Isnin, 20 Mei 2013

BAB 40 Pulanglah Padaku




Perhatian Rayyan Zikri tertumpu pada gaya menggoda yang ditonjolkan Nur Imani di atas pentas. Dia duduk dibahagian belakang sekali. Adam Muhammad dan Natasha yang duduk tidak jauh darinya memandangnya dengan takut-takut. Dah salah mestilah kena takut kan?
Minuman yang disediakan pihak catering kelab Golden Sun langsung tidak berusik. Walaupun air fresh orange yang dihidangkan nampak sedap namun dia tidak mahu menyentuh cawan yang digunakan kelab ini. Kemungkinan besar cawan yang diberikan kepadanya pernah digunakan untuk meletakkan arak atau wine di cawan itu.
Matanya dikecilkan bagi memberi sepenuh perhatian pada nyanyian Nur Imani. Lagu rancak yang dinyanyikan gadis itu membuatkan ramai para lelaki yang hadir ke majlis ini bertepuk tangan. Pandai betul gadis itu memukau para pengunjung di sini.
Kepalanya didongakkan ke atas. Cahaya yang tidak terlalu terang menyukarkan dia untuk menjadi perhatian disitu. Tidak mengapa jika dia tidak mendapat perhatian di dalam bilik ini. Janji apa yang dihajati dapat dilunaskan sebaik mungkin.
Oh Cinta, Takku mengerti sekarang ingin
Esok tak ingin…
Oh Cinta, Biar ku cari sampai ku dapat yang aku maksud..
Ku kan tak bisa dengan kamu, mana mungkin kan terjadi, langit dan matahari muram
Melihat kita kehilangan…
Feather Boa yang dipakai di leher jinjang milik gadis itu menyerlahkan sisi gadis itu.
Dasar perempuan kabaret!cebiknya dalam diam.
Pen yang diselitkan di tepi poket blazer di
''Kalau ada anak... anak akan malu beribukan perempuan kabaret!”
Itu sahaja kata-kata yang ditulis di dalam sehelai kertas kecil bagi memberi pengajaran terhadap Nur Imani. Waiter yang berdiri di tepi bar dipanggil dengan lambaian tangan. Hanya pekerja itulah yang diharapkan untuk melunaskan hajatnya.
Waiter yang perasan dirinya dipanggil segera menghampiri lelaki segak itu.
“Yes, Sir? Anything can I help you?”tanya waiter itu dengan hormat. Ucapannya dimulakan dengan bahasa english. Itulah peraturan yang perlu dilakukan pekerja di sini tatkala tetamu meminta pertolongan ataupun pesanan.
“Awak bagi ni kat gadis yang tengah menyanyi kat pentas tu.”jawab Rayyan Zikri sambil memberikan kertas kecil berwarna putih itu di tangan pekerja itu.
“Kat gadis tu?” jari telunjuk pekerja itu jelas terarah ke penyanyi yang sedang berjoget sakan dengan penari yang bersama-sama menghiburkan para tetamu.
Rayyan Zikri mengangguk, tanda mengiyakan kata-kata lelaki itu. “Awak bagi kat dia bila dia dah habis menyanyi.”arahnya.
“Baik, Encik.” Surat itu digenggam dan dimasukkan ke dalam kocek. Permintaan tetamu haruslah ditepati. Dia kembali semula ke tempat dia berdiri sebentar tadi,.
Rayyan Zikri mengukirkan senyuman sinis setelah pekerja kelab itu berlalu dari situ.
“Nur Imani…jangan harap aku akan kembali pada kau selepas ini!”ucapnya seorang diri, dengan jelingan tajam kearah kekasihnya yang sedang elok berjoget di atas pentas.
****
Thank you for all…”ucap Nur Imani sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu rancak tadi. Dia menunduk setelah para tetamu menepuk tangan kepadanya.
Peluh yang merenik di dahi dilap sekilas, Penat berjoget dan menyanyi, dia rasa letih. Selepas ini dia mahu berehat beberapa minit sebelum menyanyi semula dihadapan tetamu.
Melihat kelibat rakannya, Natasha dan pasangan kekasihnya duduk tidak jauh dari pentas yang dia menyanyi, dia segera menghampiri pasangan itu dengan senyuman terukir dibibir.
“Baru sampai ke?”
“A’ah. Kita orang baru aje sampai.”kata Natasha dengan riak wajah yang gelisah. Dia mengerling ke arah Rayyan Zikri yang sedang elok duduk di bahagian belakang sambil memerhatikan dia dan kekasihnya. Dia jadi takut.
Kekasihnya ada memberitahu pasal Rayyan Zikri yang sudah tahu tentang pekerjaan sebenar Nur Imani. Dia mahu menelefon rakannya di dalam kereta kekasihnya tadi namun dihalang kerana dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka berdua.
Adam Muhammad ada memberitahunya tentang kedatangan Rayyan Zikri di kelab tempat Nur Imani bekerja. Dia terkejut yang amat sangat.
Natasha terpaksa akur dengan permintaan kekasihnya walaupun dihati dia gelisah sekiranya perhubungan yang baru bermula diantara Rayyan Zikri dan Nur Imani bakal berakhir sebentar lagi.
Nur Imani duduk di kerusi sambil mencapai minuman Natasha. Sudah terbiasa meminum minuman rakan sendiri, dia dengan selamba mengambil air fresh orange rakannya tanpa rasa segan lalu menghirup minuman itu.
Sambil dia menghirup minuman, dia memerhatikan wajah rakannya yang nampak tidak bermaya.
“Kau kenapa ni? Macam tak happy aje?”soal Nur Imani. Dia perasan riak wajah rakannya tidak seperti selalu. Selama ini perempuan itu sentiasa gembira sahaja. Ini lain pula, muram macam ayam berak kapur!
“Err…aku okey aje.”dia terpaksa mengukir senyuman manis didepan gadis itu. Dia tidak mahu merosakkan mood rakannya yang tampak gembira dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
“Yang Adam pun sama. Muka pun muram aje. Wei, kita datang sini nak happy. Bukan nak sedih-sedih bagai. Tak best lah macam ni kalau korang moody aje. Aku jemput korang datang sini nak hilangkan tension. Bukan nak tambahkan tension!”
Adam Muhammad dan Natasha berpandangan sesama sendiri seraya mereka berdua merenung wajah Nur Imani dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Nur Imani menjadi hairan dengan sikap mereka berdua. “Woi, korang ni kenapa hah? Aku cakap korang diam aje. Tak best lah macam ni!”dia menumbuk perlahan bahu Natasha. Geram pula dia tengok tingkah pasangan itu yang agak menjengkelkan. Baik dia duduk di bilik persalinan daripada melihat muka keruh mereka berdua.
Natasha tidak membalas tindakan Nur Imani, sebaliknya dia mendiamkan diri. Adam Muhammad turut sama mendiamkan diri.
Rayyan Zikri yang sedari tadi memerhatikan tingkah tiga kawan baik itu sedang berbual memanggil semula waiter tadi. Dendamnya pada gadis itu akan terlerai selepas ini. Jangan ingat gadis itu boleh bergembira dengan apa yang dilakukan di sini.
“Awak boleh bagi dia sekarang. Kalau dia kata siapa yang bagi, awak tunjukkan muka saya.”
Pekerja lelaki itu hanya menganggukkan kepala. Dia akur dengan arahan itu. Dengan segera, dia bergerak menghampiri penyanyi itu yang sedang berbual dengan rakannya di tepi pentas.
Ketika itu, Nur Imani sudah mula bangun dari tempat duduk. Dia bosan dan rimas dengan sikap pasangan itu yang langsung tidak berkata sepatah perkataan pun. Lebih baik dia melunaskan tugas yang diberikan penyelia pentas kepadanya.
Ada empat lagi lagu yang perlu didendangkan olehnya. Dia perlu mengekalkan karakter yang riang dan ceria dihadapan tetamu yang hadir.
Natasha mahu menahan Nur Imani tetapi dia dapat rasakan yang hati gadis itu kecewa dengan sikap mereka berdua. Biarlah gadis itu pergi menyambung tugasnya. Balik rumah nanti dia akan memujuk gadis itu.
*****
Tatkala Nur Imani sedang meniti satu anak tangga pentas yang berdiri megah di bahagian tengah GS Live itu, kelibat salah seorang pekerja lelaki datang mendekati Nur Imani dan mencuit bahunya.
Nur Imani tersentak. Dia berpaling ke kiri. Lampu yang berkelipan di tengah pentas itu menyilaukan matanya.
You nak apa?”tanya dia dengan suara perlahan. Feather Boe yang berada di lehernya dibetulkan agar kelihatan rapi. Adakah waiter ini ingin memikatnya sampai tidak sempat untuk berbicara selepas dia tamat nyanyian? Tekanya. Dia mengetap bibir. Kemungkinan pekerja ini menyukainya dalam diam. Itu yang tanpa segan mencuit dirinya di atas pentas.
“Maaf, cik. Ada seorang pelanggan memberikan cik sehelai kertas kecil.” Dia mengeluarkan kertas kecil yang berada di dalam poketnya lalu diberikan kepada penyanyi itu.
Nur Imani tersenyum sengih. Pekerja ini memang tiada rasa segan betullah! Kata saja pelanggan berikan padahal dia yang berikan. Saja nak coverline lah tu!
“Awak ni, kenapa babitkan tetamu kita? Kata ajelah awak yang bagi kertas ni kat saya.”katanya dengan gaya manja. Dia mengibas Feather Boe ke wajah lelaki itu. Pekerja itu tergamam. Penyanyi ini sudah salah anggap padanya. Dia perlu perbetulkan situasi dan keadaan yang berlaku saat ini. Pantas dia mengelengkan kepala berkali-kali.
“Eh, cik. Buat apa saya nak bagi kertas ni kat cik. Saya dah kahwin, tak ada masa nak mengatal dengan gadis lain.”kata pekerja itu dengan tegas. Dia hanya setia pada yang satu.
Terus berubah riak wajah Nur Imani. Dia mengecilkan mata, menahan malu diatas ketelanjuran kata-katanya yang agak menggoda seketika tadi.
“Habis, ni siapa yang bagi?” dia membuka lipatan kertas itu dengan riak wajah yang masih sama seperti tadi, malu.
“Tu, yang duduk kat belakang sana.”pekerja itu menunjukkan arah sebenar orang yang memberikan helaian kertas itu kepadanya.
“Iman, make faster! Tetamu dah tunggu you menyanyi tu.”gesa penyelia pentas secara berbisik di belakang tabir.
Nur Imani tersentak. Tidak sempat dia mahu memandang wajah yang memberinya kertas itu. Dia memaksa penyelia pentas yang diberi nama Ramzi itu bersabar. Dia membaca kata-kata yang terdapat di atas kertas itu.
''Kalau ada anak... anak akan malu beribukan perempuan kabaret!”
Nur Imani membulatkan mata menelan air liur sedalam-dalamnya. “Siapa yang bagi kertas ni?”katanya dengan tergagap-gagap. Jiwanya mula resah, dia bagaikan hilang kawalan ketika ini. Perempuan kabaret ditujukan kepadanya? Apa maksud semua ini?
“Tu, yang kat meja belakang sana.”ulang pekerja lelaki itu.
Nur Imani tergamam. Dia rasa dunianya bagai akan gelap-gelita selepas ini. Rayyan Zikri!! Lelaki itu datang ke sini dan tahu akan pekerjaan sebenar dirinya. Habislah dia selepas ini!!
Rayyan Zikri ketawa sinis. Cara duduk yang bersilang menambahkan keangkuhan dan riak bangganya kerana dapat ‘membalas dendam’ terhadap gadis itu. Dia bangun setelah melihat gadis itu bagaikan terpana melihat kelibatnya di situ. Terus dia mendekati gadis itu dengan cebikan di bibir.
Adam Muhammad dan Natasha yang merlihat kedatangan Rayyan Zikri dari belakang bergegas menghampiri lelaki itu. Dia melihat ke kanan dan kiri, memang ramai yang memerhatikan tingkah gadis itu yang agak gelisah di atas pentas.
Mereka berdua perlu menahan Rayyan Zikri dari membuat perkara yang kurang menyenangkan di hadapan khayalak ramai.
“Assalamualaikum, Nur Imani Binti Mohd Jaafar.”kata Rayyan Zikri dengan sinis. Pekerja lelaki yang berada disitu tadi segera kembali ke tempat asal setelah diarahkan olehnya untuk tidak menganggu perbualan mereka berdua.
Nur Imani tidak menjawab salam yang diberikan Rayyan Zikri, sebaliknya bibirnya bergetar menahan gelisah yang teramat sangat.
“Ray, better kau duduk dulu. Ramai tengok kau kat sini.” Adam Muhammad menarik tangan rakannya supaya tidak menganggu ‘tugasan’ yang bakal dijalankan Nur Imani.
Natasha yang berdiri di sebelah Nur Imani meminta gadis itu supaya bertenang. Nampaknya air mata gadis itu bakal tumpah sebentar lagi.
Rayyan Zikri mendengus. Terus dia menarik tangannya dari dipegang. “Kau tak layak sentuh tangan aku!”Adam Muhammad terpempam mendengar ayat itu. Segera dia menjarakkan diri. Natasha yang berada disisi rakannya sudah berasa sedih. Kesian kekasihnya di kata begitu. Dia memujuk kekasihnya supaya bersabar.
“Encik, kami perlu meneruskan persembahan seterusnya. Sila turun bawah supaya tidak menganggu tetamu di bawah”kata Ramzi dengan penuh hormat didepan Rayyan Zikri. Diharap dengan cara ini, dia mampu meleraikan pergelutan yang nampaknya makin ‘panas’ di saat ini.
“Kau nak suruh aku turun bawah?”mata Rayyan Zikri dijengilkan. Barannya datang kembali. “Aku takkan turun bawah selagi tak tampar gadis ni!!”jeritnya dengan menampar berkali-kali Nur Imani tanpa perasaan. Biar malu gadis itu dikhayalak tetamu yang hadir.
Nur Imani mengaduh kesakitan. Dia ingatkan Natasha akan berada disampingnya tetapi gadis itu bertindak mendekati Adam Muhammad tanpa membantunya di dalam kesusahan.
Tetamu yang hadir di barisan hadapan berdiri dan menyaksikan ‘wayang percuma’ diantara Rayyan Zikri dan Nur Imani.
“Aku tak puas lagi kalau aku tak dapat bunuh kau!”dia mencekak rambut gadis itu dan menariknya sekuat hati. Nur Imani menjerit sekuat hati sehingga terjelepok jatuh ke lantai pentas.
Riuh-rendah kelab itu dibuatnya. Suasana yang gelap-gelita sebentar tadi kini dibuka dengan cahaya yang terang akibat tidak mahu menimbulkan perselisihan faham di dalam kelab ini.
Ramzi yang berusaha untuk menenangkan lelaki itu nampaknya tidak berjaya. Dia memanggil sekumpulan pekerja yang berada di luar kelab GS Live lalu bertindak menarik tubuh Rayyan Zikri keluar dari kelab itu.
Terdorong tubuh Rayyan Zikri di luar kelab sehingga dia jatuh tersembam di luar pintu masuk kelab GS Live. Pintu kelab GS Live itu ditutup kasar setelah menolak dia keluar.
Rayyan Zikri menjerit kesakitan. Habis ‘rosak’ gaya maskulin yang ditonjolkan pada petang ini. Blazer biru gelap yang dipakai sudah berkedut, tidak menampakkan sisi seorang lelaki hensem lagi. Dia bangun dengan kaki yang terjingkit-jingkit.
Tetapi tidak mengapa, dendamnya sudah terbalas. Baginya, penampar dan menarik rambut gadis itu sudah cukup memuaskan hatinya.
Dia rasa puas.
Puas sangat-sangat!!


8 ulasan:

Nana Mohd Yasin berkata...

eya ku sayang.....
words bab terakhir tu mmg saspen
kan belum lagi ni
pe jadik ngan cinta razree n dhia
ohhhhhh tidakkkkkkk
jgn gantung tak bertali eya.....
tersiksa batin ku ini......

tolong.......tolong.....
berikan ku cahaya...
ku terkapai2 kegelapan.....
hahaha.... drama sungguh...

sila2....jawab.....

Unknown berkata...

Kesian Rayyan kan...Imani mmg patut kna tampar....huh...puas hati..
Eya, lepas ni bila boleh jumpa balik dgn Rayyan..pasti ku rindu...

fara berkata...

Tak baik ar malukan imani cam tuh...sedih tau. Tnya bebaik x leh ke?

NurAtiZa berkata...

Amani memang patut dapat ganjaran yg setimpal dgn penipuan dia...

Unknown berkata...

wat kak nana syg..suspen k?haha
eyaakan truskan smbungannya..dont worry be happy

Unknown berkata...

wat kak Anne syg..rayyan mmg ptut dikasihani..
slpas ni akk akan berjmpe smula ngn Rayyan

Unknown berkata...

wat fara.. ;)
mgkin itu balasan yg prlu ditempuh Nur Imani setelah menipu kekasih sendiri

Unknown berkata...

wat atiza..
mmg btul imani dpt pembalasan setimpal diatas ap yg d dh wat pd Rayyan