Khamis, 21 November 2013

BAB 5 JANGAN TINGGALKAN AKU


Tiga bulan selepas itu…

“ Kyra, ibu dah tempah teksi untuk kamu. Dalam masa setengah jam lagi teksi datang. Kamu sempat ke siapkan semua tu. Nak ibu tolong?” tanya Puan Azlina sewaktu kakinya melangkah ke dapur. Dari ruang tamu, Puan Azlina dapat mendengar bunyi sudip yang seringkali diketuk Kyra pada kuali yang dimasak. Dia sudah agak Kyra mahu masak apa Cuma sengaja dia pergi ke dapur untuk melihat samada anaknya sudah masak atau belum.
“ Tak payah tolonglah, ibu. Lagi sikit aje nak siap ni. Lepas ni Kyra nak naik mandi. Dah berpeluh-peluh muka Kyra ni, ibu.” Kyra memasukkan lauk yang dimasak ke dalam satu bekas kecil yang berbentuk empat segi. Ketika itu dia merasa gembira sangat kerana dapat menyiapkan satu lauk tidak sampai dua puluh minit.
“ Kamu mesti tak sabar nak jumpa dia kan?” Kyra mengangguk pantas apabila ibunya bertanya begitu. Semestinya dia tidak sabar untuk berjumpa bekas suaminya, Khuzairi. Sudah lama dia rindu untuk mengenakan lelaki itu. Bila peluang sudah ada, pasti dia tidak akan sia-siakan peluang itu.
“ Biar dia terbeliak tengok kamu sekarang ni. Ibu pasti mesti dia tak percaya tengok kamu dah jadi lawa sekarang ni.”
“ Ibu jangan risau. Kyra tahu nak buat apa pada Khuzairi tu nanti.”
“ Ibu suka Kyra yang sekarang ni. Kyra yang sekarang ni lebih kuat berbanding masa kamu kahwin dengan Khuzairi. Ibu bangga dengan kamu, Kyra.”
Kyra terharu mendengarnya.“ Kyra pun bangga dengan diri Kyra, ibu. Hmm… rasanya Kyra tak boleh cakap banyak. Semua dah settle. Kyra naik dulu ya. Lambat nanti marah pulak pemandu teksi tu.” Kyra cepat-cepat meletakkan bekal yang berisi lauk itu ke atas meja ruang tamu. Tergesa-gesa dia mendaki anak tangga dan berlalu masuk ke bilik.
Misinya selepas ini sangat penting. Kau tunggulah, Khuzairi. Beruang yang dah lama kau tak jumpa ni akan berubah jadi kerengga kat depan mata kau selepas ini. Tunggu sajalah!
****
Sampai sahaja dia syarikat Khuzairi yang beroperasi di Mont Kiara, Kyra dengan langkah penuh yakin berjumpa dengan salah seorang pekerja yang berada di kaunter reception. Dia kenal pekerja itu. Khuzairi pernah menyuruh pekerja itu menghantar dokumen penting ke rumahnya. Dari situlah dia mengenali pekerja yang bernama Khalid itu.
Tapi kini dia tahu lelaki itu tidak mengenalinya kerana bentuk badannya yang berubah langsing. Dengan menggunakan kecantikannya, dia tahu lelaki itu pasti akan  menuruti permintaannya yang satu ini.
“ Hai cik abang.”
“ Ya cik adik manis. Ada apa yang abang boleh bantu?” Kyra bersorak gembira di dalam hati. Nampaknya lelaki ini memang senang untuk menjayakan rancangannya.
“ Boleh tak bantu saya bagi bekal ni kat bos abang? Saya kawan dia tapi saya tak tahu bilik bos abang tu kat mana.” Tipu Kyra.
“ Oh, kawan ke? Marilah ikut abang pergi tingkat atas. Bos ada kat tingkat atas tu.”
“ Tak naklah. Saya ada hallah abang. Abang bagi ajelah bekal tu kat dia. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Kyra ucap salam. Sengaja dia berkata begitu pada despatch itu walhal dia sebenarnya akan mengekori langkah lelaki itu senyap-senyap dari belakang.
“ Okeylah. Abang naik dululah. Bye adik manis.” Lelaki itu mula naik ke tingkat atas.
“ Bye.” Sengaja dia melambai tangannya. Buat manjalah kononnya.
Tanpa diketahui lelaki itu, Kyra perlahan-lahan mengekori langkah lelaki itu dari belakang.
****
“ Encik, bekalan ni untuk encik.”ucap despatch itu ketika masuk ke dalam bilik majikannya.
Khuzairi yang sedang menyemak tender mengerutkan dahi. Rasanya dia tidak pernah memesan makanan atau barang dalam beberapa hari ini. “ Bila masa pulak saya pesan benda ni? Dah, dah. Keluar. Saya banyak kerja nak buat ni.” baginya, waktu sebegini bukan masa untuk berbual panjang dengan pekerjanya. Banyak kerja yang perlu dilakukan ketika ini.
“ Tapi ini memang bekalan untuk encik. Kalau saya tak bagi, saya rasa serba salah sangat.”ujar despatch itu dengan takut-takut.
“ Awak siapa nak memaksa saya untuk terima benda tu? Awak tak keluar dari bilik saya potong gaji awak!”marah Khuzairi. Pekerja itu sudah mula bertukar pucat. Takutlah tu kena potong gaji.
“ Saya yang paksa dia wahai Encik Khuzairi.”sampuk satu suara dari belakang. Khuzairi terkedu. Riak wajahnya berubah keruh.
Despatch itu agak terkejut dengan kehadiran Kyra lalu dia memberikan kembali bekas yang berbentuk empat segi itu kepada Kyra dan segera beredar dari bilik itu. Almaklumlah, bos bad mood!
Who are you, young lady?” Khuzairi bingkas berdiri dan menjengilkan mata. Dia meneliti penampilan perempuan itu dari atas ke bawah. Walaupun mekap perempuan itu tidak terlalu tebal, perempuan itu tetap tampak menawan dan eksklusif. Tapi siapakah perempuan itu? Main masuk aje bilik aku tanpa kebenaran. Nasib baik perempuan itu cantik kalau tidak memang aku halau dia keluar dari bilik ini. bisiknya dalam hati.
“ Terimalah bekal ni dulu. Nanti saya bagi tahu awak siapa saya.” Aduh, menggoda sungguh suara perempuan ini! Dia ni sengaja nak menggoda aku ke atau memang suara dia memang macam tu? Khuzairi berfikir seketika.
“ Untuk apa saya perlu terima bekal tu? Mana tahu awak letak sesuatu dalam bekal tu ke.” Khuzairi tersenyum nakal. Kyra hanya mengangkat bahu.
“ Terpulang. Tapi saya memang berharap agar awak dapat terima bekal yang saya bawa ini.” Kyra dengan selambanya menghulurkan bekal itu kepada Khuzairi.
Nampaknya perempuan ini masih tidak jemu untuk memberikan bekal ini padanya. Dengan hati yang separuh rela, Khuzairi terpaksa menerimanya.
Seriously, can you tell me honestly who you are? I’m suspicious.” Khuzairi ulang semula soalannya nanti.
Kyra hanya tersenyum sinis. Khuzairi mengangkat kening seperti Ziana Zain. Apabila mengingatkan senyuman itu, Khuzairi tiba-tiba teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan bekas isterinya, Kyra.
“ Awak mengingatkan saya pada seseorang yang dah lama saya tak jumpa.”
“ Oh yeah? Siapa?” nampaknya perempuan itu teruja nak tahu siapa yang dia teringatkan kini.
“ Awak tak perlu tahu. Ini personal. Jadi, saya dah ambil bekal ni. Awak boleh keluar dari bilik saya. Saya banyak kerja nak buat ni.”
Kyra tersengih-sengih. “ Kalau awak nak tahu, awak bukalah dulu bekal tu. Penat tau saya masak makanan dalam tu.” Suruh Kyra . “ Kalau awak tak nak buka bekal tu, saya takkan keluar dari bilik ini.”
Khuzairi mula naik angin. “ Awak ni siapa hah? Paksa-paksa saya nak buka bekal yang awak bagi ni? Ikutkan hati memang saya dah panggil security suruh halau awak keluar dari sini tapi sebab awak cantik, saya…”
Belum sempat Khuzairi meneruskan kata, perempuan itu sudah berani menyentuh bibirnya. Terkedu Khuzairi di situ. Hampir terjatuh bekal yang dipegangnya.
“ Saya cantik ke? Alhamdulilah. Terima kasih sebab puji saya cantik. Takkan awak tak ingat saya lagi? Saya aje yang ingatkan awak. Rasanya dah lebih tiga bulan saya tak tengok muka awak. Tak sangka awak makin bertambah tembam. Nasib baik bekal yang saya bawa ni bagus untuk pemakanan awak. Boleh jaga pemakanan awak.”
Who the hell are you? Don’t you dare to touch my mouth!” meluap-luap marah Khuzairi. Dia menepis tangan perempuan itu yang masih melekap di bibirnya.
You haven't changed much, your attitude still seems the same, Encik Khuzairi.”menggoda benar suara Kyra.
Makin berangin Khuzairi mendengarnya. Lantas, dia segera menekan intercom dan memanggil receptionist untuk mengarahkan security yang berada di luar lobi utama supaya membawa perempuan ini keluar dari biliknya. Dia tidak mahu perempuan ini berada disini lagi. Makin panas hatinya dengan perempuan itu.
“ Awak nak panggil security ke? Rasanya, tak payahlah kut. Kebanyakan pekerja awak dah keluar makan. Awak aje yang tak makan lagi.”
Dum!
Kyra tergamam. Bukan main kasar sekali Khuzairi menghentakkan gangang telefon itu. Mujur dia tidak mendapat penyakit jantung, jika tidak melayang nyawanya ketika ini.
I say get out, get out!” jerit Khuzairi nyaring. Tersentak perempuan itu.
“ Okey, okey. Saya keluar dululah. Awak ni garang sangatlah. Macam mana nak dapat isteri kalau asyik marah-marah aje.” Kyra mempamerka riak selamba.
Bibir Khuzairi bergetar. Siapakah perempuan ini sebenarnya? Bagaimana dia tahu aku belum berkahwin lagi? Soalnya dalam hati.
“ Kau siapa sebenarnya?” panggilan awak sudah bertukar kau.
“ Awak akan tahu bila awak buka bekal tu.” Kyra tersenyum manja.
Jantung Khuzairi berdegup kencang. Bekal ditangannya dibuka kasar. “ Tauge goreng? Apa kena mengena tauge goreng dengan aku? Kau boleh tak jangan naikkan darah aku? Aku tak suka.”
Kyra ketawa sinis. Khuzairi mengerutkan dahi. “ Kenapa kau ketawa. Ini bukan kelakar. Aku cakap serius ni.” perempuan itu mematikan ketawanya. Orang nak ketawa pun tak boleh!
“ Dalam tauge goreng tu ada apa, Encik Khuzairi?”
“ Ada tauge, tauhu, udang dan daun kucai.” Khuzairi memerhatikan bahan-bahan yang ada didalam tauge goreng tersebut. Namun apabila dia melihat daun kucai, dia terkedu. Mulutnya terlopong besar. Dia mengangkat wajahnya lalu merenung tajam perempuan yang masih lagi tersenyum sinis kearahnya.
“ Kau? Err… Kyra? Amylia Nur Kyra?!” tidak terkelip mata Khuzairi saat mata mereka bertembung.
Kyra tergelak kecil lalu dia membuat posing terbaik. Ala, macam modellah katakan.
“ Amacam? Terkejut tak tengok penampilan saya hari ini? Cun tak?” Kyra berasa sangat puas hati kerana Khuzairi dapat mengenalinya.
“ Kau dah berubah. You changed a lot…” Khuzairi seakan tidak percaya yang didepannya kini adalah bekas isterinya yang dipanggil beruang tiga bulan yang lepas. Matanya seakan tidak mahu lepas memandang keseluruhan tubuh badan bekas isterinya.
“ Macam supermodel kan?”
“ Aku tak percaya. Aku tak percaya!” Khuzairi mengeleng-gelengkan kepala. Sememangnya dia memang tidak percaya Kyra lagi kurus daripadanya! Bagaimana dia boleh sekurus ini? Petua apa yang bekas isterinya gunakan untuk menjadi bentuk badan seperti seorang model? “ Kau keluar dari sini. Please? Fikiran aku buntu dengan kehadiran kau.”
Makin melebar senyuman Kyra. Memang satu langkah yang sangat bijak dia datang ke sini untuk bertemu Khuzairi semula setelah tiga bulan tidak bersua muka. Usaha untuk menguruskan badannya di Slim World memang sangat berbaloi.
“ Kalau macam tu, saya keluar dululah daun kucai. Terima kasih sebab sudi terima bekal yang saya masak tu. Insyallah saya takkan jumpa awak lagi kalau itu yang awak nak.” Santai sahaja kata-kata Kyra. Khuzairi jadi bingung.
Kyra mula bergerak ke muka pintu bilik Khuzairi namun apabila teringatkan sesuatu, langkahnya terhenti. Dia berpaling kearah Khuzairi yang terkaku didepan mejanya.
“ Oh ya, lupa pulak saya nak cakap pasal ni. Saya sebenarnya bukan nak sangat jumpa awak pun tapi saya terpaksa sebab saya nak awak tahu yang saya mampu mendapat lelaki yang saya idamkan walaupun bergelar janda. Badan supermodel macam ni takkan orang lelaki tak nak kan?” kata Kyra dengan penuh sinis. “ Selamat tinggal ya. Hingga tak berjumpa lagi. Assalamualaikum.” ucap Kyra sebelum dia melangkah bergaya keluar dari bilik Khuzairi.
Mata Khuzairi mengiringi langkah Kyra yang sudah keluar menutup pintu. Setelah itu, dia membaling bekal yang diberi Kyra tanpa memikirkan biliknya yang akan kotor nanti. Rambutnya diraup kasar. Dia duduk diatas meja sambil memanggung kepala. Timbul rasa kesal kerana bertindak menceraikan Kyra tanpa memberi peluang kepada bekas isterinya itu memberi penjelasan terhadap kandungan yang sudah lenyap dari perut Kyra.

“ Kyra, kenapa kau cantik sangat sekarang ni? Aku menyesal sangat ceraikan kau.” Kerja yang bertimbun tidak jadi untuk diteruskan akibat memikirkan perubahan mendadak isterinya.


**ALHAMDULILAH...segala puji ALLAH S.W.T, akhirnya siap jugak karya eya yang tak seberapa ini. Sorry sebab banyak kesalahan tatabahasa n bahasa inggeris yang eya main taip aje...

**Hopefully korang suka en3 kali ini... Jangan lupa KOMEN ya!!
**KOMEN korang pembina semangat eya untuk terus berjaya didalam dunia penulisan.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LOL mr.kucai dh menyesal hahaha..anw, best cerita ni

Tanpa Nama berkata...

besttt ciyer ni..teruskan.. ;)..bodoh khuzairi skrg baru nyesal

Nana Mohd Yasin berkata...

eyaaa.......
ni mcm ada bunga2 cinta nk bertaut
kembali kehapani???
jgnnnnnnnnnnnnn
tidakkkkkkkkkkk
ku tak relaaaaaa

alahai, nape lah Kyra gi
tunjukkan diri pada pencacai tu
sungguhlah, biarlah rahsia.

suddenly, ter....ter ok ter
terserempak somewhere....
nnti kan pencacai guni beras tu
melopong n ..... OMG OMG OMG
haaaaaa...... I tell U

apapun tahniah Kyra n slim world
kerana dirimu aku bergaya
ahaksssss.....

sila sila tuan tanah...
sambung the series.... ^_^

Hanae berkata...

hahha pdn muke khuzairi hahhaha ... tulah sebelum buat keputusan pikir 1000000 xkali hahaha daun kucai hihihi nk sambungan kak daeya ^_^ best i like it hahaha

Unknown berkata...

Pdn muka kucai.hahaha.bru nak menyesal.harap bkan kucai la hero

Unknown berkata...

wah...rmai yg mengharap daun kucai bukan hero...hehe
isyallah daun kucai akan bersatu dengan tauge goreng jgk akhirnya...hehehe

Unknown berkata...

wow..mesti bengang giler kucai..hahaha...mkn ler tauge tu wat pe laa buang2...ngeee
ai xmkn tauge..kucai ai mamah sampai lumat..hehehe
bestttt...

Unknown berkata...

padan muka daun kucai...hahahahahahaha...tgk Kyra dah seksi baru nak nyesal...tu la len kali jgn ikut kata hati dan nafsu marah...hahahahaha..senang hati ai.

Tanpa Nama berkata...

bila dah bercerai. haram bersentuhan. apatah lagi bercium.