Kyra
berjalan mundar-mandir di belakang sofanya sambil memegang telefon bimbit.
Geramnya dia pada lelaki yang bernama Abdul Fatah semakin membuak-buak.
Sudahlah esok petang majlis persandingan mereka akan berlangsung, kelibat Abdul
Fatah pula bukan main susah nak nampak. Sabar sajalah ada bakal suami yang
pemalas ini!
“ Dahlah minggu ni nak kahwin tapi batang
hidung dia pun aku tak nampak. Dahlah banyak barang perkahwinan kat rumah aku
ni. Bukannya nak tolong mamat tu. Dasar lelaki pemalas. Macam manalah badan tu
nak kurus kalau asyik suruh orang aje bawa barang-barang kat rumah aku ni.”
Kyra mendengus geram.
Dalam dua hari berturut-turut, ada saja barang
perkahwinan yang datang ke rumahnya. Sehinggakan kepalanya berserabut tak tahu
nak letak barang kahwin kat mana lagi. Ikutkan hati, mahu dia luku sahaja
kepala mamat tembam itu dengan batu simen, biar berdarah masuk hospital! Kejam
kan?
Kyra tekad, dia harus telefon lelaki itu.
Sudahnya, dia menelefon Betty, receptionist
Slim World dan mengarahkan panggilannya di sambung kepada Abdul Fatah.
“ Hello, janda Slim World…” Abdul Fatah tersengih di hujung talian.
Kyra mengetap bibir menahan marah yang amat
sangat. Lelaki itu benar-benar menaikkan kemarahannya di pagi yang indah ini. “
Assalamualaikum, Encik Fatah. Dah tak reti-reti nak tolong pekerja awak kat
sini ke? Awak duduk relaks aje kat ofis tapi pekerja awak kat sini bukan main
bersungguh-sungguh nak siapkan majlis perkahwinan kita.” Sinis kata-kata Kyra.
Suaranya dikuatkan sedikit tanda dia benar-benar marah dan geram.
“ Opss… sorry,
janda Slim World. Lupa nak ucap
salam. Waalaikumsalam…” sengih Abdul Fatah lagi.
Makin berangin Kyra dibuatnya. “ Kau boleh tak
jangan sebut gelaran tu? Aku sensitif tau tak?! Aku nak kau datang sini dan
bantu apa yang patut. Selalunya pengantin tak payah bantu buat kerja-kerja
persiapan ni, aku nak kau yang tolong. Biar kurus sikit badan kau tu. Aku tak
nak rasa malu bila bersanding dengan kau esok.”
Abdul Fatah diam. Mengapalah saat dia sedang
ceria, Kyra suka memberikan kata-kata yang tidak sedap didengar? Apa, salahkah
orang seperti aku bersanding dengan orang yang kurus? Tidak kan? Kenapa Kyra
mesti mengutuk dan mencemuh aku di saat aku ceria?
Dia bukan manusia pemalas. Bukan dia tidak mahu
meringankan beban pekerjanya di rumah Kyra cuma dia tidak mahu bakal isterinya
itu tertekan jika melihat wajahnya. Sebab itulah, dia duduk di pejabat sahaja.
Tak pun pergi ke gym
“ Tak elok Kyra cakap macam tu. Sudah-sudahlah
kritik tubuh badan Fat. Fat tengah cuba berusaha untuk kurus ni.” Dia cuba
untuk menengking Kyra dalam keadaan begini. Hati Kyra harus dijaga. Wanita itu
bakal isterinya.
“ Tak ada maknanya kau cuba kuruskan badan,
Fat. Aku tak nampak pun kesungguhan kau nak kuruskan badan. Cubalah banyak
bersenam untuk turunkan berat badan kau. Jangan asyik duduk aje!” kata-kata itu
menghiris kalbu Abdul Fatah yang sedari tadi berwajah ceria.
Abdul Fatah menghela nafas panjang. Kyra dapat
mendengar helaan nafas itu di hujung talian. Dia tahu lelaki itu kecewa dengan
kata-katanya. Memang dia suka pun buat lelaki itu kecewa.
“ Datang cepat. Kalau nak berdampingan dengan
aku, tunjukkan pada orang ramai yang kau tu rajin! Duduk jadi pengurus buat apa
kalau badan tu tak kurus-kurus.” Tanpa menunggu balasan Abdul Fatah, Kyra
cepat-cepat mematikan talian. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa berwarna
merah biru gelap itu sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan. Dia
benar-benar marah dengan lelaki itu.
Abdul Fatah terkedu apabila Kyra tiba-tiba
mematikan panggilannya. Dia kecewa lagi. Kecewa kerana Kyra tidak pernah
memberinya peluang untuk bercakap. Apa yang ditanya atau dikata, pasti wanita
itu akan membalasnya dengan kata-kata kasar.
Dia menongkat dagu sambil memandang komputernya
yang tidak berusik sejak dari tadi. Tetikusnya digerakkan agak cahaya komputer
muncul semula. Latar belakang komputer direnung penuh khusyuk. Wajah Kyra yang
diambil jurugambar ketika malam Annual
Dinner Slim World ditenung dengan penuh rasa cinta yang membuak-buak. Tidak dapat bercakap secara berdepan,
cakap depan komputer pun dah cukup.
“ Kyra, berilah Fat peluang untuk cintakan
Kyra. Biarpun Fat bukan lelaki pilihan Kyra tapi yakinlah akan ketulusan Fat
kerana mencintai Kyra adalah kebahagiaan Fat.” Sebak hatinya bila berkata
begitu. Inilah dia sebenarnya, Abdul Fatah yang serius ketika bekerja namun
jiwang di dalam hati.
Interkomnya berbunyi lagi. Abdul Fatah tersentak.
Lemah sahaja dia menekan butang interkom tersebut. “ Kenapa Betty?” mendatar
sahaja suaranya.
“ Encik Fatah, dua pekerja yang bawa katil ke
rumah Cik Kyra nak jumpa. Encik Fatah benarkan mereka masuk tak?” Betty
bertanya sambil matanya terarah pada dua lelaki bertubuh sasa dan tinggi itu di
hadapannya. Kedua lelaki itu tersenyum sahaja ke arahnya.
Mata Abdul Fatah mula bersinar semula. Wajahnya
kembali ceria. Dia duduk seperti biasa. Sebagai majikan dia perlu tampak smart
di depan pekerjanya walaupun tubuh badannya tembam. “ Suruh mereka masuk,
Betty.” Suaranya sengaja diseriuskan. Apabila berkaitan Kyra, dia jadi
bersemangat. Butang interkom dimatikan.
“ Baik, Encik Fatah.” Betty akur sebelum dia membawa
kedua-duanya ke bilik majikannya.
Din dan pemandu lori yang bernama Karim itu
ikut sahaja. Mereka berdua datang ke sini kerana ingin menjelaskan tentang apa
yang berlaku ketika mereka menghantar hadiah pemberian Abdul Fatah ke rumah
Kyra.
Betty mengetuk pintu bilik Abdul Fatah sebelum
dia mempelawa Din dan Karim masuk ke dalam. Setelah itu, dia menyambung semula kerjanya
di kaunter pertanyaan.
Di dalam bilik Abdul Fatah, Din dan Karim berdiri
di depan meja majikannya.
Abdul Fatah mencantumkan kedua tangannya
sebelum merenung tajam kedua-dua pekerjanya itu. “ Dah bagi Kyra barang-barang
kahwin? Reaksi dia macam mana?”
“ Dia marah kami, Tuan. Apa yang Tuan bagi
semuanya tak kena kat mata dia. Barang-barang yang Tuan bagi Cik Kyra semuanya
letak kat bilik belakang.” Karim mula meluahkan rasa.
“ Betul tu, Tuan. Apa yang Tuan bagi semuanya
kat bilik belakang. Sampaikan almari dan katil king size tu pun ada kat situ.” Sampuk Din pula.
Abdul Fatah meraup rambutnya ke belakang.Dia
kecewa lagi. Kesemua barang yang dia bagi ada di bilik belakang? Hina sangat ke
pemberiannya itu di mata Kyra? Susah payah dia dan ibu menempah barang-barang
itu. Apabila hantar ke rumah Kyra, lain pula jadinya.
Din dan Karim saling berpandangan antara satu
sama lain. Mereka simpati dengan majikannya itu. Kyra memang wanita tak hargai
pemberian orang!
“ Minta maaf ya Tuan sebab bagi tahu pasal
barang-barang yang Cik Kyra simpan kat bilik belakang. Kami terpaksa bagi tahu
perkara sebenar pasal apa yang berlaku bila barang-barang tu sampai kat rumah
Cik Kyra. Harap Tuan jangan marah kami berdua.” Din berkata jujur.
Tiba-tiba Abdul Fatah bangun. Dengan muka
masamnya, dia mendekati dua lelaki bertubuh sasa itu. “ Saya nak kamu berdua
pergi rumah Kyra semula.” Serius sahaja nada suaranya.
“ Tuan nak kami berdua pergi sana?” Din tidak
puas hati. Karim di sebelahnya pula sudah mula mengeluh. “ Tuan, kami dah tak
tahan dengan sikap Cik Kyra. Harapkan muka aje cantik tapi perangainya teruk!”
“ Saya kata pergi, pergi! Jangan banyak songeh
boleh tak?” Din dan Karim tersentak bersama tatkala majikannya bersuara tegas.
Terpaksalah mereka berdua pergi akur dengan arahan Abdul Fatah. Lelaki itu
memberikan mereka gaji dua kali ganda setelah kerja mereka siap. Mana boleh
mereka membantah!
“ Esok saya dah nak kahwin, awak tolong ambil
semua barang-barang perkahwinan, katil dan pulangkan semula khemah yang ada kat
luar perkarangan rumah Cik Kyra. Saya harap semuanya selesai hari ini. Tolong
keluar sekarang.” Abdul Fatah duduk semula ke kerusinya sambil meraup wajahnya
yang kecewa.
Din dan Karim terlopong besar sekaligus
terkejut dengan kata-kata Abdul Fatah. Ambil semua barang-barang yang ada kat rumah
Kyra? Adakah majikannya sudah mula marahkan wanita cantik itu?
6 ulasan:
kenapa marah...... cepatlah sambung D:
hehe... najwa, Fatah marah sebab dia kecewa...
jdi kawin ke tidak?? degilnye kyra
BEST....
Kesian Fat .. Smpai hti Kyra kn .. Eeeee .. Sakit pulakk hati nie .. ;)
Kyra ni melampau la pulak. Bila Fatah dah cuba berubah dan tunjukkan kasuh sygnya dia masih nak kutuk dan angkuh. Sakit pula hati kita dgn Kyra ni.
Catat Ulasan