Terlaksana
sudah apa yang dihajati Puan Hadijah. Mereka berempat memperolehi kepuasan
maksimum apabila berjaya menepati apa yang disasarkan. Ternyata, lelaki yang
bernama Muzaffar ini mudah jatuh menyembah bumi! Harap badan sahaja kuat, tapi
bila tiba bab berlawan, lelaki itu kalah!
Setelah selesai memukul
Muzaffar tadi, mereka berempat tergesa-gesa menaiki kereta dan bergegas
meninggalkan kediaman Muzaffar. Keadaan yang sunyi di lorong rumah Muzaffar
pada waktu malam memudahkan mereka melaksanakan tugas yang diberi. Dibiarkan
sahaja Muzaffar terdampar dijalan raya itu.
“Beres, Puan. Kami
sudah ajar dia cukup-cukup.”kata ketua operasi sewaktu perbualannya ditalian
bersama Puan Hadijah. Tersenyum dia sewaktu menuturkan kata. Nanti gaji aku
dapat lebih lah ni!
Puan Hadijah ketawa
berdekah-dekah. Senang hati dia apabila semuanya selesai dengan begitu mudah.
Usia yang lanjut tidak menghalangnya dari membuat apa yang dihajatkan. Jika dia
mahu sesuatu perkara, dia pasti akan menyuruh pembantunya membantu agar
terlunas perkara yang diinginkan. Kini, dia berjaya membalas dendam pada
Muzaffar. Jangan ingat dia sudah tua, dia tidak mampu melakukan apa-apa. Ini
Puan Hadijah lah!
“Nanti kamu datang
rumah saya. Saya akan beri kamu berempat duit yang saya janjikan. Tapi bukan
malam ini. Cucu saya sudah mahu pulang ke rumah. Awak datang pagi esok. Dalam
pukul lapan pagi.”kata Puan Hadijah. Rayyan kalau balik tengah malam, pasti dia
akan tidur sampai ke petang. Dia tidak mahu Rayyan tahu dengan siapa dia
meminta bantuan untuk mengerjakan Muzaffar.
Ketua operasi itu
mengeluh kecil. Baru nak merasa pegang duit yang banyak hari ini, tiba-tiba
tertangguh pulak. Hmm…
****
Mariana yang baru
sahaja turun dari teksi terkesima melihat suaminya diatas jalan raya depan
rumah mereka. Terkoncoh-koncoh dia berlari mendapatkan suaminya. Airmatanya
bergenang. Dia takut melihat Muzaffar terbaring disitu. Siapa yang begitu kejam
sekali membuat suaminya sehingga dia terbaring diatas jalan raya ini?
“Ya Allah,
abang!!”jeritnya kuat. Keadaan menjadi kalut seketika. Darah mengalir deras
dicelah bibir Muzaffar. Pemandu teksi yang berada didalam kereta segera keluar
dan melihat apa yang berlaku.
“Abang!! Jangan
tinggalkan Mariana. Abang!!”Mariana mengongoi tubuh badan suaminya. Muzaffar
tidak sedarkan diri sewaktu dia datang merapati suaminya.
“Cik, apa dah
berlaku?”Pemandu teksi datang kearah Mariana dan duduk mencangkung. Dia
terkejut melihat lelaki itu mengeluarkan darah yang agak banyak.
“Encik, tolong bawa
saya dan suami saya ke hospital yang berdekatan.”arah Mariana. Perasaan takut
kehilangan suaminya jelas terpancar di riak wajahnya.
“Baik…baik…Awak tolong
saya papah dia sekali. Mari, kita angkat lelaki ini bersama.”pinta pemandu
teksi itu. Mereka sama-sama mengangkat Muzaffar lalu dibawa ke teksi. Muzaffar
dibiarkan terbaring ke belakang, manakala Mariana duduk di bahagian hadapan.
Mereka berpatah balik
semula keluar dari Alam Damai itu dan meneruskan perjalanan ke hospital yang
berhampiran.
****
Berkerut dahi Rayyan
dan Dhia tatkala Puan Suria memberikan ceramah tidak rasminya dihadapan garaj
rumah. Ibu mana yang tidak akan membebel jika anaknya tidak mematuhi arahan.
Keluar dengan lelaki tanpa pengetahuannya. Mana dia tidak marah. Dia tahu
Rayyan adalah lelaki yang bertanggungjawab, boleh menjaga keselamatan Dhia.
Cuma Dhia adalah perempuan yang perlu dijaga, dia tidak boleh membiarkan Dhia
sesuka hati keluar malam.
“Baru sekarang nak
balik?Kenapa tak balik malam esok aje?”soal Puan Suria. Sindiran penuh tajam
diberikan kepada Rayyan dan Dhia. Dahlah dia risau anaknya tiba-tiba menghilang
apabila dia pergi ke surau. Dia memang terperanjat apabila melihat rumahnya
berlampu tetapi tiada penghuni didalam rumah itu. Membazirkan elektrik sahaja.
Dia menunggu Dhia hingga ke pagi.
Rayyan menjawab bagi
pihak Dhia. “Saya minta maaf, mak cik sebab bawa Dhia keluar tanpa kebenaran.
Saya tahu saya salah bawa Dhia keluar malam-malam begini.”kata Rayyan dengan
sopan. Dhia disebelahnya mendiamkan diri. Tertunduk mukanya. Serba-salah
apabila dia keluar tanpa beritahu ibunya.
Puan Suria memandang
pula anaknya yang terdiam sambil menundukkan muka. Tahu pun rasa salah! “Hah,
Dhia. Ibu suruh kamu jaga rumah bila ibu tak ada, kamu pergi melencong kat
tempat lain. Ibu kan dah pesan, jangan pergi mana-mana selagi ibu tak ada kat
rumah. Nasib baik ibu ada bawa kunci pendua. Kalau tidak, rumah ini dah
dimasuki pencuri tau.”katanya dengan geram.
“Dhia tahu Dhia salah
sebab tak beritahu ibu. Dhia minta maaf ye, ibu. Lain kali Dhia akan beritahu
ibu kalau Dhia keluar.”Dihampiri ibunya. Dipeluk tubuh ibunya yang masih dalam
keadaan marah. Menenangkan hati ibunya agar dikurangkan perasaan tertekan itu.
Puan Suria memejamkan
mata seketika. Terharu apabila anaknya memeluk dirinya. Dia memang marah dan
risau apabila Dhia keluar tanpa memberitahunya. Tetapi, dia tahu…Dhia
sebenarnya keluar untuk menceriakan dirinya yang telah diceraikan suami.
Rayyan memandang
anak-beranak itu dengan perasaan sayu. Apabila dia melihat Dhia memeluk ibunya,
tiba-tiba dia merasa rindu pada mama dan papanya yang telah meninggal dunia
sejak dia umur lapan tahun lagi. Waktu itu dia bersekolah rendah,
abangnya,Razree berumur sepuluh tahun. Mereka ditinggalkan mama dan papanya
dalam keadaan tragis. Parents nya mati
ketika menaiki feri persendirian menuju ke Pulau Tioman.
Alangkah bahagiannya
jika dia memiliki keluarga yang lengkap…
******
Selepas sesi pujuk
memujuk Dhia dan Puan Suria, Rayyan meminta diri untuk pulang. Takut nenek pula
yang akan memarahinya.Memang dia dah beritahu nenek yang dia akan jumpa Dhia,
tapi dia tidak pula maklumkan pada neneknya yang dia pergi racing bersama
rakan-rakan yang lain.
Harap-harap nenek tak marahlah dia balik lambat. Kalau
nenek marah pun, dia akan cuba memberikan alasan terbaik kepada neneknya.
Puan Suria dan Dhia
memandang pemergian Rayyan bersama lambaian tangan. Setelah mereka melihat
Rayyan pergi dengan selamat, mereka terus masuk ke dalam. Mereka masuk sambil
berpegangan tangan. Terserlah kasih sayang diantara mereka berdua…
Di dalam kereta, Rayyan
yang sedang memegang stereng kereta sempat merapikan rambutnya yang agak
berserabut. Tadi sebelum memulakan perlumbaan di jalan raya, para pelumba
dikehendaki memakai topi keledar agar keselamatan terjamin atau lebih tepatnya
tidak berlaku kemalangan.
Malam itu merupakan
malam terindah baginya. Dia menang buat kali kedua berturut-turut. Dalam asyik
member-member mengucapkan tahniah kepadanya, dia teringat kepada gadis yang
menjadi model race sebagai pembuka
tirai pada perlawanan itu. Dia baru sahaja melihat gadis itu di lorong sunyi
ini. Rambut yang pendek dan diikat tepi menjadi tatapan Rayyan. Kecomelan gadis
itu terserlah pada raut wajahnya. Dalam erti kata lain, seperti baby face! Dia memang tidak boleh
melihat wajah gadis yang cantik, ada sahaja yang lalu atau berada dihadapannya,
pasti hatinya akan cepat terpaut.
Esok, dia akan nyatakan
hal ini pada Adam. Dia mahu tahu siapa gadis itu dan dimana dia tinggal!
Senyumannya melebar. Mitsubishinya dibawa selaju yang mungkin. Hari esok dia
akan cuba mendapatkan maklumat berkaitan gadis itu.
Harap nenek tidak
membebel padanya malam ini…
*****
Muzaffar mendonggakkan
kepala ke atas. Direnung papan yang dijadikan bumbung sebagai pelindung didalam
wad ini. Dihiasi dengan lampu putih yang tidak terlalu cerah dan terang
membolehkan dia merenung lampu itu tanpa berkelip dan menyakitkan kornea mata.
Mariana yang kerap kali bertandang ke wad ini langsung tidak dihiraukan.
Matanya tetap merenung bumbung nipis diatas.
Lauk yang dibawa isterinya langsung
tidak terusik. Walaupun ibunya sanggup bersusah payah memasakkan lauk
kegemarannya dan menyuruh Mariana menghantarnya ke sini, dia tetap tidak mahu
makan. Jiwanya langsung tidak terusik dengan layanan baik yang diberikan
Mariana. Perempuan ini tidak pernah merasa serik untuk meraih cintanya. Dia
tidak suka Mariana terlalu mencintainya, apatah lagi menyayanginya.
Sudah dua hari dia
terbaring di sini. Wad Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagaikan
rumah keduanya. Hanya dua orang pelawat yang sudi datang melihatnya. Tidak lain
dan tidak bukan, pastinya ibunya dan Mariana. Pekerja mahupun saudara terdekat
?? langsung tidak menjenguknya mahupun bertanya khabar. Mungkin mereka takut
dia akan marah tidak tentu pasal.
Sudahlah dua hari lepas dia memarahi Mariana
tanpa segan-silu didepan pekerja yang lain. Mesti Mariana geram dengannya.
Namun, dia peduli apa! Kalau kerja, buatlah cara buat kerja. Ini tidak, kerja
berlambak-lambak kat atas meja pun tidak disentuh. Mana hatinya tidak panas!
“Abang tak nak makan
ke? Saya bawa lauk yang ibu masakkan khas untuk abang. Makanlah, bang.”pohon
Mariana. Lauk yang diletakkan didalam polisterin itu dibawa ke Muzaffar. Tapi
Muzaffar tetap juga tidak mahu mengambilnya malah matanya masih lagi merenung
bumbung atas.
Muka Mariana mencuka. Geram dia dengan sikap Muzaffar yang masih
dingin terhadapnya. Dahlah dia penat datang ke sini untuk memberi suaminya
makan namun masih juga tidak diambil mahupun disentuh! Apa yang aku perlu buat
lagi untuk tambat hati dia? Rasanya dalam beberapa hari ini, dah banyak yang
aku lakukan semata-mata untuk tarik perhatian dia. Semuanya tidak juga
berhasil! Dia sedih teramat sangat. Adakah aku menyesal kahwin dengan dia?
Tidak! Aku amat mencintainya…
Mariana meletakkan
semula polisterin itu ke atas meja kecil yang berhadapan dengan katil. Dengan
geram, dia menarik langsir berwarna oren itu dibelakangnya lalu ditutup secara
menyeluruh. Biar padan muka Muzaffar! Asyik pandang atas sahaja, pandang muka
dia tak nak!
Muzaffar membeliakkan
mata. Dia memandang tajam wajah isterinya. Hatinya mengeleggak marah. Apasal
Mariana tiba-tiba tutup langsir ni? Dia nak bangun, tapi badannya tidak dapat
bergerak. Kesan daripada luka dan tumbukan dua hari lepas memaksanya untuk
sentiasa berbaring.
“Dah puas tengok
atas?”sindir Mariana tajam. “Abang ingat saya tak geram ke bila abang asyik
pandang atas aje? Saya isteri abang tau tak! Kenapa abang tak nak pandang saya.
Saya penat bawa lauk untuk abang, abang tak sentuh pun. Abang ingat saya ni
tunggul kayu ke? Terpacak kat sini macam patung.”luahnya dalam nada sedih.
Muzaffar mendiamkan diri. Langsung tidak terusik dengan kata-kata isterinya.
Orang yang dah mati pucuk memanglah macam ini! Semuanya tak ada makna baginya…
“Abang tak nak jawab
apa yang saya katakan? Hah…sekarang ni saya memang tak tahan lagi. Abang dah
buat saya penasaran sama abang dan biarkan saya terkontang-kanting tanpa arah
tujuan sebagai seorang isteri...abang rasakan apa yang saya nak buat pada
abang!”Mariana menundukkan mukanya lalu bibir Muzaffar dipagut kasar tanpa
mempedulikan reaksi suaminya yang tersentap disitu! Mariana sudah hilang akal.
Sanggup dia mencium suaminya tatkala suaminya sakit diatas katil hospital. Tak
patut...tak patut!
Tidak puas dia mencium
dibibir Muzaffar. Mariana membuka bajunya. Terpaku Muzaffar melihat aksi yang
tidak sepatutnya dilakukan seorang isterinya. Ini isteri aku ke pelacur?
Dengan tidak
semena-mena, Muzaffar menolak kasar Mariana hingga terdorong ke belakang. Dia
cuba juga untuk menolak walaupun dia tidak kuat. Apalah nasib mempunyai isteri
yang tiada maruah diri ini…
“Sampai hati kau buat
aku begini, Mariana. Aku sakit, kau tau tak?”jerit Muzaffar kuat sehingga
pesakit yang berada di kiri dan kanan dapat mendengar. Mariana mendengus geram.
Dia bangun semula. Baju yang tersingkap lebar tadi ditutup semula. Sakit hati
dia ditolak suaminya hingga jatuh ke lantai.
“Saya cuma inginkan
perhatian daripada abang. Itu sahaja! Kenapa abang tak pernah nak faham naluri
seorang perempuan seperti saya? Adakah saya tidak layak disentuh dan dibelai
seperti pasangan lain?”balas Mariana dengan kasar. Menitis air matanya.
“Memang kau tak layak!
Semua perempuan dalam dunia ini tak layak mendapat belaian dan sentuhan dari
aku. Kau faham tak!”jeritnya lagi.
Doktor dan jururawat
yang datang merawat dan memeriksa setiap pesakit didalam wad tersebut pada
waktu tengah hari tergamam apabila mendengar jerkahan dan jeritan dari wad ini.
Kelihatan ada satu pesakit yang menutup langsir berwarna oren itu.Pasti pesakit
tiu yang menjerit!. Lantas, mereka menuju ke tempat yang agak kecoh itu. Doktor
itu membuka langsir itu selebar yang mungkin. Terperanjat Muzaffar dan Mariana
ketika itu.
“Kenapa ni?”kata doktor
itu. Jururawat yang berada dibelakang hanya mendiamkan diri. Mariana malu yang
teramat sangat. Baju kemeja yang dipakai tidak dikancing dengan elok. Mukanya
tidak tahu mana hendak disorokkan. Agaknya pasti doktor dan jururawat itu fikir
yang bukan-bukan pasal mereka. Baik dia keluar dulu untuk tidak mengeruhkan
keadaan.
“Saya keluar dulu,
doktor.”pinta Mariana. Beg tangan dibimbit lalu dibawa keluar dengan perasaan
malu yang menebal. Doktor dan jururawat itu memandang pemergian Mariana dengan
keadaan terpinga-terpinga.
“Apa yang berlaku,
Encik Muzaffar? Dari jauh saya dengar jeritan awak yang menganggu pesakit lain
dan kenapa awak biarkan langsir ini tertutup? Bukankah saya dah pesan, pada
waktu tengah hari, langsir perlu dibuka untuk menerima kehadiran pelawat.”ujar
doktor itu sedikit marah. Memanglah dengan pesakit, doktor perlu bersikap
lembut. Tetapi jika sudah menjerit, terpekik macam orang baru bergaduh…mana dia
tidak berang. Ini bukan tempat yang sesuai. Ini hanyalah hospital. Bukan tempat
pergaduhan!
“Lupakan apa yang
berlaku, doktor.”kata Muzaffar perlahan. Dia tidak mahu menjawab soalan doktor
itu. Selimut yang berada diatas kakinya dibawa hingga ke paras dada. Dia mahu
berehat. Doktor yang berada ditepi katil Muzaffar menoleh ke belakang dan
mengambil bekas yang mengandungi kapas dan iodin. Dia mahu membersihkan
luka-luka yang terdapat di muka dan badan Muzaffar.
“Awak jangan berehat
lagi, Encik Muzaffar. Saya mahu bersihkan luka-luka awak.”arah doktor yang
lebih dikenali sebagai Doktor Bakhtiar. Terbantut dirinya untuk meneruskan
tidur. Dia bangun perlahan-lahan. Jururawat dibelakang doktor lantas ke hadapan
membantu Muzaffar bangun.
“Pusing muka awak ke
kanan, saya nak lap luka awak tu.”arah Doktor Bakhtiar. Muzaffar akur. Untuk
memulihkan luka di muka, dia terpaksa menurut arahan. Dia bosan duduk disini.
Apa pun tak boleh nak buat!
Doktor Bakhtiar dengan
penuh santun menyapu ubat iodin di muka Muzaffar. Agak teruk jugak luka yang
terdapat di muka Muzaffar. Sambil dia menyapu ubat iodin itu, dia bertanya
soalan kepada Muzaffar. “Awak tahu siapa yang pukul awak sampai luka-luka
begini?”soalnya dengan tenang.
Muzaffar menggeleng kepala. Memang dia tidak
tahu siapa yang memukulnya. Tapi dia ingat, orang yang memukulnya memakai
topeng hitam dimuka.
“Dia pakai mask,
doktor. Tak nampak muka dia macam mana.”balas Muzaffar. Dia mengeliat sedikit.
Pedih apabila diletakkan ubat iodin di muka. Kapas yang ditaruk ke muka
Muzaffar ditarik kembali. “ Pedih ye. Sorry.
Saya buat perlahan-lahan.” Kapas yang sudah digunakan diletak ke dalam bekas
yang dipegang jururawat. Kapas yang baru diletakkan ke muka. Plaster berwarna
putih itu ditampal dengan
“Saya harap awak
laporkan kepada polis seberapa segera. Hal ini tidak boleh dibawa main. Orang
yang memukul awak sepatutnya tidak boleh dibiarkan. Ibu awak dah laporkan pada
polis. Harap awak bersiap sedia untuk memberi keterangan selanjutnya. By the way…betul awak tak tahu siapa
dalang di sebalik semua ini?”soal Doktor Bakhtiar lagi.
Muzaffar mengeluh
perlahan. Dia memang tidak tahu dan tidak berapa pasti siapa dalang yang
sebenarnya. Dia bersyukur ibunya sudah mengambil tindakan dari awal tatkala di
berada di hospital ini. Namun, bila terfikirkan balik, rasanya dia tahu siapa
yang lakukan!
Mungkin dia akan
maklumkan pada pihak polis siapa dalang disebalik semua ini. Hanya nama itu
yang berada difikirannya sekarang…
BERSAMBUNG... ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan