Isnin, 25 November 2013

BAB 6 JANGAN TINGGALKAN AKU


Khuzairi muncul di rumah Kyra seawal jam lapan pagi. Pada asalnya, dia mahu bergerak terus ke pejabat untuk menandatangani Purchase Order yang diberikan pelanggan namun apabila dia perasan kawasan rumah Kyra tidak jauh dari pejabatnya, ada baiknya dia pergi ke rumah bekas isterinya itu.
Sejak kehadiran Kyra di pejabatnya semalam, fikirannya tidak putus-putus mengingatkan tentang perubahan yang mendadak pada tubuh badan Kyra. Bekas isterinya itu kelihatan sangat cantik sehingga dia teringin untuk melihat wajah Kyra berkali-kali.
            Kyra yang baru hendak mengemas ruang tamu agak terkejut dengan kehadiran Khuzairi di luar rumahnya. Apa lagi lelaki itu mahukan darinya pun dia tidak tahu. Rasanya tidak ada lagi masalah di antara mereka berdua.
            “ Awak buat apa kat sini? Kita kan dah tak ada apa-apa hubungan.”soal Kyra sambil berpeluk tubuh di muka pintu. Suaranya acuh tak acuh sahaja.
            Tanpa menjawab soalan Kyra, Khuzairi tiba-tiba melutut didepannya. Kyra jadi tidak tentu arah. “ Awak ni dah kenapa? Nak bercakap pun nak kena melutut ke?”
            “ Aku melutut kat depan kau ni sebab nak aku nak kau balik kat pangkuan aku.” Ucap Khuzairi dengan terus-terang. Biarlah seluar slacknya di bahagian lutut kotor akibat melutut terlalu lama. Dia tidak kesah. Janji apa yang diinginkan daripada Kyra tertunai juga.
            Kyra mencebik. Nak melamar pun cakap kau aku lagi? Tak ada gaya melamar langsung! “ Encik Khuzairi, daripada awak melutut kat depan saya ni, baik awak melutut kat depan sejadah lagi bagus. Dapat pahala!” terkedu Khuzairi mendengarnya. Wah, sejak Kyra dah kembali kurus, bekas isterinya ini makin bijak berkata-kata sehingga lidahnya kelu untuk meneruskan kata.
            “ Aku serius nak melamar kau balik, Kyra. Pulanglah pada aku semula…”
“ Dah terdesak sangat ke awak nak kembali pada saya semula?” tanya Kyra selamba.
“ Aku memang terdesak nakkan kau balik. Tolonglah Kyra, kembali semula pada aku.” rayu Khuzairi tanpa henti. Wajah Kyra dipandang sayang.
Kyra rasa geli hati. Sanggup lelaki itu melutut di depan pintu rumahnya semata-mata mahu dia kembali semula ke pangkuannya. Oh, please! Dah cakap aku pembunuh masa kat Makhamah Syariah dulu, nak kembali pada aku? bisik Kyra dalam hati.
“ Encik Khuzairi, awak ni dah macam orang gila talak. Tapi maaflah, saya tak berminat nak bersama dengan awak semula. Bila saya dah jadi kurus ni, saya rasa ada baiknya saya cari lelaki yang lebih hensem daripada awak. Maaflah ya.” Kyra tergelak kecil.
Khuzairi menjadi gelisah. Kyra mahu mencari lelaki yang lebih hensem daripadanya? Oh, no! Dia tidak sanggup membiarkan Kyra berdampingan dengan lelaki lain. “ Tak ada peluang ke kita nak bersama semula? Abang betul-betul menyesal sebab ceraikan sayang tiga bulan yang lepas. Abang janji abang takkan sia-siakan Kyra semula.”
Kyra tiba-tiba ketawa kuat. Bagi Kyra, ayat yang dilontarkan Khuzairi semuanya bohong belaka! Abang? Sayang? Huh, nak pujuk baru cakap abang, sayang? “ Oh, kalau saya jadi ‘beruang’ macam dulu, awak sanggup terima saya balik?”
“ Sayang sanggup ke gemukkan badan balik? Abang lagi suka sayang yang sekarang ni. Kurus, cantik, menawan.”puji Khuairi melambung-lambung.
Kyra dah agak dah! Khuzairi nakkan dia balik sebab dia cantik saja. Jangan haraplah aku nak bersama dia balik. Jangan harap! Kyra nekad dengan keputusannya. Biarpun beribu kali Khuzairi mengungkapkan kata cinta ataupun merayu kepadanya untuk bersama semula, dia tidak akan sekali-kali tunduk dengan Khuzairi. Tidak sekali-kali!
“ Maaflah Encik Khuzairi. Untuk pengetahuan awak, hati saya dah betul-betul dah tak boleh nak terima awak masuk dalam hidup saya balik. Awak carilah gadis atau janda yang lebih cantik daripada saya. You’re not my taste. Bye!” Tanpa menghiraukan riak wajah Khuzairi yang sudah berubah kelat, Kyra menutup pintu rumahnya.
Khuzairi bangun dengan perasaan sebal. Kyra betul-betul tidak mempunyai perasaan terhadapnya lagi. Ah, cara apa lagi yang mampu aku buat untuk dapatkan dia balik? gumamnya dalam hati. Kakinya mula mengorak langkah menuju ke kereta Camrynya. Sampai di pintu kereta, Khuzairi sempat memandang keseluruhan rumah Kyra.
Kyra, aku akan dapatkan kau balik. Itu janji aku!
****
Despatch yang diarahkan Kyra untuk memberikan bekal kepada Khuzairi masuk semula ke bilik majikannya itu tanpa disedari Khuzairi yang duduk dimejanya. Waktu itu Khuzairi sedang sibuk meneliti email di computer MACnya.
“ Bos, ada kad jemputan untuk bos.” Despatch itu memulakan kata.
“ Kau lagi?!” Khuzairi mengangkat muka sambil mengigit bibir. Tajam renunganya pada pekerjanya itu.
Despatch itu kelihatan teragak-agak.“ Sorry lah bos. Saya sebagai despatch cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai pekerja saja. Ini kad jemputan untuk bos.  Syarikat Slim World yang bagi.”
Khuzairi lega. Ingatkan pekerjanya itu diarahkan Kyra untuk mengenakannya seperti semalam. “ Aku tahu kau ada kaitan dengan perempuan tu, kau siap kau! Gaji kau aku potong lagi.” ugut Khuzairi.
Despatch itu rasa takut. “ Tak naklah, bos. Saya ni bukannya berduit. Ibu bapa saya kat kampung perlukan duit. Saya janji lepas ni saya tak ada kaitan dengan perempuan cantik tu lagi.” Bersungguh-sungguh despatch itu berkata-kata. Tapi dalam diam, dia tetap ikut arahan Kyra. Perempuan cantik itu telah memberikannya sedikit duit setelah gajinya dipotong semalam.
“ Perempuan cantik? Sempat lagi ya kau kata dia cantik? Hesy!” cemburu Khuzairi meluap-luap. Mana mungkin dia mahu membiarkan Kyra disukai lelaki lain. Tak boleh, tak boleh!
“ Okey, okey. Saya takkan ada kaitan dengan dia lagi. Bos ambil aje surat jemputan ni. Saya keluar dulu.” Despatch itu tidak mahu menyambung bicara dengan majikannya lagi. Dia takut tersalah kata kena potong gaji lagi!
Khuzairi mengambil kad itu dengan kasar ditangan lelaki itu. Seketika dia mula membelek-belek surat jemputan yang berwarna biru gelap itu dengan tanda tanya.
Dengan segala hormatnya, kami menjemput
Encik Muhd Khuzairi Ahmad
Ke majlis Annual Gala Dinner Syarikat kami
Pada tarikh : 25 November 2014
“ Annual Gala Dinner? Untuk aku?” Khuzairi mula berasa pelik. Rasanya ini kali pertama dia mendapat jemputan seperti ini. Sebelum ini dia hanya duduk di rumah sahaja.
“ Pergi ajelah. Hmm…” Khuzairi kembali meneruskan kerjanya seperti biasa. Kad jemputan itu dilupakan buat seketika. Apa yang penting hanyalah kerjanya. Esok baru majlis itu akan berlangsung. Bukannya hari ini.
***
Kyra datang ke Slim World untuk mengesahkan kehadirannya setelah berapa jam Khuzairi keluar dari rumahnya pagi tadi. Kyra tidak sangka setelah tiga bulan menjadi kurus dan langsing, dirinya ditawarkan dari bahagian pengurusan Slim World untuk menjadi salah seorang duta Slim World yang baru. Memang agak mengejutkan dirinya namun dia tahu itu satu kelebihan buatnya untuk menceritakan pengalamannya semasa dia gemuk dulu.
“ Assalamualaikum, selamat pagi. Saya Kyra. Chairman Slim World nak saya bertemu dengan pengurus awak. Dia kat mana sekarang?” soal Kyra kepada receptionist yang berada di kaunter pertanyaan ketika dia sampai di depan lobi utama.
Receptionist itu bangun ketika Kyra bertanya. “Oh, Cik Kyra. Pengurus saya,    Encik Abdul Fatah dah lama menanti Cik kat dalam bilik dia. Mari ikut saya.” pelawa receptionist itu dengan hormatnya.
Kyra tersenyum nipis. Dia ikut sahaja receptionist itu dari belakang. Pengurus Slim World lelaki? Mak oii, tak sangka ada juga pekerja Slim World yang berjantina lelaki. Ingatkan semua pekerja pusat kuruskan badan perempuan sahaja. bisik hatinya.
“ Silakan masuk, Cik Kyra.” Pelawa receptionist itu sekali lagi. Pintu bilik Encik Fatah dibuka seluasnya. Kyra teragak-agak untuk mengangguk sebelum masuk ke dalam bilik pengurus Slim World. Dia senyum nipis sahaja. Bukan dia tidak mahu untuk senyum terlebih hari ini tapi dia rasa debaran jantungnya sedikit lain macam sebelum masuk ke dalam bilik lelaki itu. Entahlah, dia pun tak tahu kenapa berdebar sangat jantung ni.
Kyra berdiri tegak didepan lelaki itu yang sedang merenung ke luar jendela biliknya. Lelaki itu tidak memandangnya langsung.
Aduh, Kyra. Kau kenapa ni? Janganlah gelabah sangat! bisik seseorang yang tidak dikenalinya. Betul juga. Aku ni kenapalah rasa gelabah semacam. Macam tak pernah jumpa lelaki. Katanya dalam hati. Debaran di dada cuba ditenangkan semula.
“ Err… Encik Fatah. Saya Kyra. Chairman Slim World suruh saya datang jumpa Encik pagi ni.” sebagai duta Slim World yang baru, dia kenalah menunjukkan sikap yang baik.
Lelaki itu diam tidak berkutik. Sedikit pun lelaki itu tidak teringin untuk menoleh ke belakang. Masih lagi merenung ke luar jendela. Kyra mengigit bibir.
Apahal dengan mamat ni? Orang panggil buat derkk aje. Eii… kalau aku ada kawan macam ni, memang tak pasal-pasal aku luku kepala dia bagi bengkak. Sabar sajalah wahai hati.
Kyra dengan selambanya berjalan mendekati lelaki itu. Biarlah lelaki itu nak marah ke apa ke. Dia cakap baik-baik, tingkap tu juga yang dia pandang. Hmm… tingkap, tingkap. Kenapalah kau wujud dalam bilik ni. gumam Kyra.
“ Assalamualaikum!” suara Kyra sedikit tinggi. Mengejutkan Abdul Fatah yang sedang mengelamun di luar jendela.
“ Siapa suruh awak berdiri kat sebelah saya? Tepi!” tidak pasal-pasal Abdul Fatah menolak tubuh Kyra dengan sedikit kasar. Hampir tersembam Kyra di kerusi Highback milik lelaki itu.
Kurang ajar punya lelaki! Tak ada adab langsung! omel Kyra dalam hati.
Kyra mengemaskan bajunya yang agak berkedut di bahagian pinggang, kemudian matanya merenung tajam lelaki itu yang tidak sedikit pun memandang kearahnya.
“ Encik Fatah ni tak ada adab ke? Saya bagi salam pun tak nak jawab. Entah apa yang best sangat pandang tingkap pun saya tak tahulah. Bukannya ada perempuan cantik kat luar pun. Saya ni lagi cantik daripada tingkap tu tau.” Marah Kyra bertalu-talu. Bengang betul kalau ada orang tak endahkan kata-katanya.
You better watch you mouth, Cik Kyra!” Abdul Fatah menengking Kyra. Kyra terkaku didepan meja lelaki itu.
“ Apasal pulak? Mulut saya, saya punya sukalah.”marah Kyra lagi. Tidak mahu mengaku kalah.
“ Huh, aku benci perempuan bercakap banyak. Patutnya chairman tak ambil kau sebagai ambassador syarikat ni.” panas hati Abdul Fatah mendengar jawapan Kyra.
Wah, dia ni macam Khuzairi lah pulak! Apa yang lelaki ini cakapkan, mengingatkan dia pada Khuzairi. Sama-sama mulut laser. “ Awak sesedap rasa aje cakap saya ni tak layak. Awak tu, layak ke kerja kat sini sebagai pengurus? Dahlah badan macam beruang. Muka serius aje. Macam manalah chairman boleh ambil awak sebagai pengurus? Ish, ish.” Kyra geleng kepala. Memang patut pun lelaki ni kena sound sedas dengan dia.
Jika diteliti penampilan Abdul Fatah, Kyra merasakan tubuh badan lelaki ini sepertinya tiga bulan yang lepas cuma lelaki ini lebih tinggi daripadanya.
Abdul Fatah berang. Seumur hidupnya, tidak pernah seorang pun menegur tentang tubuh badannya. Inilah kali pertama tubuh badannya ditegur seorang perempuan.
“ Aku gemuk ke aku muka serius ke, itu bukan masalah kau!” tegang wajah Abdul Fatah. Marahnya meruap-ruap sehingga dia rasakan mahu menjerit pada dunia yang dia memang tertekan dengan perempuan dihadapannya ini.
Kyra meneguk air liurnya. Kenapalah aku mesti bertemu dengan pengurus berwajah serius ini? Kenapa?!!
“ Sudahlah, Encik Abdul Fatah. Masa untuk berbual dah tamat. Saya rimaslah berdiri kat sini dengan orang yang berwajah serius macam Encik ni. Anyway, sebelum saya keluar ni, tolonglah cari kerja lain, yang boleh buat wajah awak tu sentiasa tersenyum dengan orang ramai. Dahlah, tak nak cakap banyak. Tata.” Kyra menjeling lelaki itu dengan tajam sebelum dia melangkah penuh yakin keluar dari bilik lelaki itu.
Abdul Fatah didalam bilik sudah menghentak meja dengan kuat. Berdentum bunyinya sehingga receptionist di kaunter pertanyaan dapat mendengarnya walaupun dari jarak jauh.
Kyra mencebik setelah dia menutup pintu bilik lelaki itu. Dia mengerling sekilas ke belakang. Bunyi hentakan meja dapat didengarinya dengan jelas. Marahlah tu!

Lantaklah lelaki tu nak hempas kerusi ke nak hentak meja ke, itu dia punya pasal. Ada aku kesah? kata Kyra dengan suara yang cukup perlahan. Seraya itu, dia keluar dari pejabat Slim World dengan hati yang puas.
Tak sabarnya nak melaram malam esok!


**ALHAMDULILAH...akhirnya siap juga en3 JANGAN TINGGALKAN AKU... sorry ya klao citer kli ni biasa2 aje. Eya buat yg termampu aje. Tak semua akan suka karya kita kan?
** Teruskan membaca karya2 Eya ya...
Pada sesiapa yang ingin mengenali eya lebih dekat, add lah eya di Facebook : Nur Daeya. Insyallah eya akan approved dengan hati yang terbuka. 

7 ulasan:

Unknown berkata...

erm, eya.... tertanya2 adakah fattah hero cite ni? nyampah kucai tu. muka tak tahu malu.

Tanpa Nama berkata...

hehe...
semestinya fatah adalah hero citer ni? nk k eya buat daun kucai? klao nak, eya buat aje...haha

Nana Mohd Yasin berkata...

best

Tanpa Nama berkata...

tqvm kak nana syg...wlaupn komen mu sikit, tp ttp terbaik pd eya ;)

Unknown berkata...

fatah hero...mesti kucai parahhhhhh..tp kan...fatah xmo kurus ke..dh ler pengurus slim world..hehee

Tanpa Nama berkata...

insyallah fatah akn jd heri zam...dan insyallah juga fatah akan kurus melidi mcm kyra...hahaha

Tanpa Nama berkata...

hi sis eya....akk dh bc dr awal hingga bab 6 ni, tp tertanya2 lah kyra ni tak bekerja ke???? - jumay jue