Isnin, 25 Mac 2013

BAB 17 Pulanglah Padaku



Jiwa Dhia dibelenggu keresahan. Dia tidak mampu untuk melepaskan diri. Insan yang berada dihadapannya merenung dirinya dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Tubuhnya menggeletar.
“Aku tanya kau sekali lagi, apa kau buat kat rumah ni, hah? Anak aku dah ceraikan kau, kau masih tak puas-puas nak datang kat sini?Apa yang kau nak tuntut lagi kat rumah  ni?”lantang Puan Halimah bersuara. Dia memang sakit hati dengan bekas menantunya. Rasa nak cekik aje perempuan ini!
Rumah dua tingkat ini sudah berapa hari ditinggalkan kerana menjaga anaknya di hospital. Dia hanya pulang apabila Muzaffar memintanya memasakkan makanan yang pedas. Katanya, makanan yang disediakan pihak hospital tidak masuk ke tekak. Pahit dan tawar.
Jadi dia pulang ke rumah dan memasak apa yang anaknya inginkan. Menantunya, Mariana ada menjaga anaknya. Terpaksalah dia naik teksi datang dan ke sini semata-mata mahu memasak makanan kegemaran Muzaffar.
Setelah siap semuanya, dia keluar dari pintu belakang. Apabila sampai sahaja di perkarangan rumah, dirinya terkejut tatkala melihat bekas menantunya datang membuka pintu depan rumah ini. Dia hilang sabar dan terus menengking Dhia.
 “Ibu, saya tak bermaksud…,”belum sempat Dhia menyambung, Puan Halimah memotong pantas. Dia mencekak pinggang.
“Siapa ibu kau?Aku bukan ibu kau. Hubungan aku dengan kau dah tamat!” tersentuh  hati Dhia apabila bekas ibu mentuanya sanggup berkata sedemikian rupa. Siapa yang buat ibunya berubah perangai seperti ini? Dulu sikap ibunya lemah-lembut dan penyayang orangnya. Tapi sekarang? Apa dah jadi? Adakah Mariana yang menghasut ibunya sampai dia berubah begitu drastik sekali?
“Ibu tak baik cakap macam tu. Dhia masih anggap ibu sebagai ibu Dhia. Dhia tak pernah tamatkan hubungan kita.”lembut suaranya berkata. Demi tuhan, dia masih sayangkan bekas ibu mentuanya.
“Argh! Aku peduli apa kau masih anggap aku ibu kau ke tak? Dasar perempuan curang, tak reti hargai suami!”tubir mata Dhia pecah jua akhirnya. Pedih jiwanya kerana dipanggil perempuan curang sedangkan dia langsung tidak melakukan apa-apa di luar batasan. Dia tahu batas-batas agama.
“Sampai hati ibu cakap Dhia macam tu. Dhia tak pernah curang pun.”kepalanya makin pening. Apa sudah jadi pada diriku ini?
“CD yang aku dapat tu memang terbukti yang kau curang. Aku ingatkan kau perempuan baik rupanya perempuan jalang! Huh!”dengusnya. Diamelarikan matanya kearah lain.
“Ibu, percayalah…Dhia bukan perempuan curang.”rayu Dhia. Dia melutut dibawah  kaki bekas ibu mentuanya tapi badannya ditolak kasar. Tersembam dia di atas lantai itu.
“Kau tak layak nak sentuh aku. Pergi! Berambus kau dari sini!”pekik Puan Halimah dengan nada yang sedikit tinggi. Dia bangga dapat membalas dendam terhadap anak menantunya.
Dhia bangun kembali. “Dhia takkan beredar dari sini selagi Dhia tak dapat benda yang Dhia nak.”katanya tegas. Air mata yang bercucuran pantas diseka lalu dia berdiri tegak menghadap ibunya.
“Kau takkan dapat apa yang kau nak! Semua barang kau aku dan Mariana dah buang dan bakar.”katanya dengan bangga. Dendamnya terbalas apabila barang-barang milik Dhia telah dimusnahkan.
Terlopong mulut Dhia mendengarnya.“ Ibu bakar barang Dhia? Ya Allah….kenapa ibu buat semua tu? Kenapa ibu tak simpan? Dhia sayang barang-barang Dhia.”raungnya. Kepalanya makin pusing dengan kata-kata bekas ibu mertuanya. Resume tak ada? Macam mana dia nak tunjukkan pada pegawai bertugas yang akan interview dia nanti?
‘Habislah aku…’rintihnya dalam hati.
“Buat apa aku simpan barang-barang kau kat rumah ni? Menyemak aje!”balasnya dengan cebikan dibibir.
Resume aku…”rintihnya perlahan. Akhirnya dia longlai di perkarangan rumah itu.
Puan Halimah tergamam. Dhia pengsan? Ya Allah, apa aku dah buat ni?”dia mula risau. Nak call ambulans ke tak?Adakah Dhia pengsan disebabkan ditolak dengan kasar tadi?
“Mak cik buat apa ni?!!” Jerkah Rayyan Zikri dan terus meluru kearah Dhia yang kaku tidak bergerak. Kepala Dhia terletak elok di atas pahanya. Ya Allah! Janganlah dia sakit.
“Aku tak buat apa-apa. Dhia yang jatuh sendiri.” Puan Halimah mengeleng-gelengkan kepala berkali-kali.
“Makcik yang buat! Ray nampak sendiri!”lantang dia bersuara.
“Bukan aku yang buat. Bukan aku yang buat!!”pekik Puan Halimah sambil menekup telinga.  Pintu depan yang baru sahaja dikunci tadi membolehkan dia masuk ke dalam rumah setelah Dhia membukanya baru sebentar tadi.
“Dhia...bangun Dhia. Aku ni.”Rayyan Zikri menepuk perlahan muka sahabatnya yang masih memejamkan mata.
Berapa kali ditepuk perlahan Dhia tapi masih tidak sedarkan diri, Rayyan Zikri bertekad untuk merenjis air pada wajah Dhia.
“Dhia, sekejap ye. Aku pergi ambil air  dalam kereta.”katanya dengan cemas. Dia mahu merenjis muka sahabatnya.  Dia bertekad untuk tidak mahu mengambil sekelumit air pun di rumah ini. Itu bukan haknya.
Dia segera bangun dan berlari masuk ke dalam kereta yang tersorok di belakang rumah Muzaffar. Dibiarkan sahabatnya terdampar di situ buat sementara.
Sementara itu, di dalam rumah Puan Halimah sudah merangka rancangan untuk mengenakan dua manusia di luar rumahnya. Dendamnya terhadap Dhia dan Rayyan perlu dilunaskan segera.
Perasaan gemuruhnya dikawal sebaik mungkin. Nak bercakap dengan orang kenalah cool. Nanti polis marah pulak kalau cakap laju-laju.
Telefon rumah tanpa wayar di atas meja bulat berdekatan dengan tangga dicapai dan ditekan nombor yang hendak di diail lalu dilekapkan ke telinga.
“Ehem...ehem.”dia memperbetulkan suaranya. Nafasnya ditarik perlahan.
Tut...tut...
Dirinya berdebar. Rasa gemuruhnya datang kembali.
“Assalamualaikum encik. Boleh saya bercakap dengan Inspektor Hazizi sebentar?”katanya dengan lembut. Inspektor Hazizi adalah orang yang pertama dia berjumpa sewaktu dia membuat laporan berkenaan anaknya dipukul malam itu.
“Sebentar ye. Saya sambungkan ke Unit Jenayah dan Forensik.”kata seorang anggota polis di hujung talian.
“Cepatlah...cepatlah.”rintihnya dalam hati.
Di luar rumah, Rayyan Zikri mengetuk kuat pintu rumah setingkat. Geramnya pada Puan Halimah tidak dapat disangkal lagi. Dhia yang sudah membuka mata terkebil-kebil apabila mendengar suara Rayyan yang kuat. Perlahan-lahan dia bangkit dari situ.
“Ray cakap bukak pintu ni, Mak cik!!”pekiknya dari luar. Kesabarannya makin tipis. Dia merengus geram.
“Ray, kau buat apa tu?”lemah suara Dhia.
Rayyan mengalih pandangannya ke belakang. Suaranya cemas.“Aku tak boleh bersabar lagi, Dhia. Apa yang dia buat pada kau memang aku tak dapat maafkan.”dia memandang ke depan semula. Pintu diketuk dengan sekuat hatinya. “ Bukak Pintu ni, Mak cik! Kalau mak cik tak bukak, saya akan masuk dari pintu belakang!”kasar suaranya.
Dari dalam rumah, Puan Halimah sudah menujukkan reaksi takutnya. Ya Allah! Bantulah aku.rintihnya sekali lagi.
“Assalamualaikum, Puan. Saya Inspektor Hazizi. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap ini?”katanya dengan serius.
Puan Halimah mengeluh lega. Akhirnya dapat jugak dia bercakap dengan orang yang selama ini membantu menyiasat anaknya yang dipukul hari itu. “Waalaikumsalam Tuan. Saya Puan Halimah. Hari itu saya ada buat laporan polis pada Tuan tentang anak saya dipukul seseorang.”
Inspektor Hazizi terkejut. “Ya, saya ingat. Puan dah jumpa ke dengan orang pukul Muzaffar itu?”tanya dia.
“Saya dah jumpa dan mereka ada kat luar sekarang!”kelam-kabut suaranya berkata.
Inspektor Hazizi terkejut lagi. Tidak perlulah dia bersusah payah untuk mencari dalang yang memukul Muzaffar. “Mereka ada kat luar? Bagus! Saya akan arahkan pembantu-pembantu saya datang ke sana dengan kadar segera.”katanya dengan tegas seraya menutup telefon.
Kawasan perumahan yang Puan Halimah duduki dekat dengan balai polisnya. Senang untuknya menangkap penjenayah itu.
“Hadi…”anggota  polis yang setia duduk di kerusinya berdiri tegak. “Ya, Tuan?”
“Awak arahkan tiga anggota kita pergi ke rumah Puan Halimah secepat mungkin. Saya akan berikan alamat rumahnya.”
Hadi menghentakkan kaki kirinya, tanda akur dengan arahan yang diberikan. Dengan segera dia berlari memanggil tiga anggota yang ditugaskan untuk menangkap penjenayah.

****
“Hesy! Mana polis ni? Dah sepuluh minit tak datang-datang lagi? Bukannya jauh pun rumah ni dengan balai polis. Aku dahlah takut ni.”rungutnya sendiri. Dia berjalan mundar-mandir di sekitar ruang tamu sambil mengigit jari. Ketukan yang semakin kuat itu menambah debaran di dada. Tetingkap rumah menjadi tempat untuk dia melihat Rayyan Zikri yang  masih setia menunggu di depan pintu.
Di luar rumah, muka Rayyan Zikri kemerah-merahan. Marahnya memuncak setelah ketukannya dibiarkan sepi oleh Puan Halimah di dalam sana. Hatinya tidak tenteram selagi bekas ibu mentua sahabatnya tidak keluar dan meninjolkan muka dihadapanya.
Tadi dia sudah pergi ke belakang rumah untuk masuk menemui Puan Halimah tetapi wanita itu mengambil langkah bijak dengan mengunci pintu belakang itu awal-awal supaya dia tidak dapat masuk ke dalam rumah dua tingkat ini.
Tidak berputus harap lagi, dia mengetuk pintu rumah itu.  Dia akan ketuk pintu itu sehingga wanita itu keluar. Biarlah jiran sebelah memarahinya di atas kekasarannya mengetuk pintu rumah, dia tidak kisah. Asalkan wanita itu keluar dan menjelaskan apa yang berlaku sehingga Dhia boleh pengsan di perkarangan rumah ini.
“Ray…dahlah tu. Biarlah ibu tak nak bukak pintu tu. Jomlah kita balik.”lemah suara Dhia bersuara. Kepalanya pening. Mungkin dia stress dengan kenyataan yang diterima daripada ibu bekas mentuanya sehingga dia pengsan di atas lantai ini.
Mana mungkin dia curang? Dia perempuan yang setia pada seorang suami. Dengan siapalah dia ingin melakukan perbuatan terkutuk dibelakang suami? Jika Puan Halimah menyatakan dia curang dengan Rayyan Zikri, sahabatnya yang sudah lama kenal…ibu silap! Sekelumit perasaan cinta pun tidak bercambah dalam hatinya terhadap sahabatnya.
“Aku takkan balik selagi dia tak keluar.”keras nada suara Rayyan Zikri. Dhia terperanjat. Masih bersemangat lagi sahabatnya ingin berjumpa bekas ibu mertuanya.
“Resume aku dah kena bakar. So, takde apa yang perlu diambil lagi. Barang-barang milik aku yang aku tinggalkan kat sini pun dah dibuang. Marilah kita balik. Aku nak rehat. Pening kepala masih tak habis lagi ni.”ajak Dhia. Dia menarik tangan Rayyan Zikri namun ditepis lelaki itu.
“Aku kata aku takkan balik selagi dia tak bukak pintu. Kau tak faham ke hah?”jerit Rayyan Zikri. Terkejut diriya apabila mendapat tahu resume Dhia dibakar. Lagilah panas hatinya. Kesian Dhia…tak habis-habis kena uji.
Dhia terpana. Dah dua kali dia kena marah. Apalah nasibnya hingga dia dimarahi dengan kasar?
“Ray, please. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku takut kalau kita tak balik, ibu akan call polis sebab kita menganggu ketenteraman jiran sebelah menyebelah. Kita balik ye, Ray?”pujuknya. “Resume tu takde pun tak apalah. Aku akan cuba cari kerja lain. Kerja kan melambak?”Bahu Rayyan Zikri disentuh lembut bagi mengurangkan marah sahabatnya.
Rayyan Zikri menarik nafas panjang sambil melepaskan keluhan. Betul jugak kata Dhia. Kalau menganggu keteteraman jiran, tak pasal-pasal dia kena tangkap polis. Eeii…tak sanggup dia nak kena tangkap ni.
“Aku beralah buat masa ni. Kalau selepas ni, orang tua tu masih buat perangai lagi tahulah aku kerjakan. Aku tak sanggup nak tengok kau dicaci, dihina oleh bekas suami dan ibu mertua kau. Aku tak sanggup.”katanya dengan suara yang perlahan. Dia tak boleh kalau ada yang membuat onar pada sahabatnya. Sekarang ini, sahabatnya dunia dan akhirat ialah Dhia. Hanya perempuan itu sahaja yang mampu membuatkan dia gembira dan ceria.
Walaupun dia menyukai seorang perempuan, tapi itu tidak bermakna dia akan meletakkan Dhia di tempat terbawah. Baginya, Dhia tempat teratas. Hanya Nurul Haifa Nadhiya sahaja!
“Kita balik ye. Tarik nafas perlahan-lahan baru kita gerak keluar. Aku tak nak masa kau bawa kereta tu kau dalam keadaan stress. Aku takut kita kemalangan kalau kau tak kawal emosi kau.”jawab Dhia.
“Hmm…betul jugak cakap kau. Aku perlu tenangkan diri aku dulu. Terima kasih, Dhia sebab kurangkan kemarahan aku.”
Dhia tergelak kecil. “ Kau kan sahabat aku? Semestinya aku perlu ceriakan kau. Jangan marah-marah lagi okay?”
“Kau pening lagi ke? Nak aku suruh tukang urut nenek urut kepala kau?”
Dhia pantas menangkis. “Eh, kau ni. Ke situ pulak. Pening aku dah kurang. Kejap lagi baring dalam kereta kau, hilanglah pening dia tu. Kereta kau kan bau wangi. Bila tidur, aroma wangian tu menusuk ke hidung.”
“Pandailah kau.”cebiknya. “Kereta aku kan memang sejak azali lagi dah wangi. Siapa yang masuk dalam kereta aku pun pasti akan terpikat punya dengan bau haruman tu. Termasuk Nur Imani.” Rayyan Zikri tersenyum.
Nama Nur Imani disebut lagi. Hati Dhia sedikit terusik. Dulu, namanya sering meniti dibibir Rayyan Zikri namun dia merasakan perubahan nama itu sudah bertukar ke nama perempuan lain. Dalam diam dia cemburu dengan perempuan yang bernama Nur Imani. Teringin dia berjumpa dengan perempuan itu. Hebatkah perempuan itu sehingga sahabatnya boleh terpikat sekelip mata.
“Kau tak cerita kat aku pun pasal Nur Imani yang selalu kau sebut-sebut tu. Aku punyalah teringin sangat nak tahu siapa perempuan tu tapi sampai sekarang kau tak cerita pun kat aku. Aku sedih tau.”Dhia buat-buat merajuk. Sengaja dia ingin menduga reaksi lelaki itu.
“Aku akan cerita kat kau tapi aku rasaa ini bukan masa yang sesuai untuk diceritakan. Aku harap kau faham. Aku tak nak kepala aku bertambah serabut. Biarkan fikiran aku tenang then baru aku ceritakan pada kau. Aku janji”
“Promise?”Dhia seakan meragui kata-kata yang terbit di mulut lelaki itu. “Kau jangan janji aje tapi tak pernah nak tunaikan. Aku kenal kau bukan sehari dua. Dah berapa tahu tau.”
“Ye…ye. Aku promise.”Rayyan Zikri mengangkat tangan tanda dia berjanji untuk menceritakan tentang perempuan yang semakin mendapat tempat dihatinya. “Jomlah balik. Makin duduk kat sini, makin panas pulak hati aku ni.”
“Jom…jom. Hati kau dah tenang kan? So, kita balik dengan tenanglah ye?” kata Dhia lembut. Rayyan Zikri menggangguk sambil mengukirkan senyuman.
Mereka berdua mula bergerak seiringan meninggalkan perkarangan rumah ini. Tiada apa yang perlu mereka buat dirumah ini setelah tiada balasan daripada Puan Halimah.
Tidak semena-mena, mereka berdua dikepung. Rayyan Zikri terlopong besar manakala Dhia tergamam. Masing-masing tidak berkata walaupun sepatah.
“Tangkap mereka berdua, polis. Mereka berdualah menyebabkan anak saya terlantar di hospital!”jerit Puan Halimah apabila pintu sudah dibuka.
Rayyan Zikri dan Dhia serentak menoleh ke belakang. Apa yang Puan Halimah cakapkan ni?
“Ariee, Hafiz! Bawa mereka berdua masuk ke dalam kereta sekarang!”arah seorang anggota polis berpangkat koperal tanpa menghiraukan teriakan dua manusia yang berada di depannya.
“Baik, Tuan!”dengan pantas, gari yang berada di setiap anggota polis itu berada di pergelangan tangan Rayyan Zikri dan Dhia.
Puan Halimah tersenyum kemenangan. Akhirnya dendam terbalas jua! Baru puas hati dia.



4 ulasan:

lee jee joong berkata...

lor takkan nak tuduh macam tu je tanpa bukti... agak2 la makcik limah hoi.. polis plak jangan bodoh no ... kan ke kene siasat dulu sengal...geram lak rasa ^_^ heheheheh

Nur Daeya berkata...

nnt eps seterusnya eya akn nyatakan sbb pn.halimah menuduh k..
nenek Ray klao tahu, mmg nahas pn.halimah tu!

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lgi.. hehe, dua2 kena tangkap haha.. xpa2, sweet couple

Unknown berkata...

haha..mmg nnt rayyan mrah btullah dgn polis 2..main tangkp aje diorang