Beberapa hari selepas
Puan Halimah sihat dari sakit kepala, dia pergi ke rumah Dhia namun kecewa
melanda dirinya tatkala melihat rumah itu kelihatan sepi dan pagar sudah
berkunci.
Terus dia pulang ke rumah dengan hati yang hampa. Dia
cuba menelefon Dhia namun panggilan itu masuk ke peti suara. Tatkala risaunya
menggunung terhadap Dhia, dia menyuruh Hidayar Romli menunggu sehingga Dhia dan
ibunya ada di depan rumah.
Sekali
lagi dia hampa mendengar jawapan dari pembantu rumahnya tatkala pulang ke
rumah. Kelibat Dhia dan Puan Suria langsung tidak muncul. Dia sedih. Baru
sahaja dia ingin meluahkan rasa kesalnya terhadap Rayyan kepada Dhia, perempuan
itu sudah menghilangkan diri.
Merajukkah
Dhia dengan cucunya?
Itu
dia tidak pasti. Tetapi, melalui ayat yang diucapkan Rayyan berapa hari yang
lalu mungkin mengundang sebak di hati Dhia hingga dia menghilangkan diri dari
pandangan dia dan cucunya.
Cucunya
yang sedang khusyuk menaip sesuatu di telefon tersentak apabila neneknya
memanggil dia untuk duduk bersama-sama diruang tamu. Dalam hati dia malas mahu
berbual dengan nenek tetapi melihat nenek yang tidak berapa sihat itu
terpaksalah dia mengalah semata-mata untuk tidak membuat nenek sakit semula.
“Ada
apa, nek? Sambil dia duduk di disebelah nenek, sambil itu jugalah dia
menyambung menaip pesanan ringkas yang mahu dihantar kepada teman wanitanya,
Nur Imani. Dulu, dia lelaki yang agak suka mengort gadis-gadis yang cantik
disekelilingnya, kini dia hanya setia pada yang satu iaitu Nur Imani. Tidak
sekali-kali dia menduakan gadis itu, insyaallah…
Puan
Hadijah mengeleng-gelengkan kepala melihat tingkah cucunya yang agak kurang
sopan dimatanya. Dia bertanya soalan tetapi mata cucunya menghadap skrin
telefon. Mesti SMS dengan kekasih hati ni.tekanya dalam diam.
“Ray
berhentilah menaip tu. Tengok muka nenek dulu.Asyik menghadap skrin telefon
aje. Kamu mesej dengan siapa tu?”Puan Hadijah mendongak sedikit kepalanya
merenung skrin telefon cucunya.
“Err…”Rayyan
Zikri tergagap sedikit. Segera dia menyorokkan telefon bimbitnya ke tepi.
“Mesej kawan…”itu sahaja jawapan terbaik yang diberikan. Kalau cakap mesej Nur
Imani, naya dia dibuatnya.
“Mesej
kawan ke mesej Nur Imani?”katanya sambil menjeling. Rayyan Zikri terdiam. “Patutlah
nenek tengok asyik bermesej aje. Cakap dengan nenek pun dah kurang.”nadanya
sekanam erajuk dengan tingkah cucunya yang satu ini.
“Mana
adalah, nek.”sanggahnya. “Nenek nak tanya apa kat Ray?”dia mula menukar topik.
Riak
Puan Hadijah berubah. Rayyan Zikri terasa pelik dengan wajah nenek yang seakan
kelam itu. Tak sukalah bila nenek cakap pasal Nur Imani. Ada aje yang tak kena
dimata nenek pasal kekasih barunya.
“Ray,
kamu tahu Dhia pergi mana dengan ibu dia? Nenek pergi rumah dia tadi. Tapi
pintu pagar rumah Dhia terkunci. Nenek rasa tak sedap hatilah.”ujar Puan
Hadijah sambil mengurut dada. Risau pulak bila tengok rumah Dhia kosong tiada
penghuni. Sudah sejam dia menunggu didepan rumah Dhia, namun tiada siapa yang
munculkan diri.
Rayyan Zikri terkejut. “Dhia tak ada kat rumah? Ray pun
tak tahu dia ada kat mana. Dah berapa hari Ray tak pergi rumah dia. Agaknya dia
pergi rumah saudara dia kot.”balasnya dengan selamba.
“Takkanlah…setahu nenek, dah lama jugak saudara-mara Puan
Suria tu tak datang rumah. Katanya, saudara dia boikot si Dhia tu sebab dapat
title janda tu.”
Rayyan mengerutkan dahi. Dhia tak pernah bagi tahu dia
pun pasal saudara-mara boikot sahabatnya . Takkan Dhia dan Puan Suria merajuk
disebabkan dia kut sampai keluar dari rumah?soalnya dalam hati.
“Nenek tak tahu nak cari dia kat mana lagi. Kamu tolong
carikan Dhia untuk nenek. Nenek risau tau. Hari tu, Dhia tak salam nenek pun.”
“Kejap ye, nenek. Ray cuba call dia.”dia mengambil
telefonnya semula. Mesej yang ingin diberikan kepada Nur Imani disimpan ke
drafts. Apa yang penting, dia harus telefon Dhia dulu.
Puan Hadijah membiarkan cucunya pula menelefon Dhia. Biar
cucunya pulak mencuba.
“Nenek
call Dhia banyak kali tapi dia tak angkat.”
Setelah
berapa kali Rayyan Zikri menelefon sahabatnya, dia mengeluh. “Dhia tak
angkatlah, nek. Bila Ray call, ada voicemail aje.”dia risau.
“Samalah
dengan nenek. Nenek call Dhia banyak kali tapi dia tak angkat.”
Rayyan
Zikri memusing-musingkan telefon bimbitnya. Risau didalam hati terbit tatkala
mendengar sahabatnya tiada dirumah. Dia pantas bangun untuk mencari Dhia.
“Ray
nak pergi mana tu?”
“Ray
rasa baik Ray cari Dhia. Mana tahu dia ada kat sekitar KL ni.”dia tidak harus
duduk disini sahaja. Lebih baik dia mencari sahabatnya.
“Hmm…bagus
jugak kalau Ray cari Dhia tu. Kalau jumpa, bagi tahu nenek ye.”Puan Hadijah
lega kerana cucunya mengambil berat akan Dhia. Dalam hati, dia berharap sangat
agar Dhia menjadi menantunya. Dia tidak mahu Nur Imani ataupun gadis lain yang
bertakhta dihati cucunya.
Rayyan
Zikri mengangguk. Terus dia keluar mencari Dhia.
*****
Petang
itu, Dhia dan Puan Suria tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), tempat
dimana semua bas-bas yang pergi ke negeri bahagian selatan. Dhia bertekad untuk
membawa ibunya melancong ke Melaka. Dia hanya membawa dua bagasi yang kecil
sementara ibunya hanya satu bagasi sahaja.
Mereka
berdua berehat seketika di restoran Dunkin Donuts di tingkat dua TBS. Tekaknya
terasa ingin menjamah donut yang beraneka jenis warna. Walaupun agak mahal
harganya, dia sanggup makan.
“Mahalnya
harga minuman kat sini Dhia…”bisik Puan Suria. Dhia hanya tersenyum sengih.
Diperhatikan mineral water yang terdapat disitu. Mak oii…mahalnya!! Harga kat
kedai Pak Din dirumahnya baru RM 1.00, kat sini pulak harganya RM 3.05 sen.
Baik dia beli kat 7 Eleven kat tingkat bawah tadi.
Tapi
nak buat macam mana kan? Dah datang sini, beli ajelah minuman kat sini. Nanti
apa pulak kata pekerja kat situ pulak.desisnya.
Akhirnya,
dia membuat keputusan untuk membeli enam donut yang berlainan jenis serta dua
air Cappucino kepada pekerja yang berada disitu.
Setelah
membayar kesemua yang dipesan, mereka berdua keluar dari situ. Puan Suria
tolong membantu membawa makanan yang dibeli. Mereka makan diluar dari Dunkin Donuts.
Beberapa buah meja yang masih kosong diluar restoran itu mendapat perhatian
Dhia.
“Ibu,
mari kita duduk kat situ.”arah Dhia sambil jarinya menunjuk ke sebuah meja
kosong bewarna biru.
“Marilah…”terus
mereka berdua duduk dimeja yang kosong itu.
“Argh…dapat
jugak duduk.”keluh Puan Suria.
“Aii
ibu…keluh semacam aje. Penat ke?”Dhia tergelak kecil.
“Aah…penatlah
jugak. Dari tadi berjalan aje. Sakit punggung ibu dibuatnya,”rungut Puan Suria.
Dhia
tersenyum.
“Kita
duduk lama sikit ye. Kejap lagi baru kita beli tiket.”ujarnya sambil membuka
bungkusan yang mengandungi donut itu. Setelah membaca doa makan, dia terus
menikmati donut kesukaannya.
Puan
Suria menyedut air Cappuchino yang dibeli tadi. Terlalu haus. Lupa dia mahu
membawa air masak dari rumah.
Sambil
dia menikmati keenakan donut itu, matanya meliar ke sekeliling tingkat dua TBS
ini. Agak ramai jugak yang datang ke terminal ni. Kelengkapan kat sini agak
lengkap dan canggih. Air cond yang terlalu sejuk mengurangkan rasa panas ketika
diluar tadi.
Tiba-tiba
matanya tertancap pada satu batang tubuh yang dia rasa pernah lihat di satu
tempat. Seorang lelaki yang sedang berdiri tegak di depan kedai Nasi Kandar
bersebelahan dengan kedai Pak Hailam Kopitiam. Dia bangun segera. Ibunya yang
sedang menikmati donut itu tersedak apabila melihat anaknya tiba-tiba bangun
dari tempat duduknya.
“Kenapa,
Dhia?”
Lebihan
donut ditangannya segera diletakkan ke dalam bungkusan donut itu. Puan Suria
bertambah pelik dengan anaknya.
“Ibu
tunggu kejap ye. Dhia nak jumpa seseorang kat sana kejap.”
“Siapa?”rasanya
tiada seorang pun yang dia kenal disini.
“Nanti
Dhia cakap ye. Dhia pergi jumpa orang tu kejap. Kejap aje.”
Puan
Suria mengangguk. “Jangan pergi lama sangat.”pesannya sebelum menikmati donut
itu semula.
*****
Tanpa
membuang masa, Dhia berjalan menghampiri lelaki yang dikenali. Dia menarik
nafas panjang sebelum mencuit bahu lelaki itu.
“Assalamualaikum!”sapa
Dhia memulakan bicara.
Lelaki
yang sedang menunggu rakannya yang berada didalam restoran Nasi Kandar itu
tersentak apabila bahunya dicuit seseorang. Dia menoleh ke belakang dan terpana
dia seketika!
Matanya
terkedip-kedip. Rasa tak percaya kawan adiknya ada didepan mata. Sudah lama dia
tidak berjumpa dengan perempuan ini.
“Dhia!
Long time no see haa…!!”balasnya penuh gembira.
Dhia
tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. “Abang dah lupa ke adat melayu? Salam
Dhia tak jawab lagi tau.”
Razree
tepuk dahi. “Allah! Abang lupa. Waalaikumsalam warahmatuallahiwabarakatuh wahai
Dhia…”dia membalas sambil tersengih kecil.
“Abang
buat apa kat sini?”
“Dhia
rasa?”dia menjongketkan kening. Seronok dapat berbual dengan kawan adiknya.
Antara Rayyan Zikri dan Dhia, Dhia lah yang paling dia rapat. Dia senang
berbual dengan perempuan ini. Tak banyak karenah dan paling penting…manja
orangnya.
“Manalah
Dhia tahu!”dia memuncungkan bibir. Razree tergelak sambil membuat aksi yang
sama seperti Dhia. Sudah lama dia tidak bergurau seperti ini. Kerja yang
melambak dipejabat menyukarkan dia untuk bergurau senda.
“Abang
ni…ikut orang aje. Bencilah…!!”rungutnya sambil mulutnya dimuncungkan.
“Haa..siapa
suruh buat mulut macam tu?”usik Razree.
“Dhia
tanya ni. Abang buat apa kat sini?”dia menghentak kaki manja. Sudah lama dia
tidak bermanja dengan abang Rayyan Zikri.
“Dhia
rasa kenapa orang datang kat TBS ni?”
“Orang
datang kat sini mestilah nak balik kampung atau pergi melancong.”
“Hah!
Kalau dah tahu, buat apa tanya abang soalan macam tu? Kepala ni dah lama tak
kena sekeh kan?”guraunya sambil mengetuk kepala Dhia.
Dhia
apalagi, mengelaklah apabila dibuat begitu. Mujur tak sakit. “Abang nak pergi
balik kampung ke? Setahu Dhia, kampung abang kat KL ajelah kan? Ke abang nak
pergi melancong?”
“Ingat
pun Dhia yang abang takde kampung. Abang sebenarnya nak melancong sambil
merehatkan fikiran. Penat otak ni sebab asyik berfikir pasal kerja aje.
Sekali-sekala rehatkan otak ni, baru tak stress. Dhia pulak buat apa kat sini?
Balik kampung ke?”
Dhia
mengetap bibir. “Dhia mana boleh balik kampung dah. Saudara mara Dhia dah
boikot Dhia sebab dapat title janda secara tiba-tiba. Dhia pun nak ikut macam
abang. Rehat dan tenangkan fikiran dengan melancong.”
“Kesian
Dhia kena boikot. Mungkin diorang tak faham apa yang berlaku sebenarnya. Itu
sebab mereka boikot Dhia. Dhia bersabar okey. Jangan ambik kisah apa yang
diorang cakap.”nasihat Razree.
Sebenarnya
dia tahu mengenai perceraian Dhia yang secara mendadak itu melalui neneknya,
Puan Halimah. Walaupun antara dia dan nenek tidak berapa ngam, nenek tetap
memaklumkan apa yang berlaku sewaktu dia tiada dirumah itu.
Dhia
mengangguk. “Ala, abang. Dhia tak ambik kisah pun. Dhia kan semangat kebal.”dia
mendabik dada.
“Semangat
kebal?”Razree ketawa.
Dhia
tersengih. “Semangat kental. Tak kisahlah apa diorang nak kritik sekalipun
pasal Dhia, Dhia takkan ambik endah. Kalau dah lama-lama nanti, diamlah mulut
diorang tu.”
“Dhia
nak pergi melancong kat negeri mana?”
“Dhia
nak pergi Melaka. Rindu pulak nak pergi kat situ.”kali terakhir dia pergi pun dengan Rayyan Zikri, sewaktu ada taklimat yang yang ada kaitan dengan percetakan.
“Wah,
ini pertemuan yang amat baik sekali!! Abang pun melancong kat Melaka jugak.
Kita sehaluanlah kalau macam tu.”Razree gembira kerana ada teman untuk
melancong. Lagi ramai lagi bagus! Tak adalah sunyi sangat sepanjang perjalanan.
Dhia
terkesima. “Abang pergi Melaka jugak? Dhia tak beli tiket lagi.”
“Jomlah
abang temankan?”
“Abang
bawak kawan sekali ke?”
“Aah,
abang bawak teman. Perempuan. Bukan lelaki.”
“Haa…abang
bawak makwe ye?”usik Dhia.
Razree
pantas mengeleng-gelengkan kepala. “Eh, mana ada.”sanggahnya.“Makwe pun abang tak
ada lagi. Abang bawak setiausaha abanglah. Dia dah banyak bantu abang kat
syarikat nenek. Dha berapa malam dia balik lewat semata-mata nak siapkan
e-submission untuk syarikat besar.
“Ooo..ingatkan
makwe. Abang jangan kerja terlampau kuat sangat. Nanti calon isteri takde,
abang jadi bujang terlajak pulak.”
“Ala,
abang tak payah cari calon isteri pun takpe. Calon isteri dah ada kat depan
mata. Buat apa nak cari lain.”guraunya.
Dhia
pantas menumbuk lembut bahu kanan Razree. “Eeii…suka kenakan Dhia. Dhia ni
manalah sesuai nak kahwin dengan abang. Abang sesuai kahwin dengan gadis yang
tak berkahwin lagi. Dhia dah ada title janda. Dhia sesuai kahwin dengan duda
ajelah.”
“Eheh…abang
lagi suka janda daripada anak dara tau. Janda macam Dhia lah abang nak…”Razree
ketawa berdekah-dekah. Malu Dhia dibuatnya. Jawapan daripada abang Razree
mengembalikan semangatnya yang begitu merendah diri apabila mendapat title
janda.
“Aku
harus kuat. Title janda tak menghalang aku mendapat jodoh yang baru. Semoga
akan adalah jodoh yang lebih baik daripada Muzaffar…amin!”katanya hatinya.
8 ulasan:
bestnyaaaaaaaa... nak lagiiiii
nnt akk up lg ye dik..
alhamdulilah....
nasib baik bab ni bleh terjah masuk hehehe wah ada watak baru ni .. abg rayyan ni hensem tak? hehehe ambik abg dia takde masalah kot hhehehe
haha..
nasib baik dpt terjah masuk kak..
abg rayyan hensem k x?nnt eya tunjukkan muka d ye..
Waa smngt nk bc bb seterusnya plk ni..cpt2 smbg...
kak eida..nnt eya buat yg semangat lg ye spaya akk bersemangat nak bce! hehe
tak semestinya Rayyan menolak Dhia ..tak ada lagi jejaka yg akan meminatinya kan..rasa rasa nya bila abang rayyan mengurat Dhia..ada org akan merajuk tak.. dia nampak sahaja janda tapi tak pernah diusik oleh sisengal Muz tu..
btul2! Rayyan akan terima Dhia jgk nnt..
msti ad orang merajuk bla ada orang rapat dgn perempuan tu.. ;)
Catat Ulasan