Kyra
hanya memandang ke luar tingkap. Tiada hati untuk memandang Abdul Fatah yang
khusyuk memandu. Teringatkan kejadian di luar lobi utama tadi membuatkan dia
makin menyampah dengan lelaki itu.
Abdul Fatah pula, dalam keasyikannya memandu
kereta kancil milik Hanip, dia sempat mengerling sekilas ke arah Kyra yang
langsung tidak mahu memandanya. Dia tahu Kyra pasti geram dengannya gara-gara
kejadian tadi namun apa boleh dia buat, idea itu sahajalah yang boleh
mengenakan Kyra.
“ Awak pandang apa kat luar tu, Cik Kyra? Dah
gelap ni. Nampak ke apa yang ada kat luar tu?” Abdul Fatah sengaja memulakan
perbualan. Bila berada di samping Kyra sahaja, entah kenapa dia sukar untuk
menghentikan mulutnya daripada bercakap. Ada sahaja perkataan yang keluar dari
mulutnya.
“ Awak jangan sibuklah! Pandu aje kereta tu
elok-elok.” Kyra menjeling tajam. Geramnya pada Abdul Fatah belum pudar lagi.
Abdul Fatah tersentak. Dia cakap baik-baik,
Kyra balas dengan kata-kata kasar pula. “ Saya tahu awak tak puas hati dengan
saya, Cik Kyra.”
“ Dah tahu kenapa tanya?” Kyra menjeling lagi.
Abdul Fatah kemam bibir. Dia nak berbual mesra
dengan Kyra namun sayang, Kyra nampaknya tidak berpuas hati dengannya.
Terpaksalah dia menjalankan rancangan lain.
Sambil dia membawa kereta, sambil itulah Abdul
Fatah memikirkan idea bagaimana caranya untuk mengenakan Kyra sekali lagi.
Kyra di sebelah sudah menunjukkan muka masam.
Tahu pula lelaki itu tak nak balas kata dengannya. Mungkin dia tahu aku marah
kut, tu yang tak nak jawab soalan aku tu. desisnya dalam hati. Dia kembali
merenung ke luar tingkap.
Hai katil, bilalah kita dapat bertemu. Kyra
menghela nafas perlahan sambil matanya terpejam rapat. Kepalanya disandarkan ke
tingkap.
***
Abdul Fatah tersenyum senang tatkala Kyra
memejamkan mata. Dia tahu Kyra tidak mahu melihat wajahnya. Lantaklah! Janji
malam ini dia dapat melunaskan apa yang dirancangnya.
“ Cik Kyra!”
“ Apa dia…” mendatar sahaja suara Kyra. Dia
langsung tidak memandang Abdul Fatah yang memanggilnya sebaliknya dia pejamkan
mata.
“ Pandanglah sini. Saya lagi suka kalau Cik
Kyra pandang muka saya.” Dalam hati Abdul Fatah mahu sahaja memuntahkan ayat
yang dituturkan itu.
“ Awak nak apa ni? Saya nak rehat
kejap pun tak bolehlah! Hesy! ” suara Kyra tetap seperti tadi cuma nadanya
sedikit kasar.
Abdul Fatah mengerutkan dahi. “ Cik
Kyra, saya sakit perut lagilah. Tak henti-henti memulas ni. Saya nak pergi tandas kat hujung sana ya. Cik
Kyra tunggu sini, jangan pergi mana-mana tau.” Abdul Fatah memegang perutnya.
Setelah itu, dia mematikan enjin dan mengambil kunci kereta dan terus meluru
keluar ke tandas lelaki yang tidak jauh dari kereta kancil itu.
Kyra panas hati. Tahulah sakit perut, yang nak
matikan enjin tu kenapa? Aku kat sini panas membahang, dia pula matikan enjin.
Hesy! Kyra mengipas-gipas dirinya dengan tangan. Sudahlah malam ini dia memakai
gaun hitam yang berenda-renda pula tu. Makin berpeluhlah badannya jika duduk di
dalam kereta ini terlalu lama dengan berpakaian sebegitu.
Mahu membuka tingkap, Kyra segan kerana ramai
lelaki di situ. Dia takut.
Di sebalik dinding tandas lelaki yang Abdul
Fatah masuk, dia terkekeh-kekeh ketawa seperti orang yang tidak siuman. Rasanya
malam ini amat istimewa baginya kerana dapat mengenakan wanita yang cantik
jelita seperti Kyra.
Rasakan! Kau suka berbalas kata dengan aku kan?
Itu ‘hadiah’ aku buat kau, Cik Kyra! Biar kau berpanas sampai kau rasa lemas
nak duduk dalam kereta Hanip tu. Abdul Fatah monolong sendirian.
Lepas dua puluh minit menunggu, Kyra mula
berasa bosan. Gaun hitamnya sudah dibasahi peluh. Lama betul Abdul Fatah dalam
tandas. Takkan Abdul Fatah tidur kut dalam tandas lelaki tu? Kyra
tertanya-tanya sendiri. Bukan main lama lelaki tu kat dalam tandas.
“ Cepatlah Abdul Fatah oii. Aku nak balik ni!”
Kyra resah sambil mengipas gaun hitamnya supaya peluh di tubuhnya berkurangan.
Mujur rambutnya sudah disanggul kemas selepas dia keluar dari bilik air di Hotel Grand Hyatt tadi. Jika tidak pasti
rambutnya dibasahi peluh juga.
Sepuluh minit selepas itu, Abdul Fatah masih
tidak masuk ke dalam kereta. Kyra mula berangin. Abdul Fatah memang dah
melampau! Mamat tu memang sengaja nak kenakan dia ke?
Ini tak boleh jadi ni! Aku mesti balik. Kyra
sudah bertekad untuk balik naik teksi. Dia mula membuka pintu kereta lalu
keluar dari situ. Tidak sanggup rasanya untuk terus berada di dalam kereta
kecil ini. Boleh sesak nafasnya dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan dalam
kereta ini.
Mujur orang ramai di kawasan Brickfileds malam
ini tidak terlalu ramai. Dia lega. Dapatlah dia balik dengan senang hati.
Matanya mengerling ke kiri dan kanan. Mengharapkan ada teksi yang akan lalu di
sini.
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam.
Walaupun dia sedikit takut dengan suasana yang sunyi di sini namun dia terpaksa
cekalkan hati.
“ Hai Cik adik manis. Sorang aje ke? Boleh
kenal?” Kyra mula berasa cemas dengan suara yang tidak dikenalinya. Dia tahu
suara itu suara lelaki. Dia mula menjarakkan diri tetapi malangnya lelaki itu
bertindak merenungnya tanpa berkelip.
“ Pergilah tempat lain. Menyibuk aje.”
“ Cik adik manis ni tunggu siapa? Tunggu
pelanggan datang ke? Kalau tak ada pelanggan malam ini, abang boleh jadi
pelanggan Cik adik manis.” Lelaki itu masih tidak berkelip memandang Kyra. Kyra
gelisah tidak menentu.
Mata Kyra membuntang mendengarnya. Lelaki ini
pasti sudah salah anggap! “ Saya bukan pelacur. Ke tepilah!” suara Kyra sedikit
tinggi.
“ Macam tak percaya aje. Kalau Cik adik manis
bukan pelacur, kenapa berdiri kat depan rumah tumpangan ni? Bapak ayam suruh
Cik adik manis tunggu kat luar ya?”
“Apa yang awak merepek ni? Saya tunggu
teksilah! Awak jangan cakap yang bukan-bukan pasal saya ya!” tempelak Kyra.
Geram betul bila lelaki ni tidak percaya yang dia bukan pelacur. Hesy, kalau
Abdul Fatah ada di depan mata dia sekarang ini, memang lelaki itu akan ditampar
laju-laju.
“ Ala, Cik adik manis ni nak menafikan pula.
Mehlah ikut abang naik tingkat atas. Abang bayar seratus ringgit malam ni.”
pujuk lelaki itu dengan menawarkan harga yang lumayan. Biasanya rumah tumpangan
ini paling tinggi pun empat puluh ringgit untuk satu malam.
Kyra mahu sahaja menampar lelaki tak sedar diri
itu. Dia anggap tubuh badan aku ni seratus ringgit? Memang kurang ajar
betullah!
Sebuah teksi melalui kawasan itu. Kyra tekad
untuk menahan teksi itu tanpa memandang sedikit pun lelaki itu. Apa yang lelaki
itu katakan padanya, dia tidak kesah lagi. Badannya sudah tidak larat untuk
terus berada disini. Dia penat.
“ Cik adik manis, janganlah tinggalkan abang.
Abang janji, abang akan puaskan hati adik malam ni.” Lelaki itu tidak puas
memujuk Kyra.
Kyra mahu jadi gila mendengarnya. Ya Allah,
selamatkanlah diriku. Pintanya berkali-kali dalam hati. Teksi yang lalu
didepannya tidak perasan langsung akan kehadirannya.
“ Kurang ajar kau!” Abdul Fatah tanpa menunggu
lagi terus menumbuk lelaki yang menganggu Kyra. Lelaki itu tergamam. Melihat
tubuh badan Abdul Fatah lebih besar daripadanya, dia segera beredar dari situ.
“ Jom Cik Kyra, balik dengan saya.”
Jika Abdul Fatah menampar lelaki itu, Kyra pula
tanpa segan-silu menampar Abdul Fatah di depan orang ramai yang lalu-lalang.
Abdul Fatah terkaku. Pipi kanannya disentuh.
Kyra menampar dirinya?
“ Awak tampar saya, Cik Kyra? Saya yang
selamatkan Cik Kyra daripada lelaki tak guna tu, Cik Kyra tampar saya?!”
tempelak Abdul Fatah tidak puas hati.
“ Memang itu yang sesuai untuk awak, Abdul
Fatah! Awak tinggalkan saya berpuluh minit dalam kereta kancil buruk awak tu,
lepas tu biarkan saya kepanasan kat dalam tu, awak ingat hati saya tak panas?!”
Kyra menjerit.
“ Kau ikut aku sekarang, kau ikut aku!” marah
Abdul Fatah sambil menarik kasar tangan Kyra. Perempuan ini benar-benar menguji
kesabarannya. Berani betul Kyra menamparnya di depan orang awam. Sudahnya, kata
ganti nama pun sudah bertukar menjadi kau aku.
Kyra menggigil badannya. Nampaknya Abdul Fatah
sudah marah. Patutnya dia tidak ikutkan perasaan dengan menampar muka lelaki
itu.
“ Masuk!” paksa Abdul Fatah setelah membukakan
pintu kereta kancil itu dengan kasar. Kyra rasa berdebar. Nampaknya lelaki itu
benar-benar marahkannya.
Abdul Fatah masuk ke dalam perut kereta dengan
muka serius. Kyra jadi tidak tentu arah. Perasaan bersalahnya mula bermukim di
hati.
“ Abdul Fatah, maafkan saya sebab tampar awak
tadi. Saya tak sengaja.” Kyra bermain-main dengan jari-jemarinya.
“ Tak sengaja kau kata?” Abdul Fatah menarik
nafas sambil memandang tajam wajah Kyra. “ Aku tolong selamatkan kau dari
digoda lelaki itu, kau boleh tampar aku sesuka hati kau? Kau siapa nak tampar
aku?” herdik Abdul Fatah. Bergema suara lelaki itu di dalam kereta kancil ini.
“ Awak, maafkanlah saya.” Kyra merayu bagaikan
seorang budak kecil yang meminta maaf kepada ayahnya.
“ Diam!” jerit Abdul Fatah. Enjin kereta
dipanaskan sebentar sebelum lelaki itu menarik gear untuk meneruskan
perjalanan.
Kyra rasa panas hati. Dia yang sepatutnya marah
lelaki itu, kenapa lelaki itu yang beria-ria marahkannya? “ Awak dah kenapa,
Encik Abdul Fatah? Saya tampar awak tak adalah teruk sangat. Yang awak
beria-ria nak marahkan saya pasal apa?” kali ini Kyra pula yang marah Abdul
Fatah.
Abdul Fatah menekan hon kereta lama. Kyra tekup
telinga. “ Please stop it, Fatah! Ini
jalanraya. Bukan tempat untuk membuat bising.” Kyra berani melawan kata dengan
lelaki itu.
“ You
better stop talking, Cik Kyra!” Kyra terpaku tanpa kata.
“ Kalau kau bercakap masa aku tengah bawa
kereta ni, aku berhentikan kau kat jalanraya yang sunyi sepi ni. Jangan cari
pasal dengan aku!” ugut Abdul Fatah.
Berdegup jantung Kyra mendengarnya. Dia
terpaksa mengalah saat ini.
“ Rumah saya dekat Mutiara Damansara. Awak
hantar saya dekat perhentian bas makhamah tu.” kata Kyra dengan wajah menunduk.
Dia takut kalau-kalau lelaki itu akan memarahinya lagi sekali.
Abdul Fatah memandang wajah Kyra yang sedang
menunduk ke bawah. Tahu takut! Dia meneruskan perjalanannya sampai ke tempat
yang Kyra katakan. Tidak sangka kyra sanggup menghabiskan duit dengan menaiki
teksi semata-mata untuk sampai ke Hotel
Grand Hyatt di Jalan Pinang. Mau makan berpuluh ringgit juga untuk sampai
ke hotel mewah itu.
Mereka senyap sahaja sepanjang perjalanan.
Belum masanya untuk berbual mesra di antara mereka berdua.
Berapa puluh minit kemudian, mereka sampai di
Mutiara Damansara. Kyra dengan nada perlahan menunjukkan jalan ke rumahnya.
Abdul Fatah hanya mendiamkan diri. Tanpa banyak soal, Abdul Fatah mengikut
sahaja apa yang Kyra katakan.
***
“ Ini rumah saya, Encik Abdul Fatah. Hurm…
terima kasih Encik Abdul Fatah sebab sudi hantarkan saya sampai ke depan rumah
walaupun hari dah lewat malam. Maafkan saya sebab tampar muka awak tadi. Saya
masuk dalam dulu. Assalamualaikum.” ucap Kyra sebelum dia bertindak keluar dari
kereta kancil itu. Sengaja dia berkata hormat dengan lelaki itu. Mana tahu
lelaki itu akan bercakap dengannya semula.
Baru sahaja Kyra hendak membuka pintu pagar
rumah dua tingkatnya, Abdul Fatah memanggilnya. Dia berpaling ke belakang.
“ Ada apa, Encik Abdul Fatah?”
“ Sorry…”
kata Abdul Fatah dengan suara yang amat perlahan.
Kyra tergamam. Err… Abdul Fatah minta maaf pada
dia? “ Encik Fatah cakap apa tadi, saya tak dengarlah.” Dia tidak jadi untuk
masuk ke dalam rumah sebaliknya dia merenung wajah lelaki serius itu.
“ Saya tak suka nak ulang banyak kali.” Serius sahaja
kata-kata Abdul Fatah.
Kyra mencemik. Ego juga lelaki ni. “ Tak sangka
dari riak wajah Encik Abdul Fatah yang serius, terselit ego yang sangat tinggi.
Saya masuk dalam dululah. Badan saya dah teramat letih ni. Esok awak bagilah
cek lima puluh ribu dengan salinan agreement
yang Puan Faridah cakap tu kat kaunter receptionist.
Saya harap sangat kita takkan berjumpa lagi.” Jika Abdul Fatah bersikap ego
terhadapnya, dia pun akan bersikap begitu juga.
Kyra kembali ke muka pintu pagar. Dia mula
membuka pintu itu tanpa sedikit pun memandang Abdul Fatah. Selepas ini dia
mengharapkan untuk tidak bertemu dengan lelaki itu lagi. Cukuplah sampai di
sini sahaja pertemuan mereka.
Abdul Fatah yang mendengar terasa pilu. Sampai
hati Kyra tidak mahu berjumpanya lagi. “ Cik Kyra, I’m sorry. Saya betul-betul minta maaf sebab marahkan Cik Kyra lagi.
Saya janji lepas ni saya takkan marah Cik Kyra teruk-teruk. Saya janji.” Begitu
bersungguh-sungguh Abdul Fatah mengungkapkan ayat itu. Egonya diketepikan.
Tidak sanggup rasanya jikalau Kyra menjauhkan diri daripada.
Kyra terpana. Matanya tidak berkelip merenung
Abdul Fatah yang berada didepannya. “ Baik Encik Abdul Fatah balik, dah lewat
malam ni. Saya tak nak orang sekeliling cakap macam-macam pasal kita berdua.” jawabnya
dengan suara yang mendatar.
“ Saya lagi suka kalau orang sekeliling gosip pasal
kita berdua.” Abdul Fatah tenung mata Kyra.
Kyra mula jadi gelisah tidak menentu dengan
pandangan itu. “ Are you out of mind, Encik
Abdul Fatah? Baliklah. Tidur lagi bagus daripada cakap yang merepek-repek malam
ni.” Kyra mengelengkan kepala. Kenapalah mamat ni cakap perkara yang tak masuk
dek akal malam-malam ni? Sengaja buat hati aku tak tenteram, hesy!
“ Cik Kyra tak sudi ke kalau bergandingan
dengan orang yang tembam macam saya ni?” uji Abdul Fatah.
“ Tolonglah, Encik Abdul Fatah. Saya dah
mengantuk sangat-sangat ni. Saya dah tak larat nak layan karenah Encik Abdul
Fatah malam-malam ni. Tolonglah balik!” Kyra merayu bersungguh-sungguh.
Abdul Fatah makin mendekati Kyra. Kyra jadi
tidak menentu. Apa kena dengan mamat ni? Tiba-tiba aje nak dekat-dekat. gumamnya
dalam hati.
“ Cik Kyra, sebelum saya balik ni hurm…” tangan
Abdul Fatah melekap di pintu pagar. Wajah Kyra begitu hampir dengannya.
Kyra
pantas mengelak. “ Awak ni kenapa?” bergetar suaranya. Jangan cakap Abdul Fatah
nak cium dia malam ni? Simpang malaikat empat puluh empatlah!
Abdul Fatah merenung dalam anak mata Kyra
sebelum lelaki itu berbisik di telinganya.
“ Thin
people like you are beautiful, but fat people like me are adorable. Selamat
tinggal, sayang…” pantas Abdul Fatah mengucapkan selamat tinggal dan
tergesa-gesa masuk ke dalam kereta kancil.
Kyra tergamam. Dia jadi lemah di situ. Apa
maksud Abdul Fatah sebelum lelaki itu meninggalkannya di sini? Adakah lelaki
itu mula menyukainya dirinya? Kyra jadi buntu memikirkannya.
** ALHAMDULILAH, tq ALLAH sebab bagi peluang kat Eya siapkan en3 ni.
Kalau sudi, komenlah ya! ;)
** Pada yang nak berkenalan dengan eya, boleh join / add eya di :
Grup : karyanurdaeya
Facebook : Nur Daeya
7 ulasan:
Hahahahaha .. Kyra .. Kyra .. Klakarlaa .. Fatah pon .. Soo sweet .. ;) :) ..
hehe...diaorang mmg sweet kak damia...tqvm ya sbb jd pembaca yg komen pertama dlm bab ni hehe ;)
yeah! fatah dh berterus terang .. yahoo hehe best >.< x sbr nk tau smbungan ^_^
apa kena ini dua orang
kejap I hate U
kejap I love U
aisssssshhhhh........
last2 I yg konpius....
ish3.....
mmg kna la dorang ni
cute n adorable
lama2 jadi aur n tebing
tp dorang mmg sweet
apa agknya akan jadi esk hari????
kita tunggu....
tuan tanah ; next n3 plzzz
hehe...adik ain...
hri ni akk bg en3 lg ya...insyallah ;)
kak nana yg ku sygi
hehe... diorang kjp suka kjp benci..
insyallah diorang akn bersatu dlm brapa bab lg ;)
ekekekeke....sweet sgt bila fatah berkata2 sebelum dia balik...
Catat Ulasan