Dhia menghayati
bait-bait lagu Syurga Dihati Kita yang dinyanyikan Ziana Zain dengan penuh
perasaan melalui telefon bimbitnya. Katil menjadi salah satu tempat untuknya
membuai rasa disamping mengangan indah kata-kata cinta yang ditujukan khas
untuknya. Sesungguhnya…abang Razree memang lelaki yang gentlemen!
Earphone
yang melekat dicuping telinganya dibawa ikut sama rentak yang didendangkan
penyanyi bersuara lantang itu. Membuai perasaan betul bila dengar lagu itu.
Apabila
dihayati lagu yang dinyanyikan penyanyi itu, timbul perasaan bersalah terhadap
lelaki yang bernama Mohd Razree. Sukar untuknya mengungkapkan cinta terhadap
lelaki yang telah menjadi kekasihnya. Bagaimana mahu mengungkap perasaan cinta
itu sekirannya dihati tidak wujud perasaan itu? Entahlah…dia tidak pasti berapa
lama benih cinta akan bercambah buat lelaki itu.
Lelaki
itu telah banyak membantunya setelah dipinggirkan Rayyan Zikri. Tidak kira
dimana dia berada, lelaki itu pasti akan muncul didepannya. Jika lelaki itu
tiada disisinya, kemungkinan dia tidak akan menjadi setabah sekarang. Lelaki
itulah penguat semangatnya.
Kerna bersamamu…ada penawarnya…
Hanya kepadamu…tempat ku
mengadu…
Nah!
Memang tepat sekali lirik lagu itu ditujukan kepadanya. Pandai sekali abang Razree
memilih lagu yang ada kaitan dengan mereka berdua.
Badannya
diguling-gulingkan, lantas dia mengangkat separuh dari badannya sambil menopang
dagu di bahagaian hujung katil. Memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya
pada diri dia...
Sedang
asyik termenung, lagu yang dimainkan terhenti sendiri. Dia berkerut dahi,
matanya merenung skrin telefon bimbitnya. Patutlah lagu berhenti. Rayyan Zikri
telefon rupanya!
“Nak
angkat ke tidak?”dia memainkan jarinya di dagu. Petang tadi merupakan satu
pengalaman yang mencabar baginya. Walaupun pengalaman yang ditempuhinya
bukanlah aktiviti sukan lasak, namun dia tetap menganggap pengalaman petang
tadi adalah antara yang mencabar dalam hidupnya.
Diapit
oleh dua lelaki yang mempunyai hubungan adik-beradik, memang satu perkara yang
tidak terjangkau olehnya. Dia ingatkan sahabatnya itu menjauhkan diri dari
keluarga. Ini tidak, datang ke rumah semula semta-mata ingin mengambil pakaian.
Bukannya mahu melawat nenek sakit! Cucu apalah Rayyan Zikri tu. kritiknya
sendiri.
“Angkat
ajelah!”dia ‘menyelak’ button angkat pada skrin telefon Galaxy SII. Dengan
keluhan yang meniti dibibirnya, dia menjawab telefon itu.
“Hmm…ada
apa?”acuh tidak acuh dia memulakan perbualan.
“Sorry
ganggu kau malam-malam ni, kau buat apa tu?”tanya Rayyan Zikri dengan nada
lemah-lembut. Hendak pikat hati sahabatnya semula, kenalah guna bahasa lemah-
lembut. Baru dia tidak marah.
“Aku
tak ada buat apa-apa. Buat apa kau telefon aku waktu malam-malam ni? Esok aku
nak kerjalah…”rungut Dhia. Nadanya masih sama seperti tadi.
“Ala,
salah ke aku nak ganggu kau? Kau kan sahabat aku…” ucap Rayyan Zikri tanpa
berputus asa.
Dhia
menggetus geram. Sengaja dia membuat nada malas. “Tak salah tapi tak kena
waktulah. Esok kan masih ada? Telefon ajelah…”
“Mana
tahu esok aku mati ke? Kau bukannya kesah pasal diri aku pun. Yelah, semenjak
ada pakwe ni, diri aku makin dipinggirkan. Ini pun aku yang telefon kau. Kalau
tak, sampai bila-bila pun kau takkan angkat bila aku telefon kan?”
Dhia
terdiam. Bibirnya diketap kuat. Apa hal pula lelaki ini cakap pasal mati?
Ada-ada sajalah si Ray ni.gumamnya.
“Kau
ni kenapa? Aku tutup telefon ni
karang. Baru padan muka kau!”ugut Dhia dengan nada marah. Malam-malam beginilah
nak buat hati dia bikin panas!
“Eh…eh…janganlah
tutup telefon. Aku tak puas cakap dengan kau lagi. Dah lama kita tak berbual,
tak bertemu, tak makan sama-sama. Aku rindulah nak buat semua tu dengan kau.
Kau tak rindu aku ke?” Rayyan Zikri cuba mengayat Dhia agar sahabatnya termakan
kata-katanya.
Dhia
terdiam sekali lagi. Apa kenalah dengan mamat ni? Dengan sahabat sendiri pun
nak merindu-rindu?
“Kau
dengar tak ni? Aku rindulah nak buat semua tu…”
“Kau
ni kenapa hah, Ray? Kau ingat aku ni Nur Imani ke sampai nak merindu-rindu ni?
Aku just sahabat kau aje okey!
Bukan kekasih ataupun isteri kau sampai nak merindu-rindu.”
Rayyan
Zikri pula yang terdiam. Baru hendak ‘bermesra’ dengan sahabatnya, Dhia
menyebut nama Nur Imani pula. Rosak terus moodnya!
“Hai…orang
kat situ pulak yang terdiam. Aku cuma berkata jujur dan mengingatkan kau yang
aku ni sahabat kau.” kata Dhia separuh menyindir.
“Boleh
tak kau jangan sebut nama perempuan tu lagi? Aku benci dia!!” naik satu oktaf
suaranya.
Dhia
terkedu. Aik? Apa hal dengan lelaki ini tiba-tiba mahu menaikkan suara
ditelinganya? Ini tidak boleh jadi ni!
Dengan
rasa geram, dia pantas mematikan talian. Hah, baru padan muka!
Rayyan
Zikri terpempam. Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Tiada lagi suara Dhia
kedengaran di telefon bimbitnya. Salah dia juga kerana tiba-tiba memarahi
sahabatnya itu. Dia menelefon semula sahabatnya.
Harap-harap
angkatlah…jawabnya dalam hati.
Dhia
tergamam. Rayyan Zikri menelefonnya semula. “Hai…dah marah kita, nak telefon
balik? Gila ke apa?”soalnya sendiri. Dia merenung lama telefon bimbitnya dengan
mulut disengetkan. Berapa saat selepas itu, dia mengangkat telefon itu dengan
dengusan kasar.
“Woi!
Dah marah orang, nak call balik! Cakap elok-elok tak boleh ke? Aku bukannya
cakap dengan nada marah. Jagalah perasaan orang sikit! Ini tidak, tahu nak
marah aje!!” dia memulangkan paku keras kepada sahabatnya. Biar padan muka kena
marah!
“Dhia,
aku minta maaflah. Aku bukan sengaja nak marah kau. Aku cuma bengang aje kau
sebut nama Nur Imani…,”kendur suara Rayyan Zikri membalas.
“Maaf,
maaf…maaf! Itu aje alasan kau! Perasaan orang lain kau tak hiraukan. Tahu nak
marah aje. Patutlah nenek sakit sebab kau. Kau ni cucu tak
bertanggungjawablah!” marah Dhia tanpa perasaan takut.
“Marahlah
Dhia selagi kau termampu. Tapi jujur aku cakap pada kau. Aku benci Nur Imani.
Aku benci nama perempuan tu.” sayu suara Rayyan Zikri membalas.
Dhia
terkedu. Apa dah jadi pada sahabatnya ini? Cepat benar dia mengungkapkan kata
benci terhadap teman wanitanya. “Itu kan teman wanita kau, Ray…yang kau nak
benci buat apa?”
“Perempuan
tu dah tipu aku, Dhia. Aku sedih giler beb! Aku tak tahu nak luah kat siapa
perasaan sakit hati aku ni. Dengan kau seorang ajelah aku dapat luahkan.”
Dhia
mengetap bibir. Kesian pula dia mendengar rintihan sahabatnya. “Ceritalah…aku
sudi dengar. Tapi kau jangan expect yang aku dapat solve problem kau. Aku hanya
boleh mendengar.” Tiada lagi suara tinggi yang ditonjolkan Dhia. Biarlah kali
ini dia beralah. Sebagai sahabat yang paling rapat, dia tidak mahu lelaki itu
sedih.
“Sebenarnya
kan, begini jalan ceritanya…
Rayyan
Zikri mula meluahkan segala kekecewaan di sudut hatinya kepada sahabatnya itu.
Dan
Dhia hanya mendengar luahan rasa Rayyan Zikri…
Setelah
berapa minit Dhia mendengar, pelbagai perasaan timbul dalam dirinya. Geram,
marah, kecewa dan bengang terhadap gadis yang bernama Nur Imani itu. Susah
payah Rayyan Zikri memikat gadis itu, senang-senang pula gadis itu menipu! Kata
cikgu sekolah, rupa-rupanya penyanyi kelab malam!
Dasar
gadis kabaret! cemuhnya dalam diam.
“Patutnya
kau percaya cakap nenek. Wanita berusia macam nenek tu kau kena percaya apa
yang dikatakan. Kalau hati nenek
tak senang kat seseorang tu, maknanya jodoh kau dengan dia tak ada.”
“Aku
pun bodoh jugak sebab terlalu mengiyakan kata-kata Nur Imani.”kritik dirinya
sendiri. “Sepatutnya aku selidik kehidupan dia sebelum aku bercinta dengan
dia…”ujarnya dengan nada menyesal.
“Haa…lain
kali jangan cepat sangat terpaut pada gadis yang cun-melecun! Selidik dulu
latar belakang gadis tu sebelum nak memulakan sesuatu hubungan. Bukan main
‘ngap’ aje!”marah Dhia.
“Betul
kata kau. Aku cepat suka pada gadis cantik. Semua gadis yang ada kat sekeliling
aku, semuanya aku nak rembat. Tapi sekarang aku dah menyesal. Aku janji, lepas
ni aku akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.”
“Janji
kosong aje lebih!”Dhia mencebik.
“Aku
cakap betul, Dhia. Mulai saat ni, aku nak berubah. Aku tak nak jadi macam dulu
lagi. Aku tak nak sakitkan hati nenek dan yang paling penting aku tak nak
sakitkan hati kau. Kau lah satu-satunya sahabat aku didunia ini.” ujar Rayyan
Zikri dengan nada serius.
Dhia
menelan airliur mendengarnya. Dia diam berapa saat sebelum meneruskan
perbualan. “Jangan lupa minta maaf kat nenek. Aku nak dengar dari mulut kau
sendiri bila kau datang ke rumah nenek.”dia menukar topik.
“Tapi
Dhia, aku…”
“No
more excuse! Kalau kau nak berubah dan kau tak nak sakitkan hati aku dan nenek
lagi, kau kena minta maaf kat nenek depan aku dan abang Razree! Aku terpaksa
bertegas, Ray. Ini untuk kebaikan kau. Jujur aku katakan, aku susah nak percaya
cakap kau sekarang ni.”jujur pengakuan berani Dhia.
“Err…susah
nak jawab jawapan yang kau bagi tu.”gugup Rayyan Zikri membalas. Dia tahu Dhia
sukar mempercayai kata-katanya. Cara apa lagi yang dia perlukan supaya Dhia
mempercayai setiap kata-katanya? Bukan mudah lelaki yang bersikap panas baran
sepertinya akan berubah serta-merta!
“Tengok!
Bila aku cakap macam tu, kau mesti gugup. Aku kenal kau bukan sehari dua, Ray.
Dah nak dekat sepuluh tahun tau! Niat kau nak berubah tu bagus bagi pandangan
aku tapi janji kau buat aku berfikir dua kali.”
“Takpelah
kalau kau cakap macam tu. Aku faham aku ni manusia yang egois! Tak semua suka
dengan pelakuan aku. Kau lainlah…semua sukakan kau. Termasuk abang aku. Bertuah
dia dapat perempuan yang baik macam kau…”perlahan suara Rayyan Zikri. Ada
terselit nada cemburu di sebalik kata-katanya.
Dhia
terkedu. Ayat terakhir lelaki itu membuatkan dia gelisah tidak menentu. Adakah
Rayyan Zikri sedih abang Razree adalah teman lelakinya? Ataupun Rayyan Zikri
cemburu dengan perhubungan mereka yang baru bermula itu?
“Abang
kau? Salah ke dia jadi teman lelaki aku? Aku bahagia di samping dia. Abang
Razree adalah lelaki yang paling baik pernah aku jumpa selain kau. Muzaffar…kau
faham-faham ajelah kan? Dulu dia baik. Sangat baik! Tetapi bila dia ceraikan
aku tanpa rasa bersalah, hati aku susah untuk menerima lelaki lain.”luah Dhia.
“Tak
salah. Memang tak salah. Tapi aku tak suka kau rapat dengan dia. Aku cemburu,
Dhia. Aku cemburu...!!”ungkap Rayyan Zikri dengan penuh perasaan.
Jantung
Dhia seakan berhenti berdegup! Apakah maksud sebenar disebalik sifat cemburu
sahabatnya itu?
Adakah
Rayyan Zikri menyukai dirinya?
*****
Detik
pilu menyelubungi wad pesakit di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM). Berkali-kali Muzaffar Ikram mengongoi sekujur tubuh mayat ibunya yang
sudah ditutupi dengan selimut putih. Airmata lelakinya tumpah tanpa
menghiraukan perasaan malu pada sekeliling.
“Ibu,
bangunlah!! Muzaffar nak ibu!!”jeritnya. Doktor dan jururawat berusaha
menenangkan dirinya namun dia tidak mampu untuk menjadi insan yang tabah. Ketika
ini, dia bagaikan seorang anak kecil yang mahukan perhatian daripada ibunya.
“Bawa
bertenang, Encik. Allah lebih menyayangi ibu encik. Biarkan dia pergi dengan
tenang.”pujuk doktor lelaki yang berada dibelakangnya sambil memegang bahunya,
namun dengan pantas dia menepis.
Tercungap-cungap
dia menghembuskan nafas. Kata-kata daripada doktor lelaki itu langsung tidak
menusuk ke sanubarinya. Kematian ibunya memang perit untuk diterima. Dia harus
berjumpa Mariana! Dia tidak boleh membiarkan perempuan itu bersenang-lenang di
dalam lokap!
Tanpa
menunggu lagi, dia pergi meninggalkan doktor lelaki dan jururawat tersebut
tanpa berkata apa-apa. Dia tidak perlu menunggu lagi. Hutang perlu
dilangsaikan!
******
Muzaffar
Ikram muncul di Balai Polis Alam Damai dengan muka merah padam. Polis-polis
bertugas yang mengenali dirinya di balai agak kaget melihat mimik muka dia yang
tidak serupa orang itu.
“Encik
nak jumpa Mariana kan?”kata salah seorang pegawai polis yang bernama Koperal
Mansor.
Masih
dengan riak wajah yang tegang, Muzaffar Ikram sekadar menganggukkan kepala.
Koperal
Mansor terus membawa dia ke tempat yang Mariana duduki. Semakin langkahnya
bergerak, semakin itu jugalah hatinya bertambah panas.
Tiba
di satu tempat yang berjeriji biru, kakinya bagaikan dipaku dan digam kuat. Mariana!
Tangannya mengepal penumbuk. Dia hanya berdiri dibelakang anggota polis itu.
“Ada
orang nak jumpa cik…” kata Koperal Mansor dengan nada tegas tanpa memberi salam
atau ucapan, sewaktu berdiri di depan lokap. Ketika itu, Mariana sedang duduk mengelamun
memerhatikan siling yang gelap tidak bercahaya.
Mata
Nur Mariana bersinar. Dia terus bangun. Rambutnya yang kusut-masai dibetulkan. Adakah
kekasih gelapnya datang untuk menyelamatkan dirinya? Jika lelaki itu datang , bolehlah
dia memaksa lelaki itu membantunya keluar dari sini.
“Siapa
dia?”bibirnya mengukirkan senyuman lebar sambil mendongakkan wajahnya di jeriji
besi yang berwarna biru gelap.
“Aku…”
Seorang
lelaki muncul dihadapannya dengan wajah yang ditumbuhi jambang halus ditepi
pipi. Dia mengecilkan mata. Tanda dia tidak mengenali lelaki didepannya. Namun
apabila diteliti kembali mata lelaki itu, dia terkejut besar. Bekas suaminya!!
Muzaffar
Ikram merenung wajahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Pandangan
bekas suaminya yang tajam itu membuatnya dia kaget. Dia dapat rasakan ada
sesuatu yang telah berlaku pada lelaki itu. Tetapi, apakah dia?
7 ulasan:
best dek teruskan lagi :) kasi lagi mencabar hehehe
insyallah eya akan truskan lg... ;)
Waa...Ray jgn la trus benci kt Imani. G la tnya kt dia baik2. And jgn la kaco relationship Dhia ngan Razee. Dhia pn nak hepi gak. Ewah ! Emo plak sy lps baca n3
haha..fara..calm down..calm down..hehe..
Rayyan Zikri memang lelaki yg sukar dibawa runding tp bila dgn Dhia, sekelip mata prangai d akan brubah..
Tq Fara sebab EMO membaca KARYA eya..appreciate sgt2!
smbng lagiiiiii
insyallah akk akn smbung lg ye dik.. ;)
tu la pasal....
sayang sungguh ngan sweet couple ni,
saat nk menyulam kasih, ray plak putus kasih n harapkan kasih dhia.
cam ne?
nk hapuskan ray, dia hero plak.
nk suruh ray trus ngan Imani,
hati ray dh membengkak.
boleh tak kalau razree n dhia
happilay ever after......?
tapi biasa la kan hero pasangannya
heroin...
ahhhhhh.....
aku dalam dilema........
hahahaha....dramatik lettew....
lagi...lagi...
Catat Ulasan