Khamis, 11 April 2013

BAB 22 Pulanglah Padaku



Rayyan Zikri tidak mempedulikan wajah tegang nenek diatas katil . Kini, hanya dia dan nenek sahaja dibilik itu. Dhia dan Nur Imani dibiarkan menunggu diluar.
Sengaja dia membiarkan Dhia dan Nur Imani duduk diluar agar masing-masing boleh berkenalan dan menjadi sahabat namun mampukan Dhia menerima Nur Imani sebagai teman baru diantara mereka berdua?
“Kenapa kamu suka sangat dengan gadis tu? Nenek tengok dia nampak kebudak-budakan! Kan bagus kalau Ray kahwin aje dengan Dhia. Nenek lagi suka Ray kahwin dengan Dhia. Hanya dia yang memahami diri kamu.”jelas Puan Hadijah.
“Nenek tak boleh tentukan hidup Ray. Dari dulu lagi nenek suka kongkong kehidupan Ray. Ray benci dikongkong!”kasar nada suaranya.
Puan Hadijah terkedu. “Nenek bukan suka-suka nak kongkong hidup Ray. Nenek cuma nak Ray jalani kehidupan yang lebih baik. Nenek tak nak Ray jadi orang degil dan tak ikut kata.”itu memang tekadnya sejak dari dulu lagi. Semenjak kedua ibu bapa Rayyan Zikri dan Razree meninggal dunia, dia berjanji untuk menjaga cucu-cucunya bagai menatang minyak yang penuh. Biarlah cucu-cucunya mengatakan dia nenek yang suka mengongkong . Dia tak kisah. Asalkan dia puas!
Rayyan Zikri mengepal kuat kedua tangannya. Kemarahannya tidak boleh dikawal lagi. “Ray tetap akan kahwin dengan Nur Imani walaupun nenek tak setuju! Ray ada hati dan perasaan. Takkan semuanya Ray nak kena ikut cakap nenek? Ray ada hak Ray sendiri untuk tentukan hidup Ray. Nenek tak berhak halang Ray kahwin dengan orang yang Ray suka.”herdiknya tanpa memikirkan perasaan nenek yang sakit hati padanya.
Dia perasan dari raut wajah Dhia yang agak sebak dengan kata-katanya sebentar tadi. Biarlah sahabatnya mengerti tentang perasaannya yang satu ini. Dulu mereka berikrar untuk tidak mencintai dan mengahwini sahabat sendiri. Sekarang apa sudah jadi? Dhia mula sayangkan dia ke? Itu tidak mungkin!
Puan Hadijah tergamam mendengar herdikan cucunya. Mujur airmatanya tidak mengalir lagi. Sayu suaranya berkata. “Kerana cinta, Ray sanggup membelakangkan nenek. Apa kurangnya Dhia dimata kamu? Dalam persahabatan, tiada istilah tak boleh kahwin dengan sahabat sendiri. Nenek hanya percayakan Dhia seorang sahaja. Hanya Dhia yang layak jadi isteri kamu seorang. Bukan Nur Imani….argh!”
Kepala Puan Hadijah tiba-tiba terasa berputar. Dia bersandar dibantal dengan keluhan panjang. Rayyan Zikri mula gelabah tatkala melihat nenek memegang kepalanya.
“Nenek…,”katanya dengan riak risau. Dia memicit ubun-ubun nenek bagi mengurangankan kesakitan. “Maafkan Ray sebab berkasar dengan nenek.”dia takut nenek akan dimasukkan ke hospital kerana dirinya.
Ya Allah, ampuni dosaku kerana membuat nenek jadi begini.doanya dalam hati.
Direnung wajah cucu tersayang sambil mengukirkan senyuman pahit. “Harap Ray mengerti apa yang nenek cakapkan ni. Nenek tak mahu Ray menyesal dikemudian hari.”nasihatnya dengan nada sayu.
Tanpa menunggu jawapan dari cucunya, matanya terus terpejam rapat.
****
Nur Imani duduk diluar pintu sambil berjalan mundar-mandir. Dia resah menanti lelaki idaman hati berada didalam bilik Puan Hadijah.
Bermacam-macam persoalan yang berada dibenaknya. Adakah Rayyan Zikri sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami? Begitu mendalam sekalikah cinta lelaki itu padanya?
Insyaallah, jika tak keberatan dia akan menerima kasih dan cinta dari lelaki yang bernama Rayyan Zikri jika lelaki itu keluar selepas ini. Cepat juga dirinya jatuh cinta! Tak sangka kan?
Dirinya berharap agar Puan Hadijah akan merestui perrhubungan mereka. Dia sudah mula sayangkan lelaki itu. Mana mungkin dia akan menolak cinta lelaki itu.
Cuma satu yang dia risaukan sekarang ini. Pekerjaan dia sebagai penyanyi club di Golden Sun! Macam manalah kalau Rayyan Zikri tahu dia penyanyi kelab malam? Pasti dia akan dimaki hamun oleh lelaki itu. Itu yang menakutkan dia. Mulutnya agak payah untuk membongkarkan rahsia itu.
Doanya buat masa ini, janganlah Rayyan Zikri tahu tentang pekerjaan sebenarnya…
*****
Setelah lima belas minit menanti, lelaki idamannya keluar juga tetapi dengan wajah yang cemberut. Riak wajah itu mengambarkan tentang keputusan yang Puan Hadijah maklumkan kepada Rayyan Zikri. Pasti nenek lelaki itu tidak setuju dengan hubungan yang baru bermula ini.
“Awak…kenapa muka masam ni?”dia menjadi risau melihat wajah Rayyan Zikri yang tampak tidak bermaya.
“Dhia mana, awak?”tanya Rayyan Zikri tanpa menjawab soalan Nur Imani.
“Dia dah balik. Tak sempat saya nak bertegur sapa dengan Dhia.”
Mata Rayyan Zikri membulat. “Dhia dah balik?”
Nur Imani mengangguk pantas. “Saya tak sempat pun nak salam dia.”
Rayyan Zikri mengerti kini. Dhia sedang berduka dengan dirinya. ‘Kenapalah aku suka menyakitkan hati orang yang aku sayang?keluhnya dalam hati.
“Awak okey ke tak ni?”katanya dengan riak risau. Dia tidak mahu lelaki idamannya bermuram durja.
“Saya okey.” dalam hati dia bersusah hati. “Awak, maafkan saya ye sebab buat awak menunggu kat luar. Saya ni over jugak kan? Main cakap aje saya suka kat awak depan nenek saya.”
“Eh, mana ada. Saya lagi suka adalah.”mata Rayyan Zikri tiba-tiba bersinar tatkala nur Imani berkata begitu.
“Serius awak tak marah?”
“Tak. Saya lagi suka awak cakap kat nenek awak macam tu. Saya suka awak jugak sebenarnya.”luah Nur Imani tanpa dipendamkan lagi. Perasaan malu ditolak ke tepi.
Semakin bersinar-sinar mata Rayyan Zikri. “Awak suka saya jugak? Wow! I’m impress!”
“Impress? Sebab apa pulak?”kata Nur Imani pelik.
“Sebab awak gadis yang berani luahkan perasaan secara terang-terangan kepada lelaki. I’m impressive!”balasnya dengan sengihan.
Tiba-tiba Rayyan Zikri melutut. Nur Imani terpaku.
“Sudikah dirimu mencintai diriku?”dia tanpa rasa segan memegang kejap kedua-dua tangan gadis itu.
Nur Imani tersipu malu lalu mengangguk laju. Dalam diam dia teruja dengan ‘lamaran’ yang tidak diduga itu. Hatinya suka sangat!
Rayyan Zikri tersenyum lebar. Akhirnya dia diterima tanpa bertepuk sebelah tangan. Alhamdulilah…
Biarlah nenek tidak merestui mereka berdua, dia akan teguhkan pendirian untuk mencintai gadis ini sebaik-baiknya. Insyaallah!
*******
Dhia masih tidak dapat melupakan kata-kata Rayyan Zikri sebentar tadi. Kerana cinta, sahabat ditolak ketepi. Puas nenek memberikan nasihat tetapi sahabatnya langsung tidak ambil peduli. Dia mahu memberikan nasihat kepada sahabatnya pun tidak guna juga. Pasti lelaki itu membantah kata-katanya.
Keluar sahaja dari bilik nenek, dia terus pulang ke rumah tanpa bersalaman dengan sesiapapun yang berada dirumah mewah itu. Dia tertekan dengan sikap Rayyan Zikri yang cepat berubah.
Adakah dengan gelaran janda berhias yang ada padanya, dia tidak boleh bercinta dengan lelaki bujang? Boleh apa! Cuma itulah bila lelaki dah dapat gadis yang cun dan masih bujang, janda dan balu pasti akan ditolak lebih awal.
Dalam masa terdekat ini, dia tidak akan berjumpa dengan sahabatnya. Dia ingin merehatkan diri di suatu tempat. Mungkin dia akan membawa ibunya keluar melancong, jauh dari bandar Kuala Lumpur. Dirinya tidak dapat menerima kata-kata yang diucapkan sahabatnya.
Tadi, dia mengarahkan Hidayat Romli menghantarnya pulang menggunakan kereta Volvo kepunyaan Rayyan Zikri. Sewaktu dia di tempat duduk belakang, dia terlihat satu kotak kecil yang mengundang reaksi peliknya.
Apabila dia membuka kotak itu, dia terpana! Tie milik bekas suaminya, Muzaffar. Tak sangka kotak itu masih lagi ada didalam kereta sahabatnya. Sedang Hidayat Romli memandu, dia sempat membelai tie itu dengan airmata yang membasahi pipi. Sebak rasanya apabila mengenakan tie ini.
Ketika berada didalam bilik, dia meneliti tie itu. Sepatutnya tie ini diberikan sebagai hadiah buat suami tercinta selepas oustation dari Melaka. Tapi tidak sampai ke tangan pemiliknya.
“Rasanya boleh ke tak bagi tie ni kat pemilik sebenar dia?”dia jalan mundar mandir disekitar biliknya sambil memikirkan adakah perlu dia bagi tie ini kepada Muzaffar.
“Bagi ajelah! Itu hadiah aje kan.”kata satu suara yang muncul.
“Tak payah bagi. Buat apa nak bagi tie tu kat bekas suami? Baik kau simpan bagi kat suami baru kau.”timbul satu lagi suara yang seakan berbisik dengannya.
“Suami baru? Ada ke yang nak kahwin dengan aku setelah bergelar janda ni?”jawabnya dengan bersahaja.
“Mestilah ada. Kau kan perempuan cantik.”ujar satu suara yang berbisik tadi.
Akhirnya, dia tekad. Tie ini harus dikembalikan ke Muzaffar.  Dia membaringkan diri dan tidur mengiring sambil mengelus tie itu dipipi. Malam ini dia tidur bertemankan tie disisi…



4 ulasan:

Eijan berkata...

Just nak betulkan ur english...perkataan 'impressive' utk adj. so x blh digunakan dlm 3 ayat tu...perkataan yg betul ialah 'impress' @ 'impressed' (verb)....

Hope dhia jauhkan diri dari Rayyan supaya dia rasa kehilangan ....

nur daeya berkata...

sorry kak..eya btulkn ye prkataan english tu!

idA berkata...

adakah Rayyan akan mengetahui latarbelakan imani tu..tidakkah nanti rayyan akan rasa tertipu bila mengetahui yg imani sahaja hendak kan dirinya kerana harta yg dia milikki dan apakah Dhia akan menerima Rayyan semula atau dia akan membawa diri dan membiarkan Rayyan dan Nenek settlekan masalah mereka sendiri tanpa ada campurtangan dari dirinya..

nur daeya berkata...

kak ida..insyallah tak lama lagi Rayyan akan mengetahui/terbongkar rahsia pekerjaan imani tu..
Biar Rayyan menyesal sebab terlalu sukakan kekasih sampai lupakan sahabat sndiri