Kyra datang ke pejabat Slim World tepat pukul sembilan pagi. Sengaja dia datang awal untuk
mengelakkan diri daripada bertembung dengan Abdul Fatah. Moga-moga agreement dan cek yang disediakan Puan
Faridah sudah siap sedia di kaunter receptionist
dan dia boleh balik dengan senang hati tanpa bertemu dengan lelaki itu
lagi.
“ Assalamualaikum, selamat pagi. Encik Abdul
Fatah ada berikan cek dan surat perjanjian pada awak tak? Saya perlukan
kedua-duanya.”
Receptionist itu bangun tatkala Kyra berbicara dengannya. “
Walaikumsalam, Cik Kyra. Err… tak ada, Cik Kyra. Actually, Encik Fatah ada kat dalam bilik. Cik Kyra bolehlah jumpa
dia sekarang.”
“ Dia datang? Awalnya!” Kyra sedikit terkejut.
Biasanya orang yang berpangkat tinggi ni selalu datang lepas pukul sembilan
setengah.
“ Encik Fatah datang sebelum Slim World dibuka lagi, Cik Kyra.” Kyra
terkejut lagi. Awal betul lelaki itu sampai ke pejabat. Apa yang lelaki itu
buat dalam bilik dia tu?
Kyra mendongkol geram. Semalam dah pesan dekat
Abdul Fatah bagi kat receptionist,
lelaki itu buat-buat tak dengar. Hesy, mamat tu memang suka buat aku menyampah
dengan sikap dia. omel Kyra dalam hati. Sudahlah dia tidak mahu bertemu lagi
dengan Abdul Fatah. Lelaki itu memang suka menyakitkan hatinya.
“ Saya masuk dululah. Hurm…” mendatar sahaja
suara Kyra. Kakinya terasa malas untuk melangkah masuk ke bilik Abdul Fatah
namun apakan daya, dia terpaksa melangkah masuk ke bilik Abdul Fatah.
Malam semalam, tidurnya tidak lena mengenangkan
kata-kata ‘keramat’ Abdul Fatah sewaktu mereka berdua di luar perkarangan
rumah. Apabila dia akan bertemu dengan lelaki itu hari ini, dirinya jadi tidak
menentu. Dadanya seringkali berdegup kencang.
Itulah sebab dia mahu menjauhkan diri daripada
Abdul Fatah. Jika dia tidak bertemu dengan lelaki itu dua hari yang lalu pasti
mereka tidak akan bertemu seperti sekarang.
Tok, tok!
Ketukan pintu kedengaran berapa kali. Kyra
mengetuk pintu bilik abdul Fatah dengan terpaksa. Hai Kyra… kenapa kau lemah
sangat hari ni? Takut nak jumpa mamat tu ke?
“ Please
come in, Cik Kyra!”
laung Abdul Fatah dari dalam. Walaupun suara lelaki itu tidak berapa kuat
tetapi Kyra masih boleh mendengarnya. Dia masuk dengan langkah teragak-agak.
Hari ini dia cuma bernampilan ringkas sahaja. Baju chiffon funky blouse yang berwarna coklat berbelang serta seluar
jeans putih sahaja. Rambutnya yang paras dada dilepaskan begitu sahaja.
Menambahkan keserian pada wajah Kyra pagi ini.
“ Err… hai.” Lemah sahaja suara Kyra.
“ Hai, Cik Kyra. Kenapa Cik Kyra lambat datang?
Saya dah lama tunggu Cik Kyra datang. Come,
duduklah sini.” jemput Abdul Fatah penuh berhemah. Dalam hati dia begitu
gembira dengan kedatangan Kyra. Sudah berapa jam dia menanti duta Slim World itu. Cantiknya dia pagi ni.
puji Abdul Fatah dalam hati.
Kyra mengerutkan dahi. Apa kena dengan lelaki
ni? Cakap pun dengan nada lembut. Dah tu, berlagak ceria dengan aku. Ganjil
pulak aku tengok sikap dia ni. desisnya dalam hati.
“ Cik Kyra nak air apa? Saya boleh suruh tea lady buatkan.” Hati Kyra mula tidak tenteram. Ya Allah, mana
pergi sikap serius lelaki ni? Aku lagi suka sikap dia yang dulu. Sikap dia yang
sekarang mengelikan hati aku lah. Kyra terasa ingin menjerit sekuat hatinya.
Biar semua orang tahu yang dia tidak suka untuk berlama di sini.
“ Tak apalah, Encik Abdul Fatah. Saya datang
sini untuk sign agreement dengan ambil
cheque aje. Mana perjanjiannya? Boleh
saya sign sekarang?” Kyra bersikap
formal. Muka Abdul fatah dipandang ala kadar sahaja.
Abdul Fatah tarik muka. Entah kenapa suara Kyra
agak berlainan daripada semalam. Dia tidak suka suara Kyra yang ini.
Semalam dia sudah bertekad untuk mengambil hati
Kyra. Dia tahu Kyra mampu memberikan dia kasih sayang dan cinta yang dia
inginkan. Sudah dua tahun dia tidak ada peluang untuk bercinta. Bila Kyra
muncul dalam hidupnya, dia yakin Kyra adalah wanita yang layak untuk menjadi
suri hidupnya.
Rasanya tidak salahkan orang yang berbadan
tembam sepertinya mencintai wanita yang kurus seperti Kyra?
“ Maaf Cik Kyra. Agreement tu dah siap cuma saya tak buat salinan lagi. Cik Kyra
kena tunggu saya siapkan agreement tu dulu baru Cik Kyra boleh balik. Cek lima
puluh ribu tu ada kat ibu saya. Saya suruh dia pegang dulu.” Raut wajah Abdul
Fatah tegang sekali. Merajuklah katakan!
Kyra bengang. Ingatkan cek lima puluh ribu itu
ada di tangan Abdul Fatah tapi nampaknya dia silap! Terpaksalah dia ambil di
tangan Puan Faridah selepas ini. Hurm. Dia mengeluh dalam diam.
“ Kalau macam tu, saya balik dululah. Saya
datang bila Encik Abdul Fatah dah siapkan. Cek tu saya ambil sendiri kat Puan
Faridah.” Ada baiknya Kyra beredar dari sini. Buat apa dia duduk di bilik ini
jika surat perjanjian itu tidak siap lagi.Cek untuknya pula tidak ada di sini.
Baik dia keluar lagi bagus! Dia mula bangun dari sofa berangkai tiga yang tidak
berapa jauh dari pintu utama bilik Abdul Fatah.
“ Kyra! Fat cakap tunggu, tunggulah! Jangan
balik lagi.” Abdul Fatah mula mengelarkan dirinya Fat.
Kyra terlopong. “ Encik Abdul Fatah panggil apa
tadi? Fat?” berkerut dahinya mendengar nama itu.
“ Fat tu nama istimewa saya. Ada seseorang yang
istimewa berikan nama itu pada Fat. Hari ini baru Fat munculkan nama itu semula.
Selepas ni Kyra panggillah nama Fat aje. Fat suka Kyra panggil Fat.” terang Abdul
Fatah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Kyra senyum mengejek. Orang istimewa? Takkan
Abdul Fatah ada girlfriend dulu kut?
Badan fat macam ni, ada orang nak ke?
“ Memang sesuailah nama itu dengan tubuh badan awak, Fat!” Kyra menjulur lidah.
Biarkan lelaki itu sakit hati dengannya.
Abdul Fatah mendekati Kyra. Pandangannya pada
Kyra begitu redup sekali. “ Fat tak kisah kalau Kyra kutuk nama panggilan Fat.
Fat hargai kutukan Kyra pada Fat sebab Fat tahu kalau Kyra asyik sebut nama Fat
bermakna nama Fat selalu meniti di bibir Kyra.”
Kyra terpaku tanpa kata. Ya Allah! Jiwang betul
Abdul Fatah ni.
“ Fat janji Fat takkan ambil masa yang lama
untuk buat salinan tu. Kyra tunggu ya. Duduk kat sofa tu dulu.” Abdul Fatah
tergesa-gesa duduk semula di depan MAC miliknya. Masa yang ada ini harus
digunakan dengan sebaiknya. Mesin printer sudah ada di tepinya. Dapatlah dia mempercepatkan
kerjanya.
“ Argh!” Kyra mula membentak. Baru dia nak
balik, ‘Fat’ ni pula yang terhegeh-hegeh suruh dia tunggu. Sabar sajalah wahai
hati.
Kyra melabuhkan punggung ke sofa tiga berangkai
yang dia duduk tadi. Ikutkan hati, sudah lama dia beredar dari bilik ini dan
berjumpa Puan Faridah di tingkat atas untuk mengambil cek.
“ Cepat sikit. Saya nak balik ni.” suara Kyra
tegas sekali.
Di depan komputer MAC, Abdul Fatah tidak
putus-putus senyum. Ideanya tiba-tiba muncul tatkala Kyra bertegas untuk balik
ke rumah. Ada seseorang yang boleh membantunya supaya Kyra akan duduk
bersamanya di bilik ini. Siapa lagi kalau bukan ibunya, Puan Faridah!
Abdul Fatah cepat-cepat membuka email
company lalu menaip message dan
menghantar kepada ibunya.
“ Ibu, datang
blk Fatah cepat. Kyra datang nak collect cheque. Ibu kalau dtg, jgn lupa cakap
pasal agreement tau. Fatah tak nak dia balik lagi. Please ya, ibu!
Ini
sahajalah cara yang dia ada agar Kyra tidak pulang ke rumah.
Dua minit kemudian, Abdul Fatah tersenyum
apabila ibunya masuk ke dalam biliknya. Tidak sangka secepat itu ibunya datang.
“ Puan Faridah!” Kyra tergamam di sofa. Dia
bingkas bangun apabila Puan Faridah masuk ke bilik Abdul Fatah. Dalam hati dia
hairan juga, macam mana chairman Slim World ini boleh tahu kedatangannya ke
sini? Rasanya dia tidak maklumkan pada sesiapa kecuali receptionist di luar dan
Abdul Fatah.
“ Kyra. Maafkan saya sebab lupa nak nak informed awak pagi ini yang cek ni ada
pada saya. Ini bayaran awak sebagai duta syarikat kami untuk setahun.” Puan
Faridah menghulurkan cek yang diberikan pihak kewangan Slim World pagi tadi sebelum kedatangan duta syarikatnya itu.
“ Terima kasih, Puan.” Menggigil tangan Kyra
apabila menerima cek itu. Tidak sangka hari ini dia diberi peluang untuk
memegang cek yang mengandungi lima puluh ribu ringgit. Dia rasa bersyukur
sangat. Tidak sia-sia dia menerima tawaran daripada Slim World untuk menjadi duta syarikat itu.
“ Sama-sama.” Puan Faridah tersenyum memandang
Kyra sebelum pandangannya beralih pada Abdul Fatah yang berdiri di meja
kerjanya. Anaknya itu terkumat-kamit menyuruhnya melakukan apa yang disuruh
melalui email yang diterima tadi.
“ Kyra…”
“ Ya, Puan. Ada apa yang boleh saya bantu?”
Kyra bersuara lembut. Biasalah dah dapat duit banyak daripada Chairman Slim World, mestilah kena cakap
baik-baik! Karang tak pasal-pasal lucut jawatan aku sebagai duta syarikat ni.
gumamnya dalam hati.
“ Anak saya ada buat agreement untuk Cik Kyra. Saya nak Cik Kyra teliti surat perjanjian
yang anak saya buatkan untuk Cik Kyra dalam bilik anak saya ini. Perjanjian tu
tak boleh bawa balik sebab lawyer
saya perlukannya petang nanti.”
Abdul Fatah bukan main gembira di meja kerjanya.
Ibu memang the best lah!
Kyra menunduk sedikit kepalanya sambil mengetap
bibir. Bila Puan Faridah sudah berkata begitu, terpaksalah dia akur. Ingatkan
perjanjian itu boleh dibaca di rumah tapi nampaknya tidak boleh.
“ Boleh aje, Puan.” Kyra terpaksa bersetuju
dengan suara tersekat-sekat.. Nampaknya lagi lamalah dia di bilik ini bersama
Abdul Fatah. Ah, bencinya!!
***
“ Khusyuknya baca agreement tu. Kyra tak nak pandang Fat ke?” Abdul Fatah cuba untuk mengalih
perhatian daripada Kyra. Dia rasa sunyi apabila suara Kyra tidak bergema di
dalam biliknya. Dia rindu untuk berbalas kata dengan Kyra.
Kyra tidak melayan, sebaliknya dia khusyuk
membaca perjanjian yang dibuat untuknya. Dia tidak mahu berbual terlalu ‘mesra’
dengan Abdul Fatah. Biarlah mereka dalam keadaan begini.
“ Kyra… pandanglah Fat.” Suara Abdul Fatah
kedengaran manja di telinga Kyra. Dia rasa geli hati. Kenapa dengan Abdul Fatah
pagi ni? Dah mereng ke apa? bisiknya dalam hati.
“ Hmm…” itu sahaja jawapan Kyra.
“ Tak nak kawan Cik Kyra.” Abdul Fatah mula
merajuk. Sememangnya dia perlukan perhatian Kyra. Kyra tidak mengeluarkan
sebarang perkataan, dia rasa teramat sunyi di dalam bilik ini.
“ Ada saya kesah?” Kyra menjeling maut. Dia
lagi suka jika mereka tidak ada sebarang hubungan persahabatan mahupun
persaudaraan.
“ Kyra baca betul-betul tau. Kalau Kyra tak
faham, Kyra bagi aje tahu Fat. Fat akan jelaskan pada Kyra.” Tidak puas-puas
Abdul Fatah merenung Kyra. Kebosanannya hilag begitu sahaja tatkala memandang
wajah duta Slim World itu.
“ Awak diam boleh tak? Saya nak fokus ni!”
tiba-tiba Kyra menempelak Abdul Fatah. Surat perjanjian yang diberikan Abdul
Fatah berapa minit yang lalu di hempas ke atas pahanya dengan sedikir kasar.
Tersentak Abdul Fatah dibuatnya. Dia bangun
lalu duduk di satu sofa lembut yang tidak jauh daripada Kyra.
“ Kyra janganlah marah. Tak cantik muka Kyra kalau
asyik marah aje. Fat janji Fat takkan ganggu Kyra baca agreement tu. Bacalah ya.” kata Abdul Fatah dengan nada takut-takut.
Oh, Kyra… kenapalah hatimu sekeras kerikil? Soalnya dalam hati.
“ Dah
tahu diri tu fat, tetap juga nak
gelarkan nama tu Fat. Hesy!” Kyra mencemuh. Matanya ralit memerhatikan setiap
isi kandungan yang ditaip di dalam agreement
itu.
Turun naik nafas Abdul Fatah ketika ini. Sudah
puas dia mencuba mengambil hati Kyra namun Kyra tetap melayaninya dengan kasar.
Ada baiknya, dia kembali seperti semalam. Yang kasar dan serius sahaja
wajahnya. Jika itu yang terbaik agar Kyra sentiasa berlawan kata dengannya.
“ Itu nama aku. Suka hati akulah!” Kyra mula
terpinga-pinga dengan kata-kata Abdul
Fatah yang tiba-tiba marah itu. Dia pula yang jadi takut.
“ Kau pernah jadi perempuan gemuk kan? Jangan nak
berlagaklah bila kau dah kurus! Kau boleh cemuh dan kritik orang gemuk macam
aku. Aku gemuk tapi darjat aku lebih tinggi daripada kau. Level kau dan aku tak sama. Kau cuma duta syarikat ni dan aku
adalah anak chairman syarikat ni! It's okay to be a fat man, It's prestige and
power and all of that. Remember that, Cik Amylia Nur Kyra!”
Kyra terpana dengan ayat itu. Timbul rasa
bersalah dihatinya kerana mengkritik lelaki itu.
Abdul Fatah, maafkan Kyra! Luahnya dalam hati.
** ALHAMDULILAH… akhirnya siap juga en3 ni…Sorry kalau
bab kali ni biasa2 aje. Ini aje yang eya mampu buat…
Pada kawan
baru yang baca blog eya, kalau terasa nak jadi kawan eya kat facebook / group,
jomlah join eya di :
Grup : karyanurdaeya
Facebook : Nur Daeya
5 ulasan:
Ayo ! Xtw .. Kyra .. ! Daa uat Fatah marah .. Ayo ! Xtw .. Hahahaha .. Btol to Fatah .. Xbel tw nk hina owg comel nie .. Mntg2 laa dy da cntik .. Xpe Fatah .. Relax2 je .. Eya ! Akk enjoy .. Hehehehe ..
hehe...padan muka kyra. kang dh kne marah!
alhamdulilah kak...tq ya sebab sudi enjoy ngn karya eya ni! hope akk terus mmbaca karya2 eya lg...hehe
Jahatnya Fat :( . Kesian kat Kyra.Tapi Kyra memang berlagak pun.Padam muka :P.Bwahahahaha
haha...pdn muka kyra!
org dh ckp lmbut2 pn x nk balas baik2~ ;) kesudahnya fat yg marah d balik!
ayoyo
gaduh lagi....
mmg merpati dua sejoli sungguh
dorang ni...
budak fatah ni pun sengal
dh tau dia fat,
buat gelaran diri fat plak
adoyai......lawak2.....
si kyra ni plak lupa diri
dulu dia beruang kutub
nnti bila si fat jadi
the hensem guy......
haaaa.....
terpanah arjuna.....
hihihihi
mmg best eya...
silalah sambung lg
idea yg manis
dtg dari wajah yg manis
so adik manis.....
senyum2 selalu
gu luck
Catat Ulasan