“Abang..cepat selamatkan dia. Sayang takutlah,
bang.”Nur Adriana keresahan. Waktu ini memang dia terlalu takut. Harap-harap
Datin Zafiah tidak tahu apa yang terjadi pada Zeril Iskandar ketika ini.
Wan Zubair terasa hati dengan sikap tunangnya.
Terlalu mengambil berat sangat akan lelaki itu.
Kuatlah iman didada. Jangan
tonjolkan cemburu. Nanti berlaku pergaduhan.
“Sayang, abang harap sayang tenangkan diri.
Abang
tak sukalah sayang terlalu ambil berat pasal dia. Abang cemburu tau tak? Please? Jangan ambil berat pasal dia.
Abang tahu nak buat apa pada dia.”Wan Zubair bersuara tegas.
“Abang lakukan yang terbaik, ya? Sayang harap
sangat-sangat.”rayu Nur Adriana.
“Abang akan lakukan yang terbaik kalau sayang ikut
cakap abang. Sayang duduk situ diam-diam, abang nak masuk bilik pesakit. Duduk
aje situ. Jangan nak pergi mana-mana.”pesan Wan Zubair. Walaupun hatinya
terselit perasaan cemburu yang amat kuat, dia berjanji akan berusaha untuk
menyelamatkan pesakit lelaki yang disebut tunangnya.
“Terima kasih, abang. Sayang abang.”ucap Nur
Adriana dengan nada manja.
Tersentuh hati Wan Zubair tatkala tangan lembut Nur
Adriana melekap di tangannya. Bagaikan satu renjatan elektrik yang mengalir
dengan pantas. Dia tersenyum. Untuk Nur Adriana, dia akan lakukan yang terbaik.
“Abang masuk dulu. Jangan pergi mana-mana. Tunggu
sehingga abang keluar.”Wan Zubair turut melakukan aksi yang sama. Mengelus
lembut tangan tunangnya.
Nur Adriana mengangguk pantas. Dia akan menunggu!
Menunggu sehingga kesihatan Zeril Iskandar kembali normal.
Sesudah itu, Wan Zubair meninggalkan Nur Adriana.
Tugas sebagai seorang doktor bagi merawat pesakit yang berada dalam keadaan
kritikal perlu dilaksanakan segera.
Nur Adriana memandang Wan Zubair yang pergi
meninggalkan dirinya. Dia menunduk ke bawah lantai. Menyesal atas kelewatannya
membawa Zeril Iskandar ke hospital. Jika tidak, perkara sebegini tidak akan
berlaku.
Patut ke aku telefon Datin Zafiah pasal hal ini?
Kerana sakit yang ada pada Zeril Iskandar, fikiran
Nur Adriana teramatlah rungsing!
****
Duduk bersendirian di kerusi berwarna hijau didepan
bilik kecemasan membuatkan Nur Adriana terasa sepi. Tadi, puas dia bermanja dan
bergelak ketawa dengan tunang tersayang, sekarang ini kegembiraan itu lenyap
dengan serta-merta. Hanya kesedihan yang terpancar diraut wajahnya. Sememangnya
kesedihan didalam hati tidak dapat dibendung lagi. Dia tidak betah menunggu
disini tanpa menunggu jawapan yang pasti. Dia teringin sangat masuk ke dalam
bilik kecemasan. Hatinya sebak tiba-tiba. Bagaimanalah keadaan Zeril Iskandar
ketika ini? Adakah makin tenat ataupun sudah kembali normal?
Sementara menanti keputusan dari Wan Zubair, ada
baiknya dia menggunakan peluang untuk berehat sebentar didalam kereta milik
Zeril Iskandar. Kunci kereta Lamborghini
Aventador itu masih setia didalam poketnya.
‘Hmm..baik aku tidur dulu. Badan terasa letih
teramat sangat ni. Dari petang tadi tak dapat rehat. Kalau dapat tidur kat
kereta Zeril, mesti nyenyaklah. Ada aircond lagi tu.’gumamnya sendiri.
Nur Adriana bangun dari kerusi berwarna hijau itu.
Seketika, dia merenggangkan bahu dan ototnya yang agak lemah. Sudah tiba
masanya untuk dia berehat. Dia memandang pintu bilik kecemasan yang masih
ditutup rapat. Mungkin mengambil masa yang agak lama untuk dia mengetahui apa
sebenarnya penyakit yang dialami Zeril Iskandar.
Dalam dia merenggangkan otot-ototnya yang sengal
itu, dia terdengar sayup-sayup suara dari belakang. Seakan ada dua orang yang
sedang berbisik dibelakangnya. Dia mengalih pandangannya ke belakang, namun
tidak kelihatan apa-apa. Dari mana pulak datang suara itu? Entah-entah,
dia yang mengelamun sendiri tak? Mana ada orang awam yang datang ke sini? Kalau
dekat bahagian lobi utama Bahagian Kecemasan ini, memanglah riuh dengan
suara-suara dari tetamu yang datang ke sini.
‘Aku ni dah mamai kot.’ Nur Adriana mengetuk
kepalanya.
Apabila kakinya baru melangkah setapak, dia
mendengar lagi suara dari belakang. Dia jadi takut. Matanya dikerling ke kiri
dan kanan. Hospital ni ada hantu ke? Setahunya, penjara yang selalu ada hantu.
Itu pun dibilik hukuman gantung bagi pesalah.
Nur Adriana perlu keluar dari sini sekarang juga!
Perasaan takut kian menebal dalam diri. Dia menderapkan kakinya selaju mungkin.
Tidak mahu menoleh ke belakang.
Nur Aisyah dan Fatyn yang berada disebalik dinding
sama-sama mengeluh. Inilah padahnya jika menyorok dilorong yang sempit ini.
Semata-mata untuk mendengar perbualan diantara doktor Wan Zubair dan perempuan
itu, mereka berdua sanggup untuk memerhati pasangan itu bercakap.
“Haa..Kau tengok, dia dah lari. Kau lah, suara kuat
sangat!”marah Fatyn pada Nur Aisyah. Tahu yang kawannya cemburu melihat
pasangan itu berpegangan tangan.
“Aku bukannya sengaja nak cakap kuat-kuat sampai
dia boleh dengar. Aku tak tahu pulak yang dia tu jenis penakut. Kau
jangan nak salahkan aku pulak.”balas Nur Aisyah dengan nada yang sama seperti
Fatyn. Masing-masing tidak mahu mengalah.
“Lain kali kalau kau nak dengar perbualan orang
secara senyap-senyap, mulut kau kena zip kan dulu. Ini tidak, cakap sampai
orang tu boleh dengar. Lain kali jangan buat macam tu tau. Kalau tidak, aku tak
nak follow kau bila kau ajak aku dengar perbualan orang secara rahsia.”Inilah
aktiviti harian mereka. Ada sahaja perkhabaran yang tidak elok didengar, mereka
akan cepat-cepat menerjah. Selalunya yang menjadi mangsa, doktor Wan Zubair.
Nur Aisyah memang tak boleh dengar kalau ada perempuan yang rapat dengan doktor
hensem itu. Pasti dia akan mengajak rakan sekerjanya, Fatyn untuk melihat
sendiri apa yang doktor Wan Zubair bualkan.
“Suka hati aku lah nak cakap ke tak. Dia kan
kekasih gelap aku. Takkan aku nak biarkan dia orang berpegangan tangan sampai
macam itu sekali. Haram tau tak!”luah Nur Aisyah tidak berpuas hati.
“Bila masa pulak doktor Wan Zubair cakap kau
kekasih gelap kau?”Mencerlung mata Fatyn apabila mendengar kenyataan tidak
munasabah dari Nur Aisyah.
“Dia tak cakap, tapi aku yang cakap”.balas Nur
Aisyah dengan bangga.
“Eeii..ada jugak aku cakap dengan Amar nanti. Kejap
lagi aku suruh Amar datang jemput kau. Nak tak?”gertak Fatyn. Biar padan muka
Nur Aisyah. Memandai betul perempuan ini. Dah jadi tunang pun masih nak suka
kat orang lain. Doktor pulak tu!
“Cakaplah! Macam dia datang pagi-pagi buta ni.”Nur
Aisyah mencebik. Dia berpeluk tubuh.
“Oh. Kau nak tengok dia datang sini, boleh aje. Sekejap.
Aku call dia”. Fatyn menyeluk poketnya yang mengandungi telefon bimbit. Dia
memang pantang dicabar. Ada orang yang mencabar, dia tidak akan sekali-kali
mengalah.
Nur Aisyah mula takut dengan ugutan dari Fatyn.
Nampaknya Fatyn benar-benar serius! Aduhai..kalau betul lah Fatyn hendak
menelefon Amar, memang perang dunia kedua akan meletus semula! Mesti berlaku
pergaduhan diantara dia dan tunangnya. Dia tidak mahu semua itu berlaku!
Sebaik-baiknya dia perlu merampas telefon Fatyn agar rakannya tidak menghubungi
tunangnya.
Belum sempat Fatyn melekap telefon ditelinga, Nur
Aisyah sudah merampas telefon Fatyn . Terkejut beruk Fatyn dibuatnya!
“Woi! Yang kau rampas telefon aku, apahal? Bak sini
telefon aku balik!”Fatyn berang.
“Tak nak!! Nur Aisyah menjelir lidah. Lantas, dia
berlari anak meninggalkan Fatyn yang masih terkaku di depan bilik kecemasan
itu.
“Nur Aisyah!!”jerit Fatyn kuat. Dia pun mula
mengejar Nur Aisyah. Berani betul dia rampas telefon aku!
***
Nur Adriana melabuhkan punggungnya ditempat pemandu
yang dibawa sebentar tadi. Enjin kereta dibuka bagi Air cond memenuhi
ruang dalam kereta ini. Akibat terlalu takut mendengar suara yang mendebarkan
hatinya sebentar tadi, dia terus masuk ke dalam kereta. Memang dia tidak betah
untuk berlama-lama didepan bilik kecemasan itu. Menakutkan!
Kerusi pemandu dibawahkan sedikit supaya dia dapat
berehat . Walaupun tidaklah selesa seperti diatas katil namun itulah tempat
yang dia ada untuk merehatkan diri.
‘Argh! Rindunya katil kat rumah’. Gumam Nur Adriana
sendiri.
Dia memejamkan mata. Dua jam lagi,azan subuh akan
berkumandang. Lebih baik dia tidur dulu. Badannya perlukan rehat. Dari tengahar
tadi dia tidak dapat merehatkan diri. Dah dapat tidur ni, baik dia rehat
sepuas-puasnya.
Dengkuran halus mula meniti dibibirnya..
****
Serius perbincangan diantara Wan Zubair dan doktor
pakar didalam bilik kecemasan. Ketika itu, Zeril Iskandar masih tidak sedarkan
diri. Fikri Johari disuruh Ketua Jabatan Unit Kecemasan dan Trauma, Prof. Dr.
Azmi memintanya agar meletakkan ubat pengembangan salur darah (GTN) dibawah
lidah Zeril Iskandar.
“Doktor Wan, semasa saya memeriksa dada pesakit
sebentar tadi, saya dapati denyutan jantung pesakit ini agak luar biasa.
Jantungnya berdengup antara 350 hingga 700 kali seminit.” Serius Prof. Azmi
berkata.
Wan Zubair terperanjat mendengar kenyataan dari
Perunding dihadapannya. Dia turut merasa dada Zeril Iskandar. Sememangnya
denyutan lelaki itu amat luar biasa.
“Kemungkinan besar, pesakit ini menghidap
strok.”ujar Prof. Azmi tanpa berselindung lagi.
“Strok?!” Lagilah Wan Zubair terperanjat. Dipandang
lama wajah lelaki yang bersama Nur Adriana tadi. Tergeleng-geleng kepalanya.
“Jangan terperanjat, Doktor Wan. Ini adalah
sebahagian daripada simptom serangan strok.”Prof. Dr. Azmi memegang bahu Wan
Zubair. Menenangkan doktor muda itu.
“Kalau macam tu, pesakit ini akan lumpuh lah
ya?soal Wan Zubair ingin tahu.
“Kemungkinan besar akan pesakit ini akan lumpuh.
Tapi saya akan melakukan pemeriksaan kembali, samada pesakit ini akan lumpuh
sebelah tubuh ataupun keseluruhan badan. Nasib baik dia dibawa ke hospital
dengan lebih awal. Jika tidak, pesakit ini akan maut.”
Wan Zubair menarik nafas lega. Nur Adriana
sepatutnya diberikan pujian kerana membawa lelaki ini ke hospital. Patutlah
Fikri Johari menyatakan padanya yang lelaki ini mengalami denyutan jantung yang
amat kuat. Tidak normal rupanya jantung lelaki ini.
Prof. Dr.Azmi merasa denyutan jantung di dada Zeril
Iskandar. Nampaknya, denyutan pada jantung Zeril Iskandar masih tidak
berubah.
“Doktor Wan, boleh saya berjumpa dengan ahli
keluarga pesakit? Ada benda yang saya ingin bincangkan pada mereka.”soalnya
sambil tersenyum. Hilang riak seriusnya tadi.
“Err..actually,
pesakit ini tidak membawa ahli keluarga, doktor. Pesakit ini datang dengan
kawannya.”jawab Wan Zubair tanpa sembunyi.
“Awak kenal pesakit ini?”Tangan Prof. Dr.Azmi
ditujukan pada Zeril Iskandar.
“Saya tidak kenal pesakit ini, Prof. Tetapi, saya
kenal kawan pesakit ini.”kata Wan Zubair.
“Oh, Great!”Prof.
Dr.Azmi tersenyum.”Temukan saya dengan dia. Ada sesuatu yang saya ingin katakan
pada dia. Kawan dia tu lelaki ke perempuan?”suara doktor itu bertukar teruja.
“Perempuan, Prof.” kata Wan Zubair dengan suara
yang kendur. Cemburu dia datang lagi!
“Wow! Bagus ni. Tapi nak buat macamana, selepas ini
saya kena balik rumah. Seharian berada didalam wad kecemasan ini membuatkan
tenaga saya agak lemah. Better saya
pulang ke rumah sekarang. Nanti apa pulak kata isteri saya.”Prof.Dr.Azmi ketawa
kecil.
Wan Zubair mendengus geram. Dah ada isteri pun
masih nak tackle tunang orang. Tak
sedar diri! Harap saja pangkat tinggi, akal hilang entah ke mana.
“Saya rasa, lebih baik saya terangkan pada dia
sendiri. Mungkin dengan ini, dia akan memahami apa yang saya katakan.”jelasnya
lagi.
“Awak adarelationshipdengan
perempuan itu ke?”
“Yup! Perempuan itu tunang saya.”ujar Wan Zubair
dengan senyuman terukir dibibir. Pengakuan berani itu mengejutkan
Prof.Dr.Azmiyang sedang membetulkan stetescopedi
leher.
“Err..tunang awak?”Prof.Dr.Azmi berasa malu
sendiri.
“Benar. Dan saya sangat sayangkan tunang saya.”kata
Wan Zubair penuh semangat.
“Nanti dah kahwin, jangan lupa jemput saya ya.”
Prof.Dr.Azmi membuka sarung tangan berwarna putih ditangan lalu dibuangkan ke
dalam tong sampah kecil yang berhampiran dengan laci katil pesakit.
“Saya pasti jemput Prof.”penuh yakin Wan Zubair
menjawab.
Mereka berdua ketawa serentak didalam bilik
kecemasan itu.
Tanpa diduga, sedang mereka bergembira, badan Zeril
Iskandar bergerak. Naik turun badan Zeril Iskandar. Mereka berdua terpana!
“Doktor Wan, pesakit ini sudah mula sedar. Tapi
kenapa badannya bergerak pantas?”Prof. mula kelam-kabut. Wan Zubair bertambah
kalut. Ingatkan mereka boleh membiarkan pesakit ini lena sehingga keesokkan
harinya.
“Fikri Johari. Awak berikan saya alat renjatan
elektrik. Dia tidak stabil sekarang ini.“kata Prof dengan muka yang mula
serius. Perkara sebegini tidak boleh dilengahkan. Kenapa tiba-tiba pesakit ini
nafasnya turun naik?
Fikri Johari yang sudah gelabah itu cepat-cepat
memberikan alat renjatan elektrik kepada Prof. Dr.Azmi. Dia menjadi takut.
Selama dia bekerja menjaga pesakit yang dalam keadaan kritikal ini, tidak
pernah sekalipun dia berjumpa dengan pesakit yang tiba-tiba. Apa yang
menyebabkan dia menjadi begini?
Sepanjang perbualan dengan doktor Wan Zubair, matanya
memerhati tindak-tanduk pesakit ini. Pada mulanya, dia melihat sedikit
pergerakan pada mata pesakit. Itu menunjukkan tanda positif pada pesakit yang
dia akan kembali normal. Apa yang menyebabkan badan pesakit ini turun naik yang
menjadi persoalan. Mungkinkah ada kaitan dengan perbualan nya dengan doktor Wan
Zubair sebentar tadi?
“Okay, Doktor Wan. Awak pegang tangan kiri pesakit
ini dan awak pulakFikri, pegang tangan kanan dia. Tahan tangan dia supaya
tubuhnya tidak jatuh.”Wan Zubair dan Fikri Johari akur dengan arahan yang
diberikan.
“Saya akan lakukan renjatan elektrik padanya,
sekarang. 1…2…3 mula!”kata Prof.Dr.Azmi sedikit kuat. Renjatan elektrik itu
dilekapkan ke dada Zeril Iskandar.
Badan Zeril Iskandar terangkat dengan sendiri
apabila renjatan elektrik itu berlaku ditubuhnya. Prof.Dr.Azmi sedaya upaya
melakukan yang terbaik agar pernafasan Zeril Iskandar kembali normal.
“Lagi sekali Prof, nafasnya masih lagi lemah.”Wan
Zubair pula yang menjadi takut melihat Zeril Iskandar dalam keadaan tenat.
Sekali lagi Prof.Dr.Azmi melekapkan renjatan
elektrik didada Zeril Iskandar. Namun, cubaannya tidak berjaya. Prof meletakkan
alat renjatan elektrik itu ke tempat asal. Dia hampa. Ini pertama kali dalam
sejarah kerjayanya, dia tidak berjaya memulihkan pesakit. Selama di unit
kecemasan ini, pesakit yang dalam keadaan tenat berjaya diselamatkan. Dia
mengeleng-gelengkan kepala.Diraup kepalanya. Tanda kecewa .
Wan Zubair melepaskan tangannya. Nampaknya, lelaki
ini masih tidak sedarkan diri. Dia merapati Prof.Dr.Azmi yang kelihatan kecewa.
“Prof…kenapa tak teruskan?”Wan Zubair bertambah
kalut. Mata Zeril Iskandar sudah terpejam. Adakah ini pengakhirannya?
“Doktor Wan.
This is my first time in my career, I’ve ever seen such patients like this. I
was very disappointed when the patient is still not aware.”luah
Prof.Dr.Azmi dengan nada kesal. Tangannya melekap di dinding.
“That means,
pesakit ini akan mati?”bergetar suara Wan Zubair.
“Betul. Harapan pesakit ini cuma tinggal 50-50
sahaja.”kendur suara Prof.Dr.Azmi.
Wan Zubair terdiam. Jauh di sudut hati, dia berasa
kasihan dengan Nur Adriana. Penat tunangnya membawa pesakit ke sini untuk
pemeriksaan lanjut, ini kesudahan yang diperolehi.
“Kita perlu beri semangat pada dia semoga
kesihatannya pulih seperti sediakala. Walaupun harapan hanya 50-50, kita cuba
juga. Harap-harap ada keajaiban yang berlaku selepas ini.”
“Insyallah, Prof. Saya harap akan ada sinar buat
pesakit ini. Kalau dalam masa beberapa jam lagi dia tidak sedar jugak,
nampaknya kita terpaksa hentikan jantungnya.”ujar Wan Zubair
Wan Zubair memandang muka Zeril Iskandar yang dari
tadi terpejam. Pucat wajah pemuda ini.
‘Kesiannya dia…’
BERSAMBUNG.... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan