Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 9




Nur Adriana bagaikan tidak sabar menanti  jawapan dari Pengurus Jabatan Kecemasan dan Trauma itu. Wan Zubair yang berdiri disebelahnya hanya mendiamkan diri buat seketika. Dia hanya menunggu kata-kata yang ingin disampaikan oleh Prof.Dr.Azmi. 

“Pesakit dah boleh bernafas semula. “kata-kata itu mengejutkan Nur Adriana. Penantian yang menyeksakan akhirnya menemui jalan keluar. 

Maknanya, Zeril Iskandar  sudah kembali normal!  Ya Allah, Syukur ke hadrat-Mu kerana menyelamatkan satu lagi nyawa yang dirundung kesakitan yang luar biasa semalam.

“Ya ke, doktor? Betul saya tak bermimpi di siang hari?”Nur Adriana menepuk perlahan pipinya agar dia sedar yang dia kini berada dialam realiti bukan fantasi. Wan Zubair memandang tajam ke arahnya.

Prof.Dr.Azmi tersenyum nipis. “Betul. Dia dah sedar tapi mata dia masih terpejam lagi. Tangan dia sahaja yang bergerak. Kalau awak tak percaya, mari ikut saya masuk ke dalam bilik kecemasan.”ajaknya.

“Prof, tadi Prof kata dia masih tidak sedar dan memerlukan pembedahan secepat yang mungkin sebelum terjadi apa-apa. Bagaimana dia boleh sedar semula?”Wan Zubair mencelah. Sedikit tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Prof.Dr.Azmi sebentar tadi.

Nur Adriana  terkejut! Zeril Iskandar kena buat pembedahan? Kenapa Wan Zubair merahsiakan maklumat itu dari pengetahuannya? Dia tidak boleh tahu ke tentang pembedahan itu?

“Apa yang doktor ini cakapkan, abang? Zeril Iskandar kena bedah? Kenapa tak beritahu saya awal-awal? Apa yang sebenarnya berlaku?”kata Nur Adriana dengan nada tidak berpuas hati. Dia terasa dipinggirkan dalam hal ini. Bukan ke dia yang bersusah payah membawa Zeril Iskandar ke sini? Jadi, untuk apa disembunyikan tentang pembedahan itu?

Wan Zubair menarik tangan tunangnya kasar. Dia tahu Nur Adriana tidak berpuas hati dengannya. Ooo…lelaki itu namanya Zeril Iskandar. Tapi, bagaimana Nur Adriana boleh tahu nama sebenar lelaki itu? Adakah tunangnya kenal lelaki itu sebelum ini?Dia sudah mula ragu-ragu.

Bukan dia tidak mahu maklumkan apa yang telah dikatakan oleh Prof.Dr.Azmi, cuma dia terlupa. Itu sahaja! Apabila dia melihat sekumpulan lelaki menghampiri Nur Adriana sebentar tadi, fikirannya kosong! Yang ada hanyalah untuk tindakannya untuk menyelamatkan tunangnya. Dia melepaskan tangan Nur Adriana. Matanya tajam mengadap tunangnya.

Let me explained!”kata Wan Zubair sedikit tegas. Nur Adriana terpaku tanpa kata. Hanya mendiamkan diri. “Abang bukan sengaja tak nak cakap dengan sayang,  tapi abang lupa. Masa tu abang duduk kat lobi utama tadi. Lepas tu Prof.Dr.Azmi datang pada abang dan mengatakan jantung  Zeril Iskandar dalam keadaan lemah. Dia perlu buat pembedahan.”sambungnya lagi.

Prof.Dr.Azmi memandang drama sebabak itu dari jauh. Dia hanya menunggu disitu. Selepas ini, dia perlu katakan pada tunang doktor Wan Zubair berkenaan maklumat Zeril Iskandar. Biarlah doktor Wan Zubair tidak suka, asalkan dia dapat sedikit information berkaitan dengan Zeril Iskandar.

“Lain kali, beritahulah awal-awal. Tengah malam tadi masa kat dalam bilik kecemasan sayang dah resah dan gelisah sebab dia sakit dada, ini pembedahan pulak. Mestilah sayang takut kalau apa-apa yang berlaku pada dia.”rungut Nur Adriana.

Wan Zubair mengetap bibir. Asyik-asyik lelaki itu sahaja yang dia risaukan. Dia sebagai tunang, apa hak yang dia dapat? Sudahlah lebih enam bulan dia tidak bertemu Nur Adriana, apabila sudah bertemu semula, dia menyebut nama lelaki lain. Mana dia tidak sakit hati. Semenjak Nur Adriana kembali dalam hidupnya, hatinya sentiasa berasa tidak enak. Seringkali dia diuji sehingga membuatkan dia menjadi marah dan sakit hati.

“Kenapa sayang terlampau risaukan si Zeril tu? Abang yang ada kat depan mata sayang ni tak ada pula nak risau-risau. Abang tak penting lagi ke dalam hidup sayang?”balasnya dengan nada tinggi. Membuatkan Nur Adriana terperanjat disitu.

Prof.Dr.Azmi yang masih lagi setia menunggu dibelakang kereta Zeril iskandar meluru ke arah pasangan itu. Dia perlu menenangkan doktor Wan Zubair dan menjernihkan apa yang berlaku dan dia tidak mahu ada sebarang masalah. Cukuplah Zeril Iskandar yang ada masalah jantung. Bukan pasangan ini!

“Tenang, doktor. Masalah takkan selesai jika doktor menaikkan kemarahan pada insan yang tidak tahu apa-apa akan hal ini.”

“Prof, apa tahu? Ini soal saya dengan dia. Dia tunang saya, pasti saya marah jika ada lelaki lain yang membuatkan tunang saya risau!”luah Wan Zubair sejujurnya. Kasar suaranya.

“Doktor Wan Zubair, awak sebagai doktor haruslah menjaga adab dan etika ketika berada dihospital ini. Jangan terlampau naik kepala. Nanti orang tidak suka. Kalau awak bercakap dengan tunang awak, janganlah terlalu emotional sangat! Saya yang tengok dari jauh pun dah jelik dengan sikap awak. Kalau sikap awak begini… suka marah-marah, nanti tunang awak lari, baru pada muka awak!” Kata Prof.Dr.Azmi dengan selamba sekali. Biarlah dia berkata jujur supaya doktor Wan Zubair tidak menunjukkan sikap buruk lagi.

Wan Zubair menahan nafas. Dia mendiamkan diri seketika.‘Prof ini terlalu menyibuk akan hal orang lain. Biarlah dia nak marah tunangnya pun, apa hak dia nak halang-halang orang?’getus hatinya.

Nur Adriana faham apa yang diperkatakan oleh Prof.Dr.Azmi sebentar tadi. Wan Zubair tidak patut memarahinya. Salahkah dia mengambil berat tentang Zeril Iskandar? Dia mengambil berat pun sebab Datin Zafiah yang mengharapkan dia dapat memerhatikan Zeril Iskandar supaya lelaki itu selamat.

“Dahlah, bang. Jangan serabutkan pasal perkara ini lagi. Sayang janji sayang tak ambil berat sangat pasal dia. Abang sahaja yang ada kat dalam hati sayang. Tak ada orang lain.”Nur Adriana mencelah. Dia sedikit sedih apabila Wan Zubair tiba-tiba memarahinya. Tapi apa boleh buat, dia tidak mahu kepalanya kusut dengan masalah kecil sebegini. Dia akan cuba mengurangkan rasa risaunya terhadap Zeril Iskandar dan akan melebihkan sayangnya kepada Wan Zubair!.

Anak mata Wan Zubair bertemu dengan anak mata tunangnya. Mencari kesahsihan tentang apa yang Nur Adriana katakan padanya. Ternyata, perasaan cinta dalam diri Nur Adriana masih menebal terhadap dirinya. Wan Zubair menarik nafas panjang. Lega kerana Nur Adriana sanggup berkata begitu dihadapan Prof.Dr.Azmi. Itu maknanya, Nur Adriana sayangkannya…dan dia juga turut sayang tunangnya juga!
Prof.Dr.Azmi tersenyum nipis. Dia suka sifat ‘tenang’ yang ada dalam diri tunang doktor Wan Zubair. 

Isterinya juga memiliki sifat sebegitu. Kerana itulah, dia semakin hari semakin sayang pada isterinya. Kejap lagi, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah…berjumpa dengan isterinya.

****
Wan Zubair, Nur Adriana serta Prof.Dr Azmi tiba di bilik kecemasan yang menempatkan Zeril Iskandar. Mereka bertiga masuk ke dalam bilik itu setelah berada agak lama diluar lobi utama tadi. Sebuah bilik
Wan Zubair dan Prof.Dr.Azmi pergi ke bilik belakang untuk melihat x-ray Zeril Iskandar pada mesin Radiologi. Mereka berdua berlalu dari situ meninggalkan Nur Adriana.

Setelah mereka berdua tiada, perlahan-lahan dia merapatkan diri menuju ke katil Zeril Iskandar. Dia berasa kasihan dengan lelaki ini. Dilihat alat oksigen yang dilekapkan pada wajah Zeril Iskandar membuatkan dia berasa sayu. Mesin SpO2 yang terletak diatas laci katil menunjukkan peratus oksigen Zeril Iskandar masih lagi di tahap terbawah. Denyutan jantung lelaki itu juga masih lagi dalam lingkungan kritikal.  Ingin sekali tangannya menyentuh dada lelaki itu. Tetapi dia tahu, sebagai perempuan yang menjaga adab diri, dia tidak akan sekali-kali memegang dada yang bukan mahramnya. 

Dia meneliti raut wajah Zeril Iskandar yang pucat itu sambil tangannya memegang kukuh palang besi yang berada ditepi Zeril Iskandar.“Kesian awak. Tak sangka awak kena buat pembedahan. Awak sakit jantung tahu tak? Itulah, lain kali jangan minum arak dan makan pil yang haram tu. Kan dah kena tanggung sendiri sakitnya. Awak kena kuat tau. Jangan jadi lemah. Nanti mama awak sedih tengok awak terlantar kat sini.”kata Nur Adriana sendiri. Dia sengaja monolog sendirian bagaikan dia sedang bercakap dengan Zeril Iskandar. Padahal lelaki itu bukannya suka bercakap dengan dia pun!

“Saya takkan bagitahu mama awak yang awak minum arak dan makan pil haram tu. Kalau awak tak nak saya cakap, jangan tinggikan suara pada saya lagi, faham?”sambungnya lagi. Sengaja dilunakan suaranya. Dia ketawa perlahan. ‘Apalah aku ni…dah tahu dia tak boleh bercakap sekarang ni, lagi aku nak terhegeh-hegeh bercakap dengan dia.’

Ketika Nur Adriana sedang tergelak sendirian, tangan kanan Zeril Iskandar bergerak-gerak sedikit.  Tawa Nur Adriana mati. Air liurnya bagaikan tersekat dikerongkong. Betul ke apa yang dilihat sesaat tadi? Tangannya bergerak? Adakah Zeril Iskandar memahami apa yang diperkatakan?

Jika jantung Zeril Iskandar berdegup kuat ketika ini, dia pun turut sama. Dadanya rasa berdebar-debar bagaikan sedang dilamun cinta! Selama dia bercinta dengan Wan Zubair, tidak pernah jantungnya sedegup ini. Jangan-jangan, dia sukakan Zeril Iskandar tak? Ish! Tak elok begitu. Dia sudah bertunang, buat apa dia nak jatuh cinta pada lelaki ini? 

Matanya meneliti pergerakan tangan kanan Zeril Iskandar. Jari tengah lelaki itu yang banyak bergerak. Dia harus segera beritahu Prof.Dr.Azmi dan tunangnya agar melihat miracle yang berlaku didepan mata. 

Tangannya dilepaskan dari palang besi katil itu. Baru sahaja dia berpusing ke belakang, tangannya dipegang erat dari belakang. Dia tersentap! Takkanlah Zeril Iskandar yang memegang tangannya? Nur Adriana berpaling ke belakang. Lidahnya kelu ketika ini. Memang benar! Zeril Iskandar memegang tangannya. Dia memerlukan Wan Zubair dan Prof.Dr.Azmi untuk melihat apa yang berlaku saat ini. Segera jeritannya kedengaran.

“Tolong saya!!”Nyaring suara Nur Adriana.

Suara yang kuat dari bilik kecemasan mengejutkan Wan Zubair dan Prof.Dr.Azmi yang berada dibelakang. Dikala itu, mereka sedang asyik melihat x-ray jantung Zeril Iskandar di mesin radiologi.  Tanpa melengahkan masa, mereka berdua berlari untuk melihat suara siapakah yang menjerit itu. Wan Zubair terfikir. Adakah suara Nur Adriana yang menjerit itu? 

Sesudah sampai sahaja mereka berdua dibilik kecemasan itu, dia terkejut melihat Zeril Iskandar memegang erat tangan Nur Adriana. Terpaku dia di Prof.Dr.Azmi  Hatinya diasak cemburu secara tiba-tiba. Dia melihat raut wajah Zeril Iskandar yang terpejam. Kenapa Zeril Iskandar memegang tangan tunangnya?

Dengan hati yang panas membara, Wan Zubair menerpa ke arah Nur Adriana dan menarik kasar tangan tunangnya. Tangan Zeril Iskandar kembali ke kedudukan asal. Wan Zubair mengarahkan Nur Adriana supaya menjauhkan diri dari lelaki ini.Prof.Dr.Azmi berang dengan tingkah laku doktor Wan Zubair. Tak tahu ke ini pesakit mereka yang perlu dipulihkan? 

What’s wrong with you, doktor Wan Zubair?  Dia hanyalah pesakit! Awak tak boleh berkasar dengan perempuan. Tak elok!”

I know, Prof! But why this patients hold my fiancée hands? “kasar suara Wan Zubair.

Nur Adriana termangu tanpa kata. Sungguh, dia tidak suka dengan sikap Wan Zubair yang kuat cemburu!
“Kalau awak bersikap sebegini, ramai pesakit akan tertekan dengan sikap awak!”tegas Prof.Dr.Azmi berkata. Kesabarannya makin menipis. Jika beginilah sikap doktor Wan Zubair, tunangnya pasti akan meninggalkan doktor itu. Tadi dibilik belakang, muka doktor Wan Zubair langsung tidak menonjolkan senyuman. Sepatah dia berkata, sepatah jugalah dia menjawab. 

Kini, Wan Zubair turut ikut serta mendiamkan diri seperti Nur Adriana. Kelu lidahnya untuk menjawab. Jauh disudut hati, dia ingin membalas balik kata yang dilontarkan Prof.Dr.Azmi, tapi dia akui..siapalah dia untuk melawan kata-kata Pengurus Jabatan Kecemasan dan Trauma. Dia hanyalah doktor biasa...

You, sweet lady. Cuba ceritakan kepada saya, apa yang berlaku sampai awak menjerit-jerit? Zeril Iskandar ada buat sesuatu pada awak ke?”soalnya sambil memandang wajah mulus Nur Adriana. Nur Adriana membalas pandangan itu.

“Errk? Actually, tadi saya perhatikan tangan kanan Zeril Iskandar bergerak-gerak. Maknanya dia dah sedar. Entah macam mana, saya baru nak jumpa doktor dengan Wan Zubair nak beritahu tentang Zeril Iskandar, dia sudah memegang tangan saya. Saya apalagi…terus menjerit meminta tolong.”jelas Nur Adriana perkara sebenar.

Prof.Dr.Azmi berfikir sejenak. Mesti ada sebab ni yang buat Zeril iskandar memegang tangan tunang doktor Wan Zubair.“Hmm..saya rasa dia mesti dengar sesuatu yang membuatkan dia memegang tangan awak. Dia takut sesuatu ke? Awak ada cakap apa-apa dengan dia tadi?”

“Err…ada, doktor. Tapi saya tak rasa dia memahami apa yang saya katakan sebab masa saya bercakap dengan dia, mata Zeril Iskandar tertutup. Tangan dia aje yang bergerak.”jawabnya dengan jujur. Mata Nur Adriana teralih ke arah wajah tunangnya yang menunduk. Dia tahu Wan Zubair tidak sanggup mendengarnya. Namun, apa boleh buat. Dia kena bercerita juga untuk mengelakkan kemarahan Wan Zubair.
“Boleh saya tahu awak cakap apa dengan dia?”soal Prof.Dr.Azmi lagi. Seboleh mungkin dia mahu tahu apa yang berlaku. Wan Zubair mengangkat muka. Dia juga ingin tahu apa yang diperkatakan tunangnya.

Alamak! Soalan ini yang sukar aku nak jawab. Takkan aku nak beritahu doktor tu yang Zeril Iskandar minum arak dan makan pil ekstasi? Karang tak pasal-pasal doktor tu telefon polis, beritahu Zeril iskandar makan dadah. Ish! Tak mahu aku beritahu dia. Baik aku bagi jawapan yang buat doktor tu tak beritahu polis.

“Saya cakap dengan dia, kuatkan semangat dan bertarung melawan kesakitan. Nanti keluarga dia menangis tengok dia macam ini. Itu sahaja.”terang Nur Adriana dengan nada teragak-agak.

“Ooo…begitu. Awak kenal siapa family dia?”matanya merenung tajam pada wajah Nur Adriana.
“Saya tak adalah kenal sangat. Tapi saya ada juga berhubung dengan mama Zeril Iskandar ni. Kenapa, doktor? Ada apa-apa yang doktor nak tahu ke?”

Setelah Prof.Dr.Azmi memandang Nur Adriana, tumpuannya beralih pula pada doktor Wan Zubair. “Doktor, awak tak beritahu pasal maklumat itu pada tunang awak?”soal Prof.Dr.Azmi pada doktor Wan Zubair.

“Maklumat apa pulak ni , doktor? Can you explained?”Nur Adriana mencelah. Ada sahaja perkara yang Wan Zubair cuba sembunyikan dari dia. Geram dia dengan sikap Wan Zubair.

“Sebelum pembedahan dilakukan, seperti yang doktor Wan Zubair katakan pada awak…saya perlukan maklumat tentang dia. Saya memerlukan persetujuan dari ahli keluarga dia untuk melakukan pembedahan. Tanpa persetujuan daripada ahli keluarga, agak sukar untuk mempercepatkan pembedahan. Bukan saya sengaja melengahkan, tapi saya nak ahli keluarga dia tahu yang dia ada di Hospital Serdang ini.”Kata Prof.Dr.Azmi panjang lebar.

“Maknanya, saya kena call mama Zeril Iskandar lah ye untuk mempercepatkan pembedahan, begitu?”jawab Nur Adriana takut-takut. Aduhai…bab Datin Zafiah yang dia tidak boleh dengar tu. Kalau Datin Zafiah tahu, tak ke aku kena balun habis-habisan sebab tak jaga anak dia dengan baik!

Dia memandang Wan Zubair. Agaknya, apa reaksi tunangnya apabila mendapat tahu yang dia mengenali mama Zeril Iskandar? Jangan dia tarik tangan aku sudahlah.

Prof.Dr.Azmi mengangguk. Tunang doktor Wan Zubair perlu membantunya. Jika tidak, lagi lamalah Zeril Iskandar ini akan duduk disini. “ That’s right!. Kalau boleh secepat yang mungkin ye. Saya tak mahu menanti lama-lama.”ujarnya lagi.

“ Nanti saya akan cuba usahakan. Saya akan telefon mama Zeril Iskandar diluar. Di pondok telefon.”Prof.Dr.Azmi merenung wajahnya. Pelik.

“Kenapa doktor pandang saya macam itu? Saya cakap salah ke?”Nur Adriana gelisah apabila ada orang memandang dia sebegitu.

“Bukan saya sengaja pandang awak. Tapi saya hairan, awak tak ada telefon sendiri ke sampai nak guna telefon awam?”

Dengan teragak-agak dia menjawab.“Err..sorry, doktor. Kredit saya habis. Malas nak topup. So, saya guna duit syiling ajelah telefon mama Zeril Iskandar. Lagi senang.”

“Abang ada telefon, guna aje abang punya.”sampuk Wan Zubair setelah lama mendiamkan diri. Rentak nadanya masih sama seperti tadi. Tidak berpuas hati. Memang dia tidak berpuas hati pun! Nur Adriana kata, dia baru semalam kenal Zeril Iskandar. Tapi hari ini pulak, tunangnya cakap dia kenal mama Zeril Iskandar. Bingung kepalanya. Adakah Nur Adriana mengenali ahli keluarga Zeril Iskandar tanpa pengetahuannya? Jadi, apa yang dikatakan Nur Adriana semalam semuanya hanyalah palsu belaka? Memang dia kena selidik sama ada betul atau tidak yang Nur Adriana keluar penjara semalam.

“Yalah. Nanti sayang guna abang punya telefon”. Dia menjeling tajam ke arah Wan Zubair.

Prof.Dr.Azmi melihat mesin SpO2 dilaci bersebelahan katil Zeril Iskandar. Dia mencatit angka yang muncul di mesin itu diatas kertas A4. Sememangnya denyutan jantung Zeril Iskandar masih tidak normal. Setelah selesai mencatit dan menulis sesuatu diatas kertas itu, dia memegang tangan Zeril Iskandar. Benar kata tunang doktor Wan Zubair, tangan kanan Zeril Iskandar bergerak. Dia melihat pula mata Zeril Iskandar yang tertutup. Biarpun pesakit lelaki ini sedar secara amnya, namun dia hanya sedar pada pergerakan tangannya. Bukan matanya. Dia berpaling ke belakang mengadap tunang doktor Wan Zubair.

“Siapa nama awak?”soal Prof.Dr.Azmi setelah selesai membuat pemeriksaan pada tubuh badan Zeril Iskandar. “Dari tadi saya asyik panggil nama awak aje sampai saya lupa nak tahu nama awak.”sambungnya lagi.

“Err..nama saya Nur Adriana.”ujarnya.

“Ooo..Nur Adriana. Sedap nama tu.”puji Prof.Dr.Azmi. Nur Adriana tersipu malu. Wan Zubair pula yang sakit hati denga pujian itu.

“Hmm…saya rasa saya perlu balik sekarang. Badan pun dah melekit. Dah sehari saya duduk di hospital ini. Nanti isteri saya merajuk pulak. Sebelum saya balik ni, awak boleh tolong saya, Nur Adriana? Ini ada kaitan dengan Zeril Iskandar.”pohon Prof.Dr.Azmi. 

“Bantuan apa yang doktor mahukan?” Nur Adriana hairan.

“Saya cakap dengan awak dekat bilik belakang. Lelaki macam Wan Zubair tak boleh tahu tentang hal ini. Kalau dia tahu, nanti dia marah macam tadi. Mari ikut saya. Haa… doktor Wan Zubair, awak dah lama ada kat hospital ni kan? Lebih baik awak balik dulu. Biar saya dengan Nur Adriana sahaja. Saya janji, saya takkan mengurat dia.”kata-kata Prof.Dr.Azmi dengan sinis.

Wajah Wan Zubair berubah keruh. Lantas, dia keluar dari bilik itu dengan perasaan kecewa yang amat sangat. Takkan dia tak boleh tahu kut apa yang mereka bualkan? Dia terus ke bilik kerjanya. Selepas ini, dia mahu balik dan mandi. Petang nanti, dia akan datang kembali berjumpa dengan tunangnya.

“Jom, Nur Adriana. Kita ke bilik belakang.”ajak Prof.Dr.Azmi  dengan penuh mesra.

Nur Adriana akur. Dia menoleh sekilas ke pintu bilik kecemasan sebelum melangkah bersama dengan Prof.Dr.Azmi ke bilik belakang.

“Maafkan sayang, abang…”katanya didalam hati.



BERSAMBUNG....;D









Tiada ulasan: