Sabtu, 17 Ogos 2013

PULANGLAH PADAKU BAB 13





Baru sahaja balik dari pasar bersama Puan Latifah, jiran sebelah rumahnya, dia mengenggam erat barang-barang mentah yang baru dibelinya dan terus masuk ke dapur mengikut pintu belakang rumahnya. Diselitkan senaskah surat khabar yang dibeli di kedai Pak Mat dicelah ketiak kanannya.
Apabila kakinya mencecah lantai dapur, dari jauh dia dapat melihat Dhia sedang khusyuk menonton televisyen. Mungkin anaknya tak sedar yang dia sudah menjejakkan kaki ke dalam rumah.

Barang-barang mentah yang dibawanya, diletakkan dengan penuh cermat diatas kabinet dapur secara perlahan-lahan. Dia tidak mahu Dhia tahu yang dia dah pulang ke rumah. Dia mahu mengusik anaknya. Biar dia terperanjat.

Surat khabar yang dikepitkan dicelah ketiaknya dialihkan ke tangan. Mungkin Dhia bosan duduk dirumah ini. Itu sebab dia duduk sahaja di depan kaca telvisyen. Dengan adanya surat khabar yang dibeli, bolehlah dia hilangkan bosan anaknya. Mana tahu, Dhia boleh dapat kerja yang lebih baik didalam surat khabar ini berbanding bekerja dengan bekas menantu tak guna itu?

Terhenjut-henjut Puan Suria berjalan. Penuh hati-hati pergerakannya. Dia mahu mengusik anaknya. Dia yang membelakangkan Dhia memerhatikan anaknya asyik menonton rancangan Sarapan di tv3.

Tiba dihadapan Dhia, Puan Suria mengetap bibir sambil tersenyum nipis. Tangan kanannya dengan pantas mencengkam bahu Dhia.

Dhia yang teruja melihat pengacara Haziq yang sedang makan dalam rancangan Sarapan, terkejut yang amat sangat apabila ada orang yang mencengkam bahunya. Nasib baik dia tidak cepat melatah.  Dia bangun dengan muncung di bibir.

“Ibu! Terkejut tau Dhia. Bila ibu balik? Dhia tak perasan pun?”Dhia memaut bahu ibunya. Dia tidak mampu nak marah ibunya. 

“Macam mana kamu nak perasan, tengok pengacara tu macam nak telan aje.”usik Puan Suria.

“Hesy, ibu ni. Dhia tengok Haziq makanlah, ibu. Tertelan air liur Dhia bila tengok dia makan.”

Puan Suria melihat sekilas pengacara itu makan dengan penuh keterujaan. Dia yang tengok pun tertelan air liur apatah lagi orang di luar sana.

“Sedap jugak tengok dia makan.”kata Puan Suria. Bila dia melihat pengacara itu maka, dia rasa tak sabar pulak untuk masak makanan tengah hari. Rasa-rasanya dia ingin membuat masak lemak cili api dan asam pedas ikan sembilang. Pasti anaknya suka.

Dhia tersenyum. Kan betul Haziq makan buat orang terpukau.

Puan Suria meletakkan surat khabar diatas meja kecil yang berbentuk empat segi didepannya. Selepas ini, dia mahu mengemas dapur sebelum meneruskan aktivitinya dengan memasak apa yang patut.

“Ibu beli surat khabar? Bestnya!!”katanya dengan gembira. Dia tidak lagi menghiraukan rancangan tv didepannya, sebaliknya dia memfokuskan ke surat khabar yang diletakkan diatas meja. Dah lama dia tidak membaca surat khabar.

Dicapai surat khabar itu lalu dibelek sekilas. Puan Suria yang tahu keinginan anaknya ingin membaca surat khabar, segera megambil remote control dan menutup televisyen.

“Ibu nak masuk dapur dulu ye. Nak masak untuk tengah hari nanti.”

Dhia menganggukkan kepala sambil tersenyum nipis. Diteruskan pembacaannya. Puan Suria  tahu anaknya tidak mahu diganggu, segera berpatah balik ke dapur. Jam kat di dinding dah pukul 10.30 pagi. Baik cepat kemas, nanti lambat masak pulak nanti.getus hatinya.

****

Dhia membelek setiap helaian surat khabar METRO dengan teliti. Setiap helaian yang dibaca, ada sahaja kisah yang menyayat hati. Yang paling meresap ke jiwanya, kisah perceraian artis popular yang berlaku selepas beberapa hari baru berkahwin. Disitu wartawan itu menulis yang artis popular itu diceraikan suaminya tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Kisah itu seakan-akan kena tepat pada batang hidungnya!. Diceraikan tanpa bukti yang kukuh, senang-senang sahaja bekas suaminya melafazkan ayat yang membuatkan tiang arasy bergegar! Tidak tahu sebab dan alasannya, dengan senang hati Muzaffar memanggilnya perempuan curang. Menangis air mata darah sekali pun tak akan mengubah kehidupannya yang dulu bahagia dan ceria, kini diselubungi kedukaan yang berpanjangan.
Sesudah habis membacakan keseluruhan cerita penceraian artis popular itu, dia membelek ke helaian seterusnya. Bulat matanya melihat perkataan yang terpampang di helaian itu.

        Classified
Iklan Mencari Kerja

Ini sudah bagus! Dari terperap duduk di rumah tidak berbuat apa, baik dia mencari kerja baru yang sesuai dengan kelayakan yang diperolehi. Meneliti satu demi satu pekerjaan yang disenaraikan dari kotak kecil yang tertera di situ. Matanya tertancap pada iklan yang diletakkan di paling bawah sekali. Iklan kerja di syarikat itu lebih besar berbanding iklan lain. Dia macam pernah dengarlah nama syarikat ni. Tapi dimana erk?

Mungkin syarikat ni terdesak sangat nak cari pekerja kut.detik hatinya. Diteliti setiap description yang diletakkan ke dalam iklan itu. Syarikat itu memerlukan coordinator dibahagian production untuk percetakan buku dan sumber-sumber lain.

Mungkin ini peluangnya untuk mencari pengalaman baru dan melupakan kenangan lama!Dengan semangat yang ada untuk bekerja, dia bangun dari sofa tiga berangkai itu. Apa yang diperlukan sekarang adalah mengambil pen dan kertas lalu terus mencatit nombor telefon yang tertera didalam iklan itu. Kalau koyakkan nanti, tak pasal-pasal kena marah pulak pagi ini dengan ibu. Baru beli, dah kena koyak.Hmm…

Setelah selesai mencatit nombor itu, dia simpan didalam poket seluarnya. Sekarang, dia mahu fokus ke televisyen. Menonton rancangan kegemarannya.

Ikutkan hatinya, dia ingin mengajak Rayyan bekerja sekali dengannya, dapatlah Rayyan menghantar dan membawanya pulang. Tidak perlulah dia bersusah payah menaki pengangkutan awam.

Rayyan? Itulah sahabat yang dia ada kini. Harap persahabatan diantara mereka akan berkekalan dan akan setia berdua.

Entah kenapa, hatinya berdebar-debar tatkala Rayyan mengenggam tangannya di lorong sunyi dua hari lepas. Jiwanya tak menentu. Dia rasa seronok apabila tangannya dipegang Rayyan. Jika boleh, dia mahu Rayyan memegang tangannya buat selama-lamanya. Namun, dia tahu. Sebagai seorang islam, dia perlu mematuhi syariat yang ditetapkan dalam islam dan dia tidak boleh langgar peraturan itu.

Dhia mengepal tangan kanannya lalu dibawa ke dada. Dia ras jantungnya berdegup kencang apabila nama Rayyan terbit di dalam hati. Takkan dia mula suka pada sahabat sendiri kut? Tersengih-sengih dia sendiri.

Apapun, dia tekad untuk mencari kerja dan membawa perubahan baru dalam kehidupannya setelah bergelar janda. Dia perlu buktikan pada Muzaffar yang dia seorang perempuan yang kuat dan rabah menghadapi dugaan hidup!

****

Rayyan bertemu Adam Muhaimen di kedai Ice Blended kegemarannya. Ada perkara yang dia perlu tahu dari rakan universitinya itu. Mengenai perempuan yang telah membuatnya terpaut secara tiba-tiba di lorong sunyi dua hari lepas, tempat dimana berlangsungnya racing diantara rakan-rakan lamanya.

“Kau nak minum apa?”soal Rayyan pada Adam tatkala pelayan restoran itu datang ke meja yang mereka duduki. Dia melihat menu yang tertera diatas meja itu. Air yang disediakan kedai ini memang sedap. 

“Bagi saya Chocolate Oreo satu ye. Tambah pearl sekali.”balas Adam. Mata lelakinya tertunak pada pelayan wanita itu sambil bibirnya menguntum senyuman. Pelayan wanita itu membalas senyuman Adam lalu dihalakan pandangannya kearah Rayyan.

“Baiklah. Encik ini pulak?”

“Emm..bagi saya yang sama macam dia lah. Chocolate Oreo. Cuma jangan letak pearl ye.”jawab Rayyan. Menu yang berada ditangannya diserahkan kepada pelayan wanita itu. Disertakan sekali wang tunai RM50. Pelayan wanita itu agak terkejut diberikan wang sebanyak itu. Namun, hanya sepatah yang Rayyan jawab…Keep the change! Biasalah, cucu nenek yang kaya. Duit senang aje keluar masuk. Sesudah itu, pelayan wanita itu berlalu dari situ. Adam memandang tepat wajah Rayyan.
“Kau nak apa jumpa aku pagi-pagi ni nak buat apa?”

“Aku nak cakap dengan kau pasal someone ni.”

Someone? Adam pelik. “Perempuan ke?”

Rayyan tersengih-sengih. Ulat bulu dah naik daun. Perangai gatalnya dah muncul balik! “Mestilah. Aku nak kenal dengan perempuan ni la. Aku baru jumpa dia dua hari lepas masa aku tengah menari kat atas bumbung kereta tu. Cantik siot perempuan tu.

“Perempuan yang mana?Masa aku ada kat sana, ramai jugak member kita yang bawa awek masing-masing. Kau ingat lagi tak muka awek tu macam mana?

Aku tak perasan sangatlah masa tu sebab aku menari kat atas bumbung kereta. Tengok wajah dia dari jauh ajelah. Tapi muka dia memang sweet sesangat. Buat hati aku tertawan aje.

 “Ala, kau ni. Tak adalah ramai sangat. Perempuan tu rambut dia panjang tapi dia ikat satu.”

“Semua perempuan yang datang hari tu kebanyakkannya berambut panjang. Cuba kau ingat balik yang mana satu?  Sebab malam hari tu, aku tak join kau menari kan? Aku duduk kat tempat lain.

“Aduh…macam mana aku nak beritahu kau ye? Aku pun dah lupalah rupa dia.”Rayyan menongkat dagu. Memikirkan bagaimana gaya gadis itu.

Tatkala Rayyan sibuk memikirkan tentang gadis itu, pelayan wanita tadi datang membawa minuman yang ditempah mereka berdua. Dia mula duduk menegak. Senyuman nipis dihadiakan kepada pelayan wanita itu. Dengan penuh hati-hati, pelayan wanita itu meletakkan dua minuman itu diatas meja. Rayyan dan Adam masing-masing mengucapkan terima kasih. Seraya itu, pelayan wanita itu berlalu dari situ dengan senyuman manis.

“Hah!” Rayyan mengetip tangannya. Baru dia ingat gaya gadis itu pada dua malam yang lalu.

Adam terkejut sedikit. Baru nak kacau Chocolate Oreo ni guna straw, Rayyan pulak mengejutkannya.

“Aku baru ingat! Tak salah aku, gadis sweet tu pakai cekak butterfly kat kepala.

“Cekak butterfly?”Adam berfikir sejenak. Setahunya, gadis yang bercekak butterfly ni tak salah aku Nur Imani, member awek aku. Aik? Takkan kawan aku ni minat perempuan kabaret kut?Biar betul dia ni.detik hatinya.

“Kau tahu ke tak ni?”soal Rayyan tidak sabar.

“Aku nak cuba ingatlah ni.”balasnya sambil mengerakkan jari di dagunya. Padahal dia kenal sangat perempuan itu. Siapa yang tidak kenal perempuan yang menyanyi dikelab malam pada setiap hari Isnin hingga Sabtu? Dia acapkali pergi ke kelab yang dinyanyikan gadis itu bersama Natasha, aweknya semata-mata untuk mendengar suaranya yang klasik itu. Natasha yang memperkenalkan Nur Imani sebagai penyanyi kelab malam itu. 

“Hesy, kau ni. Lama betul nak bagi jawapannya.”rungut Rayyan.

Adam merenung kawannya tajam. “ Aku kenal dengan gadis tu. Dia kawan awek aku. Dia guru sekolah rendah.”terpaksalah Adam berbohong. Bukan dia tidak tahu. Rayyan tidak suka dengan perempuan kabaret ini. Low class katanya. Tapi, bagus jugak kalau Rayyan minat kat gadis tu. Tak adalah asyik nak melilau mata memandang gadis-gadis yang cantik. Inilah peluangnya untuk membuat Rayyan berubah perngai playboynya dari meminati perempuan disekelilingnya kepada lelaki yang taat setia pada seorang gadis.

Rayyan membuat muka teruja. “ Yeke? Itu yang best. Dapatlah dia didik aku dan anak aku nanti.”Adam mengangkat kening. Biar betul member aku ni?

“Eeh, kau dengan dia belum kenal lagi, dah pandai nak cakap pasal anak. Kau ni dah angau sangat ke kat gadis tu?

“Hehe…aku rasa aku dah suka kat that girl lah.”Rayyan tergelak kecil. Malu-malu segan. Sambil tersipu malu, dia menghirup air yang tidak disentuh tadi.

“Amboi, kau ni. Cakap suka aje. Bila jumpa gadis lain yang lagi cantik dari Nur Imani tu, kau lupakan gadis tu pulak.”

Rayyan memuncungkan muka. Dia baru nak cakap pada Adam yang dia nak berubah jika dia dapat mengenali gadis itu. Tahulah dia yang Adam tak suka dengan sikap playboynya.

“Haa…buat muka macam tu. Aku lesing karang mulut kau tu.”ugut Adam. Rayyan mengetap bibirnya.
“Apa yang aku cakap ni betullah. Takkan aku nak main-main pulak. Aku serius tau.”

“Yeke ni?Adam mengangkat kening. Tanda was-was dengan kawannya.

“Kau nak aku lesing kepala kau pulak ke?”Rayyan mengangkat tangan.

Adam tergelak kecil.”Hehe..Tak nak…tak nak. Aku tahu kau luku kepala mengalahkan penukul kat rumah aku.”

Rayyan ketawa berdekah-dekah. Ada-ada aje kawan dia ni. “ Dah tu, yang kau tak percaya dengan aku kenapa?”

“Bukan aku tak percaya, tapi aku tengok sikap kau tak berubah lagi. Mata tu tak boleh tengok perempuan cantik sikit, terus nak minta nombor telefon.” ai ke tahap bercintan-cintun. Kau ni pun, aku nak berubah…kenalah slow-slow dulu.”

“Habis tu, kalau gadis yang kau nak kenal sangat tu setakat nak berkenalan ke atau nak jalinkan hubungn lebih serius?

Rayyan kembali membuat muka tersengih-sengihnya. Chocolate Oreo yang tinggal separuh itu dikacau berkali-kali. “Aku rasa aku seriuslah nak berkenalan dengan dia. Lagipun umur aku ni dah sesuai jadi ayah orang. Kalau dia sudi nak berkenalan dengan aku, aku janji aku takkan kacau perempuan lain lagi.”Tekad Rayyan penuh semangat.

“Betul ni? Aku tak nak dengar janji palsu.”

Rayyan mengangkat tangan kanannya. Lembut jawapannya.“Betul! I swear. Bedahlah jantung, x-ray lah hati kalau tak percaya lagi.”Adam mula ketawa berdekah-dekah melihat mimik muka Rayyan yang seakan lelaki lembut itu

“Aku percaya…aku percaya. “Adam menghentikan gelaknya. Dahlah, tak payah buat muka toya kau tu. Tak pasal-pasal gadis cantik lari bila kau buat macam itu. Tak senonohlah kau ni.”sambungnya lagi.

Mata Rayyan melilar melihat orang yang lalu-lalang dikedai ini. “Tak ada orang pandang kan?” Dia mula membuat muka serius.

“Ehem..ehem. Sorry-sorry. Aku over sikit tadi. Air aku dah habis ni. Jom lepak kat tempat lain.”Sudah tiba masanya, dia beredar dari situ. Duduk lama-lama disitu, panas punggungnya nanti.

“Bagus jugak cadangan kau tu. Aku pun malas nak duduk lama-lama kat sini. Apa kata aku bawa kau jumpa Nur Imani nak tak?”Tiba-tiba idea itu datang tanpa dipinta. 

Mereka berdua serentak bangun dari kerusi yang diduduki. Adam merapati Rayyan. Berjalan seiringan meninggalkan kedai Ice Blended itu.

Apabila Rayyan mendengar sahaja nama Nur Imani meniti keluar dibibir Adam, matanya bersinar-sinar. Dipaut bahu rakannya. Adam rasa geli. Sukalah tu bila dengar nama perempuan yang dia suka!
“Kita nak jumpa dia? Really?”

Adam hanya mengangguk. Geram pulak dia melihat sifat Rayyan yang penuh keterujaan itu. Macam tak pernah jumpa perempuan setahun!

“Yang kau paut bahu aku kuat-kuat ni, tak malu ke? Orang tengok tau! Nanti diorang cop aku dengan kau gay. Eeii..tak nak aku.”ditepis bahu Rayyan dengan selambanya. Rayyan tersengih-sengih bagai kerang busuk.

“Kau ni, nak bengang sangat apasal? Relaxlah,bro. Aku paut bahu kau sebab aku tak sabar nak jumpa Nur Imani tu. Mesti wajah dia lagi cute dari dua hari lepas. Tak sabar aku nak jumpa dia.”Mengeleng-geleng kepala Adam melihat telatah Rayyan yang keanak-anakan itu. Tak ada ciri-ciri maskulin langsung Rayyan sekarang ini.

Mereka berdua akhirnya sampai juga ke tempat letak kereta kedai Ice Blended itu. Masing-masing masuk ke dalam kereta. Kereta Rayyan yang bersebelahan dengan Adam memudahkan mereka untuk berhubung lebih lanjut. Rayyan segera membuka cermin tingkap keretanya. Adam yang berada sebelah kanannya turut membuka cermin tingkap tetapi disebelah kiri.

“Kau gerak dulu. Aku ikut kau dari belakang.”pohon Rayyan seraya dia membuka enjin kereta. Menderum bunyi eksoz Mitubishinya. Sengaja dia memakai kereta itu hari ini. Mahu nampak lebih powerful dimata perempuan yang melihatnya. Hendak memakai kereta Volvo, dia rasa nampak terlalu eksklusif dan formal sangat.

Okay…okay! Adam menunjukkan ibu jarinya kepada Rayyan. Tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Rayyan. Keretanya mula mengundur ke belakang. Rayyan hanya memandang sekilas pemergian Adam. Dia hanya menanti untuk meneruskan perjalanan. Cermin mata Emporio Armani dipakai dengan penuh gaya maskulin. Sempat lagi dia memandang side mirror untuk memastikan rambutnya rapi. Di touch-up rambutnya dengan menaikkan sedikit pacak agar terserlah kekacakannya. 

Setelah Adam berlalu pergi, dia segara mengerakkan keretanya dan pantas mengikuti Adam dari belakang kereta kawannya.

Tak sabar betul aku nak jumpa dia!katanya seorang diri. Penuh teruja.


Dalam kereta, Adam memandang cermin atas. Melihat Rayyan yang mengikutinya dari belakang. Peluang yang ada ini, dia perlu menelefon Natasha. Hanya aweknya yang boleh membantu dia setakat ini. 

Tangan kanannya kukuh memegang stereng kereta sementara tangan kirinya menyeluk poket seluar yang mengandungi telefon bimbit. 

“Tasha sayang…Bee ni.”ucap Adam manja setelah Natasha mengangkat panggilannya.

“Bee! Bee kat mana ni? Sayang tunggu tau. Kata nak teman sayang pergi shopping dengan Imani. Tak datang pun?”rungut Natasha sambil diiringi dengan rengekan manja. Biasalah, orang tersayang tiada disisi untuk menemankan dirinya, memang sikap manja akan muncullah. Terasa jugak ingin dihargai. Sekarang ni, dia berada bersama Nur Imani dirumah. Menunggu ketibaan Adam datang ke rumahnya dan mengambil mereka berdua shopping di Bukit Bintang.

“Sayang…so sorry. Bee bukan tak nak datang. Bee ada temujanji dengan Rayyan Zikri ni.”balasnya perlahan.

“Rayyan Zikri? Yang menang race tu ye? He’s was a great man!”puji Natasha tanpa berselindung. Dia pernah bertemu Rayyan Zikri sebanyak dua kali. Itu pun Adam yang memperkenalkan dirinya. Jika hendak dibandingkan dengan Adam, Rayyan Zikri lebih maskulin dan kacak. Teringin dia membuat match-maker diantara Rayyan Zikri dan Nur Imani. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Boleh jugak jika mereka menjalinkan hubungan. Daripada membiarkan Nur Imani bersendiri dan tiada teman, baik dia membantu Nur Imani mencari teman baru dan boleh menghilangkan rasa sunyi. Rayyan Zikri adalah lelaki terbaik yang perlu diperkenalkan kepada Nur Imani. Namun, adakah Adam dapat membantunya?

“Tengoklah kawan siapa.”ucap Adam dengan bangga. Dia tidak perlu cemburu apabila Natasha memuji Rayyan. Baginya, itu hanya pujian. Dia tahu Natasha mencintainya. Dan dia tidak perlu membuta tuli cemburu terhadap kawan sendiri.

“Bee bila nak datang ni? Sayang tak tahan nak pergi shopping ni.”rengeknya lagi.

Adam tersenyum nipis. Shopping aje kerja awek aku ni. Macam tak ada benda lain. “ Sayang, Bee ada kat dalam kereta ni. Bee ingat nak pergi rumah sayang lepas ni. Dengan Rayyan Zikri. Boleh tak?”

Natasha menjadi teruja. Matanya bersinar-sinar. Rayyan Zikri nak datang rumah dia? Wow! Ini peluang baik untuk dia memperkenalkan Nur Imani kepada Rayyan Zikri.

“Betul ni, Bee? Wow! I’m so impressed! Dapatlah Tasha dengan Imani tengok muka dia dengan lebih dekat. Mesti hensem terlebih ni!.”ujar Natasha dengan girang sekali. Terangkat badannya apabila Adam menyatakan yang Rayyan Zikri akan datang ke rumahnya.

Nur Imani yang sedang duduk diatas sofa sambil mengunyah keropok Twisties tersentak apabila namanya disebut.

“Tapi Sayang kena tolong Bee sebelum Bee sampai ke rumah Sayang. This is very-very important!”
“Important?”kening Natasha terangkat sedikit. Nur Imani yang berada disebelah berkata dengan nada perlahan didepan Natasha. “Kenapa?”

Natasha mengangkat tangan kanannya di bibir. Menyuruh Nur Imani senyap. Nur Imani akur. Dia duduk kembali menikmati makanan ringan tadi. Sambil mengunyah, matanya memerhatikan Natasha bercakap.

“Sayang kena pakaikan Nur Imani baju yang lawa dan cantik. Buat hati Rayyan Zikri tertawan.”

“Memang Imani dah pakai baju yang cantik pun. Seksi lagi tu.”jawab Natasha dengan selamba.

“Bee tak nak! Bee tak nak Nur Imani pakai yang seksi-seksi tu. Sayang pakaikan dia baju yang sopan-santun sikit. Macam yang dia pakai masa kat lorong sunyi tu.”

“Oh, yang tu ke? Okay…okay. Nanti Sayang beritahu Imani. Abang dah sampai kat mana tu?”

“Bee kat Highway Jalan Sri Permaisuri. Lagi sepuluh minit Bee datang. Suruh Nur imani cepat sikit ye. Rayyan ada kat belakang kereta Bee ni.”ujar Adam sedikit gopoh.

“Yeke?”Mata Natasha terbeliak. Dia memandang Nur Imani dengan perasaan gelisah.

“Betullah, Sayang. Bee nak tutup telefon ni. Nanti kita borak lagi ye bila Bee dah sampai rumah Sayang. Bye-bye ,sayang. Love you.”

Bye-bye, Bee. Love you too.”Sebuah kucupan dihadiahkan ke cermin telefon itu. Adam yang mendengar kuncupan itu membalas juga dengan membuat perkataan muah sebelum menutup telefon dengan senyuman lebar di bibir.

Adam meletakkan telefon di atas dashboard keretanya. Dia meneruskan perjalanan dengan senang hati. Hatinya lapang. Dapatlah dia menyembunyikan identiti Nur Imani. Rayyan Zikri! Maafkan rakanmu kerana terpaksa menipu untuk membuat kau berubah perangai playboynya.

***

“Siapa Rayyan Zikri tu?”soal Nur Imani ingin tahu. Apabila namanya disebut Natasha tadi, dia tergerak hatinya untuk mengetahui siapakah lelaki itu. Tadi dia dengar Natasha cakap pasal race. Lelaki yang menari kat atas bumbung kereta dua hari lepas ke? Yang padang muka aku tak berkelip tu? Kalau lelaki itu, memang aku suka giler-giler lah! Hensem siot!

Natasha meloncat kegembiraan. Membuatkan Nur Imani tergelak kecil dengan teman serumahnya.
“Kau kenapa ni? Gembira sangat aku tengok. Adam nak sampai dah ke?”

Natasha memegang kedua bahu Nur Imani. “ Kau nak tahu, Rayyan Zikri…yang race kat atas bumbung kereta masa menari tu dia nak datang rumah kita.”suaranya ceria sekali. 

Tepat tekaan Nur Imani bahawa Rayyan Zikri itu yang menari kat bumbung kereta dua hari lepas. Dia nak datang sini? Wow! Aku kena pakai cantik-cantik ni. Biar dia terpikat dengan aku.”monolognya dalam hati. Gembira tidak terkata.

“Wah! Ini yang best. Lelaki hensem tu.”Nur Imani pulak yang teruja.

“So, aku nak kau ikut aku naik atas, cari baju yang sesuai dan sopan-santun. Biar dia tahu kau ni gadis yang layak dan sepadan nak bergandingan dengan dia. Rayyan Zikri tu cucu orang kaya tau. Kau kena pikat hati dia. Jangan bagi dia lepas. Tawan hati dia sebagaimana kau tawan hati penonton kau kat kelab, faham?”jawab Natasha dengan tegas. Dia tidak mahu Nur Imani kesunyian lagi.

Nur Imani mengangguk pantas. Tersenyum lebar dia ketika ini.

“Sekarang ni, kau ikut aku naik atas. Cari baju yang sopan sikit. Bukan macam ni.”Natasha meneliti seluar yang dipakai Nur Imani. Short pants itu memang terlalu pendek. Kalau Rayyan Zikri nampak, terbeliak pulak mata dia tengok. Nanti dia tak percaya pulak yang Nur Imani ni guru sekolah rendah.
“Okay. Aku tukar. Kau carikan untuk aku baju yang sopan sikit. Jomlah, nanti dia sampai. Aku tak sabar ni!”luah Nur Imani tidak sabar. Natasha tersenyum simpul.

Mereka bergandingan mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Rumah dua tingkat ini riuh dengan dua suara yang penuh teruja.


BERSAMBUNG.. ;)





Tiada ulasan: