Isnin, 4 Mac 2013

BAB 20 Berilah Sayang Peluang


-->

Nur Adriana lari masuk ke bilik meninggalkan bakul pakaian yang terdampar diatas lantai. Telefon yang dipegang tadi turut dibawa naik ke bilik. Dia tidak mahu ayah dan perempuan tua tak guna itu mendengar setiap perbualannya bersama Zeril Iskandar.
Setelah pintu ditutup rapat, dia memulakan perbualannya semula.
“Hello, Zeril. Apalagi yang awak nak dari saya? Bukan ke saya dah cakap dengan awak semalam hubungan kita dah tak ada apa-apa lagi? Awak nak apa sebenarnya?”bentak Nur Adriana.
Zeril Iskandar mengetap bibir. Sampai hati Nur Adriana sanggup memutuskan tali persahabatan mereka. Dia cuma ingin mengenali Nur Adriana. Apa salahnya jika dia ingin berkawan?
Dulu dia susah hendak berkawan dengan orang awam seperti Nur Adriana. Baginya, orang kaya layak berkawan dengan orang kaya sahaja. Orang miskin dan berkedudukan rendah tidak layak. Memang dulu dia mementingkan status dan sekarang ini, dia memerlukan kawan.
“Saya nak jumpa awak sekali lagi, boleh tak?” Pintanya penuh pengharapan. “ Jantung saya semakin berdegup pantas bila awak takde kat sisi saya.”
Nur Adriana terpaku tanpa kata. Biar betul Zeril Iskandar nak jumpa dia semula. Tak puas lagi ke Zeril bercakap dengan dia semalam?omelnya dalam hati.
“Awak, saya nak sangat jumpa awak. Esok saya nak buat pembedahan. Mana tahu saya mati masa dalam pembedahan tu, saya tak dapat nak tengok muka awak lagi.”sambungnya lagi. Dia betul-betul mengharapkan Nur Adriana dapat menemaninya apabila dia masuk ke bilik pembedahan. Dia mahu melihat wajah itu dan ingin perempuan itu mengungkapkan kata-kata semangat padanya dari awal pembedahan hinggalah akhir pembedahan.
“Awak tak boleh buat saya macam ni, Zeril. Saya dah bagi tahu pada awak semalam yang saya takkan jumpa awak lepas ni. Awak faham tak?!!jawabnya dengan bengang.
“Please, Adriana. I beg you.”rintih Zeril Iskandar. Dia tidak akan berputus asa untuk memujuk Nur Adriana datang ke sini. Walau apapun yang terjadi, dia tetap mahukan Nur Adriana datang ke sini.
“Awak merayu macam mana sekalipun, saya takkan jejak kat hospital tu lagi. Mama awak tak suka saya terlalu dekat dengan awak. Dia marah saya di telefon semalam. Jelaslah yang mama awak memang tak sukakan saya.”tegas Nur Adriana menjawab.
“Awak tak nak jumpa saya, Nur Adriana? Baiklah. Kalau itu permintaan awak, saya akan cakap dengan doktor Wan Zubair yang saya tak akan jalani pembedahan. Biarlah saya mati dalam hospital ni dan awak tak akan jumpa saya lagi.”gertak Zeril Iskandar.
Nur Adriana berdebar. “Apa awak cakap ni? Takkan sebab saya tak nak jumpa awak, awak nak mati? Come on lah, Zeril. Jangan libatkan doktor Wan Zubair pulak. Awak yang kena buat pembedahan, kenapa mesti doktor Wan Zubair tu terlibat sama?”
“Saya wajib libatkan doktor Wan Zubair sebab dia bekas tunang awak, Nur Adriana. Tanpa dia, saya takkan dapat nombor telefon rumah awak.”
Terkaku Nur Adriana dibalik pintu. Wan Zubair bagi tahu kisah pertunangan mereka pada Zeril Iskandar ke? Apa semua ini?!
“Wan Zubair mana?”lantang suaranya. Perasaan geram muncul apabila Wan Zubair memberikan nombor telefon rumahnya kepada Zeril Iskandar.
“Dia ada kat luar tengah periksa pesakit lain. Dia bagi saya pinjam telefon hospital. Awak pun janganlah marah dia. Saya yang paksa dia bagi nombor telefon awak. Awak jangan marah dia. Nak marah, marahlah kat saya kalau awak mahu.”pujuk Zeril Iskandar.
Nur Adriana mendengus geram. Ada-ada aje taktik si Zeril ni. Apa kena dengan mamat ni pun dia tak tahu. Nak kata lelaki ni suka kat dia,  tak ada pulak signal yang mengatakan Zeril Iskandar sukakan dia.
“Biarlah saya nak marah dia ke tak. It’s none of your business! Ini urusan saya dengan Wan Zubair. Tak ada kena mengena dengan awak.”tinggi suaranya.
“Awak ni suka tinggikan suaralah. Cuba bagi suara tu perlahan sikit. Saya tak nak kena heart attack sekali lagi.”usik Zeril Iskandar.
Nur Adriana terdiam. Suara dia terlampau lantang sangat ke?
“Sorry…”jawabnya perlahan. Suaranya dilembutkan.
“Haa…macam tulah. Awak tu perempuan, jangan cakap kasar sangat dengan lelaki. Nanti lelaki tak nak dekat dengan awak tau.”usiknya lagi.
Pandai pulak lelaki ni nak mengusik dia. Ingatkan garang macam gorila mengaum.gumamnya.
“Awak jadi nak datang tak ni? Saya nak keputusan dari awak sekarang. Kalau awak tak nak datang, saya akan pastikan diri saya tak akan masuk bilik pembedahan esok.”ugut Zeril Iskandar.
Hesy! Lelaki ni suka betul mengugut. Mujur dia sakit, kalau sihat memang kena sekeh kepala tu.gumamnya lagi.
“Saya datang. Tapi saya pun ada permintaan nak bagi kat awak jugak.”Sekali-sekali dia bagi permintaan kat Zeril Iskandar ni pun okay jugak. Asyik dia aje yang kena ikut cakap lelaki ni.
“Apa dia? Kalau awak nak pinjam duit kat saya, saya akan bagi kat awak masa sihat nanti. Saya tak larat nak pergi bank keluarkan duit.”
“Awak melalut apa ni? Saya bukan nak pinjam duit kat awaklah. Suka fikir lain. Saya tak cakap lagi, awak dah fikir lain.”
Zeril Iskandar ketawa kecil. Nur Adriana memang pandai mencuit hatinya. Dia semakin suka bercakap dengan perempuan ini.
“Sorry…sorry. Saya ingatkan awak nak pinjam duit kat saya sebab saya tengok awak macam orang tak ada duit. Baju selekeh aje saya tengok masa awak datang. Siap tak pakai kasut lagi. Itu yang saya fikir awak nak pinjam duit kat saya.”
“Awak ni mengadalah. Saya ada duit lagilah. Tak ada maknanya saya nak pinjam kat awak.”getusnya. Sebetulnya dia memang tak ada duit tapi dia masih lagi belum terdesak nak meminjam duit pada orang lain. “Awak ni sengaja nak kenakan saya. Karang betul-betul saya tak datang, padan muka awak.”ugutnya.
“Ala…ala…Awak cakap aje apa permintaan awak tu. Saya janji saya diamkan mulut saya.”Zeril Iskandar akhirnya mengalah. Nur Adriana nakal jugak orangnya. Cakap sikit, dia ugut. Apa punya perempuanlah dia ni.desisnya dalam hati.
“Sebenarnya saya tak nak jumpa mama awak. Saya nak kita jumpa berdua aje. Dalam bilik tu.”
Zeril Iskandar pelik dengan permintaan Nur Adriana. Kenapa pulak Nur Adriana tak nak jumpa mama dia? Mama ada buat sesuatu pada dia ke?fikirnya.
“Awak takut dengan mama saya ke?”Nur Adriana terdiam. Bukan dia takut pada mama Zeril Iskandar tapi dia malu berjumpa Datin Zafiah secara berdepan. Biarlah Zeril Iskandar dan dia berjumpa rahsia.
“Saya tahu awak takut. Tapi mama saya mana ada garang. Dia biasa-biasa aje.”sambung Zeril Iskandar. Secara luarannya muka mama dia memang nampak bengis namun jauh disudut hati mama mempunyai hati yang lembut. Dia akan tegas kepada pekerja-pekerja di kilang sahaja.
Kilang dia?Hmm…dah lama tak pergi melawat kilang. Asyik fikir masalah Irma Amanda sahaja.
Irma Amanda?Huh! Nak ingatkan perempuan tak guna tu nak buat apa? Buat serabut kepala aje. Nampak aje baik pakai tudung dan jubah labuh tapi dalam diam pergi menggatal dengan lelaki lain.
“Tapi saya tetap dengan keputusan saya yang saya nak jumpa awak secara rahsia. Tiada orang ketiga atau keempat.”Harap Zeril Iskandar dapat mengerti kehendaknya.
“Hanya kita berdua?”Zeril Iskandar ketawa kecil. Boleh jugak tu. Dapat dia berkenalan secara mendalam dengan Nur Adriana.
“Yelah. Saya datang lepas Isyak nanti. Awak jangan biarkan Wan Zubair kat situ ye. Dia ada kat situ, saya tak nak jumpa awak.”ugutnya.
“Baiklah sayang, intan payung.”jawab Zeril Iskandar ketawa lagi. Nur Adriana bengang. Lelaki ni sakit-sakit pun kuat mengusik. Ada yang kena lesing karang!
“Dah mulalah tu mengusik dia. Aku silat kau nak?”Nur Adriana sengaja berkata kau dan aku untuk menakutkan Zeril Iskandar.
“Aku tak takut pun.”balas Zeril Iskandar ketawa berdekah-dekah. Dia pun turut sama menggunakan kau.
Nur Adriana menjeling disebalik talian. “Dahlah, saya nak tutup telefon dulu. Nak basuh baju. Nanti malam kita jumpa.”Nur Adriana berjanji.
“Okey, saya tak sabar nak jumpa awak. Lagi berapa jam aje lagi.”Sememangnya Zeril Iskandar memang tidak sabar untuk bersua muka dengan Nur Adriana.
“Yelah…yelah. Assalamualaikum.”kata Nur Adriana sebelum  mengakhiri perbualan.
Zeril Iskandar menjawab salam dengan senyuman terukir dibibir. Diletakkan telefon bimbit milik doktor Wan Zubair diatas laci sebelah katilnya.
“Senangnya dalam hati kalau jumpa Nur Adriana…”dia bernyanyi-nyanyi kecil sebelum memejamkan mata ingin berehat. Dia ingin bermimpikan Nur Adriana. Tiada wajah lain, hanya Nur Adriana sahaja…
***
Nur Adriana turun semula ke bawah. Dia mahu membasuh baju. Matanya memerhatikan sahaja pasangan suami isteri itu yang masih leka menonton televisyen.
Mendengar sahaja derap kaki anaknya di tangga, Ahmad Jamil segera bangkit. Puan Farzana yang sedang berbaring manja diriba suaminya tersentap apabila suaminya tiba-tiba bangun dari sofa. Sakit kepalanya. Terus dia bangun.
“Siapa telefon kamu tadi, Adriana?”soal Ahmad Jamil ingin tahu.
“Hah?”Nur Adriana termangu. Baru sahaja dia mahu meletakkan telefon rumah semula ke tempat asalnya, ayah telah memanggilnya. “Salah nombor, ayah.”dia menjawab perlahan. Terpaksa tipu untuk merahsiakan siapa Zeril Iskandar sebenarnya.
Puan Farzana menjeling tajam kearah Nur Adriana. Salah nombor? Takkanlah…kalau salah nombor, kenapa mesti sampai naik atas? Lepas tu lama pulak tu duduk dalam bilik. Jika salah nombor, kenapa mesti cepat-cepat tutup telefon tu dan turun semula ke bawah? Pelik…pelik.
“Ooo…ayah ingatkan orang TNB tadi.”Ahmad Jamil lega. Mujurlah bukan orang TNB. Sudah berapa kali orang TNB telefon dan menyatakan kepadanya untuk menjelaskan tiga bulan bil tertunggak namun dia tidak mampu untuk menjelaskan bil itu. Mana dia ada duit nak bayar?
“Kenapa dengan orang TNB, ayah?”soal Nur Adriana hairan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) tu bukan pasal bil elektrik ke? Ada yang dia tidak tahu ke pasal bil ini?
Ahamd Jamil tidak mampu menjawab. Dia risau anaknya akan bertanya tentang bil tertunggak yang tidak dibayar lagi.
“Ayah, bil elektrik dah bayar ke belum?”soalnya. Dia dapat mengagak yang ayah belum menjelaskan bil elektrik.
Ahmad Jamil masih lagi mendiamkan diri. Macam mana dia nak jawab soalan anaknya itu?Sudah terbukti yang dia tidak menjelaskan bil elektrik itu selama tiga bulan.






4 ulasan:

o-ReN berkata...

aid tinggalkan jejak kat sini...heheheheeh
lama tak brjimba dkt ini...heheheh

Puteri Eina berkata...

nak smbungan..................................
hehehe... best plk

Unknown berkata...

tingglkn jejak..
x nk tngglkn komen psal ni ke?haha

Unknown berkata...

Boleh..boleh..nnt akk buat ye..tggu..