Isnin, 3 Jun 2013

BAB 43 Pulanglah Padaku




“Kau jangan nak bergurau time sakit ni. Ada pulak nak suruh aku kahwin dengan kau. Gila ke apa?!”kutuk Dhia, ketika dia masuk ke dalam perut kereta dan duduk di tempat pemandu. Rayyan Zikri terpaksa mengalihkan tempat duduk di sebelah pemandu agar membolehkan sahabatnya membawa kereta.
“Aku cakap serius lah. Kau jadi ajelah isteri aku. Aku tak nak orang lain. Aku nak kau aje.”sayu suara Rayyan Zikri.
Dhia mendengus kuat. Dia berpaling ke arah sahabatnya yang sedang berbaring. “Kalau kau nak aku bawa kereta ni, kau kena senyap. Tak senyap aku tempeleng muka kau.”dengan sahabatnya tidak perlu bercakap formal. Just be yourself!
Rayyan Zikri terdiam. Garangnya Dhia time ni! Dia cakap secara serius pun kena marah jugak? Ish…ish…Terpaksalah dia men ‘zip’ kan mulutnya daripada dimarahi sahabatnya.
“Kau rehat. Aku bawa kau pergi hospital.”jawabnya dengan nada mendatar. Sudah berapa bulan dia tidak memandu kereta. Dulu bekas suaminya yang kerap kali memandu kereta. Katanya, sebagai suami tanggungjawabnya adalah menjaga keselamatan isteri. Dan kerana itulah keselamatan pergi dan balik dari kerja dijaga penuh bekas suaminya.
Namun kini, semua itu sudah tiada lagi. Bekas suaminya telah meninggal dan keselamatan dirinya setelah bekerja di syarikat baru sudah tiada lagi. Hanya abang Razree yang meneruskan ‘perjalanan’ yang dilakukan bekas suaminya.
“Dah sampai, bagi tahu aku tau.”ujar Rayyan Zikri sebelum dia menutup mata untuk menyambung rehatnya. Mujur Dhia datang bertemu dengannya. Jika tidak, sampai ke esok dia akan ‘menetap’ di sini.
Dhia memalingkan wajahnya tepat ke muka lelaki itu. Perasaan sayu bermukim dihati. Kesian lelaki ini. Kesakitan yang dihadapi sahabatnya seakan menjalar dalam tubuh badannya. Pasti lelaki itu meng kesakitan sebelum dia tiba ke kelab ini.
            Perlukah dia menelefon nenek untuk memaklumkan tentang kesakitan Rayyan Zikri? Itu sudah tentu! Mungkin nenek akan memaafkan sahabatnya jika tahu ada sesuatu telah berlaku pada lelaki ini.
            Sewaktu dia menghidupkan enjin kereta, matanya tertancap pada dua manusia yang keluar dari lobi utama kelab itu. Kelihatan seorang lelaki sedang memaut tubuh seorang gadis yang kelihatan agak lemah.
            “Eh, macam kenal aje.” Matanya dikecilkan bagi meneliti dua manusia yang sedang berpeluk erat. Kereta mula bergerak dan wajahnya berpaling ke kiri.
‘Nur Imani dengan Adam lah…,’ Matanya terbuntang. Mujur cermin kereta milik sahabatnya gelap, tidaklah dua manusia itu melihat diri mereka berdua di dalam kereta.
Nur Imani dan Adam Muhammad ada affair ke? Bisik hati Dhia. Dia menelan airliur sedalamnya. Wajahnya dikalihkan ke kanan dan merenung wajah sahabatnya yang masih memejamkan mata. Kalau Rayyan Zikri tahu teman wanita dia ada affair dengan rakan sendiri, teruk Adam Muhammad dikerjakan!
Tidak mahu menunggu lama, dia terus bergerak keluar dari Kelab Golden Sun. Hatinya tertanya-tanya, adakah Rayyan Zikri membuat temujanji di kelab ini dengan Nur Imani dan Adam Muhammad? Mungkin perkataan someone special itu adalah Nur Imani dan Adam Muhammad?
****
“ Kau okey ke tak ni? Tanya Adam Muhammad sewaktu memapah Nur Imani keluar dari lobi utama kelab Golden Sun.
“Macam manalah nak okey, Adam. Sakit badan aku bila jatuh lantai tadi. Natasha mana?”
“Dia pergi ambil barang kau kat dalam bilik persalinan, sambil tu pujuk Ramzi supaya benarkan kau balik awal.”
“Aik? Bukan aku dah cakap kat dia ke yang aku nak balik? Kenapa pulak nak pujuk mamat tu pulak? Hairan aku.”
Riak wajah Adam Muhammad berubah. “Actually, dia bukan setakat pujuk aje. Dia nak mohon maaf bagi pihak kau sebab kejadian tak terduga tadi.”katanya sebaik sahaja mereka berdua sampai didepan kereta. Dia membukakan pintu belakang untuk Nur Imani duduk.
Perlahan-lahan Nur Imani melabuhkan punggungnya di tempat duduk. Feather Boe yang berada di lehernya ditarik keluar dan dicampak ke tepi.
 “Hmm…bagus juga tu. Aku malu gila tadi. Ada ke patut si Ray tu tampar aku depan tetamu? Malu aku beb! Entah macam mana dia boleh tahu aku penyanyi kat situ.”dengusnya.
Adam Muhammad mengetap bibir. ‘Aku lah tu yang bagi tahu dia.’monolognya dalam hati.
Sesudah Adam Muhammad duduk di bahagian pemandu sambil menunggu kekasih hatinya, dia menghidupkan enjin dan membuka air cond agar Nur Imani tidak berasa panas apabila berada di keretanya.
“Kau rehatlah dulu. Aku tahu badan kau tak sihat lepas jatuh tadi.”
Nur Imani tiba-tiba melepaskan hela nafas yang kuat. Tangannya disilangkan. “Seriously, aku betul-betul pelik bin hairan ni. Mana mamat tu tahu aku kerja kat sini hah? Kepala aku asyik terfikir aje siapa yang bagi tahu mamat tu.”
“Kalau aku dapat tangkap siapa yang kasi tahu mamat tu, memang aku lempang dia puas-puas!”sambungnya lagi dengan nada marah.
Adam Muhammad mengetap bibir, kuat. Stereng kereta didepannya digenggam seerat mungkin.  ‘Nak cakap ke tidak yang dia yang bersalah dalam hal ni? Karang kalau tak cakap, dia syak bukan-bukan pulak kat aku nanti.’ Desisnya.
“Err…sebenarnya aku…”tergagap-gagap dia berkata. Nur Imani di belakang sudah mengangkat kening, mahu tahu apa yang rakannya mahu katakana padanya.
Tidak semena-mena Natasha muncul di luar pintu kereta. Adam Muhammad seakan melepaskan keluhan lega. Bersyukur kerana kekasihnya datang tepat pada masanya.
Natasha membukakan pintu di sebelah Adam Muhammad dan terus duduk sambil menghembuskan nafas. Penat dia berlari ke sana ke mari semata-mata untuk mengambil barang-barang Nur Imani.
“Nah Imani. Ni barang-barang kau.”dia memberikan beg tangan dan beberapa baju khas untuk Nur Imani yang ditaja kelab itu.
“Ramzi ada cakap apa-apa tak pasal tadi? Aku dapat rasakan dia marah kat aku sebab rosakkan majlis Hi-Tea petang ni.”
“Memang Ramzi marah pun. Aku suruh dia minta maaf bagi pihak kau kat depan tetamu yang datang tu.”
“Hmm…dah agak dah. Ramzi mesti marah punya. Siapa yang tak marah kan bila majlis tiba-tiba hancur disebabkan seorang lelaki?”
Mata Natasha dan Adam Muhammad pantas bertembung antara satu sama lain. Mereka jadi gelisah. Patutkah mereka menjelaskan hal sebenar?
            “Imani, aku rasa bersalah nak cakap pada kau sebenarnya…,”
            “Korang ni kenapa? Aku tengok wajah korang macam nampak hantu aje. Ada apa-apa yang aku tak tahu dari korang ke?”sindir Nur Imani. Dari dia masuk kereta bersama Adam Muhammad tadi dia sudah melihat perubahan pada mimik muka lelaki itu. Ini pula, rakan rapatnya yang kelihatan lain macam tatkala  dia bercakap pasal majlis itu.
            Adam Muhammad berfikir inilah masanya untuk dia menjelaskan perkara sebenar. Dia memukul sedikit tangan kanan Natasha yang memandang wajahnya. “Biar I cakap.”ujarnya perlahan.
            “Hesy, korang ni kenapa hah? Aku hairan betullah dengan korang ni. Nak cakap, cakap ajelah.” Nur Imani yang mahu merehatkan diri segera berbaring diatas kerusi dengan mulutnya disengetkan. Bengang betul dia tengok reaksi muka rakan-rakannya itu.
            “Nur Imani, sebenarnya aku yang bagi tahu Ray tentang majlis hari ni. Dia yang paksa aku jelaskan segala-galanya. Aku terpaksalah bagi tahu.”
Nur Imani membulatkan mata ketika dia khusyuk mendengar ayat Adam Muhammad. Rasa sakit yang menimpa badannya terasa hilang serta-merta. Dia bangkit dari pembaringan dan terus merenung kedua-dua rakannya yang kelihatan menunduk di bawah.
            “Err…aku …tak salah dengar kan?”Nur Imani menjawab dengan suara yang tergagap-gagap. “ Aku…tak salah dengar kan?!!”tempiknya dengan kuat.
Berdesing telinga Adam Muhammad dan Natasha yang duduk di depan. Nur Imani dah mula marah itu. Habislah…
Terpaksalah mereka berdua tahan telinga dengar leteran Nur Imani selepas ini!!
******
Hujan yang turun lebat sebentar tadi sudah semakin berkurangan. Dhia bersyukur kerana mereka berdua sampai di Taman Desa Medical Centre, salah sebuah hospital yang berhampiran dengan Jalan Klang Lama.
“Kau tunggu kejap, aku pergi ambil kerusi roda untuk kau.”ucap Dhia setelah Rayyan Zikri tersedar dari lena.
Rayyan Zikri yang masih dalam keadaan mamai masih sempat lagi membuat muka sedih. Dhia menjungkitkan kening.
“Kau kenapa? Aku nak ambil kerusi roda untuk kau lah…,”
“Kau nampak cantik bila pakai selendang. Kau ada pergi mana-mana tanpa pengetahuan aku ke?”lemah nada suara Rayyan Zikri berkata.
Dada Dhia berdegup laju. ‘Ray kata aku cantik? Huu…lelaki ni memang pandai mengayat! Kau tak boleh lemah depan dia, Dhia!’
“Ewah…ewah…sempat lagi puji aku cantik. Aku pakai macam ni pun kau kata cantik?”dia menyoroti keseluruhan pakaiannya. Hanya baju kurung yang berwarna ungu cair tanpa sebarang mekap di wajah. Dia rasa pakaiannya hari ini biasa-biasa sahaja.
“Kau memang cantik, Dhia. Sumpah aku tak tipu. Aku cakap ikhlas ni…,”ucap Rayyan Zikri.
Dhia mengeluh. Tidak jadi dia keluar dari kereta. “Terima kasihlah sebab sudi puji aku cantik. Aku appreciate sangat. Aku pakai baju kurung hari ni bersebab Ray…,”
“Bersebab?”
Dhia menunduk sambil memainkan jari jemarinya. “Muz meninggal semalam…mayat dia baru dikebumikan tadi.”Suara Dhia berubah kendur. Kesedihan di hati datang menerpa.
Tidak semena-mena mata Rayyan Zikri menjadi segar-bugar. Dia tergelak kecil. “Kau ni, nak cakap pasal mati, agak-agaklah nak kaitkan bekas suami kau tu. Dengar Muz nanti, tak pasal-pasal kau kena marah teruk.”
“Aku cakap betullah. Mati bukan boleh dibuat main-main. Bekas ibu mertua aku pun meninggal jugak. Abang Raz, nenek dengan ibu aku semua dah tahu. Kau sorang aje yang tak tahu lagi.”
Rayyan Zikri terkaku disitu. Dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Seakan tidak percaya dengan apa yang meniti di bibir sahabatnya.
Merasakan yang sahabatnya tidak membalas kata-katanya, dia bertindak mahu keluar dari kereta itu. “Dahlah, aku keluar dulu.”ujar Dhia dengan suara yang sebak.
Rayyan Zikri terpana. “Eh, Dhia…!!”saat itu keluhan meniti dibibirnya. Muzzafar Ikram dan Mak Cik Halimah meninggal dunia? Innalillah…jadinya dialah orang terakhir yang tahu tentang kematian Muzaffar Ikram dan bekas ibu mertua Dhia?
“Hesy…aku mesti tahu selanjutnya tentang kematian Muz lepas dah settle doktor check kaki aku. Oh…patutlah Dhia pakai selendang dengan baju kurung hari ni. Ada majlis kematian rupanya.”katanya sendiri.
Lima minit selepas itu, Dhia datang membawa kerusi roda. Wajahnya penuh kehampaan. Rayyan Zikri hanya diam membatu dikerusi.
Dhia membukakan pintu selebarnya agar senang Rayyan Zikri duduk di kerusi itu. Payung dipegang seeratnya agar tidak jatuh.
“ Duduklah…doktor dah tunggu kat dalam tu.” Kata Dhia dengan nada perlahan.
“Hai…cepatnya kau buat ‘appointment’ dengan doktor tu. Aku ingat nak kena tunggu setengah jam.”perli Rayyan Zikri usai dia duduk di kerusi roda berwarna putih biru itu.
Dhia mendiamkan diri. Langsung mulutnya tidak terbuka untuk membalas kata-kata Rayyan Zikri.
“Dhia, kau marah ke aku bergurau dengan kau tadi? Sorry lah, Dhia. Jangan buat muka masam mencuka. Aku tak sukalah tengok kau buat muka. Senyumlah sikit. Senyuman kau cantik.”puji Rayyan Zikri.
Dhia mengeluh. Selang beberapa saat, dia kembali mengukirkan senyuman walaupun tidak selebar iklan Colgate. “Okey. Aku senyum walaupun sejujurnya hati aku sedang berduka.”
“Ala, kesiannya sahabat aku ni…jangan sedih-sedih ye. Ajal mereka dah sampai. Kita kena terima Qada dan Qadar. Aku pun sedih bila dengar dari mulut kau yang mereka dah meninggal. Apa yang dia buat pada kita berdua dulu, aku maafkan segala-galanya.”ucap Rayyan Zikri dengan nada sebak.
            Dhia masih lagi terdiam membisu.
Rayyan Zikri menghembus nafas. Dhia masih lagi diam? Hendak buat macam mana? Salahnya juga kerana tergelak didepan Dhia sewaktu sahabatnya serius memperkatakan tentang kematian mereka berdua. Timbul rasa serba-salah dihatinya.
            “Kau bawalah aku masuk dalam. Kaki aku tak tahan pedih ni.”sayu suara Rayyan Zikri memberi arahan. Sedih tatkala melihat bibir Dhia terkunci tanpa mahu menjawab sebarang kata-katanya.
            Dalam kesedihannya tentang sikap Rayyan Zikri yang tidak ambil serius dengan apa yang dikatakan tadi, dia terlupa tentang kesakitan di kaki kiri lelaki itu. Masya-Allah! Sepatutnya dia melupakan kesedihan dan kekecewaan itu dan memikirkan tentang kesihatan Rayyan Zikri. Kenapalah dia alpa sangat akan perihal kesihatan sahabatnya?
“ Sorry, Ray. Kita masuk bilik rawatan ye. Doktor dah tunggu kedatangan kau. Pesakit hari ni tak ramai yang datang membuat pemeriksaan. Lagi cepat doktor rawat kau, lagi cepat kaki kau sihat.”lunak suaranya memujuk Rayyan Zikri yang tidak menunjukkan sebarang senyuman.
“Kau teman aku…,”kata Rayyan Zikri sepatah. Di dalam hati, dia menjerit gembira kerana Dhia bercakap dengannya.
“Ye…aku teman kau. Teman sampai masuk bilik rawatan pun boleh.”rasa mahu pelangkung sahaja muka sahabatnya. Bila dah pujuk, mulalah mengada-ngada nak bagi arahan. Geramnya!!
Rayyan Zikri melebarkan senyuman. Sempat dia berpaling ke belakang dan mengerdipkan matanya. ‘Sukanya bila Dhia pujuk aku! Rasa macam di alam fantasi pula!’gelaknya dalam hati.
Kerusi roda Dhia tolak dengan rasa malas. Macam-macam peel betul si Rayyan Zikri ni. Menyampah betul!
*****
Dhia menahan sabar sewaktu Rayyan Zikri sedang dirawat diatas katil yang disediakan. Bengang betul dia dengan sikap sahabatnya yang terlebih ‘overdose’ itu. Tak faham betul dengan sikap mamat tu! Suka betul buat hatinya panas.
Sebelum masuk ke dalam bilik rawatan Taman Desa Medical Centre tadi, tidak putus-putus Rayyan Zikri merayu untuk memegang tangannya. Dia jadi bengang. Segan pula bila doktor dan nurse yang lalu-lalang di depan bilik rawatan itu tersengih-sengih melihat mereka berdua.
Sabar sajalah dapat sahabat yang berstatus lelaki!!
Sudah berkali-kali dia katakan pada sahabatnya tentang larangan memegang tangan perempuan atau gadis yang bukan mahram, lelaki itu masih degil. Makin ditegah, makin menjadi-jadi perangainya!
Selang lima belas minit kemudian, doktor berjaya memakai balutan pada sebahagian kaki Rayyan Zikri. Begitu teliti doktor cina itu memakai bandage pada kaki sahabatnya. Kelakar juga dia melihat sahabatnya mengerutkan dahi beberapa kali kerana bandage yang dipakai agak ketat.
“Done! Nanti you boleh ambik ubat di kaunter ubat. I akan bagi you tongkat.”kata doktor cina yang bernama Koh Seng Keat itu. Nurse yang berada di sisi doktor cina itu sudah bersedia dengan kedua-dua tongkat.
Rayyan Zikri mengeluh. Kaki kirinya dibelek dengan rasa hampa yang menggunung.
“Doc, I think I tak nak pakai tongkat. Tak best. Biar sahabat saya yang papah saya sampai masuk kereta.”ujar Rayyan Zikri sambil mengeyit kearah Dhia.
Dhia terkejut beruk mendengarnya manakala doktor dan nurse sudah tersengih-sengih.
Ray, kau ni kenapa degil sangat hah? Nurse tu dah sediakan tongkat, kau pula mengada-ngada tak nak pakai, Kau betul-betul sakit ke tak ni?"dengus Dhia geram. Perangai sahabatnya dari zaman universiti sehingga kini masih tidak berubah. Degil bebenor!

            Rayyan Zikri tersenyum nipis melihat mimik wajah sahabatnya. Dia tahu Dhia pasti geram dengan sikapnya.

            "Aku tak nak guna tongkat. Aku nak tangan kau yang papah aku sampai balik rumah. Boleh kan?"kata Rayyan Zikri dengan nada suara yang manja.

            Dhia membeliakkan mata. Marahnya membara ketika ini. 'Dia ingat aku ni isteri dia ke apa sampai sesuka hati nak suruh aku pegang tangan dia? Ada juga yang kena hempuk dengan tongkat nanti.'katanya dalam hati.

            "Eeii...kau ni memang sengallah, Ray. Mengada-ngada, macam budak kecil!!"marah Dhia. Malunya dia kat depan doktor dengan nurse bila sahabatnya berkata sedemikina rupa.
Rayyan Zikri tersenyum lebar. ‘Marahlah Dhia…marahlah selagi dirimu terdaya. Aku lagi suka tengok kau marah-marah daripada berdiam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa.’katanya hanya terluah dihati.

3 ulasan:

lee jee joong berkata...

Dek , wah lama sepi. Ray ngade. Nyampah huhu

nur daeya berkata...

haha..Ray mengada2 ke?
Itu tandanya Ray suka kat Dhia!! hehe

Nana Nn berkata...

alahai ray.....
saje je ekk nk bermanja...
dh mcm kucing parsi plak ray ni..
hahahaha...

adakah cinta sudah berputik???
hishhh
saspen sungguh...
x sabo ni eya....
jgn saspen lama2
mau gugur hempedu...
hahaha