Jumaat, 26 April 2013

BAB 28 Pulanglah Padaku



    Seawal pagi lagi, Dhia sudah menjejakkan kaki di depan pulau chaletnya. Dia sudah menelefon abang Razree untuk menemaninya bersenam sekaligus untuk memaklumkan tentang persetujuannya untuk bekerja di syarikat nenek.

Kini dia mendapat banyak ketenangan setelah menunaikan solat iskthikarah malam tadi. Matanya yang sukar dilelapkan membolehkan dia membuat solat sunat di malam hari. Ternyata selepas solat isthikarah, dia bertambah yakin untuk menyatakan kepada abang Razree yang dia bersetuju untuk menerima tawaran nenek.

Angin yang berhembus-hembus ke arahnya membuatkan Dhia menjadi segar dan lebih tenang. Kedua tangannya dilapangkan agar dia dapat menghirup udara yang nyaman.

“Argh, damainya rasa…”udara disitu disedut sepuas mungkin.

“Ceria nampak?”sampuk satu suara yang berbisik ditelinga kanannya.

Dhia tersentak seraya dia memandang ke belakang dengan mata yang membulat. Abang Razree! Bahunya terenjut sedikit kerana kesan kejutan yang dilakukan lelaki itu lantas ditepuk manja bahu lelaki itu. “Abang ni buat Dhia terkejut aje tau. Cubit karang, lebam lengan tu!”Razree terkekeh-kekeh ketawa.

“Saja abang buat Dhia terkejut sebab abang tahu Dhia tak kuat melatah.”

“Ye pun janganlah sampai bisik kat telinga Dhia. Dhia dahlah geli bab bisik membisik ni.”muncung bibirnya menahan geram.

“Abang kenapa lambat? Dhia dah lama tunggu abang kat sini. Perut pun dah lapar sangat ni…”rengek Dhia. Mulut Razree terlopong mendengarnya.

“Dhia tunggu abang tanpa biar perut tu kosong? Abang dah sarapan kat bilik tadi.” Dhia ternganga. Matanya terkebil-kebil. “Abang dah makan? Dhia tak makan lagi…”kendur suaranya.  

“Haa..itu salah Dhia sebab abaikan perut tu. Lain kali kalau nak jumpa, isi perut tu dulu.”nasihat Razree bagai seorang abang kepada adiknya.

Dhia menundukkan wajah. “Yalah, Dhia salah.”perlahan nada suaranya.

“Dah tahu salah, meh abang temankan Dhia makan sekarang.”dia menarik tangan Dhia dan mengenggamnya.

Dhia berdebar dalam hati. Dipegang erat oleh seorang lelaki yang bukan mahramnya membuatkan dia tidak keruan. Dia mahu melepaskan genggaman lelaki itu namun tangan lelaki itu begitu gagah untuk dia melepaskannya begitu sahaja.Dhia hanya membiarkan tangan itu didalam genggaman lelaki itu sehingga tiba di warung.

*****

            “Makan banyak-banyak Dhia. Abang tengok badan Dhia dah nampak susut sekarang ni.”

            “Amboi bang…sempat lagi tilik bentuk badan Dhia?”dia malu sendiri apabila lelaki menegur tubuh badannya. Terlampau susutkah tubuh badanku? Rasanya macam tak ada yang berubah pun.bisiknya dalam hati.

            “Abang tak tilik tapi abang perhatikan tubuh badan Dhia semenjak kita bersua berapa hari lepas. Dhia banyak masalah ke sebelum ni sampai badan dah tinggal kepeng macam ni?”tanya Razree serius.

            Dhia menyengetkan mulutnya tanda tidak suka akan pertanyaan yang dilontarkan lelaki didepannya. “Abang jangan memandailah. Tak semestinya masalah boleh membuatkan badan kita menjadi susut.”

            “Kalau bukan masalah, sebab apa?”

            “Dhia banyak bersenam. Itu yang menyebabkan badan Dhia kurus keding macam ni.”

“Abang tak rasa macam pasal bersenam ni…”hatinya tidak berasa tenang dengan jawapan ‘bersenam’ itu. Dia dapat rasakan pasti berkaitan dengan masalah dalaman.

Tiba-tiba Dhia menampar tangan kanannya. Dia terasa sakit. "Apa ni, Dhia? Main pukul aje.”

“Abang tulah. Yang tak sedap hati pasal jawapan Dhia buat apa? Dhia cakap benda betullah!”walaupun hakikat sebenarnya dia mengalami masalah tekanan perasaan yang maha hebat. Pelbagai masalah yang membelenggu dirinya. Pandai abang Razree ‘merasa’ apa yang terbuku dihatinya.

“Entahlah, abang rasa tak sedap hati.”

“Abang ni macam pakar kaunseling pulak.”dia menjeling dengan ekor matanya. Dia serba salah kerana terpaksa menyembunyikan masalahnya kepada lelaki itu. Biarlah masalah itu disimpan didalam hati.

“Dhia makan dululah. Perut Dhia dah lapar sangat ni.”dia lantas menukar topik. “Abang pun jemputlah makan sekali.”pelawanya. Lelaki itu dah belanja dia, takkan tak ajak makan sekali kan?

“Hmm…makanlah. Makan banyak-banyak. Biar badan tu berisi sikit.”nasihat Razree. Dia mula menikmati teh susu yang dipesan tadi dengan menghirupnya perlahan-lahan.

Setelah berapa ketika, pandangannya melekat pada wajah Dhia yang sedang khusyuk menikmati makanan. Nampak sangat perempuan ini lapar!

“Makan perlahan-lahan Dhia. Malu sikit makan depan lelaki.”tegurnya.

Dhia mengunyah roti canai hingga masuk ke celah kerongkong. Mujur roti canai yang dimakan tidak terkeluar dari mulutnya. “Sorry, abang. Dhia lapar sangat ni.”dia tersengih-sengih.

“Lapar…lapar jugak. Makan perlahan-lahan ye. Dhia tu perempuan. Abang ni lelaki. Nak makan kena beradab kan?”

“Ya, bang.”akur dengan kata-kata itu, dia mengambil secebis roti canai lalu dikunyah perlahan-lahan. Tidak selaju tadi.

Teh susu yang tinggal separuh diletakkan ke atas meja. “So, macam mana dengan tawaran yang nenek bagi pada Dhia? Abang nak tahu sangat ni.”

“Haa?”dia baru sahaja ingin menikmati makanannya, abang Razree dah tanya soalan ‘pedas’ yang membuatkan dia terkedu sesaat.

“Dhia terima tawaran nenek tapi…”belum sempat Dhia meneruskan kata, lelaki dihadapannya bersorak kegirangan. Dhia mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah lelaki itu.

            “Alhamdulilah. Abang bersyukur ke hadrat Allah, Dhia terima tawaran tu!”Razree meraup wajahnya tanda dia bersyukur diatas persetujuan Dhia menerima tawaran nenek itu.

            “Dhia tahu, abang mesti excited Dhia kerja dengan abang.”

            “Mestilah abang excited! Tak adalah muka abang berkerut aje dalam office tu.”

            “Muka abang berkerut? Kenapa?”tanya Dhia pelik.

            “Abang kalau kat ofis memang serius giler! Muka asyik berkerut aje. Dengan pekerja abang, abang terpaksa buat muka serius kalau tak diorang ambik kesempatan terhadap abang.”

            “Wah, kalau Dhia dah kerja dengan abang, abang memang akan serius dengan Dhia lah ni?”

            “Tak kut . Sebab Dhia kawan abang dan abang akan senyum aje dengan Dhia.”

            “Kesian pekerja abang. Kalau dengan Dhia aje abang senyum nanti diorang mesti tak puas hati dengan Dhia.”ujarnya sambil tersengih-sengih. “Lepas ni, abang senyumlah kat semua pekerja abang. Senyum kan satu sedekah. Asyik serius aje. Pekerja lari nanti.”

            “Kalau Dhia nak abang sentiasa senyum, Dhia kena selalu teman abang makan bila kerja kat ofis nanti.”

            “Itu no hal!”katanya selamba. Ingatkan ada syarat yang dikenakan lelaki ini.

            “Tadi Dhia kata tapi. Tapi apa Dhia?”

            Kelu lidah Dhia untuk menjawabnya. “Dhia memang terima tawaran tu tapi Dhia tak nak nenek gabungkan Dhia dengan Ray dalam satu ofis.”

            Razree tiba-tiba ketawa. “Abang tak cakap apa-apa pun pasal Ray. Dhia teringatkan dia ke?”kata-kata itu membuatkan Dhia tersentap. Langsung dia geleng kepala menafikan.

“Buat apa Dhia nak ingat Ray. Dia pun bukannya ingat kat Dhia pun. Yalah, dia kan dah ada makwe.”katanya dengan suara perlahan. Dia minum air untuk menghilangkan keresahan yang melanda dalam jiwanya.

“Dia dah ada makwe? Biar betul?”mata Razree bersinar-sinar. “Abang macam tak percaya ni.”

“Abang kena percaya. Dia bukan mata keranjang macam dulu lagi. Dia dah berubah. Setia pada yang satu.”ujarnya dengan suara yang perlahan. Dia mengetap bibir. Sahabatnya yang satu itu makin hari makin meminggirkan dirinya. Dia resah jika teman wanita Rayyan Zikri bakal mengambil tempatnya sebagai orang yang paling rapat dengan lelaki itu.

“Impossible!”terkebil-kebil mata Razree dibuatnya. “Abang rasa macam nak baling kerusi yang abang duduk ni kat kepala abang. Abang betul-betul tak percaya dia dah ada makwe. Baguslah kalau dia dah sedar, setia pada yang satu lebih baik.”

Dhia tergelak kecil. “Abang ni, takkanlah sampai nak baling kerusi kat kepala pulak. Nak mati cepat ke?”

“Abang gurau aje. Dah lama abang tak jumpa adik abang sendiri. Abang rindu kat dia.”keluhnya sambil menopang dagu.

“Tulah abang. Kuat kerja sangat sampai lupa nak jenguk adik dengan nenek. Betul tak?”

“Nenek pun abang rindu jugak.”

“Abang jenguk-jenguklah nenek seminggu dua kali. Terubat rindu nenek kat abang nanti.”

“Tengoklah macam mana nanti. Kalau perangai nenek masih macam dulu, abang rasa kena fikir dua kali untuk jenguk nenek.”

“Maksud abang, perangai nenek yang suka mengongkong tu?”

“Pandai pun Dhia teka. Dhia tahu kan perangai nenek macam mana? Suka mengongkong kehidupan cucu-cucu dia? Itu sebab abang susah nak balik rumah sekarang ni”

“Dhia rasa abang tak boleh buat nenek macam tu. Abang tahu tak nenek sejak kebelakangan ni asyik pening kepala? Dhia risau betul tengok keadaan nenek sekarang ni. Hari tu Dhia pergi rumah nenek. Nenek tak sihat.”

“Hah? Nenek tak sihat?”terlopong mulut Razree mendengarnya. “Abang dengar suara nenek okey aje kat dalam telefon.”dadanya berdebar. Risau dirinya mendengar nenek sakit. Walaupun dia tidak suka dengan perangai nenek yang suka mengongkong dirinya, dia tetap mengambil berat akan kesihatan neneknya. Itulah satu-satunya saudara yang dia ada ketika ini selain adiknya, Rayyan Zikri.

“Abang silap. Kat telefon memanglah abang dengar suara nenek macam biasa tapi mana kita tahu kan nenek kawal suara agar abang tak perasan nenek sakit.”

“Abang rasa esok abang nak baliklah. Abang tak sedap hatilah kalau nenek tak sihat.”dia mula bangun dari tempat yang didudukinya.

“Abang nak balik? Kalau macam tu, kita balik sekalilah esok. Dhia pun tak ada apa nak buat kat sini lagi selain mengadap Pulau Besar ni.”dia pun turut bangun. Makanan yang ingin dijamah tadi dibiarkan. Dia tiada keinginan untuk menjamu selera setelah melihat wajah lelaki itu yang kelihatan sedih.

“Great! Kita balik sama-samalah. Nanti kita jenguk nenek sekalilah ye. Abang memang tak sedap hatilah bila dengar nenek sakit.”riak wajah razree bertukar sedih. “Lepas ni abang nak call nenek kejap. Dhia balik bilik dulu ye. Abang nak jumpa setiausaha abang dulu.”

Dhia mengangguk. “Yelah. Dhia balik dulu. Abang jangan sedih. Keadaan nenek masih terkawal saat ini.”dia cuba menenangkan lelaki itu sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

Razree perlahan-lahan menenangkan dirinya sendiri. Dia memandang kelibat Dhia yang keluar dari warung kecil itu.

Ya Allah! Berilah kesihatan yang baik terhadap nenekku...desisnya dalam hati.

******

Dhia tiba di rumah setelah memenangkan abang Razree yang agak risau apabila mendengar khabar yang kesihatan nenek tidak begitu baik. Dia pun bodoh jugak sebab bagi tahu lelaki itu tentang kesihatan nenek. Sempat juga dia meluku kepala sendiri selepas dia keluar dari warung kecil tadi kerana bercakap pasal kesihatan nenek.

Setelah berjalan berapa minit dari warung, akhirnya kakinya jejak juga ke tempat penginapannya. Kunci chalet yang berada di poket seluarnya dikeluarkan lalu dibuka pintu chalet itu.

Kelibat ibunya yang sedang khusyuk melihat sebuah majalah diatas katil menarik perhatiannya. Dhia menghampiri ibunya lalu dipeluk seerat mungkin. Wajahnya dimaniskan.

“Ibu…”katanya dengan manja. Puan Suria tersenyum manis. Berapa saat selepas itu, dia merenggangkan pelukan anaknya.

“Wah…sayang ibu ni nampaknya gembira bila balik jumpa Razree. Ada apa-apa ke?”usik Puan Suria. Dia senang melihat keceriaan yang terpancar diwajah anaknya. Mungkin ada sesuatu yang diperkatakan Razree hingga anaknya tampak gembira didepannya.

“Dhia dah tunaikan permintaan ibu untuk bekerja disyarikat nenek dan sekarang ni Dhia nak ibu tunaikan permintaan Dhia pulak.”katanya dengan nada ceria.

 Puan Suria menjongketkan kening. “Wah, anak ibu ni dah pandai nak buat permintaan kat ibu ye?”dia mengusik anaknya.

Dhia tersengih. “Ala, ibu. Bagi Dhia adil lah. Dhia dah terima tawaran kerja tu, ibu mintak Dhia tunaikanlah pulak permintaan Dhia ni. Lagipun Dhia mintak satu permintaan aje. Bukannya banyak pun.”dia memuncungkan bibir.

“Okey…okey. Ibu akan tunaikan permintaan Dhia. Dhia nak apa sayang?”dia mengelus rambut anaknya yang agak berserabai itu. Angin kencang di luar pulau chalet ini mungkin membuatkan rambut anaknya sedikit kusut-masai.  

“Dhia sebenarnya nak jumpa Muzaffar lepas kita balik nanti. Harap ibu kasi Dhia jumpa bekas suami Dhia. Puan Suria terkedu mendengarnya.

 “Dhia dah fikir masak-masak?” tanya ibunya lembut.

Dhia tersenyum meleret. Nampaknya ibu cakap lembut ni, bolehlah tu.detiknya dalam hati.

“Dhia rasa Dhia buat keputusan yang tepat. Ibu jangan risau. Dhia jumpa Muzaffar sekejap aje. Cinta Dhia pada bekas suami Dhia tu dah lenyap di hati dan Dhia akan jumpa dia sebagai orang yang Dhia kenalan biasa aje.”

“Pergilah kalau itu yang Dhia inginkan. Dhia dah tunaikan permintaan ibu untuk bekerja semula dah cukup membahagiakan ibu.”

Alhamdulilah…dapat jugak aku bertemu Muzaffar dengan keizinan ibu.bisiknya dalam hati.

 

 

12 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lagiiii

Unknown berkata...

ok dik..akk smbung lg.. ;)

MY WORLD OF YATTIE NURLISSA berkata...

smooth je jln citenya...sambunglah lg ye...jgn lelama sgt...best!

Unknown berkata...

insyallah dlm brap hri lg, eya akn smbung jln citernya kak yati.. ;)

lee jee joong berkata...

Pergh dhia nak jumpa muz?? Ades!!

Unknown berkata...

kne jmpe kak...
slagi dia x jmpe muz, hti d x tnang..

kak ida berkata...

apa perlunya dia berjumpa ex hubbynya..mesti siMuz akan merayu pada dirinya..adakah dirinya kuat untuk menepis permintaan Muz untuk kembali padanya semula...

eifa berkata...

apa kes nak jumpa muzz??? pasang perisai dulu yer.

Unknown berkata...

mgkn kak ida lpe..
dhia nk jmpe muz sbb tali leher kepunyaan bekas suaminya masih lg ditangannya..
so hati d x tnang slagi tali leher tu x diserahkan kpada pmiliknya..

Unknown berkata...

kak eifa..insyallah razree akan menemani Dhia berjmpe ngn muz

Nana Mohd Yasin berkata...

best...best,,
sambung lg....

Unknown berkata...

kak Nana..nnt eya smbung lg ye.. ;)