Jumaat, 29 November 2013

BAB 9 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra bangun untuk ke tandas. Perutnya sedikit memulas setelah makan dalam kuantiti yang agak banyak. Waktu majlis dah nak bersurailah baru perutnya meragam. Hai, perut, perut. Baru nak makan sedap-sedap, kau kacau daun. omel Kyra dalam hati.
“ Awak nak pergi mana tu, Cik Kyra?”
“ Apasal pulak nak tahu?” acuh tak acuh sahaja suara Kyra.
“ Tak boleh ke?” berkerut dahi Abdul Fatah.
“ Saya nak pergi tandas, Encik Fatah.” Tekan Kyra. Sabar sajalah bila bercakap dengan orang yang muka serius ni!
“ Kalau macam tu, saya nak ikut awak boleh?” kata Abdul Fatah dengan suara yang sedikit serius.
Kyra ketap bibir. Dia nak ikut aku pergi tandas? Dah gila ke apa mamat ni? Kyra sudah mula seram sejuk. “ Tolong jangan jadi gila Encik Abdul Fatah!” lelaki ini memang dah biul! Nak ikut dia pergi tandas buat apa? Gila… lelaki ni memang dah gila!
“ Saya bukan gila, Cik Kyra. Perut saya sakitlah. Itu yang saya nak ikut awak.”
Berubah riak wajah Kyra.“ Aik? Awak pun sakit perut?” tidak sangka mereka berdua mengalami sakit yang sama.
“ Yalah. Tak nampak ke muka saya ni berkerut menahan sakit ni? Hesy, itu pun mau cakap ka.” Abdul Fatah sempat mencebikkan mulutnya. Dia mula bangun. Perutnya yang mula meragam itu dipegang-pegang.
Kyra terasa bersalah. Nampaknya lelaki itu betul-betul sakit perut. “ Yalah, yalah. Jom. Lambat karang, terburai pulak kat sini.” katanya dengan sinis. Tanpa mempedulikan Abdul Fatah, dia mengorak langkah menuju ke muka pintu dewan besar itu. Jalannya agak laju berbanding biasa. Dibiarkan Abdul Fatah ke belakang.
Namun dia terkejut apabila melihat kelibat Khuzairi yang berdiri di pintu besar itu. Kakinya bergerak perlahan.
“ Kenapa awak ada kat sini, Khuzairi? Majlis dah nak dekat bersurai pun. Tak nak balik ke? Esok awak bukan kerja ke?”
“ Awak masih ambil berat pada saya, Kyra. Erm… saya tunggu awak dari tadi.” Kata-kata itu agak melemaskan diri Kyra. Di bilik persalinan tadi, Khuzairi bukan main marah padanya kerana tidak mahu menerima cinta lelaki itu tapi kenapa lelaki ini sudah bercakap lembut dengannya? Kyra sedikit pelik.
“ Awak balik ajelah. Saya ada hal dengan…”
“ Dengan saya, Encik Khuzairi.” Pintas Abdul Fatah dengan tiba-tiba. Tangan Kyra dipaut kemas. Kyra terkejut. Muka Khuzairi di muka pintu besar itu sudah berubah keruh.
“ Err… saya balik dululah, Kyra. Awak jaga diri.” Tersekat-sekat kata-kata Khuzairi sebelum dia keluar dari dewan besar itu.
Makin pelik Kyra dibuatnya. Kenapa Khuzairi tu tiba-tiba aje jadi macam tu? Belum dia habis bercakap lagi, lelaki itu sudah mula meminta izin untuk pulang. Takkan dia takut dengan Abdul Fatah kut? Desisnya dalam hati.
Kyra mula memandang Abdul Fatah. “ Lepaskan tangan saya boleh tak? Dah tak tahu hukum halal haram ke?” Kyra membulatkan matanya.
Abdul Fatah menarik tangannya. Apabila Kyra bercakap pasal halal dan haram, serta-merta dia rasa bersalah. Tapi perasaan bersalahnya itu hanya dipendam di hati sahaja. Dia membuat riak selamba di depan Kyra.
“ Saya pergi tandas dulu.” Abdul Fatah keluar dari dewan besar itu.
Kyra terpinga-pinga di situ. Kenapa dengan dua mamat ni? Seorang balik macam tu aje bila dia belum habis bercakap, seorang lagi egonya tinggi bila bercakap. Kyra geleng kepala. Boleh jadi gila kalau setiap hari wujud dua lelaki itu dalam hidupnya.
****
 Kyra menarik nafas lega setelah keluar dari tandas. Mujur perutnya tidak lagi meragam seperti setengah jam yang lalu. Jika tidak, terpaksalah dia bermalam di dalam tandas hari ini. Kakinya mula mengorak langkah untuk masuk semula ke dalam dewan.
“ Cik Kyra!” panggil Abdul Fatah tidak berapa jauh dari tandas perempuan.
Opocot!” Hampir tersadung Kyra di atas marmar yang berwarna kelabu itu. Sudahlah dia pakai kasut Ultra high heels dan bergaun labuh. Mujur dia tidak tergelincir apabila berjalan terlalu laju.
“ Awak ni suka terkejutkan saya tau! Awak nak apa lagi dari saya ni?” marah Kyra sambil mencekak pinggang. Geram sungguh dia dengan Abdul Fatah. Suka sangat panggil dia dengan nada terjerit-jerit.
Abdul Fatah beriak selamba. Segaris senyuman langsung tidak meniti dibibirnya. Hanya riak serius sahaja yang ada.
“ Cik Kyra nak pergi mana?”
“ Nak masuk dalamlah, apa lagi.” Mendatar sahaja suara Kyra. Matanya menjeling kearahlelaki bermuka serius itu.
“ Saya nak ikut sekali.”
“ Awak ni memang dah gila eh? Saya nak pergi tandas, awak nak ikut. Saya nak masuk dewan pun awak nak ikut! Dah besar-besar pun nak ikut orang. Gila!” ayat terakhir yang diucapkan Kyra diperlahankan sedikit.
Abdul Fatah menyeluk poketnya lalu dengan selamba berjalan mendekati Kyra. “ Saya risaukan awak, Cik Kyra.” Kyra mengerutkan dahi.
“ Eh, mamat ni. Risaukan kita buat apa? Risaukan diri sendiri tu lagi baguslah. Hee…” Kyra mencebik. Tidak suka berbual terlalu lama dengan Abdul Fatah, dia selamba sahaja masuk ke dalam dewan tanpa menghiraukan lelaki serius itu.
“ Cik, Kyra. Tunggulah!” seru Abdul Fatah sekali lagi namun Kyra tetap tidak mengendahkannya.
Kyra tetap meneruskan jalan. Dia malas mahu melayan lelaki itu lagi.
Abdul Fatah mula mengeluh. Nampaknya hasrat dia untuk mengenakan Kyra tidak kesampaian. Wanita itu tidak mahu melayan dirinya lagi. Hai Fatah, kau sedih ke Cik Kyra yang cantik manis tu tak layan kau? Bisik satu suara. Abdul Fatah jadi bingung. Dia meraup rambutnya ke belakang.
“Ini tak boleh jadi ni! Kau selalu kenakan aku, Cik Kyra.  Lepas ni, kau tahulah nasib kau! Abdul Fatah tersenyum sungging. Dia sudah ada rancangan untuk mengenakan Kyra. Malam ini juga dia akan laksanakan rancangan itu.
****
Kyra memanggung kepala. Duduk di meja bulat tanpa berkata sepatah perkataan telah menimbulkan rasa bosan dalam dirinya. Jam di telefon bimbitnya sudah pukul sepuluh setengah malam. Entah berapa lama dia boleh bertahan di sini.
Puan Faridah yang selang dua kerusi darinya mula perasaan duta barunya itu tidak seceria tadi. Dia bangun sedikit dan duduk disebelah Kyra.
“ Cik Kyra. Something's wrong with you. Can share with me?”
Kyra mengangkat wajahnya lalu dia menoleh kearah Puan Faridah dengan senyuman tipis. “ Nope! Just a little bit tired.”
“ Ooo…” Puan Faridah mengangguk sahaja. “ Kalau macam tu, awak baliklah. Majlis dah nak bersurai pun. Lagipun awak dah berucap kat atas pentas tadi sebagai duta Slim World, itu dah cukup memadai. Baliklah.” Dia menepuk lembut bahu Kyra.
Thanks, Puan.” gembiranya dia tidak terkata apabila Puan Faridah membenarkan dia pulang ke rumah. Selepas ini dapatlah dia berehat sepuas-puasnya di atas katil empuk miliknya. Ah, tak sabarnya!
Kyra mula bangun dari tempat duduk. Mukanya ceria kembali. Tidak seperti tadi. Masam dan lemah sahaja.
Puan Faridah tersenyum. “ Oh ya, Kyra. Esok jangan lupa datang office untuk collect cek fifthy thousand ringgit ya.” Pesannya.
Kyra terkejut. “ Fifthy thousand ringgit? Untuk apa ya, Puan?” dada kyra mula berdebar. Banyak tu duit lima puluh ribu. Sudah lama dia tidak memegang duit sebanyak itu. Wang hantaran yang diberikan Khuzairi setahun yang lepas tidak sebanyak itu.
Fifthy thousand tu adalah bayaran untuk awak sebagai duta syarikat kami untuk setahun. Awak tak baca agreement yang Abdul Fatah uruskan ya?” dia terkedu. Rasanya agreement untuk menjadi duta Slim World tidak pernah diberikan Abdul Fatah. Semalam pun mereka berjumpa tanpa membincangkan agreement.
“ Saya tak baca lagi agreement tu, Puan. Nantilah, kalau ada masa saya jumpa Encik Abdul Fatah untuk bincang pasal agreement tu.”
Agreement tu nanti-nanti baca pun tak apa. Haa, tu anak saya dah sampai. Cik Kyra cakaplah dengan dia pasal agreement tu ya.” Puan Faridah tersenyum. Baru cakap pasal Abdul Fatah, anaknya itu sudah sampai.
“ Anak?” Kyra berpaling ke belakang. Kelibat Abdul Fatah dibelakangnya. Takkanlah lelaki itu merupakan anak Puan Faridah? Aduyai… kepala aku dah mula biul ni. Katanya dalam hati.
“ Ibu, tadi Fatah dengar ibu cakap pasal agreement. Kenapa dengan agreement tu?” Abdul Fatah memandang wajah ibu kandungnya yang masih lagi duduk di meja bulat itu.
Telinga lintah betul mamat ni! Kyra mencebik dalam hati.
“ Ibu bagi tahu pada Cik Kyra tentang bayaran lima puluh ribu sebagai duta Slim World. Fatah tak bagi tahu ke pasal agreement tu dengan Cik Kyra ya?”
“ Belum lagi, ibu. Tak sempat.” Itu sahaja yang Abdul Fatah jawab. Kyra di sebelah sudah menjeling tajam. Mana tak sempatnya! Semalam dia nak jumpa, mengada-ngada pandang tingkap tu. bentak Kyra dalam hati. Ingin sahaja dia meluahkan pada Puan Faridah tentang sikap sebenar anaknya yang sangat serius itu.
“ Puan, saya rasa saya balik dululah. Nanti saya jumpa Puan esok.” Kyra tidak betah untuk terus berdiri di sini bersama Abdul Fatah. Jika boleh, dia mahu pergi jauh dari Abdul Fatah. malas betul nak pandang muka lelaki serius tahap kronik ni. Baik balik rumah tidur lagi bagus! Bisik hati kecilnya.
“ Tunggu, Cik Kyra. Biar saya hantar awak balik.” celah Abdul Fatah.
“ Haa… bagus juga tu! Cik Kyra kata dengan saya tadi Cik Kyra datang naik teksi kan? Balik dengan anak saya pun bagus jugak, selamat sikit.” ujar Puan Faridah dengan muka cerianya.
Kyra kemam bibir. Balik dengan Abdul Fatah? Oh, please! Dia tidak sanggup lagi untuk mengadap lelaki serius ini.
“ Maaflah, Puan. Tadi saya dah telefon kawan saya. Kejap lagi dia datang.” Kyra terpaksa berbohong. Itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk tidak balik dengan Abdul Fatah.
“ Saya balik dulu, Puan. Assalamualaikum.” Dia salam Puan Faridah tanpa sedikit pun memandang wajah Abdul Fatah yang nampak tegang. Biarkan dia! Ingat aku suka dekat dengan dia? katanya dalam hati.
Kyra tersenyum nipis sebelum dia bergerak keluar dari dewan besar itu. Apa yang dia mahukan sekarang ini hanyalah tidur, tidur dan tidur! Badannya sudah letih untuk bercakap banyak.
“ Err… waalaikumsalam. Eh, kenapa dengan Cik Kyra tu? Ibu nak suruh kamu hantarkan dia balik pun dia tak nak ke? Hmm…” Puan Faridah mengelengkan kepala.
“ Ibu berbuallah dengan kawan-kawan ibu dulu ya. Fatah nak hantar dia balik.” Tegas Abdul Fatah. Tanpa banyak bicara, dia bergegas keluar mencari Kyra yang sudah meninggalkan dewan itu. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak membawa Kyra pulang ke rumah.
Puan Faridah mengerutkan dahi. Fatah nak hantar Cik Kyra balik? Bukan ke Kyra nak balik dengan kawan dia? Hmm… nampaknya ada sesuatu yang anaknya cuba sembunyikan darinya. Dia kena siasat ni!
***
Abdul Fatah mengarahkan Hanip dan Syawal untuk mencari Kyra sampai jumpa. Dua pekerjanya itu tanpa membantah bergegas mencari Kyra di sekitar lobi utama. Dia pun tidak terkecuali untuk mencari Kyra di situ.
Dia pun tidak faham dengan hatinya. Bila ada kaitan dengan Kyra, dia cepat risau. Bila dengan pekerjanya, tak ada pula dia risau seperti ini. Hai Fatah, takkan kau dah minat kat dia kut? Abdul Fatah mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Ah, aku bukan minat kat dia. Aku cuma nak kenakan dia aje. Abdul Fatah monolog sendiri.
“ Tuan, saya dah jumpa dia kat luar lobi. Syawal ada kat sana dengan dia.” Hanip berkata dengan nada tergesa-gesa.
Abdul Fatah tersenyum lega. Kyra ada kat luar lobi rupanya. Bagus! Ini yang dia makin teruja untuk mengenakan Kyra.
“ Hanip, pinjam kereta awak kejap.”
“ Kereta saya? Nak buat apa Tuan?” Hanip sudah mula rasa gelisah. Keretanya bukannya mewah mana pun. Kereta kancil aje.
Abdul Fatah tergelak kecil. “ Nak pinjamlah. Sekejap aje. Nanti esok saya pulangkan balik.”
Hanip pelik. “ Bukan ke Tuan bawa kereta Mercedes tadi? Kenapa tak nak bawa yang tu?”
“ Hari ni awak bawa balik kereta saya tu. Esok awak pulangkan pada saya kat ofis.”
Hanip teruja tetapi pada masa yang sama dia keliru dengan permintaan majikannya. “ Kereta Tuan kan lagi mewah daripada saya. Kereta saya versi lama Tuan. Seganlah.” Walaupun hatinya meronta-ronta untuk membawa kereta majikannya itu, pada masa yang sama dia malu jika Abdul Fatah membau sesuatu yang kurang enak di dalam keretanya. Keretanya itu bukannya pakai bau-bauan pun.
“ Tak apa. Jangan risau tentang itu. Bak sini kunci kereta awak. Saya nak cepat ni. Nanti terlepas pulak Cik Kyra tu.” Abdul Fatah memberikan kunci keretanya terlebih dahulu sebelum Hanip dengan rela hatinya memberi kunci kereta kancilnya.
“ Saya pergi dulu. Jaga kereta saya baik-baik.” pesan Abdul Fatah dengan sedikit nada tegas.
Hanip mengangguk faham. Wah, malam ini dia naik kereta Mercedes lah! Yahoo!
****
Kyra merayu pada pekerja Abdul Fatah supaya melepaskan dirinya namun lelaki itu tetap bertegas untuk tidak membenarkan dia balik ke rumah. Kyra terasa ingin menjerit tapi dia terpaksa pendamkan kerana agak ramai tetamu kehormat yang sudah mula keluar untuk pulang ke rumah.
“ Tolonglah, Encik. Hari dah larut malam ni. Saya tak nak balik dengan bos kamu. Tolonglah!” rayu Kyra berkali-kali dengan nada suara yang dikawal.
“ Syawal! Awak boleh balik. Kyra biar dengan saya.” sahut Abdul Fatah di cermin  kereta ketika dia sampai di tengah lobi utama.  Bila malam sudah larut, tetamu kenamaan sudah mahu pulang. Kereta-kereta mewah mula menjalar keluar untuk mengambil tetamu-tetamu kehormat tersebut. Dia tanpa rasa malu membawa kereta milik Hanip di ruang legar lobi utama itu. Sengaja dia mahu menguji reaksi Kyra ketika dia membawa kereta itu.
“ Baik, tuan!” Syawal lekas mengangguk. Dia agak terkejut majikannya itu membawa kereta kancil milik rakan sekerjanya tetapi dia tahu pasti lelaki itu ada muslihat yang tersendiri apabila membawa kereta itu.
Mata Kyra tidak berkelip apabila melihat kereta dihadapannya. Kereta kancil! Abdul Fatah naik kereta kancil datang majlis ni? Kyra mengerling ke kiri dan kanan. Ya Allah, ramainya yang tengok kereta murah tu. Malunya aku! jerit Kyra dalam hati.
Abdul Fatah sudah nampak riak gelisah di wajah Kyra namun dia bersikap selamba sahaja. Malam ini dia mahu menghabiskan masanya dengan mengenakan Kyra cukup-cukup!
“ Awak, naiklah cepat. Kereta Mercedes kat belakang nak keluar jugak.” arah Abdul Fatah setelah lelaki itu keluar dari perut kereta. Berubah riak wajah Kyra. Saat ini dia malu tidak terkata. Tidak sangka Abdul Fatah akan memalukan dirinya sebegitu rupa.
Gaun labuh berwarna hitam yang diberi pihak Slim World diangkat sedikit. Ingatkan bila keluar dari Hotel Grand Hyatt ni, Abdul Fatah akan muncul dengan kereta mewah. Yalah, pengurus Slim World kan, mestilah kena pakai kereta yang mewah ya tak?
Kyra menunduk wajahnya berapa saat sebelum dia masuk ke dalam perut kereta ekonomi itu dengan muka masam mencuka. Sedangkan Abdul Fatah yang berdiri di luar kereta sudah tersengih bagai kerang busuk.
Malam ini dia rasakan kemenangan berada di pihaknya. Cik Kyra, malam ni aku akan kenakan kau cukup-cukup. Hehe.” Monolognya sendiri seraya dia masuk ke dalam perut kereta dan membawa Kyra keluar dari hotel mewah itu.



** ALHAMDULILAH... en3 ni siap juga akhirnya... Terima kasih sebab sudi baca sampai ke titisan terakhir. Hope korang enjoy ya! And eya harap korang faham jalan citer yang eya buat kali ni.
** Pada sesiapa yang nak join grup / fb eya. Jomlah kita jadi kawan! ;)
Grup : karyanurdaeya 
Facebook : Nur Daeya

14 ulasan:

seri nurmurni berkata...

hahaha....pandai nya fatah kenakan kyra.... ;) ♡♡♡♡

Unknown berkata...

wah...kak murni bg komen pertama lah! hehe..tqvm ya kak sbb sudi baca!
fatah dh pndai kenakan kyra sejak dua hari ni! hehe

Unknown berkata...

hahahha, eya gelak sampai nak kuar airmata hahahha lawak, pandai betul fatah kenakan dia

Unknown berkata...

(Y) akk pnya komen. x sngka akk gelak bce karya eya yg ni...hehe

kak ida berkata...

pelik lelaki ni kan.. contoh si ex hubby dia tu... tak pasal pasal mengajar ex wife di yg dicaci dihina.. yg mamat sekor tu pulak.. misi dia nak kenakan minah ni pulak sdgkan minah ni tak buat apa apa pun kat dia kan... adakah dia sanggup untuk berkawen dengan janda sdgkan dia masih teruna lagi

Unknown berkata...

Hahaha .. Fatah knek kn Kyra .. Kyra knek kn Fatah .. Molek laa to .. Ujung2 FALL IN LOVE .. Hehehehe .. Ap2 pon akk enjoy Eya ..

Nana Mohd Yasin berkata...

Adoyaiiiiii....
Apa kena ngan patah ni?????
Suka ekk kacau Kyra
Elehhh yg benonye si.patah
Ni tangkap syiok kat Kyra
Kan kan kan.....
Saje ke kunun2 nk balas dendam
tp benonye nk peeharian Kyra
hahahahahahahahaha

Lagi dik lagi
bnyk2 lg.......best ni

Nana Mohd Yasin berkata...

ralat.....perhatian...... ;)

Unknown berkata...

kak ida...
mungkin akk x bce lg scene yg fatah x nk pndang muka d mse pertama kali mereka kne berjumpa pasal tawaran jadi duta tu...
pasal fatah teruna / tak, akk kne bce bab yg seterusnya...tunggu ;) hehe

Unknown berkata...

kak damia...
tq ya kak sbb enjoy ngn citer eya ;)
diorang n mmg ske knakan satu sama lain...sabo ajelah ngn si fatah tu...hehe

Unknown berkata...

kak nana sayang,
apa? patah? hahaha
dh elok2 nme fatah, akk bg nme patah? mmg patah htiku mendengarnya! haha
anyway, komen akk ttp terrrrbaik!! hehe

Unknown berkata...

kak nana,
akk nk perhatian eya k perhatian patah tu? haha

Nana Mohd Yasin berkata...

BOTH
wakakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

haha...nk kedua2 nya?
okay jgk tu!
dptlah eya merasa kasih syg akk! haha