Selasa, 28 Mei 2013

BAB 42 PULANGLAH PADAKU




“Dhia jangan mengadalah. Nak duduk sorang-sorang kat sini, buat apa? Siapa nak hantar Dhia balik nanti. Balik dengan kita orang ajelah.”desak Puan Suria. Dah mereng ke anak dia sampai nak bercakap dengan mayat yang dah dikebumikan.
Dhia tersenyum nipis. “Tak apa, ibu. Nanti Dhia tahulah cari teksi kat sekitar sini.”
“Dhia jangan nak mengada-ngada. Balik dengan abang, tak payah nak bazir duit minyak ulang-alik dari rumah ke sini. Jomlah.”sampuk Razree pula. Dia melepaskan pautan dari bahu nenek dan mencapai tangan Dhia.
Dhia memuncungkan bibir.
Raut wajah nenek berubah muram. Puan Suria yang melihat mimik muka Puan Hadijah yang nampak tidak gemar cucunya menghampiri Dhia, mengambil peluang memaut bahu wanita berusia itu dan membawanya terus ke kereta Camry milik Razree.
“Dhia jangan degil boleh tak? Hari dah petang ni. Abang rasa tak banyak teksi yang lalu-lalang kat sini. Kita balik sayang.”pujuk Razree. Dia tidak akan puas memujuk Dhia jika kekasihnya itu bertegas tidak mahu pulang bersama dia.
“Dhia tak nak balik. Abang janganlah paksa Dhia. Dhia kan dah besar. Dhia tahulah balik sendiri.”rungut Dhia. Waktu dia tengah bersedih ini, Razree pula yang mahu bertegang urat dengannya. Sabar sajalah wahai hati!
“Abang balik dulu. Nanti malam Dhia telefon. Dhia janji.”sambungnya dengan sungguh-sungguh.
“Tapi, abang…”belum selesai Razree memghabiskan ayat, Dhia pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir lelaki itu.
Razree tersentak. Matanya membulat.
“Please abang. Abang kata nak beri Dhia peluang untuk belajar cintakan abang. Dhia tak nak kita bertekak pasal hal remeh-temeh ni. Kalau kita bertekak dan bergaduh, bagaimana nak teruskan perhubungan seperti pasangan kekasih lain? Dhia harap abang faham situasi yang Dhia alami sekarang. Abang pergi balik dulu ye.”
“Tapi abang susah hati kalau Dhia tak ada dengan abang. Kalau mak cik Suria risaukan Dhia, abang pun bertambah-tambah risaukan Dhia.”tutur Razree. Sedaya upaya dia merayu kepada Dhia supaya pulang ke rumah.
“Dhia cuma nak cakap sesuatu pada mereka berdua aje. Nanti Dhia baliklah.”
“Dhia jangan jadi gila boleh tak?! Untuk apa bercakap dengan orang yang dah meninggal dunia? Mereka berdua takkan faham dan mengerti apa yang Dhia katakan.”naik satu oktaf nada suara Razree.
Dhia memuncungkan bibir sekali lagi. “Dhia nak cakap pun salah. Abang balik ajelah.”sedikit terasa Dhia dengan sikap Razree.
“Dhia ni suka kusutkan kepala abang! Dahlah, abang nak balik. Malam nanti jangan telefon abang. Biar abang yang telefon Dhia!”Razree pula yang merajuk. Dia berpaling dari mengadap wajah Dhia. Biarlah Dhia bersendirian di situ. Dia malas mahu ambil pusing!
“Abang ni…,”Dhia bersedih. Apa kena dengan sikap lelaki itu yang agak berlainan hari ini? Takkan sebab dia mahu ‘berbual’ dengan kedua-dua mayat, dirinya dimarahi begitu sekali?
Hmm…harap-harap janganlah abang Razree marah bila telefon nanti.bisiknya dalam hati.
Dhia tiba di kubur Allahyarham Muzaffar Ikram dan Allahyarhamah Puan Halimah dengan sedikit keberanian. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di tanah perkuburan. Kali terakhir dia menjejakkan kaki di tempat seperti ini kira-kira lapan tahun dulu. Waktu itu, umurnya lapan belas tahun. Ayahnya meninggal dunia kerana penyakit jantung berlubang.
“Muz, Ibu…Dhia datang ni.”tanah yang masih merah dipegang. Dia duduk di tengah-tengah. Kubur bekas ibu mertuanya di sebelah kanan dan kubur bekas suaminya disebelah kiri.
Mendung berarak datang. Dhia mendongak ke langit. Nampaknya hujan bakal turun sebentar sahaja lagi. Dia tidak boleh berlama di sini.
“Boleh kan Dhia panggil abang dan ibu semula? Dhia rasa rindu nak panggil nama-nama tu.”airmatanya tiba-tiba mengalir laju. Rasa sebak mula menikam diri.
“Walaupun korang berdua dah meninggal dunia, nama Muzaffar Ikram dan Halimah Mansor tetap tersemat di hati. Kunci rumah yang Dhia dapat dari Mak Lang Dhia akan simpan baik-baik. Rumah yang abang berikan pada Dhia tu…Dhia akan jaga sebaik mungkin.”
“Dhia tak sempat nak kucup dahi ibu buat kali terakhir. Dhia maafkan apa jua kesalahan yang telah ibu buat pada Dhia dan Dhia janji Dhia takkan simpan sedikit pun kebencian dalam hati Dhia.” Dia menyentuh pula tanah kubur bekas ibu mertuanya dengan perasaan sebak.
Tiba-tiba, hujan rintik-rintik mulai turun. Dhia mendongak ke langit semula. Kilat menyabung dan cuaca yang mendung menyebabkan dia perlu segera bangkit dari situ.
“Abang…ibu…Dhia nak kena balik ni. Hujan dah turun. Selamat tinggal.”dia menyentuh sekilas tanah kedua-duanya sebelum dia berlari meninggalkan tanah perkuburan itu. Hujan yang turun memaksanya untuk mencari tempat teduh agar baju yang dipakai tidak terkena air hujan.
Tidak lama selepas itu, dia mendapat tempat untuk berlindung berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan. Tidak ramai manusia yang lalu-lalang di kawasan ini. Mungkin ramai yang takut tengok tanah perkuburan kut. Tekanya sendiri.
‘Hmm…hujan sangat ni. Macam mana nak balik?’getus hatinya. Dia resah apabila melihat tidak ramai yang berada di situ. Mahu menelefon abang Razree, lelaki itu merajuk dengan dia. Aduh, lelaki itu memang dah pandai nak merajuk dengan dia pula. Adik-beradik sama-sama kuat merajuk. Huh! Tidak pasal-pasal dia yang kena pujuk balik.
Kereta yang memasuki kawasan ini tidak lebih daripada empat buah kereta. Patutkah dia menelefon kekasih hatinya supaya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah?
Argh! Hendak buat macam mana. Dah itu jalan penyelesaiannya. Baik dia telefon abang Razree sekarang. Di cari telefon bimbitnya di dalam beg bimbit. Harap-harap lelaki itu  akan angkat panggilannya.
Sesudah jumpa telefon bimbit, dia meng’on’ kan semula telefon bimbitnya yang telah lama padam. Sengaja dia mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu menganggu suasana suram yang menyelubungi keluarga bekas ibu mertuanya.
Apabila cahaya telefonnya muncul di layar skrin, dia tergamam melihat dua miscall dari sahabatnya, Rayyan Zikri. Apa yang lelaki itu mahukan darinya? Tidak puas lagikah lelaki itu berbual dengannya semalam?
Dhia menekapkan telefon bimbitnya dengan rasa malas. Rayyan Zikri memang tidak pernah puas jika tidak menelefonnya. Apa yang besat sangat pun dia tak tahulah!
Ada satu teksi tiba-tiba muncul di hadapannya. Dia ingatkan tak ada lagi teksi yang akan datang waktu-waktu petang begini. Dia jadi teruja. Hah, lebih baik dia balik naik teksi dari naik kereta abang Razree.
“Cik nak pergi mana?”tanya pemandu teksi dari cermin tingkap kereta.
Dhia menundukkan kepalanya sedikit. Telefon bimbitnya digenggam setelah dia mematikan panggilan. Lelaki itu tak nak angkat, lantak pi dia lah!“Bawa saya balik ke Alam Damai.”
“Alam Damai? Jauh jugak tu. Tapi tak kesah kan kalau saya kenakan tambang mahal sikit sebab tempat jauh?”
“Tak apalah. Encik bawa aje. Saya bagi duit lebih.”pemandu teksi itu sudah bersedia di tempatnya. Dhia masuk ke bahagian penumpang belakang. Telefon bimbit yang digenggam sedari tadi di renung semula. Ternyata Rayyan Ziri tak jawab panggilannya. Lebih baik dia tak payah telefon tadi.  Buang masa saja!
Teksi sudah mula bergerak dan dia hanya menyepikan diri di tempat duduk belakang.
****
Rayyan Zikri membuka matanya setelah mendengar ada bunyi deringan di sebelah kerusinya. Kaki yang sakit tadi mula beransur sembuh setelah di sapu dengan minyak angin. Walaupun kesakitan yang dialami terasa perit namun dia kena kuat!
Matanya dikecilkan tatkala melihat skrin telefonnya. Dhia? Matanya terbuka luas. “Aku mesti telefon dia. Mesti!” katanya dengan nada tersekat-sekat. Mana tahu Dhia sudi mengurut kakinya yang sakit ini? Dapatlah dia bermanja dengan sahabat sendiri!sengihnya dalam hati. Dia mendail semula nombor Dhia lalu ditekapkan ke telinga sambil tersenyum nipis.
Dhia yang sedang melihat panorama di luar cermin tingkap teksi tersentak apabila telefonnya kembali berdering. Pemandu bereaksi biasa tatkala mendengar telefonnya berbunyi. Dia mengetap bibir. Rayyan Zikri lagi! Apa lah yang mamat ni nak sangat dari dia? Ish…ish…
“Kau nak apa lagi, Ray? Aku tengah busy ni…,”tanya Dhia acuh tak acuh. Salam langsung tidak diberikan. Sengaja dia berkata sedemikian rupa. Biar lelaki itu tahu yang dia tengah tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa pun.
“Dhia…tolong aku.”luah Rayyan Zikri dengan suara yang lemah.
Dhia berasa hairan. “Kenapa dengan kau, Ray? Apa yang tak kena dengan kau lagi ni?”tanya Dhia lagi dengan nada perlahan. Dia tidak mahu pemandu teksi itu mendengar keseluruhan perbualan diantara mereka berdua.
“Aku sakit, Dhia. Kau tolong aku…,”rayu Rayyan Zikri. Dhia tiba-tiba mula berasa tidak sedap hati.
“Kau kat mana ni?”soal Dhia dengan nada cemas.
“Aku kat dalam kereta. Tengah baring.”balas Rayyan Zikri. Sayu suaranya ketika ini.
“Au tanya kau kat mana. Bukan tanya kau buat apa.”
“Aku kat Kuchai Lama ni. Aku jumpa someone special tadi.”Rayyan Zikri tersenyum mengejek. Someone special yang dimaksudkan ialah Nur Imani, si perempuan kaberet itu! Tetapi dia kena rahsiakan pada sahabatnya siapa someone special itu.
“Aku tak sangka perangai playboy kau datang balik. Kata dah declare dengan Nur Imani. Mana janji kau kata nak setia pada yang satu?”marah Dhia, tetapi masih dengan suara yang perlahan.
“Aku setia pada kau ajelah.”
“Kau ni gila ke apa? Aku dah ada pakwe lah. Pakwe aku tu abang kau faham tak? Kau jangan nak memandai nak jatuh cinta pada aku pulak.”Dhia mendengus.
Rayyan Zikri ketawa kecil. “Bila masa pula aku jatuh cinta pada kau? Kau ni cakap melalut aje.”
“Oh, tak eh? Habis tu yang kau kata nak setia pada aku tu apasal? Dah buang tebiat?”
“Aku cakap setia pada kau sebab kau sahabat aku. Eeii…kau ni apalah!”
Dhia terdiam. Dia jadi malu sendiri.
“Kau datang jumpa aku, bawa aku balik ye, Dhia. Aku tak mampu nak bawa kereta  lah sekarang ni. Kaki aku sakit sangat-sangat. Kau bawa aku balik ye.”pujuk Rayyan Zikri. Mudah-mudahan, hati sahabatnya akan cair tatkala dia dalam keadaan sakit ini.
“Kuchai Lama tu banyak tempat. Kat tempat mana aku nak jumpa kau?”
“Jumpa aku kat kelab Golden Sun. Kau cakap dengan pemandu teksi tu suruh masuk dalam kelab tu.  Aku parking kat bahagian belakang. Kau ingat kan nombor plat kereta aku?”
“Ingat. Aku ada kat Bandar Tun Razak ni. Dalam lima belas minit lagi aku sampai. Kau baringlah dulu. Assalamualaikum!”ucap Dhia. Terus dia mematikan talian tanpa sahabatnya sempat berkata apa-apa.
Seraya itu, dia mengarahkan pemandu teksi itu berpatah balik ke laluan Sungai Besi. Terpaksalah dia membayar lebih kepada pemandu teksi itu.
Biarlah, bayar lebih pun tidak mengapa. Janji dia dapat berjumpa dengan Rayyan Zikri dan melihat keadaan sebenar sahabtanya.
Hanya kesihatan sahabatnya yang penting saat ini!
*****
Dhia mengerling ke kiri dan kanan sewaktu memasuki kelab Golden Sun yang berwarna putih. Dia sempat mengutuk diri Rayyan Zikri yang sesuka hati memasuki kelab yang menjadi kebanggaan orang cina di sini. Entah apa yang best sangat kat kelab ni pun dia tak tahulah! Carilah tempat yang elok sikit kalau nak jumpa someone special tu!
Ini tidak, pergi tempat yang melalaikan umat islam! Bukannya halal pun makanan yang ada disini.cemuhnya dalam diam.
“Manalah pergi kereta mamat ni? Eeii..dahlah banyak kereta kat sini pulak tu.”rungut Dhia sambil menjengukkan kepalanya di luar tingkap. Pemandu teksi yang berada di depan berasa hairan.
“Cik nak cari siapa kat sini?”
“Err…encik, boleh tak tolong carikan saya kereta Volvo warna putih. No plat kereta dia BGG 2497.”bagi pemandu teksi ni cari lagi bagus. Tak adalah dia tercari-cari kelibat sahabatnya di kelab ini.
“Oo..itu boleh aje. Tunggu kejap ye.”pemandu teksi itu mengecilkan mata. Diperhatikan sekeliling kereta-kereta yang terdapat di kelab itu. Boleh tahan juga pengunjung yang datang kat kelab ni. Mewah-mewah belaka. Pasti penumpang dibelakang tempat duduk keretanya berstatus orang kaya.bisiknya dalam hati.
Dhia mengeluh. Bengangnya dia cari kereta Volvo sahabatnya yang masih tidak dijumpai lagi. Tempat ini bukannya besar mana pun. Kecil sahaja. Nak cari kereta mamat itu punyalah susah sangat!
“Haa, cik! Itu kereta Volvo yang cik cari tu.”teruja sekali suara pemandu teksi itu menyentakkan hati Dhia yang sedang mengeluh kesah mencari sahabatnya.
Dhia terdorong sedikit di depan. Mujur dia tidak cepat melatah. Apalah pemandu ni. Excited sangat bercakap! Kritiknya dalam hati. Tidak berani dia hendak meluahkan kritikan itu, takut dihalaunya pula keluar dari teksi ini.
“Mana, encik?” kepalanya segera didongakkan ke luar tingkap buat kali kedua. Dia teruja apabila melihat kereta Volvo kepunyaan Rayyan Zikri ada di depan mata.
Pemandu teksi itu hanya menunjukkan arah dimana kereta sahabatnya berada. Sesudah itu, dia melihat jumlah tambang yang perlu dibayar untuk pemandu teksi itu. Kesemua sekali empat puluh dua ringgit. Mak oii…mahal bebenor! Cekik darah ke apa pemandu teksi ni?
“Nah, encik. Terima kasih banyak-banyak.”Hendak buat macam mana, terpaksalah dia memberikan duit sebanyak itu. Seraya itu, dia terus keluar dari kereta itu dengan muncung di bibir.
Setelah pintu teksi ditutup, dia merenung jauh kereta Volvo sahabatnya. Darahnya menggelegak ketika ini. Perangai lelaki itu tetap tidak berubah! Ada ke patut pergi ke kelab sebegini? Dia? Lagilah! Ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini.
Dhia jalan menuju ke kereta Rayyan Zikri dengan hentakkan kaki. Dia geram! Geram sangat-sangat dengan sikap lelaki itu. Entah betul atau tidak lelaki itu sakit.
Sampai sahaja di muka pintu pemandu, Dhia mengetuk kuat cermin tingkap kereta yang berwarna hitam itu.
“Rayyan, please open the door!”tempik Dhia dari luar pintu kereta.
Rayyan Zikri merasa terganggu. Dia ingin memejamkan mata sementara menanti sahabatnya tetapi ada yang menganggu pula. Dia membuka cermin tingkap dengan terpaksa.
“Eh, Dhia!” dia membesarkan mata. Terasa teruja melihat sahabatnya datang. Dhia  memang sahabat yang paling ambil berat akan dirinya.Dia membuka pintu kereta. Dhia melebarkan pintu itu dengan agak geram. Rayyan Zikri merasa pelik.
“Kau buat apa kat sini hah?”tempik Dhia lagi.
Rayyan Zikri terkejut. “Kau kenapa marah aku?”
“Aku marah kau sebab kau datang kat kelab ni. Kenapa kau ajak ‘kawan’ kau tu pergi sini? Dah tak ada tempat lain ke nak pergi?”sindir Dhia sinis.
“Dhia, aku bukan sengaja pergi sini. Aku terpaksa pergi sini.”balas Rayyan Zikri dengan nada lemah.
“Kau tipu! Aku kenal kau bukan sehari dua tau. Bila kau nak berubah perangai ni?”
“Aku sakit, Dhia. Aku sakit…,”luah Rayyan Zikri. Meskipun dia terasa hati dengan sikap Dhia yang tiba-tiba memarahinya tanpa sebab namun dia tahu sahabatnya sayangkan dirinya. Dia tunjukkan kakinya yang bengkak dan mempunyai kesan lebam.
Dhia terkedu. “ Ya Allah, Ray…apa dah jadi pada kau ni?” dia menekup mulut, tanda tidak percaya apa yang berlaku didepan mata. Perasaan marahnya mula hilang. Timbul dihatinya perasaan sayu dan kesian.
“Aku sakit…sakit sangat-sangat.”tidak semena-mena airmata Rayyan Zikri tertumpah dihadapan sahabatnya.
Dhia mengeleng-gelengkan kepala. “Ini tak boleh jadi ni. Aku mesti bawa kau pergi hospital. Kaki kau bengkak sangat-sangat ni.”ujar Dhia penuh risau. Dia meneliti kaki kanan sahabatnya yang mempunyai lebam.
“Aku tak nak pergi klinik. Aku nak kau aje yang urut kaki aku…please?”rayu Rayyan Zikri penuh pengharapan.
            Dhia mengeluh. “Kau jangan macam ni. Aku bukan mahram kau dan aku tak boleh sentuh sesuka hati aku. Kau kena faham, Ray.”kata Dhia perlahan. Apabila dia melihat airmata jernih lelaki itu keluar mengalir di celah-celah pipi, dia rasa sebak. Bukan senang lelaki mengeluarkan airmata.
            “Kalau macam tu, kau ajelah kahwin dengan aku. Aku nak kau aje yang pegang tubuh aku.”
            Mulut Dhia ternganga luas. “Are you kidding?!!”

7 ulasan:

kurakura berkata...

ray yg mengong..huhu

Unknown berkata...

Ray..ray...dlm sakit pun sempat lagi yer....ish.ish...tp sweet la Eya...
<3<3

Unknown berkata...

ray dh mengong kn? kihkih!

Unknown berkata...

wat kak anne syg..d sakit mengada2 tu! hehe

fara berkata...

Wpun dh ada readers yg kata ray benggong...sy tetap nak tulis gak kt sini...benggong punyer Ray! Tak reti bahasa btol la...dh tau Dhia tu awek abg dia still nak ngada2 lg...sekeh kang...
Cancel nak simpati psl dia ngan Imani...geeerrrrraaaammmmm!

kak ida berkata...

pergh..rayyan..rayyan..dia tak terfikir ke..Dhia tu dah couple ngan abangnya...kenapa mesti dia merosakkan perhubungan darah daging kerana Dhia..

Nana Mohd Yasin berkata...

sian x ngan ray?
sian la jugak....
tp mmg bengong la ray tu
x paham bahasa...

skg dh ada rasa2
mcm x berapa nk suka ngan razree la
mcm suka nk kongkong org..ekk...

nape nenek x suka sgt tu???

meh kita korek the misteri..

sambung2...