Rabu, 10 April 2013

BAB 21 Pulanglah Padaku



“Awak temankan saya pergi satu tempat boleh?”kata Rayyan Zikri separuh mengharap setelah dia masuk ke dalam restoran semula.
Nur Imani terkedu. “Awak ajak saya ke?”
“Mestilah saya ajak awak. Takkan saya ajak pekerja dalam restoran ni pulak?”sindirnya.
Nur Imani tersipu malu sambil tergelak kecil. “Okey. Jomlah. Lagipun kita dah habis makan kan? Saya pun tak nak duduk sini lama-lama.”balasnya sambil berdiri dari kerusi yang diduduki. Dia segera merapati lelaki kacak itu.
“Baguslah. Marilah kita pergi.”ajak Rayyan Zikri untuk keluar dari situ. Hal nenek perlu diutamakan dahulu.
Nur Imani menyentuh lengan Rayyan Zikri, kejap. Lelaki itu terpaku seketika. “Saya nak bayar harga makanan dulu. Takkan nak pergi tanpa bayar dulu kan?”
Rayyan Zikri tersenyum. “Awak tak payah risau. Saya dah bayar tadi.”
“Eh, kenapa pulak awak yang bayar? Bukan saya yang ajak awak makan ke? Patutnya saya yang bayar bukan awak.”jawapan itu membuatkan Rayyan Zikri tersenyum lagi.
“Sebagai seorang lelaki yang kacak lagi hensem seperti saya ni, mana mungkin mahu membiarkan gadis manis seperti awak belanja saya. Mestilah lelaki yang kena bayar kan? Awak simpan ajelah duit awak tu. Lain kali kalau  kita keluar buat kali kedua, awak belanja pulak ye?”dia mengenyit mata ke gadis itu.
Nur Imani terkedu sekali lagi. Comelnya lelaki ni kenyit mata! Eeii…geram pulak aku tengok lelaki ni.gumamnya.
“Okey.”itu sahaja yang mampu diucapkan.
“So? Jom kita pergi.”tangan gadis itu yang masih utuh dilengannya dipegang kemas. Gadis itu nampaknya suka dengan perbuatannya itu.
Lantas, mereka berdua pergi tanpa menghiraukan pengunjung yang berada di restoran itu.
“Awak nak ajak saya pergi mana sebenarnya?”kepalanya ditoleh ke wajah Rayyan Zikri yang sedang leka memandu kereta. Ada baiknya dia memulakan bicara untuk mengeratkan hubungan. Sebetulnya, lelaki itu sudah menempa masuk ke dalam ruang hatinya.
Rayyan merenung sekilas ke wajah gadis itu sebelum memfokuskan pemanduan. “Saya nak ajak awak pergi rumah tok kadi. Kita kahwin lari.”guraunya.
Nur Imani tersipu malu. Bibirnya diketap erat. “Awak ni, janganlah bergurau. Segan saya dibuatnya.”ditolak manja bahu lelaki itu. Merah mukanya menahan malu. Ah! Lelaki ini membuatkan dia berada didunia fantasi. Adakah dia telah jatuh cinta pada lelaki yang bernama Rayyan Zikri?
Rayyan Zikri suka melihat muka gadis itu yang berubah wajah apabila diusik sebegitu. “Eh, awak tak sudi ke? Ramai gadis yang nak kat saya tau. Hensem, menggoda, ada style. Rugi tau kalau awak tolak bersuamikan saya ni.”guraunya lagi.
“Awak ni poyo ajelah. Saya tengok awak biasa aje.”sengaja dia membuat lelaki itu sakit hati dengan dia.
Rayyan Zikri mencebirkan bibir. “Eleh, mata awak tu ada masalah kut. Sebab tu awak kata saya ni biasa aje. Saya ni kategori jenis idaman malaya tau. Tak caya tanya Natasha dengan Muhaimin.”riak jawapannya
“Eleh, perasannya lelaki ni.”cebik Nur Imani.
“Tak perasan pun. Saya cakap betullah. Tak salah kan mengaku diri sendiri hensem?”
“Tak salah tapi jangan riak.”balas Nur Imani dengan senyuman sinis. “Awak cakaplah betul-betul. Kita nak pergi mana ni?”
“Saya nak bawak awak jumpa seseorang yang istimewa.”
“Istimewa?”wajah Nur Imani berubah keruh. “Awek awak ke?”harapannya, janganlah lelaki ini mempunyai teman wanita lagi. Jika boleh, dia mahu lelaki ini rapat dengannya dan seterusnya menjalinkan sesuatu hubungan yang luar biasa. Bukan kawan biasa atau sahabat tetapi lebih dari itu.
“Awek saya kan ada kat sebelah ni. Mana boleh saya menduakan dia.”katanya dengan senyuman manis. Harap gadis ini faham luahan hatinya.
Nur Imani tertunduk malu. Lelaki ni pandai mengembirakan hatinya. “Awak cakaplah, kita nak pergi mana sebenarnya. Awak bergurau sekali lagi, saya tak nak kawan awak.”rajuknya dengan gaya sedikit manja.
“Ala, itu pun nak merajuk ke. Okeylah, sebenarnya saya nak bawak awak pergi rumah saya. Nenek saya tiba-tiba sakit. Saya risaulah.”dalam gembira dia tadi, muncul suara sebak yang tidak mampu disembunyikan. Dia betul-betul risaukan neneknya.
Nur Imani menelan airliur. Lelaki ini mahu ajak pergi ke rumah dia?
‘Aku tak salah dengar kan dan aku tak bermimpi di siang hari kan?’desisnya dalam hati. Dia terasa ingin menampar pipinya supaya dia sedar yang kata-kata Rayyan adalah benar.
Natasha ada berkata padanya yang Rayyan Zikri adalah cucu kepada seorang jutawan. Hari ini mungkin hari bertuahnya untuk melihat rumah mewah Rayyan Zikri. Mana tahu esok lusa dia akan duduk dirumah lelaki itu pula. Wah, cepatnya aku jadi kaya!luahnya dalam hati.
“Saya nak kenalkan awak pada nenek saya.”sambungnya. Itulah tujuan dia sebenarnya mengajak Nur Imani datang ke rumahnya. Bukan setakat mangajak gadis itu untuk melihat neneknya yang sedang sakit tetapi memperkenalkan Nur Imani sebagai teman istimewanya. Dia tahu gadis disebelahnya mempunyai perasaan yang sama seperti dia cuma gadis itu tidak meluahkan secara luaran lagi.
“Nenek awak tak kisah ke saya pergi jenguk dia? Nenek awak garang tak?”
“Eh, takdelah. Nenek saya biasa-biasa aje orangnya. Dia wanita yang baik.”Rayyan mengetap bibir. Dia terpaksa berkata begitu walaupun hakikatnya nenek adalah seorang yang sukar diduga dan cepat panas baran sekirannya ada perkara yang tidak disukainya.
Harap-harap nenek suka dengan gadis pilihan aku.katanya dalam hati.
“Baguslah kalau macam tu. Saya takdelah rasa gemuruh sangat bila berdepan dengan nenek awak nanti.”hilang sifat gemuruhnya. Jika Rayyan Zikri sudah berkata begitu, dia tidak perlu rasa takut lagi.
            Rayyan Zikri hanya senyum nipis.
            Sudah sampai di kawasan perumahannya, dia dikejutkan dengan bunyi pesanan ringkas di atas rak keretanya. Segera dia mengambil telefon bimbitnya.
Nur Imani mengerling sekilas.
            Dhia lagi?dia mengeluh sedikit. Touch screen telefonnya disentuh sekilas lalu dibaca pesan ringkas dari sahabatnya.
Aku kat umah nenek ni. Kau datang ar cepat! Nenek tggu kau.
Itu sahaja pesanan ringkas dari Dhia. Tak sangka sahabatnya datang kerumahnya. Walaupun hatinya masih sakit dengan perbuatan Dhia namun dia bangga mempunyai sahabat yang prihatin akan keadaan neneknya.
“Siapa tu?”tanya Nur Imani ingin tahu. Cemburu dia dah datang balik.
“Sahabat dunia dan akhirat…”itu sahaja jawapan yang diberikan Rayyan Zikri. Memang benar, Dhia adalah sahabat dunia dan akhiratnya. Tiada siapa mampu memisahkan mereka berdua…
“Ooo…ingatkan someone special tadi.”katanya dengan nada cemburu.
*****
Gemuruh Nur Imani muncul dengan tiba-tiba tatkala masuk ke perkarangan rumah mewah milik Rayyan Zikri. Memang mewah betul rumah dia ni. Suka pulak aku tengok. detiknya dalam hati.
“Awak dah bersedia nak jumpa nenek saya?”
Nur imani hanya mengiakan padahal dia begitu gemuruh disaat ini. Macam dia akan ditemuduga sebagai calon menantu pulak.
Rayyan Zikri tersenyum lebar sebelum dia keluar dari kereta. Nur Imani dibiarkan dulu di dalam kereta. Hidayat Romli yang menunggu di luar pintu utama terus menunduk tatkala tuannya pulang ke rumah.
“Hidayat…macam mana keadaan nenek sekarang?”tanpa mengucap salam, terus ditanya soalan itu.
Hidayat Romli tersentak lalu dia menunduk. “Tekanan darah tinggi Puan Hadijah naik mendadak tadi. Sekarang ni cik Dhia tengah jaga Puan di biliknya.”
Rayyan Zikri terkejut besar. Tekanan darah tinggi nenek naik? Sebab diakah nenek jadi begitu?
Sepantas itu, dia membisikkan sesuatu di telinga Hidayat Romli. “ Dalam kereta tu ada seorang gadis. Aku nak kenalkan dia pada nenek.”
“Baik, tuan.”Hidayat Romli akur. Dia membukakan pintu ditempat penumpang. Seorang gadis keluar dari kereta dengan berpakaian yang agak sopan.
“Hai…”ucap Nur Imani dengan senyuman manis.
Hidayat Romli hanya mengangguk. Dia tidak menjawab salam gadis itu.
Nur Imani malu. Dia baru nak kenal dengan pembantu rumah Rayyan Zikri ni, lelaki tu buat derk pulak. Serius giler pembantu rumah lelaki ni.
Jangan nenek Rayyan Zikri serius sudah.desisnya.
Lantas, dia bergerak seiringan dengan Rayyan Zikri yang sudah menunggunya di ruang pintu yang terkuak lebar. Hidayah Romli hanya membuntuti kedua pasangan itu dari belakang sehinggalah ke anak tangga. Apabila dia dekat dengan lelaki itu, gemuruhnya hilang sedikit. Tak adalah dia rasa takut sangat.
“Come…”pelawa Rayyan Zikri setelah Nur Imani berdiri disebelahnya. Mereka berdua menanggalkan kasut dan masuk ke rumah.
Nur Imani terasa berada diawangan. Cantiknya rumah dia!! Bertuah betul Rayyan Zikri dapat tinggal kat rumah mewah ni. Lampu yang besar dan berkerlipan diatas syiling memberikan impak pada persekitaran dirumah mewah ini.
Sungguh! Dia rasa teruja dengan rumah mewah ini.
Rayyan Zikri mengajak dia naik ke tingkat atas. Dia hanya menurut perintah sahaja.
Tatkala mereka berdua naik keatas, Rayyan Zikri ternampak Dhia membawa sehelai kain tuala dan sebuah bekas kecil. Dia berdehem berkali-kali agar sahabatnya perasan kehadirannya.
Dhia agak terkejut melihat Rayyan Zikri membawa seorang gadis. Terpana dia seketika disitu. Adakah itu Nur Imani yang selalu muncul dibibir sahabatnya?
Dhia menunggu pasangan itu menaiki tangga hingga ke puncak. Matanya tidak puas-puas menatap wajah sahabatnya yang kelihatan gembira dengan gadis disebelahnya.
Sebaik sahaja pasangan itu sampai di puncak tangga, mereka berdua berhenti.
“Dhia, terima kasih aku ucapkan sebab kau sudi jaga nenek aku.”lembut suara Rayyan Zikri. Nur Imani hanya membatukan diri disebelah dia.
“Aik? Tadi bukan main kasar bahasa kau pada aku dan nenek. Mana pergi suara kasar kau tu? Aku nak jugak dengar balik suara kasar kau tu.”perli Dhia tanpa menghiraukan perasaan Rayyan Zikri yang berubah riak wajahnya.
“Aku minta maaf sangat-sangat. Kita lupakan hal lama okay? Lagipun kita kan sahabat. Aku tak nak gaduh dengan kau lama-lama.”dengan membuang rasa egonya, dia pantas memegang lembut tangan Dhia.
Darah Nur Imani menyirap hingga naik ke kepala. Cemburu dia datang lagi! Apa sebenarnya hubungan mereka berdua ini? Jika sahabat, takkan semesra ini!
Dhia tersengih. Kemarahan yang membara pada sahabatnya lenyap tiba-tiba. Pnadai Rayyan Zikri mengambil hatinya. “Hah, tau takut! Lain kali jangan nak marah aje. Kawal sikit kemarahan kau tu. Bila marah tak ingat dunia. Semua orang kau nak marah.”
“Aku tahu aku salah tapi pada masa yang sama kau pun salah jugak. Lain kali bagilah tahu awal-awal. Kalau cakap awal, perkara macam ni takkan berlaku dan aku takkan marah kau teruk-teruk macam tadi.”
Mereka bercakap sehingga lupa gadis disebelah Rayyan Zikri.
“Haa, kita bercakap ni sampai lupa gadis comel kat sebelah kau tu. Siapa dia ni?”Dhia memandang gadis itu dari atas ke bawah. Not bad! Ada ciri-ciri gadis yang baik. Tetapi kenapa hatinya berasa kurang senang dengan gadis ini?
“Saya Nur Imani.”ujar gadis itu dengan memperkenalkan diri.
“Dialah Nur Imani tu.”Rayyan Zikri berbisik di telinga Dhia.
“Not bad.”hanya itu yang mampu diucapkan. Takkan dia nak cakap dia kurang senang pulak kan?
Nur Imani tersenyum nipis. Apa maksud ‘not bad’ perempuan disebelah Rayyan Zikri itu? Dia mula berasa tidak sedap hati.
“Korang pergilah masuk dulu. Aku nak letak ni kat dapur jap.”ajak Dhia setelah mereka lama di sudut tangga.
“Nenek tengah buat apa?”
“Baring. Korang masuk aje. Kejut nenek perlahan-lahan tau. Nanti darah tinggi dia naik balik pulak.”usiknya sebelum dia turun meniti tangga.
Rayyan Zikri mengelengkan kepala. Ada-ada aje Dhia ni. Sempat lagi nak mengusik dia. Wajah Nur Imani direnung penuh kasih. “Awak dah sedia?”
“Dah.”ucapnya sambil tersenyum.
Mereka berdua masuk ke bilik nenek dengan ketukan pintu terlebih dahulu. Sesudah itu, mereka merapati katil nenek yang dilitupi dengan kelambu.
Rayyan Zikri menolak kelambu itu lalu di cangkukan ke tepi. Dia duduk ditepi neneknya sementara Nur Imani berdiri memerhatikan nenek dia.
“Nek…”tangannya mengusap lembut pipi nenek yang masih terlena itu.
Puan Hadijah pantas tersedar. Matanya terbeliak memandang cucunya di tepi. Dia menghela nafas panjang.
“Cucu nenek…mana Ray pergi tadi?”dia mahu bangkit dari pembaringan. Rayyan Zikri membantu neneknya bangun dengan memaut kedua-dua bahu nenek.
“Ray keluar jumpa kawan jap nek.”padahal dia jumpa Nur Imani tadi.
Puan Hadijah bersandar di belakang bantal. Dia tergamam melihat ada seorang gadis yang sedang berdiri diantara mereka berdua. Siapakah gadis ini?
“Siapa dia ni, Ray?”
“Oh, lupa pulak Ray nak kenalkan. Ini Nur Imani, teman Ray.”ditekankan perkataan teman itu. Sebenarnya ada maksud disebalik teman itu.
Nur Imani terus menyalami wanita berusia itu tetapi hanya sesipi hulurannya disambut. Dia terasa.
“Nenek tak pernah jumpa dia pun?”katanya sedikit musykil. Selama ini, dia hanya mengetahui teman yang paling rapat pada cucunya ialah Dhia. Tak pernah dia dengar Rayyan Zikri ada kawan lain selain Dhia.
“Sebenarnya nek, Ray nak beritahu sesuatu ni.”dia mengenggam erat tangan nenek.
“Beritahu apa ni?”kata Puan Hadijah sedikit pelik. “Cakap ajelah…,”
“Ray nak minta keizinan dan restu dari nenek untuk berkawan lebih rapat dengan Nur Imani.”
Sedang Rayyan Zikri berbicara dengan nenek, Dhia masuk sambil menutup pintu. Dia segera menghampiri mereka bertiga.
Puan Hadijah mendengus. “Tak boleh! Nenek tak benarkan.”ayat itu membuatkan Nur Imani menunduk ke bawah.
Dhia terpana. “Ray, kau cakap apa dengan nenek ni?”dia menyiku tangan sahabatnya.
Rayyan Zikri tidak menghiraukan soalan sahabatnya tetapi dia terus bertanya pada nenek. “Apa yang membuatkan nenek tak restu pada hubungan kami berdua? Ray mengaku Ray sukakan dia. Dan kalau boleh Ray nak nenek benarkan Ray kahwin dengan dia.”pengakuan jujur dari Rayyan Zikri menyentak hati Puan Hadijah.
Dhia terlopong mendengarnya. “Kau nak kahwin dengan dia ni?”Dhia menjawab bagi pihak nenek. Jari telunjuknya terarah ke gadis yang telah mendapat tempat di hati Rayyan Zikri. Secara jujurnya, hati dia rasa kurang senang pada gadis yang bernama Nur Imani ini. Seperti ada sesuatu yang tersirat pada gadis itu.
Nur Imani hanya mendiamkan diri. Dia terkejut mendengar pengakuan Rayyan Zikri secara tiba-tiba itu. Tak sangka mereka mempunyai perasaan yang sama. Dalam hati, dia senang dengan pengakuan yang diucapkan Rayyan Zikri.
“Nenek takkan benarkan Ray kahwin dengan dia. Langkah mayat nenek dulu kalau Ray nak kahwin dengan dia!”serak suara Puan Hadijah menjawab.
Mereka bertiga tergamam disitu. Rayyan Zikri segera berdiri tegak. “Apa masalahnya nek? Salah ke Ray berkasih pada orang yang Ray sayangi?”ujarnya sedikit sedih.
“Tak salah Ray berkasih sayang tapi bukan dengan gadis ni!”
“Habis tu dengan siapa lagi saya nak berkasih sayang, nek? Perempuan yang Ray minat semua nenek tolak. Ray pun perlukan seorang gadis disamping Ray. Nur Imani adalah orangnya.”
Hati Nur Imani tersentuh mendengarnya. Dia merenung wajah lelaki itu dengan pandangan bermakna. Sungguh! Hatinya telah terpaut pada lelaki yang bernama Rayyan Zikri. Itu tak dapat dinafikan lagi!
“Nenek hanya akan pilih seorang sahaja. Dan perempuan yang paling layak disamping Ray adalah Dhia!”tegas suaranya berkata.
Mereka bertiga tergamam. Dhia tak sangka dia dipilih nenek untuk berada disamping Rayyan Zikri.
            Are you kidding, nek? Dhia sahabat Ray. Ray takkan sekali-kali bercinta dengan sahabat sendiri. Ray cintakan Nur Imani. Hanya gadis ini sahaja yang layak! Bukan Dhia ataupun orang lain!”
            Dhia terasa hati. Sampai hati Rayyan Zikri berkata begitu didepan Nur Imani.
Tak layak ke dia dicintai?

3 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

kesiannya kat dhia.. eee xsuka la jdi mcm ni :(

Unknown berkata...

kesian dhia kan?dia makin dipinggirkan..hmm.. :(

Unknown berkata...

sabar Dhia.... Ray ni pun satu cepat sgt melenting..