Selasa, 26 November 2013

BAB 7 JANGAN TINGGALKAN AKU


Karpet merah dari luar perkarangan Hotel Grand Hyatt memberi gambaran eksklusif pada tetamu kehormat yang bakal menghadiri Annual Gala Dinner, malam ini. Diiringi dengan lampu-lampu yang ada disekelilingnya, memberikan cahaya berkelipan pada pemakaian tetamu kehormat yang bakal memeriahkan majlis di dalam dewan besar hotel mewah itu.
Di dalam bilik persalinan, Kyra membelek-belek gaun labuh hitam yang menutupi dadanya. Walaupun gaun labuhnya tidak terbelah sehingga ke paras lutut seperti mana artis-artis yang berjalan di karpet merah, Kyra tetap kelihatan anggun dan menawan.
Malam ini, Kyra mahu bersolek ala kadar sahaja. Dia tidak mahu mempamerkan kejelitaan yang terlalu berlebih-lebihan. Dia menjadi duta syarikat Slim World pun kerana ingin berkongsi pengalaman tentang tubuh badannya yang macam ‘beruang’ sewaktu ketika dahulu.
“ Hmm… cantik pun walaupun simple!” monolog Kyra sendiri.
Satu suara dari belakang mengejutkan Kyra yang sedang memandang cermin panjang. “ Kyra, ada tiga artis yang akan bergandingan dengan awak di atas pentas sekejap lagi. Tonjolkan keterampilan awak sebagai duta ya.” kata salah pekerja perempuan Slim World yang diberi nama Salma.
“ Boleh aje.” Itu sahaja jawapan Kyra. Darah gemuruhnya datang lagi. Petang tadi sewaktu dia melangkah masuk ke dalam Hotel Grand Hyatt ini, gemuruhnya datang bertimpa-timpa. Bukan apa, dia tidak sangka dapat masuk ke hotel semewah ini.
Salma berpuas hati dengan jawapan itu. “ Lagi satu, saya cuma nak ingatkan awak masa kat atas pentas nanti, ada seorang pengacara majlis yang akan bertanyakan dua soalan tentang diri awak. Saya nak awak jawab dengan penuh yakin dan jangan malu-malu untuk berkata.”
“ Tanya soalan?” Kyra berdebar-debar. Bab tanya menanya ni yang paling dia lemah sekali! Sudahlah dia ni jenis kelam-kabut sikit bila bercakap. Hishh…. Takutnya Ya Allah!!
“ Yup! Tapi awak jangan takut. Soalan yang akan ditanya tu tak susah mana pun. Awak jangan takut ya.” Salma memberi semangat kepada Kyra.
“ Err… ya.” Teragak-agak Kyra hendak menjawab. “ Tetamu yang datang nanti tak soalan kan?”
Depends.” Jawapan Salma menakutkan Kyra. “ Buat masa ni awak tenangkan diri dulu sebelum naik ke atas pentas sekejap lagi. Saya nak keluar dulu. Nak layan tetamu kehormat kat luar.” Salma memegang bahu Kyra kejap sebelum wanita berusia tiga puluhan itu keluar dari bilik persalinan.
Kyra hanya mengangguk perlahan. Nampaknya malam ini ada sesi soal menyoal buat dirinya. Aduh, apa aku nak jawab ni! Kyra gigit bibir.
Belum habis gemuruhnya didepan cermin, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Kyra merengus. “ Siapa pulak yang kacau aku ni?!” Kyra mempamerkan riak tidak puas hati. Bila orang tengah gemuruhlah, ada orang telefon. Mengacau saja!
Suara Kyra yang sedikit tidak puas hati itu terpaksa di ubah menjadi suara yang lembut apabila dia menatap nama ‘despatch’ di skrin telefon Sonynya. Dia mengangkat dengan gaya malas.
“ Hai, Assalamualaikum…awak kat mana tu?” jawab Kyra acuh tak acuh.
“ Hai awak. Waalaikumsalam. Awak masih simpan nombor saya?” Khalid bersuara ceria dihujung talian.
“ Aaa… ya. Saya kenalah simpan nombor awak sebab awak kan dah banyak tolong saya. Macam mana dengan kad jemputan tu? Dah bagi kat bos awak?”
“ Beres, Cik Kyra. Demi Cik Kyra, apapun saya sanggup buat.” Kyra di hujung talian sudah buat muka toya.
Daripada dia melayan mamat despatch ni bercakap, baik dia tamatkan perbualan ni cepat-cepat. “ Err… Saya banyak kerjalah, awak. By the way, thanks tau sebab sudi tolong saya. Saya hargai pertolongan awak tu. Bye, Assalamualaikum.” Tanpa mendengar balasan kata daripada despatch itu, Kyra awal-awal lagi sudah mematikan talian. Malas hendak bercakap lebih-lebih sebenarnya.
Khalid tersentak dihujung talian. Cepatnya tutup telefon! Baru nak bagi tahu yang aku nak mengorat dia. Cis! Melepas sudaa…bisiknya dalam hati.
****
Khuzairi datang ke Hotel Grand Hyatt pukul lapan malam, setelah menunaikan solat maghrib. Sengaja dia datang sejam lebih awal. Mana tahu ada company besar yang sudi bekerjasama dengan syarikatnya, kan untung tu!
Lampu yang berkelip-kelip di kanan dan kirinya sewaktu berjalan di atas karpet merah membuatkan Khuzairi seakan di majlis Oscar. Tak sangka, Annual Gala Dinner pada malam ini kebanyakannya tetamu-tetamu korporat yang hadir. Paling dia tidak sangka, ada reporter dari pelbagai majalah dan beberapa jurukamera datang ke hotel ini. Dia ingatkan majlis ini sekadar untuk makan malam sahaja.
Kad jemputan yang diberikan Khalid semalam digenggam kemas. Jika ada majlis seperti ini, Khuzairi tahu kad jemputan ataupun surat memang penting bagi menunjukkan yang kita memang tetamu untuk majlis malam itu.
Seorang pekerja hotel yang berdiri di lobi utama mengarahkannya untuk menunjukkan kad jemputan sebagai bukti dia adalah salah seorang tetamu tersebut.
Pekerja hotel itu melihat kad jemputan itu lalu mengangguk. “ Encik Khuzairi. Selamat datang. Sila masuk ke dalam dewan besar ya.” Penuh hormat pekerja itu berkata sambil menundukkan kepala. Kad jemputan itu dikembalikan kepada Khuzairi semula.
Khuzairi tersenyum nipis. Nasib baik dia bawa kad jemputan ni. Kalau tak, memang dia balik awallah malam ni!
Sewaktu Khuzairi mahu berjalan masuk ke dalam dewan besar itu, seorang lelaki bertubuh besar memakai kot hitam datang menghampirinya. Dia sedikit terkejut. Siapa pulak lelaki ni?
“ Encik Khuzairi ke?”
“ Ya saya. Aaa… awak siapa ya?” Khuzairi mengerutkan dahi. Sumpah, dia tidak kenal langsung lelaki ini! Entah macam mana lelaki ini kenal dia pun dia tak tahulah.
“ Oh, maaf. Saya lupa nak memperkenalkan diri saya. Saya Abdul Fatah. Pengurus untuk majlis Annual Gala Dinner malam ini.” Abdul Fatah menghulurkan salam perkenalan.
Khuzairi berjabat tangan dengan lelaki itu. Dia tersenyum nipis. “ Kita pernah bertemu ke sebelum ini?” soalnya dengan tutur kata yang sopan.
“ Kita tak pernah bertegur sapa tapi mama saya ada menunjukkan gambar awak sehari sebelum majlis ini bermula.” Jelas Abdul Fatah.
“ Mama awak?” semakin berkerut dahi Khuzairi.
Abdul Fatah tidak tersenyum sebaliknya mempamerkan muka serius. “ Oh, maafkan saya sekali lagi. Sebenarnya mama saya merupakan Chairman syarikat Slim World. Mama saya mengarahkan duta baru syarikat kami iaitu Amylia Nur Kyra untuk mengajak salah seorang kenalannya untuk memeriahkan majlis malam ini.”
Mengingatkan Kyra, Abdul Fatah terasa hendak mencekik sahaja leher perempuan itu. Ada sahaja ayat yang meluncur di bibir Kyra sehinggakan dia terasa tercabar. Berani betul Kyra berlawan kata dengannya semalam.
Risalah Slim World yang mengandungi wajah Kyra dipegang dengan separuh rela. Dia tahu Kyra memang cantik pada luarannya namun orang yang tidak begitu rapat dengannya tidak tahu sikap sebenar perempuan itu. Mama tidak sepatutnya menawarkan Kyra menjadi duta syarikat mereka. Ramai lagi pengguna yang lagi bagus daripada Kyra.
Seketika, Abdul Fatah merenung gambar Kyra. Wajah itu mampu menambat hati jejaka di luar sana tetapi tidak dia.
Khuzairi didepan Abdul Fatah sudah membuntangkan mata. Kyra lagi?! Khalid memang nak kena dengan aku ni! Kau tunggu Khalid. Aku potong gaji kau esok! katanya dalam hati.
“ Boleh saya tahu Kyra ada kat mana? Saya ada hal nak cakap dengan dia sekejap.” Sengaja Khuzairi berkata dengan nada lembut walhal memang dia mahu menjerit sekuat-kuat hatinya. Kyra, kau memang mencabar keegoan aku sebagai seorang lelaki!
“ Hah?” Abdul Fatah tersentak. Dia mengangkat wajah dan bertembung mata  dengan Khuzairi. “ Sorry, saya tak dengar awak cakap apa tadi.”
Khuzairi mengepal penumbuk. Sabar Khuzairi. Malam ni kau tak boleh terlampau marah. Nanti rosak majlis malam ni. bisik satu suara. Khuzairi menarik nafas panjang lalu meneruskan kata. “ Hmm… saya tanya Kyra kat mana. Kalau dia ada, saya nak jumpa dia sekejap.” Dia mengulangi kata-katanya.
“ Cik Kyra ada kat bilik persalinan belakang pentas dalam dewan. Encik boleh cari dia kat err… ” Abdul Fatah tergamam. Khuzairi dah tak ada! Belum lagi dia habis bercakap, lelaki itu sudah masuk ke dalam dewan. Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali. Apa kena dengan Khuzairi tu? Macam ada yang tak kena aje. soal Abdul Fatah dalam hati.  
****
“ Amylia Nur Kyra!”
Khuzairi menyebut nama penuh Kyra ketika dia sampai di belakang pentas dalam dewan itu. Kyra yang masih setia duduk di dalam bilik persalinan itu terkedu apabila suara Khuzairi menjengah telinganya. Mujur dia tidak cepat melatah apabila orang memanggil namanya.
Segera Kyra bangun dari kerusi empuk yang disediakan untuknya lalu dia menghampiri Khuzairi yang nampak seakan tidak puas hati dengannya.
“ Khuzairi. Bila sampai? Tengok saya hari ni, cantik tak?”suara Kyra ceria sahaja tatkala Khuzairi masuk ke dalam bilik persalinannya. Kyra memusingkan badannya tiga ratus enam puluh darjah. Sengaja dia membuat begitu untuk mengembangkan gaun labuh hitamnya.
“ Kenapa aku di ajak ke majlis ni, Kyra? Kau sengaja nak tunjukkan yang kau dah cantik kan?” Kyra menghentikan pergerakannya apabila Khuzairi bertanyakan soalan itu. Tanpa menjawab soalan Khuzairi, dia mengalihkan badannya mengadap cermin. Moodnya bertukar jadi masam.
“Aku tanya baik-baik ni Kyra. Jawablah.” Jika tadi Kyra menghampirinya, kali ini dia pula yang mendekati wanita pujaannya itu.
Kyra tidak bereaksi sebaliknya dia berdiri dan membetul-betulkan gaun labuhnya. Malas nak jawab soalan, buat derk ajelah!
“ Kyra, aku tanya ni. Hmm…” Khuzairi mula terbuai apabila tubuh badannya agak dekat dengan belakang badan Kyra. Terbau haruman di cuping telinga Kyra. Mengasyikkan.
“ Apa ni? Jauhlah sikit bila bercakap tu.”! Kyra mengelak apabila Khuzairi agak rapat dengannya. Agak-agaklah nak rapat sangat!
Khuzairi mula marah. Dia meneliti penampilan Kyra dari atas ke bawah. Memang cantik! Tapi dia mahu kecantikan milik Kyra itu hanya ditunjukkan pada dia sahaja. Bukan orang lain!
“ Kau pakai cantik-cantik ni kau nak tunjuk kat siapa, Kyra? Tubuh badan kau tu milik aku, hak aku!” Khuzairi mula melenting.
“ Hello! Awak siapa nak cakap tubuh badan saya ni milik awak, Encik Khuzairi? Kita bukan suami isteri lagi ya.” Kyra membetulkan mekap ala kadarnya itu tanpa memandang Khuzairi yang tampak segak dengan kemeja biru cair. Lipstik merah jenama Lancome dicalit ke bibir. Menambahkan daya tarikan Kyra pada malam ini.
“ Kau akan tetap akan jadi milik aku. Tunggulah. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku, Amylia Nur Kyra.” Khuzairi berbisik ke telinga Kyra yang berbau harum itu. Sungguh, dia terbuai dengan pewangi yang Kyra gunakan di cuping telinganya. Menusuk hingga ke dasar hatinya.
Kyra menjuihkan bibir. Kata-kata Khuzairi langsung tidak melekat difikirannya. Apa yang penting bagi Kyra, malam ini dia harus menunjukkan kecantikan dan personalitinya sebagai duta Slim World. “ Saya takkan jatuh cinta pada awak. Never! Apatah lagi nak jadi milik awak.”
“ Baiklah, kalau kau tak nak jadi milik aku, aku akan dapatkan kau dengan cara lain. Malam ni aku bertekad. Kau dan aku mesti bersama. Aku takkan biarkan lelaki lain bercinta dengan kau apatah lain untuk mengahwini kau.”
“ Awak dah gila, Encik Khuzairi.” kata-kata Khuzairi sedikit sebanyak menakutkan dirinya.
“ Memang aku dah gila! Aku gilakan kau, Kyra!” Khuzairi pandang Kyra macam nak telan. Kyra jadi gementar. Kenapa dengan Khuzairi malam ni?
“ Encik Khuzairi!”
Mereka berdua serentak berpaling ke belakang apabila nama Khuzairi dipanggil dengan suara yang agak kuat.

Kyra lega. Akhirnya ada juga yang datang selamatkan keadaan. Terima kasih Ya Allah!


**ALHAMDULILAH....setelah siap bertungkus-lumus, akhirnya siap juga. Tak tahulah bagi korang best ke x cerita kali ni. (Hope bestlah ya).
**Pada yang baru jenguk blog eya tu, rajinlah2 lah add ya kat Facebook : Nur Daeya
   dan Group : karyanurdaeya (untuk kenal2 ngn eya.)
**JANGAN Lupa tinggalkan KOMEN ya!! Komen korang amat berharga!! ;)

13 ulasan:

Hanae berkata...

kyra hati2!!! hahaha best >.< x saba nk tau smbungan ^_^

Unknown berkata...

alhamdulilah...tq ya dik sbb bg komen! ;)
insyallah akak akn smbung jln citer seterusnya ;)

Unknown berkata...

tulh khuzairi...dulu tk menghargai la nih tau plak nk cemburu berapi!tp rase nyer dh tk bererti...bab kyra bkn lg hak milik mu yg hakiki...

Unknown berkata...

tu lah time kyra bdn debab xpandg,dh lawa nk gendeng2 plk...caiyok kyra jgn layan kucai...tp hrp2 niat jahat kucai xjadi...jeng..jeng..hero coming..

Tanpa Nama berkata...

kak norihan...lme x blas komen kt blog eya...hehe
mmg pdan muka khuzairi sbb x hargai Kyra...kn dh cemburu berapi! ;)

Tanpa Nama berkata...

wat zamzurisz

kyra ttp akn berjuang utk membalas dendam pd khuzairi setelah ap yg d lakukan pd d dlu...
hero akn coming slpas ini! hehehe

Ann.Awa berkata...

Penyesalan akan dtg diakhir episod..ngeee, haha, itu lah sidaun kucai.. Cinta Rupa je dia neh..
Haila..
Err... Who's the hero dik? Adakah Fatah? Hihi...
Suka suka suka...

Unknown berkata...

Akk ske ! Ske sgt ! Trus kn usha ok .. ;)

Tanpa Nama berkata...

salam kak ary..wah...dh lme x komen kt blog eya...hehe
insyallah hero d ABDUL FATAH! ;)

Unknown berkata...

akk damia...tq ya sbb sdi komen...
insyallah eya akn melipatkan usaha eya untuk berjaya ;)

Nana Mohd Yasin berkata...

uishhhhhh....
pencacai kena main ngan Kyra
sian nya dia...
eh bukan...padan muka dia...
cintamu sudah terlambat
selamat jalan romeo.....
(mcm nyanyi plak)

dok terbayang2 Kyra jadi ratu jap..
hihihihi..
apa jadi ngan mamat Fatah tu ekk...
jom layannn.

tahniah eya.... BEST...

Nana Mohd Yasin berkata...

YEYEYYYYY
berjaya msuk ulasan tuhhhhh.....

Tanpa Nama berkata...

wah...terujanya eya akk komen!! haha... ;)
tqvm ya kak sebab sudi kata enovel ni best!
Makin bersemngat eya nk buat en3 seterusnya!! hehe