Selasa, 12 Mac 2013

BAB 25 BERILAH SAYANG PELUANG



“Awak tak tidur lagi?” Nur Adriana terkejut tatkala menutup pintu dari dalam. Di sangka Zeril Iskandar akan lena setelah dia keluar dari bilik itu. Rupa-rupanya tidak. Wajah lelaki itu tampak suram. Adakah dia penyebabnya sehingga lelaki itu berubah sebegitu rupa?
“Saya tunggu awak.”ujar Zeril Iskanda malu-malu. Dia menguis-guis selimut yang berada di atas pahanya. Dia sanggup duduk bersilang di atas kati semata-mata menunggu Nur Adriana.
Nur Adriana mengeluh panjang. Sanggup betul lelaki ini menunggunya. Jika boleh, dia ingin menjauhkan diri dari lelaki ini. Kepalanya kusut memikirkan perubahan mendadak Zeril Iskandar.
Dia melangkah ke depan katil Zeril Iskandar.
“Awak patut rehat. Besok awak kena bangun awal.”pesannya lembut.
“Saya akan tidur kalau awak temankan saya.”jawabnya penuh pengharapan.
“Zeril, awak dah keterlaluan! Jangan jadi kebudak-budakan boleh tak? Saya geram betullah dengan awak ni. Perangai macam budak kecik!”dengusnya geram. Dahlah malam makin larut, tak reti-reti jugak nak tidur! Apa nak jadi lah lelaki ini. Nak ikut cakap dia je. Rungutnya dalam hati.
“Saya suka awak marah saya. Suka sangat!”matanya bersinar-sinar. Merenung tepat ke wajah Nur Adriana yang kemerah-merahan itu. Tertunduk muka perempuan itu apabila dia berkata begitu. Salahkah dia suka perempuan itu memarahinya?Pastinya tidak. Kerana dia tahu apabila dia dimarahi Nur Adriana, dia terasa disayangi. Sudah lama dia tidak merasa dimarahi orang. Mama pun tidak pernah memarahinya.
“Tadi muka cemberut sangat. Sekarang ni ceria pulak. Kebudak-budakkan betul awak ni!”cebiknya.
“Awak nak tahu, Adriana…”belum Zeril Iskandar menyambung ayatnya, dia memintas. “Saya tak nak tahu pun.”Nur Adriana berpeluk tubuh sambil kepalanya mengadap dinding.
“Awak ni, saya belum habis cakap lagilah.”Zeril Iskandar menggeleng-gelengkan kepala. Mulut Nur Adriana terheret ke tepi. Bengang.
“Saya tak pernah dimarahi sesiapapun selama ini. Awaklah orang pertama yang memarahi saya.”katanya dengan suara yang cukup perlahan.
Nur Adriana menjeling Zeril Iskandar dengan ekor matanya. “ Yelah, sangat.”ujarnya sinis. “Tipulah kalau orang tak pernah marah awak. Habis, cikgu awak kat sekolah tu takan tak pernah marah awak kut?”
“Tak pernah. Dulu saya bersekolah di private school. Bukan sekolah di tempat orang kebanyakan. Kan saya anak orang kaya.”kata Zeril Iskandar dengan bangga.
Dulu dia bersekolah di Kolej Tunku Jaafar, Negeri Sembilan. Mama hantarnya ke situ supaya dia dapat menumpukan seratus peratus pada pelajaran kerana di situ memang mengutamakan bidang pelajaran berbanding bidang lain. Hatinya gembira berada di situ kerana di tempat itulah dia berjumpa pertama kali dengan Irma Amanda dan ditempat itulah dia memulakan percintaan dengan perempuan itu. Namun kini semuanya hancur berkecai. Teman wanita yang dicintai telah menjadi tunangan orang. Harapannya untuk mendirikan rumahtangga bersama perempuan itu musnah.
Private school? Wah, dahsyat tu. Duit banyak memang dapat masuk sekolah tu. Orang kebanyakan macam saya manalah mampu nak masuk private school.”kata Nur Adriana merendah diri.
Zeril Iskandar tersengih. “Tapi jujur saya cakap, memang saya tak pernah dimarahi sesiapapun didunia ini. Mama dan papa saya pun tak pernah marah saya. Saya aje yang suka marah orang.”dia tergelak kecil.
Beruntung Zeril Iskandar. Dia apa yang untung? Rugi adalah. Waktu di penjara dulu, selalu dia kena marah sekirannya dia terlambat bangun solat subuh. Waktu pagi memang susah dia hendak bangun terutama bila dia cuti kerja. Kalau bangun pun, bangun sekejap aje. Lepas tu balik dibuai mimpi. Sembahyang pun ditinggalkan.
“Awak marah macam singa mengaum. Kalau boleh nak bagi kemarahan awak tu semua orang boleh dengar. Nasib baik awak marah saya masa dadah kat lorong tu tak ada. Kalau tak dah lama awak kena ‘inject’ dengan ? dadah.
“Saya marah teruk sangat ye? Itulah, siapa suruh usik kereta saya. Kereta tu limited edition, susah nak dapat tau. Sembarangan orang tak boleh pegang dan sentuh walau secalit pun.”
“Ala, awak jangan cakap besar. Allah tarik balik nikmat yang awak bagi tu baru padan muka. Menyesal tak sudah nanti. So, jangan riak sangat.”balas Nur Adriana diselangi dengan sedikit teguran. Lelaki ni terlalu angkuh sangat dengan apa yang dimiliki. Syed Bukharry, billionair melayu pun pakai kereta perdana aje bila bekerja. Tak ada pun nak angkuh macam dia ni.ngomelnya dalam hati.
Zeril Iskandar terdiam. Dia terlalu angkuh ke bila bercakap? Aduhai…kena marah lagi dengan Nur Adriana. Tapi takpe, marah Nur Adriana kan best?  Dia suka perempuan itu memarahinya dan dia terasa makin disayangi! Ah! Indahnya perasaan ini…
“Diam, diam tu maknanya betullah awak cakap besar kan? Lepas ni jangan sekali-kali nak cakap besar dengan saya. Saya luku kepala awak macam tadi, nak?”gertak Nur Adriana.
Zeril Iskandar ketawa kecil. “Tak nak…tak nak. Sumpah saya tak cakap besar depan awak tapi bila cakap dengan orang lain, insyallah saya akan berlagak.”tidak semena-mena Nur Adriana mengangkat tangan ke atas.
“Nak kena luku ke?” terjengil matanya.
Zeril Iskandar mengangkat selimutnya hingga naik ke kepala. Takut kena luku kepala, baik dia selimutkan diri.
“Tau takut.”kata Nur Adriana dengan nada angkuh. “Dah, saya ada kat sini. Awak tidur sekarang. Esok pagi nak bangun awal.”tegas suaranya memberikan arahan. Zeril Iskandar menurunkan selimutnya hingga ke paha.
“Awak jangan luku kepala saya. Kalau tak, saya tak nak tidur.”
“Mengada-ngada punya lelaki.”cebik Nur Adriana geram. “Dah, tidur sekarang.”arahnya lagi.
“Yelah…yelah. Saya tidur. Awak temankan saya ye. Jangan balik rumah lagi tau. Awak tunggu sampai saya selesai pembedahan baru awak boleh balik rumah.”pesan lelaki itu. Dia mahu Nur Adriana dekat dengannya.
“Hesy, mengada-ngada betul lelaki ni.”gerutunya lagi. “Tidurlah, saya temankan.”
“Okey, selamat malam sayangku…Nur Adriana.”Zeril Iskandar tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Sengaja dia memanggil Nur Adriana sayang. Itu langkahnya yang pertama untuk memenangi hati perempuan ini.
Nur Adriana merengus. “Tidurlah! Otak dah mereng kut nak panggil sayang malam-malam ni.”
Zeril Iskandar mula baring. Matanya dipejamkan dengan senyuman melebar. Tidurnya malam ini diselangi dengan senyuman. Hatinya gembira malam ini. Indahnya bersama Nur Adriana…
*****
Sejam sebelum waktu subuh menjelma, mata Zeril Iskandar terbuka tiba-tiba. Terkebil-kebil dia menahan cahaya lampu siling di atas katilnya. Kepalanya tidak larat untuk berpusing ke kiri dan kanan.
“Argh…kenapa aku bangun awal ni?”dalam keadaan lemah, dia berkata sendiri. Terasa ingin tidur kembali tetapi matanya tidak mampu untuk menutup semula. Entah kenapa, dia teringin melihat wajah Nur Adriana. Di mana perempuan itu sekarang? Dah balik rumah ke?
“Kalau dia balik, sedihnya aku sorang-sorang kat sini. Nur Adriana, di mana engkau berada sayang?”sayu suaranya. Terasa mahu menangis di kala ini.
Tidak semena-mena, airmatanya jatuh melurut ke pipi. Argh! Dia menangis lagi. Tangan kanannya diangkat untuk mengesat airmata, namun dia tergamam. Ada benda disebelahnya yang seakan-akan helaian rambut. Rambut? Rambut Nur Adriana ke?
Dengan payah, dia memalingkan sedikit kepalanya ke kanan. Memang benar! Rambut itu memang milik Nur Adriana.
Tangannya perlahan-lahan diangkat lalu disentuh lembut ubun-ubun milik Nur Adriana. Jika perempuan ini tahu dia memegang rambutnya, pasti dia akan dimarahi dengan teruk.
“Sayang, walau apapun yang terjadi…jangan tinggalkan Zeril ye. Zeril sayang Nur Adriana.”bergetar suaranya. Akhirnya keluar airmata lelakinya. Sesungguhnya, tiada perempuan lain yang akan bertakhta dihatinya. Hanya Nur Adriana seorang sahaja yang mampu memiliki sekeping hati miliknya.
Dia tidur kembali dengan perasaan sedih yang terbuku dihatinya. Airmata yang mengalir di tubirnya dibiarkan. Biarlah airmata ini hilang dengan sendirinya.
*****
Pintu bilik Zeril Iskandar diketuk dari luar. Ketukan yang agak kuat itu menyedarkan Nur Adriana yang lena dibuai mimpi di atas tilam Zeril Iskandar. Masya-Allah…aku tertidur kat sini rupanya. omelnya sendiri.
“Siapa tu?”jeritnya dengan nada mendatar. Dia bangun malas sambil menonyoh sepasang matanya. Mengantuknya tak hilang lagi. Rasa belum puas lagi dia tidur.
“Nur Adriana, bukak pintu. Prof. ni.”kata Prof. Dr.Azmi dari luar.
Mata Nur Adriana segar tiba-tiba. Prof.Dr.Azmi? Dia segera melangkah menuju ke depan pintu lalu dikuak lebar. “Nak apa, Prof?”
“Saya ambikkan air wuduk untuk Zeril Iskandar. Sekarang dah waktu subuh.”ujar Prof.Dr.Azmi. Kedua tangan doktor itu sudah tersedia mangkuk bulat berisi air. Mata Nur Adriana terbeliak. Dah waktu subuh? Astagfirullahalazim…lamanya dia tidur kat sini! detiknya dalam hati.
“Dah subuh ye, Prof. Saya tak perasan dah masuk waktu subuh.”Nur Adriana menepuk dahi.
“Kat sini mana bunyi azan mestilah awak tak dengar. Awak tidur kat sini ke?”Prof.Dr.Azmi mula masuk. Nur Adriana lantas menutup pintu.
“A’ah. Saya tak sedar saya tidur sini tadi. Ingatkan bila Zeril Iskandar tidur, dapatlah saya tidur dalam kereta saya kejap. Tak sangka pulak saya tertidur kat sini.” rambutnya dirapikan agar kembali kepada asal. Rambutnya memang agak selekeh apabila tidur. Mujur Zeril Iskandar tak perasan dia tertidur kat tepi dia. Kalau tak, mana dia nak letak muka ni. First time tau tidur dengan lelaki sebelah menyebelah ni. Ya Allah, maafkan hambamu kerana tidak sedar akan perkara ini. Dia janji dia tidak akan tidur lagi disebelah lelaki yang bukan mahramnya.
“Awak pergilah solat dulu kat surau. Biar saya kejutkan Zeril Iskandar.”pesan doktor lelaki itu. Dia mengangguk. Okey jugak tu. Bolehlah dia menunaikan solat subuh di surau.
“Saya pergi dulu ye, Prof. Nanti saya datang balik.”katanya dengan lembut sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
Prof.Dr.Azmi mengangguk. Selepas Nur Adriana keluar dari bilik itu, dengan segera dia mengejutkan Zeril Iskandar.
“Zeril Iskandar, bangun. Dah subuh ni. Awak kena solat.”ucapnya lembut. Dia menyentuh lembut badan Zeril Iskandar.
Zeril Iskandar bagaikan terbuai apabila ada seseorang memegang tangannya. Ah! Mesti Nur Adriana ni. Dengan pantas dia menangkap tangan itu. Dibawa tangan itu ke mukanya.
Prof.Dr.Azmi terkejut. Dia pantas menarik tangannya kembali. “Apa awak buat ni, Zeril?”jerit doktor lelaki itu. Hampir terjatuh mangkuk yang dipegang. Tidak semena-mena Zeril Iskandar membuka mata. “ Ya Allah, Prof. Saya terpegang tangan Prof. ke?”
“Awak ni gila ke apa? Awak ingat siapa yang pegang tangan awak? Nur Adriana ke?”geli rasanya apabila tangannya dibelai jantina yang sama dengannya.
“Sorry, Prof. I’m so sorry.”Zeril Iskandar memohon ampun.
“Hesy, Adriana nampak ni mesti dia gelak kat awak.”Prof.Dr.Azmi mengeleng-gelengkan kepala. “ Dah, bangun. Sembahyang. Lagi satu jam lagi awak nak kena buat pembedahan. So, dalam sejam tu awak kena berpuasa sebab nanti awak kena suntik ubat bius. 
“Saya kena puasa, Prof?” Zeril Iskandar terkejut.
“Prof.Dr.Azmi mengangguk. “Yup. Itu perkara biasa bagi seorang pesakit sebelum menjalani pembedahan.”ujarnya.
“Nur Adriana mana, Prof.? Saya tak nampak pun dia?”Zeril Iskandar mula risau.
“Saya suruh dia solat kat surau.”balasnya dengan senyuman terukir. “Kenapa awak tanya? Awak nak sembahyang dengan dia lagi ke?”soalnya.
Memanglah nak, siapa yang tak nak sembahyang dengan perempuan kesayangan kan?katanya dalam hati.
“Taklah. Saya saja tanya aje.”jawabnya dengan nada perlahan. Kempunan dia nak sembahyang dengan perempuan kesayangannya. Hmm…
*****
Selesai menyudahkan solat subuh dua rakaat, Nur Adriana bersandar di dinding surau. Lambat juga dia sembahyang subuh hari ini. Dah nak pukul tujuh pun. Matanya terasa mengantuk. Tetapi dia kena tahan mata. Selepas solat subuh, mana boleh sambung tidur.
“Hmm…kejap lagi Zeril Iskandar nak kena bedah. Aku pulak kejap lagi kena balik. Harap pembedahan dia berjalan lancar.”katanya seorang diri. Tiada penghuni didalam surau ini, dapatlah dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
“Nak teman dia ke tak?”fikirnya. Nak teman boleh aje. Kalau sampai masuk dalam bilik pembedahan, memang dia tak dapat nak tunaikan permintaan Zeril Iskandar. Kemungkinan besar Wan Zubair akan turut serta menjadi doktor pembedahan tersebut. Dia tak ingin untuk bertembung dengan lelaki itu. Hatinya sakit, jiwanya pedih. Dah putus tunang ni, lebih baik dia menjauhkan diri. Dia tahu Wan Zubair akan mencarinya.
“Tak boleh…tak boleh. Aku tak boleh temankan dia. Aku mesti bagi tahu dia secepat mungkin.” katanya lagi.
Dia mula bangkit. Tak jadilah nak rehat kat sini. Baik dia balik rumah. Wan Zubair pun mungkin dah nak sampai, ada baiknya dia pulang ke rumah dan merehatkan diri sepuas-puasnya.
Selipar disarungkan ke kaki dan dia teruskan langkahnya kembali semula ke bilik Zeril Iskandar.
Apabila masuk di lorong bilik Zeril Iskandar, riak wajahnya berubah. Kakinya kaku tidak bergerak. Orang itu! Orang itu dah datang!!
Ya, Allah. Aku tak sanggup menemui dirinya. Rintihnya dalam hati. Dia segera menyembunyikan diri disebalik dinding. Dia menarik nafas panjang.
Zeril Iskandar, selamat tinggal! Semoga pembedahan awak berjaya.

4 ulasan:

Unknown berkata...

sambung lagi akak! :)

Nur Daeya berkata...

Insyallah akk smbung smula..tp nnt dlu sbb nk smbung karya lama akk.. ;)

coretanku berkata...

wah eya wat stop kat debar2 ni hahaha .. hmmm terjumpa ke tak agaknya ngan wan tu ? best dek :)

Nur Daeya berkata...

stop kejap aje..insyallah mggu dpn eya smbung blik..tunggu ye..