Rabu, 22 Mei 2013

BAB 41 Pulanglah Padaku




“Dhia, aku perlukan pertolongan kau. Tolong aku Dhia!”kata Rayyan Zikri sewaktu dia sedang berehat di kerusi pemandu. Dia menelefon Dhia tetapi panggilan itu hanya di peti pesanan suara. Dia kecewa. Telefon bimbitnya di letakkan di tempat penumpang.
Kereta Volvo yang dibawa dibiarkan terdampar di car park kelab Golden Sun. Dia tahu pekerja-pekerja yang duduk di pengawal keselamatan memerhatikan dirinya. Namun dia tidak kesah. Biarlah pekerja di situ mahu menjeling ke apa ke, janji dia ganggu hidup orang!
Kakinya diurut perlahan bagi mengurangkan kesakitan yang menimpanya ketika jatuh di depan pintu GS Live tadi. Dia mengharapkan sahabatnya akan datang ke sini dan membantu mengurut kakinya namun dia hampa. Dhia langsung tidak mahu mengangkat telefon.
“Dhia, aku perlukan kau untuk urut kaki aku…”sayu suaranya berkata. Kerusi pemandu pemandu yang dia duduk diturunkan sedikit ke bawah. Dia mahu memejamkan mata agar kesan kesakitannya dapat dikurangkan.
Kesan daripada menendang dinding belakang rumah nenek dan kini jatuh di depan pintu kelab itu menambahkan kesakitannya. Dia tidak mampu memandu kereta saat ini. Mahu meminta pertolongan dari Adam Muhammad, dia tidak mahu. Lelaki itu tidak layak untuk menyentuh seinci tubuhnya. Apatah lagi si gadis kabaret itu! Lagilah tak layak nak pegang tubuh dia!
Apa guna menjadi rakan sekirannya dia menipu kita dalam diam? Huh! Dia tidak akan sekali-kali memaafkan rakannya itu. Hatinya dah tawar dengan sikap lelaki itu. Kecuali rakannya itu betul-betul merayu dan memujuk dirinya.
Nur Imani? Jangan haraplah dia mahu berkasih dengan gadis itu lagi! Jika gadis itu mara ke depan, dia makin akan mengorak ke belakang!
Walaupun mata sudah dipejamkan, dia tetap merasa kesakitannya. Dia bangun dan mengambil minyak urut di dashboard. Hanya minyak urutlah harapannya untuk mengurangkan kesakitan di kaki.
Tanpa ditunggu lagi, dia segera meletakkan minyak angin itu di kakinya. “Aduh…sakitnya.”ujarnya berkali-kali. Dia mengerang kesakitan. Pedihnya apabila minyak urut yang agak ‘berangin’ di letakkan di kaki. Makin pedihlah gamaknya!
Tanpa disangka, air mata jernihnya mengalir keluar. Mujur tiada orang yang nampak akan kesedihannya. Buat kali pertamanya di menangis setelah dia meningkat dewasa. Kali terakhir dia menangis ketika ibu bapanya meninggal dunia sewaktu dia masih kecil.
“Dhia…bantulah aku!”dia memejamkan mata kembali. Hanya Dhia harapan untuk membantunya.
****
Dhia menangis di luar lobi kecemasan HUKM, tempat dimana mayat bekas ibu mertua dan bekas suaminya meninggal dunia . Sebak di dada tidak terucap tatkala melihat dua insan yang pernah disayanginya berada di dalam van jenazah yang berasingan.
Razree, ibu dan nenek menemaninya untuk memberi penghormatan terakhir buat Puan Halimah dan Muzaffar Ikram.
Van jenazah sudah  mula bergerak  ke tanah perkuburan yang berdekatan. Sebentar lagi, mereka berempat akan menuruti van jenazah itu dari belakang.
Pagi tadi, dia menerima panggilan telefon daripada salah seorang adik ibu mertuanya,  Mak Lang Rafika yang mengatakan Muzaffar ikram meninggal dunia di tempat kejadian. Panggilan yang mengejutkan itu membuatkan dia segera menyiapkan diri untuk ke hospital yang menempatkan lelaki itu.
Tapi, sebaik sahaja dia sampai di hospital itu, dia bertambah terkejut dengan seorang lagi jenazah di sebelah bekas suaminya. Masya Allah! Bekas ibu mertuanya!! Bagaimana dia tidak boleh tahu tentang semua ini? Mengapa Muzaffar Ikram tidak memberitahunya sebelum ini?
Tapi, dia sedar…sementelah menjadi bekas isteri lelaki itu, dia tidak berhak untuk tahu apa yang terjadi kepada bekas ibu mertuanya. Lagipun bekas ibu mertuanya memang tidak menyukai dia. Memang patutlah Muzaffar Ikram tidak memberitahunya.
Kedua-dua mayat tersebut akan dikapankan dan dikembumikan di rumah Muzaffar Ikram sendiri. Mak Cik Rafika dan saudara-mara belah Puan Halimah telah bersedia menunggu mereka berempat di rumah bekas suaminya.
Airmata yang tidak henti-henti menglir dilap dengan hujung kain selendang hitam yang dipakainya.
“Dhia, bawa bertenang sayang. Jangan nangis. Biarkan mereka pergi dengan tenang. Apa yang berlaku sebulan yang lepas, maafkanlah mereka berdua. “pujuk Razree, dengan menenangkan kekasihnya yang kini sedang bersedih diatas kematian Puan Halimah dan Muzaffar Ikram. Dia teringin memaut bahu Dhia agar kekasihnya dapat bertenang namun dia tahu di hadapan mereka berdua adalah nenek dan ibu Dhia. Dia tidak mahu dipandang serong oleh dua wanita berusia itu.
“Dhia sedihlah, bang. Dhia sedih sangat-sangat. Sepatutnya Dhia tanya khabar Puan Halimah  dekat Muz, masa dia datang jumpa Dhia hari tu. Dhia tak patut berkasar dengan dia.”tersedu-sedan suara dia menjawab.
Razree mengetap bibir. Rasa bersalah dalam dirinya muncul tiba-tiba. Hari itu, dia telah berkasar pada Muzaffar Ikram kerana tidak melepaskan tangan Dhia didepan rumah. Dia juga tidak sempat untuk meminta maaf dengan lelaki itu.
‘Muz…maafkan aku sebab berkasar dengan kau.’bisiknya dalam hati.
Puan Suria dan nenek yang berada di depan lobi kecemasan HUKM hanya menunjukkan riak wajah yang muram. Airmata kedua-dua wanita berusia itu langsung tidak bersedih didepan dia dan Dhia. Dia hairan kenapa dan mengapa mereka menjadi begitu?
Adakah kerana sikap benci kepada dua insan yang telah dikapankan ini? Jika benarlah begitu, dia berasa kecewa dengan dua insan yang dia sayang. Tidak perlulah mereka menonjolkan wajah muram mereka di sini. Nanti apa pula kata saudara-mara Muzaffar Ikram yang berada di sini.
“Dah Dhia, biarkan Muzaffar dan Puan Halimah pergi dengan tenang. “sampuk nenek yang sedari tadi mendiamkan diri. Dia hanya memandang sepi pemergian van jenazah yang bergerak ke rumah Muzaffar Ikram.
“Tapi Dhia rasa bersalah sangat, nenek. Tak patut Dhia bersikap kasar terhadap dia.”katanya dengan wajah menunduk. Airmatanya masih tidak berhenti. Turun mengalir tidak henti-henti.
“Dahlah Dhia. Jangan menangis lagi. “pujuk nenek. “Raz, kamu bawa kereta kamu kat sini. Nenek tak larat nak berjalan jauh-jauh. Kita pergi rumah Muz.”
Razree akur. Dia bergegas mengambil keretanya yang tidak jauh dari lobi kecemasan. Masa itu penting. Dia mahu melihat Muzaffar Ikram dan Puan Halimah di kebumikan.
Tidak sampai lima minit, kereta Camry miliknya tiba jua di depan lobi kecemasan. Dia keluar dari perut kereta lalu membukakan pintu belakang untuk nenek dan mak cik Suria sementara Dhia duduk di depan dengannya.
Setelah semuanya masuk ke dalam kereta, Razree bergerak meninggalkan lobi kecemasan itu.
*****
Urusan mandi  dan sembahyang kedua-dua mayat telah selesai dilaksanakan. Allahyarham dan allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru. Berpusu-pusu tetamu datang bagi melihat kedua-dua jenazah buat kali terakhir.
Tidak terkecuali saudara-mara belah bekas ibu mertuanya yang turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
Adik bekas ibu mertuanya, Nur Rafika datang sebagai wakil dari pihak keluarga bekas suaminya bagi memohon kemaafan diatas apa yang telah berlaku sebelum ini. Ternyata saudara-mara bekas ibu mertuanya tahu dan mengerti yang dia setia pada Muzaffar Ikram.
Mereka berdua keluar sebentar berbual di luar perkarangan tanah perkuburan setelah bacaan yasin dan doa telah habis dibacakan.
Mak Lang Rafika menepuk lembut tangan kanannya yang mulus itu.
“Mak Lang harap kamu tak berkecil hati dengan apa yang mereka berdua dah lakukan pada kamu. Kamu memang menantu yang baik. Mak Lang tahu yang Muz sayangkan kamu tapi bila dia tengok CD yang Mariana bagi tu,  dia serta-merta bencikan kamu. Terus dia kahwin dengan Mariana si banduan tu.”
“Si banduan?” Dhia mengerutkan dahi. Dia pelik mengapa Mak Lang berkata begitu. “Mariana masuk penjara ke?”
“A’ah. Muz bagi tahu Mak Lang dua hari lepas masa ibu kamu tengah koma kat hospital. Dia ceraikan Mariana dengan talak tiga sebab curang dekat rumah dia sendiri.”
Itu saya tahu, Mak Lang. Muz ada jumpa saya hari tu sebab nak saya kembali pada dia.”katanya dengan nada perlahan.
“Dia ada jumpa kamu?”mata Mak Lang Rafika membulat. “Haa, tengoklah. Dah terang lagi bersuluh yang kamu tak bersalah apa-apa pun. Si Mariana banduan tulah yang memporak-perandakan rumah tangga kamu. Tak pasal-pasal Muz dengan ibu kamu meninggal.”
“Dhia malas nak fikir pasal hal lama, Mak Lang. Mungkin ada hikmah kenapa Allah aturkan hidup kami begini. Dhia pasrah.”Dhia beralah.
“Siapa lelaki yang bawa kamu ke sini? Rayyan mana? Dah lama Mak Lang tak tengok muka dia.”dia hairan juga tatkala ada seorang lelaki di kalangan Puan Suria dan Puan Hadijah. Adakah lelaki itu mempunyai hubungan dengan Dhia?
Dhia mengetap bibir.  “Lelaki tu abang Ray dan juga err… teman lelaki Dhia.”jawabnya dengan tergagap-gagap.
Mak Lang Rafika seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Begitu cepat sekali bekas menantu kakaknya mendapat pengganti. Abang Rayyan Zikri pula tu! “Teman lelaki Dhia? Abang Rayyan?”
            “Aah. Kami baru aje dalam proses mengenali.”Dhia tunduk menahan malu.
            “Baguslah kalau kamu dah ada pengganti Muz. Tapi jujur Mak Lang cakap. Mak Lang lagi berkenan dengan Rayyan. Rayyan ada ciri-ciri suami yang baik.”dada Dhia berdebar.
            “Eh, Mak Lang. Kalau abang Raz dengar mesti dia marah. Mak Lang tak payahlah cakap pasal ni lagi. Saya nak tengok kubur Muzaffar dengan ibu dulu ye.”dia mahu meminta diri. Tidak elok rasanya berbual tentang percintaan di tanah perkuburan ini.
            Mujur kubur kedua-dua jenazah dikebumikan sebelah-menyebelah. Dapatlah dia menjenguk kedua-dua kubur itu secara dekat.
            “Dah petang ni, Mak Lang rasa nak balik rumah dululah. Kamu ambil kunci rumah ni bila kamu rasa nak datang rumah Muzaffar.”dia menyeluk segugus kunci yang kakaknya berikan, di dalam beg. Dulu, kakaknya sering mengajak dia datang ke rumah tatkala Muzaffar dan Dhia bekerja dan oustation di luar daerah.
            Dalam adik-beradiknya, kak Halimah paling rapat dengannya.
            Dhia terkejut. “Kunci rumah Muz? Kenapa mesti bagi Dhia? Dhia dah takde kena-mengena dengan dia lagi.”
            “Mak Lang duduk jauh jadi Mak Lang rasa Mak Lang tak dapat nak ke sini selalu. Mak Lang serahkan kunci ni pada kamu sebab kamu bekas isteri dia. Tak ada siapa yang duduk kat rumah tu lagi.” Tinggal nun jauh di Kedah menyukarkan dia untuk berulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur.
“Kalau Dhia nak pindah duduk situ, Dhia duduklah sebab rumah itu hadiah Muz pada kamu masa kahwin dulu. Mesti kamu tak ingat ni.”
Dhia terdiam. Dia lupa bawah rumah itu pernah dihadiahkan oleh bekas suaminya. Dia mengenggam segugus kunci itu erat-erat.
“Maaflah, Mak Lang. Dhia tak ingat yang rumah tu hadiah yang pernah Muz bagi kat Dhia. Bila Muz ceraikan Dhia, Dhia dah tak nak fikir apa-apa pun pasal dia.”
“Tak mengapa. Kamu ambillah kunci tu. Kalau ada masa, lawatlah rumah tu. Jangan biarkan rumah tu bersarang.”pesan Mak Lang Rafika
Dhia sekadar mengangguk. “Insyallah, Dhia akan jenguk rumah tu nanti. Mak Lang jangan risau. Rumah Dhia dengan rumah arwah Muz tak jauh mana pun. Dekat aje.”senyumnya.
Mereka berdua bersalaman dan berpelukan sebelum Mak Lang Rafika pergi meninggalkannya di situ.
            Setelah Mak Lang Rafika dan saudara-mara yang lain pulang, dia menghembus nafas sedalam mungkin. Kini, hanya tinggal dia, Razree, Puan Suria dan nenek di tanah perkuburan itu. Dia masuk semula ke dalam tanah perkuburan dan mendekati mereka bertiga yang duduk di depan kubur Muzzafar Ikram dan bekas ibu mertuanya.
            “Dhia sedih lagi tak?”soal Razree setelah kekasihnya datang menghampiri mereka bertiga. Dia hanya mengukir senyuman nipis seraya menggelengkan kepala.
            “Hmm…sedih memang sedih tapi Dhia kena kuat. Dhia relakan mereka berdua pergi dan Dhia maafkan kesalahan yang mereka telah lakukan pada Dhia sebulan yang lalu.”ujarnya dengan nada tenang. Airmata yang menitik jernih pada wajahnya ketika di hospital tadi, tiada lagi. Biarlah dia memendamkan kesedihan itu dalam sanubarinya. Tidak perlulah orang lain tahu tentang peritnya kesedihan yang dialami.
            “Baguslah, Dhia. Ibu bangga ada anak yang suka memaafkan orang lain. Yang dah pergi tu, biarkan mereka pergi.”celah Puan Suria setelah menutup buku yasin yang dibaca sebentar tadi bersama Razree dan Puan Hadijah. Dia mula bangkit dari tempat duduk yang beralaskan tikar kayu itu.
            “Nenek rasa nenek nak baliklah. Raz tolong papah nenek masuk kereta. Kaki nenek kejang bila duduk lama-lama.”sampuk Puan Hadijah setelah dia memerhatikan perbualan diantara Razree dan Dhia. Dia tidak betah duduk lama di sini. Cukuplah sekejap saja.
Panas terik yang berbahang menimbulkan setitik peluh pada lehernya membuatkan dia tidak sabar untuk balik ke rumah.
            Razree memapah nenek untuk masuk ke dalam kereta. Lelaki itu mengajak Dhia dan Puan Suria untuk balik ke rumah namun pantas ditegah Dhia. Mereka bertiga beriak pelik.
            “Kenapa Dhia tak nak balik? Dah petang ni. Meh balik.”ajak Puan Suria. Risau pula sekiranya Dhia mahu bersendirian di tanah kubur ini. Sudahlah tiada orang di sini. Suasana di sini pun sudah semakin lenggang dan sepi.
            “Dhia tak nak balik. Dhia nak cakap sesuatu pada Allahyarham Muzaffar Ikram dan Allayarhamah Puan Halimah. Korang baliklah dulu.”kata Dhia dengan tenang.
            Terlopong mulut Razree, Puan Suria dan nenek mendengar kata-kata Dhia.
            Nak cakap sesuatu pada orang yang telah meninggal dunia? Dhia ni dah gila ke apa?!




7 ulasan:

Rozy Harris berkata...

Apakah yang menyebabkan kematian Muzaffar n his mom?

kak ida berkata...

kematian itu pasti dan cara kematian mereka berdua mmg tragis..tetapi adakah Dhia telah diwasiatkan dengan segala harta peningalan Muz..dan adakah mariana akan menringkuk dipenjara..dan adakah kesalan yg dilakukan pada dhia akan menjadikan dia gila..
apa akan berlaku pada Rayyan bila mendapati hati Dhia kini pada abangnya..sedangkan dia baru mengetahui hatinya mmg telah lama ada Dhia hanya dia sahaja yg cuba menafikan..

Unknown berkata...

HAA..MSTI AKK roziah x bce secara detail ni.. ;) hehe
mak d : mninggal sbb jatuh tngga kt hospital HUKM (ditolak Mariana, menantu d)

Muzzafar plak : accident..

Unknown berkata...

wat kak ida..
mmg kematian itu pasti..
mg x d dlm srat perjanjian yg mngatakan Muz bg wasiat pd Dhia..tp rumah yg Dhia dn Muz tinggal itu adalah rumah yg mereka berdua..dn rumah itu hadiah drpd muz selepas berkahwin dgn dhia..so x salah kn klao Dhia dpt rumah tu.. ;)

Unknown berkata...

dhia memang layak dapat rumah tu... kesian kan.. sedey la plak bila muz n mak dia meninggal...
mariana apa pulak citer Daeya?
Rayyan... adakah Dhia akan datang memberikan pertolongan...?

Unknown berkata...

insyallah kak anne syg..Dhia akan menjaga rumah tu sebaik mungkin...
Mariana kn dh msuk penjara..sebab mse d msuk lokap tu, d hanya dituduh menolak ibu Muz, skrg ni d akn ke penjara wanita dan menetap d sana!
dan rayyan..insyallah Dhia akan membantu sahabatnya.. ;)

Nana Mohd Yasin berkata...

cite ni patutnya sedey,
tp air mata x leh kuar lak..
hish3.....
kijam....kijam.....

sambung eya....
sob....sob....sob....