Suasana
di dalam kereta terasa sunyi dan sepi.Sepatah perkataan pun tidak muncul di
bibir Dhia apatah lagi Rayyan yang sedang fokus memandu.Masing-masing melayani
perasaan sendiri.Rayyan mengerling kearah Dhia yang nampaknya lebih gemar
memandang ke luar tingkap.Rasa simpatinya melimpah ruah.
Dia tahu Dhia cuba menyembunyikan segala lara dan duka dihatinya sendirian.
Timbul
di benak Rayyan untuk memulakan perbualan kerana dia bagaikan cacing
kepanasan.Dia tahu Dhiya memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah dan
kesedihannya.Dia mengerti luka yang sedang merebak rakus dlm hati Dhia ketika
ini.
“Dhia,
aku faham perasaan kau.Sabarlah. Aku pun tak sangka semua ni boleh berlaku
dengan sekelip mata. Maafkan aku.Gara-gara aku, kau diceraikan.Tapi, kau kena
tahu, ini bukan salah kita.Ini salah suami kau tu, memang tak berhati perut
betul. Kau fikirkan apa ni? Rungsing aku tengok kau macam ni?” Soalnya, ingin
tahu.
Lamunan
Dhia di cermin tingkap terhenti.Rasa bersalah muncul di hatinya.Memang agak
lama dia mendiamkan diri tanpa bercakap sepatah perkataan pun.Bukan bosan
kerana tiada perkara yang perlu dibualkan, tetapi fikirannya masih lagi
mengingati kejadian dia diceraikan secara tiba-tiba oleh bekas suaminya.Jiwanya
rasa kosong.
“Eh,
nothing, aku cuma fikir bila aku sampai rumah ibu nanti, apa yang aku nak cakap
dengan ibu aku bila dia tahu aku baru aje kena cerai dengan Muzaffar, aku
takut aku yang akan disalahkan,”jawabnya dengan tergagap-gagap.
Jangan
nak tipu aku ler....”Rayyan tersenyum sinis.Dari nada sahabatnya yang
tergagap-gagap itu dia dah boleh tahu jawapan yang terkeluar dari mulut Dhia
betul ataupun satu perbohongan.Dipandang sekali lagi wajah sahabatnya yang
duduk menegak disebelahnya.
Kini
mereka berhenti di lampu isyarat.Dhia rasa pembohongannya dapat dihidu oleh
sahabatnya.Lantas dia menjawab dengan setenang yang mungkin supaya sahabatnya
mempercayai setiap kata-katanya.
“Betul
lah. Kau ni, aku serabut sekarang ni. Tolong, bagi aku pujuk hati aku ni.
Sudahlah.. Bawa ajelah kereta tu. Lampu dah tukar hijau tu. Jangan banyak
cakap, boleh?”arahnya dengan mata yang membulat.
“Pandai
ya tukar topik.Aku tahu apa yang kau fikirkan. Aku kenal kau bukan sehari
dua,”jawab Rayyan sambil menekal pedal kereta. Ingat dia tidak tahu apa
yang sahabatnya fikirkan?
******
Dhia memalingkan kepalanya ke sisi, cuba menyembunyikan
wajahnya dari ditatap oleh Rayyan yang sedang memandu kereta. Airmata turun
bagaikan hujan.Dia tidak mahu Rayyan melihatnya menangis.Dia malu, malu pada
lelaki itu.Tidak pasal-pasal lelaki ini dikaitkan dengan masalah
peribadinya.Namun hatinya benar-benar sudah lemah.Tidak disangka, dia sudah bergelar
janda.Bagaikan tidak percaya yang Muzaffar tergamak menuduhnya sedemikian rupa
dan menjatuhkan hukuman dengan begitu kejam. Ya Allah, kuatkanlah hatiku...
"Dhia, kau menangis? Sudah tu, tak guna nak tangisi
lelaki tak guna tu! Memang dasar lelaki dayus! Bodoh! Tergamak dia buat kau mcm
ni!" kata Rayyan dengan penuh amarah.
“Aku
rasa takutlah Ray.”Dhia meluahkan rasa bimbangannya. Bukan apa, dia takut
ibunya akan memarahinya disebabkan penceraiannya dengan Muzaffar.
“Kau
takut ibu kau akan marah kau bila dia dapat tahu yang kau kena cerai dengan
Muzaffar, begitu?”selamba sahaja Rayyan menyoal.
Dhia
mengangguk.Wajahnya suram ketika ini.
“Ala,
kau buat relax aje. Lagipun kau bukan orang yang bersalah dalam hal ni. Si Muz
tu aje yang fikir bukan-bukan.”
“Tak
patut Muzaffar buat macam ni kat aku.”Dhia mengeluh.
“Memang
tak patut pun! Sepatutnya Muz kena faham, kau pergi seminar sebab kerja.
Bukan nak membuat maksiat. Takkan dia tak faham lagi kot tugas kau sebagai
coordinator?Rayyan meluahkan juga ketidakpuashatinya. Tangannya memukul stereng
kereta. Memang dia marah apabila Muzaffar mengungkapkan perkataan cerai
pada sahabatnya.
“Mungkin
jodoh aku dengan dia memang Allah dah tetapkan sampai hari ini aje.Aku pasrah.
“Kau
ni asyik pasrah, pasrah, pasrah! Aku tak suka kau sebut perkataan tu.”jelas
Rayyan dengan nada marah. Dia rasa Dhia terlalu lembut hati.Apa yang Muzaffar
katakan, sahabatnya dengan senang hati menurut perintah. Dia tidak suka dengan
sikap Dhia sebegitu.Dia mahukan sahabatnya yang aktif dan pandai berkata-kata
seperti di alam universiti dulu.
“Ray,
kau marah ke?”Dhia memandang Rayyan yang sedang menarik nafas sambil memegang
stereng kereta.
“Memang
aku marah.Kau bukan Dhia yang aku kenal dulu.”Rayyan membalas pandangan
sahabatnya.
Dhia
menundukkan mukanya.Memang benar kata sahabatnya,dirinya memang sudah berubah.
Dulu, dialah perempuan yang ceria dan berani meluahkan kata-kata.Tapi selepas
berkahwin, keberanian itu hanya dipendam sahaja.
“Dah,
tak payah cakap apa-apa lagi sekarang ni. Lagi 200 meter kita nak sampai rumah
ibu kau. Fikirkanapa yang patut kau cakap dengan ibu kau.Nanti tak pasal-pasal
kau menangis kena marah lagi.”sambung Rayyan lagi.Dia membelokkan keretanya
masuk ke perkarangan kampung Malaysia Tambahan.
Dhia
tersenyum nipis.Apa yang perlu aku cakap ya?
**********
Akhirnya
tiba juga mereka di rumah teres dua tingkat berwarna coklat kepunyaan Puan
Suria.Tangan Dhia mula seram sejuk.Tanpa pamit, Dhia keluar dulu dari Rayyan
yang masih berada didalam kereta.Direnung keseluruhan rumah itu yang sudah lama
tidak dijejaki dihadapan kereta Rayya.Rasa rindu pula pada ibu tersayang.
Rayyan
yang berada didalam kereta hanya tersenyum sendiri memerhatikan Dhia yang leka
memandang rumah Puan Suria.
Kunci
kereta dikeluarkan .Pintu bonet ditekan punatnya di sebelah kunci kereta
berlabuh.Bagasi Dhia perlu dibawa keluar dari keretanya. Sebentar lagi dia akan
pulang ke rumahnya. Bertemu dengan abang dan neneknya.
Dhia
menekan bell ring ditepi pagar
berulang kali sambil memberi salam. Berharap ibunya akan muncul dan membuka
pagar ini. Namun hampa.Ibunya tidak juga keluar menyambutnya. Ditarik nafas
perlahan lalu diucapkan salam.
“Assalamualaikum!”jeritnya
dari luar. Mana pulak ibu aku ni?bisiknya dalam hati. Takkan pergi keluar kot?
Setahu Dhia, ibunya jarang keluar. Kalau keluar pun, ke kedai Pak Din
sahaja.Itu pun tidaklah jauh mana.
Tiba-tiba,
pintu depan rumah ibunya terbuka. Hah, ibunya!Matanya membulat.
Siapa?Mata
Puan Suria dikecilkan.Cermin matanya tertinggal di dalam bilik tidur.Baru sekejap
tadi dia menunaikan sembahyang asar.Kunci pagar diambil ditepi dinding.
“Ibu,
Dhia ni! Jawabnya dengan penuh teruja.Dilambai-lambai tangannya diluar pintu
pagar.Rayyan tiba dibelakang Dhia sambil membawa bagasi Dhia.Tersenyum dia
melihat keterujaan sahabatnya.
“Dhia?
Ya Allah, anakku! Telekung yang tidak dibuka sejak tadi tidak menghalang Puan
Suria dari keluar menyambut anaknya. Pagar hitam yang dikunci dibukanya
dengan sedikit gopoh. Maklumlah, satu-satunya anak perempuan kesayangan.
Lantas,
dipeluk anaknya dengan erat.Dhia turut sama membalas pelukan ibunya. Tahu yang
ibunya merindui dirinya semenjak dia pergi ke Melaka selama dua minggu.
Rambut
anaknya diramas lembut.“Anak ibu dah balik.Alhamdulilah. Ibu selalu doakan
setiap kali solat Dhia akan pulang dengan selamat.
Pelukan
dilepaskan.Wajah anaknya direnung lama.
“Ibu
jangan risau, kalau Rayyan ada, Dhia pasti akan selamat.”jawabnya sambil
tersengih-sengih. Rayyan disebelah hanya membeliakkan mata.
“Ray,
apa khabar nak?tegur Puan Suria sambil menganggukkan kepala. Bila anak
tersayang didepan mata, orang lain tidak akan dihiraukan.
“Baik,
mak cik.”balasnya sambil tersenyum.
“Marilah,
masuk dalam dulu Ray, Mak cik buatkan air.”ajak Puan Suria.
“Hmm..tak
mengapalah mak cik. Saya kena balik dulu. Nanti nenek tunggu pulak kat rumah
tu.”jawabnya dengan tenang.
Nenek
Rayyan, Puan Hadijah memang dikenali sebagai perempuan yang sangat
cerewet.
Umurnya
yang sudah menjangkau 60 tahun tidak menghalangnya dari membuat sesuatu perkara
diluar jangkaan.Pernah sekali Rayyan membawa neneknya ke rumah ini, dia
dikritik hebat kerana tidak menjaga kebersihan dapur. Dalam hati, dia
menyumpah seranah nenek Rayyan yang main sedap mulut aje mengkritik dapur orang
lain. Terngiang-ngiang di fikirannya kritikan pedas Puan Hadijah.
“Jagalah
dapur Sue ni macam Sue jaga diri Sue sendiri. Kalau tetamu datang, mereka akan
datang dapur. Suka ke kalau ada tetamu yang datang kritik dapur ni kotor?”kata
Puan Hadijah dengan nada sinis. Terdiam Puan Suria.
Ada
benarnya juga kata-kata Puan Hadijah itu, Dan sekarang, dia lebih mengutamakan
kebersihan dapur.Anaknya tiada dirumah membuatkan dirinya lebih senang untuk
membersihkan dapur.
“Oh.
Lupa pulak, nenek kamu ada di rumah.Mesti dia rindu pada kamu. Dah lama tak
jumpa kan?sambung Puan Suria lagi.
Rayyan
mengangguk.
“Aku
lupa la nenek kau ada kat rumah. Lama sangat aku kat Melaka tu sampai lupa nak
call nenek.” Dhia menepuk dahinya.Dia memang rapat dengan nenek Rayyan.Itulah
satu-satunya nenek yang masih dia ada di dunia ini.Walaupun tiada ikatan
persaudaraan, namun nenek Rayyan tetap menganggapnya cucu. Ramai yang sedia
tahu mengenai cerewetnya nenek Rayyan, tapi bila Puan Hadijah berada disisi
dia, serta-merta cerewet itu akan hilang.
Kadang-kadang
dia berasa pelik dengan sikap Puan Hadijah yang terlalu baik dengannya.Mesti
ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya.
“Padan
muka.Nenek merajuk, aku tak nak tolong pujuk.”Ujar Rayyan dengan selamba.
“Apa
ni, kata sahabat?”
“Sahabat
tak sahabat.Apa yang penting aku nak balik sekarang. Mak cik, saya balik dulu.
Hari dah petang ni. Nanti apa pulak kata nenek kat.”
“Tak
nak sembahyang asar dulu?”
“Gulp!”Seakan-akan
terhenti nafasnya bila mendengar perkataan sembahyang dari mulut Puan Suria.
Aduh! Apa aku nak jawab ni?
“Err..mak
cik, tak apalah. Saya sembahyang kat rumah aje.Balik dulu ya semua.” Jawab
Rayyan. Beg bagasi diberikan kepada Dhia. Cepat-cepat tangan Puan Suria
diambil lalu disalaminya. Rasanya itulah jawapan yang paling munasabah
setakat ini yang dapat membantunya menjawab soalan.
Dhia
rasa hairan.Apa kenalah dengan mamat ni? Pelik aku.
******
Fuhh!
Selamat aku! Katanya sendirian tatkala dirinya masuk ke dalam kereta.Ditarik
nafas panjang.
‘Kalaulah
Dhia tahu yang aku ni susah sangat nak solat lima waktu, memang aku kena leter
cukup-cukup dengan minah tu. Mampus aku!’
Kereta
Volvo C70 miliknya berlalu pergi meninggalkan Dhia dan Puan Suria. Sempat
dia melambaikan tangan kearah mereka berdua.
Dhia
dan Puan Suria membalas lambaian Rayyan dengan senyuman.
“Apa
kena dengan Rayyan tu?tanya ibunya.
“Entahlah
ibu, Dhia pun pelik.Tadi tak adalah tergopoh-gopoh sangat masa nak datang
sini.Bila dah sampai sini, cepat aje nak balik.”jelasnya lagi.
“Hmm..Takpelah.Biarkan
dia balik.Apa yang penting, anak ibu dah balik dengan selamat.Jom, kita masuk
dalam.”ajak Puan Suria sambil tersenyum. Pintu pagar dikunci semula.
‘Jom!”balasnya
dengan nada gembira walaupun hatinya masih lagi dalam keadaan gelisah. Harap
ibunya dapat terima apa yang bakal dicakapkan nanti. Bagasinya dibawa bersama.
Mereka
terus masuk ke dalam tanpa sebarang bicara.
******
“Dah
lama Dhia tak jenguk rumah ni. Rindu pula rasanya.”katanya setelah duduk diatas
sofa yang berwarna merah itu. Diletakkan bagasinya ditepi sofa.
“Memang
dah lama pun Dhia tak datang sini. Ibu pun tinggal kat sini sorang-sorang.Takde
orang nak diajak berbual.”keluh Puan Suria. Dia duduk bersebelahan dengan
anaknya.
“Ibu,
jangan cakap begitu.Dhia rasa bersalah.”Diambil tangan ibunya lalu digenggam
erat.Direnung mata ibunya.
Patutkah
diberitahu ibunya tentang kejadian tadi? Adakah ibu akan memarahinya?
Rasa
takut mula menghantui diri.Kepalanya ditundukkan dari menghadap muka
ibunya.Diketap bibirnya.
“Sayang,
anything wrong?”soal Puan Suria. Ingin tahu.Rambut Dhia dibelai lembut sambil
tangannya mengenggam tangan Dhia.
“Hah?”Kepalanya
diangkat semula.‘Perlu ke aku cakap sekarang?’Ditatap wajah ibunya.
“Ibu..”
“Kenapa,
Dhia? Ada sesuatu yang Ibu perlu tahu ke?”
Dhia
melepaskan tangannya dari dipegang ibunya.Dia bangun dari sofa dan menuju ke
televisyen.Bunga yang terletak di sebelah televisyen itu disentuh.Rasa bersalah
makin menebal.
“Kalau
Dhia cakap Ibu jangan marah Dhia ya?
“Cuba
terus-terang pada ibu.” Puan Suria turut bangun sama. Dituju kea rah anaknya.
“Ibu..”Dipeluk
ibunya seerat mungkin.Tanpa dipinta, air mata jatuh juga.Ya Allah, berikan aku
kekuatan.Aku tak cukup kuat.
Puan
Suria terkejut. Kenapa pulak anak aku ni? Detik hatinya.
“Cuba
terangkan pada ibu apa yang dah berlaku.Muzaffar marah Dhia ke?”Diusap badan
belakang Dhia dengan penuh kasih sayang.Takkanlah menantunya ada buat perkara
yang tak elok dibelakang Dhia sehingga anaknya menangis didakapannya.
Teresak-esak
Dhia menangis.Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab pertanyaan ibunya.
Sanggupkah ibu menerima aku sebagai seorang janda?
“Bukan.
Tapi..Dhia baru aje kena cerai ibu.”katanya dengan terus-terang. Segalanya
telah terbongkar.Biarlah ibunya tahu.Tangisannya makin kuat.
Puan
Suria tergamam.Tangannya yang mengusap lembut belakang Dhia terus
terhenti.Dilonggarkan pelukannya.Renungannya menikam tajam ke mata
anaknya. Bagaikan meminta kepastian dari mata itu.
“Betul
ke apa yang ibu dengar ni?”bibir Puan Suria terketar-ketar. Mungkin sebentar
lagi air matanya pula akan jatuh berderai seperti Dhia. Anaknya dah bercerai?
Tak mungkin!
Terduduk
Dhia di hadapan ibunya sambil memaut kaki ibunya.Puan Suria menarik nafas
panjang.
“Maafkan
Dhia, ibu! Dhia tak sangka perkara sebegini boleh berlaku pada Dhia.Dhia minta
maaf sangat-sangat.Dhia tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri
dengan baik.”ucapnya bersama tangisan yang masih tidak henti turun.
“Dhia,
jangan menangis nak!Ibu tak sangka kamu diceraikan.”Airmata Puan Suria akhirnya
berderai jua. Dia juga turut terduduk sama.
Puan
Suria kembali memeluk anaknya.Erat sekali pelukannya.” Astagfirullahalazim!
Patutlah
Dhia terus ke rumah Ibu.Siap bawa bagasi lagi.Apa yang Dhia dah buat sehingga
berlaku perceraian ni?”soal Puan Suria. Adakah Muzaffar cemburu Dhia bergaul
rapat dengan Rayyan sehingga perkataan cerai meluncur di bibir menantunya?
“Dhia
tak tahu ibu.Muzaffar senang-senang aje ceraikan Dhia tanpa alasan yang
kukuh.”jawabnya dengan jujur. Memang dia sendiri tidak tahu sebab apa suaminya
membenci dirinya. Bekas suaminya ada berkata tentang CD yang diberikan oleh
seseorang.Tapi siapa?
Pelukan
tadi kembali longgar.Mata anak-beranak itu saling bertatapan.Puan Suria
mengelap airmata anaknya.
“Lagi
satu Dhia nak bagitahu lagi. Muzaffar dah kahwin lain! Dengan PA syarikat dia
sendiri.”sambungnya lagi.
“Apa!”bulat
mata Puan Suria tatkala mendengar jawapan dari Dhia. Ya Allah! Tak sangka
anaknya mendapat dua kejutan yang berlaku secara mendadak ini. Kesiannya
anakku!
Kedua-dua
bahu Dhia dipegang.Matanya melekat pada pada pipi Dhia yang agak merah itu.Tadi
muka itu dilihatnya tiada kesan kemerahan.Adakah bekas menantunya menampar pipi
anaknya? Jika benarlah telahannya, maka dia tidak akan teragak-agak hendak
menampar kembali muka Muzaffar semula!
“Sayang,
kenapa pipi tu merah?”tanya Puan Suria.
Dhia
menyentuh pipinya. Alamak! Macam mana aku boleh lupa aku kena tampar dengan
Muzaffar tadi.Memang ibu lagi terperanjatlah jawabnya.
“Ibu
tanya ni. Jangan diam.”
“Err..”tergagap-gagap
Dhia hendak menjawab. Bibirnya diketap kuat.
“Muzaffar
tampar Dhia, itu yang Dhia nak cakapkan?”
Dhia
diam. Habislah aku! Ibu memang pandai meneka.
“Betulah
tu.Ibu tak sangka menantu ibu yang sorang tu dalam diam ubi berisi.Dalam diam
dia curang dibelakang kamu.Ingatkan dia mampu jaga anak ibu dengan baik. Tapi,
apa yang berlaku sekarang ni memang buat ibu rasa nak hantukkan aje muka dia tu
kat dinding! Biar dia rasa menyesal ceraikan anak ibu yang selama ni setia pada
dia. Huh! Memang tak guna si Muzaffar tu. “ujar Puan Suria dengan geram.
Dhia
menarik nafas panjang. Lalu disentuh lembut paha ibunya yang masih memakai telekung.
“Biarlah
ibu.Apa yang berlaku sekarang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ibu jangan
risau. D.ia masih kuat hadapi semua ini.”Sengaja dia berkata begitu dihadapan
ibunya.Dia tidak mahu melihat ibu tertekan lagi dengan permasalahannya.Cukuplah
ibu tertekan sewaktu ayahnya meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat sakit
jantung yang telah lama dihadapi.
“Sabar
ya nak.Ibu ada untuk Dhia. Hadapilah semua ni dengan tenang. Ada kebahagiaan
untuk Dhia suatu hari nanti.Ini ujian dari Allah buat Dhia.”jelas Puan Suria
dengan selembut mungkin. Dipegang tangan anaknya dengan erat.
Dhia
menganggukkan kepalanya. Sekarang ini, dia akan cuba untuk tidak menangis
dihadapan orang yang disayanginya. Walaupun hatinya bagaikan ditusuk duri yang
tajam, seboleh mungkin dia akan menyembunyikan kesedihannya. Dia akan menangis
didalam bilik atau tempat-tempat yang tiada orang sahaja.
“Sekarang
ni, apa yang perlu Dhia buat ambil wuduk dan pergi sembahyang asar.Mohon pada
Allah semoga hati sentiasa tenang apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak
dingini.”
“Dhia
masuk bilik ya ibu, nak sembahyang.”Dhia mula berdiri.Dikesat airmatanya yang
masih meninggalkan sedikit kesan.
“Pergilah.”senyuman
mula terukir dibibir Puan Suria.
Bagasi
yang berada ditepi sofa tadi diambil lalu dibawanya menuju ke tangga yang
berwarna coklat itu.Tatkala dia sedang memanjat tangga membawa bagasi, sempat
juga dia menoleh ke belakang.Memandang wajah ibunya yang masih lagi duduk di
tempat tadi.
“Dhia
sayang ibu selamanya..”katanya didalam hati. Terus dia melangkahkan kakinya
menuju ke bilik tanpa memandang ke belakang lagi.
BERSAMBUNG... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan