Rabu, 20 November 2013

BAB 4 JANGAN TINGGALKAN AKU



Alhamdulilah, dengan kuasa Allah perbicaraan kes perceraian Kyra selesai juga. Tidaklah Kyra perlu menangguhkan perceraian lagi.
Sebaik sahaja keluar dari bilik yang dikhaskan untuknya dan Khuzairi, dirinya berasa sangat tenang. Lebih tenang berbanding perkahwinannya dengan Khuzairi setahun yang lepas. Mungkin sebab tiada kongkongan dalam hidupnya lagi yang menyebabkan Kyra menjadi setenang ini.
Hakim dan berapa saksi yang berada didalam bilik tadi sudah pun keluar. Kini, tinggal mereka berdua sahaja di depan bilik itu. Senyuman tidak lekang dari bibir Kyra tetapi tidak pada Khuzairi. Masam sahaja wajah lelaki itu. Geram dengan akulah tu!
“ Khuzairi…” kali ini tutur kata Kyra lembut sahaja. Tidak seperti setengah jam yang lepas.
“ Kau nak apa dari aku? Tadi panggil aku daun kucai, lepas tu panggil aku Khuzairi pulak. Memang kau puaskan dapat ejek nama aku.” Khuzairi mendengus sambil tangannya mencekak pinggang. Marahlah tu! Kyra ketawa dalam hati.
“ Ala, Khuzairi. Kenapa awak suka marah ni? Dah tak hensem macam tadi. Muka pun nampak macam orang hilang akal. Relax lah.” Kyra sempat meneliti pemakaian Khuzairi yang tidak begitu kemas. Tadi lelaki itu bukan main smart lagi.
“ Kau cakap aku macam hilang akal? Kau gila ke apa?!” Marah sungguh Khuzairi ketika ini. Kyra tidak terasa langsung dengan kemarahan itu sebaliknya dia bersikap selamba sahaja.
“ Awak marah saya macam saya buat salah kat awak pulak.” Kyra menjeling manja.
“ Memang kau ada buat salah kat aku pun!” Kyra tersentap. Bila pulak aku buat salah kat dia ni? Takkan sebab aku tolak badan dia tadi pun jadi satu kesalahan? gumamnya dalam hati.
Rasanya selepas mereka bercerai, tak ada satu kesalahan pun dia lakukan pada Khuzairi. Kalau lelaki itu yang buat masalah pada dia, adalah.
“ Cakaplah apa kesalahan saya? Kalau ada, saya minta maaf ya.” Kyra berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding.
Khuzairi naik bengang. Dia mendekati Kyra dengan renungan yang tajam. “ Kau… pembunuh!” Kyra membeliakkan mata.
“ Apahal pulak awak kata saya pembunuh? Saya tak pernah bunuh orang pun.”pintas Kyra. Dia berani merenung mata Khuzairi.
“ Pembunuh anak aku!” Kyra termangu tanpa kata apabila Khuzairi berkata dalam nada berbisik. “ Ingat Kyra. Aku akan pegang janji aku sampai bila-bila yang aku takkan maafkan kau. Selamat menjanda, Amylia Nur Kyra. Aku pergi dulu.” Khuzairi mula berpaling daripada Kyra sebelum dia mengorak langkah untuk meninggalkan Kyra yang seakan terkejut dengan kata-katanya.
Kyra mengetap bibir. Perkataan anak yang diucapkan Khuzairi bagai mencarik ulu hatinya. Dia kata aku pembunuh? Desisnya dalam hati.
“ Nanti dulu, Khuzairi!”
Kaki Khuzairi bagaikan digam kuat tatkala Kyra memanggilnya. Tanpa berpaling ke belakang, dia mengerling ke tepi dengan kening yang terangkat.
“ Kau nak apa lagi?! Tak puas nak berlawan kata dengan aku?” penuh riak sekali kata-kata Khuzairi.
Kyra dengan yakin sekali menghampiri Khuzairi yang sudah mula teragak-agak. Nampaknya lelaki itu tidak mahu memandangnya lagi.
“ Saya tak nak berlawan kata dengan awak tapi saya cuma nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab sudi ceraikan saya. Tanpa perkataan cerai dari mulut awak, hidup saya takkan sebegini tenang. Betullah kata ibu saya, hidup dengan suami yang suka mengongkong membuatkan hidup kita akan berasa tertekan.” riang sahaja wajah Kyra berkata.
“ Kau cakap aku suka mengongkong kau? Aku bukan mengongkong kau. Aku cuma nak jaga kau.”potong Khuzairi. Dia akhirnya berpaling juga kearah Kyra.
“ Itu bukan namanya menjaga, Encik Khuzairi. Itu namanya membuatkan saya menjadi bertambah tertekan.” Makin sakit hati Khuzairi mendengarnya. “ Dahlah, saya nak balik dulu. Dah nak pukul dua satu ni. Balik lambat pulak, ibu saya marah. Selamat menduda ya, Encik Khuzairi.” gelak sakan Kyra sebelum dia berlalu meninggalkan bekas suaminya yang sudah tidak ada makna dalam dirinya lagi.
“ Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku ketenangan yang luar biasa ini.” sempat lagi Kyra menadah tangan semasa berjalan.
Khuzairi sudah tidak terkata apa. Dia melihat sahaja Kyra pergi meninggalkan dirinya. Kata-kata Kyra sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam di sudut hatinya. Benarkah aku ini suami yang mengongkong isteri? bisiknya dalam hati. Wajahnya menekur ke lantai marmar dengan rasa sebal.
***
Kyra pulang ke rumah dengan rasa gembira. Jika isteri yang diceraikan suami akan rasa berduka dengan perceraian yang baru berlaku, tetapi tidak dia. Keluar dari perkarangan Makhamah Syariah tadi, jiwanya berasa tenang yang amat sangat.
Sewaktu Kyra mahu membuka pintu rumah, dia dikejutkan dengan peti simpanan ringkas dalam telefon bimbitnya.
“ Siapa pulak yang mesej aku ni? Masa orang nak masuk rumahlah, baru nak hantar mesej. Sabar ajelah.”
The only way you get that fat off is to eat less and exercise more. Do your work hard to less your fat, okay? Haha ~ Yr ex
“ Kurang ajar betul si daun kucai ni. Ingatkan tak menyesal lagi nak mengata diri aku lepas dah lafaz cerai. Daun kucai memang nak kena dengan aku ni.” gumam Kyra dengan sedikit dengusan. Dia masuk dengan hentakkan kaki. Geram betul dia saat ini.
“ Kau tengok aku balas apa pulak kat kau ya daun kucai.”dia mula menekan kekunci pada telefon bimbitnya. Telefonnya bukan touch screen. Telefon biasa-biasa saja.
Khuzairi yang berada di dalam kereta ketawa terkekeh-kekeh keseorangan. Baginya, ayat yang diberikan kepada Kyra baru berapa minit yang lalu amat mengelikan hatinya. Itu sebab dia ketawa sahaja.
Namun, ketawanya mati dengan serta-merta apabila satu pesanan ringkas muncul di skrin telefonnya. Dia sudah agak pasti Kyra yang membalasnya. Dia buka pesanan ringkas itu lalu membacanya.
It's okay to be fat. So you're fat. Just be fat and shut up about it. Uwek!
Membuntang mata Khuzairi melihat setiap ayat yang diberikan Kyra. “ Dia kata aku gemuk? Sempat lagi dia tulis Uwek? Kurang ajar betul beruang ni!”  Khuzairi mengetap bibir. Niatnya kini hanya satu. Mahu menelefon Kyra. Tekadnya, dia mahu membalas pesanan ringkas Kyra tadi dengan kata-kata kasar dari mulutnya.
Sebaik sahaja Khuzairi menelefon Kyra, panggilannya dibalas dengan suara yang paling dibenci.
“ This is the voicemail that number 012…”
“Argh!” bergema suara Khuzairi dalam keretanya. Sudah jadi macam orang hilang akal sahaja dirinya. Kyra tutup telefon? Eii… beruang tu memang betul-betul menaikkan darahnya.
Kyra tahu selepas ini Khuzairi pasti akan membalas kata-katanya. Sebelum Khuzairi membalas kata-katanya, lebih baik dia off kan telefonnya. Tidak perlulah dia membaca lagi pesanan ringkas daripada Khuzairi selepas ini.
“ Ah, leganya dapat duduk sorang-sorang.” Kyra duduk berteleku di atas sofa tiga berangkai tanpa memasang aircond. Biarpun cuaca diluar agak panas, dia sengaja tidak membuka penghawa dingin tersebut.
Televisyen dibuka bagi menghilangkan rasa sunyinya di dalam rumah dua tingkat ini. Remote control yang terletak elok di atas meja empat segi berhadapan dengan sofa yang didudukinya dicapai.
Leka sungguh dia melihat skrin televisyen yang memaparkan program popular Wanita Hari Ini di tv3. Program sebegitu memang bagus untuk wanita sepertinya. Banyak ilmu dan panduan berguna yang boleh diperolehi daripada program itu.
Setelah lima belas minit dia leka dengan program popular itu, iklan mula menjengah. Dia mula merungut. “ Ala, baru nak dengar apa yang pengacara tu cakap tiba-tiba iklan. Benci betullah!”
Satu persatu iklan muncul membuatkan Kyra rasa bosan. Jika dibilang dengan jari, sudah sepuluh iklan yang tidak henti-henti muncul.
Tetapi satu iklan yang muncul sebelum program popular itu kembali membincangkan perihal kesihatan membuatkan Kyra terpaku seketika.
Agak ramai jugak pelanggan yang pergi ke Slim World dan paling dia terkejut tengok badan seorang wanita yang dipaparkan di skrin itu yang menurun lebih dua puluh kilogram dalam masa tiga bulan!
Wah, badan wanita itu lebih gemuk berbanding dia. Memang drastik sangat penurunan berat badan dia.
 Kyra meneliti badannya. Agak banyak lemak yang terkumpul di pinggangnya. Pahanya juga agak menggeleber. Walaupun anaknya hilang dalam perutnya, badannya tetap gemuk seperti sediakala.
Jika diambil kira, badannya memang seperti beruang. Betul juga kata daun kucai tu.
“ Hmm… rasanya aku perlu ke Slim World!”
Tekadnya hanya satu. Badannya yang tembam ini perlu dikuruskan. Biarlah duit banyak habis pun. Janji dia dapat apa yang dia mahukan.
“ Aku akan buktikan pada Khuzairi yang aku akan kurus dalam masa tiga bulan ni.” katanya sendiri.
Slim World… tunggu kehadiran Amylia Nur Kyra di tempatmu!

**Alhamdulilah....dengan rasa syukurnya, dapat juga eya siapkan en3 BAB 4 ni...Macam biasa, komenlah ya...
Komen Negatif / positif eya terima dengan sebaiknya ;)

Kalau nak berkenalan lebih lanjut ngn eya, pg kat sini ya :
 Add FB eya :  Nur Daeya
Group : karyanurdaeya
**Insyallah eya akan approve... ;)

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Best2..padan muka ngan kucai..tunggu la kyra dh slim..meletop abis..Haha..NEXT!! Hehe :)

Nur Daeya berkata...

alhamdulilah...ad jgk yg sudi komen.
insyallah lepas ni muncul Kyra yg bru plak ya! hehe

Unknown berkata...

mesti meletop n cantik mcm Erra Fazira lepas ni kan.hehehehehhe ok la kyra teruskan biar kucai terjojol mata tengok

Nur Daeya berkata...

insyallah kyra akn cntik mcm erra fazira! hehe..tunggu n lihat ajelah ya

Unknown berkata...

ai baru bc bab 3/4...
besttt..
pasti Kyra slim melim nti..
teruskan berkarya :)

Tanpa Nama berkata...

insyallah zamzurisz...kyra pasti akn slim melim!
Jom ke SLIM WORLD! haha

Tanpa Nama berkata...

make sure kyra is so beautiful sesangat biarkn si kucai tu menyesal hahaha..GO KYRA

Tanpa Nama berkata...

Dear Writer:
hahaha boleh saya tanya sapa nama male model tu?

Unknown berkata...

insyallah kyra akn soooo beautiful. kn dh msuk slim world! haha

Unknown berkata...

hehe...wahai cik pembaca :
nama male model tu x boleh bgthu laa...hehe...

Unknown berkata...

Best kak eya! Next chappy please? :D

Unknown berkata...

boleh aje ain...nnt akk bg ya..insyallah...

Hanae berkata...

slim world hehehe ..... lwk lah ^_^ best x sabar nk tau smbungan

Unknown berkata...

insyallah akan bersambung dlm bab 5..kyra akan slim nnt! haha

Nana Mohd Yasin berkata...

haaaa yalah
selamat menjanda dan selamat menduda


kongajo punya pencacai....
manis sungguh budi bahasa
cis..... aku musnahkan
kau dari dunia ini...

eya,
ini last warning yg pertama
jgn suka2 hati limpa pankreas
nk buat dorang rujuk balik ea
hati akak dh bengkak ni
melambak lelaki hot kat luar sana,
kalau x tau, akak jadi ejen cari
jodoh..... ahaksss....

best cite ni eya....
memey puasatijantungusus sume

congratssss yg telebey s

sila....sila... tuantanah
sambung.....
ngeh3......

UMMI berkata...

rasa nk hiris halus2 je daun kucai ni..haha

Tanpa Nama berkata...

hehe... hiris aje daun kucai tu, buat tauge goreng sedap!! haha