Jumaat, 17 Mei 2013

BAB 39 Pulanglah Padaku




Azan zohor yang berkumandang kuat berhampiran rumah Adam Muhammad memaksa Rayyan Zikri bangun dari tidur. Kali ini, dirumah rakannya dia bangun lewat daripada biasa. Sudah tiga hari dia tidur dirumah rakannya dan sudah tiga hari juga dia langsung tidak berbual dengan Adam Muhammad. Mogoklah katakan!

Bunyi ketukan pintu di luar bilik pagi tadi langsung tidak dipedulikan. Dia tahu Adam Muhammad yang mengetuk pintu biliknya tadi namun dia peduli apa! Bila dah marah, semua perkara yang ada kaitan dengan lelaki itu tidak akan di ambil kesah!

Pujuklah macam mana sekali pun, dia tetap dengan pendiriannya.

Tubuh badannya disengetkan ke kiri dan kanan. Agak lemah tubuhnya setelah tidur berjam-jam lamanya. Sudah lama dia tidak bersenam. Mahu ke Celebrity Fitness, dia malas.

Dengan gerak langkah yang lemah, dia menolak langsir di sebelah katilnya. Langsir ditutup tetapi tingkap pula dibiarkan begitu sahaja. Mujur tiada nyamuk yang masuk ke sini. Jika tidak pasti dia akan mengalami gatal-gatal dibadan.

“Hmm…”dia menarik nafas dalam. Menghirup udara yang masuk dicelah-celah tingkap kemudian dihembus perlahan.

Setelah puas menikmati udara di luar tingkap, dia berpaling ke belakang. Mukanya berubah keruh tatkala terpandangkan kad yang terletak elok diatas laci meja lampu.  Dia mengambil kad itu lalu di baca dengan teliti. Perasaan benci terhadap gadis yang bernama Nur Imani itu menggunung tinggi.

Hari ini merupakan hari penentu perpisahan diantara dia dan Nur Imani. Jujur dia katakan yang dia tidak sabar mahu melihat gadis itu terperanjat melihat dia didepan mata.

Hmm…tak sabarnya rasa nak kenakan gadis itu!

Pakaian baru untuk ke majlis Hi-Tea yang bakal berlangsung pada petang ini sudah di sediakan sejak semalam lagi. Sengaja dia memilih blazer biru gelap yang bakal menampakkan sisi jejaka maskulin dirinya untuk menarik minat pengunjung wanita yang akan hadir di kelab itu nanti. Sanggup dia berhabis wang semata-mata mahu menonjolkan diri di hadapan orang ramai.

“Rasa macam nak kenakan Nur Imani.”idea itu tiba-tiba muncul di benaknya. Dia mencapai telefon bimbit di atas katil lalu mendail nombor gadis tersebut. Sempat dia tersengih sambil menanti panggilannya dijawab.

Nur Imani yang sedang menyapu lip gloss di bibir terkejut tatkala telefonnya berbunyi. Dia mengetap bibir bagi meratakan keseluruhan lip gloss yang dipakainya lalu segera dicapai telefon miliknya diatas meja solek tanpa melihat nombor di skrin

“Hello? Imani here….”suara menggoda Nur Imani memulakan perbualan.

            Rayyan Zikri mengukir senyuman sinis di hujung talian. Dia dah angkat. Bagus! “Hai sayang…”dia turut membalas bicara dengan nada yang manja.

            Nur Imani menelan airliurnya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia melihat semula skrin telefonnya. Memang nombor kekasihnya!

‘Aduh…macam mana aku tak perasan nama dia ni!’ dia meluku kepalanya sendiri. Salahnya juga kerana tidak melihat nombor telefon terlebih dahulu. Dia melekapkan kembali telefon ke telinga dengan degupan jantung yang menderu laju.

            Rayyan Zikri mencebik. Mesti Nur Imani terkejut dengar suara dia.

            “Sayang kat mana tu? Ray rindulah…”suaranya dilunakkan bagi menambah ‘perasa’ dalam lakonannya.

            “Sayang?”Nur Imani terkedu. “Hesy…rasanya dia tak pernah lagi panggil aku sayang macam sekarang ni. Apa hal dengan mamat ni?”soalnya dengan suara yang teramat perlahan.

            “Yelah sayang…sayang kat mana tu? Boleh kita jumpa? Dah berapa hari abang tak jumpa sayang. Ray rindu sangat-sangat.”makin berkesan lakonannya sekarang ini. Dia ketawa jahat dalam hati.

            Nur Imani mengerutkan dahi. Lelaki ini memang sudah sewel! Geli pula hatinya mendengar kata-kata romantik teman lelakinya itu.

            “Baru aje berapa hari lepas kita jumpa. Takkan nak jumpa lagi kut? Saya busy lah kat sini.”balas Nur Imani dengan sedikit marah.

            “Kat sini?”Rayyan Zikri menyindir. “ Kat sini tu kat mana, sayang?” sakat Rayyan Zikri. Dia terkekeh ketawa.

Nur Imani terkedu sekali lagi. Opss! Dia dah tersalah cakap lah. Dia kena coverline ni. “ Saya kat sekolah lah. Kan hari tu saya bagi tahu awak yang saya kena kerja hari weekend? Awak jangan buat-buat lupa pulak.”ujarnya dengan takut-takut.

Hah! Satu ayat penipuan telah Rayyan Zikri dengar. Pandai betul Nur Imani menipu dirinya. “Nanti lepas sayang dah balik kerja, kita jumpa nak? Kita borak-borak kat taman. Ray ambik sayang kat sekolah. Sayang bagi aje tahu alamat tempat kerja sayang, nanti Ray search map kat google nama sekolah tu.”sakatnya lagi.

“Eh jangan!”sanggah Nur Imani pantas. Degupan jantungnya bertambah kencang sebagaimana Usain Bolt berlari di sukan Olimpik 2012.

Rayyan Zikri buat-buat terkejut. Lakonannya perlu diteruskan sebaik mungkin. “ Eh, kenapa? Sayang ni macam tak suka aje bila Ray nak ajaksayang keluar? Ray kan kekasih sayang. Sayang ni tak pandai ambil hati Ray tau.”sayu suaranya. Padahal dalam hati mahu saja dia menampar muka gadis itu jika dia berada dihadapannya.

Dasar gadis penipu!

“Err…bukan tak suka tapi awak fahamilah keadaan saya sebagai cikgu sekolah. Buku latihan nak kena semak, laporan nak kena sediakan. Banyaklah kerja saya nak buat.”terketar-ketar suaranya menjawab.

“Takpelah kalau macam tu. Saya nak buat macam mana kalau sayang tak sudi.”kendur nada suaranya. “Ray nak off kan phone dulu lah. Sayang pergilah semak buku sekolah anak murid sayang tu. Lain hari Ray akan call balik.”ditekan perkataan semak itu.

Nur Imani terdiam. Kesian kekasihnya. Sudah banyak kali kena tipu dengannya.

Baru dia hendak mengucapkan salam kepada kekasihnya, satu suara tidak jauh darinya menyeru namanya. Dia tergamam.

“Nur Imani? Dah siap ke belum?” seru penyelia pentas yang bernama Mohd Hadi itu. Nur imani pantas meletakkan jari telunjuk di bibir, tanda menyuruh lelaki itu diam.

Rayyan Zikri mengangkat kening. Hah! Temberang gadis itu sudah hampir pecah. “Siapa tu? Kenapa suara lelaki ada kat situ?”soalnya bertubi-tubi.

Nur Imani terdengar sayup-sayup suara kekasihnya yang masih tidak menutup panggilan lagi. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan lelaki itu. Segera dia mematikan talian dan menekan butang off pada telefon bimbit Blackberrynya.

Rayyan Zikri terkejut. Dia melihat talian sudah dimatikan. Skrin telefon dilihat lantas dia tersenyum sinis.

“Takutlah tu!”dia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil lalu dia mencapai tuala yang baru dibeli bersama-sama dengan pakaian baru khas untuk ke majlis Hi-Tea petang nanti. Dia sekarang mahu bersiap.

“Masa untuk membalas dendam sudah tiba. Yahoo!!”riang suaranya. Dia terus menuju ke bilik air dan membersihkan diri.

******

Setelah setengah jam berada di dalam bilik air membersihkan diri dan memakai pakaian yang baru dibelinya, dia keluar dan membuka pintu bilik tidurnya. Dia sengaja mahu rakannya, Adam Muhammad masuk ke dalam bilik ini supaya lelaki itu dapat melihat betapa segaknya dia hari ini.

Adam Muhammad yang perasan pintu bilik Rayyan Zikri tidak ditutup segera dia menapak masuk ke dalam bilik lelaki itu. Dia sudah siap sedia untuk ke kelab Golden Sun. Terpegun dia melihat rakannya memakai blazer biru gelap. Dia mendekati lelaki itu yang sedang berdandan di cermin bingkai empat segi.

Tidak sedikit pun Rayyan Zikri memandang wajahnya.Dia cuba untuk memulakan perbualan.

“Hensem kau hari ini, Ray.”puji Adam Muhammad dengan mulut yang tergagap-gagap. Dia mahu mengambil hati Rayyan Zikri agar tidak memarahi dirinya lagi namun riak wajah rakannya jelas menunjukkan rakannya masih memarahi dirinya.

“Selama ni memang aku hensem kan?”kata Rayyan Zikri dengan riak bangga. Dia membetulkan sunglasses biru gelapnya di hadapan cermin. Setelah itu, dia membetulkan pula rambut yang dibuat pacak agar menampilkan kehenseman dirinya pada petang ini.

“Aku pergi dulu.”sambungnya dengan suara yang dingin. Dia mahu melangkah pergi namun Adam Muhammad pantas menghalangnya daripada keluar bilik. Rayyan Zikri pantas menarik balik tangannya dengan kasar.

“Kau tak nak pergi dengan kita orang ke?”tanya Adam Muhammad dengan suara yang perlahan. Dia terasa hati kerana rakannya terlampau berkasar dengannya.

“Buat apa aku nak follow kau?”mata Rayyan Zikri membulat. “Aku ada kereta sendiri. Kau pergi aje dengan Natasha. Aku akan datang kemudian. Aku ingatkan kau sekali lagi. Kalau kau tak nak kena belasah dengan aku, kau jangan kasi tahu Nur Imani aku datang sana, faham?”tengkingnya tanpa rasa bersalah.

Sebaik sahaja dia berada di muka pintu, dia berpaling sekilas ke belakang. “Ingat aku nak ikut kau? Tolong sikit!”katanya perlahan diiringi dengan cebikan sinis dibibir. Dia terus berlalu keluar meninggalkan rakannya yang terdiam membisu mendengar kata-katanya.

Adam Muhammad tunduk merenung lantai. “Maafkan aku Ray sebab menipu kau…”katanya perlahan.

*****

“Lalala…”Rayyan Zikri menyanyi kecil didalam kereta sambil memainkan jari-jemarinya di atas stereng. Dia kini sudah keluar dari Taman Connought. Sebentar lagi dia akan melalui jalan ke Sungai Besi dan terus menghala ke Jalan Kuchai Lama. Disitulah dia akan berjumpa dengan kelab Golden Sun, kelab yang menjadi tumpuan Nur Imani mendendangkan lagu.

Sebaik sahaja dia sampai ke lampu isyarat Salak South Garden, dia tersengih lebar. Makin hampir nampaknya dia ke kelab itu dan makin berkobar-kobar jantungnya untuk ‘membalas dendam’ terhadap Nur Imani.

“Sakit hati aku pada kau akan terubat sekejap saja lagi.”ucapnya, dengan diiringi ketawa kecil.

Tak sabarnya dia mahu masuk ke dalam kelab itu!

*****

Sepuluh minit kemudian, Rayyan Zikri sampai juga di pintu hadapan kelab Golden Sun. Agak banyak juga pengunjung yang hadir ke kelab itu. Pengawal keselamatan yang berkemeja biru gelap mengarahkan dia untuk meletakkan kereta di tempat yang masih kosong. Dia akur dengan arahan itu dan terus meletakkan kereta Volvo nya di satu tempat yang kosong.

Asalnya, dia mahu memarkirkan kereta di luar sahaja tetapi dia tidak mempunyai ruang untuk memberhentikan kereta di luar kerana kereta-kereta yang ada di belakangnya mahu melalui lampu isyarat yang tidak jauh dari kelab ini.

Tak sangka, kebanyakan pekerja di sini merupakan pekerja yang beragama islam. Timbul perasaan kesal dihatinya kerana orang islam bekerja di tempat seperti ini. Patutlah Nur Imani boleh bekerja sebagai penyanyi kat sini. Telahnya dalam diam.

Terpaksalah dia memarkirkan kereta di dalam car park kelab ini.

Dia menapak keluar dari kereta dengan gaya yang memukau. Terserlah ketampanan dia disitu. Cermin mata yang dipakai menambahkan aura pada dirinya. Pasti gadis-gadis yang hadir pada petang ini akan terpegun melihat dirinya.

Jika lelaki seperti Adam Muhammad memuji dirinya di dalam bilik tadi, apakan pula gadis-gadis berada di majlis itu nanti?

Gerak langkahnya yang seperti model catwalk menambahkan aura ketampanannya. Dia masuk dengan penuh gaya. Pengawal-pengawal keselamatan yang berada di lobi utama kelab itu ralit memerhatikan tingkahnya yang menarik perhatian umum.

‘Dah agak dah, mesti diorang jeles tengok aku hensem!’bisiknya dalam diam.

Seorang pekerja yang sedang duduk di tepi eskalator disapa. Dia sebenarnya tidak jelas dengan kad yang dibaca tempoh hari.

“Selamat petang, encik. Saya nak tanya dimana bilik GS Live ye?”tanya dia dengan penuh hormat. Pelik juga dia dengan nama bilik tu. GS Live? Golden Sun Live ke? Hmm..entahlah! Dia main teka sahaja nama penuh GS itu.

“Oh, encik diundang ke majlis Hi-Tea ye?”Rayyan Zikri mengangguk. Mujur pekerja ini tahu dimana majlis itu berada. Kalau tidak, memang sesatlah dia kat dalam kelab ini.

“Encik lalu kat belakang escalator ni lepas tu encik belok kanan. Nanti encik akan nampak satu signage yang ada tulis nama GS Live. Kat situlah majlis Hi-Tea dijalankan. Biasanya bilik GS Live itu akan dibuka pada pukul empat petang tapi hari ini dia buka awal sedikit untuk majlis Hi Tea itulah…,”

“Oh, baru saya tahu. Saya ingatkan kat tingkat atas tadi. Terima kasih sebab bagi tahu.”ucapnya dengan mengukirkan senyuman.

Pekerja itu membalas ucapannya. Seraya itu, dia melangkahkan kaki ke tempat yang dikatakan pekerja tadi. Memang betul GS Live ada di situ namun hatinya berdetak hebat tatkala terpandangkan signage GS Live itu.

Band…Beats…Bar?

Rayyan Zikri terpana. Dia seakan tidak percaya majlis Hi-Tea akan berlangsung di tempat yang mempunyai bar. Nur Imani menyanyi di tempat seperti ini? Masya Allah…teruknya perangai gadis itu!!

Hatinya semakin sakit. Dia tidak boleh berlembut dengan gadis seperti Nur Imani lagi. Gadis itu perlu diajar cukup-cukup, baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah!!


8 ulasan:

Nana Mohd Yasin berkata...

adoyai....eya ku sayang,
mmg bikin saspen sungguh,
berdebar2, nk tau apa ray nk buat,
dh kena cut.....
ish...ish...ishhhhh....

adenyepunkan...
kut la ray naik pentas nyanyi
pelamin angan ku musnah ke....
hak..hak...hak...

sungguh lah...
men'saspen'kan diriku ini...
tersangatlah cissss nya...

pe agik...
sambung cik director

Unknown berkata...

kelakar giler komen akk nana!! haha

eeii..ray x kn nyanyi lgu tp d akn buat sesuatu kt gadis tu..hehe

saspen k?alhamdulilah..ni yg buat sesapen mgkin ni!! haha

kak ida berkata...

rasanya seperti iman telah bertemu dengan tuasnya ..siapa lagi kalau tidak si Rayyan tu..kan.. rasa tak sabar nak tahu apa yg bakal berlaku bila mereka berdua bertemu dan drama apa yg akan iman buat..

Unknown berkata...

isnyallah diorang akan berjumpa utk en3 bab terakhir nanti!

NurAtiZa berkata...

Ray nak buat kacau kt tempat kerja Amani ke?

Unknown berkata...

yup! d nak balas dendam pda kekasih yg tlh mnipunnya dalam diam!

fara berkata...

Adoyai Eya, jgn konflik sgt part Ray n Imani tuh ! Bg Ray marah2 syg jer. Cian kt Imani...klu x nyanyi nak cari duit kt mana?

Unknown berkata...

hehe..mne ada eya nk 'konflikkan sgt part ray n imani tu..eya just nak tamatkan kisah mereka kt s2 aje.. ;)
jgn hrap ray akan kembali kpd Nur Imani lg