Jumaat, 28 November 2014

BAB 16 (Tajuk?Biarlah Rahsia)


“Abang Raz, makanlah banyak-banyak. Sedap lauk yang katering ni masak.”
Dhia cuba mengambil perhatian Muhd Razree dengan menyenduk gulai kawah ke dalam pinggan lelaki itu. Tetapi sayang…Muhd Razree langsung tidak mahu menatap wajahnya apatah lagi mahu tersenyum.
“Abang Raz janganlah macam ni. Dhia susah hati sangat tengok Abang Raz tak bercakap satu perkataan pun. Dhia betul-betul tak tahu nak buat macam mana supaya Abang Raz bercakap dengan Dhia semula. ” Dhia cuba juga menarik perhatian Muhd Razree sekali lagi. Dia menopang dagu memandang Muhd Razree.
Muhd Razree menghentikan suapan. Dia bertemu pandang wajah Dhia. Garang matanya merenung wajah Dhia yang manis.
Dhia mengerling kearah lain sambil mengetap bibirnya. Takut dia melihat mata itu. Hilang senyumannya.
Best kan dapat berpeluk dengan Ray tadi. Sampai selendang kat kepala pun dah berpindah ke tempat lain.”sindir Muhd Razree dengan sinis. Apa yang terpendam dalam hatinya beberapa minit yang lepas terlepas jua dihadapan Dhia. Kali ini nadanya tidak lembut seperti selalu.
Dhia tersentak. Dia meraba kepalanya. Oh, baru dia ingat. Selendang itu ada pada Raymi Zikri. Huh, Raymi Zikri. Kalau kau tak peluk aku tadi, mesti aku tengah bahagia dengan Abang Raz sekarang ni. dengusnya.
“Ray yang peluk Dhia, okey? Dhia mana berani nak peluk-peluk lelaki yang bukan mahram ni. Dhia dah cuba nak larikan diri daripada dia tapi dia tetap juga nak peluk Dhia. Takkan sebab itu aje abang Raz marahkan Dhia? Kalau Abang Raz cemburu sebab itu, Dhia minta maaf banyak-banyak. Dhia janji lepas ni Dhia takkan rapat dengan dia lagi kalau itu yang Abang Raz mahukan.”
Muhd Razree naik angin. Segera dia bangun dari tempat duduknya. “Dhia ingat dengan perkataan maaf, Abang Raz akan lupakan kejadian tadi? Sorry, sayang. I’m really disappointed. Abang Raz tak dapat nak fikir apa-apa buat masa ini. Abang Raz nak balik dulu. Assalamualaikum.”
Dhia jadi terpinga-pinga. Salam yang diberikan Muhd Razree hanya mampu dijawab dalam hati. Tergamak Muhd Razree marahkannya didepan tetamu yang hadir.
            Jika Abang Raz kecewa dengan Dhia, Dhia lagi kecewa dengan Abang Raz…Desisnya dalam hati.
            Dhia bangun dari kerusi yang didudukinya dengan wajah mendung. Tidak ada maknanya dia duduk disini tanpa ditemani Muhd Razree. Lelaki itu sudah balik ke rumah. Baik dia naik atas dan berehat.
            “Assalamualaikum Cik Dhia…” Seorang gadis menyapanya. Dhia tersentak.
            “Waalaikumsalam…” Salam disambut dengan nada acuh tak acuh sahaja. Gadis mana pulak yang tiba-tiba bagi salam kat aku ni? Rasanya aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni. katanya dalam hati.
            “Saya memang Dhia. Tapi saya tak tahu nama awak siapa. Rasanya ini kali pertama kita jumpa kan?”
            “Erm… Saya Nur Salina, panggil Sally aje…Erm..makwe Abang Ray. Opss…makwe Raymi Zikri.” Salina tergelak sendiri. Badannya sengaja dilenggokkan.
            Penampilan Salina yang dirasakan lebih muda daripadanya itu diperhatikan dari atas hingga ke hujung baju kurung gadis itu dengan rasa jelik. Harap muka saja cantik tapi perangai hampeh! Kenapalah Ray pilih gadis sebegini jadi teman wanita?
            “Siapa ya Raymi Zikri? Saya tak pernah dengar pun nama tu.” Dhia mencebik. Dia pura-pura tidak kenal Raymi Zikri.
            Salina tergelak lagi. Cuma kali ini gelaknya lebih sinis. “Tak kenal konon. Tadi bukan main berpeluk sakan dengan boyfriend saya, itu kata tak kenal? Awak jangan ingat awak lebih tua daripada saya, saya boleh relakan tangan teman lelaki saya menyentuh awak. Saya takkan benarkan perkara itu berlaku!”
            Dhia mengangkat kening. Nampaknya Salina telah menunjukkan perangainya yang sebenar. Memang gadis ini talam dua muka! Depan Raymi Zikri bolehlah dia mengedik dan bermanja tetapi dengan dia? Jangan harap ya!
            “Wah, dahsyat jugak cemburu kau ya Cik err… apa tadi? Sally…Hurm…nama penuh Salina, tapi mengedik nak panggil Sally. Mak ayah kau dah bagi nama yang baik untuk kau tapi kau ubah nama lain. Tak patut, tak patut.” Dhia mengubah nada suaranya kepala lebih keras dan sedikit kasar.
            “Biarlah! Aku punya nama aku punya sukalah nak ubah. Yang kau sibuk apahal?!” Salina mula menunjuk taringnya. Dia turut bercakap dengan nada kasar.
            Dhia mula menyinga. Gadis ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Dia harus mengingatkan Salina yang dia lebih tua daripada gadis itu! Tangannya mula diangkat tinggi. Mahu memberi pengajaran kepada Salina namun tidak semena-mena tangannya dipegang dari atas.
            Erk, Ray? Dhia menelan liur. Segera dia merentap tangannya dari pegangan Raymi Zikri. Lelaki ini memanglah. Suka sangat sentuh tanpa fikir halal dan haram! Lainlah kalau jadi suami. Nak pegang lama-lama pun tak mengapa.
            Raymi Zikri terasa hati. Sampai hati Dhia merentap tangannya. Baru dia hendak merasa memegang tangan Dhia yang lembut, Dhia sudah menolaknya. Hurm.
            “Abang Ray…Kak Dhia nak pukul Sally. Sally takut.” Rengek Salina. Tangannya laju memeluk lengan Raymi Zikri.
            Raymi Zikri tersentak. Cepat-cepat dia menolak tangan Salina. “Err…Sally. Tetamu ramai kat sini. Tak elok dia orang tengok.”
            Salina tetap berdegil. Dia tetap menarik lengan Raymi Zikri. “Sally nak pegang jugak tangan Abang Ray. Sally tak nak Kak Dhia tampar Sally.”rengek Salina lagi. Makin mengelegak darah Dhia mendengarnya.
            “Kau ni memang perempuan gedik ar. First time aku jumpa perempuan yang terlampau gedik macam kau ni. Memang padanlah kau orang bercinta. Sorang gedik sorang mengada-mengada.”kata Dhia dengan berterus-terang.
            Raymi Zikri mengecilkan mata. Tajam renungannya kepada Dhia. “Kau cakap aku mengada-ngada? Kau memang tak sayang mulut kau kan? Kau memang suka kalau aku…” Bergetar bibirnya mahu menghabiskan ayat terakhir.
            Salina membuat muka teruja. Dia melepaskan lengan Raymi Zikri Dia yakin pasti Raymi  Zikri mahu menampar mulut Dhia selepas ini. Huh, itulah. Cakap orang gedik dengan mengada-ngada lagi. Kan dah kena!
            Dhia disitu sedikit pun tidak berasa takut. “Kalau aku apa? Tampar? Huh, tamparlah! Aku tak takutlah.”
            “Aku tak cakap aku nak tampar tapi aku nak cium mulut kau!” Raymi Zikri menapak sedikit kehadapan.
Dhia membulatkan mata. Pantas dia mara sedikit ke belakang. Raymi Zikri memang seorang yang sukar dijangka seperti Puan Khadijah. Perkara yang jarang dibuat orang, perkara itulah yang lelaki itu akan buat.
            Salina sudah membeliakkan mata. Cium Dhia? Alamak, ini tak boleh jadi ini!
            “Abang Ray, jangan buat perkara yang bukan-bukan. Sudahlah, kita makan dulu. Sally dah lapar ni. Biarlah Kak Dhia nak cakap kita gedik ke mengada-ngada ke. Sally tak kesah pun. Kita makan dulu ya.” ajak Salina bersungguh-sungguh. Dia perlu tamatkan perbicaraan ini. Jika berlanjutan akan bertambah buruk.
            Raymi Zikri berbisik sekilas ke telinga Dhia. “Nasib baik Sally ada kat sini. Kalau tidak mulut kau akan jadi santapan aku malam ini.” Dhia menelan airliur.
            Mamat ni betul-betul kurang ajar! Tak senonoh langsung!!
            Dhia menghentak kakinya dengan kasar menuju ke biliknya. Tidak jadi dia hendak bermesra dengan tetamu yang hadir. Baik dia berehat dalam bilik lagi bagus!

Belum Dhia sempat menukar pakaian tidurnya, dia dikejutkan Puan Khadijah dengan berita Muhd Razree kemalangan di tepi jalan. Mengucap panjang dia mendengarnya. Menitik juga air matanya kerana terlalu sedih.
            Malam itu juga dia bersama-sama Puan Khadijah dan Jamil bergegas ke Hospital Serdang. Hatinya gundah gulana. Bagaimanalah keadaan Abang Raz ketika ini. Harapannya, janganlah Muhd Razree mengalami kecederaan parah. Dia tidak sanggup untuk melihat tubuh badan Muhd Razree diselaputi luka dan darah.
            Dhia yakin, kemalangan tersebut pasti ada kaitan dengan dirinya. Masakan tidak, selama ini Muhd Razree memandu dengan cermat tanpa sebarang kemalangan. Tidak pernah lelaki itu memotong kereta atau motorsikal selama mereka menjadi kekasih.
             “Abang…please wake up.”gamit Dhia setelah dia tiba disisi Muhd Razree yang masih tidak sedarkan diri. Air matanya mengalir tidak henti. Puan Khadijah dan Jamil disisinya hanya mendiamkan diri sahaja melihat keadaan Muhd Razree.
            “Abang…bangunlah. Dhia datang ni.” Dhia tidak berputus asa. Dia mengoncang badan Muhd Razree.
            Muhd Razree akhirnya membuka mata setelah mendengar suara kekasih hatinya. “Dhia…”suaranya tengelam timbul.
            Dhia teruja. “Syukur alhamdulilah Abang Raz dah bangun. Abang Raz jangan banyak cakap ya. Dhia ada kat sini temankan Abang Raz. Nenek dengan Jamil pun ada kat sini temankan Abang Raz.”
            “Dhia…Abang Raz sayang Dhia. Jangan tinggalkan Abang Raz.” ucap Muhd Razree penuh emosi. Tersentuh hati Dhia.
            “Abang Raz, Dhia pun sayang Abang Raz jugak. Dah ya. Jangan banyak cakap. Rehat dulu. Bila Abang Raz dah sihat, kita cakap banyak-banyak ya. Abang Raz nak luah cinta dan sayang pada Dhia sebanyak mana pun Dhia sanggup dengar.”
“Okey…” Setelah mendengar pengakuan Dhia, Muhd Razree terus melelapkan mata.
Dhia lega. Akhirnya mereka berbaik juga. Syukur alhamdulilah.
“Nenek, Dhia rasa Dhia nak bermalam kat sinilah. Nak jaga Abang Raz. Tak apa kan?”
Puan Khadijah mengangguk. “Hurm…elok jugak tu. Raz kat sini tak ada siapa nak jaga dia. Nenek pun tak boleh berlama kat sini. Banyak kerja nak kena settle kat rumah tu.”
“Nenek baliklah dulu. Berlama kat sini bukannya Raz pandang nenek pun. Dia pandang kamu aje.” Dhia terus ketawa kecil mendengar kata-kata Puan Khadijah.
“Ada-ada ajelah nenek ni. Oh ya, nenek nak balik ni, jangan bagi tahu Ray tau pasal Abang Raz kemalangan. Kalau boleh Dhia tak nak dia tahu. Biarlah kita-kita aje yang tahu pasal ni.” bisiknya perlahan.
“Hesy, apalah Dhia ni. Ray kan adik Raz. Mestilah dia kena tahu sekali.”
“Tapi, nek…” Aduh, kenapalah aku cakap pasal Ray tadi. Kalau tidak nenek dah keluar dari wad ni tadi.rintihnya dalam hati.
“Biarkan dia tahu. Dahlah, nenek balik dulu. Nanti nenek bawa baju kamu untuk hari esok. Kamu jaga diri tau.” Puan Khadijah menyentuh bahu kanan Dhia.
Dhia mengangguk lemah. Serasa tiada daya saat ini untuk meneruskan kata.
             Setengah jam selepas Puan Khadijah dan Jamil meninggalkan dia dan Muhd Razree disitu, Dhia mula berasa mengantuk. Mulutnya sudah berapa kali menguap.
            “Mana aku nak tidur ni? Hurm…” Dhia tercari-cari tempat mana yang sesuai untuk dia berbaring. Mahu tidur disebelah Abang Raz? Kau jangan buat hal Dhia. Ingat sikit had kau. bisik satu suara.
            Akhirnya Dhia membuat keputusan untuk tidur diatas kerusi yang tidak jauh dari katil Muhd Razree. Biarlah tak ada bantal dan selimut tebal sekalipun. Janji dia dapat tidur.
            Baru dia memejamkan mata. Ada pula yang menganggunya. Hai, siapa pulaklah yang call aku malam-malam buat ni? Dhia merungut.
            Dhia melihat skrin telefon bimbitnya. Nombor siapa pulak ni?
            “Hello…”
            “Dhia, kau keluar sekarang. Aku nak cakap sesuatu dengan kau.” Pantas talian dimatikan.
            Dhia berdiri tegak. Terkejut mendengar suara Raymi Zikri ditalian. Dia datang sini?
            Ya Allah, cepatnya nenek bagi tahu dia!!
            Dhia merenung wajah bersih Muhd Razree yang terpejam sebelum dia melangkah malas keluar dari wad itu.
            “Kau nak apa lagi ni?” Nampak sahaja raut wajah Raymi Zikri dihadapan mata, dia terus berpaling ke tepi.
“Masa kau datang tadi, kau ada pegang tangan Abang Raz tak?" Soalan pertama yang Raymi Zikri tanya kepada Dhia sebaik gadis itu keluar dari wad.
“Tak.”
“Abang Raz ada cium tangan kau tak?”
“Hurm...tak.” Mendatar sahaja jawapan Dhia.
“Abang Ray ada tenung muka kau tak?”
Langkahnya terhenti. Dia berpaling mengadap Raymi Zikri dengan raut wajah serius.
“Kau ni kenapa tanya soalan macam tu? Dah macam suami aku pulak.” cebiknya.
Raymi Zikri buat muncung itik. “Aku cemburu Dhia. Sanggup kau bergegas ke mari semata-mata nak tengok dia yang accident. Hurm...Lepas ni aku cadang nak accident lah. Biar kau jaga dan rawat aku kat rumah.” Tersengih-sengih mulutnya menjawab.
Are you out of mind?!” Terjengil mata Dhia apabila mendengar kenyataan Raymi Zikri.
“Demi kau, aku sanggup accident.”
“Kau jangan merepek boleh tak. Aku malaslah nak layan kau punya merepek malam-malam ni. Lagi bagus kau baliklah. Mata aku dah mengantuk sangat ni.”
“Kalau aku cakap serius, kau bukannya nak ambil kesah pun.”
Dhia tergelak sinis. “Serius? Bila masa kau serius Ray? Bagi aku setiap perkataan kau adalah merepek.”
“Kau nak cakap aku merepek, cakaplah. Tapi bagi aku, setiap kata-kata aku adalah serius dan aku tidak akan sekali-kali memungkiri janji dengan apa yang aku luahkan dari mulut aku.”
“Seriuslah sangat.”Dhia menyindir. “Kau cakaplah cepat. Aku tak dapat berlama ni. Mata aku dah tak tahan nak tutup ni.” Dhia memegang tombol pintu wad Muhd Razree. Dia berkira-kira untuk masuk ke dalam.
Raymi Zikri melutut dihadapan Dhia tanpa menghiraukan orang ramai disitu. “Sudikah kau menjadi isteri aku wahai Dhia?”
Dhia membulatkan mata. OMG!! Dia ni dah gila ke apa?!!

Jumaat, 21 November 2014

BAB 15 (Tajuk? BIARLAH RAHSIA)


Dhia cuba untuk melangkah seperti biasa namun dia terasa kakinya berdenyut-denyut. Baru dia hendak turun beriringan bersama Muhd Razree, kakinya buat hal.
Puan Khadijah awal-awal lagi sudah turun ke bawah menemui tetamu yang hadir.
Kakinya yang baru meniti anak tangga pertama terhenti. Muhd Razree yang berada disebelahnya mengerutkan dahi.
“Sayang kenapa?”
“Kaki Dhia berdenyut-denyutlah, Abang Raz. Nak jalan sama dengan Abang Raz memang lambatlah Dhia turun. Better Abang Raz turun dulu. Dhia menyusul kemudian ya?”Sedih sahaja suaranya. Selendang yang berada diatas kepalanya dibetulkan. Mahu tampak manis didepan lelaki itu.
“Tak nak. Abang tetap nak Dhia turun bersama dengan abang.” Muhd Razree mengelengkan kepala. Menunjukkan dia tidak puas hati dengan kata-kata gadis itu. Baru dia hendak memperkenalkan Dhia sebagai kekasih hatinya dihadapan tetamu yang hadir, Dhia menyatakan sebegitu.
“Tapi Abang Raz…”
“Biar abang dukung Dhia turun ke bawah.” Tidak semena-mena tubuh Dhia digendong Muhd Razree. Terperanjat besar Dhia dibuatnya. Dia berpaut pada leher lelaki itu supaya tidak jatuh. Jatuh kang buat malu aje!
“Abang, turunkan Dhia. Tak manis orang yang bukan mahram Dhia buat macam ni. Dhia tak nak Abang Raz dapat malu. Ini kan majlis penting kita.”
“Abang buat bersebab, sayang. Dhia jangan banyak cakap ya. Abang dukung Dhia ni, Dhia patut rasa bangga tau. Ini kali pertama abang dukung seorang perempuan. Kita turun ya.” Muhd Razree bertindak menuruni anak tangga itu dengan penuh perlahan dan berhati-hati. Laju pulak tak pasal-pasal mereka jatuh berguling-guling.
Dhia terharu. Hampir menitis airmatanya dengan pengakuan jujur dari Muhd Razree. Baiknya lelaki ini. Kenapalah aku tak jumpa dia enam tahun lepas? Kalaulah aku jumpa dia waktu itu, mesti dia lelaki dan sahabat yang paling aku sayang.
Sampai sahaja di anak tangga terakhir, Muhd Razree menurunkannya ke lantai. Dhia memandang anak mata lelaki itu dengan rasa sayang yang mula bercambah.
“Terima kasih, Abang Raz. Dhia hargai pengorbanan Abang Raz kendong Dhia dari atas. Mesti sakit tangan Abang Raz kan sebab pegang Dhia terlalu lama? Dhia ni dahlah berat macam anak gajah.” Dalam dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sempat lagi dia mengkritik dirinya.
Meletus ketawa Muhd Razree apabila mendengar ayat terakhir Dhia. Dhia buat mulut muncung. Geram apabila Muhd Razree mentertawakannya. Orang ucap terima kasih bukan nak jawab balik. Diketawakan kita pula. Sabar ajelah wahai hati.
“Hesy, boleh pulak dia gelakkan kita!” Dhia masih dengan mulut muncungnya. Dia menarik selendang dari atas kepalanya dan melilit lehernya yang jinjang. “Abang Raz pergilah layan tetamu kat depan tu. Kejap lagi Dhia menyusul. Dhia ada hal kejap kat dapur.”
Dhia nak pergi mana pulak ni? Muhd Razree mula tidak tentu arah. Segera dia menarik selendang yang melekat di leher gadis itu. Dhia segera berpaling. Selendangnya ditarik hingga ke bahagian dada.
Laa…tadi bukan main ketawakannya. Ini apasal pulak ni? Dhia mengerutkan dahi.
Aksi selendang ditarik itu seperti adegan yang berlaku dalam drama Kuch Kuch Hota Hai. Di mana Aman menarik kain yang dipakai Anjali ketika mereka sedang menyanyi bersama.
“Dhia nak lari ke mana, sayang? Dhia jangan nak jauhkan diri daripada Abang Raz ya? Abang Raz dukung Dhia sampai ke ruang tamu. Biar tetamu tahu yang Dhia kekasih awal dan akhir Abang Raz, nak?”ugutnya.
“Dhia, Raz…Apa yang dok bersembang lagi tu? Imam dah tunggu lama kat ruang tamu tu. Majlis malam ni nak kena habiskan cepat. Lambat nanti tetamu bosan.” sampuk Puan Khadijah dari belakang. Kedua-duanya berpaling. Terkejut apabila melihat Raymi Zikri disitu dengan wajah yang bengis. Lelaki ni dah kenapa? Muka macam mintak penampar aje. Dhia mencebik.
“Raz tak fahamlah, nek. Majlis apa yang penting sangat malam ni sampai tak boleh hari minggu? Raz peliklah. Dari Raz sampai rumah ni sampailah sekarang. Nenek masih tak jawab-jawab soalan Raz.”
Puan Khadijah menyinga. Lantas dicubit lengan Muhd Razree dan Raymi Zikri yang dia sahaja dari tadi. Menjerit kecil mereka berdua.
“Eh, Ray yang kena pulak?” Raymi Zikri tidak berpuas hati. Lengan kanannya diusap berkali-kali. Seketika, dia merenung tajam kearah Dhia yang tersenyum sinis kepadanya.
“Memang patut pun korang kena dengan nenek. Belum tua lagi dah nyanyuk! Majlis yang nenek buat ni sempena memperingati hari ke 22 tahun mama dan papa korang meninggal. Kalau nenek tak buat majlis ni, sampai bila-bila korang tak ingat tarikh mama dan papa kamu tu.”
Muhd Razree dan Raymi Zikri saling berpandangan sebelum mereka sama-sama menunduk.
“Maafkan Raz, nek. Kerana kesibukan kerja, Raz lupa hari ni hari memperingati mama dan papa.” Dia rasa bersalah sangat. Rupa-rupanya majlis malam ini adalah majlis tahlil mama dan papanya yang sudah menghembuskan nafas terakhir semasa dia kecil lagi.
Dhia juga menundukkan wajah. Tidak berani bertentang mata dengan Puan Khadijah.
“Sudah. Kamu semua pergi ambil air sembahyang dulu. Nenek bagi masa sepuluh minit sahaja. Kita kena percepatkan majlis. Lambat nanti, tetamu bosan pulak.” Tegas Puan Khadijah sebelum dia melangkah pergi meninggalkan ketiga-tiga anak muda itu.
“Baik, nek.” Mereka menjawab serentak.
“Dhia sayang, apa kata kita ambil air sembahyang sama-sama nak? Kita ambik dekat dapur.”ajak Muhd Razree dengan nada romantis. Wajah Dhia kembali ceria. Muhd Razree yang berada dekat dengannya tidak diendahkan. Malah jauh sekali untuk dipandang. Dia masih sakit hati dengan adiknya.
“Abang Raz rasa tak puaslah dukung Dhia tadi. Abang nak dukung lagi sekali boleh?” ujar Muhd Razree nakal. Berubah kelat wajah Raymi Zikri mendengar ayat tak semenggah abangnya.
 “Err…Abang Raz, tak payahlah. Cukuplah Abang Raz dukung Dhia kat tangga tadi.” Teragak-agak Dhia menjawab. Sempat lagi dia memandang Raymi Zikri yang nampak tidak senang dengan perlakuan Muhd Razree.
Muhd Razree buat muka simpati. “Ala…Abang Raz tak puaslah. Hurm…”Dia pun turut terikut Dhia. Membuat mulut muncung seperti itik.
“Abang Raz buat lepas kita kahwin ya. Nak dukung Dhia sebanyak mana pun tak mengapa. Dhia bagi aje, okey?” Manja sekali suara Dhia.
Raymi Zikri yang panas hati terus melangkah pergi dari situ. Tidak sanggup dia melihat sikap Dhia yang terlebih manja itu.  
Dhia dan Muhd Razree menjeling sahaja pemergian Raymi Zikri. Setelah itu, mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke dapur untuk mengambil wuduk.
Entah kenapa, dia tidak senang dengan abangnya yang lebih mendapat perhatian dan layanan istimewa daripada Dhia. Dia? Jangankan bermanja, nak bermesra pun tidak ada.
Eh, Ray. Jangan-jangan kau cemburu Dhia rapat dengan Abang Raz tak? satu suara berbisik kepadanya.
Yes, aku cemburu! So what?!
Raymi Zikri mengeluh panjang. Akhirnya terluah juga pengakuan itu walaupun hanya dalam hati.
Dhia…aku cemburu…kau tak tahu. luahnya penuh emosi.


Salina sudah tidak tahan lagi. Duduk di dalam kereta mewah Raymi Zikri membuatkan dia berasa senak! Sudahlah perutnya lapar. Sejak petang tadi dia tidak menjamah sebarang makanan pun.
            Namun dia sabar. Sabar sebab apa? Sebab Raymi Zikri membawanya ke rumah Puan Khadijah, wanita berusia yang pernah muncul di akhbar Malaysia. Memang terkejut juga bila melihat rumah mewah wanita berusia itu dari jauh. Memang Raymi Zikri seorang yang kaya. Bertuah lelaki itu mempunyai seorang nenek yang kaya-raya.
            Jika dia berkahwin dengan Raymi Zikri, pasti dia mendapat tempias dari kemewahan lelaki itu. Salina mula membayangkan kehidupannya setelah berkahwin dengan lelaki itu. Wow, mesti dirinya dilimpahi dengan kemewahan dan kebahagiaan. Tak payah kerja dan goyang kaki sahaja duduk dirumah besar ini. Bestnya!
            Namun lamunannya terhenti setakat itu sahaja. Raymi Zikri mengetuk jendela kereta ditempat yang dia duduk kini. Salina tersenyum sambil menurunkan cermin disebelahnya. Selepas ini dia nekad untuk menambat hati Raymi Zikri dengan sikapnya yang boleh dikatakan manis dan bersopan-santun? Eh, ya ke aku tergolong dalam sikap begitu? Macam tak aje. gelaknya dalam hati.
            “Sally, bersiap sedia ya. Kejap lagi majlis tahlil nak selesai, Abang Ray nak kenalkan Sally pada nenek. Sally kena bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Nenek Abang Ray ni lain sikit orangnya.” Ujarnya dengan nafas tercungap-cungap.
            Lagi berapa minit bacaan tahlil menghampiri penamat, Raymi Zikri bertindak keluar dari rumah Puan Khadijah. Dia perlu membawa Salina berjumpa neneknya. Kesian gadis ini. Terpaksa duduk dalam keretanya selama setengah jam tanpa mempelawanya ke majlis yang dikatakan dari mula amat penting buat Dhia dan Muhd Razree.
Salina keluar dari kereta. Jubah dan selendang pemberian Raymi Zikri dibetulkan agar tampak kemas, kemudian dia memandang wajah lelaki itu yang agak mendung. Tidak seperti tadi. Ceria dan tergelak sahaja dengan telatahnya tadi.
            “Sally rasa takut pulak bila abang cakap macam tu. Nenek Abang Ray garang macam singa ke?”
Raymi Zikri mengelengkan kepala. “Tak adalah garang macam singa. Tapi dia cerewet sikit. Dia tak suka perempuan lain rapat dengan Abang Ray selain Kak Dhia. Jadi Sally kena tunjukkan pada nenek Abang Ray yang Sally lebih baik daripada Kak Dhia.”
“Siapa Kak Dhia, Abang Ray? Sally tak pernah dengar pun nama dia bila kita bersama.” Salina cemburu. Baru dia hendak memasang angan-angan untuk berkahwin dengan Raymi Zikri, ada pula yang memotong jalannya.
 Riak wajah Raymi Zikri berubah. Salahnya juga kerana menyebut nama Dhia didepan Salina. “Err…Pasal Kak Dhia tu, Sally tak payahlah tanya pasal dia. Bagi Abang Ray, Sally lagi cantik daripada Kak Dhia. Kita pergi sekarang ya.”pujuk Raymi Zikri. Malam ini dia mahu memperkenalkan Salina sebagai kekasih hatinya dihadapan semua tetamu yang hadir. Biar orang ramai tahu yang dia sudah ada kekasih yang lagi cantik dan hebat daripada Dhia.
“Sally takutlah, Abang Ray.” Hatinya sudah berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Sebentar lagi dia akan bertemu Puan Khadijah.
“Jangan takut, sayang. Abang Ray akan bersama Sally.” Diberi kata-kata semangat kepada Salina supaya rasa gemuruh gadis itu hilang.
            Salina menarik nafas dalam-dalam. Demi Abang Ray, aku sanggup berdepan dengan Puan Khadijah!

“Banyaknya makanan malam ni. Tak sabar Dhia nak makan!” Dhia jadi teruja apabila melihat makanan melayu yang telah tersedia diatas meja di dalam khemah yang Puan Khadijah sediakan untuk tetamu yang hadir pada malam ini. Tidak sangka Puan Khadijah menempah catering. Muhd Razree disisinya hanya ketawa kecil. Suka benar apabila melihat Dhia begitu teruja dengan makanan yang ditempah Puan Khadijah.
“Kita makan sekarang ya. Dhia nak apa? Abang Raz ambilkan.”
“Dhia nak hati Abang Raz boleh?” Dhia kenyit mata. Muhd Razree tersenyum lebar. Wah, dah pandai kenyit mata dengan dia sekarang ni. Boleh tahan juga Dhia ni. desisnya.
Muhd Razree menarik sedikit baju melayunya. “Nah, ambiklah hati Abang Raz. Abang Raz dengan rela hatinya memberi.”
Terlopong mulut Dhia dibuatnya. Merah mukanya menahan malu. Pantas dia menarik baju melayu lelaki itu. “Hesy, Abang Raz ni. Tak eloklah orang tengok. Malulah sikit.”
“Dhia yang nak hati Abang Raz. Abang Raz bagilah. Tak bagi karang merajuk.” Muhd Razree ketawa. Makin merah muka Dhia.
“Dahlah. Jangan cakap pasal tu. Dhia nak basuh tangan kejap. Abang Raz ambik aje lauk apa yang best. Kita duduk kat buaian okey?” Dhia mengenyit mata.
Muhd Razree mengangguk. Laju sahaja tangannnya menyenduk nasi dan lauk yang berada didepannya.
Sampai di dapur, Dhia segera memulas kepala paip. Air menderu keluar. Dhia terus menyisingkan sedikit lengan baju kurungnya. Selendang yang berada di atas kepala dililit ke lehernya.
Raymi Zikri yang masuk dari pintu belakang bersama Salina tergamam apabila melihat tingkah Dhia didepan singki. Penuh tekun dia memerhatikan tingkah Dhia didepan singki. Paling dia tidak sangka, Dhia mengangkat kakinya masuk ke dalam singki.
Dhia…Dhia. Tingkah kau memang selamba. Cuma sikap kau aje yang menyakitkan hati.desisnya dalam hati.
“Abang, tengoklah perempuan tu. Ada tandas kat belakang dia pun tapi tak nak guna. Nak juga angkat kaki dia masuk dalam singki tu. Sally tak pernah pun buat macam tu. Siapa yang jadi boyfriend dia, mesti malu sebab dapat perempuan macam perempuan tu.”
Raymi Zikri mula panas hati. Sedap-sedap aje minah ni kutuk orang. Dia tak sedar pulak tingkah dia yang manja itu membuatkan orang tidak senang. cemuhnya. Mahu sahaja dia menjerit pada Salina apa yang terbuku dihatinya namun disebabkan hubungan mereka baru bermula, dia bersabar sahaja.
“Sally pergi depan dulu, boleh tak? Abang Ray nak jumpa seseorang kejap.” Kali ini nadanya berubah serius. Mukanya juga berubah keruh.
Mulut Salina memuncung. “Ala, habis Dhia nak duduk dengan siapa? Dahlah Sally tak kenal siapa-siapa pun selain Abang Ray. Abang Ray jumpa orang tu bila kita nak baliklah ya? Sally takutlah sorang-sorang kat sini.”rengeknya.
Raymi Zikri mengeluh, Menyesal pulak dia membawa Salina malam ini. Patutnya dia datang seorang diri sahaja tadi.
“Abang Ray dah tunaikan permintaan Sally petang tadi jadi Abang Ray harap Sally pun ikut jugak permintaan Abang Ray. Abang Ray hanya nak satu aje dari Sally. Pergi duduk depan dulu. Kejap lagi Abang Ray datang.” Kali ini dia tidak akan mengalah dengan sikap manja Salina lagi.
“Err…Abang Ray macam marah Sally aje…” Wajah Salina muram.
Raymi Zikri mengeluh keras. “Abang Ray tak marah, Abang Ray cuma cakap aje.”
“Hurm, yalah. Tapi jangan lambat!”sedikit marah suara Salina sebelum dia berlalu dari situ dengan muka yang berkerut masa.
Raymi buat muka selamba sahaja. Marah Salina langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bertemu Dhia yang kini sedang khusyuk membasuh kakinya.
Perlahan-lahan Raymi Zikri mendekati Dhia sebelum dia bertindak menarik selendang yang berada di leher jinjang gadis itu dengan kasar tanpa menghiraukan perasaan gadis itu.
Terjelepok tubuh Dhia dibadan Raymi Zikri. Dhia terkedu sekaligus membulatkan mata. Ya Allah, dia ni lagi! Apa lagi yang Ray nak dari aku ni? Dhia merintih dalam hati.
Raymi Zikri mengenggam erat selendang itu. Senyuman jahat terukir dibibirnya. Peluang bersama Dhia ketika ini tidak akan dilepaskan.  Tanpa menunggu lagi, dia mengikat pinggang Dhia menggunakan selendang itu dan menarik Dhia rapat kepadanya.
“Ya Allah, apa yang kau buat ni Ray?!" Dhia mula gelabah. Dia mahu menjerit memanggil Muhd Razree namun hanya sia-sia. Raymi Zikri sudah menekup mulutnya.
“Aku nak kau manjakan aku sebagaimana kau manjakan Abang Raz tadi. Cepat!!" tempik Raymi Zikri ganas.
Sekali lagi mata Dhia membulat. Lelaki ni dah gila ke apa sampai nak suruh dimanjakan?
“Kau jangan mengarut boleh tak? Lepaskan aku, Ray. Lepaskan!!” Dhia menumbuk keras kedua-dua bahu Raymi Zikri tetapi lelaki itu tetap bersikap selamba. Semakin galak Raymi Zikri merapatkan tubuhnya sehingga nafasnya bagaikan tersekat.
Raymi Zikri menarik tubuh Dhia keluar dari pintu belakang dengan sedikit kasar. Mujur Muhd Razree dan Salina tiada disitu. Jika tidak pasti berlaku kekecohan.
Raymi Zikri menyandarkan Dhia di dinding konkrit setelah dia menutup pintu belakang. Tangannya melekap di dinding tersebut sambil anak matanya memandang wajah Dhia yang jelas kegelisahan.
“Kau tahu kenapa aku buat begini pada kau?” Turun naik nafasnya apabila bertembung mata dengan Dhia.
“Aku tak tahu dan aku tak nak tahu, Ray.”Air matanya menitis. “Tolonglah bukan selendang ni. Aku tak ganggu pun hidup kau semenjak kita putus sahabat.”
Raymi Zikri membuka selendang yang membaluti tubuh mereka berdua. “Aku akan lepaskan kau kalau kau jadi sahabat aku semula. Aku nak kita sambung semula persahabatan kita.Aku rindukan kenangan kita masa dulu.”Pengakuan penuh ikhlas akhirnya terluah juga dibibirnya.
Ikhlaskan lelaki ini? Patutkan aku menerimanya sebagai sahabat semula? Dhia memberanikan diri membalas anak mata Raymi yang tajam merenungnya.
“Err…aku…aku…”Kelu lidah Dhia untuk menjawab saat ini.
Hey, what’s going on here?!!”
Dhia terkedu menelan air liur. Abang Raz? Ya Allah, habislah aku!!





Isnin, 17 November 2014

BAB 14 (Tajuk? Biarlah Rahsia)


Minuman yang dihidangkan Salina tidak disentuh langsung apatah lagi mahu menghirupnya. Fikirannya menerawang memikirkan kata-kata Puan Khadijah. Serius ke nenek  nak melangsungkan majlis penting mereka berdua esok? Tapi kenapa hati aku tak suka majlis penting itu berlangsung?
Hati…kenapa kau buat aku begini? Raymi Zikri menghela nafas.
Malam esok, dia terpaksa kembali semula ke rumah Puan Khadijah kerana majlis penting itu. Sebenarnya dia malas nak pergi. Tapi mengingatkan kesihatan Puan Khadijah yang tidak menentu sekarang ini, nak tak nak dia terpaksalah pergi. Kalau tak pergi, memang sakit lagilah Puan Khadijah nanti.
Malam esok nak ajak siapa erk? Takkan nak ajak Zack kot? Kalau bawa dia, mesti nenek tak suka. Dahlah lelaki tu pakai selebet sangat.
Ajak Sally? Raymi Zikri berfikir sejenak. Bawa Salina jumpa Puan Khadijah? Boleh juga. Dapatlah dia memperkenalkan Salina sebagai kekasihnya.
“Abang Ray…”
Raymi Zikri seperti terkena renjatan elektrik apabila Salina memegang tangan kanannya. Pantas dia menarik tangannya dengan kasar. Hampir terjatuh cawan dihadapnya.
Salina tersentak. Serta-merta air mukanya berubah sedih. Mukanya ditundukkan. Sedikit berkecil hati dengan Raymi Zikri. Belum pernah Raymi Zikri mengasarinya.
“Sally, Abang Ray minta maaf. Abang Ray tak sengaja nak buat Sally macam tu. Abang tengah fikir sesuatu tadi.” Lemah suara Raymi Zikri. Dia mengengsot sedikit kerusinya dan mendekati Salina. Gadis itu perlu dipujuk.
“Tak pernah orang lain buat macam tu pada Sally. Semua yang rapat dengan Sally tak pernah berkasar pada Sally. Abang orang pertama yang buat Sally begini. Sally sedih tau.” Air matanya bergenang.
“Ala…ala….Abang Ray minta maaf ya. Abang dah kata tadi Abang Ray tengah fikirkan sesuatu. Sally janganlah menangis. Malu orang tengok tau. Kita ni kat depan awam. Bukannya dalam kereta. Kalau dalam kereta lainlah.” Raymi Zikri masih cuba memujuk Salina.
“Abang cakap senanglah. Yang kena Sally bukan abang!” Salina merengus dan memalingkan wajahnya.
Ya Allah…betul ke ini kekasih aku? Mengapa dia ni manja sangat? Dhia tak adalah manja macam dia ni. Raymi Zikri mula panas hati.
Ah, Dhia lagi. Ray, kau kata benci kat dia tapi kenapa kau tak henti-henti sebut nama dia? Raymi Zikri mengelengkan kepala. Seharusnya nama itu tidak disebut lagi. Nama Dhia perlu dibuang jauh-jauh dari hidupnya.
“Sally cakap aje apa yang Sally nak. Nanti abang tunaikan.”Itu sahaja yang terlintas difikirannya agar Salina tidak merajuk dengannya.
Ting! Terus Salina memandang wajah Raymi Zikri dengan muka teruja. Hah! Itu yang dia suka tentang Raymi Zikri. Kalau dia merajuk, mesti lelaki itu akan tunaikan permintaannya. Wah, bestnya dapat teman lelaki begini!!
Salina mengeluarkan kertas kecil dari poket seluarnya. “Sally nak abang transfer duit lima ribu kat akaun Sally lepas ni. Sally perlukan duit tu sangat-sangat.”
Raymi Zikri terkejut besar. “Banyaknya. Sally nak buat apa dengan duit tu?” Hampir semput nafasnya mendengar permintaan Salina.
“Zack kata abang kaya. Takkan lima ribu ringgit pun nak berkira?” Muncung bibirnya dengan pertanyaan Raymi Zikri.
Raymi Zikri terkejut lagi. Zack cakap aku kaya? Dia tu memandai aje! Puan Khadijah yang lebih kaya daripada dia. Dia apa yang ada? Nothing!
“Sally cakap dulu Sally nak buat apa dengan duit tu dulu. Baru abang bagi.”
Yes! Itu yang dia suka nak dengar. Salina buat muka minta simpati.
“Sally sebenarnya nak dermakan duit tu pada anak-anak yatim di Darul Kifayah. Sally kesian tengok mereka. Kehidupan mereka tak macam kehidupan Abang Ray. Dia orang hidup susah. Itu sebablah Sally minta Abang Ray transfer duit lima ribu tu kat akaun Sally.” Salina berterus terang.
Raymi Zikri tersenyum lebar. Prihatin juga kekasih dia ini. Bertuah dia memiliki Salina. Dalam manjanya gadis ini, terserlah sikap prihatinnya terhadap orang yang kurang bernasib baik.
“Beruntung Abang Ray dapat Sally. Kejap lagi Abang Ray bagi cheque pada Sally lapan ribu ringgit. Sally suka tak?” Akhirnya dia mengalah. Terpaksalah dia mengeluarkan sedikit simpannya. Tak mengapalah. Janji kebajikan anak-anak yatim itu terpelihara dengan wang yang diberikannya.
Laju Salina mengangguk dengan senyuman yang melebar sampai ke telinga. Siapa tak suka kalau dapat lapan ribu ringgit kan?
“Lepas Abang Ray bagi cheque pada Sally, kita pergi satu tempat nak?” Hilang bayangan Dhia dalam fikirannya. Timbul pula keinginannya untuk berjalan-jalan bersama Salina sepanjang hari ini.
“Pergi mana? Tapi tak boleh lama-lama tau. Sally ada kerja malam ni.” Salina perlu bersiap petang ini. Majikannya ada kerja penting untuknya malam ini. Jadi dia tidak boleh terlambat.
“Ala, kejap aje. Tak lama mana pun. Abang Ray nak bawa Sally pergi shopping!”
Makin bertambah teruja Salina mendengarnya. “Ini yang Sally sayang abang sangat-sangat ni!”
Raymi Zikri tersenyum nipis. Dia membawa Salina keluar membeli-belah bukan sekadar suka-suka tetapi ada perkara penting yang dia perlukan bantuan daripada gadis ini.

Kenyataan Puan Khadijah petang tadi membuatkan fikiran Dhia bercelaru. Sampai sekarang dia tidak keluar dari bilik memikirkan kata-kata wanita berusia itu. Hujung kakinya disentuh dengan berhati-hati. Kesan daripada terkena cawan kaca di bilik Raymi Zikri tadi membuatkan dia tidak dapat bergerak seperti biasa. Jalannya terjingkit-jingkit.
            Betul ke nenek nak buat majlis kahwin aku esok? Tapi kenapa Abang Raz tak bagi tahu apa-apa pun kat aku? Bukan ke dia terlalu sibuk dengan kerja? Lagi pulak, kalau esok mereka berdua kahwin, Abang Raz tu dah ambil ke kursus kahwin ke? Rasanya sekalipun dia tidak pernah mendengar dari mulut lelaki itu pasal kursus kahwin. Pasal nak kahwin cepat adalah.
            Bertubi-tubi soalan terlintas difikirannya sehinggakan dia naik jemu! Asyik soalan itu sahaja yang terfikir di benaknya.
            “Dhia, kamu okey ke?”tanya Puan Khadijah setelah pintu bilik diketuk. Dulang berisi jus orange dan semangkuk bubur yang dimasak oleh pembantu rumahnya ditatang lalu diletakkan ke atas meja solek bersebelahan katil Dhia.
            Dhia tersentak. Nenek! Pantas Dhia membetulkan kedudukannya sebelum matanya bertembung dengan anak mata wanita berusia itu.
            “Dhia okey aje. Hurm… Susah-susah nenek aje bawa makanan untuk Dhia.” Dhia cuba berdiplomasi pada Puan Khadijah walaupun hakikatnya dia tiada selera untuk menjamah makanan pada waktu ini. Pandang wajah wanita itu pun dia tidak mahu saat ini.
            Kerana Puan Khadijah, fikirannya runsing. Patutlah Muhd Razree tidak mahu menetap di rumah ini lagi. Suka buat fikiran orang bercelaru!
            “Tak apa. Nenek tengok Dhia tak keluar bilik lepas Ray balik, itu yang nenek bawakan makanan untuk kamu. Kaki Dhia dah okey? Tadi nenek tengok banyak darah kat lantai bilik Ray.” Puan Khadijah melihat hujung kaki Dhia yang ditampal plaster. Mujur tidak ada apa-apa. Kalau tidak risau hatinya.
            “Tak seteruk macam tadi. Dah baik sikit. Cuma jalan kena jingkit-jingkit sikit.”
            “Nak nenek telefon doktor peribadi nenek? Boleh dia betulkan kaki Dhia.” Risau diwajah Puan Khadijah makin ketara.
            Dhia hanya senyum nipis. “Tak payah susah-susah, nek. Kaki Dhia bukannya kritikal pun sampai nak kena panggil doktor. Insyallah dalam masa dua hari lagi kaki ni boleh jalan macam biasa.” Dhia terdiam seketika sebelum meneruskan bicara. “Err…nenek, pasal tadi tu…nenek betul-betul dan nekad ke nak buat esok?” Teragak-agak dia menyoal.
            Puan Khadijah bangun dari katil Dhia dan mengadap gadis itu. Keluhan panjang dilepaskan. “Nenek dah nekad, Dhia. Majlis tu tetap akan berlangsung esok!”
            “Tapi majlis apa nek? Dari tadi Dhia terfikir majlis apa yang penting sangat untuk Dhia dan Abang Raz sampai tak boleh buat hari lain? Kalau nenek nak nikahkan kami berdua esok, Dhia rasa tak mungkin sebab Abang Raz tak pergi lagi kursus kahwin. Dhia tak apalah sebab dah pernah kahwin sebelum ni.” Dihujung ayatnya, suaranya berubah perlahan.
            “Mana kamu tahu Raz tak pergi kursus kahwin? Dia dah pergi tau. Sebelum kamu bercinta dengan dia lagi.” Terpaksa Puan Khadijah mereka cerita. Raz nak pergi kursus kahwin? Memang taklah! Asyik keluar pergi luar daerah aje. Manalah sempat nak buat semua itu.
            Puan Khadijah terpaksa menipu Dhia. Dia tidak mahu rancangannya rosak untuk majlis esok. Hanya majlis esok yang akan memulihkan semula hubungan Raymi Zikri dan Dhia.
            Wajah Dhia berubah muram. Maknanya betullah esok majlis kahwin mereka!
            Tapi mengapa keceriaan diwajahnya tidak terserlah seperti mana cerianya dia ketika bersama Imran dahulu?
            Adakah dia tidak ikhlas dengan perkahwinan kali ini?

Malam keesokannya, Dhia diberikan baju kurung moden lace berwarna pink. Kali ini warnanya lebih ceria berbanding baju kurung peplumnya semalam dan membuatkan dia kelihatan seperti anak muda belasan tahun. Pandai Puan Khadijah memilih baju ini.
            Walaupun pakaian itu cantik untuknya namun dia rasa ada seperti yang tidak kena pada dirinya. Tapi apa ya?
            Dhia berdiri dihadapan cermin dan menyolek sedikit wajahnya agar tidak pucat. Malam ini malam yang penting untuknya dan Muhd Razree jadi dia mahu berpenampilan menarik di hadapan tetamu yang hadir.
            “Amira, saya rasa macam ada yang tak kenalah bila pakai baju ni. Awak rasa apa ya?”soal Dhia. Dia tahu Amira ada di tepi almarinya. Memerhatikan dia sedang buat apa. Jadi dia tidak perlu memaling ke belakang.
            “Sayang kena pakai tudung…Itu sebab tak selesa.”
            Bisikkan suara ditelinganya mengejutkan Dhia. Ray! Apa dia buat dalam bilik ni? Jantung Dhia berdegup laju. Lajunya dengupan jantungnya seperti racing car di Litar Sepang. Matanya mencari-cari kelibat Amira disekeliling biliknya. Tapi tiada. Aduhai, apa mamat ni buat kat dalam bilik aku ni? Dia ni tak ada adab sopan langsung. Main masuk aje bilik orang!
            “Terkejut kan aku masuk bilik kau?” Raymi Zikri tersenyum mengejek. Kemudian dia memandang Dhia dari kepala ke hujung kaki gadis itu. “Hurm…not bad penampilan kau hari ni. Cantik. Baru sepadan dengan Abang Raz masa akad nikah kejap lagi.”
            “Apa tujuan kau datang bilik aku masa aku tengah bersiap?”
            “Laa…cool lah beb. Aku datang nak tengok orang yang aku sayang secara dekat. Takkan itu pun tak boleh kot? Ini pun aku masuk senyap-senyap tanpa pengetahuan nenek. Kalau tak, mesti dia marah aku masuk bilik kau.”
            Raymi Zikri datang ke sini bukan melalui dari pintu utama rumah sebaliknya dia menyelinap masuk dari pintu belakang yang disediakan khas untuk pembantu rumah nenek. Dapatlah dia berjumpa Dhia secara senyap-senyap. Salina yang berada didalam keretanya dibiarkan keseorangan buat seketika. Selepas ini dia akan membawa gadis itu berjumpa Puan Khadijah. Dia mahu memperkenalkan Salina sebagai cinta hatinya.
            Tersentuh hati Dhia mendengarnya. Dia mengadap cermin soleknya semula. Nafasnya turun naik saat ini. “Aku bukan yang kau sayang lagi, Ray. Lebih baik kau keluar dari bilik aku. Aku tak nak rosakkan mood aku dengan melihat muka kau didepan aku.” Dhia cuba menguatkan semangat walaupun dia rasa hatinya rapuh.
            “Aku datang sini untuk ucapkan tahniah pada kau. Itu niat aku datang jumpa kau depan-depan. Dan aku harap kau akan berbahagia dengan Abang Raz lepas kahwin nanti.” Kendur suaranya melafazkan kata-kata itu.
            Dhia berdiri kaku dihadapan cermin. Tidak percaya Raymi Zikri akan mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Adakah lelaki itu telah memaafkan dirinya dan ingin menjalinkan semula persahabatan yang telah terputus dalam beberapa hari ini?
“Terima kasih sebab mendoakan kebahagiaan aku.Aku harap kau dan err...Salina jugak akan bahagia. Hingga ke jannah.” Tersekat-sekat nafasnya menjawab kata-kata Raymi Zikri.
Raymi Zikri mendekati Dhia lalu dibisikkan sesuatu ke telinga gadis manis itu. Makin berdegup kencang jantung Dhia dibuatnya.Matanya terpejam rapat.
“Semestinya aku akan bahagia dengan Salina. Oh ya, aku datang sini bukan semata-mata nak ucapkan tahniah sahaja tapi aku harap sesuatu daripada kau lepas majlis penting itu berlangsung.”
“Apa dia?”Terketar-ketar Dhia menjawab.Matanya masih lagi terpejam erat.
“Cepat-cepat tinggalkan rumah ini dengan Abang Raz. Aku benci tengok muka kau.”
Luluh hati Dhia mendengarnya. Lantas selendang pemberian Raymi Zikri yang berada di kepalanya dicampak ke lantai.
“Kau keluar sekarang. Keluar!!” Dhia menolak tubuh Raymi Zikri yang tersenyum sinis kearahnya. Tolakan itu sudah biasa buatnya. Biarlah kali ini dua beralah.
“Okey, aku keluar. Jangan lupa tau apa yang aku cakapkan tadi. Harap-harap majlis ni cepatlah habis erk? Tak sabar aku nak tengok kau keluar dari rumah ini.” Raymi Zikri melambai dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.
“Argh!!” Dhia memekik.
Puan Khadijah yang baru hendak naik ke tangga bilik Dhia tersentak apabila mendengar suara jeritan gadis itu yang agak nyaring. Bergegas dia masuk ke bilik dan mendekati Dhia yang berwajah muram. Ya Allah, kenapa dengan Dhia ni? Dia mula cemas.
“Dhia sayang, kenapa menjerit ni?”
Dhia menarik nafas. Dia mengelengkan kepala sebagai tanda tiada apa-apa yang berlaku. “Nothing to worried, nenek. Dhia saja menjerit sebab Dhia tak sabar sangat nak kahwin dengan Abang Raz.”
Puan Khadijah menarik nafas lega. Ingatkan Dhia menjerit sebab tertekan. “Mari, kita turun bawah. Majlis dah nak mula ni.” Senyuman Dhia mati apabila Puan Khadijah berkata begitu.
“Dah nak mula ke, nek?” Dhia bangun dari katil dan memegang tangan Puan Khadijah. “Dhia rasa macam hari ini bukan majlis kahwin Dhia dan Abang Raz. Nenek cuba tengok ni. Baju yang Dhia pakai simple aje. Make-up pun tak macam pengantin.”
“Siapa cakap majlis malam ni majlis kahwin Dhia? Nenek rasa nenek tak cakap majlis kahwin pun.”
Dhia tersentak. Berubah riak wajahnya. Kalau bukan majlis kahwin, majlis apa? Dhia mula berasa tidak sedap hati.
“Err…maksud nenek malam ini bukan majlis nikah kami berdua? Habis tu majlis apa?”
“Kamu turun aje bawah dulu. Nanti kamu tahulah majlis apa.” Puan Khadijah tersenyum lebar. Dia memetik jarinya. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik Dhia dengan lengkap berbaju melayu.
Bertambah terkejut Dhia dibuatnya. Abang Raz?
“Abang Raz…” Dhia tergamam melihat penampilan lelaki itu. Sungguh kacak dan maskulin sehingga mulutnya terlopong besar kerana berasa kagum.
Muhd Razree mengambil selendang yang terbiar di atas lantai lalu dipakaikan diatas kepala Dhia. Terkedu Dhia dibuatnya.
“Mari kita turun bawah bersama. Majlis nak dekat mula tu. Abang tak nak majlis ni berakhir sampai lewat tengah malam.”Muhd Razree cuba meriuhkan suasana.
Dhia tergelak kecil sekaligus dia merenung anak mata Muhd Razree. Lelaki ini sungguh tenang dalam apa jua keadaan.
‘Terima kasih Abang Raz sebab sudi ceriakan malam ku.” katanya dalam hati.