Selasa, 30 April 2013

BAB 29 Pulanglah Padaku



 “Ibu…cepat kemas barang ye. Kita dah nak balik.”ujar Dhia ketika ibunya sedang sibuk menelaah buku agama diatas katil.

Puan Suria berkerut dahi. Dia terus menutup buku yang dibaca. “Balik? Tak sampai tiga hari kita kat sini dah nak balik? Ibu tak puas lagi bercuti kat sini.”

“Ibu, Dhia pun tak puas bercuti kat Pulau Besar ni tapi kita terpaksa balik sebab abang Razree risaukan nenek kat rumah.”katanya dengan berterus-terang.

“Kenapa dengan Puan Hadijah?”hatinya mula tidak sedap.

“Nenek sakit. Hari tu Dhia pergi rumah nenek sebab dia pening kepala.”

Puan Suria risau. “Kalau macam tu, kita balik cepat sikitlah. Ibu risau pulak bila Dhia cakap Puan Hadijah sakit.”

“Dhia dah siap kemas barang-barang Dhia.”dia mengangkat beg kepunyaannya lalu di letakkan ke atas katil. “Dhia nak pergi tukar baju dulu.”dia terus masuk ke dalam bilik air dan menukar baju.

Puan Suria dengan tergesa-gesa memasukkan pakaian kotor dan kain telekung yang disangkut ke dalam begnya. Jika boleh, dia ingin terbang ke rumah Puan Hadijah sekarang juga dan menjaga wanita berusia itu.

 

*****

            Dhia dan Puan Suria menanti ketibaan Razree dan setiausahanya di depan warung yang berdekatan. Selang 10 minit kemudian, mereka berdua sampai dihadapan mereka dengan membawa beg masing-masing.

“Abang dah tempah satu bot laju. Hanya untuk kita berempat. Lebih cepat lebih bagus. Naik feri kena ikut jadual.”

            “Kalau itu kata abang, marilah kita pergi. Nanti pasang surut, bot tak boleh bergerak pulak.”ajak Dhia. Puan Suria dan setiausaha abang Razree hanya mengikut dari belakang manakala dia dan lelaki itu didepan.

Sampainya mereka berempat di Jeti Umbai, seorang pemandu bot telah bersedia menunggu mereka. Kesemua beg yang berada digenggaman mereka diletakkan dengan cermat di belakang tempat duduk penumpang oleh pemandu bot tersebut.

Mujur pasang surut tidak berlaku pada waktu mereka menaiki bot laju.

Puan Suria dan setiausaha Razree mula menaiki bot laju. Mereka duduk dibelakang pemandu bot manakala Dhia dan Razree duduk dibelakang mereka berdua.

Dhia yang agak ralat dengan kawasan perairan segera memaut lengan abang Razree yang duduk disebelahnya. Dia takut untuk memandang ke bawah pulau. Takut ada binatang buas seperti buaya yang tiba-tiba datang menerjah mereka.

Razree tersenyum manis apabila Dhia memegang lengannya lantas dia menepuk tangan perempuan itu lembut supaya tenang sepanjang perjalanan nanti.

“Dhia jangan takut ye. Abang ada kat sebelah.”ujar Razree lembut.

Dhia mengangguk. Dia pantas menutup mata setelah bost laju itu memulakan perjalanan. Perasaan takutnya begitu memuncak ketika ini.

Puan Suria yang berada didepan mengerling sekilas ke belakang sesaat sebelum beralih ke depan semula. Dilihat anaknya sedang memaut lengan Razree.

Alangkah indah jika mereka dapat bersatu.bisiknya dalam hati. Dia dapat merasakan yang Razree seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sesuai untuk anaknya. Namun dia faham, hati anaknya masih kebal untuk bersatu atau menjalinkan hubungan dengan sesiapapun.

Dalam hati dia berfikir, apa yang Dhia mahukan lagi dari Muzaffar? Bukankah lelaki itu membenci anaknya? Bukankah lebih elok jika mereka berhubung ditalian daripada berjumpa? Dia seboleh mungkin tidak mahu sesuatu berlaku pada anaknya. Cukuplah anaknya dimaki dan dihina oleh keluarga Muzaffar. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali!

******

Alhamdulilah, setelah empat puluh minit duduk di atas bot laju, mereka berempat sampai di Kompleks Melaka Sentral, sebuah terminal bas yang berkonsepkan KLIA dengan menaiki sebuah teksi.

Didalam teksi tadi, mereka terpaksa berhimpit supaya masing-masing mempunyai ruang untuk duduk. Razree duduk didepan sementara yang Dhia, Puan Suria dan setiausahanya duduk bertiga dibelakang.

“Dhia dan mak cik jangan bimbang. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur saya tanggung.”kata Razree setelah masuk didalam terminal itu.

Dhia termangu. “Abang ni biar betul? Banyak tu nak kena tanggung. Dahlah tadi abang bayar duit naik bot laju tu. Sekarang ni abang nak bayar duit tiket pulak? Saya rasa tak sedap hatilah kalau macam tu.”

“Abang kan bos, bos kan banyak gaji jadi tak payah nak risaulah kalau abang tanggung kos balik Kuala lumpur. Lagipun bukannya mahal pun harga tiket. Macam beli aiskrim aje.”kata Razree dengan nada riak.

Dhia mencebik. “Eeii…berlagaknya lelaki ni. Allah tarik balik kesenangan abang tu, nak? Cakap macam dia paling kaya.”

Razree tersentap. “Opss…sorry kalau abang berlagak.”dia menutup mulutnya. “Ya Allah, maafkan hambamu ini.”monolognya sendiri sambil memejamkan mata.

Dhia tersenyum. “Pandai pun muhasabah diri.”dalam hati dia terpikat dengan cara percakapan abang Razree. Gaya percakapannya tatkala berhadapan dengan perempuan penuh sopan-santun. Contoh terdekat yang dia nampak setakat ini, ibunya dan setiausaha lelaki itu.

“Abang beli tiket, kita orang duduk kat sana dulu ye. “kata Dhia sambil tangannya menunding kearah kerusi yang masih tiada pengunjung itu. Kakinya mula melangkah bersama ibu dan setiausaha abang Razree ke tempat duduk yang masih lagi kosong namun tangan Razree pantas menangkap pergelangan tangannya.

Hampir terdorong badan dia ke badan sasa lelaki itu. “Abang! Apa ni?!”terjerit dia disitu. Hendak marah lelaki itu, dia tidak mampu. Abang Razree terlalu baik padanya. Tidak sampai hati dia mahu memarahi lelaki itu dihadapan ibu dan Dahlia.

“Biar ibu dengan Dahlia duduk kat kerusi dulu. Dhia temankan abang beli tiket ye.”pujuk Razree lembut.

“Ibu dengan Dahlia duduk dulu. Dhia pergi temankan Razree kejap.”ujar Dhia dengan senyuman sungging. Dia sebenarnya malas nak teman lelaki itu membeli tiket. Kepalanya masih lagi dalam keadaan pening. Bot laju dan  teksi yang dinaiki tadi memberikan kesan sampingan terhadap kepalanya.

Puan Suria membalas dengan senyuman sebelum dia mengajak setiausaha Razree mengikutnya ke tempat duduk. Dia gembira melihat keakraban Dhia dan Razree yang bagai pinang dibelah dua.

Setelah Dhia melihat ibunya dan setiausaha abang Razree pergi ke tempat yang dituju, dia terus bermuka masam didepan lelaki itu.“Apalah abang ni. Main tarik aje tangan orang.”rengusnya. “Kalau nak suruh temankan, cakap ajelah. Ni main tarik-tarik pulak.”dia memuncungkan bibir tanda tidak berpuas hati.

“Ala…ala…marahnya sayang abang ni.”Razree tersengih. Dia suka bergurau dengan perempuan ini.

“Siapa sayang abang? Eeii…gedik!”dia menjeling lelaki itu. Dia berjalan sambil menghentak kaki ke tempat membeli tiket. Razree hanya senyum melebar melihat telatah Dhia.

“Dhia nak pergi mana tu? Nak beli tiket ke?”usiknya.

Kaku kakinya di depan jual tiket Melaka-Kuala Lumpur. Kepalanya dipusingkan mengadap lelaki itu. “Mana ada Dhia nak beli tiket, Dhia nak tengok ada lelaki hensem tak yang jadi penjual tiket. Kalau ada, Dhia nak mengorat.”perli Dhia.

Razree berdiri disebelah Dhia. “Amboi…dekat sebelah dia ni tak nak pulak mengorat. Abang punyalah hensem macam model catwalk, dia pergi cari lain pulak.”Razree menayang muka cemberutnya. Sengaja dia tayang muka sebegitu untuk mendapat perhatian daripada Dhia.

“Abang hensem ke? Rasa macam tak aje.”dia mengusik lelaki itu walhal dalam hati dia kagum dengan kekacakan lelaki itu yang tampak sempurna dimatanya.

“Abang tak hensem ke?”dia meneliti dirinya sendiri. Rasa-rasanya dia boleh dikategorikan lelaki idaman Malaya.gumamnya. Mata Dhia dah kabur ke sampai tak boleh nilai yang dia kacak. “Kalau Dhia kata abang tak hensem, kenapa ada gadis-gadis kat sekitar terminal ni pandang abang? Itu maknanya diorang syok kat abanglah tu.”jawabnya dengan dengan nada bangga.

“Eeii…diorang yang tengok abang tu sakit mata kut.”katanya dengan sedikit cemburu. Abang Razree memang lelaki idaman malaya. Bertuah siapa yang dapat berkasih dengan lelaki itu. Dia janda. Mana layak untuk mendapat lelaki sekacak abang Razree.

“Abang pergilah beli tiket dulu. Dhia tunggu kat sini.”

“Yalah, Dhia tunggu sini. Jangan kemana-mana.”kata Razree sebelum dia beratur membeli tiket. Agak panjang juga pengunjung yang beratur untuk membeli tiket. Dia terpaksa berdiri di barisan belakang.

Agak lama juga dia menunggu, dia mengarahkan Dhia berdiri disampingnya. Dia rasa bosan kerana tiada sesiapa yang boleh berbual dengannya. Kan best jika Dhia berbual dengannya.

“Dhia dah tunggu kat situ yang abang nak panggil Dhia buat apa?”dia menghentak salah satu kakinya. Razree tersengih mendengarnya.

“Dhia duduklah sebelah abang. Abang bosanlah kalau takde kawan nak diajak berborak.”dia menarik rapat Dhia ke sebelahnya.

Dhia mencebik geram. Mulutnya terkumat-kamit mengkritik lelaki itu. Dengan setiausaha sendiri, tak nak pulak diajak berborak.gerutunya.

Razree tergelak dalam hati melihat tingkah Dhia yang seakan-akan tidak suka berdiri disebelahnya. Namun dia tidak peduli dengan itu semua.

Apa yang penting, Dhia berada disampingnya…

*****

“Dhia…Dhia!!”kejut Razree setelah melihat perempuan itu sedang leka tidur dibahunya didalam bas yang mereka berempat naiki. Langsir kecil yang ditutup sebentar tadi dibuka semula bagi menerangkan kawasan tempat duduknya.

Puan Suria dan Dahlia duduk dibahagian depan manakala mereka berdua duduk bersama di bahagian tengah. Dia tidak sangka yang Dhia terlentok dibahunya. Bukan main lena perempuan itu tidur. Terpaksalah dia menjadi ‘bantal’ kepada perempuan itu.

“Dhia, bangunlah. Kita dah nak sampai ni.”bisik Razree di cuping telinga Dhia. Tetapi perempuan itu masih berdegil. Matanya masih lagi tidak dibuka.

‘Hmm…biarlah dia tidur kat bahu aku. Best jugak bila Dhia tidur sebelah aku ni.’dia tersenyum sendiri.

Ibu Dhia tiada disisi Dhia memberinya peluang untuk dia menguak rambut Dhia yang terjatuh ke bahagian muka. Ditarik rambut itu lalu diselak ke belakang. Sementelah, dia sempat menghidu rambut Dhia yang wangi mengharum. Mungkin perempuan ini menggunakan perapi bagi menambah keharuman rambut.desisnya.

Sudah lama dia tidak merasa sebahagia ini. Bersama Dhia, dia dapat merasai kebahagiaan itu.

Adakah dia telah jatuh hati pada Dhia?

Hanya dirinya sahaja yang mampu merungkaikan perasaan itu…

*****

Bas yang mereka berempat naiki sudah pun sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dengan hati yang terpaksa, dia mengejutkan Dhia bangun walaupun dia seboleh mungkin ingin perempuan itu terlentok dibahunya sampai bila-bila.

“Dah sampai ke bang?”mata Dhia yang terpejam tadi dibuka perlahan. Terkebil-kebil matanya memandang sekeliling. Ditenyeh matanya berapa kali supaya tidak kelihatan kabur.

“Dah sampai pun. Penumpang kebanyakannya dah turun bas. Kita aje belum turun. Nasib baik pemandu bas tak marah kita berdua duduk lama-lama kat sini.”

Dhia yang perasan kepalanya terletak elok diatas bahu lelaki itu pantas duduk menegak. “Sorry bang. Tak perasan Dhia tidur dekat bahu abang.”dia malu. Ingin saja dia memukul kepalanya kerana tidur berbantalkan bahu lelaki itu.

“It’s okay, Dhia. Abang ingat nak suruh Dhia tidur lama sikit kat bahu abang.”sakat Razree.

Dhia bertambah malu. “Abang ni, ada-ada aje.”rengusnya. Dia bangun dari tempat duduknya. Dahlah! Kita turun bawah. Dhia tak sabar nak balik rumah dan jumpa…”katanya berhenti disitu. Takkan nak sebut nama Muzaffar depan abang Razree kan?

“Hish, turun ajelah!”dia terus bergerak meninggalkan Razree yang kelihatan terpingga-pingga dengan dirinya.

“Eh, Dhia. Tinggalkan abang pulak kat sini. Kita penat tunggu dia bangun, dia main pergi aje”dia turut bangun dan mengejar Dhia yang tergesa-gesa mengambil beg dan barang-barang yang lain.

*****

“Marilah mak cik, Dhia. Raz hantar korang berdua balik rumah.”katanya setelah meletakkan barang-barang kepunyaannya ke dalam bonet kereta Camry miliknya.. Setiausahanya, Dahlia telah pun pulang ke rumah menaiki keretanya sendiri yang terletak elok ditempat parking.

“Mak cik rasa tak perlu kut. Teksi ada kat depan tempat parking tu. Kami balik naik teksi ajelah.”dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan Razree lagi. Cukuplah dia menampung perbelanjaan dan tiket untuk balik ke Kuala lumpur.

“Aah lah bang. Biar ajelah kita orang balik sendiri. Abang baliklah dulu. Nanti kita pandai-pandailah nak naik teksi.”sampuk Dhia. Dia malas sebenarnya mahu balik dengan lelaki ini. Rasa malunya kerana tidur dibahu lelaki itu masih segar di ingatan.

Razree merenung Dhia tajam. “Abang tak kira, abang nak hantar jugak Dhia dengan mak cik balik.”jawabnya dengan tegas. Dia membuka pintu kereta belakang. Menjemput ibu Dhia masuk ke dalam keretanya.

Dhia menyengetkan bibirnya. Tanda meluat dengan perangai lelaki itu. ‘Kita nak balik, dia pulak yang tergedik-gedik nak hantar. Balik ajelah.’gumamnya dalam hati.

“Tak susahkan Raz ke?”

“Taklah. Raz suka lagi adalah.”Dhia menjeling lelaki itu dengan jelingan maut. Geramnya dia dengan lelaki ini.

Razree dengan senang hatinya mempersilakan Puan Suria masuk ke dalam kereta sementara Dhia duduk didepan sambil menghela nafas panjang. Makin meluat Dhia tengok lelaki itu yang suka tersengih-sengih didepannya. Tak pasal-pasal dia kena duduk depan! Dahlah aku malu dengan dia.gumamnya.

Setelah kedua-duanya masuk dan ditutup pintu dengan cermat, Razree berkata yes!, tanda dia gembira kerana kedua-dua perempuan itu sudi menaiki keretanya.

*****

“Mak cik terhutang budi pada Razree sebab sudi hantar kami balik. Bertuah Puan Hadijah ada cucu yang baik macam Razree ni.”puji Puan Suria tatkala Razree menurunkan beg-beg mereka dari bonet belakang.

Dhia yang duduk disebelah menyengetkan mulut. Amboi ibu…puji sangat si abang Razree tu. Anak dia sendiri tak nak pulak puji!”kritiknya dalam hati.

“Small matter, mak cik. Lagipun kalau mak cik dengan Dhia balik naik teksi sekalipun, tambang mesti mahal punya. Dahlah sekarang kadar tambang teksi mahal. Kalau mak cik dengan Dhia naik teksi dari TBS ke rumah ni, saya kira dah lebih tiga puluh ringgit rasanya.”

“Betul jugak cakap kamu tu Raz. Mak cik bukannya banyak duit nak bayar banyak-banyak ni. Terima kasih sekali lagi ye Raz. Nanti ada masa, datanglah ke rumah mak cik ni.”

“Raz pasti akan datang sebab minggu depan Dhia dah mula kerja. Mungkin Raz akan ambik dia pergi dan balik kut.”cadangnya. Dhia memandang wajah lelaki itu dengan mengacip gigi.

“Bagus jugak tu Raz. Tak adalah mak cik risau kalau dia balik sorang-sorang.”dia lega. Ada juga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menghantar anaknya pergi dan balik. Sesungguhnya Razree memang seorang lelaki yang baik.

Razree tersenyum gembira mendengar kata-kata daripada Puan Suria manakala Dhia sudah membuat muka masamnya.

“Kalau macam tu, saya mintak diri dululah ye. Assalamualaikum mak cik…”dia menunduk wajahnya sedikit. Tanda hormat kepada wanita berusia itu.

“Waalaikumsalam…”jawab Puan Suria sebelum dia membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah membawa begnya. Ditinggalkan Dhia dan Razree berdua-duaan disitu.

“Assalamualaikum untuk Dhia jugak. Jaga diri baik-baik tau. Nanti abang call.”dia mengerakkan jari kelingking dan ibu jarinya ke telinga. Dia mula berjalan memasuki keretanya dan terus berlalu dari situ.

Jika boleh dia ingin berlama dirumah Puan Suria namun dia sedar apa yang penting kini, dia perlu melawat neneknya. Kerisauan bertambah semenjak Dhia memberitahunya yang nenek sering pening kepala.

“Waalaikumsalam…”jawabnya acuh tak acuh. Dia kaku tidak bergerak memandang kereta Camry milik abang Razree meninggalkan kawasan perumahannya.

*****

Muzaffar Ikram keluar dari kereta tatkala melihat seorang lelaki yang menghantar Dhia dan bekas ibu mertuanya ke depan rumah. Dia yang duduk dalam kereta tidak jauh dari rumah ibu mertuanya tidak dapat mengecam siapakah lelaki yang menghantar Dhia dan bekas ibu mertuanya.

Hatinya mula berdetak cemburu. Bukan cemburu yang sedikit. Cemburu yang setinggi gunung Everest! Cepat betul bekas isterinya mendaoat pengganti dirinya

Muzaffar Ikram berlari anak mendapatkan bekas isterinya yang mula menapak masuk ke dalam rumah

“Lama betul kita tak berjumpa kan Dhia?”kata satu suara dari belakang tatkala Dhia berjalan untuk masuk ke rumah.

Dhia berpaling dari belakang. Terperanjat dia dengan insan didepan mata. Muzaffar rupanya!!

“Muzaffar?”tergagap-gagap dia berkata.

Muzaffar tersenyum sinis lalu dia ketawa sedikit. “Oh, masih ingat lagi nama abang. Ingatkan dah luput dalam fikiran tu.”dia mendekati bekas isterinya.

Dhia apalagi, berundur setapak ke belakang apabila bekas suami menghampirinya.

“Dhia apa khabar, sayang?”ujar Muzaffar Ikram dengan nada romantis.

Menggigil tubuh badan Dhia mendengarnya. Sayang? Ya Allah…aku tak bermimpi kan?dia mengeleng-gelengkan kepala sesaat.

“Dhia khabar baik. Sebenarnya Dhia tak sangka Muzaffar boleh datang rumah Dhia. Dhia ingat nak jumpa Muzaffar.”katanya dengan suara yang masih tergagap-gagap.

Mata Muzaffar Ikram bersinar. Dia menjadi teruja. “Dhia nak jumpa abang? Abang tak salah dengar kan?”dia bagaikan orang sasau ketika ini. Jika boleh, dia mahukan Dhia semula. Dia mahu Dhia menjadi isterinya semula!

Dhia mula berasa takut. Bekas suaminya ni dah macam orang gila gamaknya sampai nak dekat dengan dia. Dia berundur setapak lagi ke belakang. “Dhia nak jumpa Muzaffar sebab nak serahkan sesuatu benda pada Muzaffar. Tapi benda tu tertinggal kat atas. Dhia pergi ambik kejap.”itulah alasan terbaik yang diberikan bagi menghilangkan darah gemuruhnya.

Muzaffar Ikram berasa bertambah teruja apabila bekas isterinya ingin memberikan sesuatu kepadanya namun kini dia tidak mahu Dhia jauh darinya. Dia mahu melihat wajah itu dengan lebih dekat.

Untuk tidak mahu bekas isterinya masuk ke dalam rumah, dia segera memaut erat lengan bekas isterinya itu.

Dhia terpana. Darah gemuruhnya yang memuncak tadi hilang tatkala Muzaffar Ikram memegang lengannya. Kini, kemarahan yang menebal dalam dirinya.

“Kenapa ni Muzaffar? Awak tak ada rasa hormat ke?”dia mula bersuara lantang.

“Dhia sayang…maafkan abang. Kita bersatu macam dulu, okey tak?”tangannya masih tidak melepaskan lengan bekas isterinya.

            “Dhia cakap, lepaskan…lepaskanlah!”pekiknya dengan kuat. Dia berang apabila Muzaffar memaut lengannya erat bagai tidak mahu dilepaskan.

“Abang takkan lepaskan Dhia selagi Dhia tak maafkan abang.”dia masih dengan pujukannya.

“Jangan kau berani sentuh dia, Muzaffar!!”tidak semena-mena Razree datang dan menumbuk muka Muzaffar. Terjelepok dia diatas jalan tar  itu.

Muzaffar tergamam. Abang Razree?dia memandang sekujur tubuh lelaki itu dengan renungan yang tajam. Mulutnya mula mengalir darah. “Abang buat apa kat sini?”terketar-ketar bibirnya berkata.

Dhia terkejut. Dalam hati dia berterima kasih kerana lelaki itu datang menyelamatkannya dari dipegang bekas suaminya. Dia lekas menyorok dibelakang abang Razree.Tak sangka abang Razree sanggup datang ke rumahnya semula.

Syukur padaMu Ya Allah!!

“Kau tak payah nak tanya aku buat apa kat sini. Dia teman wanita aku. Kau jangan sentuh dia walau seinci pun. Ada faham?!!”jerkah Razree.

Terpana Muzaffar mendengarnya. Matanya membulat. Bekas isterinya mempunyai hubungan istimewa dengan abang Rayyan Zikri?

Adakah lelaki yang menghantar Dhia dan bekas isterinya adalah abaang Razree?

Oh, tak mungkin!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

12 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

smbng2

Unknown berkata...

insyallah akk akn smbung!!

kak ida berkata...

Muzafar sepatutnya diajar dari dahulu lagi ..jgn senang senang sahaja melontarkan kata kata nista pada seorg perempuan yg merupakan bekas isterinya yg mana telah menyimpan segala buruk perilaku dan ketidak upayaannya memberikan nafkah batin pada dirinya..biarlah Dhia bersikap tegas dan mengiakan sahaja pengakuan si Raz sesungguhnya Muzaffar tidak berhak lagi keatas dirinya da dia berhak mencari suami yg lebih baik dari exhubbynya..

lee jee joong berkata...

Best dek . Dhia bercinta dgn abg ray. Nanti tgk riaksi ray plak hehe

Unknown berkata...

btul tu kak ida..
Muzaffar tu sepatutnya diajar.
insyallah Dhia akan mendapat suami yg baik nnt.. ;)

Unknown berkata...

k Eida..nnt eya smbung lg!! ;)

Nana Mohd Yasin berkata...

waaa....suke...suke...suke...
nk jugak dhia kawen ngan abang razree, x nk muzaffar, x nk ray...

muzaffar x menghargai pompuan,
ray, x best, mcm x sweet ngan dhia.

tapi tgk tajuk tu, cuak juga...
uhuhu..jgn pulang pada muzaffar....
tidakkkkk.......x rela.....

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(luahan hati dhia...hahaha..)

Unknown berkata...

terharu eya ngn komen kak nana..
tp nk wat mcmana kak, rayyan zikri adalah hero utama cite ni.. ;)
kita x boleh menindakkan

Nana Mohd Yasin berkata...

alahai....ye ke?.....
sian dia kan.....
nk wat camne.....
takdir penentu segala.....

mmg feeling tul lah ikuti cite ni...
meresap dalam kalbu...huhuhu....

Unknown berkata...

btul tu kak..takdir penentu segala..
Eya mmg dah rancang dr awal utk menjadikan Rayyan Zikri sebagai watak utama cite ni..
eya ada sebab utk menjadikan rayyan sbg hero dlm cite ni.. ;)

Nana Mohd Yasin berkata...

oh ya....
ni yang tak sabar sgt ni....
jom layannnnn....

Unknown berkata...

jom layan...hehe..
insyallah eya akn buat korang ske RAYYAN ZIKRI!! hehe