Khamis, 26 Disember 2013

BAB 21 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kesemua barang pemberian Abdul Fatah sudah tiada dirumahnya. Walaupun Kyra agak sedih kerana barang-barang itu bukan miliknya lagi namun dia pasrah. Tidak semua barang yang diingini bakal menjadi kita.
Selepas dua hari Abdul Fatah memutuskan untuk kahwin di makhamah, pagi ini Kyra bersiap sedia bersama lelaki itu pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Dipastikan penampilannya hari ini seringkas yang mungkin. Cuma baju kurung dan selendang yang tidak menutupi keseluruhan rambutnya sahaja yang menghiasi tubuh badannya yang langsing itu.
Kyra menunggu Abdul Fatah di luar perkarangan rumahnya. Pintu pagar sudah ditutup rapi. Dia menanti kemunculan lelaki itu dengan penuh sabar. Tekadnya pada hari ini dia tidak mahu menunjukkan sikap marahnya pada lelaki itu. Sudah beberapa hari selepas Abdul Fatah bertemu dengannya, dia rasa betul-betul menyesal kerana membuat lelaki itu kecewa.
Disebabkan ego yang menebal, dia mengecewakan Abdul Fatah. Sudahlah penat lelaki itu menghabiskan duit dengan membeli brang-barang perkahwinan mereka. Dia pula sedap-sedap sahaja letak semua barang itu di bilik belakang.
Tidak sampai lima minit dia menunggu di luar garaj, sebuah kereta kancil muncul ddidepannya. Dia tahu itu pasti Abdul Fatah. Kyra mengeluh. Bukan dia tidak suka naik kereta murah tapi bila difikirkan semula, Abdul Fatah sebenarnya kaya orangnya. Takkanlah pengurus Slim World pakai kereta murah? Selalu dia tengok orang yang penting dalam sesebuah syarikat akan menaiki sebuah kereta mewah. Hmm… entahlah, mungkin Abdul Fatah lebih senang memakai kereta murah kut. Tekanya dalam diam.
“ Masuklah.” Abdul Fatah membuka tingkap sebelah pemandu. Mengajak Kyra masuk ke dalam kereta. Hari ini dia terpaksa meminjam lagi kereta kancil milik Syawal. Dia tidak kesah samada Kyra suka atau tidak. Dia malas mahu menunjukkan kekayaan yang dimilik keluarganya pada Kyra. Disebabkan rasa kecewanya yang menebal terhadap Kyra semenjak dua hari yang lepas, hatinya mula goyah untuk terus mencintai dan menyayangi wanita itu.
            Kyra menghela nafas sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang dipakai untuk keselamatannya. Langsung tidak dipandang wajah Kyra yang masam itu. Tahulah dia yang Kyra kecewa apabila dia membawa kereta ini. Sebelum ini pun, Kyra sakit hati dengannya kerana membawa kereta ini di Grand Hotel sehingga mendapat malu di lobi utama hotel itu.
Abdul Fatah meneruskan perjalanan dengan tenang. Kyra langsung tidak mahu berbual dengannya. Dia hanya biarkan wanita itu berdiam diri sahaja. Biarlah jika Kyra tidak mahu bercakap dengannya pun, dia pasrah. Jika bercakap pun, pasti akan menimbulkan pergaduhan. Dia seboleh mungkin tidak mahu mewujudkan pergaduhan dengan Kyra. Dia sudah letih!
Dalam berapa minit lagi mereka akan sampai ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Abdul Fatah memulakan bicara.
“ Kyra dah siap sedia untuk jadi isteri Fat?” baik-baik sahaja soalan yang ditanya. Dia tidak mahu menyinggung perasaan wanita itu.
“ Hurm…” Hanya itu yang dijawab Kyra. Abdul Fatah merasa kecewa. Bibirnya diketap kuar bagi menghilangkan rasa kecewanya.
“ Kyra kecewa kita akan kahwin kat mahkamah?” mendatar sahaja suara Abdul Fatah. Wajahnya langsung tidak dikalihkan kearah Kyra.
“ Kecewalah. Ingatkan majlis persandingan kat rumah aku akan jadi wedding of the year tapi nampaknya hajat tu tak kesampaian. Baru nak dapat perhatian media massa. Mana tahu dapat masuk surat khabar sebab duta Slim World kahwin dengan lelaki tembam macam kau.” Kyra mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Perasaan bersalah mula menghimpit diri. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya sendiri kerana keceluparannya berkata sebegitu pada Abdul Fatah.
Abdul Fatah mengenggam stereng kereta dengan penuh emosi. Dia memang terasa dengan kata-kata Kyra. Tidak mengapalah. Hari ini Kyra boleh bercakap perkara yang tidak elok tentang dirinya. Tunggulah bila dia kurus nanti. Dia akan pastikan saat itu Kyra akan tarik balik cemuhan dan kritikan yang dilemparkan padanya.
Kedua-duanya diam kembali. Kyra sempat memandang wajah lelaki itu yang tenang memandu tanpa sedikit pun memandang kearahnya. Kecewa lagikan Abdul Fatah dengan kata-kataku?
“ Err… Abdul Fatah.” Kyra menyebut nama penuh lelaki itu. Dia tidak berani menyebut nama panggilan manja lelaki itu. Bukan apa, agak sukar untuknya terima cinta lelaki ini. Mulutnya rasa tidak selesa apabila mengungkapkan nama mesra itu. Dia janggal. Jika suatu hari dia mula mencintai Abdul Fatah, dia akan pastikan nama Fat disebut setiap hari.
“ Kita dah nak sampai. Kyra duduklah diam-diam.” Mendatar lagi suara Abdul Fatah. Kyra terasa hati. Baru sahaja ingin dilayan lelaki itu dengan mesra, lelaki itu sudah tunjukkan wajah masamnya. Yalah, dia tidak mahu selepas perkahwinan mereka, pergaduhan akan berlaku sepanjang mereka duduk bersama. Dia inginkan hubungan yang harmoni seperti mana hubungannya dengan bekas suaminya, Muhd Khuzairi.
Sebaik sahaja mereka sampai di pejabat tersebut, Abdul Fatah dan Kyra keluar dari kereta. Abdul Fatah membawa Kyra ke kaunter permohonan perkahwinan.
“ Assalamualaikum…  boleh saya tahu nak ambil borang perkahwinan dimana ya?” tanya Abdul Fatah dengan lembut sewaktu bercakap dengan seorang perempuan didalam bilik kecil. Kyra dibelakangnya memandang kearah lain.
“ Oh, borang tu ya. Encik sebenarnya boleh print borang permohonan itu di online sahaja. Sebab kami memang sudah buat pengumuman tentang borang online itu sejak  dari dulu lagi.”
“ Oh, maaf ya. Saya tak tahu pula. Tapi kat sini masih ada lagi tak borang tu? Kalau tak ada saya print-out kat rumah ajelah.” Abdul Fatah ketawa kecil. Perempuan yang duduk di dalam kaunter kecil itu hanya membalas dengan senyuman sahaja.
“ Boleh saja. Sekejap ya.” Perempuan yang berjubah hitam bertudung labuh itu meninggalkan sebentar Abdul Fatah dan Kyra untuk mengambil borang kedua-duanya.
“ Baik tak payah datang sini tadi. Print kat rumah pun boleh.” Kyra berpeluk tubuh sambil memandang awan-awan yang berarak.
“ Rumah Kyra ada mesin printer ke nak print-out borang tu?” Abdul Fatah menjongketkan kening. “ Kalau ada, memang kita tak datang sini tadi.”
“ Tak ada.” Kyra mengeluh perlahan. Line internet rumahnya pun tidak ada lagi semenjak dia berpisah dengan Muhd Khuzairi apatah lagi mesin printer.
“ Dah tu ambil borang ni, isi sekarang. Jangan banyak songeh.” Suara Abdul Fatah sedikit keras.  Kyra menjongketkan kening. Dah pandai marah pula mamat ni. Kyra kembali bengang.
Kyra mengambil borang yang diberi Abdul Fatah dengan rasa terpaksa. Dia beransur ke tempat lain. Tempat yang sedikit tenang untuk dia mengisi borang permohonan tersebut. Dibiarkan lelaki itu keseorangan bersama perempuan yang berjubah hitam dalam kaunter tadi. Nak ngorat perempuan itu pun dia tidak kesah! Ingat dia kahwin dengan lelaki itu ikhlas ke? Langsung tidak!
Abdul Fatah mengangkat bahu. Biarkan Kyra bersendirian. Dia malas mahu menganggu wanita itu. Dia tahu Kyra marah disebabkan suaranya yang sedikit tinggi tadi. Biar ajelah. Asalkan dia kahwin dengan aku minggu depan.
***
Beberapa hari kemudian, selepas mereka menghantar dan menyediakan dokumen yang diperlukan Pejabat Agama Islam Daerah Timur (PAIDT), masing-masing buat hal sendiri. Kata pihak PAIDT, dalam beberapa hari selepas borang permohonan diisi dan disediakan dokumen yang lengkap, barulah mereka akan berkahwin seminggu selepas itu.
Yang peliknya, selepas Abdul Fatah menghantarnya pulang ke rumah lelaki itu tidak pernah datang ke rumahnya apatah lagi bercakap tentang perkahwinan mereka. Jika sebelum ini, lelaki itu suka membuat kejutan. Ada sahaja perkara yang mengejutkan dirinya. Tapi sekarang, kenapa susah benar lelaki itu mahu ke rumahnya lagi? Apakah benar Abdul Fatah tidak sukakan dirinya? Kyra jadi pening.
“ Assalamualaikum!” salam diberi dari luar pagar rumah. Siapa lagi kalau bukan Abdul Fatah. Kunci pagar yang diletakkan di tengah-tengah pagar digoyangkan agar Kyra perasan akan kehadirannya.
Kyra menonong ke depan setelah dia perasan ada seseorang datang ke rumahnya. Badannya yang terasa penat terasa segar-bugar kembali. Dia membuka pintu lalu menjengah ke luar. Pagar rumah yang dikunci dari dalam membuatkan Kyra malas mahu membukanya. Selama ini, pintu pagar itu dibuka sahaja tetapi tidak kali ini. Sudah beberapa hari tiada orang yang datang ke rumahnya, jadi dia kunci sahajalah termasuk pagar luar.
“ Siapa tu?” matanya dikecilkan.  Yalah, baru bangun dari tidur.
“ Tak nampak muka saya ke?” Abdul Fatah melambai-lambai tangannya.
Mata Kyra membulat. Dia tidak sangka Abdul Fatah datang ketika dia sedang enak dibuai mimpi. Dia tidak membuka pintu pagar rumahnya sebaliknya dia membiarkan lelaki itu terkapai-kapai di luar pagar tersebut. Biarlah mereka bercakap dalam cara begini.
“ Hai, dah berapa hari kau tak jumpa aku untuk bincang pasal kahwin kita. Tiba-tiba kau datang pula hari ni. Kau sebenarnya nak kahwin dengan aku ke tak ni? ” Dalam beberapa hari ini, susah benar mahu melihat wajah Abdul Fatah. Kalau tak ikhlas nak kahwin, baik putus aje lagi bagus. Bayaran sejuta dalam perjanjian itu pun aku boleh bayar ansur-ansur. Bentak Kyra dalam hati.
“ Bukan Fat tak nak jumpa Kyra tapi Fat sikit sibuk uruskan perkara penting sebelum kita kahwin.” Dia tidak mahu Kyra salah sangka terhadapnya. Dia sayangkan Kyra sepenuh hati.   
   “ Sibuk uruskan hal apa? Kau jangan cakap kau dah cari pengganti lain sebelum kita kahwin ni. Aku tak suka dimadukan!” Kyra sedikit marah.
Abdul Fatah menggeleng pantas lalu tersenyum. “ Bukanlah Kyra sayang. Fat kan sayang Kyra. Buat apa Fat nak cari lain. Badan Fat yang gemuk ni tak ada orang nak pun.”
“ Jangan nak mengayat akulah!” Kyra menjerit sehingga dapat Abdul Fatah terdiam.       “ Kau baliklah. Kita jumpa kat makhamah aje nanti. Kau dah tak sabar nak kahwin kan? Fine! Aku akan kahwin dengan kau.” sambungnya lagi dengan jeritan.
Abdul Fatah senang hati mendengarnya.
“ Tapi aku tak ikhlas nak kahwin dengan kau. Kau ingat tu!” Kyra pantas menutup pintu rumahnya dengan kuat!

Abdul Fatah terkedu disitu. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kesian Fatah .. Nape laa Kyra uat cm nie at Fat .. Elak kan akk tampor laju2 je at muka Kyra y kononya cantik to .... Sakit pulakk aty akk nie ... :) Hehehehehe

Unknown berkata...

SIAN FATAH TAPI X APA BIAR AJE LAH DENGAN PERASAN DIVA TU FAT.