalah tahu, ada surat untuk Mariana, boleh dia diberikan pada kekasih gelapnya.

Satu persatu surat ditilik namun dia kecewa. Tiada surat yang datang dari Mariana. Yang ada cuma satu surat daripada Muzaffar sahaja.

“Surat dari hospital? Muzaffar sakit ke?”katanya perlahan.

‘Tak mengapalah. Asalkan boleh tengok apa benda dalam surat ni.’gumamnya.

Kepalanya ditoleh ke dapur semula. Mana tahu Mariana dah siap masak.

Cepat-cepat dia membuka surat Muzaffar. Diperhatikan ayat-ayat yang terdapat didalam surat itu.

Tatkala dia membaca dengan khusyuknya, dia tergamam melihat sepotong ayat yang membuatkan matanya terbeliak.

Mati pucuk?

Anak tekaknya bagai mahu terkeluar dari mulut. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Muzaffar ada penyakit mati pucuk? Jadi surat ini hanya untuk memaklumkan ubat yang perlu diambil Muzaffar dihospital yang merawat penyakit itu?

Ini kena bagi tahu Mariana ni. dalam hati dia bersorak gembira. Maknanya selama ini mereka tak pernah melakukan persetubuhan lah ye?

Perkara ini memang diluar jangkaannya!!

“Mariana…Mariana!!”laungnya berkali-kali. Surat yang dibaca tadi disorokkan ke belakang badan.

Mariana yang sedang mengukus spaghetti tersentak apabila Adam memanggilnya. Segera dia menutup api dan berlari anak ke ruang tamu.

“Ada apa, Adam? Spaghetti lagi sikit nak masak. You dah lapar ke?”

“I belum lapar lagi. I ada hal nak cakap dengan you. Mungkin perkara yang I nak cakap ni kurang memuaskan hati you dan mengembirakan hati I.”

Mariana pelik. “Apa you cakap ni? I tak fahamlah.”

“You, I nak bagi tahu you yang suami yang you cintakan sangat tu menghidap penyakit mati pucuk. I ulang suara…mati pucuk!”ditekankan perkataan mati pucuk itu. Biar Mariana tahu apa sebenar penyakit sebenar suami dia.

Mulut mariana ternganga. “What? Mati pucuk? Mana you dapat cerita ni? Suami I masih gagah lagilah. You jangan main tokok tambah cerita tau.”dia sudah mula gelisah. Malu pun ada apabila Adam bercakap pasal mati pucuk ini.

Adam tersenyum sinis. “I cakap perkara yang benar. Ini buktinya…”dia mengeluarkan surat dari belakang badannya lalu dihulurkan kepada Mariana. Biar dia tahu apa yang dia cakapkan bukan perkara main-main!

Mariana berdebar. Dicapai surat itu lalu dibaca penuh teliti ayat-ayat didalamnya. Ternyata apa yang dikatakan Adam memang benar!

Maknanya, selama ini aku kahwin dengan lelaki yang dah mati pucuk?

Oh, no!! Impossible!!

Terjatuh surat itu dari pegangannya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Muzaffar mati pucuk?

Patutlah dia menjauhkan diri pada aku bila aku dekat dengan dia.gumamnya. Dia terasa sedih. Nampaknya dia berkahwin dengan orang yang salah. Dia harapkan anak daripada benih lelaki itu namun semuanya hancur berkecai.

“Sekarang you percaya cakap I kan?”dia memeluk pinggang Mariana. “You tahu, I gembira dengan berita ni. I rasa bagai di awang-awangan. Sepatutnya kita kahwin dari dulu lagi. Kalau tak, kita dah ada anak pun sekarang ni.”

Mariana melepaskan tangan Adam. Moodnya tiba-tiba berubah. Masam mukanya. Hatinya betul-betul kecewa. Kecewanya bukan sedikit tapi terlampau banyak!

Adam mengangkat kening. Mood Mariana dah berubahlah pulak.

“You…,”Adam memegang kedua bahu Mariana. “You sedih ke?”

“Siapa yang tak sedih Adam kalau suami ada penyakit macam tu. Harapan I nak ada anak dengan dia punah.”

“Sekarang ni you dah tahu, you cerai ajelah dengan dia.”Adam memberi cadangan.

Mariana mendengus. “You gila? Walaupun dia mengidap mati pucuk, you ingat I nak lepaskan dia? No way, Adam! No way!!

“Habis I ni apa? Takkan selama-lamanya I nak jadi kekasih gelap you? Bila I tahu Muzaffar dah mati pucuk, I rasa I macam peluang I cerah untuk mendapatkan you. You tahu kan I cintakan you? You aje yang tak pernah hargai cinta I.”

Mariana bangun. Dia memandang tajam lelaki itu. “Kalau macam tu, baik kita tak payah berjumpa lagi. Baik kita putuskan hubungan sebelum berlaku apa-apa yang tak sepatutnya! I rasa better you baliklah dulu. Fikiran I kacau dengan berita yang baru I tahu.”

“You tak boleh buat I macam ni! I dah lama cintakan you. I takkan putuskan hubungan kita.”Adam mula bertindak liar. Dia memaut pinggang Mariana lalu dia mencium tengkuk perempuan itu.

Mariana menepis. “You janganlah macam ni! What’s wrong with you?”dia pantas menolak badan lelaki itu jauh darinya. Dia rimas.

“I love you, I love you…! Could you please understand that?”kata Adam bersungguh-sungguh dan penuh romantis.

“No!!”Mariana menekup kedua belah telinganya. Seboleh mungkin dia tidak mahu mendengar ucapan cinta Adam.

“Asalamualaikum…,”

Mereka berdua terpana. Kedua-duanya berpaling serentak ke muka pintu.

Mariana terpana! Adam terkejut!

 

 

 

3 ulasan:

lee jee joong berkata...

Ha kantoi!!!! Muz kantoi dgn diorg2 kantoi hahahaha pdn muka. Tinggal imani nyaris je

Unknown berkata...

kantoi2..haha..
mmg kenalah si Mariana ngn adam tu!!

Unknown berkata...

padan muka mrk dah kantoi...hope lps ni Ray akan berbaik dgn Dhia.