Selasa, 12 November 2013

BAB 1 JANGAN TINGGALKAN AKU...





Malam yang dingin dan hening, Khuzairi menemani isterinya, Kyra berbaring diatas katil. Setiap langkah Kyra berjalan, diperhatikan olehnya.


Bukan main teruja suaminya, Khuzairi untuk menyambut kedatangan anak mereka. Kyra berasa seronok. Dia bahagia melihat wajah suaminya yang ceria itu sedang mengusap perutnya ketika dia sedang berbaring diatas katil. Rasa tidak sabar untuk menimang cahaya mata baru mereka terlalu menggunung. Dalam masa empat bulan sahaja lagi anak mereka akan melihat dunia.
            “ Abang seronok ke pegang perut Kyra yang bulat ni? Perut Kyra dah tak cantik macam dulu lagi. Tengok badan Kyra ni, dah macam beruang.” Kyra dengan selamba tergelak didepan Khuzairi.
            “ Hesy, apalah Kyra ni. Abang rasa perut Kyra yang ini lagi cantik daripada yang dulu. Abang suka perut Kyra janganlah rendah diri okey? Kyra gemuk ke keding ke abang tetap sayangkan isteri abang ni.”Khuzairi mencuit pipi tembam Kyra dengan penuh kasih sayang.
            Rasa bahagia menerjah di sanubari Kyra. Terharu kerana suaminya tetap mencintai dirinya walaupun badannya sudah berubah bentuk. Lantas, dia tersenyum senang.
            “ Sayang abang…”
            “ Sayang Kyra juga. Abang janji, Abang takkan sia-siakan Kyra dan anak kita selepas ini.” Khuzairi mengusap-gusap rambut hitam paras bahu isterinya penuh sayang lalu dikucup dahi mulus itu penuh asyik sebelum dia berbaring disebelah isterinya sambil  menongkat tangan.
             Kyra memejamkan mata buat seketika. Dia mahu menghayati kebahagiaan ini bersama suami tercinta. Namun, apabila teringatkan sesuatu perkara Kyra pantas membuka matanya.
            “Abang, kita tidur awal ya. Esok abang nak pergi kerja Kyra pula nak keluar pergi rumah kawan ibu.”Kyra mengambil bantal peluk ditengahnya lalu dipeluk.
            Terbuntang mata Khuzairi mendengarnya. Khuzairi tidak jadi baring. Dia duduk menegak disebelah isterinya. “Apa, kawan Ibu? Kyra kan tengah mengandung ni. Nak jalan-jalan lagi buat apa?!”
            Marah sungguh Khuzairi ketika ini. Tergamam Kyra disebelah. Sepatutnya dia tidak memberitahu suaminya tentang pemergiannya ke rumah kawan Ibu. Tapi apa nak buat, nasi sudah jadi bubur. Terpaksalah dia menipu suaminya malam ini.
            “ Err…” kelu lidah Kyra untuk meneruskan kata. Jawapan apa yang aku nak bagi ini? “ Err… Ibu kata kat Kyra, kawan Ibu ada jual baju bayi yang comel dan murah. Itu yang Kyra nak pergi tu.”Kyra gigit bibir. Walhal dia nak pergi mengurut. Ah, tak pasal-pasal tipu suami sendiri.
Semenjak dia diketahui mengandung lima bulan yang lalu, Ibu kandungnya Azlina Hamzah seringkali datang ke rumah mereka untuk menjemputnya ke rumah tukang urut yang merupakan rakan baik kawan Ibunya. Kata Ibunya, untuk melancarkan proses bersalin kenalah berurut berkali-kali supaya tidak berasa terlalu sakit ketika meneran nanti.
Sehingga ke hari ini suaminya langsung tidak tahu akan hal ini. Dia takut suaminya marah. Selepas kandungannya mencecah sepuluh hari, suaminya ada berpesan supaya tidak pergi mengurut ke rumah-rumah kampung. Takut terjadi apa-apa nanti. Tapi sekarang? Pesanan suaminya itu tidak diambil endah. Dia tetap berdegil untuk pergi mengurut bersama Ibunya.
            Khuzairi terasa lega yang amat sangat. Ingatkan apa tadi. “ Lain kali kalau Kyra nak keluar, Kyra bagi tahu abang sebelum kita tidur ya. Abang tak suka nak marah-marah Kyra masa Kyra tengah mengandung ni. Kyra dengar kan cakap abang?”suaranya mula menurun.
            “ Faham, abang. Kyra minta maaf sebab buat abang marah tadi.” Kyra menunduk lalu mengenggam erat tangan suaminya.
            “ Dahlah, pergi tidur. Esok nak bangun pagi. Kyra ingat ya pesan abang. Jangan ligat sangat. Selamat malam.”Khuzairi berpaling ke kiri. Wajah isterinya tidak dipandang. Matanya sudah terlalu kuyu.
            “ Baik, abang…”Kyra kemam bibir.
****
“ Ibu, Kyra takutlah nak kena urut…”luah Kyra ketika dia dan Ibu sampai di rumah tukang urut yang merupakan kawan Ibunya, Puan Kamsiah. Lagi berapa meter mahu menghampiri rumah kayu milik Puan Kamsiah, jantungnya berdegup kencang. Ya Allah, kenapa hati aku rasa tak sedap ni?
Puan Azlina menampar lembut bahu anaknya.“ Hesy, kamu ni! Nak takut apanya? Mak Cik Kamsiah tu nak urut bukan saja-saja tau! Dia nak urut seluruh badan kamu supaya bila nak bersalin nanti tak rasa sakit.”
Kyra mengepal tangan. Bibirnya menggigil. “Kalau abang tahu Kyra pergi mengurut ni mesti abang mengamuk. Abang dahlah tak suka Kyra urut dengan sembarangan orang. Kalau pergi doktor tak apalah juga.”
“ Suami kamu tu memang! Ada aje peelnya! Ibu bawa kamu ke sini supaya nak senangkan kamu. Kamu tahu tak Ibu dah lama geram dengan perangai dia semenjak dia tahu kamu mengandung ni. Asyik nak mengongkong hidup kamu aje! Bila Ibu ajak kamu pergi keluar, dia marah Ibu. Ikutkan hati Ibu, memang Ibu balik aje rumah lama. Tak nak Ibu jaga kamu kat rumah tu.”rengus Puan Azlina.
Dia tinggal di rumah Khuzairi pun disebabkan menantunya itu menyuruh dia menjaga Kyra yang sedang mengandung. Ikutkan hati, memang malas dia mahu menetap di rumah dua tingkat itu disebabkan sikap kongkongan anak menantunya namun apabila memikirkan kesihatan anaknya yang sedang sarat mengandung, dia akur. Dia perlu bersabar sedikit masa lagi. Dalam dua tiga bulan lagi, dia akan pulang semula ke rumahnya yang sudah lama kekosongan tanpa sebarang kongkongan.
“ Abang kan sayang Kyra. Itulah sebab dia kongkong Kyra waktu Kyra mengandung ni. Ibu jangan marah dengan sikap dia ya. Lama-lama nanti dia eloklah tu.”pujuk Kyra.
“ Ada aje nak sebelahkan suami kamu tu. Dahlah, jom masuk. Lambat nanti suami kamu marah pulak! Dahlah dia tak tahu kita datang sini.”Puan Azlina perlahan-lahan menarik lengan anaknya itu masuk ke dalam. Dada Kyra yang berdebar sejak dari dalam kereta tadi lenyap apabila muncul seorang wanita berusia dalam lingkungan lima puluh an tidak bertudung di muka pintu utama.
Nampak baik. Tak payah takutlah kena urut.bisiknya dalam hati.
****
Sekitar pukul empat petang setelah pulang dari mengurut, Kyra tidur seketika didalam bilik. Badannya terasa amat penat setelah memandu kereta dari Petaling Jaya ke Selayang. Ibunya pula sudah berehat di kamar beradunya.
Jam loceng ditetapkan ke pukul lima petang agar dia tidak terlewat bangun untuk menunaikan solat asar.
Sewaktu dia asyik tidur, dia didatangi satu mimpi aneh yang memperlihatkan tiga orang wanita muda yang berbaju putih. Wajah mereka sangat cantik dan bersih. Dalam mimpi tersebut, mereka meminta izin untuk mengambil anaknya tinggal bersama-sama mereka. Puas dia merayu kepada mereka supaya tidak mengambilnya, tetapi mereka memberitahu akan menjaga dia dengan baik di sebuah tempat yang cantik dan indah," kata salah seorang diantara tiga wanita muda itu.
“Jangan, jangan!” Kyra berpaling ke kanan dan paling ke kiri. Dia rasa takut. Kenapa aku jadi macam ni? Serta-merta dia bangun dari pembaringan.Terkejut lagaknya. Peluh merenik ke muka. Jantungnya berdegup kencang.
Tatkala matanya turun melihat perutnya, dia membulatkan mata. Err… kempis? Tangannya mengusap perut yang tidak seperti beberapa jam yang lalu. Apa telah terjadi?
“Argh!!”jeritan Kyra bergema dipelosok rumahnya.
****
Khuzairi mencekak rambut Amylia Kyra sehingga dia menjerit kesakitan. Ikutkan hati, dia mahu membuat lebih daripada itu. Suami mana yang tidak sedih apabila anak yang bakal lahir di dunia ini dalam masa berapa bulan sahaja lagi telah hilang dalam perut isterinya?
Tekanan yang melanda di pejabat tadi serta kehilangan anak dalam kandungannya memberi kesan yang hebat dalam diri Khuzairi. Baru hendak merasa nikmat seorang ayah, anaknya telah hilang dalam perut isterinya. Mana dia tidak mengamuk?!
Apabila mendapat panggilan daripada Ibu mertuanya tentang tangisan Kyra yang tidak henti-henti, dia bergegas balik ke rumah. Dia ingatkan Kyra menangis kerana mengidam sesuatu tetapi nampaknya tidak. Perut isterinya sudah tidak berisi lagi. Suami siapa tak marah kan?
Sudah berkali-kali dia memberi amaran agar Kyra tidak keluar rumah sepanjang ketiadaannya, isterinya tetap degil! Nak juga ikut Ibu pergi keluar.
“ Abang tolonglah abang… jangan buat Kyra macam ni. Ini bukan salah Kyra.”rintih Kyra berulang-kali.
“ Kau ingat aku nak dengar rintihan kau yang mendayu-dayu tu ke? Kau dah ‘lenyapkan’ anak tu lepas tu kau kata tak salah? Kau memang pembunuh tahu tak?!” lantang Khuzairi bersuara. Tidak puas dengan mencekak rambut isterinya, dia menampar pula muka itu berkali-kali sehingga isterinya tersembam di atas katil milik mereka berdua.
“ Sakit, abang. Sakit.”rintih Kyra tanpa henti.
“ Jangan ingat kau akan terselamat. Akan aku binasakan tubuh badan kau sampai aku puas, faham?!”turun naik nafas Khuzairi ketika ini. Rasakan. Inilah padahnya buat suami kau macam ni! Tangan Kyra diikat dan mulut isterinya itu digam menggunakan double tape.
Khuzairi membisikkan sesuatu di telinga Kyra. Kyra memejam mata. Tidak sanggup untuk bertembung mata dengan suaminya.
“ Aku ceraikan kau, Amylia Nur Kyra dengan talak satu.”tergelak besar Khuzairi apabila berjaya melancarkan ayat itu. Dia seperti orang gila sekarang ini.
Membuntang mata Kyra apabila mendengar ayat yang terpacul di mulut suaminya. Astagfirullahalazim! Aku diceraikan?




15 ulasan:

Unknown berkata...

ya ALLAH best la eya...anak dy ilang mcm tu je ke? misteri

Unknown berkata...

tq ya kak sebab sdi baca...
ALHAMDULILAH...eya akn truskn membuat karya yg terbaik utk masa akn dtg ;)

Tanpa Nama berkata...

Best.nnt cpt2smbung tau

NurAtiZa berkata...

Dear nak buat cerita seram ke?

Tanpa Nama berkata...

insyallah eya akn smbung ;)

Unknown berkata...

kesiannya... npr la suami dia mcm nie....

Unknown berkata...

mmg kesian tp kyra nsibaik sbb dh kne cerai ngn suami ;)

Unknown berkata...

ambik masa terjah bab 1...
ada kelainan ckit dr nvl biasa dr permulaaannya..teruskan berkarya

Unknown berkata...

tqvm sbb sdi bce karya eya...
insyallah eya akn truskn berkarya selagi terdaya

Nana Mohd Yasin berkata...

eya.......
who wrote this?????
ngape best sgt ayatpemanasenjin ni?
ni enjin apa nih?
boeing bape nih?????

owwhhhh mmg best giler
tapi akak lum nk jadi giler lg

kita sambunggggggg

Unknown berkata...

Akk bru stat bca nie .. Tp sudah jatuh hati .... !!! Xsbar nk sambong bca bab y strusnya ..

Unknown berkata...

baca jgn x bce kak! hehe
** truskn membaca karya2 eya ya ;)

Tanpa Nama berkata...

Kak Eya :) The bestt :) Best cite nie .. teruskan tau akak . Adk slalu support akak :)

Tanpa Nama berkata...

tq adik syg!!
insyallah akk akn buat yg terbaik utk en3 ni ;)

Unknown berkata...

permulaan yg sgt menarik. Ni baru 1st time masuk blog eya...good job.