Dhia mengajak ibunya,
Puan Suria keluar rumah setelah bersarapan pagi bersama. Dia memang tidak boleh
bersabar lagi. Surat itu harus dibuka. Ingin melihat apa isi didalam surat itu.
“Dhia, surat tu untuk
ibu ke?”soal Puan Suria.
“Bukan, ibu. Untuk
Dhia.”Dhia melihat nama penuh Dhia berada di muka depan surat itu. Cuma alamat
sahaja yang tiada.
“Aik? Baru berapa hari
tinggal kat sini dah dapat surat? Sejak Dhia dah tinggal kat sana, ibu memang
tak dapat lagi surat dari posmen. Posmen yang hantar ke? Ibu tak dengar pun
bunyi motor.”Puan Suria pelik.
Biasanya posmen kalau bab menghantar surat,
mesti lepas pukul 8.30 pagi waktu kerja. Kenapa pulak tetiba hantar surat
pagi-pagi macam ini? Hairan!
“Dhia pun pelik jugak,
ibu. Kalau hantar surat pun, biasanya kat rumah sana. Kenapa pulak tiba-tiba
hantar kat sini. Memang peliklah, ibu.”
Dhia menenangkan diri
sebelum membuka surat itu. Entah kenapa, hatinya berdebar-debar.Tangannya
terasa terketar-ketar apabila membuka surat bersaiz A3 itu. Dia cuba juga untuk
berlagak tenang, tapi tidak berjaya. Adakah surat dari bosnya, Puan Karmila
tentang ke seminar itu atau sebaliknya?
Dalamenvelope tu ada apa, Dhia? Puan Suria
menjengukkan kepalanya sedikit. Mahu melihat juga apa yang ada didalam surat
itu. Nampak agak kembungenvelope ini.
Mungkin selain surat, ada barang lain yang diberi.
Dhia mengambil sampul
surat dicelah pagar itu dengan pantas. Dia mula membuka sampul surat yang
berwarna coklat itu.
Tapi dia pelik. CD pun
diselitkan juga dalam envelope itu.
“Eh, CD pun ada sekali.
CD apa pulak ni? Dhia tertanya-tanya sendiri.Dibelek-belek dengan teliti.
Menimbulkan ketidakpuashatian ibunya.Dipaut bahu anaknya.
Puan Suria
mententeramkan anaknya. Pada pandangan matanya, Dhia kelihatan agak gelisah
ketika ini.
Dhia menarik nafas. Dia
memang tak boleh bersabar bila timbul bab-bab yang ada kaitan dengannya seperti
surat yang baru diterima pagi ini.
Dhia membuka lipatan
surat yang bersaiz A4 itu. Hatinya berdebar semacam. Apa benda ni? Dia membaca
satu persatu ayat yang tertera dalam surat itu, terutama tajuk utama surat itu.
Terpana dia melihat ayat itu…
“Nurul
Haifa Nadhiya Diberhentikan Serta-Merta
Mulai Saat Ini.”
“What!!”. Terduduk Dhia
diatas tanah yang diliputi simen itu. Tangannya menggeletar. Puan Suria terkesima
dengan perbuatan anaknya itu. Dia pun ikut terduduk sekali.
“Ya Allah, Dhia..kenapa
ni, sayang?” Puan Suria gelabah seketika. Diusap ubun-ubun kepala anaknya .
“Dhia…Dhia…”kelu lidah
Dhia untuk berkata-kata. Tidak mampu mengungkapkan kata ketika ini. Betulkah
aku diberhentikan kerja? Aku tidak bermimpi disiang hari kan?
“Sayang, kenapa ni?
Cuba cakap dengan ibu? Apa dah jadi sampai Dhia jadi macam ni?”Dhia memberikan
surat itu kepada ibunya. Dia tidak mampu mengungkapkan perkataan berhenti itu
kepada ibunya. Biarlah ibunya membaca dan memahami apa yang berlaku padanya
kini.
Puan Suria meneliti
surat itu sebaik mungkin. Terkesima dia sekali lagi. Dhia kena berhenti? Air
liur yang ditelan dirasakan teramat pahit. Dia mengetap bibir kuat. Dia
memandang anaknya yang masih membisu tetapi airmatanya turun bagaikan hujan
lebat.
“Dhia…sabar nak. Allah
sayangkan Dhia.” Anaknya dipeluk erat. Memberikan kekuatan. Dhia hanya kaku
apabila ibu memeluknya.
Bila perasaan gelabah
dan sedih bercampur menjadi satu, Dhia merasakan badannya tidak kuat. Dengan
tidak semena-mena, dia pengsan di paha ibunya yang berada disebelahnya.
Puan Suria tergamam!
Dhia pengsan!
“Dhia!!” Jerit Puan
Suria sekuat hatinya. Bergema suara Puan Suria dirumah dua tingkat itu.
Tertunduk kepala Puan Suria diwajah anaknya yang tidak sedarkan diri itu sambil
airmata tidak henti-henti mengalir.
***
Hampir sepuluh minit
menunggu orang yang dinantikan, tidak juga kunjung tiba. Hatinya panas.
Ingatkan bila datang awal pagi ni, dia dapat jawapan yang memuaskan. Namun
hampa. Tiada satu pun panggilan telefon dari pekerja, Rahim yang kini menjadi
penyiasat peribadinya. Muzaffar jadi geram. Ditekan keypad enter berkali-kali dengan kasar pada laptopnya diatas meja.
Rahim memang nak kena
dengan aku ni! Tidak puas melepaskan geram di laptopnya, dia menumbuk meja.
Pagi-pagi lagi nak buat aku tak ada mood! Sial betul!.
Hari ini, sengaja dia
bergerak lebih awal dari biasa, Mariana ditinggalkan diatas katil
bersendirian.Memang dia bersetuju untuk tidur bersama Mariana. Tetapi dengan
syarat, ditengah-tengah katil wajib ada bantal peluk.Ibunya pula tidak
mengetahui yang dia keluar dari rumah awal pagi. Kunci rumah ditangannya, dia
boleh keluar sesuka hati tanpa meminta kebenaran dari ibunya.
Awal pagi ini, ada
sesuatu yang direncanakan untuk bekas isterinya. Tidak lupa juga pada bekas
sahabat baiknya, Rayyan. Sesuai dengan dendam yang masih menebal dalam dirinya.
Dendam untuk Nurul Haifa Nadhiya, bekas isterinya yang curang lagi bodoh!
Muzaffar tergelak
sendirian didalam bilik pejabatnya. Memang bekas isterinya bodoh pun!. Bodoh
sebab tidak pandai menghargai suami yang terlalu menyayanginya!. Huh! Pergi
outstation..dalam diam buat onar belakang aku. Pergi jahanam sama kau!
Laci mejanya dibuka
kasar. CD yang berpoket itu diambil lalu dimasukkan ke dalam DVD multi
recorder, yang hanya memuatkan CD sahaja. Disitu akan terbongkar segalanya.
Masuk kali ini, sudah dua kali dia melihat tanpa jemu CD itu. Tangannya
teringin untuk mematahkan CD tersebut. Tetapi niat itu dipendamkan dahulu. CD
ini adalah bukti kecurangan bekas isteri. Jika buang CD ini, maka tiadalah
bahan bukti yang kukuh untuk dilihat lagi.
Bila perkataan CD
player muncul di desktop, tanpa
menunggu lagi, terus dia menekan bahagian itu. CD yang menunjukkan nama ‘Dhia
Curang’ dibuka dengan wajah meluat.
Diperhatikan penuh
asyik gambar-gambar yang muncul dipaparan skrin itu. Matanya tidak mahu lepas
memandang gelagat pasangan yang menjadi musuhnya sekarang ini.
Volume speaker
dikuatkan sehingga 100%. Mahu tahu apa yang diperkatakan mereka berdua.
“Aku bosanlah, Dhia.
Tak ada aktiviti menarik ke yang kita boleh join
masa dua minggu ni? Takkan asyik terperap aje dalam bilik ni. Bosan gila
beb!rungut Rayyan sambil matanya memandang Dhia yang sedang mengeringkan
rambutnya.
“Kau ni..aku pun bosan
jugak. Ingat kau seorang aje yang bosan? Aku lagi bosan dari kau tau tak. Kau
okay lagi sebab dapat tengok minah-minah kat tepi pantai tu. Aku cemburu tau
tak. Mana ada lelaki nak layan aku kat sini.”Dhia merungut.
“Awek-awek cun kat
bawah tu memang mengancam, beb! Kalau aku dapat tackle diorang..memang aku ngap
punya.”Rayyan ketawa berdekah-dekah. Dia yang menyikat rambut mencebik bibir.
Tak habis-habis ngap,ngap dan ngap.
“Kau semuanya
mengancam. Cemburu aku tau tak?”Dhia membuat muka masam. Sengaja berkata
begitu. Padahal dalam hati, hanya mahu meriuhkan suasana yang serba bosan dan
sepi ini.
Muzaffar masih
memerhatikan lagi adegan mesra didepan matanya. Tidak mahu lepas peluang, dia
menonton lagi adegan seterusnya.
“ Aik? Kau cemburu.
Kahkahkah..”Rayyan ketawa lagi membuatkan muka Dhia berkerut seribu. Dia bangun
dari sofa tiga berangkai itu dan merapati Dhia.
“Aku cemburulah. Dahlah
kau layan perempuan lain lebih daripada aku. Aku tak ada kawan tau nak
bermesra. Si Muz pulak ada kat rumah…”
Nama dia disebut.
Telingannya didekatkan pada laptop itu. Muzaffar menanti kata seterusnya.
“Tapi bukan nak layan
aku kat katil pun. Aku aje yang terhegeh-hegeh dengan dia.” Ayat itu membuatkan
Muzaffar tersentap. Berani betul perempuan ini bila bercakap. Tiada perasaan
malu langsung!
Rayyan mengangguk.
Kalau Dhia dah merungut, maknanya dia kena dengar dan memahami betul-betul apa
yang dikatakan sahabat baiknya.
“Habis tu. Siapa suruh
kau kahwin dengan dia kalau kau yang terhegeh-hegeh nakkan dia? Kalau kau
cinta, kau takkan merungut macam ni.”jawab Rayyan tanpa perasaan serba salah.
“Aku kahwin sebab
cintalah!”Dhia membentak geram.
Rayyan bangun dari
tempat duduknya.“Dengan aku tak cinta ke? Mata Rayyan bertemu dengan anak mata
Dhia. Tercelik-celik mata Dhia memandang mata redup sahabat baiknya. Naik segan
pulak rasanya.
“Err..aku..”tergagap-gagap
pulak Dhia masa ini. Aduh! Perangai playboy
dia dah datang balik!! Aku kena cabut dulu ni. Dahlah aku baru lepas mandi
ni. Tak pasal-pasal aku yang di ngap
pulak! Kalau suaminya tahu, mesti kepala Rayyan akan disekeh dulu!
Dhia berdiri tegak.
Matanya tidak sanggup memandang wajah Rayyan masa ini. Takut dadanya
berdebar-debar. Panahan mata Rayyan boleh buat dia cair. Baik dia masuk bilik
air semula lagi bagus dari mengadap mata Rayyan yang hitam pekat itu!
Dhia ingin berpaling ke
belakang. Mahu masuk ke bilik air semula. Namun, tangan Dhia pantas ditarik
Rayyan.
Dhia terkedu! Tidak
berkata apa-apa.
“Dhia..”.Lembut suara Rayyan menuturkan
namanya. Mata mereka bersatu.
Mata Muzaffar
terbeliak. Ini yang dia paling tak sanggup nak tengok! Rayyan berpegangan
tangan dengan Rayyan. Hatinya bagaikan dipanah dengan tusuk duri. Kerana adegan
berpegangan tangan inilah, dia jadi Muzaffar yang tidak mengenang budi. Menceraikan
si isteri yang menikamnya dari belakang dan mengahwinkan Mariana tanpa perasaan
bersalah.
Cis! Laptop miliknya
ditutup tanpa rasa belas kasihan. Kepalanya berserabut ketika ini. Adegan mesra
tadi terlayar difikirannya. Dia tunduk menekur meja. Huh! Bilalah jantan ni nak
call. Penat aku nak tunggu.
Kring! Kring!
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Muzaffar tersentak. Hah! Mesti Rahim si botak ni.
Poket seluar diseluk
dengan rakus. Dia perlu mendapatkan jawapan dari lelaki yang sudi membantunya
awal-awal pagi begini.
“Haa..kau pergi mana
tadi. Puas aku tunggu kau. Amacam? Rancangan menjadi?”
Rahim memberitahu
Muzaffar apa yang dibuat tadi. Diceritakan semula apa yang telah dia buat tadi.
Muzaffar ketawa kuat.
Puas hati dengan apa yang dilakukan Rahim. Tak sangka bekas isterinya boleh
pengsan depan pagar. Berhasil juga rancangannya untuk membalas dendam.
Surat itu memang sudah
direncanakan sejak dia tiada mood malam semalam. Alamat bekas ibu mertuanya
diberikan pada Rahim supaya tidak tersalah hantar CD dan surat itu. CD yang
diberikan di copy paste dan di burn dua kali. Dia mahu Dhia melihat
sendiri apa yang telah mereka berdua telah lakukan dalam diam. Rasakan! Manja
tak kena tempat.
“Duit, bos?tanpa segan,
Rahim bertanya soalan itu.
“Lepas ni aku akan
suruh Mariana masukkan duit RM5,000 dalam akaun kau. Puas hati?”
“Puas hati, bos.”Rahim
tersenyum gembira. Penat lelahnya akan berbayar sebentar lagi.
“Tapi kejap lagi lah.
Pekerja tak sampai lagi.Sebelum tengah hari, aku pasti bagi kat kau. Jangan risau.
Sekarang ni, aku tengah tunggu kedatangan Dhia dan jantan perampas tu.”
“Pasti bekas isteri
encik datang kat ofis punya, bos. Cayalah cakap saya. Bila dah berlaku macam
ni, takkan dia nak berdiam diri kan? Mesti dia bengang bos bagi surat macam
tu.”
“Betul..betul..aku
tunggu aje ni. Dah lah. Aku ada kerja ni. Nanti aku call balik.”Pantas telefon
ditutup.
Muzaffar membuka semula
laptopnya. Dia mahu menghantar message kepada
seorang yang amat dikenalinya di IPU Press Sdn Bhd. Siapa lagi jika bukan
Pengarah Urusan, Mr Antonio. Ada perkara penting yang perlu diperjelaskan.
Dhia dah kena, sekarang
biar Rayyan pulak.”Muzaffar ketawa lagi. CD yang satu lagi berada
digengamannya. Maknanya, bekas isterinya dan Rayyan juga bakalmendapatkannya.
Hatinya kini lebih puas! Dendam terbalas jua
akhirnya…
****
Puan Suria menyuruh
jiran sebelahnya, Latifah membantu mengangkat anaknya sekali yang masih tidak
sedarkan diri setelah berapa minit.
“Su, kenapa dengan anak
kau ni…tiba-tiba jadi macam ni. Dia sakit ke?soal Latifah cemas. Tadi dia
dengar jeritan yang agak kuat dari rumah Puan Suria. Itu yang segera dia ke
sini.. Tangan kanan Dhia beralih ke bahunya. Puan Suria pula memaut bahu
anaknya dengan kuat.
“Dia penat ni. Kau
tahulah anak aku ni baru balik dari outstation.”Hanya itu jawapan terbaik yang
dia ada sekarang ni. Puan Suria memandang kawannya. “Kita letakkan dia kat atas
sofa ya.”sambungnya lagi. Latifah hanya mengangguk.
Masuk ke dalam rumah,
mereka berdua terus merebahkan Dhia ke atas sofa.
“Argh. Berat juga badan
anak kau. Nasib baik pinggang aku tak patah.”gurau Latifah. Puan Suria hanya
tersenyum sumbing.
“Terima kasih, Pah. Kau
tunggu sini kejap ya, aku nak ambil sesuatu kat luar kejap.”
“Ambil apa?”soal
Latifah. Pelik dengan tingkah Suria yang nampak gelabah itu.
“Adalah. Kau tolong
tengokkan anak kau kejap, ya. Naikkan kaki dia kat atas sofa. Tegakkan kepala
dia sekali. Puan Suria berlari anak keluar dari pintu rumah. Pintu rumah
ditutup.Sebenarnya dia keluar kerana ingin mengambil surat dan CD yang
ditinggalkan diatas simen tadi. Dia tidak mahu jirannya nampak apa yang
tercatit didalam isi surat itu. Biarlah
dia dan anaknya sahaja yang tahu keadaan sebenar. Diberhentikan kerja
serta-merta memang sesuatu yang agak memeritkan Sudah nasib Dhia jadi
begini.Hmm..
Puan Suria mengutip CD
dan surat yang sudah terburai isinya. Disorokkan dicelah-celah kain batiknya
dengan pantas. Dia harus kembali segera masuk ke dalam agar Latifah tidak
mengetahui apa yang dibuat diluar ini. Dadanya yang berdebar-debar itu cuba
ditenangkan. Dia tidak mahu nampak gelojoh sangat didepan Latifah. Nanti apa
kata jirannya pulak.
***
“Dhia tak sedar
lagi?”kata Puan Suria. Pintu dikuak dari luar. Latifah hanya memandang langkah
jirannya yang datang menghampiri. Dia hanya mengangguk.
“Hmm..tak sedar lagi
anak kau ni. Dia ada sakit apa sebetulnya? Aku tak rasa anak kau pengsan sebab
penat pergioutstation tu. Mesti sebab
lain ni.”Puan Suria terdiam mendengar kata-kata dari jirannya itu. Terpaksa dia
menukar topic untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Dhia penat aje. Kau
balik dulu lah. Biar aku jaga anak aku ni. Nanti suami kau marah pulak tak buat
sarapan pagi-pagi ni.”
“Hmm..ya tak ya jugak.
Suami aku mesti dah balik surau. Aku balik dulu ya, Su. Jaga anak kau
baik-baik. Apa-apa hal…kau beritahu aku. Aku ada kat sebelah aje, okay?”Latifah
bangun dari tempat duduk tiga berangkai itu.Dia harus pulang segera membuat
sarapan. Tak buat nanti, suami membebel pulak.
“Baiklah, Pah. Terima
kasihlah sebab sudi bantu aku tadi. Kalau tak ada kau tadi, tak mampu aku nak
angkat si Dhia ni.”Umur yang semakin lanjut ini, makin rapuh tulangnya. Puan
Suria turut sama bangun.Tangannya dihulurkan. Mahu bersalaman. Latifah hanya
menyambutnya dengan muka tersenyum.
“Balik dulu..”Latifah
berlalu pergi.
Puan Suria membalasnya
dengan senyuman. Fuh! Nasib baik Latifah dah balik. Kalau tidak, memang panjang
lagilah information yang dia nak tahu pasal anak aku. Dia duduk semula disisi
anaknya. Dilap airmata anaknya. CD dan surat dikeluarkan dari kain batiknya.
Agak sakit juga meletakkan benda dikain batik ini.
Tajam betul bahagian hujung
surat dan cover CD itu. Teringin dia hendak tengok isi didalam CD itu. Tetapi
dibiarkan CD itu dulu. Dia akan lihat dengan Dhia kemudian.
Kalau Dhia dah kena
berhenti, bagaimana dengan nasib Rayyan pulak? Adakah dia turut sama berhenti
atau masih lagi sebagai pekerja disyarikat itu? Entahlah…
********
Berapa jam kemudian,
Dhia bangun dalam keadaan terpinga-pinga. Matanya ditonyoh-tonyoh supaya dapat
melihat persekitaran dengan lebih jelas. Rupanya dia berada diatas sofa.
“Aku pengsan ke tadi?
Siapa yang angkat aku?” Rasanya tadi dia pengsan diluar. Takkan ibu yang papah
aku kot?
“Ibu..oh Ibu..”suaranya
menjadi sedikit serak. Mungkin dia menangis terlalu banyak tadi, itu sebab
suara dia jadi lain tu. Mana pergi Ibu ni? Dhia berdiri perlahan-lahan.
Kepalanya masih lagi berpinar-pinar.
Puan Suria yang sedang
leka memasak asam pedas didapur
tersentak tatkala mendengar suara anaknya. Dhia dah bangunlah tu!.
Cepat-cepat dia mematikan api dan menutup periuk. Terus dia berlari anak menuju
ke ruang tamu.
“Syukurlah, Dhia dah
sedar. Ibu risau sangat tadi. Nasib baik sayang tak pengsan lama-lama. Kalau
tidak memang ibu Dhia dah bawa pergi hospital tadi.” Puan Suria mengarahkan
Dhia duduk bersamanya. Tangan Puan Suria melekap ditangan anaknya. Takut Dhia
pengsan sekali lagi.
“Ibu buat apa kat dapur
tu?”tanya Dhia. Dia duduk semula disofa . kepalanya terasa pening.
“Ibu tengah masak,
sayang. Sekarang ni dah waktu tengah hari. Ibu masakkan asam pedas kegemaran
Dhia. Lepas Dhia dah betul-betul baik, baru kita makan bersama, okay?”
“Dhia dah okay sikit.
Cuma kepala ni seakan-akan berpusing pulak.
“Tak mengapa. Lepas ni
kita makan ya.”Puan Suria mengenggam erat tangan anaknya.
“Ibu, boleh berikan
Dhia surat tadi. Dhia nak baca balik surat tu.”
Puan Suria terkejut
bila anaknya berkata begitu.“Hish..Dhia nak buat apa baca surat tu lagi? Nak
pengsan kali kedua ke?”Dhia tersenyum sumbing.
“Hmm..tak adalah. Dhia
cuma nak tengok samada betul ke tidak surat itu ditujukan pada Dhia. Dhia rasa
macam nama orang lain.
Ish..Dhia ni. Memang
surat itu ditujukan khas pada Dhia. Dekat envelope
tu kan dah tulis nama Dhia.
“Betul juga. Ala, ibu
bagi aje surat tu. Dhia janji Dhia takkan gelabah baca surat tu.”
“Betul ni?”Puan Suria
masih risau dengan keadaan anaknya yang masih tidak sihat itu. Takut Dhia
pengsan lagi. Itu
“Betul.”Bibir Dhia
mengukir senyuman.
“Kejap. Ibu
ambilkan.”Puan Suria mengangkat kaki dan mengambil surat tadi yang tertinggal
di tepi televisyen.
“Nah.” Surat yang
kembung itu diserahkan kepada Dhia. Puan Suria mengeluh.
“Terima kasih, ibu.
Dhia nak baca dulu, ibu pergilah sambung kerja ibu kat dapur. Nanti Dhia
panggil balik.”
“Tak apalah. Semuanya
dah settle. Tunggu nak hidang aje.”balas Puan Suria dengan tenang.
Dhia mengeluarkan
semula surat dan CD yang berada didalam envelope.Riaknya
tenang sahaja membuka surat itu.
“Dhia, ibu nak tanya
sesuatu ni.”Puas Suria memandang anaknya tajam.
“Tanya apa ibu? Dhia
membelek-belek CD yang berada digenggamannya. CD apa ni?
“Dhia kan dah terima
surat ini. Kenapa bila ibu perhatikan surat ni,
terteraletterhead IPU Press
Sdn Bhd ya? Syarikat ni milik Muzaffar kan?”soal Puan Suria ingin tahu. Surat
yang berada diatas paha Dhia diambil lalu diunjurkan kepada Dhia.
“Aah lah. Dhia tak
perasan tadi.”Dhia menepuk dahi.“Yang Dhia nampak hanya tajuk utama aje.
Hmm..tak pasal-pasal kena berhenti. Mungkin takdir Dhia untuk berada lebih lama
disitu tak panjang. Kenapa ibu nak tahu sangat ni?
“Taklah. Ibu rasa pelik
sedikit.”balas Puan Suria.
“Memang itu syarikat
Muzaffar. Tempat Dhia bekerja tu anak syarikat Muzaffar lah, ibu. Kenapa ibu
teruja sangat nak tahu? Ada apa-apa yang ibu musykil ke?”Diperhatikan wajah
ibunya yang seakan-akan serius itu.
“Ibu memang musykil.
Sangat-sangat musykil. Kenapa nama bos Dhia ada dalam letterhead ni sedangkan letterhead
syarikat Muzaffar ada kat atas. Bukan ke pelik bila nama bos sendiri ada
dalam letterhead syarikat lain? Cuba Dhia fikir, takkanlah bos Dhia nak
berhentikan Dhia serta-merta selepas baru balik dari outstation? Puan Karmila yang suruh Dhia dengan Rayyan jadi wakil
untuk syarikat kan, kenapa pulak Puan Karmila berhentikan Dhia berapa hari
selepas korang berdua baru balik?”terang Puan Suria panjang lebar membuatkan
Dhia terdiam seketika.
“Kenapa Dhia diam?”
Serius wajah Puan Suria memandang Dhia.
Dhia memandang ibunya
tajam.“Ibu nak cakap yang ini adalah kerja Muzaffar sebenarnya, begitu?”
“Pandai pun. Walaupun
umur ibu dah 50 tahun, jangan ingat ibu tak pandai dalam bab-bab business ni.
Jantan
keparat tu memang dia tak puas hati pada Dhia. Ibu dapat rasakan yang dia nak
balas dendam secara halus. Seperti surat ini. Dah terang-terang dia ambil
kesempatan gunakan nama bos Dhia. Kalau ibu dapat jumpa dia lagi sekali, memang
ibu tampar dia kuat-kuat. Menantu curang. Tak sedar diri.”marah Puan Suria.
Dhia hanya mendengar sahaja luahan ibunya. Tubir matanya mengalir lagi.
“Dah, Dhia. Masa ni
jangan menangis lagi”Puan Suria mengelap airmata anaknya. Ibu tak nak tengok
Dhia menangis lagi disebabkan dendam yang Muzaffar dah buat pada Dhia. Tabah,
Dhia. Allah pasti akan membalas semula apa yang jantan keparat itu dah buat
pada Dhia. Kita sama-sama tunggu.”sambungnya lagi.
“Ibu..”Dhia pantas
memeluk ibunya. Ibunya memang boleh diharap. Ibulah kekuatannya untuk hidup
buat masa ini.
Dhia bertekad untuk
berjumpa Muzaffar kembali untuk membalas kembali apa yang Muzaffar telah buat!
Kau tunggu kedatangan aku! Aku akan pastikan kau akan dapat ‘hadiah’ dari
seorang bekas isteri yang kau dendamkan selama ini!
BERSAMBUNG... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan